sejarah kelantan
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900, TANJUNG MALIM
LSM 1023
MALAYSIA: MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU
SEMESTER SATU 2009/2010
SOALAN 6: BINCANGKAN KENAIKAN LONG YUNUS DI ATAS TAKHTA KERAJAAN KELANTAN PADA KURUN KE-18
NAMA PENSYARAH: DR. HARYATI BINTI HASAN
NAMA AHLI KUMPULAN 6
MOHAMMAD AFFENDI BIN MOHD NOOR D20091035439
MOHD SHAHSWAN NIZAM BIN SHARUDDIN D20091035420
NOR HISHAM BIN ZULKIFLEE D20091035415
MOHD HANAFI BIN HAMZA D20091035431
FRANCIS ANAK HENRY D20091035461
RAJLEN BIN MOHAMMAD LAM D20091035449
TING HUA HIEH D20091035446
MOHD ZULHISHAM BIN ABU SEMAN D20091035429
1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, dalam pengkajian terhadap sejarah Kelantan, dua sumber
digunapakai iaitu sumber Kelantan dan sumber daripada luar negeri Kelantan. Jika diteliti
pada kedua-dua sumber tersebut, pastinya akan timbul banyak tafsiran serta fakta yang begitu
berbeza berdasarkan pandangan yang dikemukakan kedua-dua sumber ini. Sebelum abad ke-
18, suasana di negeri Kelantan, adalah dalam keadaan huru-hara disebabkan oleh beberapa
pertikaian dan keadaan politik negeri yang tidak stabil. Negeri ini telah mula bersatu di
bawah pemerintahan Long Yunus, anak Raja Long Sulaiman. Long Yunus menjalani
kehidupan bersama-sama kawan-kawannya sebagai rakyat biasa dan pernah hidup bersama
dengan Long Gafar sebagai juara ayam laga.1 Banyak cabaran dan peristiwa yang dihadapi
beliau dalam usaha menyatukan sistem pemerintahan negeri Kelantan. Walau bagaimanapun,
beliau tidak keseorangan dalam menjalankan proses penyatuan pemerintahan, tetapi turut
dibantu oleh beberapa watak yang penting dalam menghadapi pelbagai rintangan antaranya
Yang Dipertuan Terengganu. Seterusnya, beliau berjaya memegang tampuk pemerintahan
negeri Kelantan. Namun, pelbagai peristiwa berlaku walau beliau telah menaiki takhta
kerajaan negeri.
2.0 SEJARAH KELANTAN SEBELUM ABAD KE-18
Sebelum kemunculan Empayar Melaka, Empayar Srivijaya dikatakan sebagai satu
empayar yang begitu berpengaruh di Kelantan. Bermula pada kurun ke-14, Kelantan
1 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), Pustaka Aman Press Sdn. Bhd., Kota Bharu, hlm. 20
dipengaruhi kuasa Sukhotai di bahagian utara dan kerajaan Majapahit di kawasan selatan.
Pada era sebelumnya, Kelantan berada di antara dua lingkungan empayar besar iaitu Khmer
di utara dan Srivijaya di bahagian selatan. Kegiatan ekonomi yang dijalankan empayar
Khmer adalah ekonomi pertanian manakala, kerajaan Srivijaya menjalankan kegiatan
ekonomi berasaskan perdagangan.2 Justeru, tidak hairanlah jika dikatakan Srivijaya
merupakan kawasan wujudnya pelabuhan entrepot selain Melaka. Merujuk kepada karya
Sejarah Melayu dan Nagarakartagama, kekuasaan Majapahit pula adalah ke atas
Semenanjung Tanah Melayu dan empayarnya mempunyai hak ketuanan ke atasnya.
Kekuasaan Sukhotai adalah terhad di Ligor sahaja.
