stail pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid

Upload: anaz-hakim

Post on 10-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid

    1/7

    JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

    50

    STAIL PENGAJARAN GURU DAN GAYA PEMBELAJARAN MURID

    Oleh

    Naina Mohd. B. Md. Noor Jabatan Ilmu Pendidikan,

    Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

    e-mail: [email protected]

    Abstrak: Rencana ini bertujuan mengetengahkan pendapat bahawa pengajaran(teaching) tidak lagi begitu menjadi tumpuan yang penting dalam trenda

    perkembangan pembelajaran murid-murid pada masa ini mungkin kerana sudahada banyak kajian dan maklumat mengenai strategi, model, dan kaedah

    pengajaran. Stail pengajaran guru pula menjadi milik personal guru. Setiap guruada gaya mengajar yang tersendiri. Namun begitu, stail pengajaran guru harusada hubung kait yang rapat dengan gaya pembelajaran murid. Maka sekarang ini berlaku peralihan tumpuan kepada pembelajaran (learning) dan gaya

    pembelajaran (learning styles) murid-murid. Mengapakah ada anjuran perubahan

    tumpuan kepada pembelajarean dan gaya pembelajaran? Wajarkah strategi pembelajaran lebih difikirkan daripada strategi pengajaran? Apabila tumpuan yang lebih diberikan kepada gaya pembelajaran murid-murid, bagaimanakah pula dengan peranan dan stail pengajaran guru?

    1.0 PENENALAN

    1.1 Konsep yang berkaitan dengan perbezaan individu, pengajaran berpusatkan murid, dan strategi pengajaran bersepadu tentulah tidak asing lagikepada golongan guru. Bidang psikologi pendidikan yang dipelajari di maktab-maktab perguruan dari dahulu sehingga sekarang pun masih mengutamakan

    pengetahuan guru mengenai perbezaan individu.

    1.2 Begitu juga dalam bidang ilmu pedagogi. Guru-guru mempelajari pelbagaistrategi dan model pengajaran yang boleh memenuhi minat, keperluan, dan perbezaan individu murid-murid.

    1.3 Walaupun latihan perguruan sedemikian dijalankan, namun apabila guru berdepan dengan situasi sebenar mendidik 35 hingga 55 murid pada sesuatu waktudan dalam situasi saiz bilik darjah yang kurang kondusif, sesak dan sempit, paraguru berkemungkinan besar kurang dapat memberi pertimbangan terhadap

    perbezaan individu dan segala strategi yang disarankan semasa di maktab perguruan dahulu. Kesannya, guru akan menampilkan stail pengajarannya yangmungkin berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelasdaripada strategi pengajaran berpusatkan murid.

  • 8/8/2019 Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid

    2/7

    JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

    51

    1.4 Tindakan sedemikian lebih merupakan jalan penyelesaian yang mudahdengan menganggap tumpuan pengajaran harus menyeluruh yang meliputikeperluan kebanyakan murid yang berada di bilik darjah itu. Ada banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Alasan utama yang barangkali seringdiberikan ialah matlamat belajar di sekolah adalah untuk berjaya dalam

    peperiksaan.

    1.5 Faktor lain yang mungkin jarang sekali difokuskan ialah kepada sikap berani para guru untuk meneroka pelbagai cara dan aktiviti serta penyediaan ruang pembelajaran yang menjurus kepada usaha bagi memenuhi minat dan keperluanindividu walaupun perkara ini sebenarnya sudah lama disarankan dalamKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum BersepaduSekolah Menengah ( KBSM ).

    1.6 Kedua-dua kurikulum kebangsaan itu dengan jelas menyarankan pengajaran berpusatkan murid supaya berlaku pembelajaran aktif ( active learning ). Adakah pembelajaran aktif berlaku di sekolah-sekolah?

    1.7 Senario sedemikian sengaja diketengahkan kerana ini berkait rapat dengan

    persoalan sambutan atau respon para guru apabila mereka disogokkan pula denganidea tentang stail pengajaran guru yang harus mengambil kira gaya pembelajaranmurid, kononnya sebagai memenuhi perubahan trenda dalam alam pendidikanmasa kini! Mungkinkah saranan tentang gaya pembelajaran akan beransur-ansur

    berkubur juga seperti sudut-sudut pembelajaran di bilik-bilik darjah KBSR danKBSM ?

