takwin panitia bm 2013

56
TAKWIM PANITIA BAHASA MELAYU Bi l Aktiviti Tarikh/ Bulan Catatan 1. Mesyuarat Agung Persatuan kali Pertama 2013 13 Jan.2013 Semua guru penasihat hadir 2. Pertandingan Bicara Berirama 16 Feb. 2013 3. Pertandingan Menulis Cerpen 3 Feb. 2013 4. Pesta Pantun Mac 5. Minggu Bahasa Melayu Mac’/ april 6. Bulan Bahasa Julai

Upload: zaidi07

Post on 11-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

takwin

TRANSCRIPT

TAKWIM PANITIA BAHASA MELAYUBil

AktivitiTarikh/ BulanCatatan

1.Mesyuarat Agung Persatuan kali Pertama 201313 Jan.2013Semua guru penasihat hadir

2.Pertandingan Bicara Berirama16 Feb. 2013

3.Pertandingan Menulis Cerpen3 Feb. 2013

4.Pesta PantunMac

5.Minggu Bahasa Melayu Mac/ april

6.Bulan Bahasa Julai

7.Pertandingan Mengarang Cerpen sempena bulan kemerdekaanOgos

SENARAI BAHAN BANTU MENGAJARPANITIA BAHASA MELAYU

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA

HASRIAH OSMANSHAHRANI SALLEHZIRWATUL AMAL ABDULLAHSHUHAINI HJ ABD. RAHMAN

SENARAI BUKU RUJUKAN GURUPANITIA BAHASA MELAYU

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA

HASRIAH OSMANSHAHRANI SALLEHZIRWATUL AMAL ABDULLAHSHUHAINI HJ ABD. RAHMAN

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA BAHASA MELAYUTAHUN 2010

VISI SEKOLAH

Menjadikan Maktab Mahmud sebagai sebuah Institusi Pendidikan Menengah berteraskan Islam yang unggul di Malaysia menjelang 2015.MISI SEKOLAH

Memajukan Pendidikan Islam peringkat menengah bagi melahirkan pelajar yang cemerlang serta seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek secara sistematik serta bersepadu berteraskan Syariat Islam untuk pembangunan agama, Negara dan Kesejahteraan Ummah.

VISI PANITIA

Maktab Mahmud Pokok Sena dapat mensifarkan gred C dan D dalam peperiksaan PMR dan perMISI PANITIA

1. Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar agar dapat menguasai bahasa Melayu

2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mencari dan meneroka ilmu yang berkaitan bahasa Melayu

ANALISIS PERSEKITARAN SWOT PANITIA BAHASA MELAYU

MAKTAB MAHMUD POKOK SENAKEKUATAN ( S )

KELEMAHAN ( W )

1. Semua guru BM adalah guru yang berpengalaman luas.2. Majoriti pelajar yang diterima masuk ialah pelajar yang terpilih dan ditapis.

3. Setiap program yang ingin dilaksanakan akan dirancang dengan rapi dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua guru bahasa Melayu.

1. Beban tugas guru kadangkala dilihat menjejaskan fokus kepada P& P.2. Pelajar memandang mudah mata pelajaran ini.

PELUANG ( O )

CABARAN ( T )

1. Terdapat banyak bahan dan sumber rujukan khususnya melalui internet.2. Guru berpengalaman.

3. Pelajar dilihat berpotensi untuk berjaya.

1. Pelajar cenderung menggunakan bahasa pasar sewaktu pembelajaran.

2. Sikap malas dan tidak berdisiplin.

PENJANAAN ISU-ISU STRATEGIKDaripada analisis persekitaran SWOT isu-isu strategik telah dikenalpasti :1. Walaupun banyak buku rujukan dan bahan, tetapi pelajar masih kurang mempunyai pengetahuan yang sewajarnya dalam mata pelajaran ini.2. Sikap pelajar memberi kesan yang besar terhadap prestasi mereka.

PERANCANGAN TAKTIKAL TAHUN 2010

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU

ISU STRATEGIK 1 :

1. Walaupun banyak buku rujukan dan bahan, tetapi pelajar masih kurang mempunyai pengetahuan yang sewajarnya dalam mata pelajaran ini.

