seminar ict guru “ict penjana kecemerlangan · pdf fileberkaitan dengan kepentingan...

23
SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN” PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAH TAHUAN 2006 MEMBINA PROSES E-PEMBELAJARAN – SATU ANJAKAN PRADIGMA DISEDIAKAN OLEH KAMALUDIN BIN AHMAD INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBARHIM JOHOR BAHRU 2006

Upload: hoangtruc

Post on 01-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

SEMINAR ICT GURU

“ICT PENJANA KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN”

PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAH TAHUAN 2006

MEMBINA PROSES E-PEMBELAJARAN – SATU ANJAKAN PRADIGMA

DISEDIAKAN OLEH

KAMALUDIN BIN AHMAD INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBARHIM

JOHOR BAHRU 2006

Page 2: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Abstrak

Penulisan ringkas ini adalah untuk berkongsi pengalaman penulis berkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. Ada dua contoh (kes) yang ingin dikongsikan, iaitu merancang e-pembelajaran berasaskan pakej CD dan pembelajaran online. Setiap satu mempunyai perbezaan dalam proses merancang, ini kerana sasaran pembelajaran yang berbeza. Sasaran yang pertama, belajar secara sepenuh masa dan yang satu lagi belajar semasa dalam cuti sekolah. Dalam perancangan ini yang cuba ditekankan ialah kepentingan menguasi sesuatu teori pembelajaran, pendekatan pembelajaran dan reka bentuk pengajaran. Pengetahuan dan kemahiran ini memudahkan untuk kita merancang sesuatu proses pembelajaran dalam mod-mod yang berbeza. Disamping itu penulis juga cuba menekankan kepada pendekatan pembelajaran kendiri dan pengintergrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam kes pembelajaran online, yang menggunakan pakej Moodle; bahawa yang penting bukanlah menyusun konten dalam urutan, tetapi yang utama dan sangat penting ialah menghasilkan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dan berkolaboratif. Kedua-dua contoh yang diberi secara amnya berasaskan web (atau internet) untuk memperolehi sesuatu maklumat atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam proses mendapatkan maklumat diharapkan pelajar akan dapat memperolehi beberapa kemahiran, misalnya proses pencarian, penghasilan, penilaian, perkongsian, perbincangan dan penyelesaian masalah. Akhir sekali apa yang dihasilkan adalah satu cubaan untuk melakukan anjakan paradigma dari segi ilmu pengetahaun, kemahiran dan persepktif melihat pembelajaran yang lebih dinamik, aktif dan progresif.

1

Page 3: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

1.0 Pengenalan

Jika kita imbas kembali 30 tahun yang lalu, dan jika kita bandingkan teknologi (terutama

Teknologi Maklumat dan Komunikasi) pada masa kini, perkembangan teknologi sangat

menakjubkan. Kini dalam alaf baru, kita semua sedar bahawa perubahan / revolusi

teknologi sangat dramatik dalam sejarah, ia telah merubah segalanya dalam cara kita

berkerja, berkomunikasi dan cara kita menggunakan masa lapang kita. Revolusi teknologi

berpusatkan kepada komputer, maklumat, komunikasi dan teknologi multimedia, yang

biasanya telah ditafsirkan sebagai permulaaan ilmu pengetahuan atau masyarakat

bermaklumat, dan sehinggakan pendidikan sebagai punca peranan utama dalam setiap

aspek kehidupan kita; transformasi yang besar ini mengwujudkan cabaran hebat kepada

kaum pendidik untuk berfikir semula pandangan (pegangan) asasnya, untuk membawa

media dengan cara kreatif dan produktif, dan untuk menstruktur semula persekolahan

supaya respon secara konstruktif dan progresif kepada teknologikal dan perubahan sosial

yang mana kita kini mengalaminya (Kellner,).

Ramai pakar berpendapat bahawa e-pembelajaran akan menjadi salah satu unsur penting

dalam proses pembelajaran dan ”online learnig” pula akan menjadi salah satu alat proses

pembelajaran utama dalam beberapa tahun akan mendatang terutama pada peringkat kolej

dan ke atas (Cormwell, 1988; Kellner; Starr, 2000; Starr, 2006) . Walau bagaimana pun

perlu diingatkan dalam pendidikan bahawa teknologi itu sendiri tidaklah hebat,

sesungguhnya yang hebat ialah guru! Penggunaan teknologi tanpa pengetahuan dan

kemahiran bagaimana ia seharusnya boleh digunakan, dan bagaimana seseorang itu belajar

dan seterusnya membina sesuatu ilmu pengetahuan, biasanya akan menemui kegagalan –

inilah cabaran kepada kaum guru kini. Oleh itu adalah perlu melakukan perubahan

pandangan (pegangan – anjakan paradigma) bagi guru-guru melihat penggunaan atau

integrasi teknologi dalam P&P, proses pembelajaran dan gaya pembelajaran yang pelbagai.

