sejarah m'sia

36
ISI KANDUNGAN 1. KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI KEBANGGAAN KITA BERSAMA. Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada akad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini. Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka. Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, tema ini juga menyentuh tentang kewujudan petempatan-petempatan dan kerajan-kerajaan awal di Gugusan Kepulauan Melayu. Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :- 1.1 Latar belakang : Gugusan Kepulauan Melayu. a. Petempatan-petempatan awal b. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan dan kerajaan-kerajaan awal 1.2 Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dan kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu. a. Pengasasan Melaka oleh Parameswara b. Melaka menjadi pusat perdagangan c. Hubungan Melaka dengan kerajaan- kerajaan Melayu lain. d. Hubungan Melaka dengan negara luar (Kaitkan dengan perkembangan di negeri China, India dan Siam) e. Perluasan Wilayah Melaka. 1.3 Melaka menjadi pusat penyebaran Islam a. Pengislaman Melaka. [Kaitkan dengan perkembangan Dunia Islam]. b. Peranan Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara. 1.4 Berakhirnya pemerintahan Kesultanan

Upload: shafin143

Post on 23-Dec-2015

261 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

history

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah m'Sia

ISI KANDUNGAN

 

1. KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI KEBANGGAAN KITA BERSAMA.

Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada akad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.

Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.

Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, tema ini juga menyentuh tentang kewujudan petempatan-petempatan dan kerajan-kerajaan awal di Gugusan Kepulauan Melayu.

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

1.1 Latar belakang : Gugusan Kepulauan Melayu.a. Petempatan-petempatan awalb. Kemunculan pelabuhan-pelabuhan dan kerajaan-kerajaan awal

1.2 Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dan kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu.a. Pengasasan Melaka oleh Parameswarab. Melaka menjadi pusat perdaganganc. Hubungan Melaka dengan kerajaan-kerajaan Melayu lain.d. Hubungan Melaka dengan negara luar(Kaitkan dengan perkembangan di negeri China, India dan Siam)e. Perluasan Wilayah Melaka.

1.3 Melaka menjadi pusat penyebaran Islama. Pengislaman Melaka.[Kaitkan dengan perkembangan Dunia Islam].b. Peranan Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

1.4 Berakhirnya pemerintahan Kesultanan Melayu yang berpusat di Melaka.a. Ketibaan orang-orang Portugis di Melaka.[Kaitkan dengan perkembangan di Eropah menjelang abad ke 15: Zaman Penjelajahan]b. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.c. Usaha-usaha menegakkan kewibaan Kesultanan Melayu Melaka

Page 2: Sejarah m'Sia

2. KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU SELEPAS MELAKA MENJADI ASAS KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI MASA KINI.

Tema ini adalah tentang kemunculan semula kerajaan-kerajaan lain di Gugusan Kepulauan Melayu setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Di Semenanjung Tanah Melayu, Kerajaan Johor muncul sebagai satu kuasa dan pusat perdagangan yang hampir setanding dengan Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan-kerajaan lain juga semakin kukuh terutama apabila merosotnya kedudukan Johor selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Kerajaan-kerajaan inilah menjadi asas kerajaan-kerajaan negeri yang wujud sekarang.

Kemerosotan Melaka juga memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan Brunei, Sulu dan Aceh bangkit menegakkan pengaruh dan kekuasaan masing-masing. Pada zaman kemuncaknya, kewibawaan Brunei dan Sulu meliputi kawasan-kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.

Kekayaan sumber di negeri-negeri yang muncul itu menyebabkan bertambahnya minat dan kegiatan berbagai pihak, baik dari Gugusan Kepulauan Melayu sendiri mahupun kuasa-kuasa Barat. Walau bagaimanapun, konflik dengan pihak-pihak berkenaan serta pergolakan politik di dalam negeri tidak mengubah struktur masyarakat bumiputra dan sistem ekonominya. Oleh kerana tema ini menyentuh aspek-aspek sejarah negeri, pengkajian tentang sejarah tempatan dimasukkan.

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

  2.1 Johor menegakkan semula kewibawaan Kesulatanan Melayu Melakaa. Pengasasan Kerajaan Johor(Kaitkan dengan kemunculan Acheh)b. Kegemilangan Kerajaan Johorc. Kemerosotan kekuasaan(kaitkan b dan c dengan peranan V.O.C dalam perdagangan rempah)

2.2 Kerajaan-kerajaan Melayu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganua. Latar belakangb. Bentuk pemerintahanc. Kegiatan ekonomid. Kegiatan sosiolbudayae. Hubungan dengan kuasa tempatan, jiran dan kuasa luar

2.3 Sabah dan Sarawaka. Latar belakangb. (Kaitkan dengan kemunculan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu)c. Keadaan masyarakatd. Kegiatan ekonomi

2.4 Aspek-aspek Sejarah TempatanDiantara unsur-unsur yang boleh dijadikan bahan kajian sejarah tempatan ialah :-a. Sejarah perkembangan pentadbiran dan politik setempatb. Sejarah perkembangan ekonomi setempatc. Sejarah perkembangan sosial setempatd. Sejarah institusi keagaman: bangunan

Page 3: Sejarah m'Sia

masjid, kuil, tokong, gereja, yayasan , badan kebajikan dan sebagainya.e. Sejarah institusi pendidikan setempatf. Sejarah kebajikan masyarakat setempat - hospital, rumah orang tua, rumah anak yatim, kawasan perkuburan dan sebagainya.g. Sejarah bangunan dan senibina setempat - bangunan kerajaan dan swasta, tugu, runtuhan dan sebagainya.h. Tradisi setempati. Sejarah peristiwaj. Tokoh-tokoh setempatk. Sejarah asal usul seperti nama tempat, nama jalanl. Cerita rakyat, legenda

3. KEMAKMURAN DAN KEKAYAAN NEGARA KITA MENARIK KUASA LUAR UNTUK MENJAJAH NEGARA KITA

Tema ini membicarakan tentang perluasan pengaruh dan penjajahan British yang bertujuan untuk menikmati kemakmuran dan mengaut kekayaan di tanahair kita. Bermula dengan pengambilan Pulau Pinanag. British sedikit demi sedikit meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Akibat daripada campur tangan British dalam hal-ehwal tempatan, beberapa tokoh yang bencikan penjajahan bangun menentang british secara berasingan.

