skema kertas model 6 geografi stpm penggal 2 2016

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 06-Jul-2018

347 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    1/54

    MODEL 6 STPM 2016

    ASMAWI BIN ABDULLAH

    SMK Purun

    28330 Triang, Pahang.

    www.geografi-stpm-smkpurun.blogspot.com

    http://www.geografi-stpm-smkpurun.blogspot.com/http://www.geografi-stpm-smkpurun.blogspot.com/

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    2/54

    Maksud bahangan bumiialah bahangan yangdibebaskan ke angkasadalam bentuk gelombang

    panjang kerana suhu bumilebih rendah daripadasuhu matahari.

    1(a) Apakah yang dimaksudkan

    dengan bahangan bumi?

    [3]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    3/54

    Tiada halangan awan. Biasanya kehilanganbahangan bumi akan bertambah banyak jika

    langit cerah berbanding dengan langit yangdilitupi awan.

    Kekurangan kandungan bahan pencemaran

    udara. Jika udara bersih tanpa gas tercemarseperti karbon dioksida, sulfur dioksida, debu,dan asap di ruang udara akan menyebabkanberlaku kehilangan bahangan bumi.

    1(b) Mengapakah berlakunya kehilangan

    bahangan bumi di permukaan bumi

    secara maksimum?

    [4]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    4/54

    Proses serakan berlaku semasa kehilanganbahangan bumi apabila partikel seperti molekul gas,wap air, debu, dan habuk bertindak sebagai agen

    serakan sebahagian bahangan bumi di permukaanbumi sebelum dibebaskan ke angkasa.

    Proses serapan berlaku semasa kehilangan

    bahangan bumi apabila awan, gas tercemar, debu,dan wap air menyerap sebahagian bahangan bumidi permukaan bumi dan di ruang atmosferasebelum sebahagiannya dibebaskan ke angkasa.

    1(c) Bagaimanakah proses serakan dan

    serapan boleh berlaku semasa

    kehilangan bahangan bumi?

    [4]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    5/54

    Berlaku peningkatan suhu bumi apabila sebahagianbesar bahangan bumi tidak dapat dibebaskan keruang angkasa kesan daripada berlakunya

    fenomena kesan rumah hijau sehingga sebahagianbesar bahangan bumi masih berada dan berselerakdi ruang permukaan bumi.

    Berlaku kemusnahan kepada fauna dan flora

    apabila lebihan bahangan bumi menyebabkanberlaku gangguan kepada habitat fauna dan floraitu. Habitat fauna dan flora tidak sesuai lagi apabilaberlaku kekurangan jumlah air atau berlakupeningkatan suhu yang ketara.

    1(d) Huraikan dua kesan lebihan

    bahangan bumi terhadap alam

    sekitar fizikal.

    [4]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    6/54

    Perbezaan yang pertama ialah

    taburan suhu secara mendatardapat ditunjuk denganmenggunakan peta garisan sesuhuatau isoterma. Manakala taburan

    suhu menegak boleh dilihat melaluiperubahan suhu yang dapat dilihatpada graf garisan yang dilukis.

    2(a) Bezakan antara konsep taburan

    suhu mendatar dengan taburan

    suhu menegak.

    [8]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    7/54

    Perbezaan yang kedua adalah dari segikonsepnya, iaitu taburan suhu secara

    mendatar merupakan perubahan suhu yangberlaku secara mendatar di permukaanbumi. Suhu akan berubah mengikut garislintang atau latitud. Manakala taburan suhumenegak pula adalah perubahan suhu yang

    berkadar songsang dengan ketinggian. Suhusemakin rendah mengikut ketinggian dimana semakin tinggi sesuatu kawasansemakin rendah suhunya.

    2(a) Bezakan antara konsep taburan

    suhu mendatar dengan taburan

    suhu menegak.

    [8]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    8/54

    Perbezaan yang ketiga adalah dari segi keluasanpengaruhnya. Taburan suhu secara mendatar adalahbersifat global dan melibatkan kawasan yang luas.

    Biasanya semakin dekat dengan kawasankhatulistiwa,suhu semakin panas manakala semakindekat dengan kutub, suhu semakin rendah. Contohnya,Malaysia yang terletak berhampiran kawasan khatulistiwamengalami suhu sebanyak 27.30 C berbanding denganGreenland yang terletak di kawasan Artik yang suhunya di

    bawah takat beku. Manakala taburan suhu secaramenegak bersifat setempat. Perubahan suhunya hanyamelibatkan perubahan suhu mengikut ketinggian sesuatukawasan, iaitu suhu turun I O C bagi setiap kali ketinggiansesuatu kawasan bertambah sebanyak 165 meter.

    2(a) Bezakan antara konsep taburan

    suhu mendatar dengan taburan

    suhu menegak.