Pada kurun ke-15, negeri Kelantan dikatakan lebih berpengaruh berbanding dengan
kerajaan Patani. Keadaan ini menyebabkan empayar Melaka berminat untuk menakluki
Kelantan dengan menghantar angkatan ketenteraan yang dipimpin Bendahara Seri Maharaja
dan seterusnya telah berjaya menaklukinya. Peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan
Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah.Keadaan ini menyebabkan Sultan Kelantan ketika itu,
Sultan Mansur Syah berundur ke Patani dan kembali semula setelah menerima kedaulatan
daripada Kerajaan Melaka. Walau bagaimanapun, perhubungan yang dilangsungkan Sultan
Mahmud dengan kerajaan Kelantan tidak bertahan lama disebabkan serangan angkatan
Portugis ke atas Melaka. Namun, kewujudan kerajaan Johor-Riau masih diakui dan diiktiraf
kerajaan Kelantan sebagai pewaris atau kesinambungan pemerintahan empayar Melaka.
Dalam Sejarah Melayu diceritakan ada seorang putera kerajaan Johor-Riau yang ditabalkan
sebagai pemerintah negeri Kelantan dengan memegang gelaran Sultan Hussein.3 Setelah
2 Rahmat Saripan, (1979). Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 13 Ibid., hlm. 6
mangkatnya baginda, digantikan Cik Siti Wan Kembang sebagai pemerintah dan raja.4
Kekuasaan kerajaan Johor-Riau semakin merosot semasa pemerintahannya.
Bermula awal kurun ke-17, terdapat tiga buah kota yang utama. Antaranya Kota
Jembal yang diperintah Raja Loyor. Kedunya ialah Kota Mahligai yang diperintah Raja
Abdullah dan baginda merupakan pemerintah Kelantan dan dipercayai baginda mangkat di
tangan Puteri Saadong iaitu permaisurinya. Terakhir adalah Kota Jelasin. Dikatakan, Kota
Jembal adalah berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri. Kota Teras adalah kesinambungan
daripada kejatuhan Kota Mahaligai yang mengalami kejatuhan. Ia dikuasai oleh Raja Kecil
Sulong iaitu memakai gelaran Raja Muda. Pada awal kurun ke-18, pertambahan bilangan
kota menjadi lebih pesat disebabkan kemunculan Kota Kubang Labu yang diasaskan seorang
anak raja dari Patani iaitu Tuan Sulong.5 Beliau adalah anak saudara pemerintah Kelantan
yang dikenali sebagai Long Muhamad.6 Pertelagahan berlaku di antara anak raja Patani yang
bergelar Tuan dan juga Long dengan anak raja Jembal. Anak raja Patani dan keturunannya
tetap berupaya menguasai negeri Kelantan.
3.0 PENGENALAN BERKAITAN DENGAN LONG YUNUS
Dalam serangan Legih ke atas Kelantan pada tahun 1756, Raja Long Sulaiman telah
terbunuh dalam peperangan tersebut. Beliau telah meninggalkan seorang putera tunggal
sewaktu berada dalam kandungan isterinya dalam tahun 1701 di Patani. Putera tunggal
tersebut bernama Long Yunus. Beliau telah dihalau oleh ibu angkatnya dan kemudiannya
membawa haluan ke Kelantan. Beliau tidak pernah menyimpan cita-cita untuk bergelar 4 Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (ed), (2006). Kesultanan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 158 5 Ibid., hlm. 76 Ibrahim Syukri, (2002). Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm. 85
pembesar sekalipun jika hendak menjadi pemerintah. Beliau menjalani kehidupan dengan
Long Gafar sebagai juara ayam laga. Mereka berdua pernah diundang ke Legeh dan Kuala
Terengganu bagi tujuan menyabung ayam. Namun, jika mendapat kemenangan sekalipun,
mereka akan menolak sebarang ganjaran daripada lawan mereka.7 Bermula kurun ke-18, Kota
Jembal adalah diperintah oleh Raja Omar. Beliau berhubungan rapat dengan Dato’ Pengkalan
Tua, seorang kerabat diraja Patani. Tuan Sulong dan Tuan Besar telah dihantar ke Kelantan
oleh ayahanda mereka iaitu Dato’ Pengkalan Tua. Tuan Besar berkahwin dengan Raja Pah,
puteri Sultan Omar dan menetap di Jembal manakala Tuan Sulong berkahwin dengan anak
penghulu Kampung Laut iaitu Che Biru dan menetap di Kota Kubang Labu. Hasil
perkahwinan mereka, Tuan Besar dikurniakan anak yang bernama Long Muhammad dan
Tuan Sulong juga dikurniakan putera yang bernama Long Pandak.8 Apabila Raja Omar
mangkat, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Jembal kepada Tuan Besar.
Perlantikannya dipersetujui oleh putera Raja Omar, Raja Ngah dan Raja Kechil Sulong.9
Disebabkan perkahwinan yang berlaku, telah menunjukkan asal-usul kerajaan Kelantan
mempunyai pertalian yang akrab dengan Kerajaan Melayu Patani.
Long Yunus gagal menaiki takhta disebabkan sikap abang iparnya yang telah
membunuh ayahandanya.10 Abang iparnya iaitu Long Deraman telah melantik Long
Muhammad untuk memerintah Kelantan dengan pemusatan pentadbiran di Kota Kubang
Labu.11 Berlaku pertentangan pendapat berkaitan pernyataan atau pun peristiwa ini.
Dikatakan Long Deraman melantik Long Pandak menjadi pemerintah Kelantan.12
7 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.,hlm. 208 Nik Mahmud Bin Nik Ismail, (1934). Ringkasan Cetera Kelantan, The Al-Asasiyah Press Co., Kota Bharu, hlm. 199 Ibid., hlm. 2010 H. Marriot, (1916). “A Fragment of The History of Terengganu and Kelantan”, No. 72, JBRAS, hlm. 411 Nik Mahmud Bin Nik Ismail, (1934). Ringkasan Cetera Kelantan, hlm. 2012 Saad Shukri Bin Haji Muda, (1971). Detik-detik Sejarah Kelantan, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, hlm. 54
Kebanyakan masyarakat di sekitar Kota Jembal tetap menginginkan Long Yunus menaki
takhta sebagai pemerintah kerana beliau adalah waris yang sah dan layak menduduki takhta
kerajaan Kelantan. Long Yunus juga sering diketepikan daripada menaiki takhta kerajaan.
Keadaan ini terbukti apabila setelah Long Muhammad membunuh isterinya, Engku Pasir
Mas. Dia dibunuh disebabkan disyaki Long Muhammad telah berlaku curang terhadapnya.
Long Muhammad kemudiannya dibunuh pula oleh Long Ghafar dan tampuk pemerintahan
seterusnya diganti oleh Long Pandak. Keadaan ini menunjukkan berlaku sedikit kepincangan
dalam pemerintahan negeri Kelantan pada ketika itu yang berada dalam keadaan yang huru-
hara. Dikatakan juga takhta kerajaan diambil alih oleh Long Muhammad dalam buku
“Sejarah Kelantan”.
4.0 PENGLIBATAN PIHAK YANG MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA
BERLAKUNYA PERISTIWA KENAIKAN TAKHTA LONG YUNUS DI KELANTAN
Permulaan kepada kenaikan takhta Long Yunus pastinya bermula dengan beberapa
peristiwa. Disebalik peristiwa yang berlaku, ada pihak yang menjadi penyokong kuat dan
setia membantu beliau dalam mencapai kejayaan mendapatkan tampuk pemerintahan negeri
Kelantan. Long Pandak telah dilantik oleh Long Deraman untuk memerintah kawasan Jembal
hingga ke Kota Kubang Labu. Long Yunus telah dijadikan anak angkat kepada Long Pandak
bagi tujuan pengukuhan kuasa beliau semasa pemerintahan. Layanan yang baik diberikan
kepada Long Yunus agar tidak timbul cita-cita untuk mendapatkan semula tampuk kerajaan
Kelantan.13 Masyarakat mula menyuarakan agar Long Yunus dilantik menjadi raja. Long
Pandak telah berpura-pura berbuat baik dengan Long Yunus bagi mewujudkan satu
13 Ibid,. hlm. 54
persahabatan yang rapat. Walaupun demikian, Long Yunus menyedari helah tersebut dan
seterusnya berharap agar dapat mendapatkan kembali takhta kerajaan yang dipegang
ayahandanya dahulu.14 Semasa pemerintahan Long Pandak, baginda bersikap amat zalim dan
tidak disukai rakyatnya yang sentiasa mahukan keadilan. Contohnya, baginda memaksa belia
dan beliawanis untuk menjadi hamba abdi dan tentera. Anak gadis yang cantik-cantik juga
dirampas untuk dijadikan sebagai gundik.15
Seterusnya, Long Deraman atau nama sebenarnya Long Abdul Rahman Baginda
merupakan pembunuh Long Sulaiman. Beliau telah menikam Long Sulaiman semasa beliau
menjadi Raja Jembal.16 Beliau berusaha menjatuhkan Long Sulaiman daripada takhta
kerajaan Kelantan untuk menaikkan semula anak suakanya, Long Muhammad ke atas takhta
Kota Kubang Labu.17 Seterusnya, berlakulah peperangan di antara Kelantan dan Legih yang
menyebabkan kemangkatan Long Sulaiman. Long Deraman memegang jawatan sebagai Raja
Legih semasa Legih berada dibawah penguasaan Patani. Beliau dianggap sebagai pemerintah
yang lemah dalam pemerintahannya dan ada keinginan untuk menyertai politik di Kelantan.