Kita juga harus sanggup menerima dan menggunakan pendekatan-pendekatan terkini yang

boleh membantu proses integrasi teknologi dalam P&P, misalnya ”blended learning”.

Disamping itu kita juga harus peka dengan teori pembelajaran yang serasi dengan individu,

suasana dan persekitaran masa kini – kerana pelajar-pelajar kita hidup pada masa kini dan

akan datang.

2

Page 4: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

2.0 e-Pembelajaran

e-Pembelajaran (e-learning) satu istilah yang cukup popular dalam era teknologi maklumat

dan komunikasi dan Ia mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Umumnya e-

pembelajaran merujuk kepada sesuatu pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang

disalurkan melalui komponen atau sistem elektronik. Biasanya e-pembelajaran melibatkan

penggunaan komputer atau perkakasan elektronik. Secara mudahnya e-pembelajaran

merupakan cara mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatan keboleh

capaian dan keberkesanan pembelajaran. Ini mungkin termasuk pakej CD-ROM, kursus

yang disalurkan melalui ”online” dan lain-lain aspek pembelajaran yang melibatkan

elektronik dan sistem.

Adakah e-pembelajaran memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran? Satu

persoalan yang selalu mencurigakan kaum pendidik! Keberkesanan atau tidak ia bergantung

kepada bagaimana kaum guru (khususnya) berupaya mengarap penggunaan teknologi (dan

juga media) dalam pelbagai cara dan dapat memenuhi keperluan kurikulum dan dapat

memenuhi keperluan pembelajaran pelajar itu sendiri. Elliott Masie (e-learning guru)

menyatakan, ”people are not single-method learners!” (Carman, 2002). Dari itu

mengwujudkan pelbagai cara / ragam pembelajaran dengan penggunaan e-pembelajaran

dalam situasi pembelajaran biasa (bilik darjah) akan menyokong keperluan pembelajaran

yang pelbagai oleh individu. Satu pendekatan terkini yang boleh diguna pakai ialah

“belended learning”. “Blended learning” merupakan gambungan pelbagai strategi

pembelajaran dan kaedah-kaedah penyampaian yang akan mengoptimum pengalaman

pembelajaran pelajar; pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer melalui

CD-ROM, berasaskan web, boleh digambungkan sebagai cara pembelajaran pelajar

(Kurtus, 2004).

Penggunaan e-pembelajaran seharusnya membawa kita melakukan anjakan paradigma

kepada pendekatan pembelajaran yang lebih dinamik dan aktif. Proses anjakan paradigma

biasanya merupakan sesuatu yang menyukarkan, ini kerana kita telah selesa dengan cara

yang biasa kita lakukan. Sesungguhnya untuk membetulkan yang biasa kita lakukan dan

biasakan yang betul merupakan satu cabaran. Cabaran kita kini ialah beranjak dari

persekitaran pembelajaran tradisional kepada persekitaran pembelajaran yang baru. Rajah

1 menjelaskan ciri-ciri perubahan yang seharusnya membolehkan kita melakukan anjakan.

3

Page 5: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Rajah 1: ESTABLISHING NEW LEARNING ENVIRONMENTS Incorporating New Strategies

Traditional Learning Environments

New Learning Environments

Teacher-centered instruction Student-centered learning Single sense stimulation Multisensory stimulation Single path progression Multipath progression Single media Multimedia Isolated work Collaborative work Information delivery Information Exchange Passive learning Active/exploratory/inquiry-based learning

Factual, knowledge-based learning Critical thinking and informed decision-making

Reactive response Proactive/planned action Isolated, artificial context Authentic, real-world context

(NTES, 2002)

Kesan Penggunaan e-pembelajaran berserta perubahan persekitaran pembelajaran biasa,

seharus akan menjadikan pembelajaran lebih dinamik dan progresif, seterusnya melahirkan

pelajar yang lebih peka kepada keperluan dan keupayaan diri sendiri untuk lebih bersaing

sama ada pada peringkat lokal dan global. Disamping itu e-pembelajaran dapat menyokong

proses integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Integrasi teknologi

(terutama ICT) dalam P&P akan menjadikan proses pembelajaran lebih berpusatkan pelajar,

aktif, progresif, bermotivasi, penerokaan-penemuan, berkongsi maklumat dan kemahiran,

dan berkerja secara kooperatif dan kolaboratif.

Penggunaan teknologi dalam proses P&P dikatakan dapat meningkatkan pencapaian

pelajar dalam pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Center Applied Research in

Education Technology (CARET) bahawa “Technology improves student performance when”;

1. the application directly supports the curriculum objectives being assessed. 2. the application provides opportunities for student collaboration. 3. the application adjusts for student ability and prior experience, and provides feedback

to the student and teacher about student performance or progress with the application.

