simp pensyarah maktab perguruan di sabah … pensyarah maktab perguruan di... · adalah disahkan...
TRANSCRIPT
SIMP PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN DI SABAH TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER
oleh
Nuinda Haji Alias
Tesis dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pembangunan
Sumber Manusia
Fdkulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Jun 1998
Unit Kemasukan Siswazah Universiti Malaysia Sarawak
Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Sikap Pensyarah Maktab Perguruan Di Sabah Terhadap Penggunaan Komputer" oleh Puan Nuinda binti Alias, dan berpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kuaiiti dan persex&ahan sebagai syarat keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).
Awit (Penyelia)
\
Prof. Madya Dr Muhamed Awang (Pemeriksa b l a m 1
PERAKUAN
Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada
bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan untuk
mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi
yang lain.
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sikap pensyarah Maktab Perguruan di Sabah terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Kajian sikap menggunakan tujuh subskala sikap yang telah digunakan oleh Robertson (1995), iaitu kebimbangan, keyakinan, kognitif, tingkahlaku, keseronokan, penggunaan dan kecekapan. Di samping itu, kajian ini juga melihat kemahiran dan tahap penggunaan komputer di kalangan pensyarah.
Responden kajian terdiri daripada kesemua 223 orang pensyarah Maktab Perguruan di Sabah, tetapi hanya 154 (69.06%) responden mengembalikan soal selidik. Kajian ini menggunakan analisis data secara frekuensi, min, ujian-t, Anova Sehala serta Tukey, Kolerasi Pearson dan Anova Friedman Dua Hala.
Kajian ini mendapati responden menguasai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan pemprosesan perkataan Microsoft word (min 3.14), Wordstar (min 2.73) dan persembahan Microsoft powerpoint (min 2.34). Kemahiran yang paling rendah adalah multimedia (min 1.25) dan jaringan komunikasi (min 1.32). Manakala tahap penggunaan agak sedarhana. Kekerapan penggunaan tertumpu pada penyediaan soalan latihan kelas, penggubalan soalan peperiksaan, pengurusan mentor-mentee dan perancangan perlaksanaan kerja kursus. Namun, secara keseluruhannya responden menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer.
Hasil kajian mendapati korelasi yang signifikan pada aras p<0.05 antara pengalaman sebagai pensyarah (r =-.185) dan urnur (r =-.202) dengan kemahiran ;antara tempoh kursus dengan kognitif (r =. 160); antara pengalaman (r =-.205) dan umur (r =-. 182) dengan tingkahlaku ; antara pengalaman dengan penggunaan (r =-. 160) ; antara umur (r =-. 169) dengan kecekapan. Akan tetapi semua korelasi berada pada korelasi negatif yang lemah. Kajian juga mendapati perbezaan yang signifikan antara pengalaman dengan penggunaan(t =1.98) ; kategori dengan kecekapan(t =-0.49) ; memiliki komputer dengan penggunaan(t =0.87).Analisis Anova juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dan kecekapan; jabatan dengan kebimbangan, serta jabatan dengan penggunaan komputer.
Berasaskan dapatan kajian ini, adalah dicadangkan pihak berwajib meningkatkan kesedaran dengan mengadakan berbagai-bagai kursus celik komputer bagi mendorong seseorang meningkatkan kehendaknya mempelajari dan menguasai kemahiran. Latihan dalam perkhidmatan wajar diperbanyakkan supaya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran. Di samping itu, pendedahan pembaikpulih komputer patut diberikan agar masalah teknikal yang umum dapat ditangani diperingkat maktab. Pengwujudan pusat sumber elektronik amat diharapkan untuk meningkatkan taraf pendidikan di maktab. Kajian mencadangkan supaya kajian lanjutan secara mendalam dan berterusan dapat dilakukan untuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran. Penyelidikan tindakan juga boleh dijalankan untuk mengkaji masalah dalaman sesebuah maktablsekolah agar masalah dapat ditangani dengan cepat.
ABSTRACT
The purpose of this research is to study the attitude of lecturers in Teacher Training Colleges in Sabah towards the usage of computer in the management of learning and teaching. The attitude was measured by seven attitude subscales, namely anxiety, confidence, cognitive, behavior, enjoyment, use and competence which was used by Robertson (1995). Besides that, this study surveys on the skill and extent of computer usage among lecturers.
