tazkirah bahaya lidah

8
TAZKIRAH JUMAAT : BAHAYA LIDAH Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya. Al-Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di bumi Madinah sekarang ini berkata, anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini menunjukkan betapa bahayanya lidah. Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya Ulumiddin membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak menjerumuskan manusia ke lembah neraka. Fokus hari ini, seperti yang dipesan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara: 1. Jangan bercakap bohong: Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya. 2. Jangan mungkir janji: Kata Imam Ghazali , Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik. . Nabi SAW ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya untuk memenuhinya. 3. Jangan mengumpat: Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu namanya fitnah. Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita. Itu hanyalah balasan di dunia, di

Upload: farhan-fadzlu

Post on 07-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tazkirah harian

TRANSCRIPT

Page 1: TAZKIRAH BAHAYA LIDAH

TAZKIRAH JUMAAT : BAHAYA LIDAH

Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya. Al-

Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di

bumi Madinah sekarang ini berkata, anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang

banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini

menunjukkan betapa bahayanya lidah. Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya’ Ulumiddin

membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka

surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak

menjerumuskan manusia ke lembah neraka.

Fokus hari ini, seperti yang dipesan oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah,

adalah untuk menjaga lidah daripada 8 perkara:

1. Jangan bercakap bohong: Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar. Orang

berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya.

2. Jangan mungkir janji: Kata Imam Ghazali ,”Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana

ia adalah sifat orang munafik.”. Nabi SAW ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan

akan menjadikan seseorang itu munafik walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu

ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati

amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji. Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya

untuk memenuhinya.

3. Jangan mengumpat: Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat

sekarang. Apa maksud mengumpat? Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan

seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita

tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu namanya fitnah. Fitnah itu lebih dasyat

bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar daripada mengumpat. Jadi kita

perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain, supaya Allah juga akan

meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan akan menyediakan

lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita. Itu hanyalah balasan di dunia, di akhirat

nanti akan dibuka keaibannya dan diperlihatkan kepada seluruh manusia. Ada juga orang

berkata yang dia tak mengumpat, sekadar tumpang mendengar. Sebenarnya sama saja

Page 2: TAZKIRAH BAHAYA LIDAH

dosanya, sama ada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tak sengaja,

dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbicangan atau

membubarkan kumpulan itu. Jangan pula kita jadi ‘nasi tambah’ dalam sesuatu perbualan

mengumpat. Hasan Al-Basri diberitahu bahawa ada orang mengumpat beliau, lantas beliau

mengambil bakul dan mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang

menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut kepada si pengumpat. Pembawa berita itu

pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hasan Al-Basri, “Sesungguhnya dia telah

memberikan pahalanya pada saya, jadi ini tanda penghargaan saya padanya.”

4. Jangan berdebat, bertengkar atau suka membantah cakap orang lain: Ini boleh menyebabkan

orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan perkara-perkara peribadi

orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja yang benar. Jika

berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu. Jika

bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak

mampu sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.

5. Jangan memuji diri-sendiri: Apabila ditanya seorang imam, “Apakah perkara benar yang

buruk?” Lalu jawabnya, “Memuji diri sendiri.” Itulah juga yang kita kenali sebagai ‘masuk

bakul angkat sendiri’. Kita sendiri pun rasa tidak senang jika ada orang datang dan bercerita

membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang sebegini lekas-

lekas beredar.

6. Jangan melaknat: Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk

termasuklah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi SAW

sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan

cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan mengatakan bahawa cuka itu sedap rasanya.

7. Jangan doakan kecelakaan untuk orang lain. Walaupun kita dizalimi, jangan doakan

kecelakaan. Ini kerana ditakuti kecelakaan yang kita minta itu lebih besar daripada kezaliman

ynag dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang dikira menzalimi orang tadi dan akan

dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita menasihati rakan yang zalim dan

mendoakan kebaikan untuk mereka.

Page 3: TAZKIRAH BAHAYA LIDAH

8. Jangan mengejek atau memperkecilkan orang lain. Walaupun dengan niat bergurau, lebih

elok elakkan, kerana kadang-kadang orang tetap berkecil hati walaupun kita cuma berniat

bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita. Jika kita diejek, cuba usahakan

menegur mereka yang berbuat demikian. Jangan kita lawan pula.

Senarai soalan & jawapan:

S: Bagaimana pula jika kita perlu berdebat untuk mempertahankaan diri kita?

J: Bertengkar yang dilarang ialah bertengkar yang melampaui batas. Jika bertengkar dengan

tujuan mempertahankan diri, itu dibolehkan. Tetapi harus ada hadnya, jangan sampai emosi

menguasai diri kerana ianya boleh membuatkan kita lupa kebenaran. Berdebat dan berpidato

perkara ilmiah seperti di sekolah atau universiti dibenarkan.