    [8]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    9/54

    Perbezaan yang keempat adalah dari segi kesannyaterhadap alam sekitar manusia. Taburan suhu secaramendatar menyebabkan terdapat pelbagai aktivitimanusia secara global. Contoh yang jelas adalah darisudut pelbagai jenis tanaman yang ditanam di dunia.Tanaman getah dan kelapa sawit paling banyak ditanamdi kawasan tropika lembap. Tanaman gandum ditanam dikawasan beriklim sejuk sederhana dunia. Manakalataburan suhu secara menegak menyebabkan perubahan

    aktiviti manusia secara setempat. Di bahagian kawasanrendah, iaitu kurang daripada 1 200 meter, tanaman yangditanam adalah seperti getah dan kelapa sawit. Dibahagian kawasan yang melebihi 1 200 meter, bolehditanam dengan tanaman hawa sederhana seperti teh,buah-buahan, dan sayur-sayuran hawa sederhana.

    2(a) Bezakan antara konsep taburan

    suhu mendatar dengan taburan

    suhu menegak.

    [8]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    10/54

    Faktor fizikal yang pertama ialah kedudukanlatitud yang berbeza disebabkan oleh suhuGarisan Khatulistiwa ke arah Garisan Artik. Dikawasan khatulistiwa, kedudukan mataharibersudut tepat dan berpusat menyebabkanlokasinya lebih panas berbanding dengankawasan ke arah Garisan Artik. Contohnya,

    kedudukan Malaysia di latitud 2

    0

    30' Umengalami suhu 27.3 0 C, kedudukan Tokyo diJepun di latitud 35 041 'U mengalami suhu 21 ocdan kedudukan Reykjavik di Iceland di latitud640 8'U mengalami suhu 3 0C sahaja.

    2(b) Bezakan antara konsep taburan

    suhu mendatar dengan taburan

    suhu menegak.

    [17]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    11/54

    Faktor fizikal yang kedua ialahpengaruh kebenuaan disebabkan oleh

    permukaan bumi atau daratan lebihcepat menjadi panas dan cepatkehilangan haba berbanding denganpermukaan air. Oleh itu, suhu kawasan

    pedalaman benua lebih panas padamusim panas dan lebih sejuk padamusim sejuk berbanding dengankawasan pinggir laut.

    2(b) Sejauh manakah faktor fizikal

    mempengaruhi taburan suhu

    mendatar di seluruh dunia.

    [17]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    12/54

    Faktor fizikal yang ketiga ialah pengaruhbadan air, iaitu disebabkan tasik, sungai,

    dan kolam yang terdapat di daratan mampumempengaruhi suhu kawasanlingkungannya. Jika kawasan itumengandungi badan air, biasanya suhu lebih

    sederhana berbanding dengan kawasantanpa badan air. Kandungan wap air yangbanyak dan tinggi di sekitar kawasan badanair menyebabkan suhunya lebih sederhana.

    2(b) Sejauh manakah faktor fizikal

    mempengaruhi taburan suhu

    mendatar di seluruh dunia.

    [17]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    13/54

    Faktor fizikal yang keempat ialah litupan awandisebabkan kawasan berawan akan memiliki suhuyang lebih rendah daripada kawasan tanpa litupan

    awan. Lapisan awan akan melindungi permukaanbumi daripada menerima cahaya matahari secaraterus yang boleh meningkatkan suhu sekitarnya.Awan akan menyebabkan sebahagian tenagamatahari dipantul balik ke angkasa atau diserap

    sebelum sampai ke permukaan bumi. Kawasanberawan tebal seperti Malaysia mengalami suhu27.3 0 C, tetapi kawasan Gurun Sahara yang tidakterdapat litupan awan boleh mengalami suhusehingga 35 0 C hingga 400 C.

    2(b) Sejauh manakah faktor fizikal

    mempengaruhi taburan suhu

    mendatar di seluruh dunia.

    [17]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    14/54

    Faktor yang kelima ialah litupan tumbuhandisebabkan tumbuhan akan melindungi

    permukaan bumi daripada menerima cahayamatahari secara terus. Litupan tumbuhan akanmemantulkan cahaya matahari ke ruangangkasa. Selain itu, tumbuhan jugamengeluarkan wap air yang boleh

    menyederhanakan suhu bumi. Oleh itu, suhu dikawasan hutan tebal lebih rendah berbandingkawasan gurun yang mempunyai tumbuhanyang jarang seperti kaktus dan semak samun.

    2(b) Sejauh manakah faktor fizikal

    mempengaruhi taburan suhu

    mendatar di seluruh dunia.

    [17]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    15/54

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    16/54

    Aktiviti manusia yang mempengaruhi taburan suhusecara mendatar adalah aktiviti pembalakandisebabkan kawasan yang berhutan tebal suhunya

    lebih rendah berbanding dengan kawasan hutan yangtelah ditebang untuk tujuan pembalakan. Aktivitipembalakan menyebabkan tumbuhan tidak lagiberperanan menyederhanakan suhu kawasansekitarnya. Wap air yang dikeluarkan oleh ruangstomata pada daun tumbuhan akan memenuhi ruang

    udara kawasan sekitarnya, lalu menyejukkan Ildara.Udara yang dipenuhi wap air ini akanmenyederhanakan suhu kawasan yang masih dilitupihutan berbanding dengan kawasan pembalakan yangtidak lagi memiliki tumbuhan.