Dalam proses mengaut hasil bumi kita, British telah mengubah sistem ekonomi tradisional kepada bentuk komersial dan memperkenalkan industri serta penggunaan teknologi moden. Sehubungan dengan perubahan ekonomi ini, tumbuh bandar-bandar baru yang membawa kepada pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan moden dan perkhidmatan kesihatan. Penjajahan British juga mengakibatkan kemasukan orang-orang Cina dan India secara beramai-ramai dan terancang yang menjadi asas masyarakat berbilang kaum. Sistem pendidikan yang berasingan juga diperkenalkan.

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

3.1 Negara Kita menghadapi dan mengalami proses perluasan pengaruh dan penapakan kuasa Britisha. Pengambilan Pulau Pinang, Singapura dan Melakab. Campur tangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahangc. Sarawak di bawah pemerintahan Brooke dan Sabah di bawah Syarikat Borneo Utara(kaitkan tajuk b dan c dengan Revolusi Perusahaan di Eropah)d. Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor menerima penasihat British

3.2 Perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajahan British

Page 4: Sejarah m'Sia

a. Asas dan tujuan perjuanganb. Bentuk perjuanganc. Kesan-kesan

3.3 Penguasaan terhadap hasil bumi kita dan kesan-kesannyaa. Perusahan pertanianb. Perusahan perlombonganc. Pengeluaran hasil hutand. kesan-kesan(Kaitkan a,b,c dan d dengan kemajuan sains dan teknologi)

4. TINDAK BALAS UTNUK MENEBUS MARUAH BANGSA DAN NEGARA

Tema ini memberi tumpuan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun untuk membebaskan tanahair kita dari belenggu penjajahan. Semangat kebangsaan ini diperjuangkan melalui badan-badan dan kesatuan-kesatuan yang mempunyai asas dan arah tujuan yang tertentu. Tokoh-tokoh yang berjiwa nasionalis telah menyedarkan rakyat tentang semangat kebangsaan melalui pendidikan dan karya penulisan

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

4.1 Kebangkitan semangat kebangsaan untuk membebaskan tanahair.a. Perkembangan dalam negeri : pendidikan, penulisan kreatif dan persuratkhabaran.b. Pengaruh gerakan nasionalisme luar negeri.(Kaitkan b dengan gerakan nasionalisme di Turki, Mesir, Indonesia, India China dan Pakistan)

4.2 Perjuangan badan-badan dan kesatuan-kesatuan menentang penjajahan.a. Asas dan tujuan kegiatan.b. Corak dan bentuk perjuangan.

 5. PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAHAIR.

Tema ini memaparkan detik-detik perjuangan rakyat ke arah menuntut kemerdekaan tanahair.

Pengalaman pendudukan Jepun di tanahair kita beraya menyemarakkan lagi semangat kebangsaan secara meluas di kalangan rakyat. Pembentukan Malayan Union telah ditentang hebat oleh orang-orang Melayu melalui UMNO sehingga memaksa British menggantikannya dengan Persatuan Tanah Melayu 1948. Walaupun pada ketika negara kita dibawah ancaman komunis, perjaungan menuntut Kemerdekaan terus dipergiatkan lagi dengan penubuhan parti-parti siasah. Kerjasama antara kaum melalui UMNO, MCA, MIC mempercepatkan usaha ke arah pencapaian taraf kerajaan sendiri. Perjuangn rakyat ke arah menengakkan sebuah negaa yang merdeka dan berdaulat tercapai dengan perisytiharaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perubahan pentadbiran juga berlaku di Sabah dan Sarawak. Perubahan ini adalah ke arah mencapai taraf berkerajaan sendiri.

Tema ni mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

Page 5: Sejarah m'Sia

  5.1 Pendudukan Jepun di Negara kita.a. Pemerintahan Jepunb. Kesan-kesan pemerintahan Jepun(Kaitkan a dan b dengan Prang Dunia Kedua. Perkembangan di Jepun dan pengalaman di negara-negara jiran)

5.2 Penentang terhadap Malayan Uniona. Pembentukan Malayan Union 1946b. Penubuhan UMNO dan penentang orang Melayuc. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.3 Ancaman Komunis a. Penyusupan anasir Komunisb. Langkah-langkah membanteras ancaman Komunis di Tanah Melayu

5.4 Kerjasama antara kaum ke arah Kemerdekaan.a. Kemunculan dan perkembangan parti-parti siasahb. Pembentukan Parti Perikatan - UMNO, MCA, MICc. Pilihanraya ke arah pembentukan Kerajaan sendiri.

5.5 Detik-Detik perisytiharan Kemerdekaana. Rombongan Merdeka 1956b. Perundingan antara kaum dan penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayuc. Perjanjian Persekutan Tanah Melayu 1957d. Pengisytiharan Kemerdekaan

5.6 Perubahan pentadbiran di Sabah dan Sarawaka. Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawakb. Langkah-langkah ke arah berkerajaan sendiri

 6. PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA

Tema ini membincangkan tentang penubuhan sebuah persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Penyatuan sebelas buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Singapura dan Sarawak di dalam satu persekutuan yang lebih bertujuan untuk menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama terutamanya daripada ancaman Komunis. Dalam proses pembentukkannya, gagasan ini menghadapi berbagai rintangan dari dalam dan luar negeri. Langkah-langkah diambil bagi meninjau pendapat dan kehendak rakyat terhadap gagasan Malaysia. Pada 16 September 1963 Malaysia diisytiharkan setelah perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani. Walau bagaimanapun pada tahun 1965 Singapura telah berpisah daripada Malaysia.

Tema ini menandungi tajuk-tajuk berikut ;-

6.1 Gagasan penubuhan Malaysiaa. Cadangan Tunku Abdul Rahman Putrab. Tujuan dan cita-cita

Page 6: Sejarah m'Sia

6.2 Perkembangan politik menjelang penubuhan Malaysiaa. Di Singapurab. Di Sabahc. Di Sarawak

6.3 Cabaran-cabaran terhadap penubuhan Malaysiaa. Penentang dari dalam negerib. Penentang dari luar

6.4 Perjanjian dan perisytiharan Malaysiaa. Hasil-hasil tinjauan pendapat dan kehendak rakyat terhadap gagasan Malaysiab. Perjanjian Malaysia 1963c. Perpisahan Singapura 1965

7. PENGISIAN KEMERDEKAAN

Tema ini memaparkan perjuangan kita untuk membina sebuah negara yang berdaulat, aman, bersatupadu dan makmur. Penekanan diberi kepada usaha-usaha untuk mengisi Kemerdekaan yang telah diperjuangkan.

