takrifan pembelajaran berasaskan projek (recovered)

51
Takrifan Pembelajaran Berasaskan Projek Takrifan PBP itu sendiri berbeza-beza mengikut perspektif pengkaji yang berminat dengan kaedah ini. Selain itu, definisinya masih menjadi perdebatan sehingga sekarang kerana definisi yang berbeza datang dari pelbagai bidang kajian dan sempadan geografi serata dunia. PBP merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) (Veerasamy, 2010), manakala Nation (2008), Beddoes (2010), Zimmerman (2010) dan Kaldi et al. (2011) menyatakan PBP merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Salah satu ciri PBP yang dipersetujui ramai kerana is berasaskan soalan yang bermakna, menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu kepada mereka, selain sangat dekat dengan konteks dunia sebenar. Pendekatan menggunakan PBP yang memerlukan murid menyiapkan projek berasaskan masalah atau soalan yang diberi akan turut mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Menurut Chin (2007), jenis soalan dan cara sesuatu soalan itu ditanya oleh guru berpotensi untuk mempengaruhi proses kognitif murid semasa mereka membina pengetahuan saintifik. Ini menunjukkan bahawa P dan P menggunakan PBP haruslah berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan harian murid, supaya mudah untuk mereka mengaitkannya dengan projek yang dibuat melalui pendekatan PBP. PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Upload: chai-hor-yan

Post on 06-Nov-2015

130 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Takrifan Pembelajaran Berasaskan ProjekTakrifan PBP itu sendiri berbeza-beza mengikut perspektif pengkaji yang berminat dengan kaedah ini. Selain itu, definisinya masih menjadi perdebatan sehingga sekarang kerana definisi yang berbeza datang dari pelbagai bidang kajian dan sempadan geografi serata dunia. PBP merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) (Veerasamy, 2010), manakala Nation (2008), Beddoes (2010), Zimmerman (2010) dan Kaldi et al.(2011) menyatakan PBP merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Salah satu ciri PBP yang dipersetujui ramai kerana is berasaskan soalan yang bermakna, menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu kepada mereka, selain sangat dekat dengan konteks dunia sebenar. Pendekatan menggunakan PBP yang memerlukan murid menyiapkan projek berasaskan masalah atau soalan yang diberi akan turut mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Menurut Chin (2007), jenis soalan dan cara sesuatu soalan itu ditanya oleh guru berpotensi untuk mempengaruhi proses kognitif murid semasa mereka membina pengetahuan saintifik. Ini menunjukkan bahawa P dan P menggunakan PBP haruslah berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan harian murid, supaya mudah untuk mereka mengaitkannya dengan projek yang dibuat melalui pendekatan PBP. PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu), memberi pilihan kepadapelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEKMerupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berfokus, iaitu melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar, boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan masalah kehidupan seharian, merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat pelajar. Ia memberikan pengalaman berbentuk praktikal. Contoh melukis pelan sekolah, projek mural dan lain-lain.PENILAIANPenilaian hendaklah dilihat sebagai satu usaha untuk mengesan pencapaian dan prestasi murid. Penilaian juga dapat menunjukkan kebolehan murid dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari.Tujuan Penilaian Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, strategi pengajaran dan pembelajaran telah dikaji semula dan salah satu aspek yang diberi penekanan penting ialah dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani clan intelek murid. Oleh itu, guru perlu mengubahsuai kaedah dan cara penilaian prestasi murid. Selain menguji murid mengenai fakta, tarikh dan definisi, guru menguji murid aspek kognitif yang lebih tinggi seperti menganalisis, mensintesis dan membuat penilaian yang berterusan mengikut pentaksiran terkini. Sejarah adalah mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Mata pelajaran ini membolehkan murid melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman Sejarah pula dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bermaksud memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia masa silam dan kini. Pemahaman ini boleh diperoleh jika kesemua aspek dikaji dan dianalisis. Sejarah melibatkan penyelidikan dan inkuiri. Penyelidikan memberi ruang yang lugs kepada murid untuk menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta Sejarah secara rasional. Hal ini dapat direalisasikan melalui satu sistem penilaian yang baik dan terancang. Dalam membuat penilaian, guru harus mengambil kira kepelbagaian tahap kecerdasan murid.

Jenis-Jenis Penilaian Penilaian FormatifPenilaian formatif bertujuan untuk mengesan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan. Penilaian ini dijalankan pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Hasil penilaian direkodkan oleh guru bagi menunjukkan murid sudah menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai. Hasil penilaian itu boleh digunakan untuk merancang langkah-langkah tertentu dalam pengajaran berikutnya seperti teknik pemulihan, teknik pengayaan clan sebagainya. Penilaian SumatifPenilaian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pencapaian murid secara keseluruhan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Penilaian ini dijalankan secara berkala mengikut arahan pihak sekolah. Hasil penilaian direkod, dianalisis dan dijadikan asas dalam merancang pengajaran clan pembelajaran serta program peningkatan prestasi murid seterusnya.

-Soalan Dalam Penilaian Penyoalan merupakan satu aspek penting dalam proses penilaian. Penyoalan boleh dilakukan sama ada secara lisan atau bertulis. Penggunaan soalan secara bijak dapat menggalakkan pembelajaran berkesan. Soalan boleh digolongkan kepada beberapa peringkat. Mengikut Bloom (1956), soalan harus berdasarkan aras yang boleh mencabar daya pemikiran murid.

Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Handbook- Project Based Learning menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.Teknik ini hampir sama dengan teknik pembelajaran berasaskan masalah. Bezanya ialah teknik pembelajaran berasaskan projek biasanya melibatkan penghasilan sesuatu produk ataupun bahan. Contohnya, mesin, peralatan, model dan lain-lain. Manakala pembelajaran berasaskan masalah lebih berfokus kepada masalah, punca dan penyelesaiannya.Beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek merangkumi: Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses (guru sebagai fasilitator) Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri. Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. Berorientasikan dunia sebenar.