Beliau telah berkahwin dengan Wan Kembang, adik Long Yunus. Beliau telah menguasai
takhta kerajaan setelah kemangkatan Long Sulaiman. Keadaan ini semestinya menimbulkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Jembal kerana waris yang nyata layak untuk
menaiki takhta adalah Long Yunus. Long Deraman melantik Long Pandak menjadi Raja
Kelantan yang baru berpusat di Kota Kubang Labu. Ini bermakna, selepas Kelantan bebas
dari pengaruh Patani, mereka terpaksa pula tunduk kepada pengaruh Legih.18
14 Ibid,. hlm. 5415 Abdullah Mohammad, (1981). Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu, hlm. 2816 Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (ed), Kesultanan Melayu, hlm. 15917 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), hlm. 1918 Ibid., hlm. 20
Selanjutnya, Long Gafar adalah putera raja dari Reman yang menjadi kawan rapat
kepada Long Yunus. Reman ketika itu adalah berupa wilayah yang bersempadan dengan
Legih di sebelah barat dan dan utara. Beliau sering ke sana dan ke mari terutama ke sesuatu
tempat dan setia menemani Long Yunus. Setelah Raja Long Muhammad mangkat, beliau
bersama-sama Long Yunus berangkat ke Terengganu semasa Kelantan diperintah oleh Long
Pandak. Berikutan itu, mereka berdua telah berjaya memenangi hati Yang Dipertuan
Terengganu. Di Terengganu, beliau sempat berkahwin dengan Tuan Jumat binti Ku Tuan
Wangsa iaitu anak saudara Sultan Mansur I Terengganu, menetap di Bukit Datu dan
seterusnya di Losong. Long Gafar dan Long Yunus telah dijemput Panglima Muda
Terengganu untuk menyabung ayam bagi pihak Terengganu. Mereka pergi ke sana dengan 40
orang pengiring dan apabila sampai, mereka menghadap Yang DiPertuan Terengganu.19
Antara sebab hati Yang DiPertuan Terengganu dimenangi adalah disebabkan peristiwa yang
mendatangkan kejayaan kepada mereka yang mengalahkan Panglima Bugis dalam satu
perlawanan sabungan ayam yang hampir menyebabkan separuh negeri Terengganu bermula
dari Seberang Takir sehingga ke Kuala Setiu jatuh ke tangan Panglima Bugis.20 Ayam
sabungan kepunyaan Long Gafar yang dikenal sebagai “Bakas Racun” telah dapat
mengalahkan ayam sabungan kepunyaan Panglima Bugis. Perjanjian dalam sabungan telah
dilakukan dimana jika ayam sabungan Bugis itu kalah, maka Panglima Bugis perlu
menyerahkan tujuh buah jong sekali beserta dengan muatannya.21 Long Gafar pula banyak
membantu Long Yunus. Buktinya, beliau telah berusaha mendapatkan bantuan untuk
LongYunus khususnya dari Reman dan Terengganu bagi menghadapi Long Pandak dan
merampas semula Kota Kubang Labu. Dalam tahun 1765, Long Yunus telah diisytiharkan
19 Sa’ad Shukri Bin Haji Muda, (1971). Detik-detik Sejarah Kelantan, hlm. 6020 Ibid., hlm. 2121 Sa’ad Shukri Bin Haji Muda, (1971). Detik-detik Sejarah Kelantan, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, hlm.60-61
sebagai Yang DiPertuan Kelantan di Kota Kubang Labu. Long Gafar pula memerintah di
Jeram dan diberi gelaran sebagai Mangkubumi merangkap Panglima Perang. Long Gafar
telah dinaikkan jawatan kepada Perdana Menteri dengan bergelar Tengku Sri Maharaja
Perdana Menteri,22 dan diberi kuasa istimewa memerintah Kelantan selaku pesuruhjaya bagi
kawasan bermula dari Pasir Tumboh hingga ke laut, ke timur hingga ke sempadan
Terengganu, ke barat hingga ke Sungai Kelantan dan ke selatan hingga ke Kuala Krai.23