4. the application is integrated into the typical instructional day. 5. the application provides opportunities for students to design and implement projects

that extend the curriculum content being assessed by a particular standardized test. 6. used in environments where teachers, the school community, and school and district

administrators support the use of technology.

Sumber: http://caret.iste.org/index.cfm?fuseaction=answers&QuestionID=1

4

Page 6: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

CARET juga menjelaskan bahawa teknologi didapati dapat meningkatkan peluang-peluang

pembelajaran pelajar;

1. apabila pelajar dapat menggunakan internet sebagai alat mendapatkan maklumat yang berkaitan bagi tugasannya;

2. apabila pelajar dapat menggunakan internet untuk berkolaboratif antara rakan dan juga guru berkaitan dengan tugasan atau projek;

3. apabila pelajar menggunakan teknologi untuk membantunya merancang dan impliment projek yang berkaitan dengan subjek tertentu;

4. apabila pelajar di kawasan pendalaman dapat mengakses melalui pembelajaran ”online” yang memberinya kualiti;

5. apabila pelajar menggunakan komputer di rumah untuk menyambung kerja yang dilakukan di sekolah.

Sumber: http://caret.iste.org/index.cfm?fuseaction=answers&QuestionID=8

3.0 Merancang Kejayaan Kepada Proses

Merancang merupakan satu aspek yang sangat penting untuk menentukan kejayaan

sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Walau bagaiman pun, “Planning skills are critical

for instructional effectiveness in the classroom” (Baylor, Kitsantas, & Chung, 2001).

Cabaran kepada kita sebagai guru kini dan seterusnya ialah, bagaimana kita dapat memberi

kepada semua pelajar, pembelajaran berasaskan kepada kekuatan atau kelebihan dan

keupayanya (Cromwell, 1998). Cabaran ini berkehendakkan semua kaun guru mempunyai

pengetahuan dan kemahiran, sama ada dari segi subjek konten, pedagogi, psikologi,

teknologi dan reka bentuk pengajaran (instructional design). Pengetahaun dan kemahiran

ini merupakan asas dalam proses kita merancang sesuatu system atau proses

pembelajaran, terutamanya yang melibatkan teknologi dan media.

Setiap perancang mempunyai perspektif yang tersendiri. Bagi diri saya, saya ‘melihat’

sesuatu proses P&P berasaskan teori konstruktif. Teori ini menjadi kerangka utama bagi

saya menentukan sesuatu proses yang seharusnya berlaku dalam pembelajaran. Teori

konstruktif menjelaskan bahawa seseorang individu membina ilmu pengetahuan melalui

tindakan dan pemikiran yang aktif untuk memberi makna terhadap pengalamannya; dan

menurut Piaget cara yang penting untuk mengetahui ‘dunia nyata’ bukanlah secara terus

melalui deria kita, tetapi pertama dan yang lebih utama melalui tindakan kita (Sinclair,

1987). Cornwell (1998) menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh

pelajar berasaskan pengetahuan sedia ada, sikap dan nilai, maka; “Sophisticated

technology is in place to support the pursuit of knowledge”. Disamping itu sesuatu yang unik

5

Page 7: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

dan tersembunyi terdapat pada psikologi pembelajaran konstruktif seperti apa yang

dinyatkan oleh Dougiamas, (1998);

In constructivism I see a hidden value ascribed to the notions of diversity and adaptability, which in turn promote the root value: survival of our species. Learners who can adapt quickly by learning in a complex world are more likely to adapt to changing conditions and survive as an individual. As an insurance against our future, more capable individuals are also more likely to discover answers to the questions we haven't even thought of asking yet.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya merancang membina 2 jenis e-

pembelajaran, iaitu kes pertama, berasaskan web dan dipakej dalam CD; dan kes kedua,

secara “online” dengan menggunakan pakej moodle (LMS – Learning Management

System). Kedua-dua jenis ini dibina kerana memenuhi keperluan pelajar yang berbeza;

pertama pelajar yang belajar secara sepenuh masas di IPTI dan kedua pelajar yang hanya

hadir ke IPTI semasa cuti sekolah (KDC – Kursus Dalam Cuti).

3.1.0 Kes Pertama:

Pelajar sepenuh masa, sama ada guru pelatih KDPM (Kursus Diploma Perguruan Malaysia

– kini telah tiada) dan KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), mata pelajaran ialah

Pengurusan Sumber (mengandungi topik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi

Pendidikan dan Sains Perpustakaan). Masa yang diperuntukan dalam sukatan ialah satu (1)

jam seminggu untuk 15 jam bagi satu semester. Perancangan yang saya bina ialah untuk

satu semester diedarkan dalam bentuk web dalam CD.