PROJECT BASED LEARNING (PBL) Pembelajaran Berasaskan ProjekPendidik John Dewey (18591952) telah banyak melaporkan kebaikan pembelajaran melalui menjalankan eksperimen, hands-on, student-directed learning. Kebanyakan guru juga memahami keperluan dalam menggunakan PBL untuk mengendalikan pembelajaran dan pengajaran serta penghayatan nilai-nilai.-Contoh projek-projek yang boleh mencabar minda pelajar adalah seperti: lawatan sambil belajar yang dirancang, penyiasatan, ujikaji dalam makmal dan aktiviti-aktiviti yang merentasi kurikulum yang dapat meluaskan dan mengayakan kurikulum.PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Definisi: Satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan pelajar dimana guru memberi satu tajuk masalah untuk dibincangkan oleh pelajar. Merrill, M. D.PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEKKriteria Mengenalpasti pendorong (drive) pembelajaran dan kebolehan pelajar. Kerja projek diutamakan. Pembelajaran secara mendalam (in-depth) melalui isu-isu dan soalan-soalan dalam kerja projek. Menggunakan bahan dan kemahiran seperti teknologi, pengurusan projek dan pengurusan diri. Menyelesaikan masalah melalui pengujian (investigation), penyelidikan (research), dan penyoalan (reasoning) Menerima pelbagai produk yang membenarkan maklum balas yang kerap dan peluang pembelajaran yang lebih kental melalui pengalaman. Menggunakan penilaian performance-based seperti berkomunikasi, menghadapi cabaran dan memerlukan pelbagai kemahiran dan pengetahuan. Kerjasama (collaboration) dapat dipupuk melalui kerja kumpulan kecil, persembahan (presentations) pelajar atau penilaian projek keseluruhan kelas. Peranan guru dan pelajar berubah. Tanggungjawab pelajar bertambah dari segi pembelajaran dan pemberian motivasi serta mempunyai keinginan penyempurnaan. Ini membolehkan pembelajaran sepanjang hayat dapat dicapai.Implikasi Menarik perhatian pelajar terhadap satu topik yang khusus. Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tersebut. Mengajar pelajar menerima & menghormati perbezaan individu.

Tujuan penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projeki. Mengaplikasi pengetahuan sedia ada dalam situasi sebenar di luar bilik darjah.ii. Pembelajaran bermakna dan konteksual.iii. Menarik minat pelajar supaya aktif dan tidak pasif.iv. Keperluan pengetahuan asas dan kemahiran.v. Menekankan aplikasi dunia sebenar melalui pengetahuan dan kemahiran.vi. Pelajar dan guru dapat menggunakan teknologi.vii. Menggalakkan guru dan murid bekerja secara aktif.viii. Menggalakkan pembelajaran yang bermakna.ix. Memenuhi keperluan pelajar.Cara guru Sejarah dapat memupuk nilai-nilai murni.Sebagai contoh:-I buku skrap sesuai digunakan untuk mengumpul peristiwa, pengelasan dan tokoh perjuangan negara, aktiviti projek keceriaan sudut Sejarah dengan melukis mural pada dinding sekolah.ii. lawataniii. pementasaniv. sudut pembelajaranCiri Pembelajaran Berasaskan Projeki. Penyiasatan menggunakan Driving Question(soalan utama terbuka) dan soalan-soalan sampingan.ii. Pembelajaran kendiriiii. Pengintegrasi pengetahuan dengan aktivitiiv. Menggunakan proses yang bersistematikv. Pencarian dan penemuan maklumatvi. Memerlukan penilaian Kelebihan penggunaan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek: P&P lebih bersistematik. Dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam situasi baru. Pembelajaran yang aktif. Menarik minat murid. Pentaksiran yang sahih.