Dengan demikian, negeri Kelantan yang pernah terbahagi kepada dua bahagian iaitu barat
dan timur telah berakhir.
5.0 PEPERANGAN BERLAKU DI KOTA KUBANG LABU
Keadaan Kelantan pada abad ke-18 adalah berada dalam keadaan yang kucar-kacir.
Pada akhir abad ke-18, Kota Kubang Labu adalah sebuah Kota terkuat di Kelantan pada
ketika itu. Oleh yang demikian, Long Yunus ingin mengundurkan diri ke Terengganu.24 Ia
bertujuan untuk politik serta mendapatkan bantuan kerajaan Terengganu menentang
kekuasaan Legih di Kelantan.25 Keadaan ini selaras dengan hasratnya mahu melihat
kemampuan dirinya, menuntut haknya dan menggantikan tempat yang pernah diduduki
ayahandanya selaku Raja di Kota Kubang Labu. Raja Legih pula bimbang dengan tindakan
Long Yunus dan mengandaikan bahawa, pemergian Long Yunus ke Terengganu walaupun
bertujuan untuk menyabung ayam, namun, beliau masih menganggap Long Yunus ini
mempunyai niat atau hajat untuk mendapatkan semula takhta kerajaan ayahnya yang telah
22 Buyong Adil, (1974). Sejarah Terengganu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 3823 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), hlm. 2424 Rahmat Saripan, Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842, hlm. 3225 Ibid., hlm. 33
dirampas.26 Beliau merasakan tidak selamat jika Long Yunus masih hidup. Setiap langkah
Long Yunus diperhatikannya dan diintip. Menurut sumber negeri Kelantan dan juga
Terengganu, pemergian Long Yunus ke Terengganu mempunyai tujuan politik iaitu
mendapat bantuan Terengganu untuk menentang Raja Legih di Kelantan. Dikatakan juga,
Long Yunus turut memohon bantuan ketenteraan daripada Sultan Mansur yang baharu pulang
dari Riau.27
Oleh yang demikian, dipersetujui Sultan Mansur Syah I untuk membantu Long Yunus
menyerang Kota Kubang Labu disebabkan jasanya yang besar kepada baginda. Angkatan
ketenteraan diberikan oleh baginda kepada Long Yunus.28 Bantuan juga turut datang daripada
kerajaan Riau, Reman selain bantuan daripada masyarakat Kelantan yang menentang
pemerintahan Long Pandak.29 Long Gafar juga membantu Long Yunus dalam serangan yang
melibatkan angkatan seramai 300 orang serta dibantu dengan kelengkapan perahu dengan
bilangan yang mencecah 100 buah dengan melalui jalan darat.30 Long Yunus juga diberikan
bantuan ketenteraan yang terdiri daripada beberapa orang panglima dan 100 orang
hulubalang.31 Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Long Muhammad telah
mengadu kepada Long Gafar dan Long Yunus. Raja Kota Kubang Labu bimbang dengan
kepulangan Long Yunus, lalu mempersiapkan diri bagi menghadapi segala kemungkinan
yang pasti berlaku selepas ini. Selanjutnya, Raja Kota Kubang telah menghantar utusan
kepada Long Deraman berkaitan persiapan serangan oleh Long Yunus. Seterusnya, dalam
masa yang singkat sahaja, pihak seangkatan Long Yunus mendapat bantuan daripada 500
26 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), hlm. 21-2227 Abdullah Mohammad, (1981). Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah, hlm. 2928 Rahmat Saripan, Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842, hlm. 3429 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), hlm. 2330 Muhammad Saleh Awang, (1983). Sejarah Darul Iman Hingga 1337H-1918M, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 13531 Sa’ad Shukri Bin Haji Muda, (1971). Detik-detik Sejarah Kelantan, hlm. 61