    2(b) Sejauh manakah faktor fizikal

    mempengaruhi taburan suhu

    mendatar di seluruh dunia.

    [17]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    17/54

    Aktiviti perindustrian juga boleh mempengaruhi suhusecara mendatar disebabkan kawasan perindustriandan sekitarnya mempunyai suhu yang lebih tinggi

    berbanding kawasan yang jauh dari kawasanperindustrian. Biasanya asap kilang yang dilepaskan keruang udara akan menyerap bahangan matahari danbahangan bumi sehingga boleh meningkatkan suhupersekitarannya. Selain itu, gas tercemar yang

    dikeluarkan oleh kilang juga akan membentuk satulapisan untuk memerangkap bahangan bumi dariterlepas ke ruang angkasa dan suhu bumi akanmeningkat apabila berlaku fenomena yang lebihdikenal sebagai kesan rumah hijau.

    2(b) Sejauh manakah faktor fizikal

    mempengaruhi taburan suhu

    mendatar di seluruh dunia.

    [17]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    18/54

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    19/54

    Akibat banjir, aktiviti pertanian tidak dapat dijalankan. Aktivitimembajak, menyemai, merumput, dan menuai tidak dapatdijalankan dengan sempurna dan menurut jadual yangsepatutnya. Di samping itu, lokasi kawasan pertanian akan

    ditenggelami air dalam jangka masa yang lama, kadang-kadangselama berminggu-minggu sehingga tanaman musnah samasekali dan merugikan para petani.

    Aktiviti pelancongan terpaksa dihentikan semasa kejadian banjirmelanda sesuatu lokasi. Para pelancong tidak dapat sampai kelokasi kawasan peranginan akibat jalan masuk ke kawasantersebut dibanjiri air. Malahan kawasan lokasi pelancongan ituturut ditenggelami air banjir, terutamanya kawasanpelancongan kawasan tanah pamah. Kawasan pelancongan dikawasan tanah tinggi sukar dimasuki ketika banjir, sama ada

    kerana jalan raya terputus atau rosak akibat banjir teruk.

    3 (a) Sejauhmanakah kejadian banjir

    mendatangkan kesan terhadap

    alam sekitar manusia.

    [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    20/54

    Aktiviti perniagaan juga terganggu dan terhenti semasa banjir melandasesuatu lokasi atau kawasan bandar yang menjadi pusat perniagaan.Premis perniagaan tidak dapat dibuka dan beroperasi beberapa harikerana ditenggelami air dan pemilik serta pekerja sukar untuk ke lokasipremis perniagaan mereka. Apabila banjir surut pula, banyak peralatandan barangan jualan di premis yang dibanjiri air rosak. Keadaan inimerugikan pemilik perniagaan dan banyak kerugian yang merekahadapi akibat banjir tersebut.

    Aktiviti pengangkutan juga tergendala dan terputus bila banjir melanda

    sesuatu lokasi. Air banjir akan menenggelamkan kawasan jalan rayaatau lebuh raya atau landasan kereta api yang terletak di kawasantanah rendah dan berhampiran dengan sungai. Apabila jalinanpengangkutan darat ini ditenggelami air, sistem pengangkutan akanterhenti, terputus, dan menyukarkan penduduk untuk bergerak darisatu lokasi ke lokasi Iain untuk menjalankan kegiatan ekonomi dansosial dalam kehidupan harian mereka.

    3 (a) Sejauhmanakah kejadian banjir

    mendatangkan kesan terhadap

    alam sekitar manusia.

    [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    21/54

    Namun begitu, bukan kejadian banjir sahaja yangmembawa kesan terhadap alam sekitar manusia

    yang dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti manusiaseperti pertanian, pelancongan, perniagaan, danpengangkutan. Banjir juga turut membawa kesanterhadap alam sekitar fizikal. Antara kesannyaterhadap alam sekitar fizikal ialah berlakukemusnahan kepada habitat akuatik dan berlakupencemaran air di kawasan lokasi banjir ataukawasan sekitarnya.

    3 (a) Sejauhmanakah kejadian banjir

    mendatangkan kesan terhadap

    alam sekitar manusia.

    [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    22/54

    Kemusnahan habitat hidupan akuatik berlaku jika lokasi habitat

    tersebut ditenggelami air dan sukar untuk dibantu untuk diselamatkandengan segera. Keadaan ini jelas di lokasi kawasan kolam ikan air tawardan ternakan ikan air tawar di persekitaran sungai. Apabila air banjirmelanda, air di kolam ikan akan melimpah ke kawasan sekitarnyasehingga ikan-ikan terlepas keluar. Ikan yang terlepas dari kolam-kolamnya akan hanyut dibawa air yang deras ke kawasan sekitarnya. Di

    samping itu, sangkar-sangkar ikan yang terdapat di dalam sungai akanrosak dilanda banjir yang teruk. Ikan-ikan ternakan akan terlepasapabila habitatnya rosak dan musnah dilanda banjir.