MATLAMAT STRATEGIK :

Meluaskan pengetahuan pelajar khususnya dalam isu semasa.BILPROGRAM/PROJEK

GURU PENYELARASTEMPOHKOS/SUMBEROUTPUT

(HASIL)

1

Akhbar Dalam Darjah

Shahrani SallehMac- OktoberMendapat tajaan daripada PKNKPelajar mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelbagai isu

ISU STRATEGIK 21. Sikap pelajar memberi kesan yang besar terhadap prestasi mereka.

MATLAMAT STRATEGIK :

Membanteras sikap pelajar yang negatif.

BILPROGRAM/PROJEK

GURU PENYELARASTEMPOHKOS/SUMBEROUTPUT

(HASIL)

1

Bengkel pendedahan format peperiksaan PMR Mahmad Zukri bin Md Hassan17 Februari 2010RM 200.00Peningkatan prestasi Bahasa Melayu

2

Ceramah dan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa MelayuMahmad Zukri bin Md HassanApril 2010RM400.00

( 2 KALI)Peningkatan prestasi Bahasa Melayu

3

Program Murni Bahasa Semua guru Bahasa MelayuJulai 2010RM500.00Peningkatan prestasi Bahasa Melayu

PERANCANGAN OPERASI TAHUN 2010MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYUPELAN OPERASI 1Nama Program : Akhbar Dalam Darjah

Rasional : Pengetahuan pelajar khususnya berkaitan isu semasa masih di tahap

yang lemah.Objektif : Meluaskan pengetahuan pelajar khususnya dalam isu semasa.Tempoh : Mac Oktober 2010

Kumpulan sasaran : Semua pelajarLANGKAH

PROSES KERJA TINDAKANTEMPOH

1

Guru bahasa Melayu berbincang kaedah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar.

Semua guruMac- Oktober

2PKNK telah berbesar hati menaja akhbar kepada setiap kelas.

Cikgu Shahrani bt Salleh

3Guru akan mengedar akhbar kepada setiap kelas.

Cikgu Shahrani bt Salleh

PELAN OPERASI 2

Nama Program : Bengkel pendedahan format peperiksaan PMR.

Rasional : Kebolehan pelajar masih lemah dalam bahasa Melayu.

Objektif : Meningkatkan prestasi pelajar.

Tempoh : 1 hari ( 17 Februari 2010 )

Kumpulan sasaran : 89 pelajar Tingkatan 3.

LANGKAH

PROSES KERJATINDAKANTEMPOH

1.Perbincangan penyelia PMR bersama-sama guru kanan dan penyelaras kelas tambahan1 hari

2.Penyelia membuat temujanji dengan penceramahPenyelia PMR

3.Penyelia dan penyelaras menyediakan peralatan siaraya, tempat dan jamuan kepada penceramah

Penyelia dan penyelaras

4.Perlaksanaan programPenceramah jemputan1 hari

PELAN OPERASI 3 :

Nama Program : Ceramah dan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa MelayuRasional : Pendedahan teknik menjawab soalan akan membantu memudahkan

pelajarObjektif : Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.

Tempoh : Kumpulan sasaran : 89 pelajar Tingkatan 3.

LANGKAH

PROSES KERJATINDAKANTEMPOH

1.Perbincangan penyelia PMR bersama-sama guru kanan dan penyelaras kelas tambahan1 hari

2.Penyelia membuat temujanji dengan penceramahPenyelia PMR

3.Penyelia dan penyelaras menyediakan peralatan siaraya, tempat dan jamuan kepada penceramah

Penyelia dan penyelaras

4.Perlaksanaan programPenceramah jemputan1 hari

PELAN OPERASI 4 Nama Program : Program Murni BahasaRasional : Kebolehan pelajar masih lemah dalam bahasa Melayu.

Objektif : Meningkatkan prestasi pelajar.

Tempoh : 1 hari ( 17 Februari 2010 )

Kumpulan sasaran : 89 pelajar Tingkatan 3.