S: Jika berkomunikasi dengan rakan dan saudara, kita mungkin tidak tahu yang kita menyakiti

hati mereka. Apa yang perlu kita buat?

J: Itulah sebabnya kita perlu berbicara bila perlu sahaja. Bila bercakap, pilih perkataan yang

baik supaya jangan sampai ornag lain terasa hati. Kita boleh juga bertanya sahabat agar

memberitahu jika kita menyakiti mereka. Sahabat yang baik ialah mereka yang benar dalam

perkataan mereka. Jika kita salah, sahabat ini suka tegur. Sahabat yang baik bukanlah sahabat

yang selalu setuju dengan kita dalam semua perkara. Kita perlu berusaha tegur sahabat kita

yang melakukan kesalahan dengan cara yang baik. Orang yang ditegur pula jangan marah-

marah. Ada satu perumpamaan orang-orang sufi – Seseorang yang menegur akan

kebaibanmu, dan jika ternyata perkara yang ditegur itu benar, adalah seumpama seseorang

yang memberitahu dalam jubahmu ada kala jengking. Kala jengking itu boleh menyepit dan

meracuni kamu sehingga menyebabkan kematian. Jadi kita tidak sepatutnya marah pada orang

yang memberitahu ada kala jengking pada kita, sebaliknya kita perlu berterima kasih pada

mereka. Sebab itu ada kalanya mendengar apa yang musuh beritahu kita adalah lebih baik

kerana mereka jujur menegur kesalahan kita, sedangkan kadang-kadang rakan rapat tidak

berani menegur kesalahan kita.

S: Bagaimana berdepan dengan manusia yang berlidah tajam? Apakah ayat atau doa mudah

untuk menghadapi mereka?

J: Surah yang boleh diamalkan ialah surah Al-Falaq kerana antara ayatnya termasuk

memohon perlindungan daripada orang yang hasad. Untuk zikir, boleh amalkan ‘Ya Allah, Ya

Latif’ 100 kali sehari. Jika ingin orang yang selalu mengumpat kita berasa segan dan

Page 4: TAZKIRAH BAHAYA LIDAH

menghormati kita, amalkan ‘Ya Allahu Ya ‘Aziz’ (maksudnya: Ya Allah Yang Perkasa) 41

kali setiap hari. Sekiranya diamalkan, orang akan nampak kita ada kewibawaan tersendiri.

S: Bagaimana isteri ingin menjaga lidah kerana dikatakan ramai isteri masuk neraka kerana

lidah. Bagaimana menghadapi orang yang kasar dan sukar luahkan kemaafan. Bila orang

berkasar balik dengannya, dia tak boleh terima pula.

J: Isteri dan suami perlu berkomunikasi dengan baik. Isteri perlu buat baik dulu dengan suami,

barulah cakapnya mudah didengar. Jika ingin menegur, cari orang yang suami hormati, atau

hadiahkan majalah dan seumpamanya. Jangan lawan kekerasan dengan kekerasan. Cuba

nasihat dengan lembut dan doakan. Doa yang baik ialah doa Nabi Daud yang bermaksud “Ya

Allah lembutkan hatinya (ketika sebut –nya, gambarkan siapa yang kita ingin dilembutkan

hatinya), sepertimana Nabi Daud melembutkan besi.”

S: Jiwa yang ikhlas dan hati yang jujur akan membuatkan kita tidak suka mengumpat.

Bagaimana untuk menegur orang yang lebih tua daripada mengumpat, terumatanya jika

dilakukan di dalam masjid?

J: Hati yang bersih akan mengeluarkan perkara yang baik juga. Jika orang yang mengumpat

itu orang yang lebih tua daripada kita, contohnya ibubapa, majikan kita, usahakan untuk cari

orang yang dihormati oleh mereka untuk menegur. Yang kedua, mungkin kita boleh cari

bahan bacaan berkaitan mengumpat dan hadiahkan kepada mereka. Cuba juga berjumpa

dengan AJK masjid dan minta diberi tazkirah khusus membincangkan perkara-perkara yang

perlu ditinggalkan di dalam masjid. Ada diriwayatkan dalam Ihya’ Ulumiddin, kisah dua

orang wanita yang berpuasa tetapi tidak tahan dan meminta izin berbuka dengan Nabi SAW.

Mereka menghantar wakil meminta izin daripada Nabi SAW dan Nabi SAW memberi 2 bekas

kepada wakil itu dan minta kedua-dua wanita itu muntah di dalam bekas-bekas tersebut.

