rosniyati sofian j39188

78
44 1 Kepelbagaian Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu 1.0)Latar Belakang Tajuk Semakin dunia berubah menginjak ke arah kemodenan maka semakin banyaklah perubahan yang dibawa hasil daripada globalisasi yang terbentuk. Manusia hari ini amat beruntung kerana telah mengecapi banyak kemajuan dalam kehidupan terutamanya dalam bidang pendidikan hari ini. Oleh yang demikian, wujudnya kepelbagaian strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah sangat luas serta berkait dengan guru dan juga tahap keupayaan pelajar yang diajar. Guru biasanya memainkan peranan yang aktif dalam menyampaikan maklumat dan sekaligus memastikan maklumat yang disampaikan kepada pelajar dapat difahami. Namun demikian, dalam usaha memberikan kefahaman yang maksimum kepada pelajar adalah sukar kerana lumrah kejadian manusia sejak azali adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Pelbagai pembangunan dijalankan dalam bidang pendidikan kini ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Upload: mamaniya

Post on 12-Jul-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: rosniyati sofian j39188

44

1

Kepelbagaian Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

1.0)Latar Belakang Tajuk

Semakin dunia berubah menginjak ke arah kemodenan maka semakin banyaklah perubahan

yang dibawa hasil daripada globalisasi yang terbentuk. Manusia hari ini amat beruntung

kerana telah mengecapi banyak kemajuan dalam kehidupan terutamanya dalam bidang

pendidikan hari ini. Oleh yang demikian, wujudnya kepelbagaian strategi dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah sangat luas serta berkait dengan guru dan juga

tahap keupayaan pelajar yang diajar. Guru biasanya memainkan peranan yang aktif dalam

menyampaikan maklumat dan sekaligus memastikan maklumat yang disampaikan kepada

pelajar dapat difahami.

Namun demikian, dalam usaha memberikan kefahaman yang maksimum kepada

pelajar adalah sukar kerana lumrah kejadian manusia sejak azali adalah berbeza-beza bagi

setiap individu. Pelbagai pembangunan dijalankan dalam bidang pendidikan kini bagi

meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam semua peringkat termasuklah peringkat

menengah,rendah dan tinggi. Walaubagaimanapun, tanpa kita sedari bidang pendidikan kini

semakin hari semakin giat di kaitkan dengan isu politik dan sosial kerana bidang pendidikan

kini telah dianggap satu bidang yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar mampu

bergerak seiring dengan negara maju yang lain. Situasi pengajaran dan pembelajaran juga

turut berkait rapat dengan tumpuan pelajar dan teknik serta konsep yang diaplikasikan oleh

guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 2: rosniyati sofian j39188

44

2

Jika ditinjau dari satu sudut pandangan lain,bakat sedia ada pada seseorang guru juga

menjadi nilai tambah kepada guru itu. Contohnya,guru yang mempunyai bakat dalam

penyampaian, penceritaan,mempunyai seni pengajaran yang baik dan sebagainya. Kelebihan

ini dapat digunakan oleh guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pengajaran (P&P)

mereka dikelas.

Tambahan pula, kemajuan bidang teknologi kini turut memberikan impak positif

kepada dunia pendidikan.Robert Glaser (1962), telah memperkenalkan Model Pengajarannya

yang menyatakan bahawa bidang pendidikan terbahagi kepada empat iaitu objektif

pengajaran,pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian. Menurut beliau guru

perlu memberikan perhatian kepada keempat-empat aspek ini kerana aspek-aspek ini yang

akan menentukan kejayaan sesuatu proses P&P.

Aspek pertama iaitu “objektif pengajaran” adalah berhubung dengan matlamat yang

ditentukan oleh guru itu sendiri untuk dicapai.Aspek kedua pula ialah “pengetahuan yang

sedia ada “ iaitu pengetahuan guru dalam merancang dengan baik kandungan yang akan

disampaikan kepada pelajar semasa proses P&P. Selain itu, aspek ketiga “ kaedah mengajar”

akan memberikan perhatian kepada strategi tertentu yang mengandungi satu set teori

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan guru dalam proses P&P. Akhirnya, aspek

terakhir iaitu “penilaian”, aspek ini merupakan satu fasa guru membuat penilaian untuk

mengetahui sama ada proses P&P berjaya mencapai matlamat yang diinginkan dalam aspek

pertama tadi.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 3: rosniyati sofian j39188

44

3

2.0) Definisi dan Konsep

2.1) Konsep pengajaran

Konsep pengajaran adalah berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan serta kemahiran

yang tertentu.Pengajaran biasanya merangkumi kemahiran pada guru tersebut serta

pemahaman guru terhadap bahan yang ingin diajar kepada pelajar. Pengajaran akan meliputi

pelbagai aspek seperti perancangan, penyampaian,dan penilaian. Semua aspek ini akan

membantu guru untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar secara lebih berkesan.

