rumusan jurnal

3
RUMUSAN 5 PENULISAN DAPATAN JURNAL BERKENAAN KESAN APLIKASI PERISIAN MULTIMEDIA Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Suraya Tarasat dan Aisah Daud yang bertajuk Kesan Penggunaan Perisian Asas Membaca Terhadap Pencapaian Membaca Murid Peringkat Prasekolah; menunjukkan bahawa penggunaan perisian asas membaca lebih berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid prasekolah yang menjadi sampel kajian berbanding pengajaran secara tradisional. Peningkatan pencapaian murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca ini mungkin disebabkan oleh murid-murid lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang jauh berbeza daripada pengajaran yang sering digunakan oleh guru-guru di sekolah di samping kelebihan yang ada pada multimedia yang tidak ada pada media-media lain. Keseronokan belajar yang dialami oleh pelajar ini telah memberikan motivasi kepada mereka untuk menguasai pembelajaran mereka dengan lebih baik. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009, hlm.21) yang menyatakan bahawa keseronokan belajar akan memberikan motivasi kepada murid di sekolah untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Mizan Kamalina binti Assin dalam kajiannya yang bertajuk Amalan Penggunaan Modul Pengajaran Berasaskan Modul Multimedia Interaktif (MMI) Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional menyatakan bahawa Pendekatan P&P berteraskan TMK terutama sekali melalui penggunaan MMI memudahkan tugas guru dan pelajar. Daud (2003) mempersetujui kenyataan tersebut dengan merumuskan penggunaan TMK dalam P&P dengan menyatakan bahawa TMK boleh membantu dan menyenangkan guru semasa pengajaran, memudahkan guru menghabiskan sukatan pelajaran, lebih baik daripada kaedah pengajaran tradisional, tidak membosankan dan penggunaannya memberikan banyak faedah. Penggunaan TMK dalam pengajaran juga memerlukan banyak persediaan dan masa yang lebih diperlukan. Melalui MMI, satu gambaran atau penjelasan sesuatu situasi diberikan dan pelajar akan berinteraksi dengan komputer bagi menangani keadaan atau situasi yang telah ditetapkan. Ia berguna untuk menggantikan proses pembelajaran menerusi situasi sebenar yang memerlukan kos pembiayaan yang tinggi serta sukar dikendalikan (Harun & Tasir, 2003). Jangka masa yang singkat dalam sesuatu sesi tidak memungkinkan pelajar dapat memahami konsep praktikal tanpa mempelajari berulang kali. Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa Mengajar Kemahiran Bacaan dan Kefahaman Dalam Kalangan Murid Tahun 4 di Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan Dayang Raini Pakar menyatakan bahawa dalam pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat pelbagai bahan multimedia yang menjadi tarikan kepada murid-murid khususnya murid peringkat sekolah rendah. Bahan multimedia ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti CD-ROM dan juga bahan berasaskan internet. Menurut

Upload: hanyjamal

Post on 07-Aug-2015

58 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan jurnal

RUMUSAN 5 PENULISAN DAPATAN JURNAL BERKENAAN KESAN APLIKASI PERISIAN MULTIMEDIA

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Suraya Tarasat dan Aisah Daud yang bertajuk Kesan Penggunaan Perisian Asas Membaca Terhadap Pencapaian Membaca Murid Peringkat Prasekolah; menunjukkan bahawa penggunaan perisian asas membaca lebih berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid prasekolah yang menjadi sampel kajian berbanding pengajaran secara tradisional. Peningkatan pencapaian murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca ini mungkin disebabkan oleh murid-murid lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang jauh berbeza daripada pengajaran yang sering digunakan oleh guru-guru di sekolah di samping kelebihan yang ada pada multimedia yang tidak ada pada media-media lain. Keseronokan belajar yang dialami oleh pelajar ini telah memberikan motivasi kepada mereka untuk menguasai pembelajaran mereka dengan lebih baik. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009, hlm.21) yang menyatakan bahawa keseronokan belajar akan memberikan motivasi kepada murid di sekolah untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Mizan Kamalina binti Assin dalam kajiannya yang bertajuk Amalan Penggunaan Modul Pengajaran Berasaskan Modul Multimedia Interaktif (MMI) Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional menyatakan bahawa Pendekatan P&P berteraskan TMK terutama sekali melalui penggunaan MMI memudahkan tugas guru dan pelajar. Daud (2003) mempersetujui kenyataan tersebut dengan merumuskan penggunaan TMK dalam P&P dengan menyatakan bahawa TMK boleh membantu dan menyenangkan guru semasa pengajaran, memudahkan guru menghabiskan sukatan pelajaran, lebih baik daripada kaedah pengajaran tradisional, tidak membosankan dan penggunaannya memberikan banyak faedah. Penggunaan TMK dalam pengajaran juga memerlukan banyak persediaan dan masa yang lebih diperlukan. Melalui MMI, satu gambaran atau penjelasan sesuatu situasi diberikan dan pelajar akan berinteraksi dengan komputer bagi menangani keadaan atau situasi yang telah ditetapkan. Ia berguna untuk menggantikan proses pembelajaran menerusi situasi sebenar yang memerlukan kos pembiayaan yang tinggi serta sukar dikendalikan (Harun & Tasir, 2003). Jangka masa yang singkat dalam sesuatu sesi tidak memungkinkan pelajar dapat memahami konsep praktikal tanpa mempelajari berulang kali.

Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa Mengajar Kemahiran Bacaan dan Kefahaman Dalam Kalangan Murid Tahun 4 di Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan Dayang Raini Pakar menyatakan bahawa dalam pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat pelbagai bahan multimedia yang menjadi tarikan kepada murid-murid khususnya murid peringkat sekolah rendah. Bahan multimedia ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti CD-ROM dan juga bahan berasaskan internet. Menurut Mayer (2001), penggunaan multimedia dapat mewujudkan pembelajaran secara aktif kerana kesemua pancaindera murid dapat dirangsang untuk mengingati fakta-fakta dengan lebih baik. Penggunaan grafik dan video dapat mempercepat proses yang rumit manakala penggunaan audio dapat memberikan murid pendedahan kepada sebutan yang betul (Khine dan Fisher 2003). Walau bagaimanapun, penyediaan bahan multimedia dalam Bahasa Melayu sangat berkurangan berbanding bahasa Inggeris (Yahya et al. 2009). Kurangnya bahan ini menjadi kekangan pada guru-guru BM untuk mengajarkan bacaan menggunakan multimedia. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa penggunaan perisian cerita secara interaktif dalam pengajaran bacaan dan pemahaman bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi kefahaman murid sederhana, bahkan dapat meningkatkan aspek bahasa berkaitan morfologi dan sintaksis.

Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina oleh Nor Fadila Mohd Amin dan Chiew Kai Wan menyatakan bahawa kesan penggunaan perisian Kemahiran Hidup boleh dilihat dari tiga sudut iaitu keberkesanan penggunaan perisian Kemahiran Hidup terhadap guru, pencapaian pelajar dan prestasi pelajar semasa penggunaan perisian

Page 2: Rumusan jurnal

Kemahiran Hidup. Guru berpendapat bahawa penggunaan perisian ini amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di awal persediaan atau di akhir penutup. Menurut Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selari dengan dapatan kajian Norahidah Mamat (2001) yang menyatakan bahawa penggunaan perisian kursus adalah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan perisian Kemahiran Hidup dapat membantu guru dalam membuat penerangan tentang konsep awal tentang pemahaman pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Draper, (1993). yang menyatakan penggunaan teknologi sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran, sesuatu konsep dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan pelajar pula mudah mengingati konsep yang disampaikan. Di samping itu, penggunaan perisian Kemahiran Hidup menjadikan pengajaran mereka lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional.

Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra Terhadap Pelajar Tingkatan Dua oleh Saridah binti Hussein (2006) menyimpulkan bahawa penggunaan perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah amat berguna sebagai satu alternatif selain pengajaran tradisional. Teknologi multimedia adalah teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya para pelajar di samping memotivasikan mereka. Bahan pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan sebagai satu cara menarik pelajar untuk belajar dengan lebih baik.

Daud, A.R (2003). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Di Sekolah. ICT dalam Pendidikan dan Latihan : Trend dan Isu. Kuala Lumpur : Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.

Harun, J. & Tasir, Z. (2003). Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication.

Khine, M. S. & Fisher, D. (2003). Technology-rich learning environments: A future perspective. Singapore: World Scientific Co. Pte. Ltd.

Mayer, R. (2001). Multimedia learning. United Kingdom: University Cambridge Press

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yahya Othman & Roselan Baki. (2007). Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan. Dimuat turun pada 27 Januari 2010, dari http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf.