syiah poli
TRANSCRIPT
-
8/12/2019 SYIAH poLI
1/22
POLITEKNIK UNGKU OMAR
SYIAHNAMA KUMPULAN :
1. MOHD NAQIUDDEEN BIN KHALIL (01DKP13F2011)
2. MOHAMAD AMIRUL ASLAM BIN MOHD AZIZAN (01DKP13F2026)
3. MUHAMMAD NURSHAHRUL BIN AHMAD FAUZI (01DKP13F2017)
4. MOHAMAD HUSAINI BIN OTHMAN (01DKP13F2007)
NAMA PENSYARAH : USTAZ AMMAR BADRUDIN BIN ROMLI
-
8/12/2019 SYIAH poLI
2/22
-
8/12/2019 SYIAH poLI
3/22
PENDAHULUAN
Isu Syiah adalah isu yang lama berlegar dalam pemikiran Umat Islam. Bermula sejak tahun 30
H yang diasaskan oleh Abdullah bin Saba. Akhirnya gerakan ini berjaya membunuh Saidina
Othman Khalifah ar Rasyidin yang ketiga. Kemudian Saidina Ali dilantik menjadi Khalifah ar
Rasyidin yang keempat, seterus berlaku krisis peperangan Jamal antara Saidina Ali dengan
Saidatina Aisyah, berlaku peperangan Siffin antara Saidina Ali dengan Muawiyah,kedua-dua
peperangan ini diadu dombakan oleh talibarut Abdullah bin Saba.Majlis Tahkim, Saidina Ali
dibunuh oleh Abdul Rahman Ibn Majlam, Hasan dilantik menjadi Khalifah, Hasan serah jawatan
Khalifah pada Muawiyah berlakulah penyatuan dikalangan umat Islam dipanggil Ammul Jamaah
tahun penyatuan.Kemudian Husein dibunuh oleh puak Syiah dari Karbala tetapi yang dituduh Khalifah Yazid,
selepas itu pemberontakan dari al Mukhtar bin Abu Ubaid as Thaqafi. Kemudian selepas lahirlah
banyak kelompok Syiah seperti Syiah Imamah, Syiah Bani Buwaih, Syiah Qaramitah, Syiah
Abidiyyah, Syiah Fatimiah, dan Syiah Safawiyah dan akhirnya lahir Ayatullah Khomenei.
Kesemua puak-puak syiah ini berpegang dengan konsep al Imamah, mentakfir para sahabat
radiyal.anhum, al Quran tidak sempurna dan rajah. Mereka hanya berbeza pada siapa yang
menjadi Imam dan siapa yang dikata al Qaim Imam al Mahdi al Muntazar. Kemelut ini terus
berlanjutan sehingga kini dan tidak nampak noktah penyelesaiannya lebih-lebih lagi musuh-
musuh Islam jelas Syiah sebagai senjata yang ampuh dalam menghancurkan Islam.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
4/22
ABSTRAK
Syiah merupakan satu bentuk fahaman keagamaan yang kian tersebar luas di serata dunia.
Fahaman ini amat bercanggah dari landasan agama serta bercanggah dari fahaman Ahli Sunnah
Wal Jamaah yang kita amalkan sejak sekian lamanya. Fahaman Syiah ini terdapat beberapa
peringkat yang bermula atas dasar politik dan kian berkembang hingga memesongkan akidah.
Kebanyakan umat Islam khususnya di Malaysia mengalami masalah untuk membezakan
pengikut antara dua fahaman ini dan menyebabkan ramai yang kian terpengaruh dengan ajaran
yang menyimpang ini. Justeru itu, kajian ini menyingkap tentang sejarah fahaman Syiah yang
mana jika kita telusurinya, maka kita akan faham akan perbezaannya dengan fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Kajian ini menggunakan beberapa sumber rujukan serta pandangan dari
pakar bidang Islam untuk memastikan sumber yang diperolehi adalah sahih dan boleh diguna
pakai bagi tujuan kajian ilmiah ini. Menerusi kajian ilmiah ini, dapat disimpulkan bahawa Syiah
kini amat berbeza dengan Syiah pada zaman sahabat Rasulullah S.A.W. Perbezaan jurang yang
amat besar dari pergolakan politik dan kini menyimpang hingga ke fahaman akidah. Kajian
ilmiah ini akan menyingkap sejarah perkembangan Syiah dan diharapkan kajian ini dapat
memberikan manfaat buat seluruh umat Islam walau dimana jua berada.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
5/22
LATAR BELAKANG SYIAH
Syiah Imam Dua Belas (Jafariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi
hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di
beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
SIAPAKAH IMAM 12?