Seterusnya untuk membina rancangan pengajaran, saya telah meminjam dua (2) model

reka bentuk pengajaran (ID), iaitu ASSURE dan ADDIE dan mengambil beberapa elemen

antara keduanya untuk memenuhi keperluan dan kesesuaian dalam perancangan saya.

Model ASSURE yang telah dibina oleh Heinich, mentakrifkan sebagai – “a procedural guide

to planning and conducting instruction that incorporates media and technology – assumes

that training or instruction is required” (Heinich dan rakarn, 2002; 54). Model ASSURE lebih

memberi fokus merancang dalam persekitaran sebenar bilik darjah menggunakan media

dan teknologi. Model ADDIE pula lebih tertumpu kepada membina satu program atau

sistem pembelajaran (Kruse, 2002). Gabungan kedua model tersebut menjadi satu reka

bentuk yang cuba saya olah untuk memenuhi pendekatan “blended learning”, dan melihat

proses pembelajaran dalam perspektif psikologi konstruktivist dan kognitif.

6

Page 8: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

3.1.1 Aktiviti Perancangan

Aktiviti perancangan ini melibat kitaran 7 fasa, iaitu; analisis; tentukan objektif; pemilihan

bahan, media dan sumber; reka bentuk; pembangunan; pelaksanaan; dan penilaian.

1. Fasa Analisis: melibat proses analisis pelajar dan sukatan. Sukatan dianalisis

supaya dapat disusun semula bagi keperluan pembelajaran dalam masa yang

terhad.

2. Fasa Objektif: melibat penentuan matlamat dan objektif sesuatu kurikulum / sukatan

dan proses pembelajaran mingguan. Secara amnya hasil pembelajaran bergantung

aktiviti atau tugasan yang perlu dihasilkan pada setiap minggu pembelajaran. Ini

seolah-oleh yang hasil pembelajaran ditentukan oleh pelajar sendiri.

3. Fasa Pemilihan bahan: proses ini penting bukan saja memilih, tetapi menentukan

kesesuaian bahan, media dan sumber, dan juga melakukan pengubah suai jika perlu

dan akhir sekali membina sendiri bahan yang perlu supaya bersesuaian dengan

sukatan.

4. Fasa Reka bentuk: Ini merupakan aktiviti yang mencabar. Ada dua (2) perkara yang

perlu direka, yang pertama, reka bentuk sistem keseluruhan rancangan pengajaran

dan kedua, rancangan aktiviti yang akan menentukan proses pembelajaran. Dalam

rancangan ini beberapa aktiviti pembelajaran akan diintegrasi dengan topik teknologi

maklumat itu sendiri – pendektan pembelajaran konstruktif cuba diaplikasikan

berasaskan kooperatif dan kolaboratif. Rancangan ini memboleh kesemua

kandungan sukatan dilaksanakan. Secara amnya adalah sukar untuk menghabiskan

sukatan yang agak luas, jika proses pengajaran dilakukan secara tradisional.

5. Fasa Pembangunan: peringkat ini merupakan proses membina bahan atau pakej

pembelajaran berasaskan reka bentuk yang telah ditetapkan. Pakej yang dibina

berasaskan web (lihat Lampiran 2) dan dipakejkan dalam CD. Boleh dilaksanakan

dalam mana-mana sistem operasi.

6. Fasa Pelaksanaan: “All the students we teach have something in their lives that’s

really engaging— something that they do and that they are good at, something that

has an engaging, creative component to it” (Prensky, 2005). Maka dalam peringkat

ini proses secara ”blended learning” (lihat model blended learning – Lampiran 3)

cuba diaplikasikan iaitu;

a. pembelajaran dalam bilik darjah (makmal komputer), b. pembelajaran akses kendiri, arah kendiri dan mengikut keupayaan individu c. pembelajaran akses kendiri di luar bilik darjah dan komunikasi melalui e-mail. d. kooperatif dan kolaboratif dalam bilik darjah dan diluar bilik darjah. e. pelbagai tugasan untuk mengukur pengetahuan pelajar.

7

Page 9: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Proses pelaksanaan dengan menggunakan pakej web dalam CD dan internet, cuba

mengwujudkan satu pengalaman proses penerokaan dan penemuan (lihat Rajah 2

dan Lampiran 3). Ianya bermula dengan soalan utama/asas di mana – “Essential

questions challenge students to think at the highest levels of Bloom's Taxonomy by

requiring critical evaluation and reflection” (Spartanburg School, )

Rajah 2 : Model Kerangka Konseptual Peroses Penemuan Dengan Internet.

