soalan tugasan individu(1)

Upload: nurulhudaali

Post on 07-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    1/11

    SOALAN TUGASAN INDIVIDU :

    1

    Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan

    Mac 1983 dengan tujuan-tujuan tertentu. Huraikan dengan ringkas tujuan-

    tujuan Dasar Penswastaan tersebut.

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    2/11

    JAWAPAN :

    PENGENALAN DASAR PENSWASTAAN

    1) Definisi

    Dasar Penswastaan bermaksud proses pemindahan kuasa kawalan atau

    pelaburan kerajaan yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab sektor awam

    kepada sektor swasta. Ia adalah pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu

    kerajaan kepada sektor swasta. Daripada perspektif ini, boleh dikatakan bahawa

    Dasar Penswastaan ini diwujudkan atas kepentingan bersama iaitu kerajaan dan

    rakyat yang menjadi asas kepada organisasi awam akan bertukar bentuk kepada

    kepentingan persendirian (swasta) yang berasaskan keuntungan. Dasar Penswastaan

    juga merupakan proses pengurangan campur tangan kerajaan dalam kegiatan

    ekonomi.

    Dasar Penswastaan adalah satu program kerajaan yang melibatkan

    pemindahan atau penjualan kepentingan-kepentingan kerajaan sama ada dalam

    bentuk ekuiti atau aset kepada pihak swasta. Ia melibatkan sama ada pemindahan

    atau penjualan secara sebahagian atau keseluruhannya.

    2

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    3/11

    2) Sejarah Dasar Penswastaan

    Dasar Penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh

    Kerajaan pada bulan Mac 1983 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu,

    Tun Mahathir Mohammad berikutan kelembapan prestasi sektor awam yang

    memerlukan perubahan polisi. Malaysia menjadi antara negara terawal melaksanakan

    dasar ini di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohammad. Dasar Penswastaan ini

    melambangkan pendekatan baru dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan ia

    melengkapkan dasar negara yang lain seperti Dasar Pensyarikatan yang

    dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas pertambahan peranan sektor swasta

    di dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

    3) Contoh Pelaksanaan Dasar Penswastaan

    Berdasarkan laporan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), terdapat 98 projek

    utama negara yang telah diswastakan. Ia membabitkan pelbagai sektor seperti

    pembinaan, pengangkutan, elektrik, gas dan sebagainya. Bidang lain yang

    diswastakan adalah tenaga elektrik, air, telekomunikasi dan keperluan penting

    pengguna yang lain.

    Sejak tahun 1983 pula, sebanyak 203 syarikat telah berjaya diswastakan.

    Antara syarikat awam yang diswastakan sejak tahun 1980-an di Malaysia termasuk

    Syarikat Penerbangan Malaysia, Perbadanan Otomobil Nasional, Telekom Malaysia

    Berhad, PROTON dan lain-lain.

    3

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    4/11

    TUJUAN-TUJUAN DASAR PENSWASTAAN

    (i) Mengurangkan Beban Kewangan Kerajaan.

    Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali sekitar tahun

    1980-an. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari

    28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982. Ini merupakan satu beban

    kewangan yang besar untuk ditanggung oleh pihak kerajaan.

    Sebelum Dasar Penswastaan dilaksanakan, pihak kerajaan telah

    membelanjakan ribuan juta ringgit dalam pelbagai bidang seperti pertahanan,

    pembinaan, telekomunikasi, perkhidmatan, pengangkutan, kesihatan dan sebagainya.

    Ini kerana kerajaan terpaksa menyelenggarakan banyak perkhidmatan-perkhidmatan

    dan pelaburan-pelaburan tertentu. Perbelanjaan tersebut terus meningkat dari

    semasa ke semasa.

    Selain itu, organisasi awam dianggap sebagai penaung dan pemberi pekerjaan

    kepada orang ramai dan sering kali dikaitkan dengan jumlah kakitangan yang ramai

    kerana sifat organisasi awam itu sendiri. Jumlah emolumen merupakan satu item

    yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan pengurusan.

    Berikutan itu, apabila Dasar Penswastaan dilaksanakan, saiz organisasi dapat

    dikecilkan dengan cara mengurangkan jumlah pekerja. Dengan itu, kerajaan tidak lagi

    perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar gaji dan elaun serta

    menguruskan organisasi yang tidak memberi pendapatan.

    4

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    5/11

    Berikutan dari perkembangan ekonomi dunia ketika itu, saiz kurangan sektor

    awam telah mula meningkat dan ini terutamanya disebabkan oleh pertambahan

    perbelanjaan pembangunan, kemerosotan hasil kerajaan dan seterusnya corak

    perbelanjaan mengurus yang sukar diubahsuai. Akibatnya, perbelanjaan

    pembangunan pada masa itu semakin banyak dibiayai oleh sumber pinjaman

    terutamanya daripada sumber-sumber dari luar negeri. Keadaan ini seterusnya

    menyebabkan peningkatan beban perkhidmatan hutang kerajaan.