    3 (a) Sejauhmanakah kejadian banjir

    mendatangkan kesan terhadap

    alam sekitar manusia.

    [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    23/54

    Akhir sekali, kesan kejadian banjir terhadap alam sekitar fizikal adalahberlakunya pencemaran air. Air sungai akan dipenuhi sampah sarap dansisa buangan manusia. Kawasan pembentungan air atau empangan jugaakan dicemar sampah sarap akibat banjir sehingga menimbulkanmasalah pencemaran air yang teruk. Keadaan ini bertambah buruk jikaterdapat sisa buangan kilang dan bahan kimia di dalam air banjir

    sehingga berlaku pencemaran air yang sukar untuk dibentung selepaskejadian banjir di sesuatu lokasi.

    3 (a) Sejauhmanakah kejadian banjir

    mendatangkan kesan terhadap

    alam sekitar manusia.

    [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    24/54

    Kuat kuasa undang-undang merupakan langkah yang patutdijalankan untuk mengurangkan kesan banjir di Malaysia.Undang-

    undang sedia ada untuk menangani masalah banjir perlu dikuatkuasa supaya masalah dapat diselesaikan sebaik mungkin, tidakhanya sekadar di dalam akta perundangan sahaja. Denda danhukuman sewajarnya perlu dijatuhkan di bawah Akta AlamSekeliling kepada pesalah alam sekitar, iaitu hukuman di bawahSeksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap

    pembuangan sampah merata-rata oleh segelintir individu ataumasyarakat kerana boleh menyebabkan sistem perparitantersumbat dan menyebabkan air bertakung dan melimpah kekawasan sekitar serta menyebabkan banjir.

    3 (b) Cadangkan langkah-langkah yangboleh diambil untuk mengurangkan

    kesan kejadian banjir di Malaysia.

    [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    25/54

    Kempen kesedaran oleh individu atau masyarakat

    boleh mengurangkan kesan kejadian banjir. Kempenkesedaran diharap dapat menimbulkan kesedarandalam kalangan individu dan masyarakat untukmenghargai alam untuk menghindari daripadaberlakunya banjir. Kempen boleh disalurkan melalui

    media massa atau media bercetak mahupun mediasosial terkini yang lebih hampir kepada masyarakathari ini seperti facebook dan twitter.

    3 (b) Cadangkan langkah-langkah yangboleh diambil untuk mengurangkan

    kesan kejadian banjir di Malaysia.

    [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    26/54

    Pendidikan boleh mengurangkan kesan berlakunyabanjir kerana dapat memupuk semangat menghargai

    alam sekitar. Proses pendidikan ini boleh bermula dariperingkat tadika dan diteruskan ke peringkat sekolahterus ke universiti. Sukatan pelajaran dalam institusipendidikan itu seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai cintai alam sekitar. Antaranya jelas dilihat dalammata pelajaran Geografi, Pendidikan Sivik danKewarganegaraan, Pendidikan Islam, dan PendidikanMoral.

    3 (b) Cadangkan langkah-langkah yangboleh diambil untuk mengurangkan

    kesan kejadian banjir di Malaysia.

    [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    27/54

    Memasang perangkap sampah şarap di longkang yangterdapat di sekitar kawasan bandar. Alat tersebut akan

    memerangkap sampah şarap yang terdapat di dalamlongkang supaya lebih mudah untuk dikutip secaraberjadual untuk menggelakkan air bertakung dantersumbat sehingga berlakunya banjir. Perangkapsampah itu perlu diselanggara dengan betul bukanhanya sekadar dipasang dan dibiarkan begitu sahaja.Dengan penyelenggaraan secara berjadual, kejadianair bertakung boleh dielakkan daripada berlaku.

    3 (b) Cadangkan langkah-langkah yangboleh diambil untuk mengurangkan

    kesan kejadian banjir di Malaysia.

    [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    28/54

    Sistem perparitan juga harus diselenggara dan dinaiktaraf supaya dapat menampung jumlah air yang

    mengalir di sesuatu kawasan dengan lebih teratur danlancar. Dengan ini, jumlah air hujan yang sesuatukawasan lebih mengalir dengan lancar dan kejadianbanjir dapat dielakkan daripada berlaku lagi berlakulimpahan air longkang disebabkan oleh longkangtersumbat atau keupayaan longkang berbandingdengan jumlah air yang mengalir di dalamnya sehinggaberlaku banjir.

    3 (b) Cadangkan langkah-langkah yangboleh diambil untuk mengurangkan

    kesan kejadian banjir di Malaysia.

    [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    29/54

    Masalah kejadian banjir boleh dikurangkan dengan

    membina tebatan banjir di kawasan perumahan ataukawasan pembalakan yang dikhuatiri berlaku banjir.Tebatan banjir ini akan menakung air yang berlebihan,terutamanya pada musim tengkujuh yang biasanyahujan lebat, Dengan adanya takungan tebatan banjir,

    air hujan berlebihan yang menjadi punca berlakubanjir boleh disalurkan ke longkang lebih teratur danlancar.

