sejarah masyarakat jawi peranakan dan isu ekonomi 1900-1940 : cara mereka mengatasinya

24

Click here to load reader

Upload: penglipur-lara

Post on 06-Aug-2015

368 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

Abstrak

Peristiwa Pengambilan Pulau Pinang oleh British pada 1786 merupakan suatu titik tolak kepada pembentukan suatu masyarakat baru iaitu kaum imigran-jawi peranakan yang merupakan kesan sosial daripada pemerintahan British di Pulau Pinang pada kurun ke 19 dan 20. Mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi di Pulau Pinang. Tetapi menjelang kurun ke 20, mereka menghadapi cabaran khususnya dalam aspek ekonomi apabila berdepan dengan kebanjiran imigran luar yang bersaing dalam bidang ekonomi dengan golongan penghijrah awal dan ini pastinya menggugat kredibiliti dan kepentingan mereka di Pulau Pinang. Dalam masa sama menghadapi perkara berkaitan ekonomi sepanjang tempoh tersebut. Tetapi bagaimanakah mereka menghadapi fenomena ini berbekalkan kebolehan sedia ada mereka?

Abstract

Recruitment Events of Penang by the British in 1786 was a turning point for the formation of a new community to the immigrants in Jawi Peranakan as a effect of social impact of British rule in Penang in the 19th century and 20th century. They are involved in economic activities in Penang. But by the 20th century, they was face particular challenges in the economic aspects in dealing with the influx of foreign immigrants compete in the economy with the early migrants and this would certainly undermine the credibility and their interests in Penang. In the same time, they was facing economic matters during the period. But how do they deal with this phenomenon leveraging based on their existing capabilities?

Pengenalan

Pulau Pinang menjelang kurun ke dua puluh merupakan suatu kawasan metropolitan penting

di Tanah Melayu dan bertindak sebagai bandar pelabuhan metropolitan di rantau utara

semenanjung Malaysia khasnya. Pulau Pinang dengan keluasan 293 km persegi juga turut

terkenal sebagai sebuah kawasan penting bagi kegiatan ekonomi khususnya pelabuhan Pulau

Pinang sebagai pusat perdagangan setempat dan antarabangsa serta menjadi tumpuan

perkapalan antarabangsa dengan sebahagian besar syarikat perkapalan Eropah operasi di sini

seperti Syarikat Mansfield, Amalgamated Stevedoring dan sebagainya. Kedudukan Pulau

Pinang juga adalah strategik bagi rantau utara semenanjung Malaysia. Di utara dan Timur

Pulau Pinang, mereka bersempadan dengan Kedah yang pernah menjadi tuan kepada Pulau

Pinang pada suatu masa dahulu dan di selatan bersempadan dengan Perak yang terkenal

dengan hasil ekonomi seperti bijih timah dan tanah subur bagi pertanian dan di barat adalah

1

Page 2: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

Selat Melaka yang merupakan laluan lebuh raya ekonomi antarabangsa. Kepesatan Pulau

Pinang pada awal kurun ke 20 turut dibuktikan melalui peranannya sebagai pusat

perdagangan haji di semenanjung dengan peranan utama Lebuh Aceh sebagai pusat

pengurusan haji untuk masyarakat Islam Pulau Pinang dan kawasan berhampiran. 1

Sepintas lalu tentang asal usul Pulau Pinang, nama Pulau Pinang merupakan asal rujukan

terhadap pokok pinang yang banyak tumbuh di sekitar pulau ini dan pinang sering dimakan

bersama sirih khususnya bagi golongan tua Melayu khasnya.2 Pulau Pinang yang dianggap

kota metropolitan di utara semenanjung Malaysia ini turut mempunyai kota kara tersendiri

iaitu Georgetown sebagai pusat pentadbiran dan nadi ekonomi di kawasan Pulau.

Georgetown turut dikenali sebagai Tanjung atau Tanjung Penaga khususnya dalam

kalangan masyarakat tempatan di Pulau Pinang.3

Namun begitu, dalam kepesatan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar raya metropolitan di

utara semenanjung Malaysia yang bersifat rencam dan berbagai-bagai, pastinya akan timbul

masalah yang tidak dijangka seiring dengan perkembangan ekonomi Pulau Pinang

khususnya daripada aspek sosial masyarakat khususnya dalam kalangan kaum imigran –Jawi