    Kerajaan juga memandang berat kepada organisasi awam yang cenderung

    kepada unsur-unsur monopoli serta bercorak birokratik. Kos bagi menyedia dan

    menyelenggara perkhidmatan-perkhidmatan yang biasanya dikendalikan oleh

    kerajaan ini adalah tinggi. Dengan cara menswastakan sebahagian daripada

    perkhidmatan ini, kerajaan tidak lagi terpaksa mengeluarkan belanja bagi

    membiayainya. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan.

    (ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja.

    Masalah ketidakcekapan dan yang berlaku dalam perkhidmatan-perkhidmatan

    yang diuruskan oleh pihak kerajaan sering kedengaran sebelum Dasar Penswastaan

    dilaksanakan. Organisasi dan kakitangan awam sering dilabel sebagai lembab, tidak

    bermotivasi dan tidak produktif di dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

    Pendekatan yang digunakan oleh sektor swasta adalah berbeza. Ini membolehkan

    sesebuah organisasi bertindak balas dengan cepat kepada aduan orang ramai kerana

    5

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    6/11

    syarikat-syarikat ini tidak terkongkong oleh peraturan-peraturan birokrasi

    perkhidmatan awam. Rungutan-rungutan yang banyak ditimbulkan terhadap

    kelewatan organisasi kerajaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan

    dan juga cara pengurusannya mengambarkan pengurusan kerajaan yang tidak cekap

    sungguhpun pelaburan kerajaan di dalam organisasi tersebut terus meningkat.

    Rungutan orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan awam yang diberikan oleh

    badan-badan kerajaan sebelum ini telah mendorong pemerintah untuk menswastakan

    satu demi satu badan-badan kerajaan ini.

    Satu pertimbangan penting dalam pemindahan perkhidmatan-perkhidmatan

    yang lazimnya dikendalikan oleh kerajaan ialah soal prestasi agensi-agensi yang

    bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada orang-orang awam dan sektor

    swasta. Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan yang tertentu, serta

    dengan kepakaran dan peluang lebih baik yang boleh diberi oleh pihak swasta, mutu

    perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan. Ini kerana setiap syarikat yang

    menawarkankan sesuatu jenis perkhidmatan itu terpaksa bersaing dengan syarikat

    lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama. Kesemua ini akan mewujudkan

    persaingan yang akhirnya menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik. Dengan

    peningkatan kemajuan dan pemodenan yang dinikmati, rakyat telah mula

    mengharapkan bukan sahaja perkhidmatan yang lebih banyak malahan mutu

    perkhidmatan yang lebih tinggi.

    6

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    7/11

    Dalam konteks ini, penswastaan akan membuka peluang pertandingan di

    pasaran dan dijangka akan meningkatkan tahap kecekapan dan daya pengeluaran

    perkhidmatan berkenaan.

    (iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi

    Prinsip perkhidmatan awam adalah sebagai pemberi perkhidmatan kepada

    rakyat dan sebagai penaung dan pemberi pekerjaan kepada orang. Berikutan itu, ia

    tidak mampu menjana keuntungan. Manakala sektor swasta pula terdiri daripada

    syarikat-syarikat swasta yang berobjektifkan keuntungan. Penswastaan telah

    mewujudkan lebih banyak syarikat swasta. Melalui persaingan di antara syarikat-

    syarikat ini, ekonomi negara akan terdorong untuk berkembang. Peranan sektor

    swasta yang lebih giat dalam proses pembangunan akan dapat memberi sumbangan

    yang positif kepada ekonomi negara. Kegiatan pelaburan swasta yang bercorak

    perdagangan dan mementingkan keuntungan dijangka akan menjadi asas yang kukuh

    untuk pertumbuhan selanjutnya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan

    pertumbuhan ekonomi negara.

    Kombinasi antara kerajaan dan sektor swasta boleh mempercepatkan

    pembangunan ekonomi dan fizikal. Menerusi pemberian projek-projek kerajaan

    kepada sektor swasta mempercepatkan pembangunan sesebuah negara. Pertukaran

    teknologi khususnya yang dikuasai oleh sektor swasta memberi kelebihan kepada

    kerajaan dalam mempercepatkan kemajuan dan seterusnya meningkatkan ekonomi.

    7

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    8/11

    Seiring dengan peningkatan jumlah syarikat awam yang diswastakan, pihak

    kerajaan dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari

    syarikat-syarikat yang berkenaan. Cukai-cukai yang dikenakan terhadap syarikat-

    syarikat memberi kesan yang besar kepada pendapatan negara. Selain itu,

    kemasukan pelaburan asing yang melabur di dalam syarikat-syarikat ini juga memberi

    kerajaan satu sumber pendapatan yang dapat mengukuhkan ekonomi sesebuah

    negara.

