semester mei 2012 hbml 1203 pengenalan …assignment.oum.edu.my/uploadasg/hbml1203smp/185… ·...

25
0 SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU MATRICULATION NO : 821023105031001 IDENTITY CARD NO. : 821023-10-5031 TELEPHONE NO. : 019-7921092 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : MELAKA

Upload: ngokien

Post on 02-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

0

SEMESTER MEI 2012

HBML 1203

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO : 821023105031001

IDENTITY CARD NO. : 821023-10-5031

TELEPHONE NO. : 019-7921092

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : MELAKA

Page 2: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

1

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT 1 Pengenalan 2 2 Penghasilan bunyi vocal dan

konsonan 3-17

3 Perbezaan antara fonem dan alofon dalam system fonologi bahasa melayu.

18-20

4 Ciri –ciri suprasegmental

bahasa melayu

21-22

5 kesimpulan 23 6 rujukan 24

Page 3: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

2

Pengenalan

Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan oleh manusia. Setiap bunyi

bahasa yang diaturkan haruslah bermakna dan boleh difahami oleh kedua- dua pihak yang

menuturkannya. Dalam bidang fonetik pula ialah bidang yang mengkaji organ –organ tertentu yang

digunakan dalam penghasilan bunyi dan pendengaran.

Dalam tugasan kali ini saya akan mengkaji serba sedikit mengenai penghasilan bunyi- bunyi

konsonan dan vocal bahasa melayu. Selain itu juga saya akan mengkaji serba sedikit mengenai

perbezaan diantara fonem dan alofon dalam system fonologi bahasa melayu. Dan yang terakhir saya

akan mengkaji mengenai cirri- cirri suprasegmental bahasa melayu dan kepentingan nya dalam

pengajaran kemahiran lisan.

Dari kajian ini saya akan dapat mengetahui mengenai fonologi, fonetik dan alat artikulasi.

Artikulasi adalah alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu saya sebagai seorang guru yang

mengajar bahasa melayu haruslah tahu alat- alat dan cara penghasilan bunyi fonem bahasa melayu

dalam pengajaran bahasa melayu. Dengan mengetahui pekara semua ini ia dapat membantu guru dalam

membetulkan kesilapan pelajar dalam sebuatan yang dilakukan oleh murid- murid anda terutama

sebutan fonem yang sukar dihasilkan oleh mereka yang menuturkanya sebagai bahasa kedua.

Antara objektif lain kajian ini adalah untuk memberikan pendedahan yang baru berkenaan

dengan kajian bahasa melayu dimana pernah menjadi salah satu bahasa perantaraan pada suatu ketika

dahulu. Kajian yang akan dijalankan adalah berkaitan dengan fonologi dan fonetik. Tambahan lagi kajian

ini bertujuan untuk menghuraikan kaedah penghasilan atau pembentukan bunyi- bunyi vocal dan juga

konsonan. Ia juga bertujuan untuk melihat bentuk- bentuk vocal dan juga konsonan yang ada di dalam

bahasa melayu. Selain itu matlamat kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih terperinci tentang

hal –hal yang berkaitan dengan bahasa melayu termasuklah sebuatan, symbol- symbol yang digunakan

bagi setiap vocal mahupun konsonan- konsonan.

Page 4: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

3

Penghasilan bunyi konsonan dan vocal dalam bahasa melayu.

Segmen bunyi terbahagi kepada dua iaitu vocal dan konsonan. Bunyi ini terhasasil oleh alat yang terdiri

dari pada articulator aktif dan articulator pasif. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan apabila arus

disekat sepenuihnya atau sebahagian pada titik artikulasi. Titik artikulasi ialah tempat keluar bunyi

ujuran. Titik artikulasi terbahagi kepada 2 iaitu titik aktif dan tidak aktif.

Titik artikulasi yang aktif terdiri dari pada:

a) Hujung lidah

b) Daun lidah

c) Depan lidah

d) Belakang lidah

e) Pangkal lidah

f) Lelangit lembut

g) Pita suara

Titik artikulasi yang tidak aktif:

a) Gigi kacip atas

b) Gigi gusi

c) Gigi lelangit keras

d) Lelangit keras

e) Anak tekak

f) Rongga tekak

Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis vocal iaitu vocal hadapan , vocal tengah dan vocal belakang.