Mereka ialah kelompok yang mempercayai bahawa terdapat 12 imam sahaja yang berhak
mendapat imamah, iaitu:
1 Ali b. Abi Talib (Abu Hasan al-Murtadha) w: 40 H
2. Hassan b. Ali (Abu Muhammad az-Zaki) w: 49 H
3. Hussain b. Ali (Abu Abdullah ash-Shahid) w: 61 H
4. Ali b. Hussain (Ali Zainul Abidin as-sajjad) w: 94 H
26 Aslus Syiah wa Usuliha m/s 58
5. Muhammad b. Ali (Abu Jafar al-Baqir) w: 117 H
6. Jafar bin Muhammad (Abu Abdullah as-Sodiq)
7. Musa bin Jafar (al-Kazim) w: 187 H
8. Ali bin Musa (Abu Hassan Ali ar-Redha) w: 203H
9. Muhammad bin Ali (Abu Jafar al-Jawwad) w: 220 H
10. Ali bin Muhammad (al-Hadi at-Taqi) w: 254 H
11. Al-Hassan bin Ali (al-Ashkari) w: 260 H
12. Abul Qasim Muhammad bin Hassan al-Mahdi (imam muntazar) dilahirkan tahun 256 H.
Imam-imam ini tidak berpegang dengan konsep al-Imamah seperti yang dipegang oleh Syiah
Imam 12. Bahkan imam-imam ini tidak terlibat dan tidak ada hubungan dengan apa yang
didakwa oleh mereka. Mereka hanya bertopengkan Ahli Bait yang terdiri dari keluarga Ali dan
Fatimah, Hasan, Husein dan seteusnya zuriat Husein sebagai Imam-imam mereka dan sebagai
perisai untuk mempengaruhi umat Islam, kerana jika tidak disandarkan kepada ahli bait nescaya
tidak ada umat Islam yang terpedaya dengan mereka.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
6/22
Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan ia berkembang di
Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah
Zaidiyah.
Syiah IsmailiyahKumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta
orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia
Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.Syiah Imam Dua Belas (Jafariyah)Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi
hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di
beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima dan ia berkembang di
Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah
Zaidiyah.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
7/22
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH
1. KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali lebih
berhak menjadi imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang
oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri.
Sementara selain Syiah pula mengkaitkan pendapat ini dengan pandangan
yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak
menjadi khalifah selepas Rasulullah S.A.W.
2. KEMUNCULAN PERGERAKAN ABDULLAH B. SABA DI PENGHUJUNG
ZAMAN UTHMAN R.A.
Abdullah b. Saba adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas
golongan Syiah Al-Sabaiyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia
telah memeluk Islam pada zaman Uthman r.a, dan menjelajah ke kota-kota
Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam.
3. PEPERANGAN SIFFIN DAN MAJLIS TAHKIM
Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a dalam peristiwa
Tahkim. Mereka melaungkan bahawa imam itu adalah hak umum bagi semua
kaum muslimin tanpa wujud keutamaan antara orang Arab dengan bukan
Arab, dan antara bangsa Parsi atau Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu
menjadikan imam hak di kalangan ahli bait Rasulullah S.A.W sahaja, dari
keturunan Saidina Ali r.a.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
8/22
PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH
1. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH
- Khalifah diwasiatkan secara Nas.
- Imam adalah maksum.
- Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada
manusia.
- Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk
memberi keadilan.- Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut
kemudharatan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara yang benar.
- Konsep al-Mahdiah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari
sebagai imam Mahdi al-Muntazar.
- Penyanjungan yang keterlaluan kepada Sayidina Ali.
- Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
- Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala
Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
- Hanya Ali dan para Imam sahaja yang menghafal dan menghimpun al-Quran
dengan sempurna.
- Menghalalkan nikah mutah. - Menambah nama Saidina Ali dalam Syahadah.
