tahap pencemaran sungai di johor

Upload: naimah57

Post on 04-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SK

TRANSCRIPT

Tahap Pencemaran Sungai di JohorBahruPostedbyadieniagaon13/05/2012inLaen laenJOHOR BAHRU, 10 Mei:Tahap pencemaran dua daripada empat batang sungai yang yang sudah sedia tercemar di negeri ini semakin kritikal sepanjang tempoh empat tahun lepas.Dan daripada dua sungai itu, pencemaran Sungai Tukang Batu di Pasir Gudang adalah yang paling teruk.Dalam tempoh berkenaan, Indeks Kualiti Air (IKA) sungai itu merosot daripada 28 pada 2002 kepada 17, tahun lepas.Turut membimbangkan, Sungai Tebrau yang sebelum ini dikategorikan sebagai sederhana tercemar, kini menjadi antara lima sungai paling cemar di negeri ini.Ini berikutan IKA sungai itu yang merosot daripada 72 pada 2002 kepada 58, tahun lepas.Sungai yang bacaan IKAnya 81 ke atas dikategorikan sebagai bersih manakala yang IKAnya di antara 60 dan 80 dianggap sederhana tercemar. Sungai yang mencatatkan bacaan IKA 59 dan ke bawah pula diklasifikasikan sebagai paling cemar.Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), punca utama kemerosotan kualiti air Sungai Tebrau ialah pelepasan sisa loji-loji kumbahan Indah Water Konsortium.Jurucakap JAS berkata kemerosotan IKA Sungai Tukang Batu pula berpunca daripada pembuangan sisa loji kumbuhan kilang di sekitar kawasan sungai itu.Menurutnya sebatang lagi sungai yang IKAnya turut merosot dalam tempoh itu ialah Sungai Perembi, juga di Pasir Gudang.Bacaan IKA sungai ini turun kepada 47 daripada 49, katanya dan menambah pembuangan sesuka hati kumbuhan kilang juga menjadi punca utama kemerosotan kualiti air.Dua batang sungai lagi Sungai Segget dan Sungai Buloh yang juga dalam kategori paling cemar, bagaimanapun menunjukkan sedikit perubahan.Bacaan IKA Sungai Buloh di Pasir Gudang menganjak daripada 26 pada 2002 kepada 28, tahu lepas.Sungai Segget pula mencatatkan perubahan yang menarik apabila bacaan IKAnya meningkat kepada 50 tahun lepas daripada 46 pada 2002RM1.5 Bilion Diperlukan Pulih Tiga Sungai Tercemar Di JB, Kata PakarOleh Mohd Haikal Isa

JOHOR BAHARU, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka perlu membelanjakan antara RM1.2 bilion dan RM1.5 bilion jika ia mahu memulih dan membersihkan tiga batang sungai yang paling tercemar di Johor Baharu -- Sungai Segget, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai, menurut Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menurut Timbalan Pengarahnya Prof Marketab Mohamad, kos terkini itu merupakan suatu peningkatan berbanding ketika kajian awal pihaknya pada 2002, yang menganggarkan usaha pemulihan ketiga-tiga sungai tersebut memerlukan peruntukan kewangan sebanyak RM800 juta.

"Dan semakin lama kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau kerajaan negeri menangguhkan usaha pemulihan ketiga-tiga sungai itu, maka kosnya juga akan terus meningkat berbanding kos (RM1.5 bilion) pada masa ini," katanya kepada Bernama dalam temu ramah sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan sukar untuk membuat pelaburan yang besar untuk usaha-usaha pemulihan sungai yang tercemar kerana ia merupakan suatu pelaburan yang tidak menjana sebarang keuntungan daripada segi kewangan.

"Ia (projek pemulihan sungai tercemar) hanya merupakan suatu perkhidmatan. Tiada pulangan pelaburan," katanya.

Marketab berkata generasi masa depan Malaysia terpaksa memikul tanggungjawab memulihkan ketiga-tiga sungai tercemar di Johor Baharu itu serta sungai-sungai tercemar yang lain di seluruh negara, jika kerajaan masa ini tidak bertindak.

"Jika tiada usaha (pemulihan sungai-sungai tercemar di Malaysia) dijalankan pada masa ini, maka anak cucu kitalah yang akan menanggung beban tersebut. Semakin lama kita tangguhkannya, semakin tinggi kosnya," katanya.