Peranakan khasnya dan juga masyarakat Melayu Tanjung amnya. Tetapi, apakah masalah

yang berlaku? Dan bagaimanakah masyarakat peribumi Pulau Pinang dalam menghadapi

masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, makalah ini akan cuba menilai tentang persoalan atau

dilema sosial masyarakat Pulau Pinang. Skop kajian akan diberikan sehingga tercetusnya

Perang Pasifik (1941-1945) kerana tempoh ini(1900-1940) menyaksikan suatu perkembangan

yang unik di Pulau Pinang iaitu terdapat keadaan di mana masyarakat Muslim imigran- Jawi

Peranakan khususnya cuba untuk menghadapi keadaan sosial di bandar raya metropolitan ini

1 Ooi Keat Gin,2012, Perkembangan Pulau Pinang Sebagai Pelabuhan Kosmopolitan, Ooi Keat Gin(ed), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 87-882 Mahani Musa,2008, Sejarah Awal : Pulau Pinang Sebelum 1786, Muhammad Haji Salleh, Sejarah Awal Pulau Pinang, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 26-273 Ibid

2

Page 3: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

dengan cara tersendiri serta penglibatan golongan “imigran Muslim” yang menjadi ‘Melayu’

untuk terlibat dalam mengatasi masalah mereka dalam dunia metropolitan Pulau Pinang

antara tempoh tersebut. 4

Imigran Muslim - Jawi Peranakan: Siapa Mereka?

Golongan ini khususnya muncul akibat daripada kewujudan Pulau Pinang sebagai sebuah

pusat perdagangan di Nusantara menjelang kurun ke 19. Dalam membahaskan siapa mereka,

Haji Mohd Yusoff Latif menjelaskan bahawa mereka adalah golongan kaum imigran Muslim

yang terdiri daripada kaum India, Benggali, Arab dan lain-lain kawasan Asia dan berkahwin

dengan kaum Melayu khususnya wanita5 Pembentukan masyarakat ini berlaku apabila

kebanyakan kaum imigran Muslim berkahwin dengan wanita tempatan kerana sebahagian

daripada mereka tidak membawa keluarga atau isteri mereka dan pilihan yang ada adalah

berkahwin dengan wanita tempatan. Tambahan pula, masyarakat Melayu umumnya amat

terbuka dalam memilih kaum imigran Muslim sebagai sebahagian daripada ahli keluarga

mereka (menantu). Tambahan lagi, kekayaan yang dimiliki oleh kaum imigran ini secara

tidak langsung memberikan peluang untuk mereka mengahwini kaum kerabat diraja.

Misalnya, Kapitan Kling sendiri telah mengahwini Tengku Mahiran iaitu kerabat diraja

Kedah iaitu Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1797) lalu mengembangkan keturunan

mereka di Pulau Pinang kini iaitu keluarga Merican.6 Perkahwinan ini kemudiannya tersebar

luas dalam kalangan rakyat biasa khususnya di Kedah dan Pulau Pinang lalu mengakibatkan

masyarakat ini dengan mudah terbentuk dan berkembang dalam lapis sosial di Pulau Pinang .

4 Ooi Keat Gin,2012, Perkembangan Pulau Pinang Sebagai Pelabuhan Kosmopolitan, Ooi Keat Gin(ed), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 87-88

5 Haji Mohd Yusoff Latiff, 2010, Peranan Jawi Peranakan Dalam Kegiatan Politik Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.hlm 98.6 Azrul Affandy Sobry, Misteri Etnik: Kapitan Keling Pengasas Masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang, Berita Harian, 10 Mei 2005

3

Page 4: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

Seorang pengkaji iaitu Omar Yusoff pula berpendapat bahawa ciri fizikal golongan Jawi

Peranakan ini ialah:

“Rupa mereka seperti orang India tetapi tidaklah seperti India sangat. Ada sedikit kemelayuan dan nampak lebih cantik daripada anak mami India Muslim”. 7

Mereka turut dicirikan melalui tempat tinggal mereka iaitu menetap di Pulau Pinang serta

negeri-negeri selat iaitu Singapura dan Melaka. Mereka akhirnya membentuk suatu

masyarakat baru di Pulau Mutiara ini. Masyarakat Jawi Peranakan ini dikatakan telah datang

ke Pulau Pinang sebaik-baik sahaja Pulau Pinang dibuka oleh Kapten Light dan kemudian

negeri ini dijadikan sebagai pelabuhan bebas oleh pihak Inggeris.8 Dasar ‘pintu terbuka’ yang

menjadi polisi kerajaan British telah menarik minat Jawi Peranakan yang berasal dari Kedah

untuk turut menjalankan perniagaan di Pulau Pinang dan melihat kedatangan British di Pulau

