terdapat pelbagai punca yang menyebabkan sungai tercemar

2
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan sungai tercemar. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Masyarakat pada zaman globalisai ini telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar . Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat sering membuang bahan buangan domestik ke dalam sungai dan hal ini akan memberi kesan yang buruk tehadap sungai. Sebagai contoh, Sungai Pinang di Pulau Pinang merupakan antara sungai yang paling tercemar di Malaysia. Pembuangan sampah sarap dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap seperti plastik dan bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau- hijaun. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyebabkan pencemaran sungai. Selain itu, pembuangan sisa-sisa daripada kilang- kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Lazimnya, aktiviti pembuangan sisa-sisa ke dalam sungai ini adalah perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-mata. Kilang-kilang yang dibina

Upload: shruthi

Post on 07-Jul-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bm

TRANSCRIPT

Page 1:  Terdapat Pelbagai Punca Yang Menyebabkan Sungai Tercemar

 Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan sungai tercemar. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai.  Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Masyarakat pada zaman globalisai ini telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar.Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat sering membuang bahan buangan domestik ke dalam sungai dan hal ini akan memberi kesan yang buruk tehadap sungai. Sebagai contoh, Sungai Pinang di Pulau Pinang merupakan antara sungai yang paling tercemar di Malaysia. Pembuangan sampah sarap dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap seperti plastik dan bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijaun. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyebabkan pencemaran sungai. Selain itu, pembuangan sisa-sisa daripada kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Lazimnya, aktiviti pembuangan sisa-sisa ke dalam sungai ini adalah perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-mata. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaanya akan mengalirkan sisa-sisa daripada kilang ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa –sisa tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut. Sikap pengusaha tersebut diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan-hidupan akuatik. Dengan ini, pengaliran sisa kilang sememangnya memberikan impak buruk kepada sungai.