sesi pengajian: 2003/2004 noor azrul bin md. nor ( … · e borang kecergasan latihan litar 90 f...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : KESAN LATIHAN LITAR TERHADAP TAHAP DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR PEMAIN PEMAIN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya ___________________NOOR AZRUL BIN MD. NOR_______________ ( HURUF BESAR )
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap 13-2, JALAN 15/55A, PUTRI TUAN HAJI HAMID BIN RAHABAH APRTMNT, TMN. SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR Tarikh : 6 Mac 2004 Tarikh : 6 Mac 2004
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
KESAN LATIHAN LITAR TERHADAP TAHAP DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR PEMAIN PEMAIN HOKI LELAKI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NOOR AZRUL BIN MD. NOR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ...............................................
Nama Penyelia : TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI RAHABAH
Tarikh :
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .......................................... Nama Penulis : NOOR AZRUL BIN MD. NOR
Tarikh : FEBRUARI 2004
DEDIKASI
Alhamdulillah, dengan izinNya telah saya sempurnakan projek ini. Dedikasi ini ditujukan
khas buat :
Buat insan tersayang ;
Mama dan Abah yang disayangi dan diingati selalu
Segala jasa dan pengorbananmu selama ini tidak pernah dilupakan
Anakmu ini sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagianmu di dunia dan akhirat
Serta
Pensyarah-pensyarah dan Rakan-rakan seperjuangan di UTM
Jutaan terima kasih atas segala pengorbanan, sokongan, dorongan, kasih sayang
serta doa yang kalian berikan selama ini untukku agar terus berusaha dan berjaya dalam
pelajaran. Hanya Allah jualah yang dapat membalas budi kalian.
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Segala puji dan syukur hanya untuk Allah Tuhan semesta alam, yang sentiasa melimpahkan nikmat dan rahmatNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya. Limpahan kasih dan sayangNya itu masih tetap berterusan, biarpun ada ketika hambaNya ini sering melakukan kemaksiatan.
Selawat dan salam buat Rasul tercinta Muhammad SAW yang telah berjuang dengan seluruh jiwa, tenaga dan air mata, untuk menyuburkan benih iman yang telah Allah bekalkan di hati, dengan harapan semoga umatnya menjadi hamba yang berbudi pekerti, serta kembali ke pangkuan Allah dalam keadaan suci tidak ternodai. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Rahabah selaku penyelia kerana keikhlasan dan kesungguhan beliau di atas segala bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan dalam usaha menyiapkan projek ini. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada jurulatih pasukan hoki En. Azman bin Jamaluddin serta pemain-pemain pasukan hoki Universiti Teknologi Malaysia.
Tidak ketinggalan penghargaan ini dikhaskan kepada kedua ibu bapa, pensyarah-pensyarah, serta rakan-rakan yang tidak jemu membantu dan memberikan sokongan untuk menyiapkan projek ini.
Sesungguhnya sumbangan yang diberikan amatlah dihargai. Semoga Allah
memberkati dan membalas keikhlasan kalian jua. Terima kasih. Sekian, wassalam.
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan litar dalam membantu
meningkatkan tahap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain hoki lelaki Universiti
Teknologi Malaysia. Seramai 16 orang pemain telah dipilih sebagai subjek kajian. Subjek
ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menjalani latihan litar dan latihan
hoki yang manakala satu lagi kumpulan tidak menjalani latihan litar dan hanya menjalani
latihan hoki. Jadual latihan litar yang ditetapkan adalah selama enam minggu. Ujian
larian 2.4 km digunakan untuk mengkaji perbezaan skor di antara ujian pra dan ujian pos.
Pengukuran dibuat terhadap bilangan denyutan kadar nadi rehat, bilangan denyutan kadar
nadi latihan, bilangan denyutan kadar nadi pemulihan dan masa larian yang diambil
untuk menamatkan larian 2.4 km. Data-data mentah yang diperoleh dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS v10.0. Ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis kajian.
Hasil kajian mendapati kedua-dua kumpulan menunjukkan pebezaan yang signifikan dari
segi tahap daya tahan kardiovaskular, tetapi kumpulan yang menjalani latihan litar
menunjukkan perbezaan yang lebih signifikan berdasarkan perbandingan peningkatan
dari segi kadar denyutan nadi dan masa larian di antara ujian pra dan ujian pos.