Semua vocal –vokal ini mempunyai cara dan teknik dalam penghasilanya. Dengan cara yang betul sahaja

bunyi- bunyi vocal ini akan terhasil dengan sempurnanya. Dari ini kita akan melihat bagaimana setiap

vocal ini akan terhasil.

Page 5: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

4

Vokal hadapan

Bunyi vocal dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikan separuh rendah kearah lelangit keras,

iaitu rendah sedikit daripada cara menghasiklan bu nyi vocal [e]. kemudian lelangit lembut dan anak

tekakdinaikan untuk menutup ronga hidung. Udara dari paru- paru disalurkankeluar ke bahagian rongga

mulut dan pita suara di getarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan di hamparkan.

Vocal ini juga dikenali juga sebagai vocal depan lampau separuh rendah. Sebagai contoh:

Untuk menghasikalkan bunyi vocal tersebut hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang

mungkin . kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya

udara dari paru- paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan pita suara .

walau bagaimanapun udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya bibir pada

ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]

Page 6: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

5

Vokal belakang

Vocal ini pula ialah bunyi akhir dalam kata batu. Vocal ini adalah vocal [u]. untuk menghasilkan bunyi ini

bibir di bundarkan dan lekang lidah dinaikan dekat dengan lelangit lembut. Cuba anda letakkan tangan

dibawah rahang dan sebut [u] kemudian sebut [o] disini terdapat perbezaanya. Tetapi kedudukan

belakang lidah rendah ketika menghasilkan bunyi [u].

Vokal tengah

Terdapat beberapa vocal tengah dalam bahasa melyu. Sebenarnya ada 1 vokal tengah iaitu [a ]. Vocal ini

dihasilkan dengan meletakan tengah lidah dekat dengan lelangit bibir dihamparkan.

Cara penghasilan vokal

Vocal dihasilkan tanpa apa sekatan semasa diujarkan. Semua vocal dalam bahasa melayu bersuara,

bermakna pita suara bergetar dan aliran udaran keluar tanpa sekatan. Vocal dalam bahasa melayu juga

dikategorikan sebagai vocal hadapan belakang dan tengah. Berlainan dengan bahasa inggeris vocal vocal

dalam bahasa melayu tidak mempunyai pasangan yakni tidak ada yang panjang dan tidak ada yang

pendek.

Vocal hadapan

1. Vocal hadapan sempit [i]

Untuk menghasilkan vocal ini hadapan lidah dinaikan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit

keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikan untuk menutup rongga hidung. Pita suara

dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara.

Page 7: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

6

Contoh:

awal kata tengah kata akhir kata

[ikan] [tipu] [tali]

[ikut] [lipat] [bali]

[ibah] [kita] [cari]

2. Vocal hadapan separuh sempit

Vocal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita cuba menyebut kita dapati lidah

berada tidak tinggi atas seperti vocal [i] dan tidak dibawah seperti vocal [a]tetapi ditengah.

Untuk menyebut hadapan lidah dinaikan tetapi lebih rendah daripada bunyi vocal [i] sementara

alat- alat lain serupa peranannya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan dan pita suara

dirapatkan.

Page 8: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

7

Contoh:

awal kata tengah kata akhir kata

[eloף] [laher] [kol]

[esa] [merah]

[eka] [leka]

Vocal hadapan separuh luas [ә]

Hadapan lidah dinaikan separuh luas ( lebih rendah daripada cara membunyikan vocal [e] yang bergerak

kearah lelangit keras iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan

anak tekak dinaikan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar .

Contoh:

Awal kata tengah kata

[әmak] [pәmbәli]

Vokal hadapan luas[a]

Vocal ini terletak jauh dibahagian bawah, seolah- olah terhampar dan mulut kita dalam keadaan terbuka

luas. Hadapan lidah dinaikan sedikit sahaja kearah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut

menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Vocal ini paling banyak terdapat dalam bahasa melayu.

Page 9: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

8

awal kata tengah kata akhir kata

[ahli] [m ǎ ka] [bola]

[ambil] [nanǎs] [supaya]

Vocal belakang

Vocal belakang sempit[u]

Bahagian belakang lidah dinaikan kearah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetapi

tidak mencecah lelangit lembut.sementara lelangit lembutdan anak tekak dinaikan dan pita suara

bergetar

Contoh:

[baru] [tiru] [pupus]

[upah] [bubuh] [mulut]

Vocal belakang separuh sempit [o]

Belakang lidah dinaikan separuh sempit kea rah lelangit lembut, semntara lelangit lembut dan anak

takak dinaikan menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan

Page 10: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

9

Contoh:

[oleh] [tolol] [boleh]

Vocal belakang separuh luas [פ]

Belakang lidah dinaikan separuh luas kearah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikan

untuk menutup rongga hidung dan pita suara digetarkan.