Fungsi Brosur sebagai Media Iklan dan Promosi BisnisSecara umum brosur yang digunakan sebagai sarana beriklan memiliki fungsi yang informative. Artinya bahwa brosur harus bisa membawa informasi dari produk atau jasa yang tengah ditawarkan. Fungsi kedua adalah advertising, artinya brosur menjadi bagian yang penting sebagai media beriklan, sehingga buatlah brosur dengan menarik dan unik sehingga mampu menarik konsumen. Fungsi iklan yang ketiga adalah identifikasi, desaign brosur yang menarik dan komunikatif akan membuat konsumen mudah menemukan dan mengenali perusahaan anda. selain itu brosur yang menarik akan memerikan prestise dan kredibilitas tersediri bagi perusahaan anda. Dengan demikian, akan memudahkan anda dalam melakukan pemasaran bagi setiap produk atau jasa yang anda jual, jadi ada baiknya dalam setiap desain brosur yang dibuat harus benar-benar mewakili perusahaan anda. Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yg memberi gambaran ttg seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar rekod perkhidmatan. Portfolio merupakan satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yg didokumentasi dan diperkukuhkan dgn bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif (Shulman, 1992). Koleksi termasuk penglibatan pelajar dlm pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar (Arter & Paulson, 1990)Tujuan Portfolio:i. Sebagai asas untuk membuat keputusan dan menetapkan matlamat P&P.ii. Alternatif kepada penilaian berbentuk pengujian dan peperiksaan.iii. Meningkatkan daya kreativiti dalam menyediakan tugasan.Ciri-ciri Portfolio:i. Aktiviti pelajar dari sudur rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan.ii. Matlamat yang berbeza dari masa ke semasa. Mesti dikemaskini setiap masa.Jenis Portfolio:a) Portfolio Dokumentari (koleksi hasil kerja khusus untuk penilaian. Bahan yang menggambarkan pencapaian pelajar. Kandungan portfolio memperlihatkan kekuatan dan kelemahan pelajar. Penilaian formatif dan sumatif)b) Porfolio Hasil (Koleksi dipilih khas-menggambarkan hasil terbaik pelajar. Mengandungi hasil akhir sahaja. Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar. Penilaian sumatif untuk menentukan sijil, gred, penempatan)Kajian Kes adalah cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku. Pelbagai displin ilmu telah menggunakan Kajian Kes termasuk bidang kemanusiaan, sains sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan perubatan (http://www. vanderbilt.edu/cft/resources/gleanings/ casestudies/).Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan Kajian Kes sebagai satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain (t.th: 1) pula memberi takrifan, Kajian Kes ialah satu metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran.Metode kajian ini digunakan secara meluas dalam bidang perundangan dan perubatan. The University of Chicago Department of Sociology, di Amerika Syarikat, telah mempelopori Kajian Kes diawal abad 1900 sehingga 1935. Malangnya, terdapat segelintir cendekiawan mempersoalkan aspek kebolehpercayaan (reliability) metod ini berdasarkan penggunaan satu sampel sahaja atau sampel bersaiz kecil dan ketidakmampuan dapatan kajian untuk digeneralisasikan kepada umum.Selepas 1935, penggunaan Kajian Kes semakin berkurangan kerana peralihan dunia penyelidikan kepada kaedah kuantitatif. Walaubagaimanapun, kekangan yang terdapat pada metod kuantitatif, menukar lensa dunia penyelidikan kepada bentuk Kajian Kes pada tahun 1965 (Tellis, 1997: 3). Sehingga hari ini, Harvard University adalah universiti tersohor dalam menggunakan kajian kes sebagai wadah utama pembelajaran. Terkini, pelajaran Sains, Pendidikan, ICT, Ekonomi, Perniagaan dan Pemasaran mempunyai banyak laman web yang menawarkan sampel-sampel kajian kes untuk dimuat-turun secara percuma bagi tujuan pedagogi dan endragogi.Terdapat lima kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk:- Masalah/Keputusan (Problem/Decision).- Penilaian (Appraisal).- Sejarah (Case Histories).- Catatan Industri (Industry Notes).- Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases).Setiap bentuk kajian kes mempunyai kelebihan tersendiri. Kes boleh ditulis berdasarkan kesesuaian bidang berkenaan dengan objektif pembelajaran.Kajian kes tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia berbentuk deskriptif dan tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan kebolehpercayaan (validity and reliability) sebagaimana kesemua metod kajian yang lain. Kajian Kes sebagai wadah pembelajaran menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa yang pendek, tetapi diolah dengan cara yang menarik dan tersendiri untuk menepati suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak lebih dari dua jam.Para pelajar bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan kes yang diberi dan mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan penyelesaian win-win-win. Proses pembudayaan ilmu (Ad-Tadayyun) secara kajian kes akan memperkasakan pembentukan kognitif (pengetahuan), afektif (keperibadian) dan psikomotor (kemahiran) individu (Muhamad Muda, 2003: 3).Tujuan asas penggunaan metode kes sebagai strategi pengajaran ialah bertujuan untuk memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada pelajar yang memainkan peranan dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan pasif ke arah pembangunan aktif. Melalui perbincangan kes secara teliti, pelajar dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat keputusan dan agendanya dan menjadi peka terhadap keadaan persekitaran yang menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebut.Pelajar juga didorong untuk membuat keputusan berdasarkan analisa mereka sendiri dan mengaplikasi pengetahuan mereka tentang teori-teori masalah tersebut. Di samping itu juga, pelajar mampu menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit dengan cara mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor penting, mampu mencambahkan idea, menyelaraskan idea dengan fakta sebenar dan menggabungkan idea tersebut secara kreatif.Perbincangan kes juga dapat membantu para pelajar untuk menghadapi masalah yang timbul dalam situasi dan krisis dunia yang sebenar dengan fakta kes yang digarap berdasarkan simulasi keadaan sebenar (contohnya situasi bilik kuliah, dewan, mahkamah atau hospital). Dengan demikian, melalui pendedahan terhadap kajian kes, para pelajar berpeluang untuk mengasah tahap profesionalisme mereka melalui cabaran, keperitan dan pengalaman sebenar dan liputan dari dapatan kajian orang lain.Kelebihan metode kajian kes adalah para pelajar didedahkan kepada realiti hidup yang benar-benar berlaku, yang mungkin tidak pernah dan tidak akan mereka alami di luar kuliah. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang tertarik untuk mengkaji kesan kemiskinan kepada pencapaian akademik pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya, dapat mengakses dan menganalisa maklumat daripada sekolah-sekolah yang berbeza di Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak tanpa perlu meninggalkan bilik kuliah.Metode kajian kes juga menggabungkan idea individu dan idea ahli-ahli kumpulan di mana para pelajar saling bergantung dan belajar daripada satu sama lain. Idea-idea yang dicerna akan dikupas bersama melalui perdebatan dan pertikaian ahli-ahli kumpulan dan dilontarkan semula untuk dimurnikan bersama. Kesimpulannya, para pelajar mampu berdikari dan mempunyai kemahiran untuk merumus soalan sekaligus meningkatkan pemahaman proses pembelajaran mereka (http://writing.colostate.edu/references/research /casestudy/com2a3.cfm).

