teori sendiri

5
TEORI SENDIRI [FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM] INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN NAMA TEORI SENDIRI: KIT PSIKOPERHATIAN PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI : Tingkah laku aktif dalam kalangan murid sekolah rendah semasa sesi pengajaran tidak dapat dinafikan lagi terutamanya dalam aktiviti bersoal jawab dan aktiviti yang melibatkan kumpulan. Hal ini juga turut berlaku kepada saya sendiri iaitu pada hari pertama saya mengajar murid dari kelas 4 Melati. Saya mendapati penglibatan murid dari kelas ini terhadap sesi pengajaran amat memberansangkan. Namun begitu, keadaan kelas menjadi bising apabila semua murid aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi bersoal jawab sehinggakan saya tidak dapat mengawal keadaan kelas dengan baik. Malah, saya juga menghadapi masalah memilih murid untuk menjawab soalan yang diajukan kerana semua mengangkat tangan bagi setiap soalan yang diajukan. Dalam masa yang sama saya juga masih tidak dapat mengingat nama murid dengan baik. Oleh yang demikian, bagi mengawal tingkah laku aktif murid- murid saya ini secara dinamik, saya ingin memperkenalkan teori saya sendiri iaitu Teori Kit Psikoperhatian bagi membantu dalam PISMP SEMESTER 5 (AMBILAN JAN 2011) BMC 1

Upload: fitri-ibrahim

Post on 11-Dec-2014

113 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TEORI PSIKOPERHATIAN BY FIE IBRAHIM

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI SENDIRI

TEORI SENDIRI [ ]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA TEORI SENDIRI:

KIT PSIKOPERHATIAN

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI :

Tingkah laku aktif dalam kalangan murid sekolah rendah semasa sesi pengajaran tidak

dapat dinafikan lagi terutamanya dalam aktiviti bersoal jawab dan aktiviti yang

melibatkan kumpulan. Hal ini juga turut berlaku kepada saya sendiri iaitu pada hari

pertama saya mengajar murid dari kelas 4 Melati. Saya mendapati penglibatan murid

dari kelas ini terhadap sesi pengajaran amat memberansangkan. Namun begitu,

keadaan kelas menjadi bising apabila semua murid aktif dalam setiap aktiviti yang

dijalankan termasuklah sesi bersoal jawab sehinggakan saya tidak dapat mengawal

keadaan kelas dengan baik. Malah, saya juga menghadapi masalah memilih murid

untuk menjawab soalan yang diajukan kerana semua mengangkat tangan bagi setiap

soalan yang diajukan. Dalam masa yang sama saya juga masih tidak dapat mengingat

nama murid dengan baik.

Oleh yang demikian, bagi mengawal tingkah laku aktif murid-murid saya ini

secara dinamik, saya ingin memperkenalkan teori saya sendiri iaitu Teori Kit

Psikoperhatian bagi membantu dalam mengawal murid di dalam kelas saya iaitu kelas

4 Melati. Teori ini saya perkenalkan berdasarkan rujukan daripada Teori Behaviorisme

yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Boss,Brooks dan Skinner. Berdasarkan

teori behaviorisme ini mereka berpendapat bahawa pembelajaran mempunyai kaitan

dengan perubahan tingkah laku, iaitu hasil daripada ransangan dan tindak balas.

Sesuatu gerak balas yang betul akan diulang dan diulang sekiranya diberi ganjaran.

Gerak balas yang diikuti dengan peneguhan positif akan diulang dan diulang dan

seterusnya akan membentuk kebiasaan.

BMC 1

Page 2: TEORI SENDIRI

TEORI SENDIRI [ ]

Namun begitu, bagi teori Kit Psikoperhatian yang saya ingin perkenalkan ini tidak

menggunakan ganjaran tetapi menggunakan bahan yang menarik sebagai ransangan

kepada murid dan tindak balasnya adalah tingkah laku yang diingini berdasarkan

penggunaan bahan tersebut. Bagi saya, teori Kit Psikoperhatian ini sangat relevan

dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh saya bagi mengawal tingkah laku

murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Teori Kit Psikoperhatian

ini dapat didefinisikan sebagai satu kawalan tingkah laku yang menggunakan bahan

yang dapat menarik perhatian murid untuk melakukan sesuatu perkara secara dinamik

dan berkesan. Ini bererti bahan yang signifikan dan dapat menarik perhatian murid akan

mempengaruhi tingkah laku murid dengan lebih baik dan terkawal.