Contoh:

[tפ lפ b] [פ raפ b] [פ ra פ ]

[b פl פt]

Vokal tengah pendek [ә]

Bahagian tengah lidah dinaikan kearah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit

lembut dan anak tekak dinaikan untuk menutupkan rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya semasa

udara keluar melaluinya pita suara akan bergetar

Contoh:

[pәrahu] [tәmpat] [әmpat]

Vocal sengau

Dalam penghasilan bunyi vocal sengau, rongga hidung terlibat sama, lelangit dan anak tekak tidak

dinaikan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila rongga hidung tertutup rapat, udara keluar

Page 11: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

10

dari kedua- dua rongga, iaitu rongga hidung dan rongga mulut. Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi

konsonan dihadapan atau dibelakang vocal.

Contoh:

[mǎkan] [ŋãŋi] [mãndi]

KONSONAN

Bunyi konsonan adalah bunyi yang terdapat dalam bahasa melayu. Konsonan adalah bunyi- bunyi

bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi – bunyi ini menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada

dibahagian rongga mulut , tekak, atau hidung. Bunyi – bunyi konsonan ini ada yang bersuara dan ada

yang tidak bersuara. Lihat rajah di bawah mengenai cara- cara menghasilkan bun yi- bunyi konsonan

bahasa melayu.

Dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepad 2 iaitu konsonan pinjaman dan konsonan asli

bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa

sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu juga terdapat 9 jenis konsonan:

1) 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p,b]

2) 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t,d]

3) 2 konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k,g]

4) Satu konsonan hentian glottis [?]

5) 2 konsonanletupan bersuara dan tidak bersuara [c,j]

6) 2 konsonan geseran tidak bersuara iaitu geseran gusi tidak bersuara [s]dan geseran glottis

bersuara [h]

7) 1 konsonan getaran bersuara [r]

8) 1 konsonan sisian bersuara [i]

9) Empat konsonan sengauan bersuara [m, n, ŋ, n]

10) 2 konsonan separuh vocal bersuara, iaitu [i] dan separuh vocal dua bibir bersuara [w]

11) 1 konsonan separuh vocal lelangit keras bersuara [j]

Page 12: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

11

Penghasilan bunyi konsonan- konsonan tersebut melibatkan daerah- daerah artikulasi seperti

dua bibir gusi, lelangitkeras, lelangit lembut, pita suara, glottis dan rongga hidung.

Cara Membunyikan Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan

daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara sebutan bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit

lembut

Glottis

Letupan P b T d - K g -

Letusan - - C j - -

Sengau M N (ny) (ng) ŋ -

Geseran - S - - H

Getaran - R - - -

Sisian - L - - -

Separuh vokal W - Y - -

Konsonan letupan

1. Konsonan [p] dan [b] : lelangit lembut dinaikan dam bibir dirapatkan kemudian udara tersekat

pada dua bibir dan udara dipaksa keluar dengan cepat dibuka mulut dan keluarlah bunyinya.

Page 13: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

12

2. Konsonan [t] dan [d]. udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir tetapi

juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikan dan udara tertahan.

Jika udara tersebut dilepaskan dengan cepat maka terhasilah bunyi itu.

3. Kosonan [k] dan [g]. bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut

bersuara [g]. untuk menghasilkan bunyi [k] belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk

menyekat arus udara. Disamping itu , lenlangit lelangit lembutdan anak tekak dirapatkan ke

rongga tekak Bagi menyekat arus udara kerongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] cara

sama diguna pakai seperti bunyi [k].

Konsonan [j] dan [dz]: bunyi [j] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikan rapat ke lelangit keras

untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan kebelakang

atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Begitu juga

untuk menghasilkan bunyi konsonan [j] aturan yang sama diguna pakai untuk menghasilkan

bunyi itu.