orang sukarelawan dari Terengganu dan 300 orang sukarelawan dari Reman dengan disertai
dengan kelengkapan senjata hanya menunggu arahan panglima untuk melakukan serangan.32
Long Pandak memerintah dengan kejam. Baginda telah berlaku zalim dengan mendapatkan
tenaga belia melalui sistem kerahan tenaga yang dijalankan secara paksa. Ada juga sumber
yang mengatakan, baginda merampas wanita untuk dijadikan gundik pemuas nafsu.33 Long
Muhammad telah dihasut Long Deraman dengan mengatakan Long Yunus hendak merampas
takhta daripada beliau. Long Pandak pula menceritakan kepada Long Deraman berkaitan
dengan rancangan Long Yunus untuk menyerang Kota Kubang Labu. Angkatan dari Reman
bersiap sedia dengan kekuatan seramai 300 orang telah tiba di Kelantan. Menurut sumber
Terengganu, tiga kali angkatan ketenteraan dihantar ke Kelantan untuk me,bantu Long Yunus
dalam perang oleh Sultan Mansur. Setelah bersiap, angkatan Long Yunus telah mula
melancarkan serangan ke atas Long Pandak pada tahun antara 1762 hingga 1763.34 Baginda
Sultan Mansur telah meletakkan Tun Tahir sebagai pemimpin bagi angkatan perang
Terengganu. Mereka telah membuat satu strategi iaitu memecahkan angkatan kepada tiga
kumpulan. Kumpulan pertama iaitu diketuai Long Gafar telah berpecah di wilayah Pengkalan
Lisir, Long Yunus pula di Pengkalan Gong Chepa iaitu di Pasir Pekan dan seterusnya
kumpulan ketiga diketuai Penghulu Adas dan Mandor Mes. Keadaa ini bermakna, serangan
akan dilakukan berdasarkan tiga penjuru di utara, selatan dan di bahagian barat. Menurut
sumber Terengganu, Long Deraman yang pada ketika itu menunggang seekor gajah yang
bertujuan menghalang kemaraan dan rempuhan Long Yunus, cedera di bahagian rusuk kiri
akibat dihunus pedang Long Yunus yang menyebabkannya kemudaratan kepada dirinya.35
Akhirnya, Long Deraman mangkat setelah kecederaan yang dialaminya tidak sembuh
walaupun telah mendapat rawatan di wilayah Bengnara (Siam). Manakala, Long Pandak telah
32 Ibid., hlm. 6233 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), hlm. 2234 Nik Mahmud Bin Nik Ismail, (1934). Ringkasan Cetera Kelantan, hlm. 2535 Buyong Adil, (1974). Sejarah Terengganu, hlm. 36
terkorban. Long Deraman telah mangkat di Siam dan jenazahnya dibawa pulang ke Kelantan
dan dimakamkan di Gong Chapal, Kota Bharu.36
Setelah itu, pasukan Long Yunus telah mendapat kemenangan dan berjaya menawan
Kota Kubang Labu. Beliau kemudiannya telah membebaskan tentera belia yang dikumpulkan
di benteng kota dan benteng yang lain seterusnya mengarahkan mereka pulang ke rumah
masing-masing. Kemenangan ini dianggap sebagai satu kejayaan kepada Long Yunus dan
sekutunya kerana Long Deraman pernah membunuh ayahandanya.37
6.0 KEMENANGAN LONG YUNUS DALAM PEPERANGAN
Seterusnya, kemenangan Long Yunus ini menyaksikan kejayaannya menumbangkan
pengaruh Legih di negeri Kelantan. Beliau selanjutnya mengisytiharkan dirinya sebagai Yang
DiPertuan Kelantan pada tahun 1765 dengan Kota Kubang Labu menjadi pusat
pemerintahannya. Beliau mendapat sokongan dari segi pelantikannya daripada pembesar-
pembesar pada ketika itu. Pada awalnya, Long Yunus menolak untuk dilantik menjadi
pemerintah Kelantan, tetapi pada suatu ketika terpaksa menerima juga disebabkan beliau
adalah satu-satunya waris yang mempunyai hak dalam pewarisan serta pelantikan tersebut.