Pengajaran adalah merangkumi perkara seperti menganalisis pelajar,pemilihan bahan,

penentuan tajuk dan isi, penentuan kebolehan serta pengetahuan yang sedia ada, penentuan

objektif, strategi mengajar dan penentuan sumber serta bahan yang digunakan.

Selain itu,penyampaian pula meliputi perkara-perkara seperti induksi set yang ingin

digunakan, langkah perkembangan, peruntukan masa yang diperlukan, pemeringkatan isi,

urutan,kadar kecepatan,motivasi, kemahiran-kemahiran mengajar dan pengelolaan kelas.

Seterusnya, penilaian pula merangkumi penilaian pencapaian,penganalisisan maklum balas

dan pengubahsuaian.

Menurut Thomas F.Green mengajar adalah proses untuk menukar tingkah laku dan

kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Ilmu dan

pengetahuan baru akan di beri kepada pelajar melalui aktiviti latihan dan teknik tunjuk ajar

atau indoktrinasi. Aktiviti ini akan menukar tingkah laku dan kelakuan disamping membawa

ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar. Oleh itu, pengajaran adalah aspek

yang penting dalam pendidikan. Thomas F.Green juga menyatakan penggunaan teknik tunjuk

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 4: rosniyati sofian j39188

44

4

ajar (indoktrinasi) juga digunakan bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan dan

kepercayaan yang baru kepada pelajar.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah proses pengajaran yang dinyatakan oleh

Thomas F.Green merupakan satu proses pengajaran yang meliputi aktivit-aktiviti latihan,

pelaziman,tunjuk ajar yang hanya bertujuan menukar tingkah laku serta kelakuan pelajar

disamping memberikan ilmu pengetahuan yang baru kepada pelajar-pelajar.

2.1.1 ) Definisi Pengajaran

Berdasarkan konsep diatas pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti

yang dijalankan bersama oleh guru secara sistematik dan teliti dengan menggunakan kaedah

serta teknik mengajar yang sesuai.Teknik mengajar tersebut akan bertindak sebagai perantara

dalam membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar agar berinisiatif untuk terus

belajar sekaligus memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan oleh

para pelajar.

Selain itu, menurut Mook Soon Sang pengajaran mestilah memenuhi 10 ciri-ciri

tertentu ciri yang pertama adalah mempunyai dua unsur utama iaitu pengajar dan pengajar.

Kedua, di dalam setiap aktiviti pengajaran guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar

murid sebagai pelajar.Ketiga, pengajaran hanya boleh dianggap bermakna apabila wujudnya

pembelajaran. Keempat, aktiviti yang perlu ada dalam setiap pengajaran adalah mengajar

(instruksi),latihan, tunjuk ajar (indoktrinasi) dan diakhiri dengan pelaziman. Kelima,

pengajaran hendaklah melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa serta simbol.

Keenam, pengajaran perlulah mempunyia erti perkataan pencapaian atau tugasan.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 5: rosniyati sofian j39188

44

5

Ketujuh, aktiviti pengajaran boleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai bentuk

strategi iaitu aktiviti berpusatan pengajar,aktiviti berpusatan pelajar dan aktiviti berpusatan

pengajar serta pelajar.Kelapan, pengajaran juga patut meliputi rancangan mengajar, objektif

pelajaran, tempat belajar, alat bantu mengajar, strategi, kaedah dan teknik mengajar. Ciri

kesembilan menekankan pengajaran mestilah melibatkan proses dua hala iaitu di antara

pelajar dan pengajar dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali,

pengajaran juga mengambil kira bakat guru untuk mengajar,strategi dan teknik pengajaran

yang menggabungkan unsur sains dan unsur seni.

Oleh itu,dapat dibuat kesimpulan bahawa pengajaran meliputi empat aspek utama

iaitu pengajaran merupakan suatu proses merangkumi perancangan, pelaksanaan, penilaian

dan maklum balas. Aspek kedua, pengajaran juga adalah suatu bidang komunikasi yang

merangkumi interaksi dua hala iaitu guru mengajar,murid belajar, murid bertanya dan guru

membalas. Aspek ketiga iaitu pengajaran merupakan suatu bidang sains kerana pengajaran

hanya boleh berlaku ke atas penggunaan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar yang

telah diuji oleh pakar-pakar pendidik. Aspek keempat adalah pengajaran merupakan suatu

bidang seni yang meliputi emosi, tingkah laku dan nilai. Hal ini kerana, setiap individu

mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri.