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita bangga dengan keperibadian sendiri. Perlembagaan negara digubal bagi menjamin kerukunan hidup rakyat. Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang kemas dan teratur bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Dasar-dasar pembangunan sosial ekonomi negara digubal bagi mempertingkatkan perpaduan dan menjamin kemakmuran bersama. Negara kita juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kerjasama serantau, hubungan antarabangsa dan keamanan dunia.

Tema ini mengandungi tajuk-tajuk berikut :-

7.1 Kedaulatan dan keperibadian negara kita a. Yang di Pertuan Agongb. Parlimenc. Lambang-ambang negara - Bendera, Lagu Kebangsaan , Jata, Hari kebangsaan dan Raja Berperlembagaand. Rukunegarae. Perlembagaan

7.2 Sistem pemerintah dan pentadbiran negaraa. Kerajaan Pusatb. Kerajaan Negeri

7.3 Peningkatan perpaduan dan kemakmuran bersamaa. Pembangunan dan kemajuan ekonomib. Perkembangan pendidikanc. Pembinaan kebudayaan kebangsaan

7.4 Malaysia dalam dunia antarabangsaa. Dasar luar negera kitab. Kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan serantauc. Kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan

Page 8: Sejarah m'Sia

Ukiran-ukiran yang terdapat di dalam sebuah gua di Tambun, Perak yang dianggarkan dilukis pada tahun 3000 SM.

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong. Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu yang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah, Sarawak, terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah, Sarawak yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Selain itu, di Gua Tambun, Perak juga ditemukan lukisan-lukisan purba.

Pandangan pelukis tentang zaman Prasejarah Malaysia.

40,000-35,000 tahun dahulu- Paleolitik (Zaman Batu Awal)

Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Zaman Masyarakat Paleolitik Malaysia tidak mempunyai sempadan mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama, berduit dan sebagainya. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah mereka.

35,000-10,000 tahun dahulu - Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)

Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.

10,000-5,000 tahun dahulu- Neolitik (Zaman Batu Baru)

Page 9: Sejarah m'Sia

Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan.

2,500 tahun dahulu - Zaman Logam

Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Malaysia termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas).

Pendatang-pendatang Hindu awal

Pedagang-pedagang Hindu mula menduduki dan membuka penempatan mereka sendiri. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini memberi pengaruh yang besar terhadap kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya yang bertahan selama 1400 tahun.

Migrasi dari Sungai Mekong

Peta Sungai Mekong.

Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.

Yunnan

Page 10: Sejarah m'Sia

Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, 'Manusia Yuanmou',yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.

Wanita-wanita Yunnan di jalanan yang memaki kain batik dan sarong.

Teori migrasi Yunnan

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito.

Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:

Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.

Persamaan adat resam Melayu dan Assam. Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang

Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Delta Mekong

Page 11: Sejarah m'Sia

Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.

Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.

Teks Melayu tertua

Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.

Hubungan Melayu-Cham

Bahasa Melayu & Cham.

Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.

Page 12: Sejarah m'Sia

Rujukan

Ensiklopedia Malaysia : sejarah awal, Jilid 4/ disunting oleh Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman http://wildasia.net/main/product.cfm?productID=427

Ensiklopedia Malaysia : bahasa dan kesusasteraan, Jilid 9 / disunting oleh Prof. Dato' Dr. Asmah Haji Omar

Melayu Campa Crawford 1822 Buku Anushirwan, Muslim Cham Asia Tenggara: Sebuah nota sejarah.

http://www.museum.sarawak.gov.my/bmver/arkeologi.htm lukisan purba Gua Kain Hitam, Sarawak.

http://www.perak.gov.my/bm/modules.php? name=Content&pa=showpage&pid=115&page=2 lukisan purba Gua Tambun, Perak.

http://www.everyculture.com/wc/Tajikistan-to-Zimbabwe/Cham.html http://www.malaysia.or.kr/history.htm http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?section=sm01&spesifik_id=2&ttl_id=1 http://cambodja.starttips.com/ Sejarah Kemboja Bahasa Khmer Kemboja. http://nabataea.net/festrade.html http://www.kambojsociety.com/history.asp#KAMBOJAS...AN_IRANIAN_TRIBE http://islamonline.net/English/ArtCulture/2005/10/article01.shtml http://www.iranchamber.com/culture/articles/iranian_cultural_impact_southeastasia.php

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia"

Kerajaan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayar ufti kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Yung Lo, Maharaja Ming.

Page 13: Sejarah m'Sia

Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Page 14: Sejarah m'Sia

Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Kegemilangan Kesultanan Melaka

KESULTANAN MELAKA

Tempoh Sultan

1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah

1424 – 1444Sultan Muhammad

Shah

1444 – 1445 Sultan Abu Syahid

1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah

1459 – 1477 Sultan Mansur Shah

1477 – 1488Sultan Alauddin

Riayat Shah

1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

Page 15: Sejarah m'Sia

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Page 16: Sejarah m'Sia

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak. Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Sejarah Johor

Page 17: Sejarah m'Sia

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempat perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.

Kejatuhan Sultan Mahmud Shah

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

Perang Tiga Segi

Sultan Alauddin Riayat Shah menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletaknya di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda senantiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina).

Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang.

Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah, Johor dan Portugis kembali berperang.

Belanda dan Melaka

Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.

Page 18: Sejarah m'Sia

Perang Johor-Jambi

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah.

Sepanjang perang itu Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jalil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.

Pengaruh Bugis

Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris. Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.

Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga mempunyai pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Di kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam Tuan Muda Johor.Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun Raja Kecil telah melancarkan serangan terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yam Tuan Muda. Permintaan ini telah tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.

Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta.Permintaan ini telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat menuntut jawatan Yam Tuan Muda. Pada tahun 1722, Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda.

Singapura dan British

Page 19: Sejarah m'Sia

Pada 1818, Sir Stamford Raffles dilantik menjadi gabenor di Bengkulu, Sumatera. Dia percaya bahawa British perlu menubuhkan sebuah penempatan yang baru di Asia Tenggara sekiranya mereka ingin bersaing dengan Belanda. Walaupun banyak bantahan diterima dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris tetapi Gabenor British di India menyebelahinya. Dengan persetujuan gabenor, beliau memulakan ekspedisi mencari penempatan baru.

Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh seorang Temenggung Johor. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussein sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussein. Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819.

Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussein yang ketika itu tinggal di Riau kembali ke Johor.

Belanda berasa amat tidak puas hati dengan keadaan ini tetapi dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda mengakui Singapura menjadi milik British. Perjanjian ini menyebabkan Kesultanan Johor terbahagi kepada dua iaitu Johor moden dan Kesultanan Riau yang baru.

Di dalam Johor yang baru, walaupun Tengku Hussein ialah sultan tetapi Temenggung yang menguasai Johor. Bugis pula menguasai Riau.

Wangsa Bendahara

Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan Muar masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.

Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai Bapa Johor Moden.

Page 20: Sejarah m'Sia

Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sistem Kangchu dilaksanakan.

Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang Residen British.

Malaysia dan Johor

Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945.

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor adalah salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.

24,923 telah menyumbang.

Anda boleh membantu Wikimedia mengubah dunia!  » Sumbanglah

sekarang! "Knowledge is power! Everyone's gotta have it!" — Sebastian K

Malaya BritishDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

British Malaya diantara 1909 dan 1946.

Sejarah Malaysia

Sebahagian dari siri Sejarah Malaysia

Page 21: Sejarah m'Sia

Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM)

Gangga Negara (abad ke-2-11)

Langkasuka (abad ke-2-14)

Pan Pan (abad ke-3-5)

Srivijaya (abad ke-3 -1400)

Kedah Tua (1136 -???)

Majapahit (1293-1500)

Kesultanan Melaka (1402-1511)

Kesultanan Johor (1528-kini)

Perang Saudara Jementah (1879)

Persekutuan Pattani Besar (1603-1785)

Raja Putih (1841-1946)

Malaya British (1874-1946)

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Burney (1826)

Penempatan Selat (1826-1946)

Perang Kelang (1867-1874)

Perjanjian Pangkor 1874

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)

Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Borneo Utara (1882-1963)

Penentangan Mat Salleh (1896-1900)

Perang Dunia II (1941-1945)

Perang Tanah Melayu (1941-1942)

Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)

Perang Singapura (1942)

Syburi (1942-1945)

Page 22: Sejarah m'Sia

Kawat Kematian Sandakan (1945)

Malayan Union (1946-1948)

Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)

Darurat Tanah Melayu (1948-1960)

Peristiwa Bukit Kepong (1950)

Hari Kemerdekaan (1957)

Persekutuan Malaysia (1963-kini)

Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)

Pemberontakan Brunei (1962-1966)

Rusuhan Kaum 1964 (1964)

Penyingkiran Singapura (1965)

Peristiwa 13 Mei (1969)

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Operasi Lalang (1987)

Krisis perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)

Krisis Kewangan Asia (1997-98)

[sunting]

Malaya British secara kurang tepat diperihalkan sebagai sekumpulan negeri di Semenanjang Tanah Melayu yang dijajah oleh British dari abad ke-18 dan ke-19 sehingga abad ke-20. Sebelum pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, tanah-tanah jajahan ini tidak diletakkan di bawah sebuah pentadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, Malaya British terdiri daripada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu. Malaya juga merupakan salah satu negeri naungan British yang paling menguntungkan disebabkan ia adalah pengeluar timah dan kemudiannya getah yang paling besar di dunia.

Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Jadual isi kandungan[tutup]

1 Penglibatan permulaan British dalam politik Melayu o 1.1 Kedah dan Pulau Pinang o 1.2 Melaka o 1.3 Johor dan Singapura o 1.4 Negeri-negeri Selat o 1.5 Negeri-negeri Melayu Utara dan Siam o 1.6 Perjanjian Pangkor and Perak

Page 23: Sejarah m'Sia

o 1.7 Selangor o 1.8 Sungai Ujong, Negeri Sembilan

2 Tentangan 3 Perang Dunia II

4 Rujukan

[sunting] Penglibatan permulaan British dalam politik Melayu

Pihak British mula-mulanya terlibat dalam politik Melayu ketika ia mencuba mengasaskan pos-pos perdagangan di Pulau Pinang, ketika itu sebahagian Kedah, pada tahun 1771, dan Singapura pada tahun 1819.

[sunting] Kedah dan Pulau Pinang

Rencana utama: Sejarah Penang Moden

Pada pertengahan abad ke-18, syarikat-syarikat British boleh didapati berdagang di Semenanjung Tanah Melayu. Pada April 1771, Jourdain, Sulivan dan de Souza, sebuah syarikat British yang berpusat di Madras, India menghantar Sir Francis Light untuk berjumpa dengan Muhammad Jiwa Shah, sultan Kedah, bagi membuka pasaran perdagangan di negeri itu. Light juga merupakan kapten dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Georgetown, ibu kota Pulau Pinang. Di seberang selat ialah Seberang Perai (Province Wellesley) di tanah besar.

Pada waktu yang sama, Sultan Kedah menghadapi banyak ancaman luaran yang mencabar kuasa baginda di Kedah. Siam yang berperang dengan Burma melihatkan Kedah sebagai sebuah vasal, dan sering menuntut Kedah menghantar tentera bantuan. Bagaimanapun, Kedah berkeberatan bersekutu dengan Siam.

Page 24: Sejarah m'Sia

Melalui perundingan antara Sultan Kedah dan Light, Sultan Kedah bersetuju membenarkan syarikat Light membina sebuah pos perdagangan dan beroperasi di Kedah jika pihak British bersetuju memperlindungi Kedah daripada tekanan luaran. Light menghantar perutusan ini kepada orang atasannya di India. Bagaimanapun, pihak British memutuskan untuk menolak cadangan tersebut.

Dua tahun kemudian, Sultan Muhammad Jiwa mangkat dan diwarisi oleh Sultan Abdullah Mahrum Shah. Sultan baru itu terdesak dan menawarkan Light (yang merupakan wakil British) Pulau Pinang sebagai balasan untuk bantuan ketenteraan kepada Kedah. Light memberitahu Syarikat Hindia Timur Inggeris tentang tawaran sultan. Bagaimanapun, syarikat itu memerintah Light mengambil alih Pulau Pinang tanpa memberi sebarang jaminan bantuan ketenteraan yang dimintai oleh sultan. Light kemudian mengambil alih Pulau Pinang dan menjamin Sultan Kedah tentang bantuan ketenteraan walaupun ini bertentangan dengan kedudukan syarikatnya. Kemudian, syarikat itu membuat keputusan dan memberitahu Light bahawa mereka tidak akan memberi sebarang bantuan ketenteraan kepada Kedah. Pada Jun 1788, Light memberitahu Sultan Kedah tentang keputusan syarikatnya. Berasa ditipu, Sultan Kedah memerintah Light keluar dari Pulau Pinang tetapi Light menolak.