7. Fasa Penilaian: merupakan satu aktiviti biasa yang sangat penting untuk menilai

sama ada pelajar telah belajar apa yang sepatutnya dia pelajari dan menilai

keseluruhan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran – menilai reka bentuk

sistem dan proses aktiviti pembelajaran, kemudian melakukan pengubah suaian dan

tambah nilai. Bagi menilai diri dan proses, rubric “Planning And Designing Learning

Environments And Experiences” (lihat Lampiran 1) mungkin dapat menentukan tahap

diri dan proses yang telah kita lakukan.

Selalu melakukan refleksi terhadap aktiviti P&P akan membantu meningkatkan

tahap kesedaran kita terhadap keperluan pembelajaran yang sewajarnya.

8

Page 10: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

3.2.0 Kes Kedua:

Merupakan pelajar Kursus Dalam Cuti iaitu kursus Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah

(LPBS). Pelajar-pelajar ini mengikuti kursus sambil mengajar di sekolah dan hadir ke institut

perguruan untuk sesi kuliah atau pertemuan semasa cuti sekolah, biasanya pada cuti akhir

semester satu dan dua. Subjek yang dipelajari juga Pengurusan Sumber. Pembelajaran

secara “online” diaplikasi kini, kerana sekolah-sekolah sekarang telah mempunyai

kemudahan capai ke internet, dan pelajar-pelajar kini secara amnya telah pun mempunyai

literasi teknologi maklumat dan komunikasi.

Pembelajaran “online” dilaksanakan menggunakan pakej LMS Moodle. Moodle telah dibina

oleh Martin Dougiamas, berdasarkan falsafah permbelajaran berasas sosial konstruktivisme

(anda boleh buat sedikit rujukan di http://docs.moodle.org/en/Philosophy). Secara

mudahnya, pembelajaran berasaskan sosial konstruktivisme, menekankan bahawa

sesorang membina ilmu pengetahuan melalui interaksi sosial yang aktif apabila berlaku

proses perbincangan, iaitu kritikan, saranan, penghujahan, dan mungkin sokongan

komunikasi yang berlaku dalam kumpulan dan yang akhir berlaku proses refleksi dan

analisis hasil dari perbincangan tersebut.

3.2.1 Perancangan

Dalam perancangan pembelajaan online, proses yang dirancang berbeza dengan kes

pertama, dalam kes ini hanya terdapat 5 fasa. Ia bermula dengan, analisis; hasil

pembelajaran; pemilihan bahan, media dan sumber; reka bentuk; dan penilaian.

1. Fasa Analisis : melibatkan proses analisis pelajar dan sukatan. Sukatan perlu dibuat

analisis supaya tajuk-tajuk tertentu (konten) dapat disusun dalam proses.

2. Fasa Hasil Pembelajaran: penentuan hasil pembelajaran selalunya secara tidak

langsung merujuk kepada tugasan yang akan dihasilkan berdasarkan aktiviti tertentu.

3. Fasa Pemilihan bahan: pemilihan bahan, media dan sumber diinternet juga

merupakan sesuatu yang kritikal. Bahan dan media yang disediakan perlu

memenuhi keperluan konten selain sokongan dari sumber lain.

4. Fasa Reka bentuk: ini merupakan proses yang sangat penting! Reka bentuk yang

dibina ialah merupakan satu proses pembelajaran yang cuba dibina berasaskan

fahaman sosial konstruktivisme. Dalam proses ini konten bukanlah yang utama,

tetapi yang penting aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang pelajar meneroka,

mencari, penemuan (lihat Rajah 2 -kerangka konseptual penemuan intenet dan

Lampiran 3), berfikir, membuat keputusan, menghasilkan tugasan dan berbincang

9

Page 11: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

dengan rakan atau fasilitator melalui forum bagi setiap masalah yang dihadapi.

Dalam moodle telah pun terdapat alat-alat yang boleh menyokong aktiviti yang

dinyatakan, lihat Rajah 3.

Rajah 3 : Kemudahan Yang Terdapat Dalam Moodle.

5. Fasa Penilaian: dalam peringkat ini penilaian bukan sahaja tertumpu kepada hasil

tugasan tetapi implikasi hasil tugasan terhadap proses yang telah dibina. Maka

penilaian dan semakan semula proses yang dibina perlu dilakukan supaya aktiviti

berikut lebih memberi kesan dalam pembelajaran (lihat juga Lampiran 1 – sebagai

rujukan penilaian diri)

3.2.2 Pelaksanaan Sebelum pembelajaran secara online dilakukan, pelajar-pelajar akan diberi taklimat

berkaitan dengan penggunaan LMS Moodle semasa sesi pertemuan awal. Iaitu cara untuk

login, menghantar tugas, menyertai perbincangan (forum), membuat catatan jurnal dan lain-

lain aktiviti.

