tahap kemahiran “employability” banduan pra bebas di ... · ii universiti teknologi malaysia...

of 30 /30
i TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

i

TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI

KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR

FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

ii

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS JUDUL : TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2007-2008

Saya FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ____________________ ______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 01-14 SRI PANGLIMA B DR. ZAINUDDIN ABU BAKAR BUKIT SAUJANA JLN BENDAHARA Nama Penyelia 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

iii

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)”.

Tandatangan : .....................................................

Nama Penyelia : DR. ZAINUDDIN ABU BAKAR

Tarikh : ......................................................

Page 4: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

iv

TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI

KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR

FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

v

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN

Tarikh : ........................................................

Page 6: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

vi

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan

sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Ayahanda dan Ibunda yang tercinta..... Hj Salihhuddin Bin Dahlan & Hjh Hafsah Binti Hassan

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup

anakandamu ini. Harapanmu kini telah ku tunaikan jua. Semoga Allah sentiasa melimpahi

rahmat.

Buat Suami yang dihormati, Andik Mohamad Faiz Bin Bachok

Diri mu ibarat teman, sahabat dan kekasih yang banyak berkorban dan memberi sokongan

dalam melayari hidup ini tetap menjadi ingatan.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya untuk dirimu.

Bapa dan Ibu Mertua yang dikasihi, Hj Bachok Bin Andik Achok & Hjh Aishah Binti Chik

Segala dorongan dan bantuanmu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah

sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya.

Adik-adik, Farhan, Adhwa, Syahirah, Diana & Nabiha

Semoga kejayaan ini dapat mendorong kalian mencapai kejayaan hingga ke menara gading.

Sekian, Wassalam.

Page 7: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

vii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat

saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih buat Dr Zainuddin Abu Bakar selaku Pensyarah Pembimbing Projek

Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk

ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana memberi

kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini. Disini saya juga ingin merakamkan

ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pertugas-pertugas di Kompleks Penjara

Kluang, Johor yang banyak memberi kerjasama sepanjang kajian ini dibuat.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4 SPE, dan tidak lupa juga kepada

semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak membantu

memberikan kerjasama dan idea bagi menjayakan projek penulisan ini.

Page 8: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

viii

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan melihat tahap kemahiran “employability” banduan pra

bebas di Kompleks Penjara Kluang, Johor. Kemahiran yang dikaji ialah kemahiran

bertanggungjawab, kemahiran bersikap positif, kemahiran membuat penyesuaian dan

kemahiran bekerja dengan orang lain. Responden kajian seramai 40 orang terlibat

dalam penyelidikan ini. Mereka terdiri daripada banduan pra bebas di Kompleks

Penjara Kluang Johor. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik

dan dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statistical Package For the Social

Sciences” (SPSS 15.0). Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang banduan

pra bebas di Penjara Simpang Rengam Johor. Darjah kebolehpercayaan bagi

instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah α = 0.679. Analisis data dilakukan

secara frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap

‘employability’ para banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang ini berada pada

tahap yang tinggi. Kemahiran tertinggi yang dicatatkan adalah kemahiran membuat

penyesuaian, diikuti dengan kemahiran bersikap positif, diikuti pula dengan kemahiran

bekerja dengan orang lain dan yang akhir sekali ialah kemahiran bertanggungjawab.

Ini menunjukkan bahawa banduan pra bebas mempunyai kemahiran ’employability’

yang tinggi setelah menjalani latihan vokasional sepanjang menjalani hukuman di

penjara.

Page 9: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

ix

ABSTRACT

The objective of this research is to identify the employability skills of the pre-released

inmates at Kluang Prison Complex, Johor. The skills investigated are responsibilities,

positive attitude, personal adjustment and work with others. A total of 40 respondents

involved in this study. There are pre-released imates that from the Kluang Prison. The

data is gathered by using and analysed by using the “Statistical Package for the Social

Science” (SPSS 15.0). A pilot study was conducted to 10 respondents from the

Simpang Rengam Prison Johor. The reliability of the instrument was α = 0.679. The

analysis is done in the form of frequency, percentage and average. The finding

indicates that the pre-released inmates of have high employability skills. The finding

also shows the higher skills is personal adjustment, followed by positive attitude,

responsibilities, , and work with others. These indicate that pre-release inmates have a

high employability rate after undergoing vocational training through out their stay in

prison.