Pinang adalah suatu keuntungan. Ada juga pihak yang menyatakan bahawa kedatangan Jawi

Peranakan dari Kedah telah mula berlaku sejak abad ke-17.9

Isu Ekonomi

Isu tentang ekonomi merupakan sesuatu hal yang utama dalam pembentukan sebuah

masyarakat termasuklah di Pulau Pinang. Pulau Pinang sejak kurun ke 19 merupakan

tumpuan utama bagi kedatangan imigran dari India dan China. Kedatangan mereka ke Asia

Tenggara umumnya dan Pulau Pinang khasnya lebih bercorak kan ekonomi serta keadaan

negatif di dalam negara asal masing-masing. Perkara ini khususnya menjadi lebih mudah

apabila pihak penjajah khususnya British di Tanah Melayu turut menggalakkan mereka untuk

sampai ke Tanah Melayu melalui sistem –sistem buruh seperti sistem kongsi, kang ani,

7 Azrul Affandy Sobri, Jawi Peranakan Kuasai Bidang Perniagaan, Berita Harian, 9 Mei 20058 Omar Yusoff dan Noriah Mohammad, Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadapKomuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada Abad ke-21, Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation Omar Yusoff & Noriah Mohamed 28(2) (2010): 63 – 82. Hlm 669Ibid .

4

Page 5: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

kontrak dan sebagainya.10 Dari perspektif Pulau Pinang, kedatangan imigran asing sudah

berlangsung sejak awal kurun ke 19 lagi serta telah membentuk suatu masyarakat dan

kebudayaan baru kepada Pulau Pinang. Malah, mereka turut meninggalkan mercu tanda

utama yang menjadi kebanggaan masyarakat di Pulau Pinang. Misalnya, menurut Izreen

Muadz, Lebuh Aceh merupakan hasil usaha daripada seorang Arab iaitu Syed Hussain Aidid

yang merupakan seorang Arab yang berasal dari Aceh dan mempunyai susur galur keturunan

dengan pemerintah Aceh. Beliau merupakan pedagang rempah dan memperoleh bekalan dari

Aceh.11 Dalam masa sama, golongan imigran turut membentuk suatu mercu tanda iaitu

Masjid Kapitan Keling yang diasaskan oleh Cauder Marican Noordin dari India pada 1801

menggunakan tanah wakaf yang sekarang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling di tengah-

tengah Bandar raya Georgetown kini. 12

Keadaan ini menunjukkan bahawa seawal kurun ke 19 lagi para pedagang dan golongan

imigran Muslim khususnya telah memainkan peranan utama dalam ekonomi Pulau Pinang

dan seterusnya telah mencorakkan budaya baru dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang.

Golongan imigran ini terus memainkan peranan mereka dalam bidang ekonomi dan melalui

hubungan erat dengan British mereka telah membentuk kuasa ekonomi mereka sepanjang

kurun ke 19 sehingga pihak British turut melihat golongan imigran awal ini dalam

menguatkan ekonomi Pulau Pinang itu sendiri. Malah, British sendiri pernah meminta

bantuan golongan ini dalam menghadapi krisis-krisis kewangan yang mengancam kedudukan

British di Pulau Pinang. Misalnya, pada Julai 1815, British Authorities of Penang pernah

10 Azmah Abdul Manaf,2000. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Publication and Distributors Sdn Bhd, hlm 13011 Izrin Muaz Md Adnan, A History of The Acheen Street Malay Enclave from Oral History Accounts , JMBRAS, Vol.85, Part 1(2012)pp1-44, hlm 1-2

12 Izrin Muaz Md Adnan, A History of The Acheen Street Malay Enclave from Oral History Accounts , JMBRAS, Vol.85, Part 1(2012)pp1-44, hlm 1-2

5

Page 6: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

memohon bantuan Syed Hussain Aidid sebanyak 50000 dolar Sepanyol dengan kadar faedah

sebanyak dua belas peratus setahun.13

Namun begitu, menjelang kurun ke dua puluh, keadaan mulai berubah apabila golongan

immigrant bukan Islam khususnya dari China dan India mulai bertambah dengan pesat

ekoran daripada dasar perdagangan British yang telah memesatkan lagi perkembangan

penduduk dan kedatangan imigran asing khususnya daripada China, India dan Eropah.