ABSTRACT
The purpose of this research is to observe and to identify the effects of circuit
training in helping to develop cardiovascular endurance among male hockey players of
Universiti Teknologi Malaysia. 16 players had been selected as subjects. These subjects
had been divided to two type of grouping. One group attaining the circuit training and the
hockey training while the second group attaining only the hockey training. Period of six
weeks had been determined in the schedule of circuit training. 2.4 km run test had been
applied to measure and to identify the score ‘s differences between the pre test and post
test. Measurement of the heart rate pulse before, during and after are obtained from the
test. In mean time, the time taken to complete the 2.4 km run are also recorded. All of the
data are analyzed by using the SPSS v10.0 software. T-test are used to test the hypothesis
of this research. The results appeared from this researh shows that there are significant
differences in cardiovascular endurance among the two groups, but the group that had
been demonstrated the circuit training is more significant regarding to the improvement
differences of the heart rate pulse and the running time between the pre and post test.
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Hipotesis Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Limitasi Kajian 10
1.8 Delimitasi Kajian 11
1.9 Definasi Kajian 11
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Kajian Berkaitan 13
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Rekabentuk Kajian 21
3.3 Populasi dan Persampelan 21
3.4 Instrumen Kajian 22
3.5 Lokasi Kajian 22
3.6 Prosedur Kajian 22
3.7 Pembolehubah Kajian 32
3.8 Pengumpulan Data 34
3.9 Penganalisaan Data 34
IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Diskriptif 36
4.3 Analisis Inferensi 59
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan 72
5.3 Rumusan 74
5.4 Masalah yang dihadapi 75
5.5 Cadangan 76
5.6 Penutup 80
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kaedah Menetapkan Dos Latihan Litar 26
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan
Subjek Mengikut Umur 36
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan
Subjek Mengikut Berat Badan 38
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan
Subjek Mengikut Ketinggian 39
4.4 Perbandingan Bilangan Denyutan Kadar
Nadi Rehat Ujian Pra dan Ujian Pos
Subjek Yang Menjalani Latihan Litar 41
4.5 Perbandingan Bilangan Denyutan Kadar
Nadi Rehat Ujian Pra dan Ujian Pos
Subjek Yang Tidak Menjalani Latihan Litar 43
4.6 Perbandingan Bilangan Denyutan Kadar
Nadi Latihan di Antara Ujian Pra dan
Ujian Pos Subjek yang Menjalani
Latihan Litar 45
4.7 Perbandingan Bilangan Denyutan Kadar
Nadi Latihan di Antara Ujian Pra dan
Ujian Pos Subjek yang Tidak Menjalani
Latihan Litar 47
4.8 Perbandingan Bilangan Denyutan Min
Kadar Nadi Pemulihan 1,2, dan 3 di
Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek
yang Menjalani Latihan Litar 49
4.9 Perbandingan Bilangan Denyutan Min
Kadar Nadi Pemulihan 1,2, dan 3 di
Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek
yang Tidak Menjalani Latihan Litar 52
4.10 Perbandingan Masa Larian di Antara
Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek yang
Menjalani Latihan Litar 54
4.11 Perbandingan Masa Larian di Antara
Ujian Pra dan Pos Berdasarkan Norma
Bagi Subjek yang Menjalani Latihan Litar 55
4.12 Perbandingan Masa Larian di Antara
Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek yang
Tidak Menjalani Latihan Litar 56
4.13 Perbandingan Masa Larian di Antara
Ujian Pra dan Pos Berdasarkan Norma
Bagi Subjek yang Tidak Menjalani
Latihan Litar 58
4.14 Analisis ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular dari Segi Kadar Nadi
Rehat Subjek yang Menjalani Latihan Litar 59
4.15 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular dari Segi Kadar Nadi Rehat
di Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek
yang Tidak Menjalani Latihan Litar 60
4.16 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular dari Segi Kadar Nadi Latihan
di Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek
yang Menjalani Latihan Litar 62
4.17 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular dari Segi Kadar Nadi Latihan
di Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek
yang Tidak Menjalani Latihan Litar 63