ROSNIYATI BINTI SOFIANPenilaian

Page 6: rosniyati sofian j39188

44

6

Perancangan

Maklum Balas

Pengajaran sebagai suatu proses

Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi

2.2) Konsep Pembelajaran

Pembelajaran terbahagi kepada empat mazhab utama iaitu behavioris, kognitif, sosial

dan humanis. Keempat-empat mazhab ini di pengaruhi oleh tokoh-tokoh yang tertentu yang

menyokong kewujudan serta kewibawaan mazhab tersebut. Mazhab-mazhab ini juga berbeza

antara satu sama lain kerana setiap mazhab mempunyai tujuan yang tertentu dan tumpuan

yang berbeza.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Guru

Membalas

Page 7: rosniyati sofian j39188

44

7

Mazhab behavioris adalah mazhab yang berkaitan dengan tingkah laku. Berdasarkan

mazhab ini tumpuan lebih di berikan kepada aspek tingkah laku pelajar. Tokoh-tokoh yang

menyokong mazhab ini adalah seperti Parlov,Thorndike dan Skinner. Kebanyakan teori

pembelajaran yang mereka hasilkan adalah melalui pemerhatian dan ujian yang di jalankan

terlebih dahulu ke atas haiwan seperti anjing, kucing, burung di makmal.

Melalui ujian tersebut mereka akan memerhatikan tentang perhubungan rangsanagn

dan gerak balas yang berlaku dalam ujian tersebut yang akhirnya akan menghasilkan

perubahan dalam aspek tingkah laku. Maka dapat dibuat satu konklusi bahawa mazhab

behavioris ini lebih memberikan perhatian kepada tingkah laku pelajar yang boleh

diperhatikan, dikawal dan diramal.

Mazhab yang kedua dalam pembelajaran adalah mazhab kognitif yang di perkenalkan

oleh tokoh-tokoh seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausabel. Bagi kesemua tokoh ini

mereka bersetuju bahawa pembelajaran merupakan suatu proses dalaman yang berlaku dalam

akal fikiran dan sukar untuk dikenal pasti dalam secara langsung dalam tingkah laku

manusia itu sendiri. Mazhab ini lebih memberikan tumpuan kepada kajian pelbagai jenis

pembelajaran dalam proses menyelesaikan masalah, celik akal mengikut peringkat umur dan

kebolehan pelajar itu sendiri.

Teori-teori pembelajaran juga sering di gunakan dalam mazhab kognitif contohnya

untuk mengenal pasti cara pembelajaran, pemikiran celi akal, kaedah penyelesaian masalah,

penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Mazhab kognitif ini juga dikenali dengan teori

gesalt. Konklusinya mazhab kognitif ini menekankan kepada struktur kognitif dan

kepercayaan bahawa otak yang akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 8: rosniyati sofian j39188

44

8

Seterusnya, mazhab ketiga dalam pembelajaran adalah mazhab sosial. Menurut

mazhab sosial ini teori pembelajaran seharusnya meliputi aspek bukan sahaja tingkah laku

manusia tetapi aspek pemikiran dalaman atau daya kognitif. Menurut Bandura pembelajaran

adalah proses pemodelan iaitu pembelajaran perlu melalui proses peniruan dan

pemerhatian.Teori ini juga dikenali sebagai satu teori yang menggabungkan dua mazhab lain

iaitu mazhab behavioris danmazhab kognitif.

Mazhab yang terakhir dalam aspek pembelajaran adalah mazhab humanis. Mazhab

ini menekankan bahawa setiap manusia mempunyai emosi dan perasaan. Oleh itu, mereka

menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza antara satu sama

lain. Maka, cara pembelajaran setiap individu juga adalah berbeza kerana perlu mengikut

kehendak dan perkembangan emosi setiap individu. Mazhab ini juga berpendapat bahawa

setiap individu memiliki potensi dan kecemerlangan kendiri yang boleh di kembangkan.

Guru akan bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan ini agar potensi positif setiap

pelajar di kembangkan ke tahap optimum.