Keadaan ini berubah di mana imigran bukan Islam bersaing dengan imigran Islam dalam

soal ekonomi dan keadaan ini pastinya membimbangkan golongan imigran Islam ini. Dalam

memperincikan perkara ini, Syed Syeikh Al Hadi yang merupakan peranakan Arab-

Minangkabau di Pulau Pinang dalam membicarakan isu ini berpendapat bahawa orang-orang

Melayu khususnya di Pulau Pinang telah dihimpit daripada pelbagai aspek ekonomi dan

sosial serta tidak mempunyai sebuah kepimpinan elit tradisi seperti negara-negara Melayu

lain di Tanah Melayu.14 Kepimpinan elit Melayu adalah penting sebagai pengimbang kepada

dasar dan keputusan yang dibuat oleh British. Keadaan ini diburukkan lagi oleh jumlah

masyarakat Melayu yang tidak begitu ramai berbanding kaum bukan Melayu di Pulau Pinang

menjelang awal kurun ke 20. 15 Selain itu, angka yang tidak memihak bagi kaum Melayu ini

turut dikesan sejak tahun 1830an lagi. Jumlah penduduk Melayu di kawasan Pulau Pinang

adalah sekitar 16435 orang berbanding jumlah kaum imigran sebanyak 23772 orang daripada

jumlah keseluruhan penduduk Pulau Pinang pada waktu tersebut seramai 40,207 orang. Hal

ini pastinya membimbangkan dan bagi kaum imigran Muslim- Jawi peranakan khususnya.

Golongan peniaga secara dasarnya turut merasakan kebimbangan yang dirasakan oleh Syed

13 Ibid14 MD Salleh Mohd Ghaus, Pergerakan Politik Melayu Pulau Pinang Sebelum 1945, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia 1977/1978, hlm 144-145.15 Ibid

6

Page 7: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

Syeikh Al Hadi kerana ia merupakan ancaman kepada survival kehidupan dan ekonomi

mereka di Pulau Pinang itu sendiri. 16

Menyedari hakikat itu, para pedagang imigran Muslim- Jawi Peranakan khususnya telah

cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang tidak begitu memihak kepada

mereka. Kesedaran bahawa golongan imigran Muslim Pulau Pinang antara tempoh 1900-

1940 adalah kelompok minoriti, akan berlaku secara kasarnya terdapat perubahan pada

marga budaya bagi membentuk asimilasi dengan penduduk tempatan khususnya kaum

Melayu. 17Asimilasi adalah suatu keadaan di mana masyarakat minoriti telah dibudayakan

dan diserapkan di dalam budaya masyarakat majoriti dalam sesebuah wilayah atau negara.

Perkembangan ini khususnya akan menjadi lebih mudah sekiranya wujud persamaan dari

aspek agama ataupun rumpun yang sama. Misalnya, agama Buddha di Thailand telah

membuatkan kaum China di Thailand lebih mudah menerima budaya tempatan dan

menanggalkan identiti kecinaan mereka sehingga tidak timbul perbezaan ketara peribumi dan

kaum cina di Thailand.18 Tetapi, asimilasi juga turut terjadi apabila berlakunya kemerdekaan

dalam sesebuah negara bangsa khususnya di Asia Tenggara. Seperti Indonesia, kerajaan

Indonesia telah membuat ketetapan kepada kaum bukan peribumi khususnya kaum China di

Indonesia pada 1949 untuk menerima kerakyatan Indonesia atau China serta mengubah jati

diri asal sesuatu kaum sehingga menghilangkan sebahagian besar budaya asal nenek moyang

mereka.19 Namun begitu, bagi kaum imigran-Muslim – Jawi Peranakan, proses menjadi

Melayu dan pengasimilasian berlaku secara berperingkat dan perlahan dengan cuba

mendekatkan diri dan menyesuaikan diri dengan budaya Melayu di mana mereka secara rela

menggugurkan ciri-ciri peranakan mereka dan menjadi Melayu di Pulau Pinang.20

16 Ooi Keat Gin, Perkembangan Pulau Pinang Sebagai Pelabuhan Kosmopolitan, dalam Ooi Keat Gin(ed), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 9717 Ibid18 Wan Abdul Halim,Othman, 1989, Asas Hubungan Etnik, Kuala Lumpur: Yayasan Nurul Yaqeen, hlm 13.19 Ibid 20 Omar Yusoff dan Noriah Mohammad, Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadap

7

Page 8: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

Dalam keadaan inilah golongan imigran Muslim-Jawi Peranakan telah mengasimilasikan

diri mereka terhadap kebudayaan rantau Melayu Tanjung serta menjadi pejuang bagi kaum

Melayu di Pulau Pinang dengan membangkitkan isu-isu Melayu melalui penerbitan yang

dimonopoli oleh mereka bagi penerbitan akhbar Melayu dalam era awal kurun kedua puluh.

