t-map_rph_bo1.doc

9
T-MAP_RPH_B01 Murid : Tingkatan 2 Tema : Manusia dan kepelbagaian benda hidup Bidang Pembelajaran : Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan Persekitaran Masa : 80 minit Objektif Pembelajaran : Menilai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup. Hasil Pembelajaran : (a) Menerangkan kesan aktiviti manusia terhadap keseimbangan semulajadi. (b) Memerihalkan cara manusia menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan persekitaran. Latar belakang kelas :Murid melaksanakan aktiviti dalam berkumpulan dan setiap murid membuat catatan sendiri menggunakan peta pemikiran. Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid telah mempelajari tentang pencemaran udara dan saling bersandaran antara benda hidup dengan persekitaran. Kemahiran Proses Sains : Pemerhatian,komunikasi,membuat inferens, meramal. Nilai –nilai Murni : Bekerjasama, menghargai alam sekitar, bertanggungjawab. Bahan Bantu Mengajar : Video, gambar, manila kad, pen marker, laptop, LCD, pelekat pelbagai guna. Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi PERSEDIAAN 1. Murid-murid memerhati a. Apa yang kamu perhatikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013

Upload: ahmad-nazir-haji-yusuf

Post on 17-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

T-MAP_RPH_B01

Murid

: Tingkatan 2Tema

: Manusia dan kepelbagaian benda hidupBidang Pembelajaran

: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dan

PersekitaranMasa

: 80 minitObjektif Pembelajaran

: Menilai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan

organisma hidup.Hasil Pembelajaran

:

(a) Menerangkan kesan aktiviti manusia terhadap keseimbangan semulajadi.(b) Memerihalkan cara manusia menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan persekitaran.

Latar belakang kelas :Murid melaksanakan aktiviti dalam berkumpulan dan setiap

murid membuat catatan sendiri menggunakan peta pemikiran.Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid telah mempelajari tentang pencemaran udara dan saling bersandaran antara benda hidup dengan persekitaran.Kemahiran Proses Sains : Pemerhatian,komunikasi,membuat inferens, meramal.

Nilai nilai Murni : Bekerjasama, menghargai alam sekitar, bertanggungjawab.

Bahan Bantu Mengajar : Video, gambar, manila kad, pen marker, laptop, LCD, pelekat

pelbagai guna.FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

Persediaan

(5 minit) Tinjauan berfokus

Penyoalan

1. Murid-murid memerhati video berkenaan aktiviti manusia dan kesanny terhadap keseimbangan ekosistem.

a. Apa yang kamu perhatikan dalam tayangan video tadi?

Jangkaan jawapan murid :

Pembuangan sampah,perindustrian,pelepasan asap daripada kenderaan,

Imaginasi(15 minit)

Meneroka

Merancang

Meramal1. Murid-murid dibahagikan

kepada kumpulan yang terdiri

daripada 3 orang.

2. Murid diminta menyediakan

satu peta pemikiran

berkenaan dengan video yang

ditayangkan.3. Murid dikehendaki

membentangkan hasil

dapatan mereka.a. Senaraikan jenis-jenis pencemaran yang boleh didapati di dalam video dan tuliskan jawapan anda di dalam peta pemikiran yang sesuai dan ditampal di papan putih.

(Rujuk Lampiran)

FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi

Perkembangn

(30 minit) Meneroka

Mencari maklumat

Membuat prototaip

1. Murid-murid dibahagikan

kepada kumpulan yang terdiri daripada 3 orang.

2. Guru mengedarkan satu sampul surat mengandungi 2 set gambar berbeza (Rujuk Lampiran) yang berkaitan isu-isu alam sekitar kepada setiap kumpulan.3. Murid dikehendaki membincangkan isu alam sekitar, kesan dan cara untuk mengatasinya berdasarkan gambar yang mereka perolehi.5. Murid dikehendaki mempersembahkan hasil perbincangan mereka menggunakan peta pemikiran yang sesuai.6. Murid dikehendaki membentangkan hasil dapatan mereka.a. Bincangkan isu alam sekitar yang terdapat dalam gambar yang diberikan.b. Nyatakan punca berlakunya isu

alam sekitar yang anda perolehi.c. Nyatakan kesan terhadap alam

sekitar tersebut.d. Rangkumkan semua maklumat

tersebut menggunakan peta

pemikiran yang sesuai.

e. Dengan menggunakan peta pemikiran yang sesuai, tentukan cara mengatasi isu alam sekitar tersebut.