Penolakan Light menyebabkan Sultan Kedah mengukuhkan tenteranya dan mengubui Perai. Perai ialah pantai yang terletak di seberang sana Pulau Pinang. Menyedari bahaya itu, pihak British membakar kubu di Prai. Dengan kemenangan mereka, pihak British memaksa Sultan Kedah memeterai sebuah perjanjian yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang. Sebagai balasan, Sultan Kedah akan menerima sewa tahunan sebanyak 6,000 peso Sepanyol. Pada 1 Mei 1971, Union Jack dinaikkan secara rasmi buat pertama kali di Pulau Pinang. Pada tahun 1800, Kedah menyerahkan Perai kepada pihak British dan Sultan Kedah menerima 4,000 peso lagi sebagai sewa tahunan. Pulau Pinang dinamakan "Prince of Wales Island", manakala Perai di namakan semula sebagai "Province Wellesley".

Pada tahun 1821, Siam menyerang Kedah serta menjarah ibu kota Alor Star dan menduduki negeri itu sehingga tahun 1842.

[sunting] Melaka

British mencerobohkan Kota A Famosa yang didirikan oleh Portugis atas alasan strategik.Maklumat lanjut: Kesultanan Malacca

Page 25: Sejarah m'Sia

Dari abad ke-16 hingga awal ke-19, Melaka ialah tanah jajahan Belanda. Semasa Perang-perang Napoleon antara tahun 1811 dan 1815, Melaka, serupa dengan pegangan-pegangan Belanda yang lain di Asia Tenggara, berada di bawah jagaan British. Ini dilakukan untuk menghalang Perancis daripada menuntut hak milik Belanda di sana. Apabila perang berakhir pada tahun 1815, Melaka dipulangkan kepada Belanda. Pada tahun 1824, pihak British dan Belanda menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Perjanjian ini, antara yang lain, memindahkan Melaka ke pentadbiran British secara sah di sisi undang-undang. Perjanjian itu juga merupakan perjanjian tunggal yang membahagikan alam Melayu menjadi dua buah entiti yang berasingan dan menjadi asas kepada sempadan Indonesia-Malaysia kini.

[sunting] Johor dan Singapura

Rencana utama: Penubuhan Singapura moden Maklumat lanjut: Kesultanan Johor

1888 Peta Singapura Jerman.

Singapura Moden ditubuhkan oleh Sir Stamford Raffles dengan banyak bantuan daripada Mejar Farquhar. Sebelum menubuhkan Singapura, Raffles adalah Leftenan Gabenor Jawa dari 1811 hingga 1815. Pada tahun 1818, beliau dilantik sebagai Gabenor Benkulin. Menyedari bagaimana Belanda memonopoli perdagangan di Kepulauan Melayu, Raffles yakin bahawa pihak British memerlukan sebuah tanah jajahan perdagangan yang baru untuk menentang kuasa perdagangan Belanda. Penyelidikan berbulan-bulan membawanya ke Singapura, sebuah pulau di hujung Semenanjung Melayu. Pulau ini diperintah oleh seorang temenggung.

Singapura ketika itu di bawah penguasaan Tengku Abdul Rahman, Sultan Lingga-Riau, yang pula dikuasai oleh Belanda dan orang Bugis. Oleh itu, baginda tidak mungkin akan bersetuju dengan penubuhan sebuah pangkalan British di Singapura. Walau bagaimanapun, Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana kekandanya, Tengku Hussein atau Tengku Long, telah lama meninggalkan tempat asalnya untuk berkahwin di Pulau Pinang apabila Sultan Lingga-Riau, bapa mereka, mangkat pada tahun 1812. Menurut adat resam Melayu, seseorang putera harus berada di sisi sultan semasa sultan mangkat untuk melayakkan diri menjadi pewaris raja. Tengku Abdul

Page 26: Sejarah m'Sia

Rahman berada di sisi bapa mereka ketika bapa mereka mangkat. Kekandanya tidak berpuas hati dengan perkembangan itu sementara temenggung Singapura lebih suka akan Tengku Hussein daripada adiknya.

Pihak British mengakui Tengku Abdul Rahman buat pertama kali sebaik sahaja mereka berada di Melaka. Bagaimanapun, keadaan itu kemudian berubah. Pada tahun 1818, Farquhar melawat Tengku Hussein di Penyengat, sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan Bintan, ibu kota Kepulauan Riau. Di sana, rancangan-rancangan baru disediakan dan pada tahun 1819, Raffles membuat perjanjian dengan Tengku Hussein yang menyatakan bahawa pihak British akan mengakui Tengku Hussein sebagai pemerintah Singapura yang sah jika baginda membenarkan mereka mengasaskan sebuah pos perdagangan di sana. Perjanjian itu yang diratifikasi pada 6 Februari 1819 juga menyatakan bahawa Tengku Hussein dan temenggung akan menerima gaji tahunan daripada pihak British. Dengan pertolongan Temenggung, Raffles berjaya bertolak dari Penyengat ketika berpura-pura 'memancing ikan'. Selepas ketibaannya di Singapura, baginda dilantik dengan segera sebagai Sultan Singapura yang rasmi.

Belanda amat marah terhadap tindakan Raffles. Walau bagaimanapun, dengan pemeteraian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda menarik balik sebarang tentangannya terhadap kehadiran British di Singapura. Dengan perjanjian tersebut, Kesultanan Johor dibahagikan kepada Johor moden dan Kesultanan Riau baru.

[sunting] Negeri-negeri Selat

Setem pos Negeri-negeri Selat dari tahun 1883.

Rencana utama: Negeri-negeri Selat

Selepas pihak British menguasai Singapura daripada pihak Belanda melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British bertujuan untuk memusatkan pentadbiran Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Oleh itu, pada tahun 1826, sebuah rangka yang dikenali sebagai "Negeri-negeri Selat" ditubuhkan dengan Pulau Pinang menjadi ibu kotanya. Kemudian pada tahun 1832, ibu kotanya dipindahkan ke Singapura. Sementara tiga pegangan menjadi tulang belakang Negeri-Negeri Selat, Pulau Christmas, Kepulauan Cocos, Labuan dan Dinding di Perak kemudian diletakkan di bawah kuasa Negeri-negeri Selat.