    3 (b) Cadangkan langkah-langkah yangboleh diambil untuk mengurangkan

    kesan kejadian banjir di Malaysia.

    [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    30/54

    Kepelbagaian spesies fauna dan flora yang ada dalam

    hutan termasuklah habitat dan rantaian makanan.Spesies fauna merujuk kepada binatang/hidupan liarseperti gajah, harimau, tapir dan lain-lain manakalaspesies flora merujuk kepada tumbuhan semula jadiyang ada di dałam ekosistem hutan seperti bungareflesia/ pakma, pokok periuk kera, paku-pakis danpokok-pokok balak.

    4 (a) Apakah yang dimaksudkan

    dengan sumber kepelbagaian

     biologi hutan?

    [3]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    31/54

    Warisan ekologi. Menjamin keberterusan hidupan iiardan tumbuhan berharga untuk kepentingan generasiakan datang sebagai sumber kajian saintifik,perubatan dan lain-lain.

    Pengekalan habitat. Hutan berfungsi sebagai habitatkepada pelbagai hidupan liar dan orang asli selainSebagai sumber makanan dan tempat pembiakanpelbagai organisma dalam ekosistem hutan.

    4 (b) Dalam konteks ekologi,mengapakah sumber

    kepelbagaian biologi hutan perlu

    dipelihara dan dipulihara?

    [4]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    32/54

    Menguatkuasakan undang-undang dan Akta

    Perhutanan dengan lebih tegas seperti meningkatkankompaun, hukuman penjara, menyita premis danmenarik balik lesen operasi misalnya kepada syarikatpembalakan yang melanggar peraturan.

    Menambahkan anggota penguatkuasa/ renjer hutandan PERHILITAN untuk menjalankan pemantauan,rondaan dan tangkapan bersama dengan pasukanpolis, tentera dan Rela secara usaha sama danbersepadu.

    4 (c) Bagaimanakah langkah

    pemeliharaan sumber kepelbagaian

    biologi hutan dapat dijalankan

    dengan berkesan di Malaysia?

    [4]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    33/54

    Menyertai dan menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar

    bersama dengan agensi kerajaan. Sebagai contoh, PersatuanPencinta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM)berkerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kempenpenghijauan persekitaran, misalnya aktiviti penanaman pokok-pokok.

    Melaksanakan pendidikan alam sekitar untuk melindungi hutanmelalui penyebaran risalah, media cetak dan media elektronik.Di samping menjadi pemantau untuk melaporkan aktivitipemusnahan hutan kepada pihak berkuasa.

    4 (d) Cadangkan langkah yang boleh diambiloleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk

    menjamin kelestarian sumber

    kepelbagaian biologi hutan di Malaysia.

    [4]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    34/54

    5 (a) Impak pembangunan ekonomi yang

    berlaku dalam sektor pembalakan telah

    banyak membawa kemerosotan kualiti

    alam sekitar. Terangkan.

    [13]

    Sebab yang membawa kemerosotan kualiti alam sekitaryang pertama ialah berlakunya eksploitasi melebihi

    pengawalan dan pemuliharaan. Hutan ditebang untukmengeluarkan kayu balak melebihi kemampuan hutan iniuntuk tumbuh dengan kematangan yang sepatutnya. Tiadatindakan untuk memulih hutan yang ditebang denganpenuh kesedaran. Apa yang dipentingkan adalah hanya

    keuntungan jangka masa pendek bagi mendapatkan hasilhutan secara rakus sehingga mendatangkan kemusnahanterhadap kawasan hutan seperti tanah runtuh dan hakisanyang serius.

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    35/54

    5 (a) Impak pembangunan ekonomi yang

    berlaku dalam sektor pembalakan telah

    banyak membawa kemerosotan kualiti

    alam sekitar. Terangkan.

    [13]

    Sebab yang kedua ialah sikap pengusaha balak yang tidakbertanggungjawab, hanya mementingkan keuntungan

    untuk mengeluarkan hasil hutan tanpa mematuhi garispanduan yang telah ditetapkan semasa menerima lesenpembalakan. Contohnya, pengusaha balak tidakmelaksanakan sistem penebangan terpilih yang disarankanoleh pihak berkuasa. Hanya pokok-pokok yang cukup

    matang dan cukup ukur lilitnya yang ditebang, iaitu dengandiameter melebihi 45 cm sahaja. Manakala pokok yangtidak matang dibiarkan terus hidup.

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    36/54

    5 (a) Impak pembangunan ekonomi yang

    berlaku dalam sektor pembalakan telah

    banyak membawa kemerosotan kualiti

    alam sekitar. Terangkan.

