soalan trial pp penggal 1 2015.pdf

3
SULIT* 2 STPM 946/1 [Lihat sebelah *Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT* Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Jelaskan kepentingan pembekal kepada sebuah pasaraya hyper. [4] (b) Syarikat Ammar Sdn Bhd merupakan pengeluar pelbagai jenis makanan ringan berasaskan ikan di Terengganu. Syarikat ini juga menyediakan khidmat rundingan untuk perniagaan francais bagi peniaga yang ingin menjalankan perniagaan ini. Bandingkan dua jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. [6] (c) Jelaskan alat kawalan kualiti penanda aras (benchmarking) dan berikan empat tujuan penanda aras. [6] (d) Huraikan dua kebaikan dan dua keburukan Sistem Pembuatan Luwes. [4] (e) Di dalam memahami situasi sesebuah syarikat, analisis SWOT biasanya akan dilaksanakan, terangkan. [4] (f) Dengan menggunakan bantuan gambar rajah, huraikan model gelagat pengguna. [6] (g) Jelaskan tiga peranan pengurus kewangan. [6] (h) Dengan memberikan satu contoh, huraikan konsep prinsip penuh percaya yang diguna pakai oleh syarikat insurans. [4] (i) Senaraikan lapan maklumat yang terdapat di dalam inventori kemahiran tenaga kerja bagi sesebuah organisasi perniagaan. [4] (j) Jelaskan kepentingan latihan dan pembangunan terhadap pekerja sesebuah organisasi. [6]

Upload: noor-azman-bin-hasan

Post on 17-Jan-2016

260 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN TRIAL PP PENGGAL 1 2015.pdf

SULIT* 2

STPM 946/1 [Lihat sebelah *Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan. 1 (a) Jelaskan kepentingan pembekal kepada sebuah pasaraya hyper. [4]

(b) Syarikat Ammar Sdn Bhd merupakan pengeluar pelbagai jenis makanan ringan berasaskan ikan di Terengganu. Syarikat ini juga menyediakan khidmat rundingan untuk perniagaan francais bagi peniaga yang ingin menjalankan perniagaan ini. Bandingkan dua jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

[6]

(c) Jelaskan alat kawalan kualiti penanda aras (benchmarking) dan berikan empat tujuan penanda aras.

[6]

(d) Huraikan dua kebaikan dan dua keburukan Sistem Pembuatan Luwes. [4]

(e) Di dalam memahami situasi sesebuah syarikat, analisis SWOT biasanya akan dilaksanakan, terangkan.

[4]

(f) Dengan menggunakan bantuan gambar rajah, huraikan model gelagat pengguna. [6]

(g) Jelaskan tiga peranan pengurus kewangan. [6]

(h) Dengan memberikan satu contoh, huraikan konsep prinsip penuh percaya yang diguna pakai oleh syarikat insurans.

[4]

(i) Senaraikan lapan maklumat yang terdapat di dalam inventori kemahiran tenaga kerja

bagi sesebuah organisasi perniagaan.

[4]

(j) Jelaskan kepentingan latihan dan pembangunan terhadap pekerja sesebuah organisasi. [6]

Page 2: SOALAN TRIAL PP PENGGAL 1 2015.pdf

SULIT* 3

STPM 946/1 [Lihat sebelah *Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Bahagian B [50 markah]

Jawab soalan 2 dan pilih mana-mana soalan 3(a) atau 3(b).

“Rahsia Kejayaan Air Asia” 2 Walau secanggih mana pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh Air Asia ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya. Kerana itu Air Asia menggelarkan pekerja-pekerjanya All Stars kerana bagi Air Asia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, Air Asia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah Air Asia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja.

Kecekapan pengurusan Air Asia dalam mengawal kos terbukti dengan pengiktirafannya sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia iaitu USD0.24 (RM0.82) untuk setiap tempat duduk. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai. Kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga. Air Asia mengambil langkah untuk menawarkan cara pembelian tiket penerbangan melalui internet secara atas talian untuk mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket dan sebagainya. Dengan Air Asia, pelanggan tidak perlu menelefon atau pergi ke kaunter tiket. Mereka boleh membuat tempahan secara atas talian. Pelanggan juga sebenarnya tidak dibebani dengan kos-kos seperti kos pengangkutan untuk ke kaunter tiket dan sebagainya. Oleh sebab itu, lebih ramai yang menggemari sistem pembelian secara atas talian dan ini menambahkan jualan dan seterusnya prestasi perniagaan Air Asia.

Air Asia juga menawarkan servis sampingan yang dirasakan perlu untuk pelanggan-pelanggannya. Air Asia sangat prihatin terhadap permintaan atau kehendak pelanggan. Tunes Hotel disediakan untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan. Air Asia menawarkan khidmat penginapan dengan kadar yang rendah terutama kepada sesiapa yang sudah membeli tiket penerbangan Air Asia. Satu pakej yang menguntungkan kedua belah pihak. Produk makanan dan lain-lain pula disediakan kepada sesiapa yang membuat pembelian sahaja. Dengan cara ini, Air Asia akan hanya membuat tempahan mengikut pembelian oleh pelanggan. Tiada pembaziran berlaku! Pengurusan pembaziran yang cekap adalah satu strategi yang bijak untuk merekodkan kejayaan Air Asia.

“The more you give, the more you will get” adalah pepatah yang diamalkan oleh pihak Air Asia. Banyak bantuan kewangan yang telah dihulurkan oleh syarikat untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya. Dari segi pertolongan yang tidak mengeluarkan wang secara terus pula, Air Asia boleh dikatakan agak aktif untuk menghulurkan bantuan penerbangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di negara yang ditimpa bencana seperti di Indonesia atau krisis perang saudara seperti di negara Teluk dan sebagainya. Mereka percaya pulangan yang akan diperolehi daripada keprihatinan mereka ini akan datang pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk. Selain itu Air Asia juga mempunyai strategi perniagaan yang unik iaitu membina hubungan dengan rakyat Malaysia. Setiap kejayaannya, kecil atau besar, bukan sahaja diraikan tetapi diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia bersama bukannya hanya kejayaan Air Asia atau Dato’ Seri Tony Fernandes semata-mata.

(Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.majalahniaga.com 25 Oktober, 2013: “Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan Air Asia” oleh Mazlan Mohamad)

Page 3: SOALAN TRIAL PP PENGGAL 1 2015.pdf

SULIT* 4

STPM 946/1 [Lihat sebelah *Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Berdasarkan kajian kes di atas:

(a) Jelaskan tiga ciri keluaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Air Asia. [9] (b) Jelaskan strategi campuran pemasaran bagi syarikat penerbangan Air Asia. [12] (c) Terangkan tanggungjawab Air Asia kepada pihak-pihak berkepentingan yang sentiasa

mempengaruhi kejayaan perniagaan Air Asia. [9] 3 (a) Industri kereta nasional di Malaysia melibatkan aktiviti perniagaan pengeluaran dan aktiviti perniagaan perkhidmatan.

(i) Kenal pasti perbezaan aktiviti perniagaan berteraskan pengeluaran dengan aktiviti perniagaan berteraskan perkhidmatan. [4]

(ii) Huraikan aktiviti perniagaan yang boleh dikaitkan dalam industri tersebut. [16] (b) Jelaskan asas-asas yang digunakan oleh pemasar untuk segmentasi pasaran mereka. [20]