Long Gafar juga diberikan tanggungjawab dalam pemerintahan Long Yunus. Beliau dilantik
sebagai Mangkubumi dengan gelaran Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri.38 Pada ketika
itu juga, negeri Kelantan tidak lagi terpecah kepada dua bahagian seperti sebelumnya. Pada
zaman pemerintahan Long Yunus, Kelantan adalah sebuah negeri yang bebas dan merdeka
daripada mana-mana pengaruh atau kuasa yang lain. Baginda dianggap sebagai wira dalam
36 Sa’ad Shukri Bin Haji Muda, (1971). Detik-detik Sejarah Kelantan, hlm. 6337 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), hlm. 2338 Ibid., hlm. 24
menyatukan negeri Kelantan. Berturutan pada tahun 1777, Long Yunus telah memindahkan
ibu kota pentadbirannya ke kawasan tebing sebelah timur Sungai Kelantan. Tapak asal kota
tersebut pada mulanya bertempat di Kampung Sireh dan dikenali sebagai Pengkalan Galoh
atau Pangkalan Permata. Setelah berlaku perkembangan dalam beberapa dekad, ia mengalami
perubahan dari segi nama dan ia dikenali dengan nama Kota Bharu.39
7.0 KELANTAN BERADA DIBAWAH NAUNGAN TERENGGANU
Setelah Long Yunus dilantik menjadi pemerintah secara rasmi di Kelantan, Long
Gafar mendirikan kota dan Istana di Jeram yang terletak kira-kira tiga batu dari bandar Pasir
Puteh. Long Gafar dan Long Yunus telah bersetia untuk saling membantu jika berlaku
serangan dari luar atau ancaman dalaman yang mungkin mengganggu pemerintahan kerajaan
Kelantan. Penghulu Adas yang semasa perang menyertai Long Gafar dengan dilantik menjadi
panglima, telah dikurniakan kawasan iaitu Kampung Kadok.40 Banyak pembesar daripada
Terengganu diserap masuk dalam pentadbiran baru. Long Yunus telah berpakat dengan Long
Gafar selaku Tengku Seri Maharaja untuk membina Balai Istana iaitu di Kota Lama dan
seterusnya mengisytiharkannya sebagai ibu negeri Kelantan pada tahun 1782. Menurut
sumber Terengganu dan Kelantan, Long Yunus ada memohon bantuan daripada Terengganu
untuk menyerang Raja Legih di Kota Kubang Labu.41 Pada kurun ke-17, Terengganu
mempunyai pengaruh dan hubungan yang kuat ke atas Kelantan. Hal ini terbukti setelah Long
Yunus mangkat, Tengku Muhammad iaitu Putera kepada Sultan Mansur Syah I dilantik
sebagai Yang Dipertuan Kelantan walaupun Long Yunus mempunyai beberapa putera.
39 Ibid., hlm. 2540 Sa’ad Shukri Bin Haji Muda, (1971). Detik-detik Sejarah Kelantan, hlm. 6541 Rahmat Saripan, Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842, hlm. 32
Takhta kerajaan Kelantan kemudiannya dirampas oleh Long Muhammad dengan
diisytiharkan sebagai Sultan Muhammad I yang menandakan pembebasan daripada pengaruh
Terengganu. Kerajaan Kelantan telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan kerajaan
Siam bagi mengelakkan berleluasa pengaruh Terengganu ke atasnya.