Kedua-dua mereka muntah daging-daging yang berdarah dan bernanah sedangkan mereka

sedang berpuasa. Orang ramai menjadi hairan. Lalu Nabi SAW menerangkan bahawa wanita

tersebut menahan diri mereka daripada memakan makanan yang halal, namun telah

mengumpat dan merosakkan pahala puasa mereka dengan umpatan tersebut. Semoga kita

dapat mengambil pengajaran.

S: Zaman sekarang orang beperang dengan lisan, tak perlu menggunakan bom, tambahan pula

dengan adanya teknologi semakin mudah menyebarkan fitnah. Mengapa dunia semakin maju

namun umat Islam semakin mundur?

J: Memang benar, dan lidah sebenarnya lebih bahaya berbanding bom. Lidah juga lebih tajam

daripada mata pedang kerana jika seseorang itu dibunuh, habis di situ sahaja. Namun fitnah

yang dilemparkan, kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa keturunan. Oleh sebab itu,

Page 5: TAZKIRAH BAHAYA LIDAH

facebook, email dan sebagainya perlu digunakan untuk tujuan yang betul, bukan sebaliknya.

Jika menerima berita yang diragui, jangan pula kita sebarkan. Orang yang menunjukkan ke

arah kebaikan, akan mendapat pahala kebaikan yang dilakukan orang tersebut. Manakala

orang yang menunjukkan kepada kejahatan, akan menerima dosa orang yang melakukan

kejahatan itu juga. Semoga kita dijauhkan daripada jadi begini. Jagalah lisan agar tidak

membawa pergaduhan, atau perselisihan faham. Semua orang termasuk pemimpin, guru, dan

orang ramai perlu menjaga lisan masing-masing. Berbicara cuma perkara yang perlu saja,

kerana lebih banyak kita berbicara, lebih banyak kemungkinan kita menokok-tambah cerita

yang pada permulaannya benar. Sebab itu ada dikatakan “Siapa yang banyak cakap, akan

banyaklah silapnya.” Bila dah banyak silap, banyaklah dosanya, dan dosa boleh bawa kita ke

neraka.

S: Walaupun lidah diam, anggota lain pula tidak dijaga, contohnya jari yang menaip fitnah,

telinga yang mendengar gossip dan mata yang melihat perkara yang tidak sepatutnya, dan hati

yang tiada rasa redha dan syukur. Mohon pandangan ustaz.

J: Di dalam ilmu tasawwuf, kita disuruh menjaga diri daripada maksiat zahir yang tujuh iaitu

maksiat yang dilakukan lidah, telinga, mata, tangan, perut, kemaluan dan kaki. Walaupun

lidah diam, anggota lain perlu juga dijaga. Cuma yang ingin ditekankan hari ini bahawa lidah

itu sangat berperanan, kerana tangan tidak akan menaip sekiranya dia tidak mendengar lidah

orang lain mengata dahulu. Jadi apapun dimulai dengan lidah juga. Seperti yang dikatakan

oleh Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, lidah ini merupakan anggota yang paling

cepat membinasakan manusia, di dunia dan di akhirat. Oleh itu, jaga lidah dahulu, InsyaAllah

anggota lain akan terpelihara.

S: Ada tak keharusan untuk mengumpat?

J: Imam Ghazali ada menyebut bahawa ada keharusan mengumpat dalam 5 hal:

1. Isteri yang mengadu kepada kadi atau hakim perihal dia dan anak dizalimi suaminya.

2. Bercerita tentang kezaliman orang yang sudah terkenal tentang kezalimannya agar masyarakat

tahu dan dapat menghindarkan diri daripada memilihnya menjadi pemimpin sebagai

contohnya.

3. Gelaran yang diberi kepada seseorang untuk membezakan dia daripada orang lain yang sama

nama. Contohnya, ada ramai Mat di sebuah kampung, dan salah seorang digelar Mat Bulat

kerana berbadan besar.

4. Seorang yang ingin mengambil seseorang sebagai menantu. Sekiranya ada orang mengetahui

tentang keburukan orang itu perlu diberitahu kepada bakal mertuanya.

5. Bercerita masalah pada kaunselor dibolehkan selagi tidak menokok-tambah cerita asal.

Page 6: TAZKIRAH BAHAYA LIDAH

S: Jika kita ada masalah berat tentang keluarga, dan merasa perlu untuk bercerita dengan

seseorang untuk meringankan tekanan. Dalam bercerita pastinya akan dibuka keaiban ahli

keluarga, adakah ini termasuk mengumpat?

J: Jika ingin bercerita, pastikan orang itu benar-benar amanah, dan bukan sebarangan

kaunselor. Seeloknya cari orang Islam yang tahu hukum-hakam agama supaya dia boleh

memberi pandangan mengikut hukum agama, dan bukan mengikut perasaan atau sentimen-

sentimen tertentu.