Beliau berkata usaha pemulihan Sungai Segget, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai tersebut memerlukan pihak berkuasa membina sekurang-kurangnya dua buah loji memproses air kumbahan berhampiran Sungai Segget dan di Pasar Borong Pandan.

Pembinaan loji memproses air kumbahan itu penting, katanya, kerana sumber utama pencemaran ketiga-tiga sungai tersebut adalah aliran air kumbahan tidak diproses dari kawasan penduduk dan industri yang terdapat di sekitar sungai tersebut.

Pencemaran Sungai Segget di mana airnya berwarna kehitam-hitaman dan mengalir di tengah-tengah bandar raya Johor Baharu itu amat terkenal di seluruh negara dan begitu sinonim dengan bandar raya yang menjadi pintu masuk ke Malaysia dari arah selatan Semenanjung.

Sejak dahulu lagi, keadaan air Sungai Segget yang hitam dan berbau busuk itu telah mencacatkan imej bandar raya Johor Baharu.

Keadaan air di Kuala Sungai Skudai yang kini menempatkan pusat pelancongan Danga Bay, menurut Marketab, semakin baik berikutan usaha-usaha mengorek dasar sungai dari bahan organik dan sampah yang dijalankan oleh pihak pengurusan Danga Bay.

Bagaimanapun, untuk pemulihan yang lebih menyeluruh terhadap sungai-sungai tersebut, usaha-usaha seperti pembinaan sistem pemprosesan air kumbahan perlu dilakukan, katanya.

Menurutnya selain usaha yang perlu dilakukan terhadap tiga sungai di Johor Baharu itu, kerajaan negeri Johor dan pusat juga perlu bertindak segera untuk memulih dan membersihkan tiga sungai di Pasir Gudang yang turut dikategorikan sebagai amat tercemar.

Ketiga-tiga sungai yang tercemar di Pasir Gudang itu adalah Sungai Perembi, Sungai Latoh dan Sungai Buloh.

Marketab berkata sumber utama pencemaran sungai-sungai yang akhirnya mengalir ke Selat Tebrau itu berpunca dari bahan-bahan buangan kilang-kilang yang terdapat di kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Beliau mengulangi bahawa usaha pemulihan sungai-sungai di Pasir Gudang itu perlu dilakukan dengan segera kerana menangguhkannya akan hanya meningkatkan kosnya yang terpaksa ditanggung oleh generasi masa depan.

-- BERNAMADalam rancangan luar bandar, kerajaan siapkan ladang. Ini antara cara mengubah hidup Orang Asli. Kena bawa mereka keluar, tetapi jangan pula adat resam mereka hilang. ALAM SEKITAR PENCEMARAN salah siapa? Salah kita... Kerajaan menyediakan tong sampah percuma, tetapi orang ramai buang di mana? Masih ada yang tidak bertanggungjawab buang ke parit dan sungai. Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan menyediakan peruntukan besar untuk membersihkan sungai.

Namun seharusnya atasi dulu masalah dan punca pencemaran sungai itu. Apa saja yang menyebabkan sungai tercemar sama ada membabitkan orang ramai, perniagaan mahupun industri, perlu ditangani dengan berkesan. Apabila masalah ini dapat diatasi, baru sungai itu dibersihkan. Jika dibersihkan juga tetapi sampah dan kotoran industri masih dibiarkan mengalir ke sungai, ia tidak akan berubah. Sungai akan terus tercemar dan yang akan merasa kesan dan akibatnya adalah generasi kita akan datang.

Di Pantai Lido, dulu banyak pokok stu. Buahnya seperti rambutan tetapi hijau dan bila dipecahkan nampak isi putih, dan rasanya lemak manis. Di Sungai Tebrau pula penuh siput gonggong, tetapi sekarang spesies itu sudah tidak ada. Malah spesies yang tidak pernah ada pula wujud seperti ikan Subaru. Ia seperti ikan bawal tapi ada bintik hitam pada tepi badannya.

Sebenarnya saya tidak setuju dengan kerja penambakan Pantai Lido melainkan kerja-kerja melebarkan jalan sahaja. Bapa, datuk dan moyang saya bina istana di tepi laut kerana pemandangan yang indah di tepi pantai.