Membina idea tentang projekG (Matlamat)R (Peranan)A (Kumpulan Sasar)S (Set Tugasan &Penyelesaian)P (Hasilan)E (Penaksiran)>>> GOAL >>> ROLE >>> AUDIENCE >>> SET OF TASKS AND SOLUTIONS >>> PRODUCTS >>> EVALUATION Matlamat ( Goal )Catatkan matlamat projek. Nyatakan hasilan yang dijangkanContoh:Untuk mengkaji kepentingan hutan dan kesan-kesan aktiviti manusia ke atas kelastariannyaPeranan ( Role )Guru perlu menentukan peranan pelajar supaya mereka memahami dan menghubung-kait dengan kehidupan sebenar.Contoh:Pelajar memainkan peranan sebagai pegawai pemulihara hutan.Kumpulan Sasar ( Audience )Tentukan khalayak yang mana pelajar akan membentang dan berkongsi dapatan dan hasil projek mereka.Contoh:JK Pemuliharaan Hutan MalaysiaTugasan dan Penyelesaian ( Set of Tasks and Solutions )Mereka bentuk satu set aktiviti dan tugasan yang menjurus kepada Soalan KerangkKurikulum, isi kandungan dan hasilan projek.Contoh:Pelajar mempelajari pembasmian hutan di tempat masing-masing sebagai pakar bagi pihak JK Pemuliharaan Hutan Malaysia. Mereka menghuraikan masalah akibat pembasmian hutan dan pencerobohan manusia. Mereka mencadangkan langkah-langkah untukmenghalang pembasmian hutan danpemuliharaanHasilan Projek (Products)Menentukan jenis teknologi (TMK) untuk menyediakan hasilan projekContoh:Persembahan multimedia yang menghuraikan masalah pembasmian hutan dan bahaya pencerobohan hutan oleh manusia.Brosur yang menerangkan cadangan-cadangan untuk menghalang pembasmian hutan dan cara-cara pemuliharaan hutan.Penaksiran (Evaluation)Menentukan pentaksiran yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk menilai keperluan, menentukan matlamat, memantau perkembangan, memberi maklum balas, membuat refleksi ke atas keseluruhan kitaran pembelajaran.Contoh:Refleksi kendiri: Gunakan senarai semak kolaborasi untuk memastikan pelajar berada pada landasan dan mempromosi kolaborasi kalangan pelajar.Penaksiran Guru: Gunakan rubrik untuk menilai persembahan multimedia dan brosur.PBP Lwn Pengajaran Berasas Aktiviti Contoh Tema Pengajaran Berasas Aktiviti Pembelajaran Berasas Projek Perbezaan Keduanya Pencemaran Melengkapkan aktiviti yang berbeza untuk menunjukkan kesan pencemaran yang berbeza. Kenal pasti komponen bagi setiap pencemaran Kenal pasti masalah pencemaran dalam masyarakat. Tubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat masalah tersebut dan sediakan penyelesaian secara teknikal masalah tersebut. Tugasan dalam pengajaran berasas aktiviti bersifat individu antara satu sama lain dan tidak dihubung-kait dengan kehidupan sebenar. Pendekatan berasas projek mendefinisi tugasan yang merangkumi cabaran dan menyisipkan ke dalam dalam projek komuniti yang bermakna. Selain melengkapkan aktiviti dan mengenap pasti komponen bagi setiap masalah, maklumat tersebut akan digunakan semasa menyediakan penyelesaian.Bagaimana PBP dilaksanakan? Merancang Menyediakan Jadual Melaksana & Memantau Membuat RefleksiMerancangMenentukan hasil pembelajaran yang khususSemak kandungan HSP dan SPHubung-kait dengan kehidupan sebenarMembina Soalan Kerangka KurikulumMembina soalan utamaSediakan soalan di mana pelajar merasakan wujudnya impak apabila menjawab soalan tersebut atau menyelesaikan masalahMenyediakan pelan taksiranBagaimana anda tahu bahawa pelajar telah mencapai hasil pembelajaran?Apakah kriteria yang digunakan untuk menilai pelajar?Reka bentuk idea dan aktiviti projekGunakan G R A S P E (Goal, Role, Audience, Set of Tasks and Solutions, Products, Evaluation)Reka bentuk dan rancangan projekMulakan dengan sesuatu yang diharapkanBentuk Driving Question, rancang penilaian dan lakaran projekKembangkan idea projekTetapkan skop mengikut sukatan pelajaran, objektif/hasil pembelajaran- mantapkan reka bentuk projek- hasilkan suasana pembelajaran yang optimum dengan menetapkan masa, fizikal dan ICTMembina Driving Question Soalan terbuka yang dapat menjawab mengikut masa dan sumberMenjurus kepada disiplin, subjek dan topikMembawa kepada dilema dunia sebenar dan pelajar merasa seronok belajarSelaras dgn kurikulum dan mencakupi kandunganContoh Driving QuestionSejarahAdakah kebebasan dan demokrasi tersebar ke serata dunia?Mengapakah Inggeris sangat berminat menguasai Tanah Melayu?Bagaimanakah keamanan boleh diwujudkan di Timur Tengah?

Dalam melaksanakan pendekatan ini, beberapa langkah sebelum perlu dilaksanakan.1. Guru perlulah perkenalkan projek yang ingin dilaksanakan.2. Guru perlulah menggalakkan kanak-kanak memberi idea dan cadangan mereka.

Langkah semasa projek dilakukan ialah :1. Galakkan sumbangsaran idea dan membina kesepakatan antara kanak-kanak2. Melaksanakan projek3. Setiap kanak-kanak memainkan peranan dalam melaksanakan projek dan pembahagian tugas perlu dilaksanakan4. Terdapat skop dan urutan pelaksanaan projek5. Menyediakan graf tempoh masa6. Menjalankan proses inkuiri, penyelidikan dan pengumpulan data.7. Mempersembahkan projek8. Penambahan berterusan dan penilaian berterusan9. Pengintegrasian teknologi amat digalakkan

Langkah yang perlu diambil selepas projek dilaksanakan :1. Menghargai pencapaian dalam melaksanakan projek2. Membuat penilaian terhadap beberapa aspek iaitu kekuatan, kelemahan, kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari, pemarkahan oleh guru, penilaian kendiri pelajar dan analisis skor markah yang diperolehi.3. Maklum balas daripada rakan-rakan terhadap projek yang dilaksanakan4. Menilai kualiti projek5. Mencatatkan bukti-bukti kejayaan menyempurnakan projek.Sudut PembelajaranRuang-ruang kawasan kelas mempunyai fokus atau peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Ruang dalam kelas seharusnya dibahagi kepada sudut pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak-kanak nampak lebih jelas tentang pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti sudut keluarga untuk aktiviti main peranan. Selain itu, ia juga membenarkan kanak-kanak memilih ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas.Sudut permainan blok dan puzzle merupakan sudut yang menghasilkan bunyi bising apabila kanak-kanak berinteraksi semasa berada di sudut ini. Manakala sudut bacaan pula memerlukan keadaan yang senyap supaya kanak-kanak dapat menumpukan perhatian tanpa gangguan. Oleh itu, sudut yang senyap ini perlu dijauhkan daripada sudut yang bising. Sudut permainan boleh disusun berdekatan dengan sudut permainan puzzle. Manakala sudut bacaan ataupun komputer perlu disusun jauh daripada sudut yang bising itu.Sudut permainan puzzle dan manipulatif perlu disediakan permaidani kerana ia dapat menyerap bunyi bising. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan bunyi bising. Permaidani yang tebal seperti carpet shaggy tidak sesuai digunakan kerana ia akan menyebabkan lantai tidak rata. Tikar getah juga tidak berapa sesuai sekiranya digunakan kerana ia turut menimbulkan bunyi bising.Merancang ruang pembelajaran perlu dibuat dengan teliti dan memerlukan perancangan yang rapi. Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di ruang pembelajaran dan persekitaran prasekolah perlu diberi perhatian yang lebih mendalam. Kesemua ruang pembelajaran (di dalam ataupun di luar) perlu disesuaikan dengan tujuan dan objektif yang ditetapkan. Keadaan itu melambangkan keperluan pengajaran prasekolah itu. Untuk ruang pembelajaran pula, ia hendaklah: Selesa, mendapat cahaya yang cukup dan peredaran udara yang baikRuang pembelajaran tersebut mesti bersih, tidak terlalu sempit oleh pelbagai perabot, pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang baik. Aspek ini sangat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya aspek ini tidak diambil kira, ia akan mendatangkan ketidakselesaan kepada guru dan kanak-kanak. Secara tidak langsung, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Susun atur peralatan memudahkan pergerakan kanak-kanakGuru perlu memastikan susun atur peralatan yang terdapat di dalam prasekolah memudahkan pergerakan kanak-kanak. Sekiranya susun atur peralatan yang tidak sistematik, ia akan menyebabkan kemalangan terutamanya kepada kanak-kanak.