    [13]

    Sebab yang ketiga ialah sikap pembalak yang kurangbertanggungjawab semasa menjalankan proses

    penebangan pokok di hutan hujan tropika. Hutan hujantropika mempunyai pelbagai spesies dalam hanyabeberapa hektar dan kebanyakan merupakan pokok yangberharga. Oleh itu, kerja menebang sebatang pokok kayubalak amatlah sukar. Jika tidak berhati-hati dan penuh rasa

    tanggungiawab boleh memusnahkan anak pokok balakyang berharga berhampirannya. Biasanya banyak pokokberharga yang musnah semasa proses penebangan Olehpembalak yang tidak bertanggungjawab.

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    37/54

    5 (a) Impak pembangunan ekonomi yang

    berlaku dalam sektor pembalakan telah

    banyak membawa kemerosotan kualiti

    alam sekitar. Terangkan.

    [13]

    Sebab yang keempat ialah banyak projekpembangunan di kawasan tanah tinggi sehinggamemusnahkan kawasan hutan disekitarnya. Contoh,pembinaan lebuh raya dan pembinaan empangan.Projek pembangunan itu memaksa hutan ditebang,apabila hutan ditebang peranan akar pokok untuk

    memegang dan melindungi tanah tidak berlaku.Hakisan dan tanah runtuh akan berlaku dan akanmenyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar.

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    38/54

    5 (a) Impak pembangunan ekonomi yang

    berlaku dalam sektor pembalakan telah

    banyak membawa kemerosotan kualiti

    alam sekitar. Terangkan.

    [13]

    Sebab yang kelima ialah pembalakan haram dilakukanOleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini

    berlaku apabila pengeluaran sumber hutan di kawasanpedalaman sukar untuk dikesan Oleh pihak berkuasa.Oleh itu banyak pengusaha pembalakan yang mengambilkesempatan dan peluang untuk menebang kayu balak diluar kawasan yang dibenarkan kepada mereka semasamemohon lesen kebenaran membalak. Malahan kerjamembalak juga dijalankan oleh mereka di kawasan hutansimpan dan taman negara.

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    39/54

    5 (a) Impak pembangunan ekonomi yang

    berlaku dalam sektor pembalakan telah

    banyak membawa kemerosotan kualiti

    alam sekitar. Terangkan.

    [13]

    Kemerosotan kualiti sumber alam juga semakin teruk atassebab berlakunya kebakaran hutan. Biasanya hutan dibakar

    bagi menjimatkan kos pembersihan untuk dijadikankawasan pertanian. Semasa pembakaran hutan inidijalankan banyak spesies pokok balak yang musnah danuntuk menanamnya semula memakan masa yang lama,melebihi atau mencapai sehingga 100 tahun bagi

    mendapat kayu balak yang berharga. Dalam jangka masamenunggu untuk pokok hutan tumbuh semula sepertisedia kala mungkin boleh berlaku hakisan dan tanahruntuh serta tanah menjadi tandus dan gondol

    ( ) J l k l k h l k h b k 12

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    40/54

    5 (b) Jelaskan langkah-langkah bukanperundangan yang dapat membantu

    mengurangkan kemerosotan kualiti alam

    sekitar di atas.

    [12]

    Langkah bukan perundangan yang pertama ialahmenanam semula hutan. Apabila hutan ditebang,

    kawasan hutan tersebut perlu ditanam semula bagimemastikan bekalan kayu balak tidak habis dandapat dibekalkan secara berterusan untuk generasiakan datang. Pihak berwajib, pengusaha balak ataukumpulan individu yang terlibat dengan kerjamembalak di kawasan hutan perlu memegangtanggungjawab untuk menaman pokok yangditebang.

    5 (b) J l k l k h l k h b k [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    41/54

    5 (b) Jelaskan langkah-langkah bukanperundangan yang dapat membantu

    mengurangkan kemerosotan kualiti alam

    sekitar di atas.

    [12]

    Langkah bukan perundangan yang kedua ialahmelaksanakan sistem penebangan terpilih. Hanya pokok-

    pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahajayang boleh ditebang. Dua sistem penebangan diMalaysia ialah Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan SistemPengurusan Penebangan Terpilih (SMS) untukmengelakkan penebangan pokok balak yang belummencapai tempoh matang. Biasanya had diameter pokokbalak yang layak ditebang adalah melebihi 45 cm danbarulah pokok itu dikatakan benar-benar matang.

    5 (b) J l k l k h l k h b k [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    42/54

    5 (b) Jelaskan langkah-langkah bukanperundangan yang dapat membantu

    mengurangkan kemerosotan kualiti alam

    sekitar di atas.

    [12]

    Langkah yang ketiga ialah melaksanakan kaedahrawatan silvikultur bagi meningkatkan pengeluaran

    pokok-pokok yang berharga. Dalam kaedah ini,pokok-pokok yang berharga dibiarkan hidup subur,manakala spesies pokok-pokok yang tidak berhargaakan ditebas atau diracun. Kaedah ini dijalankanbagi mengelakkan pokok-pokok tidak berhargabersaing dengan pokok-pokok berharga bagimendapatkan cahaya matahari dan sumber mineraldalam tanih untuk tujuan tumbesarannya.