Dalam menjustifikasikan hal ini, Abdul Rahman Haji Ismail berpendapat bahawa

pembahagian Melayu boleh dilihat daripada tiga aspek utama iaitu bangsa keturunan,

kebudayaan dan bangsa Melayu politik.21 Dalam aspek ini, kaum imigran Melayu dikatakan

telah mengubah status mereka menjadi Melayu. Misalnya, Istilah Jawi Peranakan yang

digunakan oleh pentadbir British terhadap masyarakat campuran –imigran Muslim ini mulai

pudar dan semakin jarang digunakan bagi merujuk kepada golongan tersebut. Misalnya, pada

tahun 1911, semakin jarang ibu bapa mendaftarkan diri mereka sebagai jawi peranakan yang

merujuk kepada imigran Muslim yang berada di Pulau Pinang dan menjalankan kegiatan

ekonomi sejak kurun ke 19 lagi sebaliknya lebih rela mendaftarkan diri sebagai Melayu.22

Tambahan pula, bagi British mereka khususnya memberikan banyak keistimewaan kepada

kaum Melayu di Pulau Pinang daripada aspek pendidikan, agama dan sebagainya atas dasar

untuk memastikan kebergantungan kaum Melayu ke atas mereka ( British). Dasar British ini

khususnya adalah untuk mengawal kaum Melayu agar tidak memberontak terhadap British

dan British menggalakkan kedatangan orang Cina dan India bagi kepentingan ekonomi

mereka lantas kaum Melayu Pulau Pinang melihat British sebagai penting bagi melindungi

kepentingan Melayu di Pulau Pinang. 23

Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada Abad ke-21, Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation Omar Yusoff & Noriah Mohamed 28(2) (2010): 63 – 82, hlm 75.21 Abdul Rahman Haji Ismail, 2006, Bangsa: Ke arah Ketepatan Makna Dalam Membicarakan Nasionalisme Melayu, Abdul Rahman Haji Ismail.et.al (ed) Nasionalisme di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 6-722 Omar Yusoff, 2010, Sejarah Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 723 Ibid

8

Page 9: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

Tindakan British secara khusus telah dimanipulasikan secara bijak oleh golongan imigran

Muslim – Jawi Peranakan bagi melindungi hak mereka secara lebih baik dengan masuk ke

dalam marga Melayu dan menjadi Melayu. Secara berevolusi, masyarakat ini akhirnya

meninggalkan banyak kebudayaan asal dan menjadi Melayu. Proses ini adalah mudah kerana

budaya Melayu adalah bersifat fleksibel serta mudah diamalkan oleh masyarakat lain lantas

akhirnya ciri hidup Melayu subur dalam diri masyarakat imigran Muslim di Pulau Pinang

secara jangka masa panjang.24 Lantas akhirnya menjadi Melayu secara budaya dan akhirnya

keturunan dalam jangka masa panjang.25 Tetapi, sungguhpun telah menukar marga mereka

kepada Melayu, tetapi, mereka secara asasnya bersifat selektif dalam memilih akan sifat dan

perwatakan mereka dalam masyarakat. Dari sudut ekonomi, mereka lebih kelihatan seperti

golongan peranakan – Imigran Muslim dengan melibatkan diri dalam persatuan –persatuan

perdagangan yang akan memberikan hak penjagaan ke atas ekonomi. Misalnya, pada tahun

1922, menerusi akhbar The Straits Times pada 22 Ogos telah mencatatkan bahawa mereka

telah menghantar memorandum kepada pihak British agar cukai pendapatan yang dikenakan

oleh British semasa Perang Dunia Pertama di hapuskan kerana peperangan sudah berakhir.26

Menariknya, mereka menggelakkan diri sebagai Persatuan Pedagang India Muslim yang

membuktikan bahawa mereka khususnya bersifat selektif dalam mengimbangkan antara

keperluan menjadi Melayu dan kepentingan ekonomi.27 Tetapi, apabila perkara yang

berkaitan dengan sikap negatif kaum Melayu, mereka sebaliknya akan kekal dalam

kebanggaan mereka kepada keturunan Arab atau India Muslim mereka.