Sehingga tahun 1867, Negeri-negeri Selat bertanggungjawab kepada pentadbir Syarikat Hindia Timur Inggeris di Kolkata. Bagaimanapun, para pentadbir Negeri-negeri Selat tidak berpuas hati dengan cara Kolkata menangani hal-ehwal mereka dan mereka merungut kepada London. Syarikat itu juga mencuba membatalkan taraf Singapura sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1856.

Page 27: Sejarah m'Sia

Bagaimanapun, Syarikat Hindia Timur Inggeris dibubarkan pada tahun 1858 dan India dijadikan sebuah tanah jajahan. Disebabkan oleh kuasa Kolkata yang semakin merosot serta lobi para pentadbir Negeri-negeri Selat, tanah jajahan tersebut dikuasai secara langsung oleh Pejabat Kolonial di London dan diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Diraja. Pengisytiharan itu memberikan Negeri-negeri Selat banyak kebebasan dan kuasa di dalam Empayar British.

Pada tahun 1946 selepas Perang Dunia Kedua, tanah jajahan dibubarkan dan diserap ke dalam Malayan Union sedangkan Singapura dipisahkan daripada Union tersebut dan dibentuk sebagai sebuah tanah jajahan baru. Malayan Union kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, dan pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah persekutuan yang lebih besar, dengan pemasukan Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

[sunting] Negeri-negeri Melayu Utara dan Siam

Tekanan British dan Perancis memaksa Siam untuk melepaskan tuntutannya terhadap wilayah Indochina dan Semenanjung Melayu.

Rencana utama: Perjanjian Burney

Rencana utama: Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909 Maklumat lanjut: Sejarah Thailand (1768-1932)

Page 28: Sejarah m'Sia

Sebelum akhir abad ke-19, Syarikat Hindia Timur Inggeris hanya memberikan perhatian kepada perdagangan dan mencuba menjauhkan diri daripada politik Melayu dengan seberapa yang dapat. Bagaimanapun, pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu utara, khususnya Kedah, Terengganu, Kelantan dan Patani menghalangnya daripada berdagang dengan aman. Oleh itu, pada tahun 1826, pihak British melalui Syarikat tersebut memeterai sebuah perjanjian dengan raja Siam yang dikenali sebagai Perjanjian Burney. Keempat-empat negeri Melayu tidak hadir semasa pemeteraian perjanjian itu. Dalam perjanjian itu, pihak British mengakui kedaulatan Siam terhadap keempat-empat negeri tersebut. Sebagai balasan, Siam menerima pemilikan British terhadap Pulau Pinang serta Seberang Perai (Province Wellesley) dan membenarkan Syarikat berdagang di Terengganu dan Kelantan tanpa halangan.

Hampir seratus tahun kemudian, sebuah perjanjian baru yang kini dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Siam 1909 atau Perjanjian Bangkok 1909 dimeterai antara kedua-dua kuasa. Dalam perjanjian baru ini, Siam bersetuju untuk melepaskan tuntutan mereka terhadap Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, manakala Patani dikekalkan sebagai sebuah wilayah Siam. Perlis yang pada suatu masa merupakan sebahagian Kedah dipisahkan daripada Kedah semasa pemerintahan Siam. Bagaimanapun, daerah Satun di Kedah diilhakkan oleh Siam melalui perjanjian tersebut. Patani sebaliknya dipecahkan menjadi Patani, Yala dan Narathiwat selepas pemeteraian perjanjian itu.

Walaupun Raja Chulalongkorn dari Siam berkeberatan memeterai perjanjian itu, tekanan Perancis yang semakin meningkat di sempadan timur Siam memaksanya bekerjasama dengan pihak British. Serupa dengan Rama IV, Chulalongkorn berharap bahawa pihak British akan meninggalkan Siam sendirian jika baginda menyetujui tuntutan-tuntutan British. Lebih awal pada tahun 1893, Siam telah hilang kawasan Shan di Myanmar timur laut kepada pihak British. Garisan tanda sempadan ini sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian masih dikekalkan pada hari ini sebagai Sempadan Malaysia-Thailand.

Sultan-sultan Melayu tidak mengakui perjanjian tersebut. Bagaimanapun, baginda-baginda itu terlalu lemah untuk menentang pengaruh British. Selepas Perjanjian Bangkok, George Maxwell dihantar oleh pihak British ke Kedah sebagai penasihat sultan. Pihak British mengambil alih perancangan dan pelaksanaan ekonomi secara berkesan. Landasan kereta api dibina untuk mengaitkan Kedah dengan Siam pada tahun 1912, sedangkan reformasi tanah diperkenalkan pada tahun 1914. Hanya pada tahun 1923 bahawa sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Syah, menerima seorang penasihat British.

Perlis mengalami keadaan yang serupa. Rajanya tidak mengakui perjanjian 1909 tetapi pihak British merupakan pentadbir de facto negeri itu. Hanya pada tahun 1930 bahawa rajanya, Raja Syed Alwi, mengakui kehadiran British di Perlis dengan penerimaan Meadows Frost sebagai Penasihat British pertama di Perlis.

[sunting] Perjanjian Pangkor and Perak

Rencana utama: Perjanjian Pangkor 1874

Page 29: Sejarah m'Sia

Perak adalah sebuah negeri di pantai barat Semenanjung Melayu dan pada abad ke-18 dan ke-19, negeri itu dijumpai kaya dengan timah. Sebenarnya, Perak mempunyai mendapan aluvium timah yang terkaya di dunia. Pada waktu yang sama, Eropah sedang mengalami sebuah revolusi perindustrian dan ini menyebabkan permintaan timah yang besar. Pihak British serta juga Belanda sedang aktif di negeri-negeri itu, dengan setiap mereka mencuba memonopoli pengeluaran timah serta komoditi-komoditi lain yang kurang penting. Bagaimanapun, suasana politik di Perak sentiasa bergolak hebat dan ini mengakibatkan kenaikan kos pelombongan timah. Umpamanya pada tahun 1818, Siam memerintah Kedah untuk menyerang Perak. Kekurangan keselamatan di Perak memaksa pihak British untuk melindungi Perak pada tahun 1826.