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    43/54

    5 (b) J l k l k h l k h b k [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    44/54

    5 (b) Jelaskan langkah-langkah bukanperundangan yang dapat membantu

    mengurangkan kemerosotan kualiti alam

    sekitar di atas.

    [12]

    Langkah yang terakhir adalah menjalankan R&D bagimencari jalan untuk membangunkan dan memelihara

    sumber hutan yang ada. Biasanya R&D ini dilakukanoleh agensi yang berkaitan dengan sumber alam dan

     juga IPTA dan IPTS yang berkaitan. Contohnya,penyelidikan yang dijalankan oleh FRIM dan UniversitiPutra Malaysia telah berjaya menghasilkan bakapokok yang cepat matang dan bermutu tinggi bagimenggantikan pokok-pokok yang hampir pupus dandapat menjamin bekalan kayu balak secaraberterusan untuk masa depan negara.

    6 ( ) J l k bid bid k j [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    45/54

    6 (a) Jelaskan bidang-bidang kerjasama yangdijalankan oleh negara-negara dalam

    kalangan negara ASEAN dalam usaha

    memajukan dan memperkembangkan

    kerjasama sosial dan ekonomi dalam

    kalangan negara anggotanya.

    [12]

    Bidang kerjasama antara negara-negara ASEAN yang pertamaadalah dalam bidang perindustrian. Dalam usaha ini telahdiadakan dan diagagihkan projek perindustrian ASEAN dalamkalangan negar angota. Sebagai contoh termasuklah ProjekBaja Urea ASEAN di Indonesia, Projek Baja Urea ASEAN di

    Malaysia, Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina, ProjekVaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura, dan Projek GaramBatuan-Abu Soda ASEAN di Thailand. Diharap projek-projek iniakan dapat memperkembangkan lagi kerjasama sosial danekonomi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

    6 ( ) Jelaskan bidang bidang kerjasama ang [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    46/54

    6 (a) Jelaskan bidang-bidang kerjasama yangdijalankan oleh negara-negara dalam

    kalangan negara ASEAN dalam usaha

    memajukan dan memperkembangkan

    kerjasama sosial dan ekonomi dalam

    kalangan negara anggotanya.

    [12]

    Bidang kerjasama yang kedua adalah dalam bidang kewangandan bank. Untuk itu telah ditubuhkan Majlis Perbankan ASEAN(ASEAN Banking Council) untuk menyelaras kegiatan bank-bankperdagangan di rantau ASEAN. Selain itu, ditubuhkan jugaSyarikat Kewangan ASEAN untuk memberikan kemudahankewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-

    projek usaha sama ASEAN Dengan ini, bantuan boleh disalurkanke negara anggota yang kekurangan modal bagi menjalankansesuatu projek, tidak perlu meminta bantuan modal kepadanegara-negara maju yang mementingkan kepentingan semata-mata.

    6 ( ) Jelaskan bidang bidang kerjasama yang [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    47/54

    6 (a) Jelaskan bidang-bidang kerjasama yangdijalankan oleh negara-negara dalam

    kalangan negara ASEAN dalam usaha

    memajukan dan memperkembangkan

    kerjasama sosial dan ekonomi dalam

    kalangan negara anggotanya.

    [12]

    Bidang yang ketiga adalah kerjasama dalam bidang komunikasiuntuk membangunkan negara anggota sejajar dengan kemajuannegara atau rantau Iain di dunia. Antaranya termasuklahpemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota.Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen dan mengiktiraflesen pemandu di rantau ASEAN akan memudahkan urusan yang

    melibatkan negara anggota, terutamanya dari segi sosial.Contohnya, pertukaran siaran televisyen antara negara akan terusmengeratkan hubungan antara negara anggota. Malahan bolehmeluaskan lagi siaran atau meningkatkan lagi bilangan penontonyang sedia ada.

    6 ( ) Jelaskan bidang bidang kerjasama yang [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    48/54

    6 (a) Jelaskan bidang-bidang kerjasama yangdijalankan oleh negara-negara dalam

    kalangan negara ASEAN dalam usaha

    memajukan dan memperkembangkan

    kerjasama sosial dan ekonomi dalam

    kalangan negara anggotanya.

    [12]

    Bidang yang keempat adalah kerjasama dalam bidang sosial dan

    kebudayaan. Terdapat beberapa program yang dijalankan untukmenjelaskan kerjasama ini. Antaranya ialah Tabung KebudayaanASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negaraASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN. Selainitu, Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) bagi mengembangkan Bahasa Melayu supayasetaraf dengan bahasa moden dan meningkatkan semangatpersaudaraan di antara negara anggota. Seterusnya ASEAN jugatelah menganjurkan p rojek seperti Pusat Kajian Bahasa Inggeris diSingapura (RELC) dan Pusat Pendidikan Serantau bagi PendidikanSains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

    6 (a) Jelaskan bidang bidang kerjasama yang [12]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    49/54

    6 (a) Jelaskan bidang-bidang kerjasama yangdijalankan oleh negara-negara dalam

    kalangan negara ASEAN dalam usaha

    memajukan dan memperkembangkan

    kerjasama sosial dan ekonomi dalam

    kalangan negara anggotanya.