Gambaran terhadap Melayu pada tempoh itu (1900-1940) adalah digambarkan secara

negatif khususnya di Pulau Pinang. Masyarakat Melayu di Pulau Pinang dianggap sebagai

24 Abdul Rahman Haji Ismail, 2006, Bangsa: Ke arah Ketepatan Makna Dalam Membicarakan Nasionalisme Melayu, Abdul Rahman Haji Ismail.et.al (ed) Nasionalisme di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 6-7

25 Ibid26 The Straits Times, 22 Ogos 192227 Ibid

9

Page 10: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

sebuah masyarakat feudal yang tinggal di luar bandar , pemalas, miskin dan pastinya timbul

kontradiksi dengan golongan peranakan yang tinggal di perkotaan di Georgetown

khususnya.28 Tetapi dalam soal politik mereka bersifat seperti Melayu dengan melibatkan

diri dalam persatuan sosial yang melibatkan kepentingan kaum Melayu seperti Persatuan

Melayu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 1927 bagi melindungi masyarakat Melayu Pulau

Pinang dalam menghadapi kemelut sosial, ekonomi dan politik daripada ancaman kaum

bukan peribumi yang mendominasi Pulau Pinang pada dekad 1900an sehingga 1940. 29

Persoalan lain yang turut melingkari kedudukan kaum Muslim imigran dan peranakan

Pulau Pinang adalah tentang kemerosotan perniagaan dalam kalangan masyarakat Islam di

Pulau Pinang antara tahun 1900 sehingga menjelang pendudukan Jepun pada 1941. Persoalan

ini sungguhpun tidak begitu meruncing serta tidak melibatkan para peniaga Muslim

golongan imigran dan peranakan tetapi isu ini tetap menjadi suatu yang hal berlaku semasa

tempoh tersebut. Sebahagian kes turut melibatkan perbalahan antara waris perniagaan dan

kegagalan pihak terlibat khususnya waris perniagaan dalam menguruskan harta dan

perniagaan warisan keluarga sejak turun temurun.30 Keadaan ini dilihat agak terpencil dan

tidak mencerminkan keadaan yang menyeluruh dalam kalangan masyarakat imigran Muslim-

Jawi peranakan di Penang. Antaranya adalah dalam The Straits Times bertarikh 16

November 1925 telah dicatatkan bahawa selepas kematian M.M Noordin pada 1923, ada

sebahagian estet beliau telah dijual kepada pihak lain iaitu Mr Lim Cheng Teik. The Straits

Times yang memetik dari Straits Echo menyebutkan bahawa:

“ The Penang Gazette hears that the three large properties belonging to the estate of Mahomed Noordin and knows as marble hall at the corner of Kelawai Road, Pangkor Road

28 Omar Yusoff, 2010, Sejarah Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 10

29 Laman Web Rasmi Persatuan Melayu Pulau Pinang, http://www.pemenang.org.my/sejarah/sejarah.html tarikh akses 29 November 2012, jam 1.20 pagi. 30 Ibid

10

Page 11: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

and Burmah Road with an acreages 722,000 sq ft Babington Estates, situated Perak Road an acreage of over 440,000 sq ft and also Suffolk House at Aier Hitam Road, which had acreage of over million sq ft, have been sold to Mr Lim Cheng Teik”.31

Dalam masa yang sama, keadaan yang serupa turut dihadapi oleh Mahomed Ariff yang

meninggal dunia pada tahun 1917 di mana kekayaan beliau turut merosot apabila beliau

meninggal dunia dan keturunan beliau gagal dalam mempertahankan kekayaan beliau. The

Singapore Free Press dalam suatu makalah bertarikh 21 Julai 1917 menyebutkan bahawa:

“ The Straits Echo understands that Mr Lim Chin Guan has purchased for 58,500$ The teluk Remiss Coconut Estates, property of The late Mahomed Ariff”.32

Namun begitu, kekangan ini secara asasnya tidak menggambarkan keadaan semasa dalam

kalangan masyarakat imigran Muslim- Jawi Peranakan secara keseluruhan kerana

masyarakat peranakan khususnya mempunyai mekanisme sendiri dalam membangunkan diri

mereka sungguhpun menghadapi masalah seperti itu. Sikap mereka banyak dicirikan oleh

faktor kehidupan dan pengalaman hidup serta budaya perniagaan dalam kalangan mereka.