Page 10: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS ii

PENGESAHAN PENSYARAH iii

TAJUK KAJIAN iv

PENGESAHAN PELAJAR v

DEDIKASI vi

PENGHARGAAN vii

ABSTRAK viii

ABSTRACT ix

KANDUNGAN x

SENARAI RAJAH xv

SENARAI JADUAL xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

xi

1.6.1 Pihak Industri 9

1.6.2 Masyarakat 9

1.6.3 Pihak Kerajaan 9

1.6.4 Pusat Latihan Vokasional 10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi operasional 11

1.8.1 Banduan 11

1.8.2 Pra Bebas 11

1.8.3 Kemahiran Kebolehkerjaan “Employability” 12

1.8.4 Pemulihan 12

1.8.5 Latihan Vokasional 12

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kepentingan Berkemahiran 14

2.3 Kemahiran Vokasional 15

2.4 Kemahiran Employability 16

2.5 Kepentingan Kemahiran Employability 19

2.6 Kemahiran Bertanggungjawab 20

2.6.1 Mencari sumber Kewangan 21

2.6.2 Memupuk Sokongan Sosial 21

2.6.3 Membina Identiti dan Harga Diri 21

2.6.4 Mencari Kedudukan 22

2.7 Perubahan Sikap 22

2.7.1 Menghapuskan “settler Mentality” 24

2.7.2 Mempertajamkan “Pioneer Mentality” 25

2.7.3 Komitmen Masa 25

Page 12: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

xii

2.7.4 Meluaskan ufuk Pengetahuan 26

2.8 Kemahiran Membuat Penyesuaian 26

2.8.1 Mengurus Peluang 26

2.8.1.1 Memenuhi Minat 27

2.8.1.2 Menguji Keupayaan dan Kebolehan 28

2.8.1.3 Mencari Kepuasan 28

2.9 Kemahiran Interpersonal 30

2.9.1 Kemahiran Bekerja dengan Orang Lain 30

2.10 Model Kemahiran Insaniah 31

2.11 Konsep Kerjaya Mengikut Pandangan Islam 32

2.12 Penutup 35

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka bentuk Kajian 36

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.4 Kerangka Operasi 39

3.5 Instrumen Kajian 40

3.5.1 Bahagian A 40

3.5.2 Bahagian B 40

3.6 Kajian Rintis 42

3.7 Penganalisisan Data Kajian 44

3.8 Jangka Masa Kajian 45

3.9 Penutup 45

BAB IV ANALISIS DATA

Page 13: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

xiii

4.1 Pengenalan 46

4.2 Bahagian A- Latar Belakang Responden 46

4.3 Bahagian B – Jawapan kepda Persoalan Kajian 49

4.3.1 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 1 50

4.3.2 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 2 53

4.3.3 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 3 55

4.3.4 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 4 58

4.4 Penutup 63

BAB V RUMUSAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan Kajian 65

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 67

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 67

5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 69

5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 70

5.4.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 71

5.4.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 73

5.4.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 74

5.4.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 74

5.5 Cadangan 75

5.5.1 Cadangan kepada Pihak Kerajaan 76

5.5.2 Cadangan kepada badan-badan bukan Kerajaan (NGO) 76

5.5.3 Cadangan kepada Pusat-Pusat Latihan Vokasional 77

5.5.4 Cadangan kepada Masyarakat Setempat 78

5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjut 78

Page 14: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

xiv

5.7 Penutup 79

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 86

Page 15: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

xv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Pembangunan Kemahiran Insaniah 32

(SOFT SKILLS) untuk IPT Malaysia

3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 39

5.1 Sikap Tanggungjawab untuk Peroleh Pekerjaan 72

Page 16: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

xvi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kemahiran-Kemahiran yang Terdapat di dalam 18

Kemahiran Employability menurut Poole(1985)

3.1 Bilangan Responden Mengikut Kursus 38

3.2 Pembahagian Item Mengikut persoalan kajian 41

3.3 Skala Likert Berserta Dengan Markah Skor 42

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.2 Taburan Responden Mengikut Kesalahan 47

