tazkirah 62 020906 mengqadha solat sunat.pdf

Upload: zainal

Post on 14-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Mengqadha Solat Sunat

    Solat-solat sunat yang ditentukan kadar masa untuk mengerjakannya dan dan solat-solat sunat mutlaq yang sudah menjadi kebiasaan harian bagi seseorang adalah sunat diqadha pada bila-bila masa jika tidak dapat menunaikannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh syara.

    Dalam kata lain, adalah sunat hukumnya mengqadha solat sunat yang ada ditentukan masa untuk mengerjakannya oleh syara, sama ada solat tersebut diharuskan berjamaah atau tidak. Solat sunat seperti dhuha, witir, rawatib, awwabin dan seumpamanya itu adalah sunnat untuk diqadha mestipun ketika sedang bermusafir.

    Maksud sabda Rasulullah :

    Sesiapa tertidur sehingga terlepas witirnya atau terlupa menunaikannya, maka hendaklah ia mendirikannya apabila dia teringat dan sesudah dia terbangun.

    Dalam perkara ini, Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa mengqadha solat sunat yang berwaktu ( yang ditetapkan waktunya oleh syara ).

    Ini kerana solat-solat sunat yang tidak ditentukan masanya itu tidak dapat diqadha kerana waktu untuk mendirikannya tidak terbatas, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

    Umpamanya, solat sunat Tasbih, ia tidak sunat diqadha kerana ia adalah sunat mutlaq yang tidak ada waktu tertentu. Ia dilakukan tanpa mengira waktu dan sebab. Ia sunat dilakukan pada waktu malam dan siang selain waktu yang diharamkan.

    Adapun solat-solat sunat yang didirikan atas sebab-sebab yang mendatang seperti solat sunat tahiyyatul masjid, solat sunat hajat dan gerhana, tidaklah sunat diqadha kerana solat tersebut tidak lagi dituntut apabila penyebabnya sudah tiada.

    Ini sesuai dengan maksud qadha solat itu sendiri yang mana pengertiannya ialah mengerjakan solat di luar dari waktunya yang telah ditetapkan oleh syara.

    Waktu yang dibolehkan qadha solat sunat.

    Menurut kebanyakan ulama SyafiI adalah sunat hukumnya mengqadha solat sunat sekalipun pada waktu yang ditegah untuk mengerjakan solat seperti selepas solat Asar dan Subuh.

    Ini kerana terdapat hadith yang menyatakan Rasulullah saw telah mengqadha solat sunat badiyyah Zuhur selepas solat fardhu Asar seperti hadith yang telah disebutkan di atas.

    Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 32/06