    (iv) Pembahagian Sumber Secara cekap

    Melalui Dasar Penswastaan yang mewujudkan banyak syarikat-syarikat swasta

    ini, pengagihan sumber-sumber dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih cekap.

    Sumber-sumber terhad akan diagihkan melalui pasaran yang terbuka pada aktiviti

    yang akan menghasilkan pulangan yang maksimum.

    Lebih banyak penglibatan kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak

    penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Justeru itu, harta-harta atau

    kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum dapat diusahakan sepenuhnya

    dengan cekap. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak

    menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini secara optimum.

    Dasar Penswastaan mengurangkan penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber

    ini. Dengan itu pembahagian sumber secara cekap dapat dilaksanakan.

    8

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    9/11

    (v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

    Dasar Penswastaan dilaksanakan dalam konteks Dasar Ekonomi Baru (DEB)

    iaitu mewujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta bumiputera atau bilangan

    usahawan-usahawan bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak DEB itu

    dengan bantuan sektor swasta. Dasar Penswastaan dapat membuka lebih banyak

    peluang untuk mencapai matlamat DEB berdasarkan prinsip bahawa pertumbuhan

    yang disertai dengan pembahagian yang saksama dalam strateginya untuk mencapai

    matlamat DEB. Perhatian hendaklah diberi kepada implikasi penswastaan terhadap

    matlamat penyusunan semula hakmilik, penyusunan semula pekerjaan dan

    pembentukan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian di kalangan

    bumiputera. Perkembangan sektor swasta yang timbul berikutan dari Dasar

    Penswastaan dapat meningkatkan peluang-peluang bagi menyusun semula struktur

    masyarakat.

    Aktiviti kerajaan boleh diswastakan pada usahawan-usahawan bumiputra dan

    ini akan menambahkan bilangan bumiputera yang akan terlibat dalam perniagaan dan

    perdagangan. Ini membantu usaha kerajaan (melalui DEB) dalam mewujudkan

    golongan usahawan bumiputera. Dengan meluasnya pelaksanaan dasar ini, ia

    melahirkan golongan usahawan bumiputera dari kelas pertengahan yang menikmati

    hasil lumayan daripada dasar ini.

    Kaitan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan Dasar Penswastaan

    adalah jelas. Kerajaan mensasarkan untuk membantu kaum bumiputera mencapai

    9

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    10/11

    sasaran 30% pemilikan saham atau ekuiti syarikat pada tahun 1990. Pada 1970

    pemilikan saham oleh bumiputera hanya sekitar 2.4% dan bagi tempoh 1981 hingga

    1985, jumlah itu meningkat kepada 17%. Pada 1990, jumlah keseluruhan saham

    bumiputera termasuk saham persendirian dan amanah mencecah 31% saham.

    Peratusan ini telah melebihi sasaran yang telah diteteapkan oleh kerajaan. Peratusan

    yang meningkat ini dapat membuktikan bahawa dasar ini telah berjaya membantu

    kerajaan mencapai aspirasi kerajaan untuk menyaksikan kaum bumiputera ini

    mencapai kejayaan ekonomi dan sekaligus merapatkan jurang ekonomi dengan kaum

    lain selaras dengan matlamat DEB.

    Sehingga April 2000, didapati Dasar Penswastaan telah berjaya menjadi alat

    yang penting untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor korporat

    dengan usahawan bumiputera mengurus dan menguasai 109 buah syarikat dengan

    nilai ekuiti RM8.1 bilion. Bilangan dan penglibatan usahawan bumiputera telah banyak

    bertambah sejak tahun-tahun permulaan DEB.

    Berkenaan dengan pemilikan kekayaan, Dasar Penswastaan membentuk

    bahagian strategi kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif bumiputera dalam

    sektor korporat untuk memperbetulkan ketakseimbangan di dalam penyertaan sektor

    korporat. Entiti yang diswastakan patut memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada

    bumiputera. Jelasnya, dasar ini digunakan bagi membolehkan kaum bumiputera

    menikmati pertumbuhan ekonomi yang setanding bangsa-bangsa lain di bawah Dasar

    Ekonomi Baru (DEB).

    10

  • 8/6/2019 Soalan Tugasan Individu(1)

    11/11

    LAMPIRAN

    Pembahagian Projek Penswastaan Mengikut Sektor1983 - 2003 (% dari Jumlah)

    Terdapat 474 buah projek yang diswastakan sehingga 31 Disember 2003. ini

    dipaparkan dalam carta berikut yang menunjukkan peratusan mengikut pembahagian

    sektor.

    11