Page 14: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

13

Konsonan geseran

[s] adalah sebutan yang dimulakan dengan lidah hadapan dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan

pada arus udara . Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikan bersama ke belakang rongga

tekak untuk menyekat udara ke rongga hidung. Pada masa yang sama pita suara diregangkan . selepas

itu arus udara dilepaskan melalui rongga mulut tanpa mengetarkan pita suara. Dari itu lah terhasilnya

bunyi [s].

[h] adalah sebutan yang dimulakan apabila udara keluar melalui pita suara yang reggang dan rongga

mulut yang berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vocal. Bunyi [h] ini dinamakan bunyi

geseran glottis tak bersuara .

Page 15: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

14

Konsonan getaran

[r] terbentuk apabila hujung lidah diletakan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi,

lidah akan bergetar. Lelangit lembut pada masa itu akan dinaikan . bunyi yang terhasil dinamakan bunyi

gusi bersuara.

Konsonan sisian

[l] terhasil apabila hujung lidah dinaikan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikan dan

pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah.bunyi ini dinamakan sebagai bunyi sisian

gusi bersuara.

Konsonan sengauan

Ada empat bunyi segauan dalam bahasa melayu. Apa yang membezakan bunyi ini adalah pada daerah

uadara itu disekat. Pita suara akan bergetar dan lelangit lembut akan dinaikan.

Sengauan [m]

Page 16: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

15

sengauan [n]

sengauan [ng]

sengauan [ŋ]

Separuh vokal

Menghasilkanbunyi separuh vocal , kedudukan kedudukan lidah tidak tetap. Tetapi bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vocal.

separuh vocal [w]

Page 17: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

16

separuh vocal [j]

Konsonan pinjaman

Dalam bahasa melayu juga terdapat juga konsonan pinjaman. Banyak konsonan dalam bahasa melayu

telah diganti dengan konsonan melayu seperti bunyi bahasa arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh]

menjadi [g]; [dh]menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. walaupun begitu terdapat juga konsonan pinjaman ini

masih diguna pakai sehingga kini. Kesemua bunyi- bunyi ini adalah bunyi geseran.

Bunyi [f] dan [v] dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabila udara melalui

terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikan , pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi

gesran bibir gusi tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v]pita suara bergetar yang

menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.

Page 18: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

17

Fonem [z] dihasilakan seperti menghasilkan [s]. proses untuk membunyikan [z] berbeza apabila pita

suara bergetar. Oleh itu konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara.

konsonan pinjaman [z]

[s] ada masa menghasilkan bunyi ini lelangit lembut dinaikan sedikit dan depan lidah dinaikan le lelangit

keras. Geseran yang terhasi dinamakan sebagai geseran gusi lelangit keras.

konsonan pinjaman [s]

Page 19: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

18

Perbezaan antara fonem dan alofon dalam system fonologi bahasa melayu.

Fonem

ia adalah satu unit bahasa terkecil yang berfungsi. Ia dapat dapat membezakan makna sesuatu

perkataan itu. Ia adalah unit ujuran yang kecil penuh dengan makna , atau perkataan terdiri daripada

beberapa bunyi misalnya palu.

Dalam perkataan ini palau terdiri dari empat bunyi iaitu p, a, l, u. unit- unit bunyi ini dinamakan

fonem. Iaitu unut terkecil yang berfungsi. Jika huruf p digantikan dengan m, maka perkataan itu telah

berubah menjadi malu. Ia membawa maksud yang berbeza. Oleh itu p dan m adalah unit terkecil yang

berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujuran itu.

Alofon

Ia pula terdiri dari anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan

luap. Bunyi p itu dalam palu dan lupa diunjurkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak

diletupkan. Dengan ini , dari ketiga –tiga contoh kata di atas , fonem p mempunyai dua alofon.

Kaedah membezakan fonem dan alofon

1. Kaedah pasanagan minima

Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen itu sebagai fonem. Konsep

pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi

sahaja. Dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama.