4.3 Taburan Responden Mengikut Kadar Hukuman 48

4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Masuk Penjara 48

4.5 Taburan Responden Mengikut Peretusan, dan Frekuensi 50

bagi Kemahiran Bertanggungjawab

4.6 Min Keseluruha bagi Persoalan Kajian 1 52

4.7 Taburan Responden Mengikut Peretusan, dan Frekuensi 53

bagi Kemahiran Bersikap Positif

4.8 Min Keseluruhan bagi Persoalan Kajian 2 55

4.9 Taburan Responden Mengikut Peretusan, dan Frekuensi 56

bagi Kemahiran Membuat Penyesuaian

4.10 Min Keseluruhan bagi Persoalan Kajian 3 58

4.11 Taburan Responden Mengikut Peretusan, dan Frekuensi 59

bagi Kemahiran Bekerja dengan Orang Lain

4.12 Min Keseluruhan bagi Persoalan Kajian 4 61

4.13 Perbandingan Pembolehubah dengan Nilai Min 62

Page 17: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

xvii

SENARAI SINGKATAN

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

Ins. - Inspektor

MLVK - Majlis Latihan Vokasional Malaysia

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

NGO Non Government Officer

Page 18: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A SET BORANG SOA SELIDIK 86

LAMPIRAN B AKUAN PENGESAHAN SOAL SELIDIK 91

LAMPIRAN C SURAT KEBENARAN MENJALANKAN 93

KAJIAN

Page 19: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Hala tuju pembangunan sesebuah negara adalah berkait rapat dengan usaha

menghasilkan sumber tenaga manusia. Pembangunan ekonomi Malaysia yang

berteraskan kepada teknologi dan perindustrian, ia juga boleh dikatakan berkait rapat

dengan kemahiran vokasional. Ia merupakan bidang yang perlu diterapkan kepada

semua lapisan masyarakat.

Latihan dalam bidang vokasional yang berkesan akan dapat menyediakan

sumber tenaga manusia yang boleh menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal dan

sentiasa mempelajari sesuatu yang baru dalam pekerjaan. Menurut Ramlee (2000),

para majikan bersetuju bahawa kemahiran teknik dan vokasional dapat membantu

menyediakan pekerja mahir dan separa mahir. Sehubungan itu, kerajaan dan juga

sektor swasta telah bersama-sama berganding bahu memperkenalkan pendidikan

teknik dan vokasional diserata tempat termasuk di penjara.

Penjara merupakan institusi yang melaksanakan hukuman seperti yang

diketahui umum, ianya berbeza dengan institusi atau organisasi lain yang terdapat

dalam masyarakat kita pada hari ini. Perbezaan yang jelas bukan sahaja dapat dilihat

daripada penampilan fizikal malahan ianya merupakan satu kumpulan pekerja yang

Page 20: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

telah terlatih berkhidmat untuk menjaga, mengurus, mengelola serta memberi

pendidikan kemahiran kepada sekumpulan manusia yang bergelar banduan.

Di penjara, proses pemulihan yang dijalankan adalah untuk memulihkan dan

melatih para banduan melalui aktiviti perusahaan vokasional, spiritual dan mental

para banduan supaya mereka lebih bersedia menjalani kehidupan baru selepas

mereka dibebaskan. Selain daripada itu, para banduan juga dapat mencungkil bakat

dan potensi diri mereka sekaligus dapat menanamkan sikap menghargai diri sendiri,

berdisiplin dan bertanggungjawab sejajar dengan konsep kemahiran kebolehkerjaan

yang lebih dikenali sebagai kemahiran “Employability”.

Pendidikan Vokasional merupakan program yang disediakan kepada banduan

bagi tujuan membantu mereka berdikari selepas dibebaskan. Selain daripada itu, para

banduan juga berpeluang menerima gaji hasil daripada aktiviti-aktiviti vokasional

yang dijalankan. Antara latihan Vokasional yang disediakan ialah bengkel jahitan,

mencanting batik, katering, ukiran kayu, dan lain-lain lagi.

Tujuan asas latihan vokasional ini diadakan adalah untuk melatih banduan-

banduan bagi membantu mereka kembali hidup dalam masyarakat apabila bebas

kelak. Dengan adanya program ini pihak penjara dapat memantau tahap kebolehan

para banduan dan ia dapat dikategorikan kepada empat kelasifikasi banduan iaitu :

a) Penghuni Mahir – Menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

b) Penghuni Separuh Mahir – Kerja dibengkel tanpa sijil

c) Penghuni Tidak Mahir – Kerja di dobi, dapur dan bahagian kebersihan

d) Penghuni yang cermerlang dalam bidang sukan.

