selasa, 17 oktober 2017 (26 muharam 1439) … and...atau hubungi talian 8781-6305 atau 8781-6306...

1
MASALAH utama dalam kala- ngan penduduk Asia yang dikesan mempunyai tanda awal kencing ma- nis adalah kurangnya kemampuan tubuh menghasilkan insulin sebagai tindak balas kepada penambahan glukos, bukan kerana insulin yang kurang berdaya tahan. Doktor mendapati bahawa apabi- la golongan pesakit tersebut serta kumpulan biasa yang terdiri daripa- da sukarelawan diberi jumlah glukos sama, perbezaan dalam aspek daya tahan insulin antara mereka tidak ketara. Namun, kurangnya kemampuan tubuh menghasilkan insulin dalam kalangan kumpulan pesakit dengan tanda awal kencing manis lebih ke- tara berbanding kumpulan biasa. Dapatan itu didedahkan Penyeli- dik Utama Kajian Kencing Manis Je- nis Kedua, Dr Sue-Anne Toh, dalam sidang media semalam. Kajian yang melibatkan 77 lelaki dan 66 wanita itu termasuk 130 orang Cina, dua Melayu, enam India dan dua responden bangsa lain. “Dapatan awal menunjukkan masalah utama berkaitan kadar glu- kos tidak normal dalam kalangan penduduk Asia adalah kurangnya kemampuan tubuh menghasilkan in- sulin. “Ini mungkin menerangkan me- ngapa penduduk Asia berisiko lebih tinggi menghidapi kencing manis meskipun mempunyai kadar Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang rendah,” ujar Dr Toh. Menurutnya, dapatan tersebut menawarkan asas kajian masa de- pan yang membimbing penyelidik mengilhamkan langkah pencegahan lebih berkesan dan khusus, serta mengolah strategi rawatan. Antaranya adalah mengetahui je- nis ubat yang boleh disesuaikan dan nasihat pemakanan bagi setiap indi- vidu. “Meskipun jumlah peserta kajian ini kecil, dapatannya membolehkan kita mengenal pasti ciri biologi yang boleh menjadi punca mengapa war- ga Singapura menghidapi kencing manis. Ia juga membuat kita lebih fa- ham mengapa kencing manis dalam kalangan warga Asia berbeza daripa- da masyarakat Barat,” kata Dr Toh. Pesakit yang dikesan mempunyai tanda awal kencing manis, Cik Siti Mariam Rais, 50 tahun, berkata ka- jian sedemikian dapat membantu seseorang menentukan tahap kesiha- tan sebenar serta langkah mengawal- nya. Penyelidik masih memerlukan le- bih ramai peserta. Peserta perlu berusia antara 30 dengan 70 tahun; sihat tanpa sejarah kencing manis atau penyakit kronik lain yang me- merlukan ubat jangka panjang; ka- dar gula dalam darah yang normal; atau kadar gula dalam darah yang hampir mencecah tahap kencing ma- nis. Sekiranya berminat, kirim e-mel ke alamat [email protected] atau hubungi talian 8781-6305 atau 8781-6306 pada waktu pejabat. Hari ra Kajian: Pesakit ada tanda awal diabetes kurang mampu hasil insulin HARI PEMBANTU RUMAH ASING: (Dari Cik Jayawardena; Menteri Tenaga Manus anugerah di acara Hari Pembantu Rumah

Upload: hoanglien

Post on 02-Mar-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MASALAH utama dalam kala-ngan penduduk Asia yang dikesan mempunyai tanda awal kencing ma-nis adalah kurangnya kemampuan tubuh menghasilkan insulin sebagai tindak balas kepada penambahan glukos, bukan kerana insulin yang kurang berdaya tahan.

Doktor mendapati bahawa apabi-la golongan pesakit tersebut serta kumpulan biasa yang terdiri daripa-da sukarelawan diberi jumlah glukos sama, perbezaan dalam aspek daya tahan insulin antara mereka tidak ketara.

Namun, kurangnya kemampuan tubuh menghasilkan insulin dalam kalangan kumpulan pesakit dengan tanda awal kencing manis lebih ke-tara berbanding kumpulan biasa.

Dapatan itu didedahkan Penyeli-dik Utama Kajian Kencing Manis Je-nis Kedua, Dr Sue-Anne Toh, dalam sidang media semalam.

Kajian yang melibatkan 77 lelaki dan 66 wanita itu termasuk 130 orang Cina, dua Melayu, enam India dan dua responden bangsa lain.