4.18 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular dari Segi Kadar Nadi
Pemulihan Keseluruhan di Antara Ujian
Pra dan Ujian Pos Subjek yang
Menjalani Latihan Litar 65
4.19 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular dari Segi Kadar Nadi
Pemulihan Keseluruhan 1,2 dan 3 di
Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek
yang Tidak Menjalani Latihan Litar 66
4.20 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular dari Segi Masa Larian
di Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Subjek yang Menjalani Latihan Litar 68
4.21 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan
Kardiovaskular dari Segi Masa Larian di
Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek
yang Tidak Menjalani Latihan Litar 69
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Kedudukan Stesyen latihan Litar 27
2 Peratusan Subjek Mengikut Umur 37
3 Peratusan Subjek Mengikut
Berat Badan 39
4 Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 40
5 Perbandingan Min Kadar Nadi Rehat Subjek
Antara Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek yang
Menjalani Latihan Litar 42
6 Perbandingan Min Kadar Nadi Rehat di Antara
Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek yang Tidak
Menjalani latihan Litar 44
7 Perbandingan Min Kadar Nadi Latihan di
Antara Ujian Pra dan Ujan Pos Subjek
yang Menjalani Latihan litar 46
8 Perbandingan Min Kadar Nadi Latihan Subjek
di Antara Ujian Pra dan Pos Subjek yang
Tidak Menjalani Latihan litar 48
9 Perbandingan Min Kadar Nadi Pemulihan 1,
2 dan 3 subjek Antara Ujian Pra dan Ujian
Pos Subjek yang Menjalani Latihan Litar 51
10 Perbandingan Min Kadar Nadi Pemulihan 1,
2 dan 3 di Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Subjek yang Tidak Menjalani Latihan Litar 53
11 Perbandingan Min Masa Larian di Antara
Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek yang
Menjalani Latihan Litar 55
12 Perbandingan Min Masa Larian
Ujian Pra dan Ujian Pos Subjek yang tidak
Menjalani Latihan Litar 57
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Rekod Kesihatan dan Kecergasan Diri 85
B Garis Panduan Pemilihan Subjek Mengikut 86
Kategori A ( ACSM, 1980 )
C Surat perlantikkan subjek 87
D Surat kebenaran Pemain Sebagai
Sampel Kajian 88
E Borang Kecergasan Latihan Litar 90
F Jadual Latihan Litar 91
G Rajah Aktiviti Latihan Litar 93
H Skor Mentah Ujian Pra dan Pos Subjek 94
I Analisis Ujian-t 96
J Skala Pair Sample Ujian-t 104
K Skala Norma Larian 2.4 Km 105
L Gambar Aktiviti Latihan Litar 106
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Permainan hoki merupakan antara sukan yang paling diminati di seluruh negara. Di
Malaysia, hoki menjadi antara sukan yang paling popular dan digemari oleh pelbagai
lapisan masyarakat tidak kira keturunan, jantina, peringkat umur dan sebagainya. Para
jurulatih dan ahli-ahli sukan di peringkat sekolah, universiti dan kebangsaan meletakkan
harapan yang tinggi terhadap program-program latihan yang dirangka untuk
pembangunan sukan masing-masing.
Kemudahan dan keperluan dalam arena hoki telah membawa kepada
pembangunan serta peningkatan mutu permainan ini. Oleh itu, setiap pemain hoki
seharusnya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi supaya membolehkannya bermain
dengan cemerlang tanpa sebarang gangguan seperti kelesuan atau kejang otot semasa
bermain. Oleh yang demikian, wujudlah program-program latihan yang saintifik dan
sistematik serta terancang untuk meningkatkan kecergasan dan keupayaan fizikal
pemain- pemain.
Dimensi fizikal merangkumi aspek-aspek kecergasan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan dan kelembutan. Menurut Clarke (1980), kecergasan fizikal terdiri
daripada tiga komponen iaitu kekuatan otot, daya tahan otot, dan kecergasan
kardiovaskular. Keberkesanan kardiovaskular terdiri daripada fungsi jantung, salur darah,
denyutan jantung yang kuat dan lambat, posisi badan yang baik serta bebas dari sebarang
penyakit.
Menurut Montoye (1978), kecergasan kardiovaskular adalah keupayaan sistem
pengedaran respirasi untuk berfungsi di dalam sesuatu aktiviti fizikal bagi satu jangka
masa yang lama. Bagi seseorang atlit yang terlatih komponen kecergasan mi menjadi satu
indeks mengenai keadaan dan potensi fizikalnya. Secara amnya, Montoye
mendefinasikan kecergasan kardiovaskular sebagai keupayaan sistem pengedaran dan
pernafasan untuk berfungsi di dalam sesuatu aktiviti bagi satu jangkamasa yang lama.
