tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak …
TRANSCRIPT
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
107
TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN FARDHU AIN ANAK-ANAK MUALLAF
SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN SRI AMAN SARAWAK
Jamaliah binti Abdul Jalil
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Isa Hamzah
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Maimun Aqsha Lubis
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-
anak muallaf sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak. Selain itu kajian ini dilakukan
untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf
terhadap amalan fardhu ain Kajian ini terbatas kepada mengukur tahap pengetahuan dan
amalan fardhu ain daripada aspek solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian menutup aurat.
Kajian ini melibatkan seramai 97 orang anak muallaf dari enam buah sekolah menengah di
bahagian Sri Aman, Sarawak yang mewakili 89% daripada jumlah keseluruhan populasi.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik. Analisis data
secara deskriptif dan inferensi melalui ujian Korelasi Pearson dilakukan dengan perisisan
SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf
berada pada tahap tinggi manakala bagi amalan fardhu ain anak-anak muallaf pula berada pada
tahap sederhana. Di samping itu, hasil kajian mendapati wujud hubungan yang signifikan
antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf dengan amalan fardhu ain mereka
Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada ibu bapa, pihak sekolah
terutama para guru dan institusi-institusi agama Islam untuk bersama-sama menggembeleng
tenaga dan usaha dalam memberi didikan dan bimbingan fardhu ain kepada anak-anak muallaf
agar dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan amalan fardhu ain mereka.
Kata kunci: Anak Muallaf; Fardhu Ain; Solat Fardhu; Mandi Wajib; Menutup Aurat
LEVEL OF KNOWLEDGE AND PRACTICE OF FARDHU AIN AMONG
CHILDREN OF CONVERTS AT SECONDARY SCHOOLS
IN THE DIVISION OF SRI AMAN SARAWAK
ABSTRACT
This study was aimed to study the level of knowledge and practice of fardhu ain among
children of converts studying in secondary schools in the Division of Sri Aman, Sarawak. This
study was also to find out about the relationship between the levels of knowledge of the convert
children towards their practice of fardhu ain. In the meantime, this study was limited by
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
108
focusing on the level of knowledge and the practice of fardhu ain from the aspects of the
obligatory solat, compulsory cleansing or baths and wearing decent Islamic costumes (which
cover the body). This study involves 97 children of the converts from six secondary schools
in the division of Sri Aman, Sarawak which represented 89% of the total population. The
instrument used in this study was a set of questionnaire. Descriptive and inferential statistical
analysis such as Pearson Correlation Test was conducted using the SPPS. The findings of this
study showed that the level of fardhu ain knowledge among the children of the converts was
high whereas their practice was moderate. At the same time, the findings also showed the
existence of a significant relationship between the levels of knowledge of the children with the
practice of their fardhu ain. The result of this study is hopefully might contribute as an
implication to the parents, the schools; especially the teachers and other Islamic institutions to
unite and gather efforts to provide education and fardhu ain guidance to the children of the
converts so that they would be able to extend their knowledge and practice.
Keywords: Children of Converts; Fardhu Ain; Obligatory Solat; Compulsory Baths; Wearing
Decent Islamic Costumes
PENGENALAN
Perkembangan dakwah yang pesat di negara kita telah menyaksikan ramai golongan bukan
Islam yang memeluk agama Islam saban tahun. Dalam Islam mereka yang asalnya beragama
Kristian, Hindu, Budha ataupun tidak beragama dan memeluk agama Islam sebagai pegangan
hidup dikenali sebagai mualaf. Muallaf juga merupakan pelaku agama (religious actor) yang
tidak dilahirkan sebagai seorang Islam dan mereka diterapkan ke dalam tradisi agama Islam
yang tidak pernah mereka bersosialisasi dengannya. (Suraya dan Khadijah, 2012). Oleh itu,
menurut Nawawi Jusoh (2006) pada peringkat awalnya sebagai penganut agama Islam yang
baharu, pengetahuan terhadap Islam dalam kalangan para mualaf ini sememangnya agak
kurang malah imannya juga masih belum teguh.
Selain itu, pertukaran agama telah menyebabkan berlakunya proses transformasi
pemikiran, jiwa, kepercayaan serta budaya (Kareelawati 2002). Namun transformasi ini sering
menimbulkan masalah lemahnya pengamalan syariat Islam di kalangan muallaf. Permasalahan
ini turut diakui Faizal Arif (2013) yang mengutarakan faktor utama berlakunya kes murtad
dalam kalangan muallaf adalah kerana ceteknya pengetahuan tentang Islam dan tidak
mengamalkan ajaran Islam. Sebagaimana dilaporkan sepanjang tahun 2000-2010, sebanyak
686 permohonan murtad direkodkan di Malaysia yang sebahagian besarnya adalah daripada
golongan muallaf (Hamizah 2012). Justeru, para mualaf perlu berusaha untuk memiliki dan
mendalami pengetahuan fardu ain kerana ia merupakan ilmu asas yang diwajibkan kepada
semua umat Islam untuk mempelajari dan mengamalkannya. Dengan itu, diharapkan
golongan Muallaf akan dapat menjalani kehidupan berlandaskan syariat Islam dan
meninggalkan cara hidup dahulu yang bertentangan dengan Islam.
Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian lepas dilihat lebih tertumpu kepada
keberkesanan program dakwah dan pendidikan agama terhadap muallaf daripada golongan
belia dan dewasa yang dijalankan oleh institusi-institusi dakwah seperti PERKIM kebangsaan
(Nur A’thiroh Tan et al. 2014), Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) di Pengkalan Chepa,
Kelantan yang menjalankan pendidikan secara formal kepada muallaf dan anak-anak muallaf
(Razaleigh & Marlon, 2014), MACMA (Muhammad Norazam, 2013), Pertubuhan Penyebaran
Islam Antarabangsa Pulau Pinang (Muhammad Naqman, 2015) dan juga program dakwah
orang asli (Aisyah Jami’an, 2013).
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
109
Oleh yang demikian memandangkan betapa pentingnya pengetahuan perkara asas fardhu ain
diterapkan kepada muallaf, sudah pasti perhatian lebih serius harus diberikan untuk memenuhi
keperluan anak-anak mualaf yang masih remaja untuk mendapatkan bimbingan dan pendidikan
perkara asas fardhu ain. Golongan remaja menurut Ali Pitchey (1987) sangat cepat belajar dan
mudah untuk mencontohi samada yang baik atau buruk. Oleh itu, pengkaji merasakan perlunya
penyelidikan dilakukan terhadap anak-anak muallaf remaja yang berada di sekolah menengah.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak
Muallaf sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak dan juga untuk mengenalpasti
hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain dengan amalan fardhu ain anak-anak muallaf.