    1.8 Pendapat dan senario yang dihuraikan di atas menampakkan pemikiran pesimistik terhadap sesuatu tuntutan perubahan. Adakah ini bermakna para gurukita sukar menerima konsep pembelajaran aktif? Adakah para guru akan menolak

    pula konsep gaya pembelajaran? Stail pengajaran guru secara konvensional sudah berjaya, mengapakah pula perlu bersusah payah menyulitkan guru dengan gaya pembelajaran individu?

    1.9 Pegangan yang boleh diberi jaminan ialah mungkin masih ada para guru yangtelah mencapai kepuasan yang lebih setelah keluar dari kepompong gurukovensional untuk menjadi guru inovatif dan kreatif. Usaha mereka itu pula telahdapat memberi impak kepada peningkatan pembelajaran murid-murid khususnyadari segi keseronokan belajar ( the joy of learning ).

    1.10 Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah stail pengajarannya seperti kita menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasakelihatan tampan, segak, kacak, dan kemaskini. Perubahan fesyen dalam

    pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkanmurid. Golongan guru yang ingin mengubah fesyen inilah yang menjadi sasaranrencana ini.

  • 8/8/2019 Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid

    3/7

    JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

    52

    1.11 Golongan inilah yang mungkin lebih optimistik, lebih yakin, dan lebih mudahmenerima konsep gaya pembelajaran yang dipopularkan oleh Rita Dunn danKenneth Dunn (1978), Bernice McCarthy, dan David Kolb (1990) yang terkenaldengan Sistem 4MAT. Golongan inilah diharapkan dapat menceriakan suasana

    pembelajaran di bilik darjah.

    2.0 Konsep Gaya Pembelajaran Unsur-Unsur Asas Dalam GayaPembelajaran

    2.1 Dunn, R. dan Dunn, K. (1978) dalam bukunya berjudul Teaching StudentsThrough Their Individual Learning Styles menyatakan kekaguman mereka apabilamendapati adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970-an yang menyokong

    pendapat bahawa setiap murid belajar mengikut cara-caranya yang tersendiri, berbeza dengan rakan sebayanya.

    We were amazed to find an abundance of literaturethat had been accumulated over an eighty-year period repeatedly verifying that each student learns in waysthat are different from his or her peers.

    (Dunn & Dunn, 1978:4)

    2.2 Berdasarkan data yang diperoleh hasil daripada kajian mereka mengenaicara-cara bagaimana kanak-kanak dan orang dewasa belajar, Dunn & Dunn(1978:4) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas yang kemudiannya diklasifikasikan kepada empat perkara sahaja

    berdasarkan rangsangan (stimuli).

    2.3 Terjemahan Exhibit 1-1 daripada Dunn & Dunn (1978:4) adalah sepertidalam Jadual 1. Jadual ini menerangkan lapan kategori gaya pembelajaranindividu.

    RANGSANGAN UNSUR-UNSUR

    PERSEKITARAN BUNYI CAHAYA SUHU SUSUNATUR DALAM BILIK

    EMOSIONAL MOTIVASI KE-TEKUNAN

    BERTANG-GUNGJAWAB

    STRUK-TUR

    SOSIOLOGIKAL BAYA DIRISENDI-RI

    PASA- NGAN

    PA-SUK -AN

    DE-WA-SA

    PELBA-GAIORANG

    FIZIKAL PENGAMAT-AN (Persepsi)

    MAKANAN MASA PERGER AKAN

    Jadual 1: Unsur-unsur Utama Dalam Gaya Pembelajaran

  • 8/8/2019 Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid

    4/7

    JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

    53

    2.4 Rencana Bernice McCarthy yang bertajuk Using the 4MAT System to BringLearning Styles to Schools dalam jurnal Educational Leadership Oktober 1990mengemukakan satu carta yang menerangkan gaya pembelajaran yang berasaskanidea asal oleh David Kolb.

    2.5 Kolb (1990) menyatakan bahawa manusia belajar berdasarkan cara bagaimana dia mengamati dan memproses sesuatu. Ada yang memberi respon ataumempelajari sesuatu dengan cara menggunakan deria dan perasaan ( sensing and

    feeling ), manakala manusia lain belajar dengan cara berfikir.