The respondents ofthis study are all the 223 lecturers of Teacher Training Colleges in Sabah but only 154 (69.06%) returned the questionnaires. This study uses data analysis such as frequency, mean, t-test, One-Way Anova and Tukey, Pearson Correlation and Friedman Two- Way Anova.
This study found that the respondents' skill is high at using word processor Microsoff Word (mean 3.14), Wordstar (mean 2.73) and presentation Microsoft Powerpoint (mean 2.34). Their skill is lowest at multimedia (mean 1.25) and network communication (mean1.32). The level of usage is average and is mainly for preparing exercises, examination questions, mentor-mentee management and the planning of the implementation of course work. On the whole the respondents show positive attitude towards computer usage.
The study shows signzfxant correlation at p<O. 05 between experience as lecturer (r=- .185) and age (r=-.202) with skill, between course duration and cognitive (r=. 160); between experience (r=-,205) and age (r=-.182) with behavior, between experience with usage (r=-.160), between age (r=-. 169) with competence). However all the correlation are negative and weak. This study also found signiJicant difference between experience and usage (t=l. 98), category and competence (t=-0.491, computer ownership and usage (t=0.87). Anova Analysis shows that there is a signlJicant difference between age and competence, department and anxiety, and department and computer usage.
Based on the finding o f this study, it is suggested that all those concerned should increase awareness by organizing computer courses to increase a person's desire to learn and to acquire the skill. In-service training should be increased to improve skill. Besides that, exposure to computer repair and maintenance should be given so that common technical problem can be handled in the colleges. It is also hoped that electronic resource centres will be formed to increase the level of education in the college. It is suggested that further in-depth study is done to look into the effectiveness qf computer usage in teaching and learning. Action research can also be done to study the problem in a college or school so that the problem can be handled in time.
Sketsa Biografi
Nuinda Haji Alias merupakan anak jati dari Wilayah Persekutuan Labuan yang sebelum
ini bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Gaya. Penyelidik memulakan
pendidikan awalnya di SRK Sungai Lada Labuan dan kemudian menyambung pelajaran
menengah ke SM St Anne Convent Labuan dan SM. St. Anthony Labuan. Seterusnya
menarnatkan pelajaran menengah atas di Maktab Sabah Kota Kinabalu. Penyelidik
memilih bidang Komunikasi Massa sebagai pengkhususannya di Universiti Sains
Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1986. Seterusnya
penyelidik mengikuti latihan iktisas bidang keguruan di Universiti Malaya pada tahun
1988. Penyelidik pernah bertugas sebagai guru di SM St. Anthony Labuan, SM
Menggatal Kota Kinabalu, SM Convent St. Francis Kota Kinabalu sebelum memulakan
kerjaya sebagai pensyarah maktab. Penyelidik juga pernah bertugas sebagai pensyarah
di Maktab Perguruan Sandakan Sabah. Tugas akhir penyelidik sebelum ditawarkan
mengikuti Kursus Sarjana Sains (Pembangunan Surnber Manusia) adalah Pengelola
Kursus Dalam Cuti di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu.
Dedikasi buat:
Suami tercinta yang penuh sabar dun mengerti Safar b. Untong
Anak-anak tersayang yang mula pandai berdikari dun sumber inspirasi Nur Aqilah
Mohamad Naqib
Ibu dun bapa yang sentiasa berdoa dun menginginkan kejayaan Hajah Alipah Haji Idris
Haji Alias Haji Mohamad
Ibu mertua yang sentiasa membantu Bunga bt Mansor
Dan
Adik-adik yang memahami Samad, Bashir, Rohani, Fatimah, Rostini , Ramlan
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah, saya telah dapat menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi ijazah sarjana ini. Dirakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Haji Abang Ahmad Ridzuan bin Abang Awit atas bimbingan, bantuan dan tunjukajar sehingga dapat menghasilkan tesis ini.
