sejarah bahasa melayu bab0

1
Untuk maklumat: Penulis ini telah Kembali ke Rahmatullah... Al-fatihah. ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang- wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna. Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal hingga penghujung abad ke-19. Buku ini sengaja mengelak daripada penzamanan kerana agak sukar membezakan satu zaman dengan zaman lain dalam bahasa. Bahasa tumbuh dan berkembang mengikut keadaan masyarakat dan pengaruh yang datang dari luar. Walaupun berlaku perubahan terhadap bahasa, tetapi agak sukar menentukan masa yang tepat terhadap perubahan tersebut. Penulis mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Muhammad Jafar yang telah melukis semula peta di dalam buku ini daripada sumber: Rumpun Melayu-Polinesia (1990) dan Map of the World (n.d.), dan Aditya Adawiyah yang menulis semula aksara daripada sumber: Harahap, E. St. (1960), Kridalaksana, H. (1982), Crawfurd, J. (1852), Burckhardt, T. (1976), Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. (1955), Wan Ali Hj. Wan Mamat (1988), dan Pedoman umum ejaan Jawi yang disempurnakan (1987). Tatacara penulisan di dalam buku ini berasaskan gaya Penerbit USM dan penulis mempersetujuinya. Bukti yang diperlihatkan di sini kebanyakannya daripada data persuratan. Tidak semua data bertulis dimasukkan di dalam buku ini. Sebahagiannya data tersebut dipilih kerana popular dan sebahagian lagi kerana mudah diperolehi. Oleh yang demikian, kekurangan semestinya terdapat di dalam buku ini. Kata pepatah Melayu "tiada gading yang tak retak", maka dengan rendah hati, penulis mengharapkan nasihat dan teguran yang membina daripada pembaca. Terima kasih. DARWIS HARAHAP Mei 1992 The link ed image cannot be display ed. The file may hav e been mov ed, renamed, or deleted. Verify that the link po ints to the co rrect file and location. The link ed image cannot be display ed. The file may have been moved, renamed, or deleted. Verify that the link points to the correct file and location.

Upload: mira-sandrana

Post on 14-Aug-2015

20 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH BAHASA MELAYU Bab0

Untuk maklumat: Penulis ini telah Kembali ke Rahmatullah... Al-fatihah.

ahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.

Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna.

Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal hingga penghujung abad ke-19. Buku ini sengaja mengelak daripada penzamanan kerana agak sukar membezakan satu zaman dengan zaman lain dalam bahasa. Bahasa tumbuh dan berkembang mengikut keadaan masyarakat dan pengaruh yang datang dari luar. Walaupun berlaku perubahan terhadap bahasa, tetapi agak sukar menentukan masa yang tepat terhadap perubahan tersebut.

Penulis mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Muhammad Jafar yang telah melukis semula peta di dalam buku ini daripada sumber: Rumpun Melayu-Polinesia (1990) dan Map of the World (n.d.), dan Aditya Adawiyah yang menulis semula aksara daripada sumber: Harahap, E. St. (1960), Kridalaksana, H. (1982), Crawfurd, J. (1852), Burckhardt, T. (1976), Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. (1955), Wan Ali Hj. Wan Mamat (1988), dan Pedoman umum ejaan Jawi yang disempurnakan (1987). Tatacara penulisan di dalam buku ini berasaskan gaya Penerbit USM dan penulis mempersetujuinya.

Bukti yang diperlihatkan di sini kebanyakannya daripada data persuratan. Tidak semua data bertulis dimasukkan di dalam buku ini. Sebahagiannya data tersebut dipilih kerana popular dan sebahagian lagi kerana mudah diperolehi. Oleh yang demikian, kekurangan semestinya terdapat di dalam buku ini. Kata pepatah Melayu "tiada gading yang tak retak", maka dengan rendah hati, penulis mengharapkan nasihat dan teguran yang membina daripada pembaca.

Terima kasih.

DARWIS HARAHAP Mei 1992

The linked image cannot be displayed. The file may have been moved, renamed, or deleted. Verify that the link points to the correct file and location.

The linked image cannot be displayed.

The file may have been moved, renamed, or deleted. Verify that the link points to the correct file and location.