    2.6 Satu cara belajar yang lain pula ialah manusia mempelajari sesuatu dengancara memproses pengalaman dan maklumat iaitu belajar secara memerhati oranglain melakukan sesuatu. Ada pula dengan secara melakukannya sendiri.

    2.7 Pengamatan ( perceiving ) sesuatu dan pemprosesannya dijadikan sebagai dua paksi bersilang menegak. Ini menghasilkan Model Empat Kuadran yang dikenalisebagai Sistem 4MAT. Model dan sistem ini mengklasifikasikan pemelajar (learners ) kepada empat kategori, iaitu

    Kuadran 1: Pemelejar Imaginatif (berasa dan memerhati)Kuadran 2: Pemelajar Analitik (memerhati dan berfikir)Kuadran 3: Pemelajar menggunakan akal biasa (berfikir dan membuat)Kuadran 4: Pemelajar Dinamik (membuat dan menggunakan deria)

    2.8 Berasaskan 4MAT itu kita dapat juga mengenali empat kategori cara belajar (Nelson, 1997) iaitu cara belajar aktivis, pragmatis, reflektif, dan teoritis. Muridyang aktif misalnya akan terlibat sepenuhnya dengan sesuatu pengalaman baru,sentiasa aktif, dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang dipelajari pada masayang sama atau ketika itu juga.

    2.9 Pelajar yang pragmatis suka mencuba terlebih dahulu sama ada sesuatu itu benar-benar praktikal. Apabila didapati praktikal dan berguna, maka dianggapnya

    baik dan dia akan mempelajarinya. Manakala pelajar yang reflektif akanmengasingkan diri tetapi masih melihat sesuatu yang dipelajarai itu daripada beberapa perspektif yakni mengambil masa untuk berfikir sebelum membuatsesuatu keputusan. Pelajar yang teoritis pula suka mengambil pendekatan logikal,tersusun serta membina teori-teorinya sendiri.

    2.10 Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan(multiple intelligence theory ) oleh Howard Gardner (1983) yang berkaitan dengankecerdasan spatial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal,intrapersonal dan kecerdasan naturalistik. Guru-guru diminta pula untuk merancang pengajarannya dengan mengambil kira kecenderungan murid-murid

    berdasarkan kecerdasan yang pelbagai.

  • 8/8/2019 Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid

    5/7

    JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

    54

    Walaupun gaya pembelajaran itu wajar dipertimbangkan khususnya apabila guru bercadang melaksanakan kerja-kerja pengajaran yang terarah kendiri ( self-directed learning ), self-propelling learning , pembelajaran masteri dan lain-lain yangmerupakan pembelajaran aktif berpusatkan murid, maka satu perkara penting yangwajar ditekankan juga ialah mempelajari cara belajar.

    The most important learning is learning to learn.The most important knowledge is self-knowledge

    (Nisbet, J., 1988:vii)

    3.0 Menangani Cabaran

    3.1 Daripada kajiannya yang bertajuk Survey of Research on Learning Stylesyang dimuat dalam jurnal Educational Leadership, Mac 1989, Rita Dunn telahmembuktikan bahawa murid-murid berjaya belajar dengan lebih berkesan serta

    berupaya pula mengekalkan apa yang dipelajari dalam ingatan mereka denganlebih lama lagi apabila murid-murid diajar berlandaskan kekuatan pengamatan dan

    persekitaran pengajaran yang mengambil kira cara-cara atau gaya murid-murid belajar.

    3.2 Guru yang optimistik sebenarnya boleh menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran yang diajukan oleh Dunn,R. dan Dunn, K. dan Kolb dan McCarthy. Andaikata guru mengadakan aktiviti :

    Hear the story,Tell the story, and

    Be The Story

    (Leming, J.S. dalam Journal of Education Boston University, 1979)

    Guru itu sudah nyata boleh menggarap gagasan idea pembelajaran yangmengambil kira gaya pembelajaran murid. Aktiviti seperti ini membuka peluangkepada murid untuk berakap ( to verbalize ), satu perkara yang mungkin bolehdikatakan kurang berlaku dalam bilik darjah kita.