Diharapkan kajian ini dapat memberi motivasi kepada guru-guru Pendidikan Islam dan ibu
bapa untuk meningkatkan usaha dalam mengukuhkan pengetahuan dan amalan anak-anak
muallaf terhadap perkara asas fardhu ‘ain.
TINJAUAN LITERATUR
Di dalam Islam golongan yang baharu memeluk agama Islam dikenali sebagai muallaf.
Sementara di Malaysia, selain muallaf mereka juga dipanggil saudara baru, saudara kita atau
saudara Muslim. Perkataan muallaf diambil berdasarkan terma yang terdapat dalam al-Quran
daripada surah at-Taubah ayat 60, yang menjelaskan bahawa muallaf adalah antara lapan asnaf
yang berhak untuk menerima zakat. Menurut Wahbah al-Zuhayliyy (1991) lafaz “muallafati
qulubihim” dalam ayat tersebut membawa maksud mereka yang memeluk Islam dan
mempunyai iman yang lemah. Oleh itu Umar al-Ashqar (2000) berpendapat, muallaf ialah
orang yang dijinakkan hatinya kepada agama Islam dengan pemberian zakat sebagai cara
memuliakan mereka, atau mereka yang belum kuat iman di hatinya.
Manakala dalam Ensiklopedia Islam (2005) menyatakan bahawa saudara Muslim atau
muallaf ialah mereka yang diberi tumpuan agar memeluk Islam atau memperkukuhkan
keislamannya. Selari dengan definisi Amran Kasimin (1984) yang menyatakan bahawa saudara
baru atau muallaf sebagai orang yang dipujuk dan dijinakkan hatinya supaya pegangan Islam
mereka bertambah kuat atau mereka yang dipujuk agar terpikat untuk memeluk agama Islam
serta beramal dengan ajarannya. Berkaitan dengan anak-anak muallaf pula, menurut Enakmen
Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991, bahawa anak-anak kepada mualaf yang berumur
bawah 18 tahun adalah memeluk Islam jika berada di bawah jagaan mualaf tersebut dan dia
mengkehendakinya. Sehubungan dengan itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan 2009 juga telah memutuskan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa
memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah
diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. (Azril Mohd Amin, 2013)
Berdasarkan definisi-definisi tersebut dapatlah difahami bahawa muallaf adalah
golongan yang baharu menganut agama Islam dan masih lemah imannya. Bahkan pengetahuan
mereka terhadap ajaran-ajaran agama Islam terutamanya fardhu ain juga masih cetek, apatah
lagi daripada aspek pengamalan. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak muallaf yang masih mentah
dan baharu kenal Islam. Sedangkan menurut Abdul Halim El-Muhammady (1984) ilmu fardhu
ain iaitu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah, syariat dan akhlak wajib dipelajari serta
diamalkan oleh setiap orang Islam yang berakal dan mencapai umur baligh. Begitu juga Imam
al-Ghazali (1988) menekankan konsep kesepaduan ilmu iaitu kesepaduan antara ilmu, amal
dan akhlak. Konsep ilmu yang dibincangkan oleh Imam al-Ghazali ini adalah dikaitkan dengan
sumber akal yang diciptakan oleh Allah kepada manusia dan segala amalan manusia hendaklah
dilakukan bersandarkan ilmu. Oleh itu, segala ilmu yang dipelajari hendaklah berlandaskan al-
Quran dan Sunnah serta wajib diamalkan. Konsep kesepaduan ilmu yang dikemukakan oleh
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
110
Imam al-Ghazali ini bersesuaian dengan kajian ini berkaitan hubungan antara tahap
pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf dengan amalan fardhu ain mereka.
Oleh yang demikian, melalui bimbingan yang efektif para muallaf yang masih dalam
proses mengenali dan mempelajari agama Islam yang baharu dianuti ini akan dapat membina
persepsi diri dan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka sepanjang
hayatnya. (Fathimatul Zahrah & A’thiroh 2015) Seterusnya akan meningkatkan pengetahuan
dan kefahaman muallaf tentang perkara asas fardhu ain, di samping mengamalkannya dengan
sempurna dan penuh istiqamah. Sebaliknya, masalah rendahnya pengetahuan dan amalan
fardhu ain, tidak komited mendalami ajaran Islam (Norhafizah 2002) dan tiada pimpinan
berterusan dari sudut keilmuan Islam. (Azhar Yaakub 2000) boleh mengakibatkan muallaf
kembali kepada agama asal atau murtad.
Oleh yang demikian, selepas memeluk agama Islam, seorang muallaf akan digalakkan
menghadiri kelas-kelas bimbingan agama Islam yang turut dijalankan oleh badan-badan bukan
kerajaan (NGO) kebajikan Islam seperti PERKIM, YADIM, Islamic Outreach ABIM, JIM,
JAWI, MACMA dan lain-lain lagi. (Md. Salleh 1993). Begitu juga bagi anak-anak muallaf
remaja yang berada di bangku sekolah menengah, turut mendapat bimbingan Perkara Asas
Fardhu Ain (PAFA) yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Penilaian
PAFA dilaksanakan bertujuan bagi memastikan setiap murid beragama Islam benar-benar
mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan perkara asas fardhu ain (PAFA) dengan cara
yang betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan syarak. (KPM 1994).
Di samping itu keberkesanan metodologi dakwah dan program-program yang
dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan NGO kebajikan Islam dalam memenuhi
keperluan muallaf untuk mendapat bimbingan dan pendidikan Islam dilihat berupaya
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman Islam khususnya berkaitan fardhu ain muallaf
(Mohd. Sabri 2009; Nur Hieadayah 2013; Aisyah Jami’an 2013; Nabilah Huda 2015).
Walaubagaimanapun tahap pengetahuan yang tinggi tentang fardhu ain ini tidak diterjemahkan
dalam bentuk amalan seharian. sedangkan tidak sempurna iman seseorang kalau tidak diikuti
dengan amalan (Haron Din et.al 2001). Kenyataan ini selaras dengan kajian terhadap muallaf
orang asli oleh Noraizan (2007); Aisyah Jami’an (2005); Rosly (2009) yang mendapati
kebanyakan muallaf yang telah lama memeluk Islam, tapi masih culas melaksanakan perkara-
perkara wajib terutamanya solat fardhu walaupun mereka mempunyai kefahaman terhadap
kewajipan tersebut hasil menghadiri kelas-kelas agama yang dianjurkan oleh institusi-institusi
agama.