Sesi pembelajaran online bermula apabila mereka berada di sekolah. Respon yang diterima

dalam proses ini agak menggalakkan (kes LPBS pertama – KPLI Sek. Ren. BM). Misalnya

lebih dari 90 peratus pelajar menghantar tugasan melalui online. Proses menyemak

tugasan yang dihantar sangat mencabar, saya terpaksa peruntukkan sekurang satu jam

sehari untuk menyemak dan memberi komen dan markah hasil kerja mereka. Jika mereka

tidak puas hati dengan markah yang diberi mereka boleh menghantar tugas gantian, dan ini

juga perlu disemak, diberi komen dan markah. Jika saya lambat menyemak, ada yang

10

Page 12: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

menghantar email atau sms supaya segera membuat semakan. Contoh dalam Rajah 4

salah satu hasil tugas yang telah diberi komen, pelajar di bawah telah menghantar tugas

tersebut untuk kali ketiga.

Rajah 4 : Contoh Komen Oleh Fasilitator

Selain dari menghantar tugas, pelajar-pelajar akan menggunakan ruang bertanya untuk

bertanyakan masalah semasa mereka belajar. Masalah mereka akan cuba dijawab oleh

saya, dan yang penting adalah respon atau bantuan dari rakan-rakan mereka. Ini akan

mengwujudkan rasa yakin bagi yang membantu dan rasa berkerjasama antara mereka.

Rajah 5 merupakan contoh salah satu respon dari rakan-rakan.

Rajah 5 : Contoh Respon Dari Ruang Bertanya

11

Page 13: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Satu lagi elemen yang menarik terdapat dalam moodle ialah, catatan jurnal. Aktiviti ini

dapat digunakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar melakukan refleksi secara tidak

langsung terhadap sesuatu isu yang dikemukakan – refleksi merupakan salah satu aspek

penting dalam proses pembelajaran. Contoh satu persoalan yang saya kemukakan adalah

seperti berikut:

Jika anda tiada pengalaman sebagai seorang guru PSS, anda digalakkan menyelami pemasalahan yang dialami oleh seorang guru PSS. Berdasarkan pengalaman tersebut buat catatan, apakah masalah-masalah;

• sebagai seorang guru PSS • melakukan proses pengkelasan dan pengkatalogan • penggunaan PSS oleh murid-murid dan guru-guru • berkaitan pengurusan dengan pihak pentadbir • proses membeli bahan-bahan dan buku-buku untuk PSS

Catatan sedemikian sebenarnya membantu pelajar untuk untuk menyelami secara nyata

sesuatu masalah ditempat kerja. Ini sekurang-kurangnya mengajar mereka realiti yang

berlaku di tempat bertugas. Sebagai fasilitator kita juga boleh membantu atau memberi

respon yang bersesuaian. Lihat Lampiran 5 untuk contoh bagi respon persoalan di atas.

Ruang forum merupakan salah alat dalam moodle yang boleh mengwujudkan kolaboratif.

Ia berkesan untuk digunakan dalam pelbagai keadaan, misalanya sebagai ruang bertanya

atau kita menimbulkan sesuatu isu supaya dapat dibincangkan oleh pelajar-pelajar. Berikut

merupakan salah satu isu yang dikemukan kepada pelajar supaya boleh dibincangkan.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi kini merupakan satu teknologi yang perlu dikuasai oleh semua orang. Pada pendapat anda, adakah TMK dapat membantu meningkatkan aktiviti P&P dan pengurusan pendidikan secara umum. Anda juga digalakkan mengkritik pendapat rakan, jika anda rasa ia tidak bersesuaian, dan berikan alasannya.

Perbincangan sedemikian akan membantu pelajar supaya mereka dapat menyertai secara

aktif, lebih matang terhadap sesuatu isu dan perlu kritikal apabila memberi pandangan atau

komen terhadap pandangan rakan-rakan yang lain. Aspek ini sangat penting dalam proses

seseorang membina sesuatu kefahaman dan ini akan menepati fahaman sosial

konstruktivisme. Telitkan pandangan Kathleen Cave berkaitan pengalamannya sebagai

seorang pelajar dan instruktor menggunakan kursus secara online:

"During the course, we found out not only how to use the tools, but also how to be effective online learners and instructors. We learned ways to 'seed'

12

Page 14: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

discussions so participants would become actively engaged, and we found out how to give feedback and constructive criticism without the benefit of being face-to-face. We discovered that the hardest part of teaching online is keeping participants engaged with the group; that facilitators must make the environment welcoming and respond promptly to questions and concerns. (Starr, 2006)

4.0 Kekuatan dan Kelemahan

Semasa melaksanakan e-pembelajaran, terdapat beberapa kelebihan/kekuatan dan

kekurangan/kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Kekuatan atau kelebihan utama

semasa melaksanakan e-pembelajaran ialah;

1. menggalakan proses anjakan paradigma dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran.