Terima kasih juga kepada Pengetua-Pengetua Maktab Peguruan Gaya, Maktab Perguruan Kent, Maktab Perguruan Keningau dan Maktab Perguruan Sandakan kerana memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Kepada semua pensyarah yang terlibat semasa ujian perintis dan semasa kajian ini dijalankan, saya mengucapkan setinggi- tinggi terirna kasih atas kerjasama, sokongan dan kesudian yang membantu saya menyiapkan tesis ini. Ucapan penghargaan kepada Encik Kamal D. E. Quadra, Dr. Adi Badiozaman Tuah, Tuan Haji Ahrnad Kasim, Cik Munirah Saad, Encik Yew Guan Tek, Puan Rakayah Madon, Puan Jenifer Anjik, Puan Lam Saw Yin, Tuan Haji Salleh Kabil dan rakan-rakan atas sumbangan yang diberikan. Terima kasih kepada staf Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS dan IAB atas bantuan sepanjang kursus ini dijalankan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof Razali Arof, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS dan Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Institut Aminuddin Baki atas kesempatan yang diberikan untuk saya mengikuti kursus ini. Kepada semua pensyarah yang terlibat dengan program pasca siswazah IABIUNIMAS 199611 997: Dr. Haji Abang Ahrnad R i d m (penyelaras kursus), Prof Razali Arof, Prof Madya Dr. Napsiah Mahfoz, Prof Madya Dr. Peter Songan, Dr. Spenser Empading Sagin, Dr. Gabriel Tonga Noweg, Dr. Hadj Batatia, Dr. Farid Meziane, Dr. Baktiar Mansor, Dr. Maheswary Kandasamy, Prof Madya Dr. Muhamrned Awang, Dr. Hazman Shah b. Abdullah, Prof Madya Dr. Zoraini Wati Abas, Puan Jenniffer Songan, Encik Mehandar Singh dan Encik Sharaf Al-Deen Sami Horani, sekalung penghargaan dan terima kasih atas pemberian ilmu yang mengayakan saya,
Kepada rakan-rakm seperjuangan Kohort 2 IABLJNIMAS, terima kasih atas kerjasama dan dorongan sehingga sama-sama menamatkan kursus ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih khas buat Sabtuyah, Haminah, Maimunah dan Tan Ai Fong atas bantuan yang sering dihulurkan semasa di Sarawak.
Penghargaan khusus buat ibu, Hajah Alipah Haji Idris dan bapa, Haji Alias Haji Mohamad yang sentiasa mendoakan untuk kejayaan ini. Kepada ibu mertua, Bunga Mansor, terima kasih kerana melindungi anak-an& semasa mengikuti kursus ini.
Penghargaan dan terima kasih yang amat istimewa buat suarni tersayang, Safar b Untong dan anak-anak yang dikasihi, Nur Aqilah dan Mohamad Naqib yang sentiasa mendoakan, memberi galakan, sokongan yang tidak kenal erti jemu bagi kejayaan mengikuti kursus dan rnenyiapkan tesis ini.
JADUAL KANDUNGAN
Muka surat
Perakuan Abstrak Abstract Sketsa Biografi Dedikasi Penghargaan Jadual Kandungan Daftar Jadual Daftar Carta Daftar Rajah
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1.1 Permasalahan Kajian 1.2 Matlarnat Kajian 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian 1 .5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Skop Dan Batasan Kajian
BAB 2 TINJAUAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 2.1 Konsep Sikap 2.2 Teori-Teori Pembentukan dan Perubahan Sikap
2.2.1 Teori Pembelajaran (Learning Theories) 2.2.2 Teori Ketekalan (Consistency Theories) 2.2.3 Teori Gerakbalas (Cognitive Response Theories)
2.3 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 2.4 Kemahiran Dan Tahap Penggunaan Komputer 2.5 Kerangka Kajian 2.6 Kesimpulan
BAB 3 KAEDAH PENYELIDKAN
. . 11 . . . 111
iv v . . .