Begitu juga ada di kalangan muallaf yang masih belum betul dan masih tidak boleh
membaca al-Fatihah walaupun telah lama memeluk Islam (Abdullah 2004; Zulkifli 2013)
Timbulnya masalah pada bacaan al-Quran khasnya al-fatihah ini pada muallaf kerana sukar
menyebut huruf-huruf al-Quran disebabkan mereka tidak pernah terdedah dengan Bahasa Arab
sebelumnya (Norhidayah 2008). Perkara inilah menjadi punca utama muallaf kurang berminat
untuk belajar ilmu tajwid (Sabariah 2011).
Namun demikian, Berdasarkan hasil kajian Nur Karelawati (2002); Muhammad
Norazam (2013); Muhammad Naqman (2015) menunjukkan muallaf yang terlibat dalam
kajian mereka tidak pernah mengabaikan solat fardhu dan menutup aurat menepati dengan
tahap pengetahuan dan kefahaman fardhu ain mereka yang tinggi. Malah kajian Noraizan
(2007) juga menunjukkan muallaf orang asli di Pahang mempunyai kefahaman yang tinggi
tentang konsep mandi wajib serta mengamalkannya untuk mensucikan diri daripada hadas
besar. Ini menggambarkan sikap mereka yang komited mempelajari Islam dan
mengamalkannya sebagai seorang Muslim sejati.
Jelaslah, berdasarkan kajian-kajian lepas lebih memfokuskan kepada keberkesanan
metodologi dakwah dan program-program bimbingan dan pendidikan Islam yang dilaksanakan
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
111
oleh institusi-institusi dakwah dan agama sama ada badan kerajaan maupun NGO-NGO Islam.
Hasil dapatan kajian-kajian lepas telah menunjukkan kebanyakan muallaf mempunyai
pengetahuan fardhu ain yang tinggi namun kurang memuaskan daripada aspek amalan.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan bagi
mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak muallaf sekolah menengah
di bahagian Sri Aman, Sarawak. Kesesuaian kajian ini menggunakan kajian tinjauan adalah
berdasarkan pendapat Fink (1985) bahawa kajian tinjauan adalah satu kaedah atau sistem
mengumpul data bagi menghurai, membanding, atau menjelaskan pengetahuan, sikap, amalan
dan tingkahlaku. Oleh itu, selain membuat huraian, kajian ini turut menghubungkaitkan antara
tahap pengetahuan fardhu ain dengan amalan fardhu ain anak muallaf. Justeru, dalam kajian
ini pengkaji menggunakan analisis deskriptif dan inferensi dengan pembolehubah bebas ialah
pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf. Manakala pemboleh ubah bersandar ialah amalan
fardhu ain anak-anak muallaf.
Populasi dan sampel kajian
Populasi kajian ini meliputi semua anak muallaf yang bersekolah di sekolah-sekolah menengah
di bahagian Sri Aman, Sarawak. Terdapat enam buah sekolah menengah di bahagian Sri Aman
yang mana jumlah anak-anak muallaf yang bersekolah di situ ialah seramai 109 orang. Sampel
yang digunakan dalam kajian ini ialah sampel populasi yang berjumlah 97 orang anak-anak
muallaf yang mewakili 89% daripada jumlah keseluruhan populasi. Tidak semua populasi
yang terlibat mengisi borang soal selidik disebabkan faktor ketidak hadiran di sekolah dan
mengikuti program-program di luar semasa soal selidik diedarkan. Manakala pemilihan
bahagian sri aman dibuat sebagai lokasi kajian, memandangkan belum ada kajian terhadap
murid-murid sekolah menengah dari kalangan anak-anak muallaf pernah dilakukan di bahagian
Sri Aman.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik sebagai alat
untuk mengumpul maklumat tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak muallaf
sekolah menengah. daripada tiga aspek iaitu solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian menutup
aurat. Berdasarkan pendapat Robson (1998), bahawa soal selidik adalah instrumen yang paling
sesuai digunakan untuk kajian tinjauan. Kenyataan ini disokong oleh Majid Konting (2005)
yang mengatakan data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik mudah ditadbir dan
mudah dilakukan penganalisaan jawapan.
Di samping itu, soal selidik dalam kajian ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu
a) demografi responden, b) pengetahuan fardhu ain anak muallaf yang terdiri daripada dua
belas item dan c) amalan fardhu ain anak muallaf yang mengandungi tujuh item. Sehubungan
itu, skala jawapan jenis likert lima mata digunakan sebagai skala jawapan responden terhadap
pernyataan yang berkaitan pengetahuan fardhu ain anak muallaf yang dilabelkan antara 1
(STS=Sangat Tidak Setuju) hingga 5 (SS=Sangat Setuju). Sementara nilai min bagi setiap item
dikategorikan pada tiga tahap seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Penilaian skor min likert lima mata
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
112
Skor min Interpetasi
3.67 hingga 5.00 Tahap tinggi
2.34 hingga 3.66 Tahap sederhana
1.00 hingga 2.33 Tahap rendah
*Sumber: Mohammad Sani et.al (1999)
Manakala skala jawapan jenis likert tiga mata digunakan sebagai skala jawapan
responden terhadap pernyataan yang berkaitan amalan fardhu ain anak muallaf iaitu dilabelkan
sebagai 1 (tidak pernah), 2 (kadang-kadang) dan 3 (selalu). Skor min telah dibahagi kepada 3
tahap untuk memudahkan interpretasi data seperti dalam jadual 2:
Jadual 2: Penilaian skor min likert tiga mata
Skor min Interpetasi
2.34-3.00 Tahap tinggi
1.67-2.33 Tahap sederhana
1.00-1.66 Tahap rendah
*Ubah-suai daripada Christina Andin, et.al (2014)
Selain itu, pembinaan item soal selidik kajian ini diadaptasi daripada soal selidik tesis-
tesis yang lepas dan beberapa item telah diubah suai berdasarkan pertimbangan pengkaji
dengan merujuk pada buku panduan penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA), KPM dan
melalui proses semakan dan pengesahan empat orang pakar dalam bidang berkaitan kajian ini.