“Dapatan awal menunjukkan masalah utama berkaitan kadar glu-kos tidak normal dalam kalangan penduduk Asia adalah kurangnya kemampuan tubuh menghasilkan in-sulin.

“Ini mungkin menerangkan me-ngapa penduduk Asia berisiko lebih tinggi menghidapi kencing manis meskipun mempunyai kadar Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang rendah,” ujar Dr Toh.

Menurutnya, dapatan tersebut menawarkan asas kajian masa de-pan yang membimbing penyelidik mengilhamkan langkah pencegahan lebih berkesan dan khusus, serta mengolah strategi rawatan.

Antaranya adalah mengetahui je-nis ubat yang boleh disesuaikan dan nasihat pemakanan bagi setiap indi-vidu.

“Meskipun jumlah peserta kajian ini kecil, dapatannya membolehkan kita mengenal pasti ciri biologi yang boleh menjadi punca mengapa war-ga Singapura menghidapi kencing manis. Ia juga membuat kita lebih fa-ham mengapa kencing manis dalam kalangan warga Asia berbeza daripa-da masyarakat Barat,” kata Dr Toh.

Pesakit yang dikesan mempunyai tanda awal kencing manis, Cik Siti Mariam Rais, 50 tahun, berkata ka-

jian sedemikian dapat membantu seseorang menentukan tahap kesiha-tan sebenar serta langkah mengawal-nya.

Penyelidik masih memerlukan le-bih ramai peserta. Peserta perlu berusia antara 30 dengan 70 tahun; sihat tanpa sejarah kencing manis atau penyakit kronik lain yang me-merlukan ubat jangka panjang; ka-dar gula dalam darah yang normal; atau kadar gula dalam darah yang hampir mencecah tahap kencing ma-nis.

Sekiranya berminat, kirim e-mel ke alamat [email protected] atau hubungi talian 8781-6305 atau 8781-6306 pada waktu pejabat.

SINGAPURA tidak boleh berpuas hati de-ngan kejayaan yang telah dinikmati sebagai hab kelautan selama ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam pos Facebook semalam, Encik Lee berkata meskipun Singapura mempunyai pela-buhan di lokasi strategik, terdapat pelabuhan di rantau ini yang bersaing mendapatkan per-niagaan. Malah, terdapat laluan perdagangan baru yang dibuka, ujarnya.

“Pelabuhan mega Tuas akan menguatkan hab kelautan antarabangsa kita, dan kita perlu melakukan segala yang kita mampu bagi me-mastikan laluan pada masa depan berjalan lan-car,” ujar Encik Lee.

Singapura sedang membangunkan pelabu-

han di Tuas, yang akan meningkatkan muatan sebanyak seganda berbanding sekarang.

Apabila siap, pelabuhan Tuas dijangka men-jadi terminal kontena terbesar dunia.

Kesemua operasi akan dipindahkan ke pela-buhan mega di Tuas, sedang tempoh sewa ter-minal di Tanjong Pagar, Brani dan Keppel di-jangka berakhir pada 2027.

Tempoh sewa di Pasir Panjang dijangka be-rakhir pada 2040.

Pemindahan besar-besaran ke Tuas pula bakal dilaksanakan sebelum 2040.

Dalam catatannya itu, Encik Lee turut men-gongsi video selang masa (time lapse) oleh pengguna Facebook, Jeffhk. Encik Lee menyi-fatkan video itu sebagai “hebat”.

Jeffhk, pelaut di sebuah kapal kontena

mega, merakam video itu sepanjang 30 hari di laut. Video tersebut dipadatkan menjadi video 10 minit.

Kapalnya belayar dari Laut Merah, melinta-si Lautan Hindi menuju ke Pelabuhan Colom-bo, kemudian ke Selat Melaka dan Singapura.

Selanjutnya, kapal belayar ke Laut China Selatan untuk berlabuh di Hongkong, ujar En-cik Lee dalam pos Facebooknya itu.

Beliau berkata video itu seolah-olah mem-bantunya mencapai impian ingin menaiki ka-pal kontena dari pelabuhan ke pelabuhan.

“Keluasan lautan, digandingkan dengan lampu dan kegiatan di pelabuhan, terutama PSA Singapore. Ia antara pelabuhan paling si-buk di dunia, tetapi hanya segelintir dapat me-nyaksikan kegiatannya,” ujar Encik Lee.

KEBANYAKAN majikan me-numpukan perhatian terhadap apa yang harus dilakukan pembantu ru-mah setiap hari seperti membersih-kan rumah, memasak dan memberi anak mereka makan.