(Hamzah Hassan, 2005)

Sumber Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia

Pihak penjara juga telah menghantar pegawai mereka untuk menjalani latihan

insentif daripada pihak CIDB (Contruction Industrial Development Board) untuk

menjadi tenaga pengajar kepada para banduan. Pihak Lembaga Pembangunan

Page 21: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga akan memberi sijil pengiktirafan kepada

para banduan yang layak.

“ Mana-mana banduan yang terpilih menyertai program ini, akan

dilatih dalam bidang industri pembinaan dan apabila selesai menjalani

kursus itu, mereka akan diberi sijil sebagai pengiktirafan”

(Hamzah Hassan, 2005)

Sumber Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia

Selain daripada itu juga pihak CIDB, akan memberi kad hijau dengan

perlindungan insurans yang sah laku untuk dua tahun kepada banduan yang

mendaftarkan diri.

Menurut Pengawai Perusahaan Penjara Kajang, Inspektor Muhamad Yusof

Saad, Pihak penjara juga turut mengadakan Progran Sijil Kemahiran Malaysia

(SKM) dibawah kelolaan Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK). Kedua-dua

sijil ini boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan disemua industri yang

berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari.

Dengan ini dapatlah kita lihat pelbagai cara dan kaedah yang telah disediakan

oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi membantu para banduan dalam

membentuk pengukuhan sahsiah yang merupakan kesinambungan daripada

penbentukan fizikal dan ia mampu membentuk jati diri serta prinsip hidup yang baik

selaras dengan saranan negara iaitu pembentukan pembangunan insan pada semua

lapisan masyarakat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Peluang masa depan untuk golongan banduan pra bebas ini nampak terbatas

dari segi peluang kerjaya, kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan.

Page 22: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

“Dari masyarakat mereka diletakkan didalam tembok batu dan tirai besi,

maka kepada masyarakat jualah mereka akan dikembalikan. Maka

terima, bentuk, dan bimbinglah mereka supaya menjadi masyarakat yang

berguna kepada agama, bangsa dan negara”

(Ahmad Bashah, 2006)

Sumber Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia

Banduan juga perlu diberi peluang kali kedua untuk membuktikan

kesanggupan mereka menebus kesilapan yang terdahulu. Hari ini, boleh dikatakan

hanya Jabatan Penjara sahaja yang begitu prihatin dengan nasib banduan-banduan.

"Sebagai manusia biasa sesiapa saja boleh melakukan kesilapan. Apa

yang penting ialah memberi peluang kedua untuk mereka kembali ke

pangkuan masyarakat,"

(Jamilah Abu Hassan, 2007)

Sumber Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia

Menurut Penolong Pegawai Perusahaan Penjara Kajang, Inspektor Muhamad

Yusof Saad, terdapat banduan yang berjaya membina hidup baru dengan membuka

perniagaan tetapi stigma penjara yang membuatkan mereka tidak bersedia untuk

tampil berkongsi pengalaman mereka.

Fenomena berulangkali masuk penjara merupakan suatu pekara yang biasa

terjadi. Ia turut diperakui oleh beberapa warden penjara yang sudah lama berkhidmat.

Hal ini terjadi kerana kebanyakan daripada mereka tidak diberi peluang oleh

masyarakat untuk bekerja semula.

Page 23: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

Menurut Rencana Bernama bertajuk Berulang Kali Masuk Penjara Kerana

Sukar Dapat Kerja bertarikh 10 Oktober 2006, yang ditulis oleh Melati Mohd Arif,

mendapati bahawa faktor utama yang meyebabkan dirinya berulang kali masuk ke

penjara bukanlah kerana sikapnya tidak mahu berubah tetapi dia merasakan

masyarakat tidak memberi peluang kepadanya untuk menjalani kehidupan baru.

Dia juga mengakui setiap kali keluar dari penjara kesukaran mendapatkan

pekerjaan merupakan jalan keluar mengapa dia kembali melakukan jenayah. Selain

daripada itu, kesempitan hidup keluarga juga membuatkan dia terjerumus dalam

kegiatan jenayah. Menurutnya, dengan melakukan jenayah sahaja dia dapat

memperoleh wang dengan segera dan dengan wang tersebut jugalah dia menyara

keluarga.

Banduan ini juga pernah bekerja sebagai penyelia dengan sebuah syarikat

pencuci bangunan di Putrajaya, namun setelah sebulan bekerja dia diberhentikan

atas sebab pihak majikan mendapat tahu bahawa beliau merupakan bekas banduan.