Data yang diperolehi telah di analisis menggunakan program Statistic Packages for Social
Science (SPSS) versi 22.0. Seterusnya analisis data dilakukan secara statistik deskriptif
yangdipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan min. Selain itu
data juga dianalisis secara statistik inferensi menggunakan ujian korelasi Pearson untuk
mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak muallaf dengan tahap
amalan fardhu ain anak muallaf. Oleh itu bagi menentukan kekuatan hubungan antara dua
pemboleh ubah tersebut, pengkaji menggunakan interpretasi berdasarkan Skala Davies (1971)
seperti jadual 3:
Jadual 3: Kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah
Nilai Pekali Tafsiran
0.01 – 0.09 Boleh diabaikan
0.10 – 0.29 rendah
0.30 – 0.49 Sederhana
0.50 – 0.69 kuat
0.70 – 0.99 Sangat tinggi
1.00 Sempurna
*Sumber: Davies 1971
Kajian Rintis
Pengkaji telah menjalankan kajian rintis ke atas 37 orang murid di dua buah sekolah menengah
di bahagian Kuching yang mempunyai ciri yang sama dengan populasi kajian iaitu anak-anak
muallaf dan murid sekolah menengah. Kajian rintis ini dilaksanakan adalah untuk mendapat
maklum balas berkenaan soal selidik bagi mengelakkan timbul sebarang masalah semasa
menjalankan proses pengumpulan data sebenar (Liaw & Goh 2002). Data yang diperolehi
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
113
dianalisa menggunakan ujian statistik untuk mendapatkan nilai alpha cronbach. Sehubungan
dengan itu bagi sub konstruk pengetahuan fardhu ain yang mengandungi 12 item, nilai alpha
cronbach yang diperolehi ialah 0.905 dan bagi sub konstruk amalan fardhu ain yang
mengandungi 7 item pula, nilai alpha cronbach yang diperolehi ialah 0.787. Secara keseluruhan
nilai kebolehpercayaan alpha cronbach yang diperolehi bagi semua 19 item instrumen soal
selidik kajian ini ialah 0.901. Berdasarkan klasifikasi indeks kebolehpercayaan yang dirujuk
daripada Bryman & Cramer (1999); Azhar (2006), menjelaskan bahawa secara keseluruhan
item-item yang diuji menunjukkan nilai yang tinggi. Ini bermakna item-item ini sah digunakan
untuk kajian sebenar.
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan daripada analisis diskriptif berkaitan tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain
anak-anak muallaf daripada tiga aspek utama iaitu solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian
menutup aurat dinyatakan dalam bentuk min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan
interpretasi min Manakala dapatan analisis inferensi diperolehi daripada ujian korelasi Pearson
yang dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak
muallaf terhadap amalan fardhu ain anak-anak muallaf.
Tahap Pengetahuan Fardhu Ain Anak Muallaf
Jadual 4 di bawah menunjukkan hasil dapatan deskriptif untuk melihat tahap pengetahuan
fardhu ain anak muallaf daripada tiga aspek iaitu solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian
menutup aurat. Melalui analisis statistik yang dilakukan, nilai yang diperolehi bagi setiap item
telah dibentangkan dalam jadual 4:
Jadual 4: Tahap pengetahuan fardhu ain anak muallaf daripada aspek solat fardhu, mandi
wajib dan berpakaian menutup aurat
Item Pernyataan STS TS KS S SS Min S.P Interpretasi
Solat
fardhu:
01 Saya boleh
menyebut
rukun-rukun
solat satu
persatu.
2
2.1%
7
7.2%
27
27.8%
43
44.3%
18
18.6%
3.70 .92 Tinggi
02 Saya tahu
perkara-
perkara yang
membatalkan
solat.
- 1
1.0%
10
10.3%
48
49.5%
38
39.2%
4.27 .69
Tinggi
03 Saya tahu
cara-cara
menunaikan
solat dengan
betul
- 3
3.1%
26
26.8%
42
43.3%
26
26.8%
3.94 .81
Tinggi
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
114
04 Saya boleh
menyebut
lafaz niat
solat fardhu
1
1.0%
2
2.1%
33
34.0%
35
36.1%
26
26.8%
3.86 .88 Tinggi
05 Saya boleh
membaca
fatihah
dengan betul
- 4
4.1%
8
8.2%
33
34.0%
52
53.6%
4.37 .81 Tinggi
Bersambung…
sambungan….
06 Saya boleh
membaca ayat-
ayat bacaan
dalam solat
dengan betul
dan lancar
1
1.0%
7
7.2%
48
49.5%
26
26.8%
15
15.5%
3.48 .88
Sederhana
Mandi wajib
07 Saya tahu cara-
cara
melaksanakan
mandi wajib
yang sempurna
- 7
7.2%
28
28.9%
44
45.4%
18
18.6%
3.75 .84
Tinggi
08 Saya boleh
menyebut lafaz
niat Mandi
wajib dengan
betul
1
1 %
10
10.3%
31
32.0%
38
39.2%
17
17.5%
3.62 .92
Sederhana
09 Saya tahu
sebab-sebab
yang
mewajibkan
Mandi
- 6
6.2%
16
16.5%
44
45.4%
31
32.0%
4.03 .86
Tinggi
Menutup aurat
10 Saya tahu
hukum
berpakaian
menutup aurat
adalah wajib .
- 1
1.0%
8
8.2%
35
36.1%
53
54.6%
4.44 .69
Tinggi
11 Saya tahu batas
aurat lelaki
antara pusat dan
lutut
- 2
2.1%
5
5.2%
40
41.2%
50
51.5%
4.42 .69
Tinggi
12 Saya tahu batas
aurat
perempuan
seluruh tubuh
- 1
1.0%
6
6.2%
27
27.8%
63
64.9%
4.57 .66 Tinggi
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
115
badan kecuali
muka dan
tangan
STS=Sangat Tidak Setuju TS=Tidak Setuju KS=Kurang Setuju S=Setuju SS=Sangat Setuju
Dapatan kajian tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf dari aspek solat fardhu
menunjukkan skor min semua item dikenal pasti berada pada interpretasi min tahap tinggi.
Kecuali hanya satu item yang berada pada interpretasi min tahap sederhana iaitu pada item
boleh membaca ayat-ayat bacaan dalam solat dengan betul dan lancar (min=3.48, s.p=0.88)
dengan 49.5% menyatakan kurang setuju. Manakala daripada aspek mandi wajib pula,
menunjukkan anak-anak muallaf mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan cara-cara
melaksanakan mandi wajib yang sempurna (min=3.75, s.p=0.84) dan sebab-sebab yang
mewajibkan mandi (min=4.03, s.p=0.86). namun kurang pengetahuan dalam menyebut lafaz
niat mandi wajib dengan betul (min=3.62, s.p=0.93) iaitu berada pada interpretasi min tahap
sederhana. Begitu juga bagi aspek pengetahuan berpakaian menutup aurat. Daripada analisis
yang dijalankan menunjukkan kesemua item dalam bahagian ini mempunyai skor min berada
pada interpretasi min tahap tinggi. Manakala min keseluruhan item pengetahuan fardhu ain
anak muallaf dari aspek menutup aurat ialah 4.48. Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan
fardhu ain anak muallaf dari aspek menutup aurat adalah tinggi.Jadual 5 di bawah pula
menunjukkan keputusan skor min dan interpretasinya bagi setiap konstruk berkenaan
pengetahuan fardhu ain yang dikaji.