LANGKAH

PROSES KERJATINDAKANTEMPOH

1.Perbincangan penyelia PMR bersama-sama guru kanan dan penyelaras kelas tambahan

1 hari

2.Penyelia membuat temujanji dengan penceramah

Penyelia PMR

3.Penyelia dan penyelaras menyediakan peralatan siaraya, tempat dan jamuan kepada penceramah

Penyelia dan penyelaras

4.Perlaksanaan programPenceramah jemputan1 hari

20 September 2010Kepada------------------------------------Guru-guru Bahasa Melayu,

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-2

Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat paniti kali ke-2 akan diadakan pada :-

Tarikh : 23 September 2010

Hari : Khamis

Masa : 2.30 ptg

Tempat : Bilik Guru Perempuan

3. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Agenda mesyuarat

adalah seperti berikut :-3.1 Aluan Pengerusi.3.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.

3.3 Perkara berbangkit.

3.4 Post-mortem Peperiksaan Percubaan PMR 2010.3.5 Pengurusan Fail Panitia

3.6 Hal-hal lain

Kehadiran tuan/puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,(HASRIAH BT. OSMAN)

Ketua Panitia Bahasa Melayu,

Maktab Mahmud Pokok Sena.MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 2010Minit Mesyuarat Kali Ke : 2Tarikh : 23 September 2010

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Guru Perempuan

Kehadiran : Semua guru mata pelajaran

BILAGENDATINDAKAN

1Aluan Pengerusi

1.1. Mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru.

1.2. Mesyuarat diadakan sebagai memenuhi prosedur yang telah ditetapkan.

2

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.

Cadangan : Cg. Zirwatul Amal bt. AbdullahSokongan : Cg.Shahrani bt. Salleh

3

Perkara berbangkit

4

Cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.Karangan Rencana: Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Di karang oleh Dihaz84 Pada 06:55 kategori Contoh Karangan Cemerlang SPM, Contoh Karangan PMR, Karangan Fakta, Rencana Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan NegaraOleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianak tirikan oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara!

0 Komen Links to this post

Jumaat, 2009 Oktober 02

Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Di karang oleh Dihaz84 Pada 11:56 kategori Contoh Karangan PMR Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos

Karangan Fakta: Faedah kokurikulum di sekolah

Di karang oleh Dihaz84 Pada 09:08 kategori Contoh Karangan PMR Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga.Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia. 0 Komen Links to this post

Rabu, 2009 April 29

Isu Pendatang Asing Di Malaysia

Di karang oleh Dihaz84 Pada 21:24 kategori Contoh Karangan PMR Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China. Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen. Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada 28.306 juta. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar. Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius. Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut. Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja tetapi hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini menyedarkan negara bahawa mereka juga boleh bertindak ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau kerana kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal. Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing. Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu? Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran pekerja asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan harian mereka dengan bekerja sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika kehadiran pekerja asing ini menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun bersenjata api, merogol, pecah rumah, ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara ini. Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah dengan isu ini. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara. 0 Komen Links to this post

Khamis, 2009 April 02

Di karang oleh Dihaz84 Pada 02:36 kategori Contoh Karangan PMR Aktivitas manusia merupakan penyebab utama dari terjadinya polusi laut dunia. Lebih dari 80 persen polusi laut yang terjadi pada lautan berasal dari aktivitas yang terjadi di darat. Mulai dari hancurnya terumbu karang, penumpukan sampah, timbunan zat kimia berbahaya, sampai peningkatan suhu permukaan laut sehingga mengakibatkan tidak seimbangnya ekosistem yang ada du laut.

Global warming (pemanasan global) merupakan salah satu penyebab perubahan dari struktur kimia yang ada di lautan dan proses perubahan ekosistem laut lainnya, dan hal tersebut merupakan ancaman terhadap jutaan spesies biota laut yang tidak dapat bertahan dengan temperatur yang tinggi. Penangkapan ikan yang berlebihan merupakan masalah yang cukup serius di berbagai negara. Banyak para pecinta alam dan para pecinta laut memberikan nasihat dan masukan-masukan untuk menciptakan suasana laut yang dapat melinduingi berbagai mahluk yang ada di laut, tetapi usaha tersebut kelihatannya masih sangat tidak maksimal.

Ancaman pada ekosistem laut Global warming adalah penyebab naiknya permukaan laut, merupakan ancaman serius pada populasi biota laut.