Adakah stigma ini perlu ditanggung oleh para banduan sepanjang hidup mereka

walaupun mereka cuba untuk memperbaiki diri mereka ?.

Menurut rencana ini juga, banduan tersebut sudah hampir lima kali keluar

masuk penjara. Hidup di dalam penjara adalah lebih elok daripada hidup diluar

penuh dengan tekanan, dengan kata-kata itu dapatlah dirumuskan bahawa hanya

dipenjara sahaja diri mereka rasa dihargai dan digauli tanpa rasa sebarang prasangka.

Masyarakat secara am dan khususnya pihak majikan perlu memainkan

peranan dan harus faham, mereka yang dimasukkan ke dalam penjara bukan

semuanya jahat dan tidak mempunyai etika diri tetapi mereka hanya tergelicincir dari

landasan hidup yang betul disebabkan pengaruh-pengaruh luar. Mereka juga perlu

diberi peluang bekerja mencari nafkah kehidupan setelah sekian lama berada didalam

penjara.

Page 24: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

Selain daripada kemahiran vokasional yang diberikan kepada para banduan,

pihak penjara juga turut menerapkan kemahiran-kemahiran generik sepanjang latihan

dijalankan bagi memastikan peluang mereka bersaing untuk mendapatkan pekerjaan

adalah saksama dengan mereka diluar.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latarbelakang masalah di atas, penyelidik ingin mengkaji apakah

tahap kemahiran “Employability” banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang,

Johor. Kajian ini memfokuskan kepada aspek adakah tahap kemahiran yang

diperolehi banduan mampu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan seterusnya

diterima masyarakat.

Aspek –aspek yang dikaji termasuklah kemahiran bertanggungkawab, sikap

banduan, kemahiran membuat penyesuaian dan kemahiran bekerja dengan orang

lain.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah :

1. Mengenal pasti tahap kemahiran bertanggungjawab banduan Pra

bebas di Komplek Penjara Kluang Johor terhadap latihan vokasional

yang diperolehi.

2. Mengenal pasti tahap sikap banduan pra-bebas di Komplek Penjara

Kluang Johor terhadap latihan vokasional yang diperolehi.

Page 25: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

3. Mengenal pasti tahap kemahiran membuat penyesuaian banduan pra

bebas di Kompleks Penjara Kluang, Johor terhadap latihan vokasional

yang diperolehi.

4. Mengenal pasti tahap kemahiran bekerja dengan orang lain banduan

pra bebas di Komplek Penjara Kluang Johor terhadap latihan

vokasional yang diperolehi.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian, beberapa persoalan diutarakan seperti

berikut :

1. Apakah tahap kemahiran bertanggungjawab banduan Pra bebas

vokasional di Komplek Penjara Kluang Johor terhadap latihan

vokasional yang diperolehi?.

2. Apakah tahap sikap banduan pra-bebas di Komplek Penjara Kluang

Johor terhadap latihan vokasional yang diperolehi?.

3. Apakah tahap kemahiran membuat penyesuaian banduan pra bebas di

Kompleks Penjara Kluang, Johor terhadap latihan vokasional yang

diperolehi?.

4. Apakah tahap kemahiran bekerja dengan orang lain banduan pra

bebas di Komplek Penjara Kluang Johor terhadap latihan vokasional

yang diperolehi?.

Page 26: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada

pihak-pihak yang berkaitan seperti pihak industri, pihak masyarakat, badan-badan

yang berkaitan seperti pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pusat-

pusat latihan vokasional.

1.6.1 Pihak Industri

Menimbulkan kesedaran di kalangan pihak industri mengenai kebolehan

golongan banduan pra bebas yang mana sebelum ini bersikap mendiskriminasikan

golongan ini. Selain itu, pihak industri juga boleh merancang dan menyediakan serta

memberi peluang pekerjaan yang sesuai dengan golongan ini.

1.6.2 Masyarakat

Mewujudkan kesedaran dan sikap keprihatinan terhadap kebolehan dan

kemahiran yang dimiliki oleh golongan ini. Kajian ini diharap dapat merubah

tanggapan negatif terhadap golongan ini.