    [12]

    Bidang yang kelima adalah menjamin kestabilan politik dan

    keamanan negara serantau melalui konsep ZOPFAN yang telahdiwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November1971. ZOPFAN ditubuhkan dengan tujuan memelihara keamanandan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelakcampur tangan daripada mana-mana kuasa besar seperti Rusia danAmerika Syarikat dalam hal-hal di rantau ini. Selain itu, ZOPFAN jugacuba menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yangberlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakankekerasan. Malahan cuba mengelakkan penglibatan dalampertikaian antara kuasa besar dan memberi peluang kepada negaraanggota untuk menentukan nasib sendiri.

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapa [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    50/54

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapabuah negara dalam kalangan negara

    ASEAN telah sedikit sebanyak mengganggu

    kemajuan dan perkembangan kerjasama

    ekonomi yang diamalkan oleh negara-

    negara anggota tersebut. Bincangkan.

    [13]

    Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN dalampercubaan rampasan kuasa di Filipina dan Thailand sedikitsebanyak telah mengganggu kemajuan dan perkembangankerjasama ekonomi yang diamalkan Oleh negara-negaraanggota. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan

    terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing,banyak berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan. Hal inimenyebabkan pelabur-pelabur dalam kalangan negaraanggota akan mengalami kerugian besar dan terpaksamenarik balik modal perjanjian mereka.

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapa [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    51/54

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapabuah negara dalam kalangan negara

    ASEAN telah sedikit sebanyak mengganggu

    kemajuan dan perkembangan kerjasama

    ekonomi yang diamalkan oleh negara-

    negara anggota tersebut. Bincangkan.

    [13]

    Keganasan di sempadan juga tidak kurang mengganggu kemajuandan perkembangan kerjasama ekonomi negara anggota. Oleh itu,kerjasama dalam keselamatan serantau perlu difikirkan supayatidak mengancam kerjasama ekonomi. Sejak kebelakangan ini,ancaman keselamatan daripada pihak pengganas di sempadan

    negeri yang melibatkan pengairan semakin serius. Contohnya,keganasan di sempadan Filipina dan Sabah di Malaysiamelibatkan gangguan kehidupan penduduk, terutamanya yangmelibatkan kehidupan sosial dan ekonomi. Aktiviti sosial danekonomi tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapa [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    52/54

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapabuah negara dalam kalangan negara

    ASEAN telah sedikit sebanyak mengganggu

    kemajuan dan perkembangan kerjasama

    ekonomi yang diamalkan oleh negara-

    negara anggota tersebut. Bincangkan.

    [13]

    Konflik berlaku dalam kalangan negara anggotaASEAN disebabkan Oleh tuntutan wilayah atausempadan yang bertindih atau bersama. Contohnya,tuntutan terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysiadengan Singapura di mana akhirnya tuntutan jatuh

    kepada Singapura yang sedikit sebanyak telahmengganggu gugat semangat setia kawan dua buahnegara, terutamanya dalam menjalinkan hubungansosial dan ekonomi.

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapa [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    53/54

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapabuah negara dalam kalangan negara

    ASEAN telah sedikit sebanyak mengganggu

    kemajuan dan perkembangan kerjasama

    ekonomi yang diamalkan oleh negara-

    negara anggota tersebut. Bincangkan.

    [13]

    Selain kestabilan politik, terdapat faktor Iain yangmengganggu kemajuan dan perkembangan kerjasamaekonomi yang diamalkan Oleh negara anggota. Faktorekonomi dalam negara anggota itu sendiri bolehmenjelaskan keadaan ini. Sejarah dan perkembangan

    dunia membuktikan berlaku pengurangan permintaanpasaran dunia terhadap sumber bahan utama sepertibijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN. Hal initelah membantutkan pertumbuhan ekonomi di rantauini.

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapa [13]

  • 8/18/2019 Skema Kertas Model 6 Geografi STPM Penggal 2 2016

    54/54

    6 (b) Masalah kestabilan politik di beberapabuah negara dalam kalangan negara

    ASEAN telah sedikit sebanyak mengganggu

    kemajuan dan perkembangan kerjasama

    ekonomi yang diamalkan oleh negara-

    negara anggota tersebut. Bincangkan.

    [13]

    Ekoran itu, apabila berlakunya kejatuhan dalampermintaan pasaran dunia tehadap sumber bahanmentah utama di atas menyebabkan negara-negaraASEAN terpaksa memberi perhatian kepada sektorperkilangan dan perkhidmatan. Malangnya, pengeluaran

    dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkanpersaingan yang sengit dalam kalangan negara ASEAN.Malahan terdapatnya masalah kekurangan modal dalamkalangan beberapa buah negara untuk memajukansektor perindustrian di negara mereka.