Semasa Perak meningkatkan operasi pelombongan secara berterusan, negeri itu mengalami kekurangan buruh. Untuk mengatasi masalah ini, Long Jaafar, seorang pentadbir Melayu, menjemput orang-orang Cina dari Pulau Pinang untuk bekerja di Perak, khususnya di Larut. Menjelang dekad 1840-an, jumlah penduduk Cina di Perak meledak. Pendatang-pendatang baru sering merupakan ahli kongsi gelap Cina. Dua kongsi gelap terbesar ialah Ghee Hin dan Hai San. Kedua-dua kumpulan ini selalu mencuba menambah pengaruh mereka di Perak dan ini sering mengakibatkan pertempuran kecil. Pertempuran-pertempuran kecil itu mencapai tahap yang tidak dapat dikawali, dengan Menteri Besar Ngah Ibrahim juga tidak dapat menguatkuasakan kedaulatan undang-undang dengan berkesan.

Raja Abdullah, kemudiannya Sultan Perak.

Pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa di istana Perak. Sultan Ali mangkat pada tahun 1871. Pewarisnya adalah raja mudanya, Raja Abdullah. Walaupun demikian, beliau tidak menghadiri pengebumian ayahnya. Amat serupa dengan kes Tengku Hussein dari Johor, Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan yang baru oleh menteri-menteri Perak. Sebaliknya, pewaris yang kedua selepas Raja Muda, iaitu Raja Bendaraha Raja Ismail, menjadi sultan Perak.

Raja Abdullah amat marah dan enggan menerima hakikat ini. Beliau mencuba mendapatkan sokongan politik daripada berbagai-bagai sumber, termasuk ketua-ketua tempatan Perak serta banyak kakitangan British yang pernah berurus niaga dengannya sebelum itu. Kongsi-kongsi gelap dipergunakan untuk menjadi proksinya dalam perebutan kuasa tersebut. Antara individu-individu British tersebut ialah W.H.M. Read, seorang pedagang British. Tambahan pula, Raja Abdullah berjanji akan menerima seorang penasihat British jika pihak British mengakuinya sebagai sultan Perak yang sah.

Page 30: Sejarah m'Sia

Malangnya Raja Abdullah, gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu, adalah Sir Harry Ord, seorang kawan Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim mempunyai beberapa masalah yang belum diselasaikan dengan Raja Abdullah. Dengan pertolongan Ord, Ngah Ibrahim menghantar askar-askar supai dari India untuk menghalang Raja Abdullah daripada menuntut takhta dan pada setakat tertentu, mengawal kongsi-kongsi gelap Cina.

Menjelang 1873, Pejabat Kolonial di London menganggap Ord sebagai seorang gabenor yang tidak cekap. Tidak lama kemudian, beliau digantikan dengan Sir Andrew Clarke yang diperintah memberi gambaran keseluruhan tentang apa yang terjadi di negeri-negeri Melayu serta mencadangkan bagaimana memperkemas pentadbiran British di Tanah Melayu. Alasan keputusan ini adalah kerana London semakin sedar bahawa Negeri-negeri Selat semakin bergantung kepada ekonomi negeri-negeri Melayu, termasuk Perak. Sebaik sahaja Clarke tiba di Singapura, banyak pedagang British, termasuk Read, berapatan dengan gabenor baru ini. Melalui Read, Clarke mendapat tahu tentang masalah Raja Abdullah dan kesanggupannya untuk menerima seorang wakil British di dalam istananya jika pihak British membantu bekas pewaris raja itu.

Clarke terus merebut peluang untuk mengembangkan pengaruh British. Pada mula-mulanya, beliau memanggil semua kongsi gelap dan mendesak supaya mereka mencapai kedamaian yang tetap. Kemudian, melalui pemeteraian Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Clarke mengisytiharkan Raja Abdullah sebagai sultan Perak yang sah. Dengan segera, J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen Perak. Raja Ismail, walaupun tidak merupakan salah satu pihak perjanjian tersebut, dipaksa turun takhta, akibat tekanan Clarke yang sungguh kuat.

[sunting] Selangor

Maklumat lanjut: Perang Klang

Bersama-sama dengan Perak, Selangor yang merupakan lagi sebuah negeri Melayu yang terletak di sebelah sempadan selatan Perak, juga mempunyai banyak mendapan timah di sekitar Hulu Selangor di utara, Hulu Klang di kawasan tengah, dan Lukut yang berdekatan dengan Negeri Sembilan di selatan. Pada sekitar tahun 1840, pelombongan timah menjadi sebuah industri yang besar di bawah pimpinan Raja Jumaat dari Riau. Usaha Raja Jumaat diganjar oleh Sultan Muhammad dari Selangor yang melantik beliau sebagai pentadbir Lukut pada tahun 1846. Menjelang dekad 1850-an, kawasan ini muncul sebagai salah satu petempatan yang paling moden di Semenanjung Melayu, jika Negeri-negeri Selat tidak diambil kira. Pada suatu ketika, terdapat tidak kurang daripada 20,000 orang buruh yang kebanyakannya merupakan orang Cina yang diimport dari China. Raja Jumaat meninggal dunia pada tahun 1864, dan kematiannya mengakibatkan kekosongan pimpinan. Perlahan-lahan, Lukut merosot dan dilupakan.

Page 31: Sejarah m'Sia

Kuala Lumpur ialah bandar raya terbesar serta ibu negara Malaysia.

Sementara itu, Hulu Klang mencapai pertumbuhan yang tidak pernah berlaku dahulu, disebabkan oleh pelombongan timah. Antara tahun 1849 dan 1850, Raja Abdullah bin Raja Jaafar, sepupu Raja Jumaat, dilantik sebagai pentadbir Klang oleh Sultan Selangor. Semasa kepentingan ekonomi Lukut perlahan-lahan merosot, ekonomi Hulu Klang sedang memuncak. Ini menarik banyak buruh, khususnya pendatang-pendatang Cina yang pernah bekerja di Lukut, untuk berpindah ke sini. Seorang yang bertanggungjawab untuk memujuk orang-orang Cina untuk berpindah dari Lukut ke Hulu Klang ialah Sutan Puasa dari Ampang. Beliau membekalkan lombong-lombong jajahan di Hulu Klang dengan berbagai-bagai barang, termasuk beras dan candu. Ketika Hulu Klang menjadi makmur, banyak petempatan lain mula ditubuhkan. Salah dua daripada petempatan-petempatan yang baru ini ialah Kuala Lumpur dan Klang menjelang akhir dekad 1860-an. Seorang kapitan Cina yang bernama Yap Ah Loy memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Kuala Lumpur.