Dalam hal ini, menunjukkan bahawa sungguhpun terdapat dalam kalangan peranakan

menghadapi kemerosotan perniagaan, mereka mampu mengatasinya dengan cara yang

berbeza.33 Misalnya, salah seorang keturunan mereka iaitu Omar Merican Noordin iaitu anak

kepada M.M Noordin telah berjaya menubuhkan penternakan kuda di Kuala Lumpur dan

merupakan pemain kuda pertama bagi kaum peribumi di Tanah Melayu. Beliau telah keluar

dari Pulau Pinang dan pergi ke Singapura dan Kuala Lumpur hingga berjaya menjadi

pengusaha ternakan kuda terpenting di Malaysia sehinggalah kematian beliau pada 1980.34

31 The Straits Times, 16 November 1925, page 832 The Singapore Free Press, 21 July 1917, page 733 Omar Yusoff, 2010, Sejarah Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 834 Temu bual oleh Muhamamd Syukri Bin Abu Samad dan Siti Amirah Binti Abdullah dengan Aladdin Merican Noordin, anak O.M Noordin di Scotland Villas, Jalan Batu Gantung,11000, Pulau Pinang pada 5 Oktober 2012.

11

Page 12: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

Dalam masa sama, keturunan peranakan juga turut mengambil inisiatif atas kelemahan

perniagaan dengan menceburi bidang lain. Keadaan pada 1940an khususnya memberikan

gambaran bahawa golongan peranakan mulai terlibat dalam bidang lain dan bersifat selektif

dalam memilih kerjaya dan tidak bersifat fokus pada perniagaan.35 Misalnya, anak - anak A.P

Sultan Mydin J.P iaitu saudagar kain terkenal di Pulau Pinang pada kurun ke 19 dan awal

kurun ke 20 memilih bidang lain sebagai pilihan selepas gagal mempertahankan warisan

perniagaan kain mereka.36 Misalnya, S.M Zainul Abidin iaitu anak A.P Sultan Mydin dan

Puan Tangcima yang dilahirkan pada 1898 telah menjadi pendidik terkenal dan nama beliau

telah diabadikan sebagai pendidik terkemuka di Pulau Pinang. Keadaan ini sebenarnya

banyak didorong oleh perkembangan sistem pendidikan Pulau Pinang yang dianggap sudah

moden sejak awal kurun ke 19. Penubuhan Penang Free School pada 1816 di Pulau Pinang

menunjukkan bahawa Pulau Pinang sudah mempunyai suatu sistem pendidikan model aliran

Inggeris dan Melayu semasa negeri-negeri lain dilihat masih lagi dikongkong dan

mengamalkan sistem pendidikan tradisional seperti sistem pendidikan pondok dan masjid. 37

Golongan ini khususnya mempunyai peluang yang banyak dalam pendidikan kerana

hubungan baik dengan British sejak awal kurun ke 19 sejak zaman Cauder Mohidden atau

Kapitan Kling dan berterusan sehingga kurun ke 20 serta pergaulan mereka dengan kaum

Eropah dan bangsa lain. Dengan kemampuan kewangan yang dimiliki kerana ibu bapa

golongan imigran Muslim-Jawi Peranakan ini adalah golongan peniaga yang pastinya

berkemampuan dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan keterbukaan mereka

dalam menerima pendidikan Inggeris yang dilihat sangat penting dalam membantu

pembentukan kerjaya dan sosial dalam kalangan mereka.38 Oleh sebab itulah, sejak 1920an

35 Ibid 36 Zainul Aziz ,2010, Pengisahan Riwayat Hidup Haji S.M Zainul Abiddin B.A.J.M.N. J.P, Kuala Lumpur: Dimensi Eksklusif, hlm 12 37 Ibid38 Azmi Iskandar Merican, 2010, Keluarga Merican: Keturunan Berdarah Campuran, Jawi Peranankan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Omar yusoff dan Jamaluddin Aziz (ed), Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, hlm 35.

12

Page 13: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

ramai dalam kalangan mereka menceburi bidang profesional seperti guru, peguam kerana

kelayakan yang dimiliki. Misalnya, Dr Muhammad Ariff merupakan anak peranakan pertama

menjadi doktor di Tanah Melayu lantas akhirnya sungguhpun sebahagian mereka gagal

dalam mempertahankan kedudukan perniagaan mereka tetapi mereka mampu mengatasinya

dengan sikap terbuka dan kebijaksanaan dalam mengatasi kemelut yang melanda mereka

dalam suasana metropolitan di Pulau Pinang pada kurun ke 20.39

Kesimpulan

Makalah ini telah menerangkan secara ringkas tentang golongan jawi peranakan – imigran

Muslim dalam sudut permasalahan ekonomi dan cara mereka bagi mengatasi masalah

tersebut. Golongan yang unik dalam sejarah Pulau Pinang ini khususnya telah berjaya

mengatasi masalah-masalah mereka dengan cara yang bijak seperti masuk ke dalam marga

bangsa Melayu dan menggunakan pendidikan mereka bagi mengatasi kekangan tersebut.