Ruang pembelajaran diwujudkan di dalam dan di luar kelasGuru boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan ruang pembelajaran di dalam mahupun di luar kelas. Sekiranya saiz kelas agak kecil, guru boleh mewujudkan ruang pembelajaran di luar kelas bagi memastikan kanak-kanak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan sempurna dan berkesan.

Pelbagai gunaGuru boleh menggunakan ruang tersebut bagi menjalankan pelbagai aktiviti. Misalnya, rak mainan bukan hanya sekadar menyimpan mainan tetapi ruang belakangnya boleh dijadikan papan buletin bagi menampal hasil kerja kanak-kanak.

Sentiasa bersih, ceria, menarik dan selamatGuru dan pembantunya perlu memastikan keadaan kelas sentiasa bersih, ceria, menarik dan selamat. Bagi memastikan keadaan kelas sentiasa bersih, guru dan pembantu guru perlu membersihkan seperti mengemas, menyapu dan menyusun bahan yang telah digunakan ke tempat asal setelah selesainya proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mewujudkan suasana yang ceria dan menarik guru boleh menggalakkan penglibatan ibu bapa seperti menerima cadangan serta idea yang bernas bagi menghasilkan prasekolah yang lebih ceria dan menarik. Sementara itu, bahan-bahan yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak perlu dilabelkan dan disimpan di tempat yang selamat dan berkunci.

Ruang dan susun atur boleh diubah mengikut situasi dan aktiviti pembelajaranGuru boleh memanipulasikan ruang yang ada untuk menjalankan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Secara tidak langsung ia dapat menimbulkan kelainan seterusnya meningkatkan minat kanak-kanak terhadap proses pembelajaran. Di samping itu, ia juga dapat memberi keselesaan kepada kanak-kanak sewaktu aktiviti pembelajaran dijalankan.

Persembahan BudayaTamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita saling menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana tak kenaI maka tak cinta.

Kempen KesedaranKepentingan perpaduan http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlMalaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.