Pestisida dan obat-obatan yang digunakan dalam pertanian yang pada akhirnya bermuara pada air laut, menimbulkan masalah serius diantaranya mengakibatkan kurangnya oksigen dalam air yang dapat membunuh habitat biota laut dan ikan-ikan.

Perusahaan dan pabrik industri mengalirkan limbah dan materi-materi kimia lainnya ke dalam laut, hal ini turut berperan besar terhadap pencemaran laut.

Tumpahan minyak pada musibah kapal tanker sangat mencemari lautan, disinyalir kejadian ini menimbulkan pencemaran laut yang dahsyat terhadap eksostem laut.

Polusi udara bertanggung jawab pada satu sepertiga kontaminasi racun dan bahan-bahan yang dapat masuk ke dalam wilayah perairan pantai dan laut.

Biota laut yang telah tercemar seperti ganggang yang telah beracun, cholera, tanaman laut dan telah memasuki wilayah laut dan dapat menimbulkan ketidakseimbangan ekologi laut.

Solusi Dirikan taman laut untuk melindungi keberadaan biota laut.

Kurangi cara-cara menangkap ikan yang merusak seperti trawling.

cegah penggunaan sonar pada kapal militer yang dapat membahayakan atau dapat membunuh biota dan mamalia laut.

Bantu nelayan untuk mengelola kehidupannya dengan cara-cara yang ramah lingkungan.

Tingkatkan penghijauan pada daerah pantai dengan menanam tanaman seperti mangrove, bakau guna menstabilkan habitat laut dan meningkatkan poplasi ikan di laut

Dari blog Laut.saya akan buat satu untuk awak.

0 Komen Links to this post

Rabu, 2009 April 01

Contoh Karangan PMR [Keburukan Internet]

Di karang oleh Dihaz84 Pada 23:16 kategori Contoh Karangan PMR Ni ha,kalo korang blur dan x tau keburukan internet ni aku kasi skit la.

Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak dinafikan lagi penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun begitu,internet juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh dengan dunia maya.Unsur-unsur negetif seperti,bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negetif yang besar pada anak watan negara ini dan mampu membawa padah.

Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat mereka lalai.Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negetif alam maya akan menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah.Hal ini berlaku akibat daripada nafsu pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah,ganasa dan bermain permainan "online".

Selain itu,anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di internet.Natijahnya,orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka.Tidak hairanlah kita menyaksikan kes melawan guru,berzina,bertumbuk,bergaduh sehingga membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media massa.Siapakah penghulunya? Adakah internet patut dipersalahkan?

Seterusnya,akibat daripada penyalah gunaan internet,ini akan membantutkan misi negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita akan kehilangan tonggak peneraju negara.Dengan mudah musuh luar dapat menakluk negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.Dalam pada itu,ekonomi negara turut terjejas bak kata pepatah melayu " cubit paha kanan,paha kiri terasa juga".Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.

Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal insancemerlang seperti yang digariskan dalam wawasan 2020.Negara kita akan dipandang rendah oleh negara membangun lain jika hal sedemikian terus berleluasa.Di manakah semangat remaja untuk membantu negara?Menurut statistik,pelajar cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun.Adakah ini tanda-tanda awal yang membawa negara ke arah hari kekalahan?

Bangunlah wahai ummah.Pihak berkuasa,pihak sewasta atau semua pihak harus berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikpa meterialistik dan individualistik.Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan acuan yang betul agar tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikapt diri.

4 Komen Links to this post

Isnin, 2009 Mac 16

Karangan Cemerlang PMR V.01

Di karang oleh Dihaz84 Pada 16:22 kategori Contoh Karangan PMR Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang BerkualitiKita sering mendengar slogan yang berbunyi Pemuda harapan bangsa, pemuditiang negara. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yangberjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikansokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan Tangan yang menghayunbuaian itu, boleh menggoncang dunia. Demikianlah, kaum wanita itu dilihat sebagaigolongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkanwibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupukdan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan.

Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkanperbicangan selanjutnya. Rangkai kata peranan wanita dapat didefinisikan sebagaisuatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kitamelihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan melahirkanpula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripadasesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata generasi yang berkualitimerujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagaiaspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secarakeseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, perananatau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yangberwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan.

Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yangterbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasihsayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibumemperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidangakademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dantunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. NurAmalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuanwanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah Ibu Mithali yangdisediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dansabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yangmembanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibuberbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yangketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidakada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-kata kasih ibumembawa ke syurga dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlangmenerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbuktikaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentukwarganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspeksebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanitamampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkatPusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak diperingkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Kaum wanita juga setandingkemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkatsekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat perananwanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain sepertibidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahanmereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria.Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusikepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuahorganisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan merekaboleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalan KepemimpinanMelalui Teladan. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikanuntuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasarnegara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga mempunyai seorang GabenorBank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. ZetiAkhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakannegara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkatantarabangsa. Dalam menyahut seruan Malaysia Boleh misalnya, kita berbanggadengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi wanitapertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan danketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi mudauntuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda.

Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikanbahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasadisebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya,sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada dibelakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor MahathirMohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persadaantarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertamaMalaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmudan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untukmenumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakansuatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan peranandalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara.

Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkangenerasi yang cemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kitadapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikandan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan BukanKerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasameyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi mudakhususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti.

Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkangenerasi yang berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelakidengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yangcemerlang, gemilang dan terbilang, insya-Allah.

terletak sekali insyallah,x pelah.Lepas ni kena buat karangan spm lagi..

0 Komen Links to this post

Sabtu, 2009 Mac 07

Karangan Cemerlang PMR 2

Di karang oleh Dihaz84 Pada 03:46 kategori Contoh Karangan PMR Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen Jom Main Permainan Tradisional dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa sambil menyelam, minum air. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam rumah dan kampung pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak!

0 Komen Links to this post

Karangan Cemerlang PMR 1

Di karang oleh Dihaz84 Pada 03:37 kategori Contoh Karangan PMR Remaja kini suka merokok di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.Huraikan faktor-faktor gejala ini terus berlaku. [ 100 markah ]

Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Dalam usia yang muda dan mencabar ini, mereka mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan demi perubahan ini menyebabkan ada dalam kalangan remaja yang terpengaruh untuk berjinak-jinak dengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian, kadar perokok remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, remaja pada masa ini semakin berani merokok di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Saya berpendapat bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus merebak dalam kalangan remaja.

Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi pemangkin gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak serius melaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebab pihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga, remaja menjadi tidak takut waima tidak gentar untuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubati lagi.Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan iklan juga merupakan penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang sudah pasti mudah terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati remaja dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan diri membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media massa.

Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan peranan yang penting dalam pergaulan remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil kerana hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-sama ponteng sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

Ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-anak juga merupakan faktor remaja merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada anak-anak mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.

Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok sebenarnya dapat diatasi sehingga akar umbi. Namun begitu, semua pihak haruslah bersikap bagai aur dengan tebing untuk bekerjasama membanteras gejala merokok dalam kalangan anak-anak. Remaja haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika kita berkesedaran dan berfikiran matang, nescaya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok. Saya berharap pihak berkenaan, terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar remaja dapat menjauhi gejala merokok yang mampu membawa maut dalam jangka masa panjang.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYUMAKTAB MAHMUD POKOK SENA1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama kelab : PERSATUAN BAHASA MELAYU

b. Alamat : Maktab Mahmud Pokok Sena,

06500 Langgar, Kedah.

2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta memupuk budaya yang positif di dalam diri mereka.

3. OBJEKTIF

Memupuk peribadi seseorang pelajar yang akan meningkat dewasa supaya berikhtiar mendapatkan ilmu yang tidak mengabaikan kewajipannya terhadap ibu bapa, keluarga dan ahli masyarakat.

Mengalakkan murid menggunakan bakat yang dikurniakan Allah ke jalan yang betul dan positif.

4. KEAHLIANDibuka kepada semua pelajar sekolah ini. Permohonan adalah dengan mengisi borang yang disediakan dan ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan selain bergiat aktif bagi menjayakan tujuan kelab ini.

5. GURU PENASIHAT

Guru Penasihat terdiri daripada guru-guru sekolah ini.