Seperti yang terjadi di Perak, perkembangan yang pesat ini banyak menarik minat pihak British di Negeri-negeri Selat. Ekonomi Selangor menjadi terlalu penting kepada kemakmuran Negeri-negeri Selat sehingga sebarang kekacauan di negeri itu akan menjejaskannya. Oleh itu, pihak British berasa bahawa ia memerlukan hak bersuara dalam politik Selangor. Kekacauan utama tunggal yang merupakan sebuah perang saudara ialah Perang Klang yang bermula pada tahun 1867.

Pada November 1873, sebuah kapal dari Pulau Pinang diserang oleh lanun berhampiran dengan Kuala Langat, Selangor. Sebuah perbicaraan diadakan dekat Jugra dan lanon-lanon yang disyaki dihukum mati. Sultan Selangor melahirkan rasa bimbang dan meminta bantuan daripada Sir Andrew Clarke. Mula-mulanya pada tahun 1874, Frank Swettenham telah diarahkan untuk bertindak sebagai penasihat Sultan Selangor. Lebih kurang setahun kemudian, seorang peguam dari Singapura yang bernama J.G. Davidson dilantik sebagai Residen British di Selangor. Walaupun Frank Swettenham juga dicalonkan untuk jawatan Residen itu, beliau dianggap terlalu muda.

Perang Saudara tamat pada tahun 1874.

[sunting] Sungai Ujong, Negeri Sembilan

Page 32: Sejarah m'Sia

Bendera Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan merupakan lagi satu pengeluar timah yang utama di Tanah Melayu. Pada tahun 1869, perebutan kuasa antara Tengku Antah dan Tengku Ahmad Tunggal berlaku ketika kedua-dua putera itu berhasrat untuk menjadi Yamtuan Besar (pemerintah Negeri Sembilan) yang berikut. Pertikaian antara kedua-dua putera ini membahagikan gabungan dan mengancam kebolehpercayaan pembekalan timah dari Negeri Sembilan.

Sungai Ujong, sebuah negeri dalam gabungan, khususnya merupakan tapak bagi banyak lombong tempatan yang penting dan yang dikuasai oleh Dato' Kelana Sendeng. Bagaimanapun, Dato' Bandar Kulop Tunggal, ketua suku kaum tempatan, lebih berpengaruh berbanding dengan Dato' Kelana, dan menerima banyak sokongan daripada orang-orang tempatan serta juga daripada pendatang-pendatang Cina yang bekerja di lombong-lombong Sungai Ujong. Kepopularan Dato' Kelana yang terhad memaksanya bergantung kepada lagi seorang ketua suku kaum yang bernama Sayid Abdul Rahman untuk sokongan. Sayid Abdul Rahman adalah Laksamana Raja Laut bagi gabungan tersebut. Hubungan yang tegang antara Dato' Bandar dan Dato' Kelana mengakibatkan banyak kekacauan di Sungai Ujong.

Bagaimanapun, tahun-tahun sebelum 1873 merupakan tahun-tahun yang agak tenteram ketika Dato' Kelana terpaksa memberi lebih banyak perhatian kepada Sungai Linggi kerana Rembau, lagi sebuah negeri di dalam gabungan, mencuba merampas Sungai Linggi daripada kuasa Sungai Ujong. Negeri Sembilan ketika itu dikaitkan dengan Melaka melalui Sungai Linggi, dengan jumlah perdagangan yang besar melalui Sungai Linggi setiap hari. Sesiapa yang menguasai Sungai Linggi akan memperoleh banyak kekayaan hanya melalui cukai.

Pada tahun 1873, Dato' Kelana Sendeng meninggal dunia, dan Sayid Abdul Rahman menjadi Dato' Kelana baru. Bagaimanapun, kematian Dato' Kelana Sendeng tidak menyebabkan perbaikan hubungan antara Dato' Kelana dan Dato' Bandar. Sebaliknya, keadaan merosot. Dato' Kelana yang baru berasa amat risau terhadap pengaruh Dato' Bandar yang tidak terkawal dan mencari cara-cara untuk membalas kuasa musuhnya.

Apabila pihak British bertukar kepada dasar tidak campur tangan pada tahun 1873 dengan menggantikan Sir Harry Ord dengan Sir Andrew Clarke sebagai gabenor baru Negeri-negeri Selat, Dato' Kelana dengan segera menyedari bagaimana pihak British dapat mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong. Dato' Kelana tidak membazir masa dan dengan cepatnya berhubung serta melobi pihak British di Melaka untuk menyokongnya. Pada April 1874, Sir Clarke merebut permintaan Dato' Kelana sebagai cara untuk membina kehadiran British di Sungai Ujong khususnya dan Negeri Sembilan umumnya. Sir Clarke mengakui Dato' Kelana sebagai ketua Sungai Ujong yang sah. Pihak British dan Dato' Kelana memeterai sebuah perjanjian yang

Page 33: Sejarah m'Sia

mendesak Dato' Kelana supaya memerintah Sungai Ujong dengan adil, melindungi pedagang-pedagang, serta menghalang sebarang tindakan yang menentang pihak British di sana. Dato' Bandar tidak dijemput untuk memeterai perjanjian ini dan oleh itu, beliau berkata bahawa beliau tidak terikat kepada perjanjian tersebut. Tambahan pula, Dato' Bandar dan orang-orang tempatan tidak bersetuju dengan kehadiran pihak British di Sungai Ujong, dan ini mengakibatkan Dato' Kelana menjadi lagi tidak popular di sana.

Tidak lama kemudian, sebuah kumpulan yang diketuai oleh William A. Pickering — dari Kawasan Naungan Cina di Negeri-negeri Selat — dihantar ke Sungai Ujong untuk menaksir keadaan bagi pihak Negeri-negeri Selat. Beliau mendapat tahu tentang kesusahan Dato' Kelana dan melaporkan hal ini kepada Negeri-negeri Selat. Ini memaksa pihak British menghantar 160 orang askar ke Sungai Ujong untuk membantu Pickering menewaskan Dato' Bandar. Pada akhir tahun 1874, Dato' Bandar melarikan diri ke Kepayang. Walaupun ditewaskan, pihak British masih membayarnya pencen serta memberi perlindungan kepadanya di Singapura.

Dengan lalunya masa, pengaruh British semakin meningkat sehingga seorang penolong residen dijawat untuk menasihati dan membantu Dato' Kelana dalam pemerintahan Sungai Ujong.