Sheikh Kamaruddin dan B. Sarjeet Singh (1988), merujuk kecergasan
kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efisiyensi saluran darah, jantung dan paru-
paru. Ia melibatkan kombinasi daya tahan aerobik dan anaerobik. Aktiviti yang berat
memerlukan keupayaan jantung dan pam-pam jantung yang efisyen kerana situasi seperti
ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan
oksigen menyebabkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut.
Peningkatan kecergasan kardiovaskular boleh mengurangkan kadar nadi rehat
serta menjadikan jantung lebih sihat. Hasilnya, peredaran darah menjadi efisyen serta
peningkatan kebolehan pam-pam ke kapasiti penggunaannya yang optima diteruskan dan
oksigen boleh dibekalkan ke otot-otot untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan.
Jika dikaji, latihan pramusim didapati biasanya memasukkan latihan bebanan dan
latihan larian aerobik. Program bebanan bertujuan untuk meningkatkan kekuatan
keseluruhan badan sementara latihan berlari berupaya meningkatkan daya tahan
kardiovaskular (kuasa aerobik). Dalam masa pertandingan latihan lebih ditumpukan
untuk meningkatkan penguasaan kemahiran, taktik dan sistem permainan.
Dalam permainan hoki seseorang pemain memerlukan tahap kecergasan yang
tinggi terutama sekali kecergasan kardiovaskular. Aspek kecergasan ini amat penting
kerana ia boleh membantu pemain bermain dengan cemerlang dan berkualiti tanpa
sebarang gangguan seperti kelesuan atau kekejangan otot dalam tempoh 90 minit ketika
berada di padang permainan.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak ujian-ujian yang boleh dijalankan bagi
mengukur kecergasan kardiovaskular. Ada yang hanya memerlukan larian dengan jarak-
jarak yang tertentu di mana kecergasan kardiovaskular dapat diketahui dengan
pengukuran masa yang diambil untuk menghabiskan lariannya, sehingga bilangan nadi
memulih ke tahap nadi rehat semula.
Kadar nadi bertambah melalui latihan-latihan yang dijalankan. Kadar
pertambahan ini adalah berkadar terus dengan bebanan-bebanan yang dikenakan dalam
sesuatu aktiviti. Kecergasan seseorang itu adalah bergantung kepada kadar penambahan
denyutan jantungnya. Bagi seseorang yang cergas, ia mempunyai kadar nadi yang rendah
berbanding dengan individu yang tidak cergas. Secara tidak langsung, melalui
pertambahan kadar nadi, lebih banyak darah dipamkan ke tisu-tisu yang terlibat dalam
pergerakan itu. Darah yang membawa oksigen, zat-zat makanan dan pembuangan sisa-
sisa metabolik yang secara langsung membuat tisu-tisu badan lebih cergas. Selain itu,
kadar nadi tekanan darah dan kadar pernafasan bagi seseorang yang dalam keadaan
cergas tatkala melakukan aktiviti akan pulih kembali dengan cepatnya seperti biasa
berbanding individu yang tidak cergas.
Selain itu, purata kadar nadi atau denyutan jantung bagi orang dewasa lelaki
ketika rehat sebelum makan ialah antara 38-110 denyutan seminit. Kadar nadi ini banyak
dipengaruhi oleh umur, polisi badan, pemakanan, perasaan dan aktiviti fizikal.Ini
disokong oleh Karpovich (1971), "...pulse rate is affected by age, body position, food
intake, time of the day, emotion and physical activities". Manakala, bagi seseorang yang
terlatih, ia mempunyai kadar nadi ketika rehat yang lebih rendah iaitu antara 20-30
denyutan dari yang tidak terlatih. Ini menunjukkan setiap denyutan bagi seseorang yang
terlatih, isipadu darahnya mencukupi bagi setiap kali pam dan sebaliknya.
Ini bererti, kadar pemulihan denyutan jantung dapat menunjukkan tahap mana
kecergasan seseorang atlit dalam pembinaan keberkesanan kardiovaskular terhadap
latihan. Sesuatu program latihan itu akan memberi kesan yang positif terhadap kadar
pemulihan nadi atlit. Melalui ujian tersebut, ianya dapat menunjukkan dengan jelas tahap
kemahiran, tingkatan atlit, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, mengenalpasti
potensi risiko kecederaan, dapat menentukan kedudukan pemain, memberi motivasi dan
menilai keberkesanan program latihan (Bridgeman 1991). Melalui latihan yang dilakukan
ini juga perbandingan secara statistik samada terdapat perbezaan yang signifikan antara
penurunan kadar nadi rehat, kadar nadi latihan dan kadar nadi pemulihan sebelum dan
selepas latihan.
