tamah baik

6
10.0 Sumbangan Sosial Tamadun China dalam Masyarakat Dunia 10.1 Kehidupan Berasaskan Humanisme Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia yang lain selain integratif dan dinamik dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam proses perkembangan yang panjang begitu juga dengan cabaran-cabaran daripada tamadun-tamadun dunia yang lain. Kehidupan masyarakat tamadun cina adalah berasaskan humanisme yang membawa kepada konsep sifat perikemanusiaan yang mengutamakan nilai-nilai, kepentingan, dan maruah manusia serta moralisme seperti yang terkandung dalam buku The Great Unity. Ajaran yang terkandung dalam buku demikian sememangnya menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal yang demokrasi dalam kehidupan masyarakat cina.. Sifat perikrmanusiaan yang terkandung dalam buku berkenaan sesungguhnya memberi kesesuaian yang telah menjadi ikutan kepada negara Malaysia dalam memantapkan bidang politik tamadun Malaysia. Hal ini telah dilakukan dalam pemberian tumpuan kepada integrasi nasional disamping menekankan juga ideal demokrasi khasnya kematangan, kemuafakatan, keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara oleh pemimpin negara dalam bidang politik. 10.2 Sosial 16

Upload: azrul-azeem

Post on 23-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tambah Baik semua

TRANSCRIPT

Page 1: Tamah Baik

10.0 Sumbangan Sosial Tamadun China dalam Masyarakat Dunia

10.1 Kehidupan Berasaskan Humanisme

Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-

tamadun dunia yang lain selain integratif dan dinamik dalam menghadapi cabaran-

cabaran dalam proses perkembangan yang panjang begitu juga dengan cabaran-

cabaran daripada tamadun-tamadun dunia yang lain. Kehidupan masyarakat tamadun

cina adalah berasaskan humanisme yang membawa kepada konsep sifat

perikemanusiaan yang mengutamakan nilai-nilai, kepentingan, dan maruah manusia

serta moralisme seperti yang terkandung dalam buku The Great Unity.

Ajaran yang terkandung dalam buku demikian sememangnya menekankan

keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal yang demokrasi

dalam kehidupan masyarakat cina.. Sifat perikrmanusiaan yang terkandung dalam buku

berkenaan sesungguhnya memberi kesesuaian yang telah menjadi ikutan kepada

negara Malaysia dalam memantapkan bidang politik tamadun Malaysia. Hal ini telah

dilakukan dalam pemberian tumpuan kepada integrasi nasional disamping menekankan

juga ideal demokrasi khasnya kematangan, kemuafakatan, keamanan dan

keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara oleh pemimpin negara dalam

bidang politik.

10.2 Sosial

Dalam bidang sosial , pembentukan tamadun Malaysia mengidamkan sebuah

masyarakat yang bermoral dan beretika, berbudaya penyayang, bersifat terbuka dan

toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat

saintifik dan pembentukan masyarakat yang berasaskan institusi keluarga yang kukuh.

Manakala Tamadun China mempunyai struktur masyarakat sosial yang bersifat terbuka

dan bertolak ansur selaras dengan pengalama interaksi masyarakat cina dengan

tamadun yang pelbagai. Sistem etika China sejak zaman purba adalah berasaskan

16

Page 2: Tamah Baik

keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati serta keharmonian dalam

hubungan.

Dalam konsep kekeluargaan, masyarakat Cina terdiri daripada unit keluarga

yang menjadi asas struktur sosial. Hubungan antara individu, lelaki dan perempuan,

orang tua dengan orang muda adalah penting dalam sesebuah keluarga. Dalam

sesebuah keluarga, lelaki yang paling berumur merupakan ketua keluarga yang aka

bertanggungjawab seluruhnya terhadap keluarga, isteri hanya menguruskn halhal

dalam keluarga seperti menjaga anak-anak manakala anak-anak sebagai generasi baru

yang akan mewarisi harta benda dan keunikan sesebuah keluarga. Anak-anak mesti

patuh kepada arahan ibu bapa dan menghormati mereka.