Vll l
X
X
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian 3.2.1 Rekabentuk Soal Selidik 3.2.2 Ujian Perintis (Pilot Test) 3.2.3 Pentadbiran Soal Selidik 3.2.4 Populasi Kajian
3.3 Kaedah Penganalisisan Data 52 3.3.1 Pembinaan Taburan Kekerapan 5 3 3.3.2 Kaedah Korelasi Pearson 53 3.3.3 Ujian-t 54 3.3.4 Kaedah Anova 54 3.3.5 Kaedah Friedman Two-way Anova 55
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 56-1 13
4.0 Pengenalan 4.1 Latarbelakang Responden
4.1.1 Gender, Umur, Kategori 4.1.2 Pengalaman Mengaj ar 4.1.3 Komputer Dan Kursus Komputer
4.2 Analisis Respon Pensyarah Terhadap Kemahiran, Sikap Dan Tahap Penggunaan 4.2.1 Kemahiran (Pengetahuan) Komputer 4.2.2 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.1 Sikap Kebimbangan Terhadap Penggunaan
Komputer 4.2.2.2 Sikap Keyakinan Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.3 Sikap Kognitif Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.4 Sikap Tingkahlaku Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.5 Sikap Keseronokan Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.6 Sikap Penggunaan Terhadap Komputer 4.2.2.7 Sikap Kecekapan Terhadap Penggunaan Komputer 4.2.2.8 Rumusan Pola Sikap Terhadap Penggunaan
Komputer 4.2.3 Tahap Penggunaan Komputer
4.3 Hubungan Kemahiran, Sikap, Tahap Penggunaan Komputer 90 Dengan Pengalaman Di Maktab, Tempoh Kursus Dan Umur
4.4 Perbezaan Antara Latar belakang Dan Sikap 4.4.1 Gender DanSikap 4.4.2 Pengalaman Di Maktab Dan Sikap
4.4.3 Kategori Dan Sikap 4.4.4 Menghadiri Kursus Dan Sikap 4.4.5 Pemilikan Komputer Dan Sikap 4.4.6 Umur Dan Sikap 4.4.7 Jabatan Dan Sikap
4.5 Susunan Keutamaan Sikap Penggunaan Komputer 4.6 Perbincangan Hasil Kajian
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 5.1 Rumusan Dapatan Kajian 5.2 Cadangan 5.2 Cadangan Kajian Untuk Masa Depan 5.3 Penutup
Rujukan Soalselidik Surat Kebenaran
DAFTAR JADUAL
Kebolehpercayaan Ujian Perintis
Agihan dan Pulangan Soal Selidik
Saiz Maktab Responden
Penggunaan Kaedah Statistik Kajian
Penentuan Korelasi Pekali Pearson ( r )
Taburan Responden Mengikut Umur Dan Gender
Taburan Responden Mengikut Kategori Dan Gender
Taburan Responden Mengikut Kategori dan Umur
Pengalarnan Mengajar Di Sekolah Dan Maktab
Responden Mengikut Jabatan Di Maktab
Responden Mengikut Mata Pelajaran Yang Diajar
Pemilikan Komputer Peribadi Di Rumah
Jumlah Dan Ternpoh Kursus Dihadiri
Mempelajari Komputer Paling Berkesan
Taburan Kekerapan Kemahiran Komputer
Taburan Kekerapan Sikap Kebimbangan Terhadap Penggunaan Komputer
Taburan Kekerapan Sikap Keyakinan Terhadap Penggunaan Komputer
Taburan Kekerapan Sikap Kognitif Terhadap Penggunaan Komputer
Taburan Kekerapan Sikap Tingkahlaku Terhadap Penggunaan Komputer
Muka surat
49
5 1
Taburan Kekerapan Sikap Keseronokan Terhadap Penggunaan Komputer
Taburan Kekerapan Sikap Penggunaan Terhadap Komputer
Taburan Kekerapan Sikap Kecekapan Terhadap Penggunaan Komputer
Taburan Kekerapan Tahap Penggunaan Komputer
Hubungan Kemahiran, Sikap Dan Tahap Penggunaan Komputer Dengan Pengalaman Sebagai Pensyarah Maktab, Tempoh Kursus Dan Umur
Perbezaan Min Antara Gender Dan Sikap
Perbezaan Min Antara Pengalaman Di Maktab Dan Sikap
Perbezaan Min Antara Kategori Dan Sikap
Perbezaan Min Antara Menghadiri Kursus Dan Sikap
Perbezaan Min Antara Memiliki Komputer Dan Sikap
Ringkasan Keputusan Analisis Varian Antara Umur Dan Sikap
Ujian Tukey Bagi Tahap Sikap Kecekapan Berdasarkan Umur
Ringkasan Keputusan Analisis Varian Antara Jabatan Dan Sikap
Ujian Tukey Bagi Tahap Sikap Kebimbangan Berdasarkan Jabatan