- Menolak Hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah sekalipun
Hadis Mutawatir.
2.PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT
- Menolak Ijmak Ulama.
- Menolak Qias.
- Mengamalkan nikah mutah
-
8/12/2019 SYIAH poLI
9/22
3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM
- Menziarahi kubur Saidina Hussein, ganjarannya syurga.
- Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian
Saidina Hussein.
- Menghina isteri-isteri nabi S.A.W.
- Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan tanpa sebarang
sebab.
- Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku
melalui nas.
- Sembahyang dhuha adalah bidah
- Islam bukanlah syarat wajib Haji.
- Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuh
kedua-duanya.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
10/22
PENDAPAT SOHIH BERKENAAN SEJARAH KELAHIRAN SYIAH
Syiah sebagai fikrah dan akidah tidak lahir secara mengejut. Ia berkembang mengikut fasa
perkembangan akidah Syiah itu sendiri. Ini kerana akidah dan pegangan Syiah sentiasa berubah
dan berkembang mengikut peredaran masa.
Asal-usul fikrah dan akidah Syiah lahir melalui ciptaan Abdullah bin Saba. Perkara ini diakui
dan diiktiraf dalam buku-buku rujukan Syiah. Sebagai contoh Abdullah bin Saba adalah orang
yang pertama mengatakan imamah adalah hak Ali dan Ali adalah wasi Muhammad yang
bermaksud pewaris Muhammad. Inilah yang dijadikan bukti Ali sebagai imamahdan wasi
selepas Nabi saw. Imamah adalah asas atau rukun utama akidah Syiah.
Buku-buku Syiah juga mengakui bahawa Abdullah bin Saba (Ibnu Saba) dan pengikut-
pengikutnya yang pertama mencela Abu Bakar, Umar dan Othman daan para sahabat
radhiyalLah anhum. Sikap dan pendirian ini, bukan sahaja terdapat dalam buku-buku lama Syiah
bahkan ulama-ulama mereka sehingga kini tanpa segan-silu mencerca, menghina dan menkafir
Khalifah Abu Bakar, Umar al-Khatab, Othman radhiyalLah .Anhum, sebagai contoh mereka
kata Khalifah Abu Bakar dan Umar al Khatab taghut.
Begitu juga Ibnu Saba adalah orang pertama mengatakan rajah Ali18 yang bermaksud Ali
akan dibangkitkan bersama pengikut-pengikutnya semasa kemunculan Imam Mahdi al Muntazar.
Ar Rajah termasuk dalam perkara usul akidah Syiah. Ibnu Saba juga mengatakan Ali dan ahli
bait memiliki ilmu khusus tentang perkara ghaib atau ilmu rahsia.
Ulamak ahli sunnah dan ulamak Syiah bersepakat bahawa Abdullah bin Saba adalah orang
yang pertama menanam benih fikrah dan akidah Syiah. Begitu juga mereka bersepakat
mengatakan bahawa Abdullah bin Saba memang seorang yang benar-benar wujud bukankhayalan atau dogeng. Antaranya Saad bin Abdullah al Qummi seorang tokoh ulamak Syiah
yang mati pada tahun 301 H mengakui hakikat kewujudan Abdulah bin Saba, dia menyebut
nama-nama pengikut yang berkomplot dengan Abdullah bin Saba. Mereka dikenali dengan
puak as Sabaiyah. Mereka juga adalah kumpulan pelampau yang pertama dalam sejarah umat
Islam. Ibnu Saba adalah orang yang pertama mencela dan melaknat Abu Bakar, Umar, Othman
dan para sahabat radhiyalLahu anhum dan mengatakan tidak ada hubungan dengan mereka. Dia
mendakwa Ali yang menyuruhnya berbuat demikian. Al-Qumi juga menyebut berita Abdullah
bin Saba mencela Abu Bakar, Umar. Othman dan para sahabat telah sampai kepada Ali lalu
beliau memerintah supaya Ibnu Saba di bunuh, kemudian ditukar supaya Ibnu Saba dibuang
negeri ke al Madain19
Hakikatnya ajaran Syiah diasaskan oleh Yahudi bertopengkan Ahli Bait untuk mengelabui,
merosakan dan menghapuskan umat Islam atas nama Islam. Sedangkan Ahli Bait tidak ada
hubungan dan tidak ada kaitan dengan dakwaan itu. Ahli Bait berpegang dengan ajaran Ahli
Sunnah wal Jamaah.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
11/22
CIRI-CIRI ORANG SYIAH
Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka
mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak.
Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita
perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya
songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah
imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia
menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat
Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.
3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenalikaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang
mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang
digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat
berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan
Husein radhiyallahu anhum.
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti
sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam
hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di
langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka
juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah.
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf
dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan
jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
12/22
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali
jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-
Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti
atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah
dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan
harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan
zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada
hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah
yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka
berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap
syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat
mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak
ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara
yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda
mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan
Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda
kebimbangan di wajahnya
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam
mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan
membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkanpara sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn
yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
13/22
-
8/12/2019 SYIAH poLI
14/22
-
8/12/2019 SYIAH poLI
15/22
Melaka(1997), Pulau Pinang(1997), Selangor(1998), Negeri Sembilan(1998), Kedah(1999),
Perak(2012), Johor(2012) dan Perlis(2012). Walaubagaimanapun, dengan pengharaman ajaran
Syiah ini, masih terdapat lagi pengikut Syiah yang berani menyebarkan ajaran ini kepada umat
Islam yang lain. Baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan sebuah
pertubuhan bernama Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai haram berkuat kuasa serta-merta
mengikut Seksyen 5 (1), Akta Pertubuhan 1966 kerana mencetuskan keresahan dalam kalanganumat Islam di negara ini.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
Terdapat beberapa faktor penyeberan Syiah di Malaysia.Antaranya, orang Melayu Islam
sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad sollallahualaihiwasallam.Di atas asassayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau dalam
membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah sollallahualaihiwasallam. Seterusnya,
hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Sesetengah orang terpengaruh dengan hukum
fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah mazhab-
mazhab lain seperti boleh jama (himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja. Mereka
juga merasa kagum dengan keharusan nikah mutah dalam mazhab Syiah. Akhir sekali,
kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah, majalah
dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
KESAN BURUK AJARAN SYIAH
Kesan buruk ajaran ini dapat kita lihat pada konflik yang wujud antara puak Syiah dan Sunni
di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Arab.Mereka saling bermusuhan dan berbunuhan.Apakah
kita harus membiarkan gejala ini meresap masuk dan mempengaruhi umat Melayu dan Islam di
Malaysia? Hal ini kerana, memang bukan mudah untuk pihak berkuasa dan jabatan agama
mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang aktiviti penyebaran fahaman itu.Punca
halangan itu ialah terdapat beberapa negeri belum mewartakan enakmen berhubung isu Syiah
berkenaan.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
16/22
CARA-CARA PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
Terdapat beberapa cara penyebaran ajaran Syiah di Malaysia. Antaranya, ziarah rasmi dan
tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke Malaysia.Ziarah tersebut
diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran Syiah.Rakyat
Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran disamping menghadiri program-program yang
diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan Kuala Lumpur. Seterusnya,
penyebaran ini juga berlaku melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa
khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk
mempelajari akidah dan ajaran Syiah.Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun
dahulu lagi.Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah
telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pulaseramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama
Darul al-Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajariBahasa Parsi dan ajaran Syiah di
sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan mengembangkan
Syiah di Malaysia. Tambahan, hal ini juga berlaku melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di
Malaysia.Mereka mengadakan ziarah ke Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah.Mereka
memberi hadiah- hadiah yang berupa buku, majalah Syiah kepada perpustakaan umum,
universiti, kolej, masjid, dan penerbit-penerbit buku.Sebagaimana mereka juga menghantar
beberapa rakyat
-
8/12/2019 SYIAH poLI
17/22
BUKTI SYIAH BERLELUASA
KUALA LUMPUR -Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah walaupun isu ini dibangkitkan semata-
mata untuk menutup keadaan sebenar yang rakyat Malaysia akan tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang
melonjak dengan tinggi.
Contohnya, kata Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, pengurangan subsidi
minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta
kenaikan tambang LRT dan monorel.
Secara tulusnya saya berharap bahawa isu Syiah ini bukanlah dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian
rakyat Malaysia dari isu sebenar yang melanda negara kita ini, iaitu peningkatan kos hidup dengan membabi-buta
selepas PRU13 hasil daripada pengurusan negara kurang cekap dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan
Nasional selama ini, ujarnya dalam satu kenyataan media, seperti di bawah.
Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah walaupun isu ini dibangkitkan semata-mata untuk menutup
keadaan sebenar yang rakyat Malaysia akan tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan
tinggi. Contohnya pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai
GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di
Perhimpunan Agung Umno, 3 Disember lalu, mencadang untuk memasukkan perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah
pada takrifan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan kononnya untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia.
Sehari selepas pengumuman kenaikan tambang LRT dan monorel yang sememangnya akan membawa kesan
kepada ramai orang awam di Kuala Lumpur dan Selangor khasnya, kita digemparkan lagi dengan isu Syiah dan
hasrat kerajaan dalam menentang kefahaman Syiah di negara ini.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan rancangan untuk mewujudkan
pasukan polis syariah khas untuk mengekang kegiatan pengikut Syiah.Ribuan pelajar Syiah di Malaysia
Namun demikian, Datuk Seri mungkin terlupa bahawa negara kita merupakan tuan rumah kepada ramai pelajar-
pelajar antarabangsa di kebanyakan universiti tempatan.
Kerajaan Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan pelajar-pelajar antarabangsa ini
untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Lebih 200 IPTS mendapat kebenaran Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri (KHEDN) untuk membawa masuk pelajar antarabangsa.
Usaha pengantarabangsaan dan pembinaan reputasi IPT tempatan menyumbang kepada penjanaan hasil
pendapatan negara melalui enrolmen pelajar antarabangsa dan penjimatan pertukaran wang asing negara.
Aktiviti mempromosikan pengajian tinggi sedang giat dilaksanakan secara berterusan melalui Pusat Promosi
Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Promotion CentreMEPC).
Malah, ribuan daripada pelajar antarabangsa ini adalah warganegara Iran yang kebanyakannya pengikut ajaran
Syiah yang bergaul secara terbuka dengan mahasiswa-mahasiwa rakyat Malaysia sendiri. Saya percaya di dalam
Universiti Teknologi Mara (UiTM) sendiri terdapat kelompok pelajar-pelajar antarabangsa yang merupakan pengikut
Syiah.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
18/22
Sekiranya kerajaan Malaysia serius dalam memerangi Syiah, adakah pelajar-pelajar antarabangsa yang telah
membelanjakan wang yang banyak untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia seperti yang digalakkan oleh kerajaan
sendiri ini akan diarahkan untuk berhenti mengaji dan keluar dari Malaysia secara serta-merta?
Ataupun, adakah mereka akan diarahkan untuk mengamalkan ajaran mereka secara sembunyi supaya umat Islam
di Malaysia tidak akan keliru? Maklumlah, rakyat Malaysia memang mudah keliru seperti dinyatakan oleh Mahkamah
Rayuan pada bulan Oktober lalu.
Akhir sekali, saya ingin bertanya sama ada kegiatan memerangi Syiah ini khas untuk orang Melayu-Islam di
Malaysia sahaja? Sekiranya ini benar, adakah umat Islam di Malaysia ini berlainan dengan umat Islam dari negara
lain? Jika definisi Islam disempitkan di negara kita adakah ia akan bermaksud bahawa umat Islam dari negara lain itu
tidak akan dianggap sebagai Islam di negara kita?
Secara tulusnya saya berharap bahawa isu Syiah ini bukanlah dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian
rakyat Malaysia dari isu sebenar yang melanda negara kita ini, iaitu peningkatan kos hidup dengan membabi-buta
selepas PRU13 hasil daripada pengurusan negara kurang cekap dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan
Nasional selama ini. - Harakahdaily
Hidayah:15 Tahun Mengkaji, Mahasiswi Jepang Mantapkan Diri Masuk Islam
"Saya memilih agama Islam dan mazhab Syiah ini melalui pengkajian dan perenungan yang lama sampai 15 tahun
lebih. Saya melakukannya sendiri dengan mencari informasi-informasi keagamaan melalui situs-situs internet, sampai
akhirnya melalui informasi seorang teman, saya menemukan situs resmi Ayatullah al Uzhma Mousavi Ardebili.