Perkara ini saya dapati apabila saya menyediakan ‘Bintang Semangat’ ini bagi

setiap murid dengan menggunakan gambar bintang, kemudian dilekatkan pada lidi dan

bahan ini dijadikan untuk mengawal murid dari semua aspek yang melibatkan kawalan

kelas terutamanya bagi menyelesaikan masalah saya yang melibatkan tingkah laku

murid. Malah secara tidak langsung ‘Bintang Semangat’ ini membantu saya memilih

pelajar dengan lebih mudah bagi menjawab soalan yang diajukan. Selain itu, saya turut

menggunakan ‘bintang semangat’ ini dalam menarik perhatian murid saya dan

memastikan kesediaan mereka sebelum pengajaran bermula serta apabila murid

bising.

Sebagai contoh, apabila murid bising saya akan cuba menarik perhatian murid

dengan menyebut ‘Bintang Semangat’ dan secara tidak langsung murid akan

mengangkat bahan tersebut, lalu diam dan memberi tumpuan kepada saya. Oleh yang

demikian, dengan cara ini juga saya dapat mengenal pasti murid yang tidak mengambil

bahagian dalam pembelajaran dengan mudah. Selain itu, saya juga akan menggunakan

bahan ini dalam memastikan kesediaan murid sebelum pengajaran dimulakan. Saya

akan menarik perhatian murid dengan menyanyi menggunakan ‘Bintang Semangat’ ini

dan begitu juga sewaktu bersoal jawab saya turut menggalakkan murid mengangkat

bintang ini apabila ingin menjawab soalan. Jadi secara tidak langsung kelas dapat

dikawal dengan lebih baik.

BMC 2

Page 3: TEORI SENDIRI

TEORI SENDIRI [ ]

Justeru, ciri dari Teori Kit Psikoperhatian ini adalah mengutamakan

penyediaan bahan yang dapat menarik perhatian murid dalam mengawal tingkah laku

mereka. Malah, ia merupakan unsur-unsur yang dapat membentuk tingkah laku dan

sahsiah murid yang diinginkan serta bersifat mekanisme. Selain itu, teori ini juga

mementingkan peranan lingkungan iaitu peranan pelajar itu sendiri dalam melibatkan

diri mereka. Reaksi atau tindak balas dari murid juga adalah salah satu ciri yang

membantu dalam teori ini bagi mengenalpasti bahan yang digunakan adalah

bersesuaian atau tidak. Malahan, teori ini juga turut mementingkan peranan perilaku

murid adalah perilaku yang diinginkan. Oleh yang demikian, saya dapati dalam tingkah

laku belajar terdapat jalinan yang erat antara reaksi-reaksi tingkah laku dengan

rangsanganya. Jadi, saya yang menggunakan pandangan ini berpandapat bahawa

tingkah laku murid merupakan reaksi terhadap rangsangan dan tingkah laku adalah

hasil kawalan.

Kesimpulannya, saya berpendapat teori ini memfokuskan penelitian tentang

tingkah laku pelajar berdasarkan bahan. Saya percaya bahawa tingkah laku murid

dapat dikawal hasil daripada respon terhadap adanya rangsangan daripada bahan yang

menarik. Dengan kata lain, bahan yang menarik mampu menarik perhatian murid serta

mendapat tindak balas tingkah laku yang baik. Bagi saya bagi menarik perhatian murid-

murid sekolah rendah, bahan yang menarik adalah penting untuk membantu proses

pengajaran berlangsung secara berkesan malah dengan wujudnya bahan ini murid

akan lebih menghargai dan memberi perhatian dengan baik. Walaubagaimanapun,

pendapat ini tentu sahaja ada kelemahan dan kekurangannya, namun begitu saya

percaya bahawa teori ini sedikit sebanyak telah membantu saya dalam pengurusan

kelas yang lebih baik dan berkesan.

BMC 3