taoisme

Upload: yoo-chenchen

Post on 01-Nov-2015

109 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

TaoismePengenalan dan Sejarah Tao ialah suatu yang aktif, iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semula jadi dan bukan dipaksa. Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze (604-524 S.M.) dan Zhuang Tze (369-286 S.M). Lao Tze mengasaskan mazhab pemikiran Falsafah Taoisme (Dao Jia). Beliau merupakan seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Selepas meninggalkan jawatannya sebagai pegawai di istana, beliau mula menyebarkan falsafahnya. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya yang ramai sebagai nabi bagi ajaran Taoisme. Perkara-perkara yang berkaitan dengan dimensi sosial seperti kebijaksanaan (wisdom) dan usia yang lebih tua (seniority) ditegaskan dalam mazhab ini. Lao Tze merupakan seorang ahli falsafah kuno pada abad ke 5 S.M. dan sezaman dengan Pengasas Ajaran Confucianisme, iaitu Kung Fu Tze.Pengasas Taoisme, Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Konsep bagi pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurut Lao Tze, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati dalam kalangan penduduk di luar bandar. Walau bagaimanapun, Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme kerana konsep kedua-dua ajaran ini adalah berbeza.Pengasas Taoisme yang lain, iaitu Zhuang Tze mengasaskan mazhab kepercayaan kerohaniaan Taoisme (Dao Jiao). Fokus aliran mazhab ini adalah berkaitan dengan dimensi hidup yang berkaitan dengan hal-hal kebatinan. Mazhab ini menekankan kepercayaan mengenai keabadian roh melalui menjalankan upacara amal (ritual). Kedua dua mazhab tersebut mencantum dan menjadi ajaran Taoisme.Tujuan Ajaran Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi." Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.Kitab Ajaran yang terkandung dalam buku yang ditulis oleh Lao Tze Tao Te Ching yang bermaksud Jalan dan Kekuasaan merupakan reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta manakala Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. Pendek kata, ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.Sumbangan Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli.Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.Nilai Murni Secara amnya, Taoisme berteraskan pencapaian kehidupan abadi di dunia dan memuja beratus makhluk abadi yang hidup secara ajaib di bahagian-bahagian terpencil di dunia ini. Ajaran agama ini berpusat kepada nilai-nilai atau ajaran-ajaran seperti yang berikut: 1. Aspek Kerohanian-minta bantuan dewa-dewi.2. Sifat hormat-menghormati (menyentuh kehidupan di akhirat).3. Berhemah tinggi, hidup manusia bersifat sementara, sederhana, tidak sombong dan berbudi bahasa.Untuk mencapai perpaduan dengan Tao, penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei yang bermaksud cara bukan tindakan. Ini bermaksud melakukan sesuatu bukanlah untuk diri sendiri sahaja bahkan untuk orang lain juga. Ia juga bermaksud kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkong oleh hawa nafsu.