    3.3 Guru harus mempunyai stail pengajarannya yang bitara akan menguruskansesi interaksinya itu. Guru itu mungkin mengelompokkan murid atau mengagih-agihkan murid-muridnya mengikut kesukaan mereka. Guru mengadakan pelbagaitugas ( tasks ) yang diberikan kepada mereka. Ada pula pelbagai cara dan alat bagiguru memperdengarkan cerita. Ada pelbagai teknik untuk meminta muridmemperihalkan cerita. Ada pelbagai teknik pula untuk membolehkan murid-muridbe the story . Di sinilah terletaknya stail pengajaran guru iaitu bagaimana guru

    menguruskan sesuatu situasi dan media pembelajaran ke arah pembelajaran yang

  • 8/8/2019 Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid

    6/7

    JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

    55

    menyeronokkan dengan mengambilkira pelbagai gaya pembelajaran murid-muridnya.

    3.4 Sebenarnya murid-murid ada kecenderungan untuk bercerita mengenai apayang mereka telah nampak, telah dengar, telah baca, dan apa yang mereka khayalatau imaginasikan.

    To promote thinking and valuing: teachers must allow students to do a great deal of verbalizing about their experiences:

    What they have seenWhat they have heard What they have read What they have imagined

    (Pancella, R.J., 1971)

    3.5 Apabila guru kurang menghiraukan perkara-perkara seperti ini ternyata gurukurang peka kepada gaya pembelajaran murid dan akibatnya mereka mungkin jadi

    guru yang menjejaskan minda murid-murid. Kata Pancella J. Raths et. al(1971:257):

    As of late, more and more investigators of teaching are beginning to realizethat poor teachers have been inflicting intellectual injury upon students too.

    3.6 Pernyataan Pancella mungkin masih boleh diterima pakai pada hari ini keranaapabila guru-guru masa kini tidak memberi tumpuan kepada gaya pembelajaranmurid-murid, maka ini merupakan sekatan kepada perkembangan pembelajaranmurid-murid. Tidakkah ini merupakan satu intellectual injury ?

    3.7 Guru yang sedar mengenai kepentingan gaya pembelajaran murid danmahukan kejayaan dan perkembangan dalam pembelajaran murid-muridnya harus

    boleh menjadi fasilitator yang boleh menghakiskan mitos Saya tak boleh, cikgudan Saya tak tahu, cikgu.

    3.8 Bobbi DePorter (1992:15) mencadangkan sembilan cara untuk menghakiskanmitos I cant dan salah salah satu daripadanya ialah menemui gaya

    pembelajaran kendiri. Mitos ini perlu diketepikan sekiranya guru mahu murid-muridnya mencapai Quantum Learning iaitu

    interactions that transform energy into radiance(DePorter, 1992:16)

    3.9 Guru yang konvensional barangkali tidak dapat berbuat begitu. Kelasnyamuram. Muridnya pasif. Sebaliknya guru yang inovatif, kreatif, dan prihatin

    terhadap keselamatan minda murid-muridnya akan dapat mewujudkan suasana

  • 8/8/2019 Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid

    7/7

    JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3

    56

    yang ceria, berseri-seri; dan riang ria di bilik darjahnya. Guru ini dikatakan berjaya menggemblengkan potensi murid-murid untuk menghidupkan suasana pembelajaran.

    3.10 Perkembangan kini bukanlah sekadar tranform energy tetapimensinergikan segala tenaga yang ada dengan tenaga minda supaya berlaku

    pembelajaran yang berasaskan pemikiran yang menggunakan semua bahagianotak.

    3.11 Apabila ini dapat guru lakukan barulah selaras dengan hasrat Wan Mohd.Wahid (1993:114) yang mengajukan konsep pendidikan dan latihan berasaskanakal yang beliau ungkapkan sebagai

    Whole-brain Thinking, Brain-based Education, dan Brain-based Training

    4.0 Kesimpulan

    Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harus menerokasebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya. Satu cara untuk menerokaadalah dengan mencuba. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akandialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah stail

    pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? Rugikahkalau guru sanggup pula mencuba sesi-sesi interaksi pembelajaran berasaskanakal?

    Kita seharusnya berupaya menjadi guru yang tidak memberi jawapan tetapimendidik murid-murid untuk mempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kitaharus membina insan murid yang menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan

    berfikir dengan mengikut gaya, cara, dan rentak pembelajaran murid-murid.Sebenarnya semua tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserahkepada stail pengajaran masing-masing.