Jadual 5: Tahap pengetahuan keseluruhan fardhu ain anak muallaf
Item. Konstruk pengetahuan
fardhu ain
Min Interpretasi
01 - 06 Solat fardhu 3.94 Tinggi
07 – 09 Mandi wajib 3.80 Tinggi
10 - 12 Berpakaian menutup aurat 4.48 Tinggi
Min keseluruhan 4.07 Tinggi
Didapati skor min paling tinggi adalah pada konstruk berpakaian menutup aurat iaitu 4.48.
Kemudian diikuti dengan min solat fardhu iaitu 3.94 dan seterusnya min mandi wajib iaitu
3.80. Skor min keseluruhan ketiga-tiga konstrak tersebut berada pada interpretasi min tahap
tinggi. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa bagi ketiga-tiga aspek pengetahuan fardhu ain
anak muallaf yang difokuskan oleh pengkaji dalam kajian ini iaitu solat fardhu, mandi wajib
dan berpakaian menutup aurat berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.07. Ini bermakna
secara keseluruhannya tahap pengetahuan fardhu ain anak muallaf adalah tinggi.
Tahap Amalan Fardhu Ain Anak Muallaf
Berdasarkan jadual 6 di bawah, dapatan kajian menunjukkan min, sisihan piawai, kekerapan,
peratusan dan interpretasi min bagi tahap amalan fardhu ain anak muallaf daripada aspek solat
fardhu, mandi wajib dan berpakaian menutup aurat:
Jadual 6: Tahap amalan fardhu ain anak muallaf daripada aspek solat fardhu, mandi wajib
dan berpakaian menutup aurat.
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
116
Item Pernyataan Tidak
pernah
Kadang-
kadang
selalu Min S.P Interpretasi
Solat fardhu
01 Saya menunaikan solat
fardhu lima waktu setiap
hari
15
15.5%
72
74.2%
10
10.3%
1.95 .51 Sederhana
02 Saya suka pergi ke surau
atau masjid
4
4.1 %
82
84.5 %
11
11.3
%
2.07 .39 Sederhana
03 Saya segera menunaikan
solat apabila masuk
waktu.
20
20.6 %
59
60.8 %
18
18.6
%
1.98 .62 Sederhana
Mandi wajib
04 Saya akan mandi wajib
jika berhadas besar.
14
14.4%
29
29.9 %
54
55.7
%
2.41 .73 Tinggi
05 Saya tidak suka
melengah-lengahkan
Mandi wajib.
19
19.6 %
34
35.1 %
44
45.4
%
2.26 .77 Sederhana
Menutup aurat
06 Saya berpakaian
menutup aurat ketika
keluar rumah.
7
7.2 %
52
53.6 %
38
39.2
%
2.32 .61 Sederhana
07 Saya berpakaian
menutup aurat ketika
bersukan
17
17.5 %
38
39.2 %
42
43.3
%
2.26 .74 Sederhana
Hasil analisis menunjukkan min semua item bagi amalan fardhu ain anak-anak muallaf
daripada aspek solat fardhu masing-masing pada tahap sederhana. Skor min paling rendah
adalah pada item menunaikan solat fardhu lima waktu setiap hari (min=1.95, sp=0.51) yang
mana menunjukkan 74.2% responden menyatakan kadang-kadang menunaikan solat fardhu
lima waktu setiap hari, bahkan 15.5% pula menyatakan tidak pernah. Manakala bagi amalan
mandi wajib pula, hasil analisis menunjukkan anak-anak muallaf akan mandi wajib jika
berhadas besar (min=2.41, sp=0.73) yang dikenal pasti skor minnya berada pada interpretasi
min tahap tinggi.
Namun demikian didapati kebanyakan anak-anak muallaf suka melengah-lengahkan
mandi wajib (min=2.26, s.p=0.77) dan skor minnya berada pada interpretasi min tahap
sederhana. Melalui analisis statistik yang dilakukan pada aspek amalan berpakaian menutup
aurat pula, kedua-dua item menunjukkan skor min berada pada interpretasi min tahap
sederhana. Ini menjelaskan bahawa tahap amalan fardhu ain anak muallaf dari aspek
berpakaian menutup aurat adalah sederhana.Jadual 7 di bawah menunjukkan keputusan skor
min dan interpretasinya bagi setiap konstruk yang dikaji dalam amalan fardhu ain anak muallaf.
Jadual 7: Tahap amalan fardhu ain keseluruhan anak muallaf
Item. Pernyataan Min Interpretasi
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
117
01 - 03 Solat fardhu 2.0 Sederhana
04– 05 Mandi wajib 2.34 Tinggi
06 - 07 Berpakaian menutup aurat 2.29 Sederhana
Min keseluruhan 2.21 Sederhana
Dapatan kajian dalam jadual di atas menunjukkan skor min paling tinggi adalah pada
konstruk mandi wajib iaitu 2.34 dan berada pada interpretasi min tahap tinggi. Kemudian
diikuti dengan min berpakaian menutup aurat iaitu 2.29. dan seterusnya min solat fardhu iaitu
2.0. Walaubagaimanapun min kedua-dua konstruk tersebut berada pada interpretasi min tahap
sederhana. Oleh itu, secara keseluruhannya skor min ketiga-tiga konstrak tersebut ialah 2.21
dan berada pada interpretasi min tahap sederhana. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa secara
keseluruhannya tahap amalan fardhu ain anak muallaf adalah sederhana.
Hubungan Tahap Pengetahuan Fardhu Ain Dengan Amalan Fardhu Ain Anak Muallaf
Jadual 8 di bawah memaparkan dapatan analisis inferensi diperolehi daripada ujian korelasi
Pearson yang dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain
anak-anak muallaf terhadap amalan fardhu ain anak-anak muallaf.
Jadual 8: Hubungan pengetahuan fardhu ain dengan amalan fardhu ain anak muallaf
Pembolehubah Amalan Fardhu Ain Anak Muallaf Interpretasi
r Sig.
Pengetahuan fardhu ain anak muallaf 0.564 0.00 kuat
Setelah menjalankan analisis korelasi, dapatan dalam Jadual 8 menunjukkan
terdapatnya hubungan positif yang kuat r = .564, (p < 0.05) dan signifikan antara pengetahuan
fardhu ain dengan amalan fardhu ain anak muallaf. Ini bererti hipotesis null yang menyatakan
tidak terdapat hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf terhadap
amalan fardhu ain anak-anak muallaf adalah ditolak. Dapatan ini memberi maksud bahawa
pengetahuan fardhu ain anak muallaf mempunyai perkaitan positif yang kuat dengan amalan
fardhu ain mereka iaitu semakin tinggi tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf maka
semakin tinggi pula tahap amalan fardhu ain mereka. Keputusan ini membawa implikasi
bahawa anak-anak muallaf yang mempunyai pengetahuan fardhu ain yang tinggi juga
berkemungkinan cenderung meningkatkan amalan fardhu ain mereka. Oleh itu, tahap amalan
fardhu ain anak-anak muallaf dapat dijangkakan dari tahap pengetahuan fardhu ain nya.