2. dapat ’menyalurkan’ semua topik dalam sukatan ke dalam proses – konten

diedarkan secara tekal

3. dapat menjimatkan masa terutama kepada guru

4. pembelajaran akses kendiri, mengwujudkan keselesaan dari segi masa dan ruang;

membina keyakinan diri – interaktif, ini akan lebih mendorong pelajar daripada kita

memaksa.

5. proses integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran lebih mudah,

6. pelajar dapat memyiapkan tugasan mengikut keupayaan dan kesesuaian

7. mengatasi masalah fasilitator tidak dapat hadir ke kelas dan tidak perlu kehadiran

guru/fasilitator terutama dalam pembelajaran online,

8. diharap dapat mengwujudkan kerjasama dan kolaboratif semasa melaksanakan

aktiviti dan tugasan.

Kelemahan dan kekurangan yang boleh berlaku semasa e-pembelajaran ialah:

1. isu literasi teknologi, terdapat yang masih bermasalah berkaitan dengan kemahiran

teknologi dan literasi maklumat,

2. kesukaran akses kepada teknologi, walaupun kini masalah itu makin mengecil,

3. melibat kos, terutama apabila hendak setup lama web dinamik

4. kesukaran beranjak kepada pembelajaran kendiri, kebiasaan pelajar dikatakan

belajar apabila dia ”diajar” – bagi guru pula sukar berubah kepada perspektif P&P

terkini

5. instruktor tidak dapat mengwujudkan aktiviti yang membolehkan pelajar terlibat

secara aktif – reka bentuk yang tidak dirancang dengan baik, maka yang berlaku

hanya ’menyalurkan’ konten sahaja,

13

Page 15: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Pengalaman Kathleen Cave menyatakan, ” I've found that in order for an online

course to work, the facilitator must work very hard to also make the Web environment

comfortable and easy to navigate. It requires a great deal of time to make a site

attractive and navigable” (Starr, 2006).

5.0 Kesimpulan

Hasil perancangan yang telah dibina memberi kesan yang begitu bermakna kepada diri saya

semasa diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tugas-tugas seharian

saya sebagai seorang tenaga pengajar di institut penguruan. Pakej pembelajaran tersebut

membolehkan proses pembelajaran berlaku walau pun tanpa kehadiran saya. Bagi pelajar

pula pakej tersebut telah memudahkan mereka untuk belajar pada bila-bila masa

bergantung kepada kesesuaian masa dan dirinya, ini menjadikan pembelajaran lebih mesra

dan bertanggungjawab. Apa yang telah dilakukan hanya merupakan salah satu proses

anjakan paradigma terhadap diri saya dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan

perspektif terhadap pembelajaran pelajar.

Kesedaran kita kepada keadaan semasa dan keperluan generasi kini adalah penting,

suapaya kita sama-sama bertindak memantapkan pengetahuan dan kemahiran,

terutamanya dalam aspek teknologi - ICT. Kita tidak dapat lari dari kesan perkembangan

teknologi yang dramatik. Pengaruhnya dalam kehidupan sangat besar, begitu juga

pengaruhnya dalam pendidikan semasa. Kelalaian kita terhadap perkembangan ini mungkin

boleh memudaratkan generasi kita pada masa depan. Pandangan Cathy Chamberlain,

seorang guru Oswego City School District di New York mungkin dapat merenungi diri kita;

"Children today have been brought up in a technological world. They use technology to search for knowledge and to solve problems. It comes naturally to them because they have lived with it their whole lives. This way of acquiring information and using knowledge will begin to make demands on classroom instruction. Teachers will have to truly understand technology and get up to speed on using it, not only to keep up with the kids but also because the kids will expect to use technology in their classrooms.” (Starr, 2000).

Oleh itu kita perlu melakukan anjakan paradigma dan menilai semula ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang ada pada kita. Menguasai pengetahuan konten sahaja tidak mencukupi,

kita perlu menguasi pengetahuan dan kemahiran pedagogi dan teori pembelajaran yang

mantap, psikologi, teknologi terkini, pendekatan pembelajaran yagn pelbagai dan

”instructional design”.