Bertahun-tahun melalui internet saya belajar melalui artikel-artikel dan ceramah-ceramah beliau mengenai Islam dan
mazhab Ahlul Bait. Sampai akhirnya saya memantapkan diri untuk masuk Islam."
http://www.abna.ir/data.asp?lang=12&Id=415398http://www.abna.ir/data.asp?lang=12&Id=415398http://www.abna.ir/data.asp?lang=12&Id=415398 -
8/12/2019 SYIAH poLI
19/22
KESIMPULAN
Berbicara mengenai perbezaan fahaman Syiah Imamiah dan fahaman ASWJ, makaperbincangan ini merumuskan bahawasanya akidah yang menjadi anutan golongan Syiah
Imamiah tersebut secara jelas telah bercanggah dengan akidah yang didokong oleh ASWJ. Ia
bukan hanya menyalahi ijma para ulama, bahkan lebih parah, ia telah menyongsang nas-nas
yang telah ditanzilkan oleh Allah sebagaimana yang difahami oleh jumhur ulama kepada umat
manusia. Dalam hal ini, tidak ada perisai yang lebih kuat dalam mendepani cabaran gerakan ini
dengan berkesan melainkan umat Islam perlu kembali berpegang teguh dengan ilmu akidah yang
sahih warisan Nabi S.A.W. dan para sahabat R.A.
Dalam mendepani gerakan ini juga, pastinya umat Islam wajib mempertahankan kesucian
ajaran Islam yang sebenar daripada terus dinodai oleh anasir-anasir sesat golongan tersebut,
selain turut perlu menyatakan pendirian mereka dengan lebih tegas demi memastikan gerakan ini
dapat dibendung daripada ia terus disebarkan secara zahir ataupun tersembunyi dalam iklim dan
komuniti muslim yang beraliran ASWJ khususnya di Malaysia ini. Gerakan ini juga perlulah
dipantau agar ia tidak disebarluaskan kerana ia mampu menatijahkan perpecahan yang
menyulitkan penyatuan antara umat Islam di Malaysia.
Selain itu, pihak yang berwajib seperti pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlulah menggandakan usaha supaya lebih peka terhadap
perkembangan dan gerakan golongan Syiah Imamiah ini demi membendung penularan
pemikiran mereka agar gerakan ini mampu ditangani sehingga ke peringkat akar umbi. Tindakan
yang diambil juga perlulah bersifat rasional dan bijaksana agar permasalahan ini dapatdiselesaikan dalam suasana yang terbaik tanpa menatijahkan perpecahan yang besar dalam
komuniti masyarakat Islam dalam negara tercinta. Sebaran am berhubung penyelewengan aliran
ini daripada akidah ASWJ perlulah diwar-warkan kepada masyarakat umum agar mereka dapat
menghindarkan diri daripada turut terjebak dalam penyebaran ajaran songsang tajaan kelompok
ini. Saranan-saranan ini diharapkan agar ia dapat diberi perhatian demi mewujudkan masyarakat
satu akidah yang akhirnya akan menatijahkan sa`adah di dunia mahupun di akhirat.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
20/22
RUJUKAN
RUJUKAN BUKU
`Ali Jum`ah (2005), al-Bayan lima Yusyghiluhu al-Azhan, Kaherah : al-Muqatam li al- Nasyr wa
al-Tauzi` Abd al-Halim Mahmud (1963), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, j. 1, Kaherah :
Maktabah al-Anjalu al-Misriyyah Abu al-Hasan, Ahmad b. Faris (1970), Mujam Maqayis al-
Lughah, c. 2, j. 3, Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba`h Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih
Abu Muhammad `Ali b. Muhammad b. Hazm (t.t), al-Fisal fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal,
j. 2, Beirut : Dar al-Ma`rifah Ahmad Amin (1952), Duha al-Islam, j. 2, c. 3, Kaherah : Matba`ah
Lujnah al-Talif wa al-Tarjamah wa al-Nasyr Ahmad Amin (1955), Zuhr al-Islam, c. 1, j. 4,
Kaherah : Maktabah al-Nahdah al- Misriyyah Al- Amidi, Abi al-Hasan `Ali b. Abi `Ali (t.t), al-
Ihkam fi Usul al-Ahkam, j. 1, Lubnan : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah al- Sawi, Ahmad b.