Ujian Tukey Bagi Tahap Sikap Penggunaan Berdasarkan Jabatan
Susunan Tahap Keutamaan Sikap Penggunaan Komputer
DAFTAR CARTA
Carta 4.1
Carta 4.2
Carta 4.3
Carta 4.4
Carta 4.5
Carta 4.6
Carta 4.7
Carta 4.8
Carta 4.9
Min Bagi Kemahiran Menggunakan Komputer
Respon Sikap Kebimbangan
Respon Sikap Keyakinan
Respon Sikap Kognitif
Respon Sikap Tingkahlaku
Respon Sikap Keseronokan
Respon Sikap Penggunaan
Respon Sikap Kecekapan
Min bagi Tahap Penggunaan Komputer
DAFTAR RAJAH
Rajah 2.1 Kerangka Konseptual Hubungan Antara Kepereayaan, Sikap, Niat Dan Tingkahlaku Terhadap Sesuatu Objek (Fishbein & Ajzen, 1975)
Rajah 2.2 Kerangka Penvakilan Teori Tindakan Bersebab (Eagly dan Chaiken, 1993)
Muka surat
66
Rajah 2.3 Kerangka Konsep
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Teknologi maklumat (TM) berkembang begitu pantas dan semua sektor tidak dapat
menafikan kepentingan penggunaannya dalarn pengurusan. Malah, komputer dikatakan
sebagai satu agenda pemangkin terhadap pengwujudan pengurusan yang cekap. Dari
segi teknologi, komputer juga dikatakan akan menjadi pencetus yang radikal kepada
perkembangan teknologi masa depan. Untuk itu, pengetahuan dan penggunaan
komputer merupakan satu kemestian di kalangan rakyat Malaysia agar dapat memenuhi
kehendak pembangunan yang ingin dicapai. Dr. Mahadhir Mohamad menyatakan,
Already Malaysians are among the biggest users of computers in the
region. Computer literacy is a must if we want to progress and develop.
No effort must be spared in the creation of an information rich
Malaysian society. (Malaysia: The Way Forward, 1991).
Malaysia dalam era teknologi maklumat menampakkan kebanggaan dengan usaha
melangkah ke Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) yang
dilancarkan pada Ogos 1996. Ini menunjukkan satu lagi langkah drastik dan berani yang
diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha menempatkan negara seiring dengan
negara-negara maju dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Sekolah Bestari
merupakan antara tujuh ciri yang disenaraikan dapat membantu mempercepatkan
pembangunan MSC dan kemajuan Malaysia ke arah kepimpinan era teknologi
maklumat. Sektor pendidikan mempunyai tugas besar dalam menjayakan sekolah
bestari. Kejayaan dan kecemerlangan teknologi maklumat dapat dicapai melalui
komitinen individu menguasai dan menggunakan sepenuh ilmu dan pendidikan dalam
bidang teknologi khususnya komputer. Para pendidik perlu menguasai ilinu dan
kemahiran pengoperasian komputer agar penggunaannya lebih bermakna. Penggunaan
komputer di kalangan pendidik akan n~enjadi teladan dan ikutan pelajar. Oleh itu, para
pendidik perlu menggalakkan dan menggembangkan penggunaan teknologi maklumat
kepada pelajar dengan segera melalui pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
Pemikiran baru dalam pendidikan, perkembangan teknologi dan ledakan maklumat
menlaksa kaum pendidik mengubah proses pengajaran dan pembelajaran, persekitaran
pembelajaran dan pengurusan kurikulum yang sesuai dengan era tersebut. Paksi
kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini adalah pengurusan yang cekap.
1.1 Permasalahan Kajian
Sistem pendidikan harus dapat menyediakan generasi yang akan datang bagi memenuhi
Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara dan mempunyai daya saing dalam
menghadapi arus globalisasi dan era informasi abad ke 21. Keperluan organisasi yang
dinamik dan efisen dalam perkembangan dunia pendidikan amat dilaung-laungkan
kerana sistem pendidikan yang akan inencernakan dan nlewarnai produk bagi kegunaan
sumber tenaga manusia.