1.6.3 Pihak Kerajaan

Kajian ini amat berguna kepada pihak kerajaan dalam merangka kurikulum

dan pendidikan serta latihan vokasional yang sesuai untuk golongan ini sejajar

Page 27: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

dengan keperluan dan kehendak pihak industri. Perkara ini dapat mengatasi masalah

pengangguran hari ini yang bukan sahaja melibatkan golongan graduan malah

golongan seperti banduan juga perlu diberi perhatian.

1.6.4 Pusat Latihan Vokasional

Hasil dapatan kajian ini juga akan dapat membantu pusat-pusat latihan

vokasional merangka pendidikan dan latihan vokasional serta menawarkan kursus-

kursus yang bersesuaian dengan kehendak industri agar golongan ini diterima

bekerja dengan mudah oleh pihak industri. Selain itu, pusat latihan vokasional juga

dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menyediakan perkhidmatan dan

latihan yang baik kepada golongan ini.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap kemahiran kebolehkerjaan

golongan banduan yang di kategorikan dalam kategori pra pembebasan setelah

menerima latihan vokasional di Kompleks Penjara Kluang Johor.

Responden kajian ini hanya terhad kepada satu kategori banduan iaitu Pra

Bebas sahaja. Oleh itu, kaedah persampelan yang digunakan adalah sampelan tidak

rawak jenis bertujuan.

Penyelidik hanya menumpukan dimensi kajian ini kepada empat elemen

kemahiran kebolehkerjaan iaitu kemahiran bersikap positif, kemahiran membuat

penyesuaian, kemahiran bekerja dengan orang lain dan kemahiran

bertanggungjawab.

Page 28: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

1.8 Definasi Operasional

Di dalam bahagian ini akan diperjelaskan beberapa istilah dan konsep yang

menjadi asas yang menyokong tema kajian yang diusahakan. Definisi istilah-istilah

dan konsep-konsep yang diterangkan di bahagian ini merupakan istilah-istilah dan

konsep yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.

1.8.1 Banduan

Orang yang melakukan kesalahan dan dihukum mengikut perintah mahkamah

(Kamus Dewan, 2006). Dalam Kajian ini, banduan merujuk kepada banduan Pra

Bebas.

1.8.2 Pra Bebas

Bebas membawa maksud tidak terhalang, lepas daripada kewajiban dan lebih

mudah disebut merdeka. Manakala perkataan pra pula membawa makna sebelum.

Mengikut konteks kajian, penyelidik merujuk kepada para banduan yang hampir

selesai menjalani hukuman dan akan keluar dari penjara dalam jangka masa tertentu.

(Kamus Dewan, 2006).

1.8.3 Kemahiran Kebolehkerjaan “Employability”

Terdapat beberapa definisi yang dapat menjelaskan definisi kemahiran

“employability”. Kebanyakkan definisi tersebut memberi tumpuan ke atas elemen

Page 29: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

yang berkaitan dengan personaliti, sikap, tabiat, tingkah laku, cara berkomunikasi,

cara menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus

organisasi. Definisi lain bagi kemahiran “employability” adalah kebolehan bukan

teknikal (non technical abilities).

Bagi tujuan kajian ini, penyelidik mendefinisikan kemahiran ‘employability’

sebagai kemahiran bertanggungjawab, kemahiran bersikap positif, kemahiran

menyesuaikan diri dan kemahiran berkerja dengan orang lain.

1.8.4 Pemulihan

Berpandukan Kamus Pelajar Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi

Digital (2007), pemulihan membawa maksud hal atau perbuatan memulihkan

sesuatu; pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu.

1.8.5 Latihan Vokasional

Berpandukan takrif kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), latihan merupakan

pelajaran atau didikan untuk memahirkan ajaran yang diterima. Manakala vokasional

pula membawa erti berkenaan yang berkaitan tentang pekerjaan tertentu; berkenaan

kursus-kursus pendidikan amali yang menitik beratkan kemahiran yang diperlukan

untuk sesuatu pekerjaan.

Page 30: TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI ... · ii universiti teknologi malaysia ♦ borang pengesahan status tesis judul : tahap kemahiran “employability” banduan

1.9 Penutup

Dalam bab ini pengkaji menerangkan pendahuluan kajian yang mengandungi

pelbagai aspek termasuklah latarbelakang masalah, penyataan masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, tempat kajian dan

definasi konsep. Di dalam bab ini ianya lebih menerangkan tentang kajian yang akan

dilakukan bagi memenuhi kehendak penyelidik.