Jelaslah bahawa, masyarakat ini adalah sebuah masyarakat yang berjaya mengimbangkan diri

dalam suasana metropolitan Georgetown yang rencam ini bagi memastikan kepentingan

mereka terpelihara. Mereka terus kekal dalam survival kehidupan dan berjaya dalam

mengekalkan pengaruh mereka di Pulau Pinang itu sendiri.

Bibliografi

39.Laman Web Rasmi Persatuan Melayu Pulau Pinang, http://www.pemenang.org.my/sejarah/sejarah.html tarikh akses 29 November 2012, jam 1.20 pagi

13

Page 14: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

Abdul Rahman Haji Ismail, Bangsa: Ke arah Ketepatan Makna Dalam Membicarakan Nasionalisme Melayu, Abdul Rahman Haji Ismail.et.al (ed) Nasionalisme di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia,2006.

Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Publication and Distributors Sdn Bhd,2000.

Azmi Iskandar Merican, Keluarga Merican: Keturunan Berdarah Campuran, dalam Jawi Peranankan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Omar yusoff dan Jamaluddin Aziz (ed), Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.2010.

Haji Mohd Yusoff Latiff, Peranan Jawi Peranakan Dalam Kegiatan Politik Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.2010

Izrin Muaz Md Adnan, A History of The Acheen Street Malay Enclave from Oral History Accounts, JMBRAS, Vol.85, Part 1(2012)pp1-44.

Mahani Musa, Sejarah Awal: Pulau Pinang Sebelum 1786,Muhammad Haji Salleh,(ed) Sejarah Awal Pulau Pinang, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, 2008.

MD Salleh Mohd Ghaus, Pergerakan Politik Melayu Pulau Pinang Sebelum 1945, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia 1977/1978.

Omar Yusoff dan Noriah Mohammad, Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: Tinjauan terhadap Komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada Abad ke-21, Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 28(2) (2010): 63 – 82.

Omar Yusoff, Sejarah Pembentukan Jawi Peranakan Pulau Pinang, Omar Yusuf dan Jamaluddin Aziz, (ed) Jawi Peranakan Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia,2010.

Ooi Keat Gin, Perkembangan Pulau Pinang Sebagai Pelabuhan Kosmopolitan, Ooi Keat Gin(ed), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, 2012

Wan Abdul Halim Othman, Asas Hubungan Etnik, Kuala Lumpur: Yayasan Nurul Yaqeen, 1989.

Zainul Aziz, Pengisahan Riwayat Hidup Haji S.M Zainul Abiddin B.A.J.M.N. J.P, Kuala Lumpur: Dimensi Eksklusif, 2010.

Surat Khabar

Azrul Affandy Sobri, Jawi Peranakan Kuasai Bidang Perniagaan, Berita Harian, 9 Mei 2005

Azrul Affandy Sobry, Misteri Etnik: Kapitan Keling pengasas masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang, Berita Harian, 10 Mei 2005

The Singapore Free Press, 21 July 1917.

The Straits Times, 4 May 1922.

14

Page 15: Sejarah Masyarakat Jawi Peranakan dan Isu ekonomi 1900-1940 : Cara Mereka Mengatasinya

The Straits Times, 14 November 1923.

The Straits Times, 18 August 1925

The Straits Times, 16 November 1925.

Laman Web

Badriyah Haji Salleh, Trade and Traders: Economy and Cultures between South India and the West Coast of Peninsular Malaysia: Special Focus on Kedah and Penang, http://www.thinkcity.com.my/penangstory/images/stories/images/badriyah-haji-sallehtrade-and-traders-edited-2nov.pdf tarikh akses 7 Disember 2012, Jam 2.48 am.

Khoo Salma Nasution, Tamil Muslims in the Penang Port,1900-1940, http://www.thinkcity.com.my/penangstory/images/stories/images/khootamil-muslims-in-the-penang-port-abridged.pdf tarikh akses 7 Disember 2012, Jam 1.48 am.

Laman Web Rasmi Persatuan Melayu Pulau Pinang, http://www.pemenang.org.my/sejarah/sejarah.html tarikh akses 29 November 2012, jam 1.20 pagi.

Temu bual

Temu bual oleh Muhamamd Syukri Bin Abu Samad dan Siti Amirah Binti Abdullah dengan Aladdin Merican Noordin, anak bongsu O.M Noordin di Scotland Villas, Jalan Batu Gantung, 11000, Pulau Pinang pada 5 Oktober 2012

15