PameranPengertian Pameran Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas. Jenis-jenis Pameran: Pameran Tetap (Permanent Exhibition) Pameran Temporer (Temporary Exhibition) Pameran Keliling (Traveling Exhibition) Penjelasan Jenis-jenis Pameran Pameran yang diselenggarakan umumnya menampilkan karya seni rupa moden dan kontemporer (lukisan, patung, grafik, kriya, desain, photografi, arsitektur, dll) dari Malaysia dan seluruh negara. Pelaksanaan pameran meliputi: PAMERAN TETAP Pameran yang menyajikan karya-karya koleksi Galeri secara periodik yang ditata berdasarkan konsep kuratorial dan diselenggarakan oleh Galeri .Waktu penyelenggraan Pameran Tetap berlangsung minimal 1 kali dalam satu tahun PAMERAN TEMPORER Pameran tunggal atau pameran bersama yang menyajikan karya-karya seni rupa dalam jangka waktu tertentu yang diselenggarakan oleh Galeri Nasional Indonesia atau kerjasama dengan pihak lain.Waktu penyelenggaraan Pameran Temporer berlangsung minimal selama 10 hari, maksimal berlangsung selama 30 hari. Penjelasan mengenai prosedur pameran; PAMERAN KELILING Pameran yang menyajikan karya-karya koleksi Galeri Nasional Indonesia maupun karya di luar koleksi Galeri Nasional Indonesia ke berbagai daerah di Indonesia dan atau di luar negeri yang diselenggarakan oleh Galeri Nasional Indonesia atau kerjasama dengan pihak lain. Waktu penyelenggaraan Pameran Keliling minimal berlangsung selama 10 hari. Pola Pameran Temporer meliputi : PAMERAN TUNGGAL / PAMERAN BERSAMA Materi yang dipamerkan pada pameran bersama merupakan karya-karya lebih dari satu seniman. Biaya pameran ditanggung oleh seniman yang bersangkutan.Peminjaman gedung dilakukan dengan cara mengajukan permohonan disertai porposal kepada Galeri Nasional Indonesia, selanjutnya permohonan tersebut akan dipertimbangkan oleh Tim Kurator. Fasilitas pokok yang disediakan gedung pameran berupa panel, lampu, bantuan teknis tata pameran dan fasilitas keamanan. Penyelenggaraan pameran dapat dilangsungkan antara 1 minggu sampai 3 minggu. Selama satu tahun pameran yang diselenggarakan di gedung ini dapat mencapai 15 pameran. PAMERAN KERJA SAMA Pola pameran ini dilaksanakan berdasarkan kerjasama antara Galeri Nasional Indonesia, dengan pihak lain. Pihak lain tersebut dapat merupakan lembaga/organisasi kebudayaan/kesenian, museum, galeri, dan Pusat-Pusat Kebudayaan negara sahabat. Biaya penyelenggaraan ditanggung bersama. Pameran Kerja sama ini dapat dilaksanakan selama 10 kali dalam 1 tahun, tiap-tiap pameran dapat dilaksanakan antara 2 minggu sampai 1 bulan. PAMERAN KHUSUS Pameran khusus adalah pameran yang biaya penyelenggaraannya sepenuhnya ditanggung oleh Galeri Nasional Indonesia. Materi yang dipamerkan dapat merupakan koleksi Galeri Nasional Indonesia atau milik seniman atau kolektor lainnya. Penyelenggaraan pameran khusus mencapai 2 atau 3 kali dalam setahun. Ketentuan Pelaksanaan Pameran Penyelenggara Penyelenggara pameran adalah tim kerja pengelola yang dibentuk oleh pihak Galeri Nasional Indonesia, pihak lain atau merupakan hasil gabungan kerjasama antara kedua belah pihak, namun dalam pelaksanaannya pihak Galeri Nasional Indonesia tetap menjadi bagian dari penyelenggaraan. Proposal dan Evaluasi Setiap bentuk penyelenggaraan pameran harus didahului dengan penyusunan proposal oleh pihak penyelenggara yang berisi mengenai konsep pameran, biodata seniman, dan repro karya yang akan dipamerkan, selambat-lambatnya enam (6) bulan sebelum pelaksanaan pameran. Pelaksana pameran temporer (event organizer) wajib menyerahkan deskripsi atau uraian materi pameran sebelum waktu pelaksanaan untuk kepentingan publikasi agenda pameran (calendar of event), baik cetak maupun eletronik. Kurator atau pelaksana pameran diharuskan menyiapkan materi informasi dan publikasi seperti: catalog, spanduk, baligo, poster, label karya dan label pengantar kuratorial, untuk menunjang pemahaman apresian (publik). Pelaksana pameran (event organizer) diharuskan melakukan koordinasi dengan pihak galeri, khususnya hal-hal yang bersifat teknis antara lain: Penyimpanan karya Desain/layout pameran Penataan ruangan dan pemasangan karya (display) Sarana dan perlengkapan yang akan dipergunakan Pemasangan sarana publikasi di area Galeri Nasional Indonesia Acara kegiatan lain sebagai penunjang pameran Setiap proposal penyelenggaraan akan dievaluasi melalui proses pemilihan oleh kurator Galeri. Hasil evaluasi tersebut berupa: diterima langsung, diterima dengan beberapa saran dan catatan atau ditolak langsung.Hasil keputusan evaluasi tim kurator Galeri Nasional Indonesia akan disampaikan melalui surat keputusan resmi. Waktu Penyelenggaraan Waktu penyelenggraan Pameran Tetap berlangsung minimal 1 kali dalam satu tahun. Waktu penyelenggaraan Pameran Temporer berlangsung minimal selama 10 hari, maksimal berlangsung selama 30 hari.Waktu penyelenggaraan Pameran Keliling minimal berlangsung selama 10 hari. Prosedur Pameran Prosedur dan mekanisme Pameran Tetap sebagai berikut: Penentuan atau pemilahan koleksi yang akan dipamerkan mengacu pada konsep kuratorial dengan mempertimbangkan aspek sejarah, tematik, dan keragaman visiualisasi bentuk. Koleksi yang akan dipamerkan harus dalam kondisi baik dan telah dilakukan proses perawatan (restorasi/konservasi). Pada ruang pameran tetap disediakan data (label) informasi berupa pengantar curator dan pada setiap koleksi yang dipamerkan juga disediakan label karya atau informasi lainnya. Perubahan atau pergantian tata pameran tetap dapat dilakukan secara periodic sata atau dua tahun sekali. Pameran tetap dibuka untuk umum setiap hari, pukul 10.00 16.00, kecuali hari Senin (libur). Diupayakan penyebarluasan informasi tentang pameran tetap melalui berbagai media publikasi serta dilakukan bimbingan edukasi untuk pengunjung yang membutuhkan. Prosedur dan mekanisme Pameran Temporer di Galeri Nasional Indonesia, khususnya yang diprakarsai oleh pihak di luar Galeri Nasional Indonesia adalah sebagai berikut: Mengajukan surat permohonan pameran atau pemakaian gedung yang ditujukan kepada Kepala Galeri Nasional Indonesia. Surat permohonan dilampiri Proposal Pameran yang memuat konsep pameran, biodata seniman dan repro karya yang akan sipamerkan, diajukan selambat-lambatnya 6 (enam) bulan sebelum jadwal permintaan. Setiap pameran yang akan digelar di Galeri Nasional Indonesia wajib menggunakan kurator dan merupakan hasil dari proses kuratorial. Galeri Nasional Indonesia berhak mendapatkan dokumentasi untuk kepentingan apresiasi, edukasi dan kepentingan ilmiah dilaksanakan dalam rangka publikasi, promosi dan kajian perkembangan seni rupa. Prosedur dan mekanisme Pameran Keliling adalah sebagai berikut: Menyusun perencanaan kuratorial (TOR/Proposal Kegiatan). Merancang kerjasama dengan lembaga mitra kerja dalam hal materi dan pelaksanaan. Menetapkan materi pameran, registrasi dan asuransi. Merencanakan penulisan materi untuk dokumentasi dan publikasi. Merencanakan pengecakapan dan pengiriman karya. Merencanakan display, acara pembukaan, program edukasi untuk publik. KERJASAMA DAN USAHA Pengertian dan Lingkup Kerjasama Setiap penyelengaraan pameran merupakan bentuk kerjasama antara Galeri Nasional Indonesia dengan Lembaga mitra lainnya, baik sebagai bentuk kerjasama kuratorial, kerjasama teknis, maupun aspek pendanaan.Kerjasama kuratorial mencakup perencanaan konsep dan materi pameran, penataan pameran, kegiatan public dan publikasi. Kerjasama dalam aspek pendanaan meliputi biaya perencanaan dan penyelenggaraan serta operasional gedung.Kerjasama teknis, meliputi: Operasional gedung dan pemeliharaan fasilitas pameran, sumber daya manusia, keamanan, kebersihan, dokumentasi dan publikasi. Kerjasama Lembaga Pemerintah dan Non-Pemerintah Kerjasama dengan Lembaga Pemerintah diselenggarakan dalam upaya pengembangan seni budaya.Kerjasama dengan Lembaga antar Negara dalam rangka upaya kerjasama pertukaran kebudayaan.Kerjasama dengan lembaga Non-Pemerintah (profit dan non-profit) untuk meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap perkembangan seni rupa. Sponsorship Kerjasama Galeri nasional Indonesia maupun pihak penyelenggara dengan pihak sponsor yang diatur dalam kesepakatan kerjasama.Pemasangan sarana publikasi yang mencatumkan logo atau produk komersial dari sponsor dikoordinasikan dengan pihak Galeri.Hal yang terkait dengan pajak akibat pemasangan materi promosi dan produk sponsor menjadi tanggung jawab pihak sponsor. GERAK BALAS PAMERAN Pameran Merancang dan menyediakan storyboard pameran; Menyediakan cadangan anggaran perbelanjaan berkaitan pameran; Menyelidik serta mengumpul maklumat dan bahan pameran berpandukan storyboard; Merancang dan mengurus tempahan tapak pameran dan kemudahan asas; Menyelaras persediaan dan perlaksanaan pameran di semua peringkat; Menyediakan reka bentuk dan spesifikasi teknikal untuk sebutharga/tender; Merancang anggaran belanjawan mengurus tahunan; Menyediakan laporan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan; Menyelenggara peralatan pameran supaya sentiasa berada dalam keadaan baik; Menyediakan laporan bulanan/tahunan. Publisiti Luar Merancang serta mengenalpasti tapak bahan publisiti luaran seperti:- Paparan bentuk-V, Paparan Sementara, Billboard, Kotak Gambar Luar (Showcase) dan lain-lain; Menyelaraskan dengan pihak berwajib bagi melaksanakan projek publisiti luar; Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan spesifikasi teknikal serta memberi nasihat teknikal kepada lembaga tender/sebutharga; Menyelidik kaedah bahan-bahan terkini mengikut kualiti pengeluaran; Merancang dan mengurus serta menyediakan anggaran belanjawan mengurus tahunan; Meninjau serta menyelidik tapak binaan bahan publisiti luaran; Memantau dan mengumpul maklumat untuk keberkesanan bahan publisiti luaran; Mengawal dan memeriksa mutu kerja di tempat pembekal dan tapak pembinaan; Menyediakan laporan bulanan/tahunan.