PERBINCANGAN
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak
muallaf daripada aspek solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian menutup aurat serta mengkaji
perhubungan antara pengetahuan dengan amalan fardhu ain anak-anak muallaf. Dapatan kajian
ini dapat memberi sumbangan kepada institusi-institusi agama untuk bekerjasama dengan
panitia Pendidikan Islam di sekolah-sekolah dalam mengadakan aktiviti dan program-program
yang efektif dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak
muallaf di sekolah. Di samping itu, bagi guru-guru Pendidikan Islam, boleh membuat refleksi
bagi merangka strategi dan mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran PAFA yang
bersesuaian untuk anak-anak muallaf.
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
118
RINGKASAN HASIL DAPATAN KAJIAN
Tahap Pengetahuan Fardhu Ain Anak-Anak Muallaf
Berdasarkan skor min yang diperolehi daripada analisis deskriptif, secara keseluruhannya
tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf sekolah menengah di bahagian Sri Aman,
Sarawak adalah pada tahap tinggi. Ini memberi gambaran bahawa tercapainya tujuan penilaian
Perkara asas fardhu ain (PAFA) dilaksanakan di sekolah bagi memastikan agar setiap murid
betul-betul mengetahui, memahami dan dapat mengamalkan perkara asas fardhu ain dengan
kaedah yang tepat dan sempurna sepertimana ketetapan syarak. Dapatan kajian ini menepati
saranan Imam Al-Ghazali yang menekankan konsep ilmu yang dikaitkan dengan sumber akal
yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada manusia. Oleh itu proses menuntut ilmu haruslah
berlaku sepanjang hayat (Tajul & Nor ‘Aini 2002; Hazri & Khairuddin 2004) terutamanya ilmu
fardhu ain kerana ia berlandaskan al-quran dan sunnah serta wajib dituntut oleh setiap muslim
(Mohammad 2002).
Di samping itu dapatan kajian telah menunjukkan tahap pengetahuan fardhu ain anak-
anak muallaf dalam aspek solat fardhu berada pada tahap tinggi. Di dapati keputusan kajian ini
selari dengan kajian Muhammad Norazam (2013); Muhammad Naqman (2015) yang
menunjukkan bahawa muallaf-muallaf dalam kajian mereka mempunyai tahap pengetahuan
solat fardhu yang tinggi kesan daripada menghadiri kelas bimbingan. Namun demikian,
dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa 50% anak-anak muallaf kurang pengetahuan
dalam aspek membaca ayat-ayat bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. Keadaan ini
berlaku ada kaitan dengan masalah lemahnya penguasaan dalam bacaan al-Quran. Sepertimana
hasil kajian Noor Elyani (2015) yang mendapati 51% muallaf di Kompleks Darul Hidayah,
Kuala Terengganu berada pada tahap bacaan iqra’ walaupun tempoh pengislaman kebanyakan
mereka sudah lebih lima tahun.
Di samping itu, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan anak-
anak muallaf berkenaan mandi wajib adalah pada tahap tinggi dan keputusan ini selari dengan
kajian Noraizan (2007) terhadap muallaf orang asli di Pahang yang menunjukkan bahawa
mereka mempunyai kefahaman yang tinggi tentang konsep mandi wajib untuk mensucikan diri
daripada hadas besar. Berkaitan aspek boleh menyebut lafaz niat mandi wajib dengan betul
pula menunjukkan masih pada tahap sederhana. Keadaan ini agak membimbangkan kerana
tanpa niat yang betul dikhuwatiri mandi wajib yang dilaksanakan tidak sah menurut syarak
kerana tidak memenuhi rukun-rukun mandi wajib (Sayid Sabiq 1987; Mustofa al-Khin et.al
2005; Muhammad Uzair 2011). Justeru guru-guru Pendidikan Islam harus memberi penekanan
terhadap niat mandi wajib yang betul kepada anak-anak muallaf. Selain itu, daripada aspek
berpakaian menutup aurat, anak-anak muallaf dalam kajian ini mempunyai pengetahuan yang
tinggi selari dengan dapatan kajian Sarip (2014) yang menunjukkan 87.9 peratus muallaf di
pantai barat Sabah faham maksud perkataan ‘Aurat’.
Tahap Amalan Fardhu Ain Anak-Anak Muallaf
Berkenaan dengan amalan fardhu ain pula, dapatan kajian menunjukkan tahap amalan solat
fardhu anak-anak muallaf berada pada tahap sederhana dengan 74% anak-anak muallaf
kadang-kadang menunaikan solat fardhu, malah 16% pula tidak pernah solat. Dapatan kajian
ini selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Fawzy (2002); Noraizan (2007); Rosly
(2009) terhadap muallaf orang asli yang menunjukkan mereka jarang-jarang menunaikan solat
lima waktu. Namun berbeza pula dengan hasil kajian Karelawati (2002); Muhammad
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
119
Norazam (2013); Muhammad Naqman (2015) yang mendapati golongan muallaf yang
mengikuti program bimbingan agama, tinggi tahap amalan solat fardhu mereka seiring dengan
tingginya pengetahuan yang dimiliki.
Hasil daripada dapatan kajian pengkaji dan dapatan-dapatan kajian sebelum ini
memperlihatkan bahawa kesedaran tentang pelaksanaan solat fardhu masih kurang
memuaskan di kalangan muallaf sedangkan solat fardhu merupakan tiang agama dan ibadat
yang wajib ditunaikan serta tidak boleh ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Bahkan Allah swt telah menjanjikan ancaman yang keras kepada mereka yang
mengabaikannya. (al-Ghazali, 1995; Gamal, 2002).
Dapatan kajian ini menunjukkan tahap amalan fardhu ain anak muallaf dari aspek
mandi wajib berada pada tahap tinggi. Namun demikian masih terdapat 30% daripada anak-
anak muallaf kadang-kadang melakukannya. Selari dengan dapatan kajian Noraizan (2007)
terhadap muallaf orang asli di Pahang yang menunjukkan 76% melaksanakan mandi wajib
untuk membersihkan diri daripada haid dan junub. Namun demikian masih terdapat 23.9%
daripada mereka tidak pernah mandi wajib. Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan tahap
amalan mandi wajib muallaf pada tahap tinggi, tapi masih kedapatan dalam kalangan muallaf
yang menunjukkan sikap kurang mengambil berat terhadap kewajipan mandi wajib untuk
menghilangkan hadas besar bagi menentukan sahnya ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya
sepertimana diperintahkan oleh Islam yang telah termaktub di dalam al-Quran, sunnah dan
ijma’ ulama’ (Mustofa al-Khin et.al 2005).
Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tahap amalan anak-anak muallaf daripada
aspek berpakaian menutup aurat adalah pada tahap sederhana dengan 54% kadang-kadang
berpakaian menutup aurat ketika keluar rumah dan 18% pula tidak pernah berpakaian menutup
aurat ketika bersukan. Dapatan kajian ini hampir menyamai dapatan kajian Mohd Arip Kasmo
(1998); Ab Halim et.al (2003) yang mendapati murid-murid gagal mengamalkan ajaran agama
yang dipelajari secara berkesan di rumah seperti tidak berpakaian menutup aurat ketika keluar
rumah. Sedangkan menutup aurat adalah lambang keperibadian dan sahsiah sebagai seorang
muslim. Manakala perbuatan mendedahkan aurat merupakan satu pelanggaran terhadap syariat
Allah (Abdul Munir et.al 2013).
Hubungan Antara Pengetahuan Tentang Fardhu Ain Dengan Amalan Fardhu Ain
Anak-Anak Muallaf
Hasil analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada
tahap tinggi dan positif antara tahap pengetahuan fardhu ain dengan amalan fardhu ain anak
muallaf Dapatan kajian ini seperti dapatan kajian Dearana (2010); Siti Rokiah (2007) yang
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan solat murid.. Ini
menepati kenyataan Imam al-Ghazali bahawa ilmu yang diperolehi hendaklah mampu
mendekatkan diri kepada Allah swt, diikuti dengan amalan kerana kesepaduan antara ilmu
dan amal akan menjamin kehidupan yang sejahtera. Manakala ilmu yang dituntut bertujuan
untuk diamalkan.
Implikasi dan Cadangan Kajian lanjutan
Merujuk kepada dapatan kajian yang telah diperolehi dalam kajian ini, maka pengkaji
mencadangkan implikasi dapatan kajian khasnya kepada ibu bapa, guru di sekolah, bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia dan institusi-institusi agama di Sarawak sama ada kerajaan
ataupun bukan kerajaan agar berganding bahu melaksanakan tugas dakwah dengan penuh
komited dalam memberi bimbingan dan dorongan sepenuhnya kepada anak-anak muallaf
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
120
untuk mempertingkatkan pengetahuan fardhu ain serta mengamalkannya dalam kehidupan
mereka sebagai seorang muslim sejati.
Kajian ini hanya memfokuskan kepada pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak
muallaf daripada aspek solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian menutup aurat sahaja. Oleh
itu pengkaji mencadangkan kajian lanjutan dapat dilakukan dalam aspek aqidah dengan melihat
tahap keyakinan anak-anak muallaf terhadap rukun iman, rukun Islam dan ihsan bagi
mengenalpasti hubungannya terhadap penghayatan agama anak-anak muallaf. Selain itu,
kajian ini secara keseluruhannya menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan
instrumen soal selidik bagi mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-
anak muallaf. Justeru kajian lanjutan boleh dilakukan dengan menggunakan pendekatan
kualitatif seperti kaedah temu bual bersama anak-anak muallaf dan guru-guru Pendidikan Islam
serta pemerhatian di sekolah bagi mendapat maklumat yang lebih jelas berkenaan tahap
pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak muallaf.
KESIMPULAN
Melalui kajian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak
muallaf sekolah menengah di bahagian Sri Aman adalah tinggi. Namun demikian, daripada
segi amalan pula berada pada tahap sederhana. Kajian ini turut mengemukakan beberapa
cadangan yang dianggap releven bagi meningkatkan amalan fardhu ain anak-anak muallaf di
samping memberi cadangan bagi penambahbaikan untuk kajian-kajian lanjutan pada masa
akan datang. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang permasalahan yang
berkaitan dengan anak-anak muallaf yang dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam
usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama Islam anak-anak muallaf masih di
peringkat persekolahan. Perkara ini perlu dilakukan agar anak-anak muallaf terhindar daripada
masalah murtad dan dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang beriman dan
bertaqwa.
RUJUKAN
Abdullah Awang, 2004. Penghayatan Islam di Kalangan Saudara Baru India Kuala Lumpur,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Temu bual, 14 Januari.
Abdullah Basmeh, 2011. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran:(30 Juz).
Kuala Lumpur: Darul Fikr.
Abdul Salam Yusoff, 2003. Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Kuala Lumpur. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ab Halim Tamuri, Sharin Awaludin & Tajul Ariffin Nordin, 2003. Fungsi surau dan
keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam: Satu kajian
di sekolah-sekolah menengah negeri Selangor. Kajian penyelidikan Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Abdul Halim El-Muhammady. 1984. Pendidikan Islam, skop dan matlamatnya. Jurnal
Pendidikan Islam 1: 10-23
Abdul Munir Ismail, Abd Rahman bin Abd Ghani, Mohd Noor Daud, Shahrulanuar bin
Mohamed, 2013. Pendekatan dakwah oleh ibu bapa suku Banjar bagi membentuk anak patuh
kepada ajaran Islam Journal of Human Capital Development Vol. 6 No. 2: 125-144.
Aisyah Jami’an, 2005. Penghayatan Islam di Kalangan Saudara Baru India Kuala Lumpur.
Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aisyah Jami’an, 2013. Program Dakwah dan Peningkatan Kualiti Hidup Saudara Baru Orang
Asli di Gombak Selangor. Tesis Dr. Fal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
121
Ali Pitchey Ibrahim. 1987. Pendidikan Remaja Islam, Majalah Al-Islam September 1987,
(Utusan Malaysia Berhad 1987)
Amran Kasimin, 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah dan Selangor. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Azhar Haji Ahmad, 2006. Strategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidikan Islam dan
penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis Dr. Fal. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Azhar Yaakub (2000), Sebab-Sebab Saudara Baru Menjadi Murtad, (Tesis, Jabatan Akidah
Dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya).
Azril Mohd Amin. 2013. http://azrilmohdamin.com Pengislaman Anak-anak Mualaf di bawah
umur: Respons PPMM
Brymen, A. & Cramer, D. 1999. Quantitative Data Analysis With SPSS Release 8 For
Windows: A Guide For Social Scientists. London: Routledge.
Christina Andin, Abdul Said Ambotang & Musirin Mosin. 2014. Penerimaan Remaja Melayu
Terhadap Gaya Keibubapaan. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Disember
2014.
Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: Mc. Graw Hill Sdn Bhd.