Kita bina masjid, bangunan Majlis Agama Islam Johor, mahkamah syariah, hospital dan Istana Bukit Serene semuanya menghadap laut dengan pemandangan cantik bersama tiupan bayu laut.

Muka kita sudah cantik, mengapa mahu tampal dan tutup lagi? Apakah tanah di Johor sudah tidak ada hingga perlu menambak laut. Saya tidak setuju dengan pembangunan itu dan sudah sampaikan hasrat saya pada Menteri Besar Johor. Kalau di sebelah Stulang, tidak jadi masalah jika mahu tambak untuk dibangunkan dan diperindahkan dengan kawasan pejalan kaki. Pembangunan di Pantai Lido tidak perlu, dan cukup dengan Teluk Danga yang sudah dibangunkan. KEBERSIHAN BANDAR DAN SUNGAI KALAU sayangkan negeri kita, cintakan sungai kita, kena berubah. Tiba masanya kita berubah. Saya mahu negeri ini lebih bersih. Perlu ada usaha dan kesungguhan daripada semua pihak untuk mempertingkatkan lanskap dan hiasan di seluruh negeri dan bandar raya Johor Bahru terutamanya. Sampai masanya rakyat perlu sedar, dan bantu kerajaan untuk pertingkatkan kebersihan negeri Johor.

Saya sudah nasihatkan kerajaan dan arahkan penubuhan jawatankuasa khas mengenai kebersihan di negeri Johor. Undang-undang yang ada kurang pelaksanaan daripada segi penguatkuasaan. Saya minta lebih adil dan telus dalam menguatkuasakan peraturan. PELANCONGAN KERAJAAN sudah melakukan yang terbaik dan mempunyai banyak perancangan bagi mempertingkatkan industri pelancongan di Johor. Antara yang dilakukan adalah beri anugerah dan tauliah kepada penggiat industri pelancongan.

Namun pada masa sama, kerajaan harus meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi tumpuan pelancongan. Contohnya Mersing, pelancong suka ke sana kerana ada banyak gugusan pulau yang indah. Jadi kita perlu pertingkatkan kemudahan dan kualiti perkhidmatan untuk menarik lebih ramai pelancong ke sana.

Saya berhasrat menghidupkan kembali Tenun Johor sebagaimana Tenun Pahang yang kini popular di Pahang. Tenun Pahang terkenal kerana Tunku Ampuan Mariam membawanya ke negeri itu dan kemudian kekal popular kerana adik saya (Tunku Azizah Maimunah Iskandariah) mengambil berat.

Justeru saya mahu mengembalikan Tenun Johor yang berasal dari Lingga, Indonesia. Sebenarnya tidak susah untuk menghidupkan semula tradisi Tenun Johor, jika mendapat sokongan kerajaan dan minat rakyat. Kita perlu sediakan bangunan dan bawa ahli tenun dari Lingga untuk berkongsi ilmu. Memang ada yang menganggap kerja tenunan kurang komersial, tetapi jika kita fokus dan berusaha, ia sebenarnya menguntungkan.

Banyak perkara yang hendak dihidupkan semula di Johor. Anyam mengkuang, tikar mengkuang, semua boleh dihidupkan semula. Kerajaan kena bantu dan beri subsidi. Kita mesti hidupkan, jika tidak ia akan pupus. Seperti di Kelantan yang popular dengan ukiran perak dan tembaga.

Selain itu, Johor harus memanfaatkan industri nanas, fiber (gentian) nanas yang boleh dibuat baju harus diperkembangkan lagi sebagai satu daripada imej negeri ini. KESELAMATAN DAN JENAYAH KERAJAAN sudah melakukan pelbagai cara, antaranya menyediakan sistem kamera litar tertutup (CCTV), menambah anggota dan pondok polis tetapi masih susah mengawal jenayah.

Dulu jika berlaku rompakan, mangsa tidak dibunuh, tetapi sekarang penjenayah semakin kejam. Ada mangsa rogol yang dibunuh, kanak-kanak turut jadi sasaran, malah ada mangsa dibakar.

Justeru saya ingatkan rakyat supaya lebih prihatin dan peka. Tinggal dalam kawasan kejiranan, perlu ada perasaan cemburu dan curiga. Jika ada orang asing atau tidak dikenali, perlu diperhatikan. Kita harus pedulikan orang dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Sikap seperti itu tidak muafakat, maka tidak ada berkat.Sumber : myMetro