Bunyi- bunyi atau segmen segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada

persamaan dari segi fonetik dan pengantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu

menghasilkan perbezaan dari segi makna sebagai contoh:

[tari] [mari]

[patah] [padah]

[tuli] [duli]

[kari] [gari]

Page 20: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

19

Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada

satu segmen sahaja iaitu t, dan d. perbezaan ini pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada

[a] diawal atau suku kata pertama atau [b] diawal suku kata kedua. Segmen [t]dan [d] mempunyai

persamaan dari segi fonetik kerana kedudukan nya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi

yang sama iaitu gigi gusi ( alveolar) . kehadiran kedua –dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari]

dan [dari], [tili]dan [duli], [patah] dan [padah] diatas jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh

itu kedua – dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

2. Kaedah pasangan minima terdekat

Kaedah ini bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu sengmen sebagai fonem. Kaedah ini

diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini,

sekiranya terdapat segmen yang berbeza ( tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada

lingkungan yang sama dalam dua perkataan yang berbeza makna dan makna kedua –dua segmen

tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza ( bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai

contoh:

Perkataan – perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza.

Begitu juga dengan kolum(b). kedua – dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-

perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedu- dua segmen yang terdapat

dalam perkataan dalam kolum(b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar] dan segmen

[b ] dan [k] dalam perkataan [bakar].

Dengan kata lain perkataan- perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata

yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. bunyi dalam lingkungan yang sama

itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik misalnya [p] ~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar]

dan [bakar]. Kewujudan bunyi- bunyi tersebut pula menghasilkan maknan yang berbeza pada setiap

perkataan berkenaan. Oleh itu bolehlah dianggap bahawa segmen- segmen berkenaan iaitu/p/,/b/,/k/,

/g/, /t/, /d/, /ts/, /dz/, /s/, /dan /z/ adalah fonem- fonem yang berbeza.

3. Kaedah penyebaran saling melengkapi

Kaedah ini adalahkaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon.

Konsep penyebaran saling melengkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen ( yang terdiri dari satu

kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam lingkungan yang sama. dengan kata lain satu segmen

mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata ( ia tidak boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir

Page 21: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

20

kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kata ( ia hanya boleh

hadir dilingkungan tengah dan akhir kata) secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran

segmen- segmen berkenaan adalah dalam lingkungan saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini segmen-

segmen yang perlihatkan penyebaran saling melengkapi adalah alofon kepada sila teliti situasi

kehadiran segmen [k] dalam perkataan dibawah:

[kita] [suka] [to]

[kaju] [baki] [sora]

[kalau] [tsuka] [gaga]

Contoh- contoh perkataan diatas memperlihatkan kepda kita bahawa lingkungan yang boleh

dihadiri oleh segmen [k] dan[] adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Segmen [k]

hanya hadir di lingkungan awal dan tengah kata manakala segmen [] pula hanya boleh hadir diakhir kata

sahaja. Oleh yang demikian , segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.

4. Kaedah variasi bebas

Kaedah adalah bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Kaedah ini

diterapkan sekiranya kaedahpenyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan. Variasi bebas ini

merujuk kepada suatu keadaan dimana alofon kepada suatu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang

saman tetapi tidak membezakan erti. Misalnya, makna bagi perkataan [orang] dan [?rang] adalah sama

dalam bahasa melayu. Jesteru,[o] dan[?] bukanlah dua dua fonem yang berlainan tetapi merupakan

alofon kepada suatu fonem dalam kes bahasa melayu. Segmen [o]dipilih sebagai fonem kerana

lingkungan penyebaran lebih meluas berbanding dengan segmen [?]

Page 22: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

21

Ciri –ciri suprasegmental bahasa melayu

Difinisi

Suprasegmental adalah unsure- unsure bahasa dalam bahasa melayu. Ini kerana setiap satu bunyi itu

merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Kita menuturkan segmen – segmen

dengan berbagai – bagai tingkat tekanan dan nada. Kadang – kadang kita berhenti sebentar sehingga

terdapat kumpulan kata . kata- kata ini diucapakan sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi

unsur bahasa yang perlu kita perhatikan iaitu tekanan, nada,jeda dan panjang pendek. Unsur –unsur ini

dinamakan sebagai suprasegmental.

Tekanan

Dalam tekanan, ia merujuk kepada kelantangan sesuatu suku kata yang menadakan lembutnya

penyebut sesuatu susku kata tersebut. Lambing yang digunakan untuk tekanan ialah / ` /. Lambing ini

diletakan diatas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya / budaף/ . Dalam bahasa melayu ,

tekanan tidak membezakan makna sesuatu perkataan itu.