Sesungguhya dalam aspek perhubungan sosial dan nilai dalam masyarakat,

nilai-nilai sosial dalam tamadun China sangat sesuai dengan konsep yang ingin

diketengahkan dalam pembentukan tamadun Malaysia. Sebagai contoh, Malaysia yang

ingin membentuk masyarakat bermoral, beretika, mengamalkan budaya penyayang,

bersifat terbuka dan mengamalkan sikap toleransi dalam diri. Penerapan pembentukan

masyarakat yang sedemikian boleh dilihat secara kasar melalui beberapa ajaran dalam

agama dan cara hidup masyarakat dalam tamadun China seperti ajaran Konfusianisme

yang menekankan hubungan kekeluargaan yang memberi banyak implikasi bagi

pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika,

liberal, bebas dari segi agama dan budaya begitu juga dengan ajaran Taoisme yang

melibatkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam sekitar. Kesemua nilai

hidup dalam masyarakat cina adalah sesuai untuk menjadi ikutan dalam proses

pembentukan tamadun Malaysia.

10.3 Psikologi

Dalam bidang psikologi, proses pembentukan tamadun Malaysia membawa

kepada target rakyat yang harus dibangunkan psikologinya agar selaras dengan aspek

pembangunan yang lain, terutamanya pembangunan kebendaan. Sifat-sifat psikologis

yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga, besifat teguh

terhadap pelbagai cabaran dan tabah. Peradaban Cina yang bercirikan personalisme

17

Page 3: Tamah Baik

membawa kepada pemupukan kendiri bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai

semaksima kebaikan dan memberi manfaat. Oleh itu kepercayaan bahawa setiap orang

tanpa mengira latar belakang harus dididik dan boleh dididik diberi penekanan.

Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina yang bertujuan untuk

kepentingan keluarga, negara dan dunia dan bukan untuk diri semata-mata sangat

bersesuaian dengan sifat-sifat masyarakat yang ingin dibangunkan dalam Negara

Malaysia. Bentuk pemikiran sebegini sememangnya relevan sebagai pedoman untuk

merancang pedagogi bagi pembangunan psikologi yang diingini dalam pembentukan

tamadun Malaysia. Hal ini bermaksud proses pembentukan di Malaysia dipengaruhi

oleh peradaban Cina dari segi psikologi .

10.4 Ideal Konfusianisme

Dari sudut kesesuaian, Ideal Konfusian mengenai penubuhan sesebuah negara

beretika bersesuaian untuk menjayakan wawasan 2020 dalam proses pembentukan

tamadun Malaysia. Hal ini kerana, perkara tersebut mempunyai konsepsi yang sama

mengenai kepercayaan, ideal dan penerapan nilai hidup. Sebagai contoh, keluarga

yang dianggap sebagai satu institusi sosial penting yang harus dipelihara dan

dipertahankan dalam tamadun Cina bersesuaian dengan konsep yang ingin

diketengahkan dalam negara Malaysia dalam proses pembentukan tamadun malaysia.

Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu negara yang mempunyai bangsa-bangsa

moden amat komited terhadap pembangunan pendidikan berdasarkan kepercayaan

dan perkembangan sepenuh potensi manusia yang bermula daripada peringkat

perseorangan. Dalam skop yang komprehensif, Konfusianisme yang dikembangkan

lebih kurang 2500 tahun dahulu oleh tamadun Cina masih lagi digunaakan pada masa

kini, terutamanya konsep mengenai perhubungan sosial. Nilai, sifat moral dan prinsip

etika yang berlkisar dalam lima perhubungan sosial adalah penting dan cukup sesuai

untuk memberikan ilham kepada mereka yang memikirkan satu sistem nilai yang

sewajarnya.

17

Page 4: Tamah Baik

17