Menurut sumber Kelantan, Long Yunus telah menyelamatkan kerajaan Terengganu
khususnya dalam peristiwa sabungan ayam antara Long Gafar serta Long Yunus dengan
Panglima Bugis. Kemenangan ayam sabungan ini secara langsung telah menyebabkan Long
Gafar dan Long Yunus memerintah Kelantan serta mengalahkan Long Pandak dengan
bantuan kerajaan Terengganu. Pada tahun 1776, Sultan Mansur Syah telah mengiktiraf Long
Yunus sebagai pemerintah Kelantan. Perkahwinan antara Long Yunus dengan puteri kerabat
diraja Terengganu membuktikan bahawa wujud perhubungan erat antara kerajaan yang
diperintah Long Yunus dengan Terengganu. Kedua-dua sumber negeri juga menyatakan
Long Yunus berada di Terengganu dan seterusnya memohon bantuan Terengganu untuk
menyerang Kota Kubang Labu.42 Kesukaran Long Yunus untuk menetap di Kelantan dan
menjadi pemerintah Kelantan telah membuka ruang kepada Terengganu memulakan
hubungan politik antara Kelantan dan Terengganu. Segala bantuan dan kempen yang
dijalankan adalah bertujuan untuk menaikkan Long Yunus sebagai pemerintah di Kelantan.43
8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pemerintahan Long Yunus sebagai Raja Kelantan telah banyak
memberikan kesenangan kepada masyarakat di Kelantan. Jika sebelum ini, keadaan politik
42 Mohd Taib Osman, (1961). Hikayat Seri Kelantan, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, hlm. 33-3743 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, (1987). Kelantan Zaman Awal Kajian Arkeologi dan Sejarah Malaysia, Perbadanan Muzium Kelantan, United Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 52
dan pemerintahan di Kelantan menghadapi berbagai peristiwa yang menyebabkan
pentadbiran dan keamanan negeri menjadi lebih berkecamuk disebabkan pelbagai masalah
yang timbul.
Long Yunus pada mulanya tiada cita-cita untuk menjadi atau bergelar pemerintah
akhirnya diangkat oleh rakyat dan para pembesar untuk menjadi raja. Pemerintahan sebelum
ini diakui rakyat sebagai cukup menyeksakan disebabkan kezaliman pemerintah terhadap
rakyat berleluasa dan dilakukan secara kejam serta tidak berperkemanusiaan.
Nyatalah bahawa secara umumnya, kejayaan Long Yunus sebagai pemerintah negeri
Kelantan adalah bermula dengan beberapa peristiwa seperti penyabungan ayam dan juga
bantuan ketenteraan yang disumbangkan oleh kerajaan Terengganu dengan sokongan Yang
Dipertuan Besar Terengganu, Sultan Mansur Syah I. Oleh yang demikian, kedua-dua
peristiwa tersebut banyak mempengaruhi kejayaan Long Yunus dalam merampas takhta
daripada kezaliman pemerintahan sebelumnya.
BIBILIOGRAFI
Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga), Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd., Kota Bharu
Rahmat Saripan, (1979). Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (ed), (2006). Kesultanan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
Ibrahim Syukri, (2002). Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Nik Mahmud Bin Nik Ismail, (1934). Ringkasan Cetera Kelantan, The Al-Asasiyah Press Co., Kota
Bharu
H. Marriot, (1916). “A Fragment of The History of Terengganu and Kelantan”, No. 72, JBRAS
Sa’ad Shukri Bin Haji Muda, (1971). Detik-detik Sejarah Kelantan, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
Abdullah Mohammad, (1981). Keturunan Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah,
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu
Muhammad Saleh Awang, (1983). Sejarah Darul Iman Hingga 1337H-1918M, Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, (1987). Kelantan Zaman Awal Kajian Arkeologi dan
Sejarah Malaysia, Perbadanan Muzium Kelantan, United Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur
Mohd Taib Osman, (1961). Hikayat Seri Kelantan, Pustaka Aman Press, Kota Bharu