LawatanPersatuan di sekolah sering menganjurkan lawatan sambil belajar. Lawatan ini biasanya dianjurkan ke tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat menarik dan ke pusat-pusat pameran. Kebiasaannya murid-murid dibawa ke tempat-tempat lawatan dengan menaiki bas yang disewa khas dengan diiringi oleh guru-guru pengiring.Antara kepentingan menyertai lawatan sambil belajar ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika kita melawat ke Muzium Negara, kita akan memperoleh banyak pengetahuan tentang sejarah Negara. Kita dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam mata pelajaran Kajiaan Tempatan dan Sejarah.Selain itu, kita dapat memanfaatkan masa lapang dengan menyertai lawatan. Sebagai contoh, jika kita tidak mengikuti lawatan, kita kita mungkin akan membuang masa dengan menonton televisyen atau bermain sahaja. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja.Seterusnya, kita akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan guru dan rakan-rakan. Contohnya, ketika mengikuti lawatan, kita akan berkomunikasi dan bekerjasama dengan peserta lawatan yang lain. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan hubungan yang lebih mesra dalam kalangan rakan yang berlainan kelas. Mengikuti lawatan sambil belajar juga dapat menenagkan fikiran kita. Contohnya, jika kita melawat ke tempat-tempat menarik seperti Cameron Highlands. Suasana yang mendamaikan di sana akan dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar.Kesimpulannya, mengikuti lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang amat berfaedah. Oleh itu, jika ada kesempatan janganlah melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan guru untuk melawat sesuatu tempat. Lawatan ini biasanya dilakukan pada cuti sekolah dan hujung minggu. Namun demikian, pada masa kini aktiviti lawatan boleh juga dilakukan pada hari persekolahan dengan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Pada kebiasaannya ramai pelajar berminat untuk menyertai program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan membuat lawatan sambil belajar. Kebaikan pertama membuat lawatan sambil belajar ialah pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Lokasi lawatan sambil belajar adalah di tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh pelajar. Kebiasaannya pelajar dibekalkan dengan buku catatan dan digalakkan membuat pertanyaan kepada pegawai bertugas di tempat yang dilawati. Tempat-tempat yang sering menjadi tempat lawatan ialah muzium, syarikat percetakan akhbar, kilang-kilang serta bangunan kerajaan. Pengetahuan yang diperolehi ini biasanya lebih kekal lama kerana pelajar menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan maklumat. Di samping itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberikan pengalaman kepada pelajar. Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Sesungguhnya pengalaman yang dilalui semasa lawatan sambil belajar tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Lawatan sambil belajar juga membolehkan guru menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Amalan nilai-nilai murni sememangnya penting kepada pelajar agar mereka dapat menjadi pelajar yang cemerlang. Penerapan nilai-nilai murni ini boleh diterapkan oleh guru pengiring secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh guru ialah mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya.

Pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan model pembelajaran yang menggunakan projek/kegiatan sebagai sarana pembelajaran untuk mencapai kompetensi sikap, pengetahuan dan keterampilan.Penekanan pembelajaran terletak pada aktivitas peserta didik untuk memecahkan masalah dengan menerapkan keterampilan meneliti, menganalisis, membuat, sampai dengan mempresentasikan produk pembelajaran berdasarkan pengalaman nyata.Strategi ini memperkenankan pesera didik untuk bekerja secara mandiri maupun berkelompok dalam mengkostruksikan produk otentik yang bersumber dari masalah nyata dalam kehidupan sehari-hari. Oleh kerana itu, pembelajaran berasaskan Projek (PBP) merupakan strategi pembelajaran yang menggunakan masalah sebagai langkah awal dalam mengintegrasikan pengetahuan baru berdasarkan pengalaman nyata. PBP dilakukan secara sistematik yang mengikutsertakan peserta didik dalam pembelajaran sikap, pengetahuan dan keterampilan melalui investigasi dalam perancangan produk. PBP merupakan strategi pembelajaran yang inovatif, yang menekankan belajar kontekstual melalui kegiatan-kegiatan yang kompleks. Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek memberi kesempatan peserta didik berpikir kritis dan mampu mengembangkan kreativitasnya melalui pengembangan inisiatif untuk menghasilkan produk nyata berupa barang atau jasa.Pelaksanaan projek dilaksana secara kolaboratif dan inovatif, unik yang berfokus pada pemecahan masalah yang berhubungan denga kehidupan siswa. Pembelajaran berbasis projek merupakan bagian dari metoda instruksional yang berpusat pada pembelajaran. Dalam pelaksanaan Project Based Learning, guru hanya mengamati, memantau kegiatan belajar mengajar baik didalam kelas maupun diluar kelas.Tujuan PembelajaranTujuan Project Based Learning:a. Mengaktifkan peserta didik didik dalam kegiatan belajar mengajarb. Membiasakan peserta didik berinteraksi pada lingkungan.c. Memberikan kesempatan kepada peserta didik untuk mau bekerja secara produktif menemukan berbagai pengetahuan.d. Membiasakan siswa berpikir kritis dan analistise. Mencari dan memanfaatkan sumber belajar yang berasal dari lingkungan sekitar.f. Menggunakan pengetahuan secara efektifg. Mengembangkan pengetahuan dan strategi untuk memecahkan permasalahan.