Muhammad al-Maliki (2007), Kitab Syarh al-Sawi `ala Jawharah al-Tawhid, Suntingan Dr. `Abd
al-Fattah al-Bazzam, c. 5, Beirut : Dar Ibn Kathir Al-Amidi, `Ali b. Abi `Ali b. Muhammad
(1971), Ghayat al-Maram fi `Ilm al-Kalam, Suntingan Hasan Mahmud `Abd al-Latif, Kaherah :
al-Majlis al-A`ala li al- Syuun al-Islamiyyah Al-Asy`ari, Abu al-Hasan (1975), Kitab al-Luma`
fi al-Radd `ala Ahl al-Zaigh wa al- Bida`, Kaherah : Jami` al-Azhar li al-Talif wa al-Tarjamah
wa al-Nasyr al-Asy`ari, Abu al-Hasan `Ali b. Ismail (1969), Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-
Musallin, Muhammad Muhy al-Din b. `Abd al-Hamid (tqq), c. 2, j. 1, Kaherah : Maktabah al-
Nahdah al-Misriyyah al-Baghdadi, `Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad (t.t), al-Farq bayn al-
Firaq, Mesir : al-Maktabah al-Tawfiqiyyah al-Baqillani, Abu Bakr Muhammad b. al-Tayyib
(1987), Tamhid al-Awail wa Talkhis al-Dalail, c. 1, Beirut : Mu`assasah al-Kutub al-
Thaqafiyyah al-Buti, Muhammad Sa`id Ramadan (1997), Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah,
Beirut : Dar al-Fikr al-Mu`asir al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad b. Ya`qub (t.t), al-Qamus al-Muhit, j. 3, Kaherah : Muassasah al-Halabi wa Syarikah li al-Nasyr wa al-Tawzi` Al-
Ghazzali, Muhammad b. Muhammad (2008), Fadaih al-Batiniyyah, Kaherah : Dar al-Far al-
Faruq li al-Istithmarat al-Thaqafiyyah , Al-Harari, `Abdullah b. Muhammad (1998), al-Matalib
al-Wafiyyah Syarh al-`Aqidah al-Nasafiyyah, c. 3, Beirut : Dar al-Masyari` li al-Tiba`ah wa al-
Nasyr wa al- Tawzi` al-Haytami (1983), al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `ala Ahl al-Bid`ie wa
al- Zindiqah, c. 1, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah Al-Isfirayinni. Abu al-Muzaffar (1940), al-
Tabsir fi al-Din, c. 1, t.t.p : Matba`ah al- Anwar Al-Maghribi, `Ali `Abd al-Fattah (1995), al-
Firaq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah: Madkhal wa Dirasah, c. 2, Kaherah : Maktabah Wahbah Al-
Nasafi, Maymun b. Muhammad (2005), Bahr al-Kalam, al-Sayyid Yusuf Ahmad (thqq), c. 1,
Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah al-Razi, Fakhr al-Din Abi `Abdillah Muhammad b. `Umar b.al-Husain (1993), Asas al- Taqdis fi `Ilm al-Kalam, c. 1, Beirut : Dar al-Fikr al-Lubnan
___________________ (1986), al-Arba`ien fi Usul al-Din, j.2, Kaherah : Maktabah al- Kulliyyat
al-Azhariyyah ___________________ (1986), Mukhtar al-Sihhah, Beirut : Maktabah Lubnan al-
Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr (t.t), al-Jami` al-Saghir fi Ahadith al-Basyir al-
Nadhir, j. 1, c. 4, t.t.p. : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah ___________________ (t.t), Tarikh al-
Khulafa, Suntingan Muhamad Muhy al-Din `Abd al-Hamid, t.t.p : t.p. al-Tahhan, Mahmud, Dr.,
(t.t) Taysir Mustalah al- Hadith, Riyad: Maktabah al-Ma`arif Al-Zabidi, Muhammad b.
-
8/12/2019 SYIAH poLI
21/22
-
8/12/2019 SYIAH poLI
22/22