14

Page 16: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Rujukan:

Baylor, A. L., Kitsantas, A., & Chung, H. (2001). The Instructional Planning Self-Reflective Tool (IPSRT): A Method for Promoting Effective Lesson Planning. Educational Technology, 41(2), 56-59. [on-line] http://garnet.acns.fsu.edu/~abaylor/PDF/ipsrt.pdf

Carman, J.M. (2002). Blended Learning Design: Five Key Ingredients. KnowledgeNet.Com

[on-line], http://www.knowledgenet.com/pdf/Blended%20Learning%20Design_1028.PDF

Center Applied Research in Education Technology, [on-line]. http://caret.iste.org/ Cromwell, S (1998). The School of the Future. Educational World [on-line].

http://www.educationworld.com/a_curr/curr046.shtml

Cromwell, S (2000).Three Keys to Technology Excellence. Educational World [on-line]. http://www.educationworld.com/a_tech/tech032.shtml

Dougiamas, M. (1998). A journey into Constructivism. [on-line].

http://dougiamas.com/writing/constructivism.html Heinich, R.,Molenda, M., Russell, J.D. & Smaldino, S.E. (2002). Instructional Media and

Technologies for Learning. Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey.

Kellner, D. ( ). New Media and New Literacies: Reconstructing Education for the New Millennium, [on-line]. http://www.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/essays/newmedianewliteracies.pdf

Kennedy, B. (1998). Further Education for the New Millennium. The report of the Further

Education Funding Council’s committee on widening participation in Further Education. UK Lifelong Learning. [on-line]. http://www.lifelonglearning.co.uk/kennedy/index.htm

Kruse, K. (2002). Introduction to Instructional Design and the ADDIE Model. e-

LearningGuru.com. [on-line], http://www.e-learningguru.com/articles/art2_1.htm Kurtus, R. (2004). Blended Learning. School for Champions [on-line], http://www.school-for-

champions.com/elearning/blended.htm NETS, (2002). Preparing Teachers to Use Technology. National Educational Technology

Standards for Teachers. [on-line]. http://cnets.iste.org/teachers/t_book.html Prensky, M. (2005). “Engage Me Or Enrage Me“ What Today’s Learners Demand.

EDUCAUSE r e v i e w . September/October 2005, Volume 40, Number 5, [on-line]. http://www.educause.edu/ir/library/pdf/erm0553.pdf

Sinclair, H. (1987). Constructivism And The Psychology Of Mathematics. Conference Of

PME 11. Monteral.

15

Page 17: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

16

Spartanburg School District Three. [on-line]. http://www.spa3.k12.sc.us/wblearningmodel.htm

Starr, L. (2000). Education in the New Millennium. Educational World [on-line] \. http://www.educationworld.com/a_tech/tech065.shtml

Starr, L. (2006). Teaching and Learning Online. Educational World [on-line].

http://www.education-world.com/a_curr/profdev/profdev134.shtml

Page 18: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

17

Lampiran 1: Metarubric PLANNING AND DESIGNING LEARNING ENVIRONMENTS AND EXPERIENCES

D I S T I N G U I S H E D ( 4 ) P R O F I C I E N T ( 3 ) A P P R E N T I C E ( 2 ) N O V I C E ( 1 ) Teachers plan and design effective learning environments and experiences supported by technology. The teacher:

A Consistently and creatively attends to developmental needs and student diversity

Shows adequate attention to developmental needs and student diversity

Shows moderate attention to developmental needs and student diversity

Shows weak attention to developmental needs and student diversity

B

Applies current research and theory when planning technology-rich learning activities

Mentions current research and theory when planning technology-rich learning activities

Gives minimal attention to current research and theory when planning technology-rich learning activities

Does not utilize conclusions from current research and theory when planning technology-rich learning activities

C

Consistently demonstrates critical thinking in selecting software

Shows some critical thinking in selecting software

Shows minimal critical thinking in selecting software

Rationale for selecting software is weak, lacking evidence of critical analysis

D

Anticipates technology-related classroom management issues and plans multiple courses of action

Anticipates technology-related classroom management issues and plans a course of action

Anticipates technology-related classroom management issues but does not plan alternative actions

Does not anticipate technology-related classroom management issues and does not plan alternative actions

E

Plans multiple strategies to facilitate students’ higher-order thinking, critical thinking about electronic information, ethical sensitivity, and technical skills

Plans some strategies to facilitate some of the following: students’ higherorder thinking, critical thinking about electronic information, OR technical skills

Plans strategies to facilitate only technical skills or is focused on only one aspect of technology use

Planning is inconsistent and does not cover any strategy well.

NETS, (2002)

Page 19: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Lampiran 2 Contoh Paparan Utama Pakej Pembelajaran.

Contoh Gambarajah-gambarajah menu dan capaian ke bahagian-bahagian tertentu.

18

Page 20: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Lampiran 3 Lima Ramuan Utama “Blended Learning”

.

Carman (2002).

Model Pembelajaran Berasaskan Web

Spartanburg School District Three

19

Page 21: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Lampiran 4 Contoh

20

Page 22: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Sambungan Lampiran 4

21

Page 23: SEMINAR ICT GURU “ICT PENJANA KECEMERLANGAN · PDF fileberkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. ... pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer

Lampiran 5 Contoh Catatan Jurnal.

22