Guru Penasihat berkuasa merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6. AHLI JAWATANKUASA

Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. Pemilihan ahli dibuat secara undian.

CARTA ORGANISASI PERSATUAN BAHASA MELAYU

1AINAA SYAHIRAH MAT SAIDP950325085612KC069 M001

2AWATIF HANNAN SUHAIMIP950414025048KC069 M002

3AZRA NADIAH ABDUL JALILP950123146130KC069 M003

4FARAHIYAH SUKHRIP950321025380KC069 M004

5FATHIYAH MD YUSOPP950405026030KC069 M005

6MAISARAH ZULKIFLIP951119086184KC069 M006

7NAJLLA ELIASP950912025788KC069 M007

8NAUWAR MOHD TARMIZIP950414086342KC069 M008

9NUR AMALINA MOHD ROSLANP950415025736KC069 M009

10NUR ATHIRAH MUNIRAH ZAINOLP951003075360KC069 M010

11NUR EZZATUL HIDAYAH ZAKARIAP950906095026KC069 M011

12NUR HUSNINA MOHAMAD FAUZIP950214025940KC069 M012

13NUR SAKINAH AMIRAH AHMADP950917025808KC069 M013

14NUR SYAFIQAH HAMZAHP951214086414KC069 M014

15NURAINA SHUHADA HASANP950731025762KC069 M015

16NURATIKAH ELIYANA ZULKIFLIP950206075470KC069 M016

17NURSHAHIRAH MOHAMADP951005025420KC069 M017

18NURUL ADIBAH RADZALIP950817026344KC069 M018

19NURUL AMIRAH ANUARP950409075016KC069 M019

20NURUL FATEEHAH MD RIFAATP950116025162KC069 M020

21NURUL HUSNA ABDUL RAHIMP950829025082KC069 M021

22NURUL ISMAH FATIMAH MANSORP950818025060KC069 M022

23NURZAIDATUL AKMAL JAMALUDINP950731025826KC069 M023

24NUSAIYBAH AHMAD SHAZILIP951211025528KC069 M024

25WAFA MOHD FAUZIP951012025306KC069 M025

26WAHIBAH WAHABP950427025274KC069 M026

27WAN NOOR AZIZAH WAN ISMAILP950927025158KC069 M027

MINIT MESYUARAT

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS) BAHASA MELAYU 2010

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA Tarikh : 21 Januari 2010 Masa : 2.30 tengah hari Tempat : Bilik Guru Perempuan

HADIR

1. Hasriah bt. Osman2. Shuhaini bt. Abd. Rahman

3. Zirwatul Amal bt. Abdullah

4. Shahrani bt. Salleh1. ALUAN PENGERUSI

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab untuk memberkati majlis. Pengerusi juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua. Semoga komitmen yang ditunjukkan akan meningkatkan prestasi para pelajar khususnya dalam Bahasa Melayu.II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Catatan keputusan adiminit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan

tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu. Jika ada pindaan, menyatakan pindaan-pindaan berkenaan.

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.

Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.

Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.

IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

Bagi mesyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan.

Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah:

a.

Tajuk kertas kerja berkenaan;

b.

Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan;

c.

Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan;

d.

Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja bekenaan;

e.

Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan; dan

f.

Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.

V. HAL-HAL LAIN

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat, yang pada

mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.

VI PENUTUP

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:

a. Bila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan;

b. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan

c. Catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan.

Urusetia

(Catatkan nama agensi/bahagian/unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat.)

Tarikh

(Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.)

1. JADUAL KERJA PENTAKSIRAN2. PROSEDUR KERJA PENTADBIRAN

3. PELANTIKAN PENTAKSIRAN

4. JAWATANKUASA PENYELARAS PENTAKSIR SEKOLAH

5. BAHAN-BAHAN

6. TAKLIMAT

7. MAKLUMAN KEPADA WARIS

8. PENGENDALIAN PENTAKSIRAN

9. BORANG PROFIL INDIVIDU

10. BORANG MARKAH INDUK

11. BAHAN BUKTI

12. KES-KES KHAS

FAIL PLBS

BAHASA MELAYU

MAKTAB MAHMUD POKOK SENA