3. ManfaatManfaat Pembelajaran berbasis proyek (PBP) diantaranya adalah sebagai berikut.a. Memperoleh pengetahuan dan keterampilan baru dalam pembelajaranb. Meningkatkan kemampuan peserta didik dalam pemecahan masalah.c. Membuat peserta didik lebih aktif dalam memecahkan masalah yang kompleks dengan hasil produk nyata berupa barang atau jasa.d. Mengembangkan dan meningkatkan keterampilan peserta didik dalam mengelola sumber/bahan/alat untuk menyelesaikan tugas.e. Meningkatkan kolaborasi peserta didik khususnya pada PBP yang bersifat kelompok.

Prinisp-prinsip (PBP)Sebagaimana telah diuraikan di atas bahwa sarana pembelajaran untuk mencapai kompetensi dalam PBP menggunakan tugas projek sebagai strategi pembelajaran. Para peserta didik bekerja secara nyata, memecahkan persoalan di dunia nyata yang dapat menghasilkan solusi berupa produk atau hasil karya secara nyata atau realistis. Prinsip yang mendasari pembelajaran berbasis projek adalah:a. Pembelajaran berpusat pada peserta didik yang melibatkan tugas-tugas pada kehidupan nyata untuk memperkaya pembelajaran.b. Tugas proyek menekankan pada kegiatan penelitian berdasarkan suatu tema atau topik yang telah ditentukan dalam pembelajaran.c. Penyjlidikan atau eksperimen dilakukan secara otentik dan menghasilkan produk nyata yang telah dianalisis dan dikembangkan berdasarkan tema/topik yang disusun dalam bentuk produk (laporan atau hasil karya). Produk, laporan atau hasil karya tersebut selanjutnya dikomunikasikan untuk mendapat tanggapan dan umpan balik untuk perbaikan proyek berikutnya.

5. Langkah-langkah PembelajaranDalam PBP, peserta didik diberikan tugas dengan mengembangkan tema/topik dalam pembelajaran dengan melakukan kegiatan proyek yang realistik. Di samping itu, penerapan pembelajaran berbasis proyek ini mendorong tumbuhnya kreativitas, kemandirian, tanggung jawab, kepercayaan diri, serta berfikir kritis dan analitis pada peserta didik.

a. Penentuan proyekPada langkah ini, peserta didik menentukan tema/topik projek berdasarkan tugas projek yang diberikan oleh guru. Peserta didik diberi kesempatan untuk memilih/menentukan projek yang akan dikerjakannya baik secara kelompok ataupun mandiri dengan catatan tidak menyimpang dari tugas yang diberikan guru.

b. Perancangan langkah-langkah penyelesaian proyekPeserta didik merancang langkah-langkah kegiatan penyelesaian projek dari awal sampai akhir beserta pengelolaannya. Kegiatan perancangan projek ini berisi aturan main dalam pelaksanaan tugas projek, pemilihan aktivitas yang dapat mendukung tugas projek, pengintegrasian berbagai kemungkinan penyelesaian tugas projek, perencanaan sumber/bahan/alat yang dapat mendukung penyelesaian tugas projek, dan kerja sama antara anggota kelompok.c. Penyusunan jadual pelaksanaan projekPeserta didik di bawah pendampingan guru melakukan penjadualan semua kegiatan yang telah dirancangnya. Berapa lama projek itu harus diselesaikan tahap demi tahap.

d. Penyelesaian projek dengan fasilitasi dan monitoring guruLangkah ini merupakan langkah pengimplementasian rancangan projek yang telah dibuat. Aktivitas yang dapat dilakukan dalam kegiatan projek di antaranya adalah dengan a) membaca, b) meneliti, c) observasi, d) interview, e) merakam, f) berkarya seni, g) mengunjungi objek projek, atau h) akses internet. Guru bertanggungjawab memonitor aktivitas peserta didik dalam melakukan tugas projek mulai proses hingga penyelesaian projek. Pada kegiatan monitoring, guru membuat rubrik yang akan dapat merekam aktivitas peserta didik dalam menyelesaikan tugas projek.

e. Penyusunan laporan dan presentasi/publikasi hasil projekHasil projek dalam bentuk produk, baik itu berupa produk karya tulis, karya seni, atau karya teknologi/prakarya dipresentasikan dan/atau dipublikasikan kepada peserta didik yang lain dan guru atau masyarakat dalam bentuk pameran produk pembelajaran.

f. Evaluasi proses dan hasil projekGuru dan peserta didik pada akhir proses pembelajaran melakukan refleksi terhadap aktivitas dan hasil tugas projek. Proses refleksi pada tugas projek dapat dilakukan secara individu maupun kelompok. Pada tahap evaluasi, peserta didik diberi kesempatan mengemukakan pengalamannya selama menyelesaikan tugas proyek yang berkembang dengan diskusi untuk memperbaiki kinerja selama menyelesaikan tugas projek. Pada tahap ini juga dilakukan umpan balik terhadap proses dan produk yang telah dihasilkan.

Maksud Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Pembelajaran yg menghubungkaitkan soalan dan teknologi mengenai kehidupan harian pelajar menjadi projek bilik darjah pelajar membentuk kumpulan siasatan , mereka bentuk, meneyelesaikan masalah, membuat keputusan, kemahiran menyiasat dan membuat refleksi guru sebagai pemudah cara bukan sebagai pemberi maklumat hasil PBP akan dipersembahkan dan dinilai Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Dapat membantu menjadikan cara pembelajaran yang aktif, dinamik dan menyeronokkan Meningkatkan keyakinan dan penglibatan murid Memerlukan komitmen kerja yang agak mencabar Jumlah kerja yang banyak Memerlukan masa yang panjang Kos pengendalian Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Projek dapat dikaitkan dengan dunia sebenar Mendapat kemahiran membuat keputusan, berinteraksi dengan pelajar lain, dan menggunakan konsep baru. Bekerjasama dengan pelajar lain, guru dan masyarakat.