1.2 Latar belakang masalah
Daya tahan kardiovaskular merupakan antara komponen yang sering ditekankan
di dalam sesuatu program latihan seseorang pemain hoki. Namun berdasarkan kajian
pakar fisiologi sukan mendapati ia merupakan komponen yang paling utama dalam
profail fisiologi seseorang atlit hoki. Daya tahan kardiovaskular telah menjadi begitu
sebati dengan istilah kecergasan fizikal. Memandangkan corak permainan hoki masa kini
menuju ke arah “total hockey” yang lebih pantas dan mencabar, maka setiap pemain
hoki tidak mempunyai pilihan melainkan mempersiapkan diri dengan kekuatan serta
ketahanan fizikal dan mental.
Dalam permainan hoki, seseorang pemain melakukan pelbagai jenis pergerakan dan
kadar intensiti adalah berubah menurut keadaan, daripada kedudukan berdiri statik
sehinggalah kepada larian maksimum. Bagi seorang pemain hoki, kesemua kerja
pergerakan ini diperlukan dalam suatu jangkamasa yang agak lama. Aspek daya tahan
kardiovaskular adalah amat penting bagi seseorang pemain hoki kerana ia dapat
membantu mengekalkan mutu dan kualiti permainan di samping mengelakkan risiko
kecederaan. Kebiasaannya, daya tahan kardiovaskular diuji dengan mengambil bacaan ke
atas kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Ini berdasar prinsip bahawa jika
seseorang itu cergas, maka secara tidak langsung dia mempunyai sistem peredaran dan
respirasi yang lebih efisien daripada individu yang kurang cergas.
Oleh demikian, bagi seseorang pemain hoki yang menjalani latihan, daya tahan
kardiovaskular boleh dijadikan kayu pengukur terhadap potensi kecergasan dan
keupayaan fizikalnya. Justeru itu, pelbagai program latihan terhadap tahap daya tahan
kardiovaskular perlu dijalankan bagi menilai tahap kecergasan fizikal pemain hoki yang
merupakan antara faktor utama yang menyumbang ke arah mutu persembahan seseorang
atlit.
1.3 Penyataan masalah
Semenjak kebelakangan ini, pelbagai reaksi dan rungutan timbul daripada
pelbagai pihak, bermula dari pihak pengurusan badan induk sukan sehinggalah para
peminat sukan hoki tanah air yang tidak berpuas hati dengan prestasi persembahan
pasukan hoki negara. Walaupun pelbagai program latihan telah dijalankan, namun
prestasi pasukan negara masih ditakuk lama. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa
kesemua program latihan yang telah dijalankan ke atas atlit hoki negara tidak
mendatangkan sebarang kesan positif yang boleh dibanggakan.
Hakikatnya, Persatuan Hoki Malaysia (PHM) telah melaburkan sejumlah wang
yang banyak dalam merangka dan menyediakan pelbagai program latihan untuk pasukan
hoki negara. Jurulatih warga asing yang menerima bayaran lumayan acapkali dipertaruh
dan bertukar ganti dalam melatih pasukan negara. Kesemua ini dilakukan semata-mata
demi melihat peningkatan pasukan negara di persada antarabangsa umumnya dan di
persada asia khususnya. Namun sehingga kini usaha ini tetap menemui jalan buntu, yang
sehinggakan akhirnya wujudlah pelbagai persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh
jurulatih-jurulatih ini serta sejauh manakah keberkesanan latihan yang dijalankan oleh
mereka.
Persoalannya sekarang, apakah pendekatan dan program latihan yang telah
dijalankan tidak relevan atau praktikal, sehingga gagal dalam mendatangkan kesan
kepada prestasi persembahan atlit hoki negara. Apa yang pasti, tindakan yang drastik
sewajarnya diambil bagi membendung ‘gejala keruntuhan’ prestasi hoki negara agar kita
tidak lagi dipandang rendah di mata dunia.
Hasil daripada tinjauan ini, penyelidik telah terdorong untuk melaksanakan satu
kajian berkaitan dengan keberkesanan program latihan terhadap prestasi atlit dalam
permainan hoki. Natijahnya, penyelidik telah memperoleh intuisi untuk menjalankan
kajian tentang Kesan Latihan Litar Terhadap Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Pemain-
pemain Hoki Lelaki UTM serta membandingkan kesannya sebelum dan selepas
menjalani latihan.