Maktab perguruan merupakan salah sebuah pusat latihan yang mengeluarkan tenaga
mahir bagi keperluan mengajar di sekolah-sekolah. Sebagai pengeluar tenaga mahir
bidang keguruan, para pendidik atau pensyarah yang bertugas di maktab mempunyai
agenda penting dalam menangani cabaran-cabaran negara mencapai pusat 0
kecemerlangan ilmu d m teknologi. Untuk melahirkan murid yang bestari, guru perlu
bestari dan secara tidak langsung pensyarah juga perlu bestari. Ini merupakan cabaran
bagi pensyarah mengubah paradigma pengurusan pengajaran pembelajaran yang lebih
cekap dan dinamik. Gonzales dan Roblyer (1996) menyatakan bahawa pendidik hari ini
diseru supaya menghadapi isu-isu abad ke 2 1 dengan reka bentuk alat-alat pengurusan
pengajaran pembelajaran untuk era perindustrian. Kebanyakan orang mempercayai
bahawa ekonomi, sosial, kebudayaan, demografik, politik dan teknologi memerlukan
sistem baru dalam pendidikan negara supaya dapat bersaing d m hidup dalam era
informasi. Di samping itu, Majalah Futurist ("50 Trends shaping the world, 1991 ")
meramal bahawa semua teknologi yang kita gunakan hari ini mewakili 1 % yang
terdapat pada tahun 2050. Rekabentuk semula d m perluasan hebat dalam teknologi
tersebut akan dilakukan sebahagian besarnya oleh mereka yang sekarang ini berada di
sekolah seluruh dunia (Nelson et al., 1993). Oleh itu guru mempunyai agenda penting
untuk melahirkan masyarakat yang berkemahiran teknologi.
Proses pengajaran pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah melibatkan
pengurusan seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penyelarasan dan
kawalan. Proses adalah suatu cara teratur melakukan kerja. Pengurusan sebagai suatu
proses kerana pensyarah sebagai pengurus terlibat dalam aktiviti-aktiviti tertentu yang
saling berkaitan dengan tujuan untuk mencapai matlamat-matlamat yang diingini.
Kebanyakan pendidik tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka berperanan sebagai
pengurus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran melibatkan perancangan seperti perancangan harian,
mingguan, semester atau tahunan, yang dilaksanakan setelah mengkaji dan memahami
persekitaran organisasi. Pensyarah perlu mengorganisasikan kurikulum yang hendak
disampaikan supaya jelas, lancar dan dapat diikuti oleh para pelajar (guru pelatih).
Pensyarah juga akan menunjukkan daya kepimpinan yang dapat dicontohi oleh para
pelajar serta membimbing mereka ke arah mencapai matlamat institusi pendidikan dan
kurikulum. Penyelarasan pula memerlukan pensyarah menyelaraskan sumber manusia
mengikut keperluan organisasi agar dapat digunakan secara optimum. Kawalan
diperlukan untuk menyelia hasilan pengajaran dan dibandingkan dengan piawai yang
telah ditetapkan supaya perjalanan aktiviti pengajaran pembelajaran di maktab dapat
dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Selaras dengan pelaksanaan MSC, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan
pengajaran pembelajaran yang menggguna dan mengintegrasikan komputer dalam mata
pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mulai tahun 1998.
Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan sebagai agensi utama dalam
merancang dan melaksana latihan untuk guru-guru bagi memenuhi keperluan ini.
Berdasarkan bilangan sekolah, seramai 1,375 orang Jurulatih Utama diperlukan bagi
sekolah rendah dan seramai 343 orang bagi sekolah menengah (Bahagian Pendidikan
Guru, 1996). Sehubungan itu, Menteri Pendidikan telah mengumurnkan sebanyak 90
buah sekolah dipilih sebagai perintis sekolah bestari yang akan dilaksanakan pada
Januari 1999. Dari 90 buah, 21 buah sekolah rendah dan 69 buah untuk sekolah
menengah. Di samping itu, 28 buah sekolah dari jurnlah tersebut akan dipilih dari luar
bandar dan 3 buah di pedalaman. Seramai 5,400 guru akan dilatih sebelum Januari 1999
untuk ditempatkan di sekolah terbabit (Berita Harian, 13 Jun 1997). Pengurnuman ini
memberi impak terhadap penglibatan maktab melatih guru-guru tentang penggunaan
komputer di sekolah.