Nada

Dalam nada merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa berucap. Ia Juga

disebut sebagai variasai nada ketika bertutur. Dalam bahasa Melayu intonasi berperanan dalam

menetukan jenis ayat yang diujarkan. Selain itu dalam bahasa melayu juga ia juga disebut sebagai nada

tidak fonemik. Ayat penyata/berita mempunyai intonasi menurun pada bahagian akhir ayat, sementara

ayat tanya intonasinya meninggi pada akhir ayat. Nada ditandai oleh nombor 1( rendah) 2 (biasa) 3

(tinggi) 4 (tinggi sekali)

Contoh:

1. ²saya hendak ³ balik

2. Kamu nampak³Ahmad

3. ²siapa ada² pemadam

Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:

i. Intonasi manaik – bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa

Page 23: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

22

ii. Intonasi menurun – bermakna nada suara diturunkan mengikut masa

iii. Intonasi puncak – bermakna nada suara daripada naik kepada turun

iv. Intonasi ‘dipping’ – bermakna nada suaara daripada turun kepada naik

Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka seperti berikut:

Angka 1 – menunjukkan nada yang paling rendah

Angka 2 – menunjukkannada permulaan ujaran

Angka 3 – menunjukkan nada tekanan dalam ujaran

Angka 4 – menunjukkan nada yang paling tinggi

Jeda

Jeda adalah unsure hentian yang memisahkan antara unsure linguistic sama ada perkataan , ayat atau

rangkai kata. Lambing yang digunakan untuk jeda ialah#. Unsure ini membolehkan kita membezakan

makna Sesutu ayat.

Contoh:

[#saya makan nasi emak#] [#saya makan nasi# emak#]

[#Ali, bolehkah awak belikan# tinuntuk saya?] [#Ali, bolehkah awak belikan tin #untuk saya?]

[#Ibu # bapa Ali sudah meninggal dunia#] [#Ibu bapa Ali #sudah meninggal dunia#]

[#saya minum susu lembu#] [#saya minum susu# lembu#]

Page 24: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

23

Kesimpulan:

Dari keseluruhan tugasan yang telah saya siapkan ini adalah amat berguna untuk diri saya dalam

meneguhkan lagi kemahiran saya untuk mengajar bahasa melayu. Saya amat berharap dengan

pengetahuan yang telah saya perolehi ini dapat saya membantu pelajar dalam menjadikan bahasa

melayu ini salah satu sabjek yang mudah unutk dipelajari.

Sebagai seorang guru bahasa melayu, mereka harus tahu bagai mana bunyi vocal dan konsonan

ini dihasilkan. Dengan mengetahui bagai mana terhasilnya bunyi ini maka guru dapat mengajar pelajar

dalam sebutan dengan cara yang betul. Selainitu juga bunyi konsonan juga harus dititik beratkan dalam

pengajaran. Bunyi sesuatu perkataan itu haruslah tepat bagi menjelaskan maksud sesuatu perkataan itu.

Dengan terhasilnya tugasan ini juga ia telah member serba sedikit keyakinan saya dalam

mengajar bahasa melayu. Memandangkan bahasa melayu ini bahasa kebangsaan seharusnyalah saya

mengajar ia secara tersusun bagi mencapai objektif sebenar pengajaran saya. Saya berharap dengan

ilmu yang ada ini saya dapat lagi memberikan teknik pengajaran yang terbaik untuk pelajar saya.

Akhir kata dari saya bahasa melayu adalah bahasa yang terbaik dalam dunia ini. Sama- samalah

kita memertabatkan penggunaan bahasa melayu ini dimata dunua ini.kata –kata akhir saya” bangsa

yang ingin maju, haruslah memajukan bahasanya dahulu…..

Page 25: SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/185… ·  · 2012-07-022 Pengenalan Fonologi ialah ilmu yang mengkaji system bunyi yang diucapkan

24

Rujukan :

Norhashimah Jalaludin, 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ali bin Mahmood et al. (2010). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Modul Open University Malaysia.

Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdsn. Bhd.

Abdul Hamid Mahmood, (1997). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn. Dhd.

Yousof@Saat Md Yasin, Open Universiti Malaysia, (2007). MPW 1113/2113 Bahasa Kebangsaan A. Kuala

Lumpur:Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Shah Alam, Selangor: Oxford fajar

Sdn. Bhd.

Siti Hajar bt Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Habibah Mohd. Samin, Hasnah Awang, (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP. Kuala

Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Indirawati bt Zahid dan Mardian Shah bt Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. PTS Profesional Publishing

Sdn. Bhd.