S: Saya surirumah, dan minta tolong anak meringankan tugas harian seperti buang sampah.

Anak tidak membantu dan saya cuba tegur anak, namun saya pula ditegur suami.

J: Suami-suami di luar sana perlu sangat berterima-kasih kepada isteri yang banyak berjasa

menjaga suami dan anak-anak. Hatta sehelai stokin yang kecil sekalipun suami tak mampu

basuh sendiri. Contohilah suami terbaik, iaitu baginda Rasul SAW. Rasul SAW juga ada

berkata ,”Yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik dalam keluarganya dan

aku ini baik dalam keluargaku.” Kita boleh lihat dalam banyak sejarah kehidupan Nabi SAW

yang direkodkan bahawa Nabi SAW membantu isteri-isterinya memerah susu, menjahit kasut

dan sebagainya. Namun jika azan dilaungkan, Nabi SAW akan segera berhenti dan menuju

masjid, dan seolah-olah Nabi SAW sudah tidak kenal keluarganya. Itu bermakna Nabi sangat

menjaga hubungan dengan Allah, dan juga hubungan dengan manusia. Ada satu hadis yang

nampak mudah di mata kita namun sangat besar pengajarannya. Aisyah r.a. apabila ditanya

bagaimana akhlak Rasul SAW. Dijawabnya bahawa akhlak Nabi itulah Al-Quran. Nampak

mudah, namun mari kira ambil rahsianya. Yang ditanya itu merupakan isteri Nabi SAW. Mari

kita lihat contoh seseorang yang mungkin berjalan dalam keadaan tawadduk di luar rumah.

Namun dirumahnya, mungkin sebenarnya dia adalah seorang yang suka berpakaian tak sopan

di rumah, mungkin suka menyanyi dalam bilik air, mungkin dialah yang paling banyak tengok

bola, mungkin dia garang dengan isteri dan anak-anaknya. Semua ini hanya diketahui oleh

isterinya sahaja. Jadi apabila, Saidatina Aisyah mengatakan yang akhlak Nabi itu adalah

Quran, itu menunjukkan keihklasan yang sangat tinggi dan kemuliaan akhlak Nabi SAW. Ini

kerana kita semua mampu menjaga akhlak di luar rumah, namun kita belum tentu mampu

menjaga akhlak di dalam rumah.

S: Jika kita menceritakan keburukan seseorang tanpa menyebut namanya, dengan niat agar

orang dapat mengambil pengajaran, adakah dikira sebagai mengumpat?

J: Ada dua keadaan, pertama jika niat mengumpat, walaupun tak sebut nama, tetap dihukum

seperti mengumpat. Kadang-kadang seseorang mengata seorang ulama yang lain, namun tidak

menyebut namanya, tapi dengan niat menunjukkan yang dia lebih bagus, itu juga dikira

Page 7: TAZKIRAH BAHAYA LIDAH

sebagai mengumpat. Tetapi jika niatnya ikhlas untuk memberi pengajaran, InsyaAllah boleh

dapat pahala.

Kesimpulan:

Kita banyak menceritakan kebinasaan hari ini, lalu apakah cara yang boleh menyelamatkan?

Imam Ghazali menyatakan yang kita hendaklah:

1. Ber’uzlah (bersendirian): Ini tidaklah bermakna kita perlu pergi ke gua untuk berseorangan.

Sebenarnya boleh juga dilakukan di dalam rumah kita sendiri. Istilah lain yang turut

digunakan ialah berkhalwat, tapi jangan disalah-faham dengan tangkap khalwat pula. Pada

takrifannya, berkhalwat bermaksud kita duduk bersendirian sambil memuhasabah diri. Jadi,

jika tiada keperluan berjumpa orang, lebih elok kita ber’uzlah di rumah saja.

2. Lebih banyak diam. Diam itu adalah kepala kepada hikmah.

3. Bercakap sekadar yang perlu sahaja. Jika tak perlu, jangan bercakap. Gantikan umpatan

dengan zikir mengingati Tuhan. Imam Ghazali sempat khatam Quran sekali setiap hari, dan

dua kali sehari di bulan Ramadhan. Imam Abdullah Al-Wali Al-Haddad, apabila berbicara,

selang beberapa patah perkataan, akan diucapkan ‘La ila ha illallah’. Hari Jumaat beliau akan

mengucapkan sebanyak 70 ribu kali ‘La ilah ha illallah’. Ini bermakna dia sangat sedikit

berbicara, dan sangat banyak amalannya. Jadi mari kira bersama memperbanyakkan selawat

terutamanya pada hari Jumaat yang mulia. Selawat boleh mendekatkan diri kita kepada Allah

dan merupakan jalan paling cepat menghampirkan diri kepada Allah dan disayangi Rasulullah

SAW.