Pensyarah merupakan model contoh dalam melaksanakan penggunaan komputer dalam
pengurusan pengajaran pembelajaran dan pengintegrasian dalam mata pelajaran.
Sebagai model contoh dan pusat latihan yang mengeluarkan tenaga mahir guru,
sewajarnya pensyarah maktab memiliki pengetahuan yang lebih baik dalam penggunaan
komputer. Memandangkan komputer akan menjadi pencetus kepada teknologi canggih
pada masa depan, para dan bakal pengurus mata pelajaran perlu menjadi celek tentang
komputer. Pelajar-pelajar di maktab perguruan perlu didedahkan dengan penggunaan
komputer seluas yang mungkin supaya mereka boleh mengaplikasikan ilmu tersebut
sebaik sahaja memulakan karier sebagai guru. Oleh itu, pensyarah memainkan peranan
penting dalam melaksanakan dan memastikan kejayaan sekolah bestari.
Sekolah bestari mempamerkan beberapa elemen penting seperti "smart learning" dan
"smart teaching" yang berasaskan "smart curriculum", mengamalkan "smart use of
technology", menggunakan "smart assessment" dan keseluruhannya dikendalikan oleh
"smart management" (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996). Dalam "smart use of
technology", pengguna harus mengetahui segala jenis alat teknologi khususnya
teknologi yang berasaskan komputer dan telekomunikasi secara efisen dan efektif.
Manakala "smart management" memerlukan pengurusan yang cekap dan berwawasan.
Nik Aziz Nik Pa (1996) menjelaskan salah satu dimensi dalam konsep maktab bestari
adalah dimensi penggunaan teknologi terkini. Segala kemudahan dan teknologi terkini
yang relevan hendaklah digunakan secara optimum untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran, pengajaran, penghayatan nilai murni dan pembudayaan ilmu. Maktab
perguruan bestari merupakan organisasi pendidikan yang berperanan melahirkan bakal
guru yang dapat menguasai budaya berfikir, budaya berkomunikasi secara kreatif dan
budaya mengajar dengan menggunakan kemudahan teknologi terkini, khususnya
teknologi yang berlandaskan komputer dan telekomunikasi. Oleh yang demikian,
pensyarah sebagai pemberi input tentang pendekatan dan teknik pengajaran
pembelajaran wajar memiliki pengetahuan yang tinggi dalam penggunaan komputer
serta mempunyai sikap yang positif terhadap kemunculan kepentingan komputer dalam
pengajaran. Kejayaan pendidikan ditentukan oleh proses pengajaran dan pembelajaran
yang terancang. Tindakan yang bijak dalam pengurusan amat diperlukan.
Pensyarah maktab menunjukkan sikap yang positif tetapi kurang mahir dalam
penggunaan komputer. Menurut kajian Jusni Nasirun (1995) ke atas pensyarah Institut
Perguruan Darulaman mendapati pensyarah menunjukkan sikap positif terhadap
komputer tetapi penggunaan dan kemahiran yang rendah. Demikian juga kajian Norma
Daud (1 995) terhadap pensyarah Maktab Perguruan Teknik yang mendapati sebahagian
besar pensyarah gembira menggunakan komputer tetapi tidak memainkan peranan aktif
dalarn penggunaan pengajaran berbantukan komputer. Adakah wujud keadaaan yang
sama di maktab perguruan di Sabah? Apakah kesediaan maktab khususnya dari sumber
manusia menghadapi penekanan penggunaan komputer dalam pengajaran
pembelajaran? Bagaimana sikap pensyarah terhadap perubahan sistem tersebut? Sejauh
manakah kemahiran dan tahap penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran
pembelajaran oleh pensyarah-pensyarah maktab? Untuk itu, satu tinjauan perlu dibuat
bagi melihat perkembangan penggunaan komputer di maktab perguruan di Sabah.
1.2 Matlamat Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap terhadap penggunaan komputer di
kalangan pensyarah maktab perguruan di Sabah dalam pengurusan pengajaran
pembelajaran kurikulum dan ko kurikulum.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. mengenalpasti sikap pensyarah terhadap penggunaan komputer dalam
pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
. . 11. mengetahui jenis kemahiran penggunaan komputer dalam pengurusan aktiviti
maktab.