Namun, bagi pengarah pemba-ngunan perniagaan, Cik Ng Bee Bee, 46 tahun, beliau menetapkan matlamat jangka panjang buat pem-bantu rumahnya, Cik Jocylen Abel-la, 45 tahun.

Cik Abella sudah bekerja de-ngannya selama 12 tahun.

Selain memberi Cik Abella bo-nus dan cuti yang ditaja setiap tahun, Cik Ng membiayai pendidi-kan anak perempuan pembantu ru-mahnya itu yang berusia 17 tahun di sekolah swasta Manila serta menggalak wanita itu melabur dalam bidang hartanah.

“Kebahagiaannya banyak ber-gantung pada masa depan anaknya. Suatu hari nanti, beliau akan kembali ke Filipina dan anak itu per-lu menjaganya.

“Perancangan jangka panjang amat penting. Kami harus memikir-kan tentang rancangan persaraan-nya,” kata Cik Ng, yang juga me-ngundang anak Cik Abella bercuti di Singapura.

Kelmarin, Cik Ng diberi pengikti-rafan tertinggi, Anugerah Majikan Pembantu Rumah Asing Terbaik, di Hari Pembantu Rumah Asing Kela-pan di Pusat Konvensyen Poli-teknik Singapura.

Hari Pembantu Rumah Asing di-anjur Persatuan Pembantu Rumah Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan (Fast) dan Persatuan Agen-si Pekerjaan (Singapura).

Cik Ng antara tiga majikan dan lapan pembantu rumah yang mene-rima anugerah di acara tersebut.

Anaknya, Encik Chong Yong Rui, menerima anugerah itu bagi pi-haknya kerana Cik Ng berada di luar negara.

Bercakap tentang pendekatan yang diambil daripada segi hubu-ngannya dengan Cik Abella, Cik Ng berkata penting bagi memasti-kan terdapat perhubungan terbuka bagi menjalin hubungan bahagia.

“Keutamaannya adalah memas-tikan keselamatan dan kesejahte-raan tiga anak saya. Selama ini ju-ga, kami memupuk rasa saling mem-percayai dan jika beliau perlu ban-tuan kewangan, beliau boleh ber-cakap dengan saya,” ujarnya.

Cik Abella pula menyifatkan ma-jikannya sebagai seorang yang baik hati dan menerimanya sebagai ang-gota keluarga.

“Setiap kali saya pulang ke Filipi-na, keluarga Cik Ng beri keluarga saya hadiah,” katanya.

Dalam pada itu, Cik Jayawarde-na Mudiyanselage Sittamma Ja-yawardena, 60 tahun, diiktiraf de-ngan anugerah Pembantu Rumah Asing Terbaik tahun ini. Beliau tu-rut menerima wang tunai $2,000.

Acara kelmarin dihadiri lebih 7,000 orang, termasuk pembantu rumah dan majikan.

Presiden Fast, Encik Seah Seng Choon, berkata langkah mengikti-raf usaha baik majikan dan pemban-tu rumah bertujuan menjadikan mereka sebagai teladan buat orang ramai.

Di acara tersebut, Encik Seah tu-rut mengumumkan rancangan men-cari lokasi lebih luas bagi menubuh-kan kelab Fast dalam tempoh dua tahun mendatang bagi menampung lebih ramai pembantu rumah asing.

Hari rai hubungan majikan-pembantu rumah

Kajian: Pesakit adatanda awal

diabetes kurang mampu

hasil insulin Pelabuhan S’pura perlu terus diperbaiki: PM

HARI PEMBANTU RUMAH ASING: (Dari kiri) Encik Seah; Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan (Singapura), Cik K. Jayaprema; Cik Jayawardena; Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say; dan Naib Presiden Pertama Fast, Cik Helen Tan; menyampaikan anugerah di acara Hari Pembantu Rumah Asing. – Foto-foto THE STRAITS TIMES

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

HIBURKAN HATI: Penyanyi dari Indonesia, Rani Naeli, membuat persembahan di Hari Pembantu Rumah Asing.

SELASA, 17 OKTOBER 2017 (26 MUHARAM 1439)

SEBULAN DI LAUTAN: Pengguna media sosial, pelaut Jeffhk, merakam video selang masa (time lapse) sepanjang 30 hari di sebuah kapal kontena mega. Kapal itu merentas Laut Merah, Lautan Hindi dan Laut China Selatan. – Foto JEFFHK, YOUTUBE

16

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

abmm
Rectangle