Tindakan(30 minit)

Menganalisa maklumat

Merumus

Mentaksir

Melapur

Dokumentasi

Menguji prototaip

1.Murid-murid dikehendaki melengkapkan tugasan yang diedarkan. (Tugasan 1- secara individu)

2. Murid-murid menghasilkan satu esei pendek berpandukan peta pemikiran yang telah disediakan (secara individu).

* tugasan ini dilengkapkan di rumah

a. Esei pendek anda mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:

Isu alam sekitar

Punca berlakunya isu tersebut

Kesan terhadap alam sekitar

Cara untuk mengatasi isu tersebut daripada berlaku.

Menghargai dan mempraktikkan amalan gaya hidup yang mencintai alam sekitar.

Pentaksiran1. Murid-murid berupaya menyatakan punca dan kesan pencemaran alam sekitar serta langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Nilai dan Sikap1. Menghargai dan mempraktikkan gaya hidup yang mencintai alam sekitar.

LAMPIRAN

Gambar Isu-isu Alam Sekitar

TUGASAN 1Nama

: ______________________________

Tarikh : _____________

Tingkatan: ______________________________Sekolah : ______________________________1. Kerakusan manusia dalam mengaut keuntungan dengan cara menebang pokok secara berleluasa haruslah dihentikan serta-merta. Sebagai seorang yang cintakan alam sekitar, apakah tindakan yang perlu diambil untuk membendung masalah ini? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________[3 markah]2. Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa menggunakan barangan yang berasaskan pokok seperti kertas, surat khabar, perabot, bahan binaan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan industri berasaskan kayu berkembang dengan pesat. Sebagai seorang pengguna, cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan industri ini boleh beroperasi tanpa mengganggu ekosistem hutan.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________[3markah]JANGKAAN JAWAPAN PELAJARFASA PERKEMBANGAN

1.Pencemaran UdaraTugasan 1 :

JANGKAAN JAWAPAN PELAJAR

2. Pencemaran Air

JANGKAAN JAWAPAN PELAJAR

TUGASAN 1

1.-Kempen kesedaran masyarakat

-penanaman semula pokok

-mewujudkan taman botani atau hutan simpan

-mencadangkan penguatkuasaan undang-undang

-mengamalkan 3R ( kitar semula, guna semula dan kurangkan penggunaan

bahan )

2.- kitar semula bahan

- guna semula bahan

- kurangkan penggunaan bahan berasaskan kayuLAMPIRAN

TUGASAN 1(masukkan dalam sampul surat)

ARAHAN :

Tugasan 1:

Bincangkan isu alam sekitar yang terdapat dalam gambar yang diberikan dan masukkan maklumat yang dikumpul ke dalam peta pemikiran yang sesuai. Dalam perbincangan anda mesti merangkumi:

a) punca berlakunya isu tersebut

b) kesan terhadap alam sekitar

Tugasan 2:

Dengan menggunakan peta pemikiran yang sesuai, bincangkan cara mengatasi isu alam sekitar tersebut

Nota:

*Tampalkan hasil tugasan di tepi dinding.

*Anda diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkan tugasan ini.

SELAMAT MENCUBAAsap kilang

Hujan asid

Pemanasan Bumi

Pencemaran Udara

Sesak nafas/ Athma

Kesan rumah hijau

Pembebasan gas beracun

Pembakaran terbuka

Asap kenderaan

Cara Mengatasi Pencemaran Udara

Penguatkuasaan undang-undang

Perkongsian kereta

Bahan api mesra alam

Penggunaan kenderaan hibrid

Membina cerobong yang tinggi di kilang

Pencemaran Air

Hidupan akuatik mati

Penyakit kulit

Penularan penyakit berjangkit

Keracunan makanan

Pengaliran baja berlebihan

Pembuangan sampah

Tumpahan minyak

Sistem sanitasi kurang sempurna

Cara Mengatasi Pencemaran Air

Penguatkuasaan undang-undang

Kitar semula bahan

Kempen & Pendidikan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sains 2013