. . . 111. melihat tahap penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran dan
pembelaj arm.
1.4 Persoalan Kajian
Soalan kajian yang menjadi panduan kepada kajian ini adalah:
1. Apakah kemahiran, sikap dan tahap penggunaan komputer di kalangan
pensyarah dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran?
. . 11. Ada atau tidak hubungan yang signifikan di antara pengalaman sebagai
pensyarah, tempoh kursus dan umur dengan kemahiran, sikap dan tahap
penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor latar belakang dengan
sikap penggunaan komputer?
iv. Apakah sikap yang paling diutamakan di kalangan pensyarah maktab terhadap
penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kerana:
1. Kajian seperti ini masih kurang dilakukan di maktab perguruan di Sabah.
Maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak Bahagian Pendidikan Guru
merangka program latihan khas kepada pensyarah tentang penggunaan komputer
dalam pengurusan pengajaran pembelajaran dan pengintegrasian komputer
dalam mata pelaj aran.
. . 11. Penggunaan komputer dalam pengurusan pengajaran pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran. Oleh yang demikian,
dapatan-dapatan yang diperolehi boleh membantu pihak maktab menyelesaikan
masalah dalam melaksanakan dan meningkatkan penggunaan komputer di
kalangan pensyarah.
. . . 111. Dapatan-dapatan kajian juga membantu pihak pentadbiran maktab mengatur
strategi perancangan jangka panjang dalam persediaan sumber manusia, fizikal
maktab dan persekitaran sebagai pusat latihan perguruan dalam teknologi bagi
Zon Sabah.
1.6 Definisi Operasional
Berikut adalah definisi operasional dan huraian istilah dalam kajian ini:
1. Sikap: Menurut Eagly dan Chaiken (1993) sikap dibentuk melalui proses
kognitif, afektif dan tingkahlaku. Dalam kajian ini sikap merujuk kepada
tingkahlaku pensyarah dalam penggunaan kompllter di maktab. Sikap ini boleh
positif atau negatif bergantung kepada pengaruh afektif, kognitif dan tingkah
laku individu pensyarah. Sikap juga boleh dikongkong oleh persekitaran. Dalam
kajian ini, 7 bahagian akan ditinjau: sikap tentang kebimbangan, keyakinan,
kognitif, tingkahlaku, keseronokan, penggunaan dan kecekapan.
.. 11. Kemahiran : Donald dan Paul (1993) menjelaskan kemahiran adalah strategi
kognitif yang mengizinkan manusia memproses maklumat dalam bentuk yang
berfaedah. Strategi ini bebas dari segi konteks dan kandungan serta boleh
digunakan dalam pelbagai situasi. Tambahan pula, kemahiran adalah fungsional,
ia menyediakan cara untuk menyelesaikan tugas tertentu. Manakala Paul dan
Donald (1 996) pula melihat keperluan kemahiran mengajar adalah sama dengan
kemahiran asas yang disifatkan sebagai sikap guru yang kritikal, kemahiran dan
keperluan strategi untuk meningkatkan pembelaj aran murid. Kemahiran
merupakan satu kemestian yang perlu dimiliki oleh pendidik yang berkaitan
dengan tugas masing-masing. Dalam dunia komputer, pengetahuan dan
kemahiran diperlukan untuk menggunakan komputer secara berkesan dalam
kelas. Ini termasuklah kebolehan memahami kesan komputer dalam pendidikan
dan masyarakat; keupayaan memahami dan menggunakan terminologi
komputer; keupayaan membaca dan menulis program komputer yang mudah;
keupayaan untuk memahami aplikasi pendidikan komputer dalam kelas; dan
keupayaan untuk meningkatkan dan membangunkan bidang berkenaan.
(Anderson, 1983 dalam Donald dan Paul, 1993). Kemahiran dalam kajian ini
merujuk kepada penguasaan kecekapan dan pengetahuan pensyarah dalam
teknologi maklumat khususnya komputer.
... 111. Tahap: peringkat penggunaan komputer yang diamalkan dalam pengurusan
pengajaran dan pembelajaran di maktab. Adakah ia kurang, kadang-kadang atau
kerap menggunakan komputer dalam urusan aktiviti maktab.
10