Davies, J.A. 1971. Elementary Survey Analysis. Englewood, N.J: Prentice Hall.
Dearana Morshidi, 2010. Hubungan ibadah salat fardu dan penghayatan akhlak pelajar: kajian
di bahagian Miri, Sarawak. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faizal Arif Tajul Arifin. 2013. Dahulu Mualaf Kini Murtad. Kertas kerja Persidangan
Antarabangsa Pembangunan Mullaf, 7-8 Sept.
Fink, A, 1985. How To Conduct Surveys: Step By Step Guide. Beverly Hills: Sage Publications.
Gamal Abdul. 2003. Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam: Ibnu Sahnun, Ibnu Khaldun. PTS
Publication & Distributor: Bentong
Al-Ghazali, 1988. Ihya’ Ulumiddin. Terj. H. Ismail Yakub. Singapura: Pustaka Nasional PTE
LTD.
Hamizah Basir, 2012. 686 permohonan murtad direkod. Sinar Harian, 8 Januari
Haron Din, Sulaiman Yasin, Hassan Salleh & Sidi Ghazalba. 2001. Manusia dan Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
JAPIM, 2003. Perkara Asas Fardhu Ain: Penstrukturan semula dan model-model cadangan.
Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain J-Qaf. Kementerian Pelajaran
Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002. Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain
(PAFA) Di Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
17/2002.
Liaw Shu Hui & Goh Kim Leng. 2002. Statistik Asas: Konsep Dan Amalan. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Md. Salleh Yaapar. 1993. Implikasi Gerakan Dakwah ke atas Konsep dan Aktiviti Kebudayaan
di Malaysia. Dlm. Angkatan Belia Islam Malaysia (Penyt). Gerakan Dakwah dan Orde
Islam di Malaysia: Strategi dan Masa Depan. hlm 123-134. Selangor: Budaya Ilmu Sdn.
Bhd.
Mohd Arip Kasmo, 1998. Pembangunan akhlak pelajar sekolah agama. Jurnal Pendidikan 23:
119-127.
Mohd Fawzy b Abu Bakar. 2002. Kajian tentang pengamalan solat fardu dalam kalangan
remaja orang asli di Pusat Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PERTAMA),
Kuantan. Disertasi Sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
122
Mohd Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Sabri Ismail, 2009. Metodologi Dakwah Kepada Saudara Baru di PERKIM Kelantan:
Kajian mengenai Keberkesanan. Tesis Dr. Fal, Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Mohammed Sani Ibrahim, Jamalulail Abdul Wahab, Mohd Izham Mohd Hamzah & Warnoh
Katimah. 1999. Kajian keberkesanan pelaksanaan program latihan guru sekolah bestari. Projek
Penyelididkan G9/99. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Naqman Bin Abu Bakar. 2015. Metodologi dakwah terhadap saudara baru: Kajian
di Islamic Propagation Society International (Pertubuhan Penyebaran Islam
Antarabangsa Pulau Pinang (IPSI). Tesis Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Muhammad Norazam Bin Nordin. 2013. Metodologi dakwah terhadap saudara baru oleh
Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Cawangan Kedah/Perlis. Tesis
Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Uzair al-Aziz. 2011. Kaifiat Mandi Hadas. Selangor: Pustaka Ilmuan.
Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie
Jil. 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Nabilah Huda Binti Zaim, 2015. Sokongan terhadap Saudara Baru di Negeri Sembilan. Tesis
Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nawawi Jusoh, 2003. Sebab-Sebab Saudara Baru Memeluk Islam. Tesis Sarjana, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Elyani Binti Alias, 2015. Kemahiran mengenal asas dan membaca al-Quran dalam
kalangan saudara baru di Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur. Tesis Sarjana,
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noraizan Abdul Ghani, 2007. Keberkesanan Kurikulum Bimbingan Saudara Baru Orang Asli
Di Jabatan Agama Islam Pahang. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Norhafizah bt Musa (2002), Peranan Institusi Dakwah Dalam Menangani Masalah Murtad Di
Lembah Klang, Disertasi Sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Nor Hidayah Binti Hamsur, 2008. Metode pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian
al-Quran di kalangan saudara baru di bawah kelolaan JAJ. Disertasi Sarjana Muda,
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao. 2013. Program dakwah Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kepada saudara baru muslim: Kajian tentang
persepsi dan keberkesanannya. Tesis Dr. Fal, Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Nur Hieadayah Abdul Rahim, 2013. Pendekatan PERKIM dalam Meningkatkan Kefahaman
Islam Di Kalangan Saudara Baru Cina dari Tahun (2000-2011): Kajian di PERKIM
Kebangsaan Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Kareelawati Abd Karim, 2002. Metodologi Dakwah Kepada Saudara Baru: Kajian Khusus
di Darul Arqam Singapura. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Razaleigh Muhamat@Kawangit & Marlon Pontino Guleng. 2014. Respon muallaf terhadap
pendidikan dan latihan amali yang dilaksanakan oleh Institut Dakwah Islamiah
PERKIM, Kota Bharu Kelantan. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik. November
2014.
Robson, Collin. 1998. Real World Research. United Kingdom: Blackwell Publisher Itd.
Rosly Mohd. Arus, 2009. Penerimaan Saudara Baru Orang Asli Terhadap Program Dakwah
Majlis Agama Islam Selangor. Temu bual, 01 Ogos.
Sabariah Binti Othman, 2011. Masalah penyebutan huruf al-Quran di kalangan saudara baru:
satu kajian kes. Tesis Sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya
ASEAN Comparatve Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 1(1) January 2017, 107-123.
123
Sarip bin Adul. 2014. Sumber pengetahuan beragama dan tahap kefahaman muallaf di
bahagian Pantai Barat Sabah. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik. November
2014.
Sayid Sabiq. 1987. Fikih Sunnah. Jil 1-2, Terj. Mahyuddin Syaf. Kuala Lumpur: Pustaka Al-
Azhar.
Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah @ Tan Ai Pow,
2015. Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu Tinjauan Literatur
Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting
oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.
Suraya Sintang & Khadijah Mohd Khambali. 2012. Saudara baru dan peranannya dalam arena
dialog antara agama. Makalah Seminar Pemikiran Islam III, Sudut Pandangan Islam
dalam Diskusi Sesama Muslim, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam. Universiti
Malaya. 92-94.
Tajul Ariffin Nordin, 1987. Pendekatan Islam dalam pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam 2(5):
43-56.
Wahbah al-Zuhayli. 1985. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. J. 1, C.3, Damsyik: Dar al-Fikr
Zulkifli bin Abdul Hamid. 2013. MAIS Komited Mantapkan Akidah Saudara Baru, Selangor.
Temu bual, 1 Januari.