Konklusinya, daripada keempat-empat mazhab ini mempunyai kelebihan dan

kekurangan sendiri. Namun sebagai guru kita perlu bijak mengaplikasikannya dalam

pembelajaran kerana setiap guru mempunyai kepakaran yang berbeza-beza. Malahan

pembelajaran juga perlu melihat keupayaan peajar itu sendiri serta tahap kematangan mereka.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 9: rosniyati sofian j39188

44

9

2.2.1) Definisi Pembelajaran

Definisi pembelajaran menurut kamus dewan adalah proses memperolehi ilmu

pengetahuan atau kemahiran. Berdasarkan definisi ini dapat kita lihat bahawa pembelajaran

sangat luas selagi berada dalam lingkungan memperolehi ilmu sama ada secara formal atau

tidak tetap di kategorikan sebagai pembelajaran. Pembelajaran juga tidak hanya berlaku

dengan ajaran guru akan tetapi pembelajaran berlaku semenjak dari mula seseorang itu lahir

ke dunia dan seterusnya pembelajaran itu di teruskan secara formal di sekolah.Pembelajaran-

pembelajaran yang berlaku akan memberikan pengetahuan baru dan menambah pengetahuan

yang ada dalam diri seseorang individu agar mereka berjaya dididik sebagai seorang yang

mempunyai modal insan yang tinggi.

Robert M.Gagne dalam bukunya The Condition Of Learning (1970) menyatakan

bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat

dikekalkan tetapi pembelajaran tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses

pertumbuhan.Pertumbuhan yang di maksudkan oleh M.Gagne ini adalah perubahan secara

fizikal yang tidak melibatkan kesan emosi dan tingkah laku seseorang individu.

Selain itu, Wilson,Robert dan Micheal (1974) dalam bukunya Psychological

Foundation of Learning and Teaching pula mengklasifikasikan pembelajaran kepada dua

maksud iaitu pertama pembelajaran adalah hasil daripapada usaha asesuatu organism untuk

memenuhi keperluannya. Perubahan yang dimaksudkan termasuklah perubahan-perubahan

dalam sistem saraf semasa organisma itu melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan.

Seterusya, pembelajaran juga adalah suatu perubahan saraf akibat organism melakukan

berbagai-bagai tindakan dalam kehidupannya. Definisi ini jika kita lihat lebih merujuk

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 10: rosniyati sofian j39188

44

10

kepada kesan yang berlaku ke atas seseorang pelajar hasil daripada pengalaman mereka

semasa proses pembelajaran yang berlaku. Melaui pengalaman berikut pelajar akan membuat

penilaian serta keputusan ke atas sesuatu perkara.

Walau apapun makna dan definisi yang diberikan terhadap pembelajaran namun

masih membawa maksud yang sama iaitu berkait dengan proses pembelajaran. Pembelajaran

juga di bantu oleh organ deria manusia dalam proses mencipta pengalaman yang memberikan

kesan kepada individu. Organ-organ deria akan membantu memilih rangsangan-rangsangan

yang sesuai daripada persekitaran. Rangsangan yang terbetuk ini akan diproses pula oleh

otak untuk menjadi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dapat memberikan kesan kepada

individu tersebut sekaligus digunakan semula apabila diperlukan. Justeru , tindakan

pengalaman dan ilmu pengetahuan yang digunakan oleh individu tersebut akan membawa

kepada perubahan dalam aspek tingkah laku. Rajah dibawah dapat menunjukkan perubahan

tersebut secara berperingkat-peringkat :

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 11: rosniyati sofian j39188

44

11

Menurut Mook Soon Sang di dalam bukunya Murid dan Alam Belajar (2008) terdapat

enam ciri-ciri pembelajaran yang perlu di penuhi iaitu pertama pembelajaran merupakan

suatu proses dan mempunyai beberapa peringkat yang perlu dipenuhi secara sistematik.

Peringkat tersebut bermula dari penerimaan rangsangan yang dilakukan melaui organ deria

diiukuti dengan pembentukan konsep dalam pemikiran dan diakhiri dengan perubahan

dalam aspek tingkah laku.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Rangsangan -rangsangan

Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan

Pemikiran erti rangsangan dalam otak

Perubahan tingkah laku

Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh deria

Mengamalkan dalam situasi yang sepadan

Page 12: rosniyati sofian j39188

44

12

Prinsip kedua pula adalah berkenaan dengan hasil pembelajaran tersebut. Hasil

pembelajaran yang terbentuk kesan daripada pembelajaran yang berlaku hendaklah berjaya

membentuk proses perubahan dalam tingkah laku dari satu tahap yag rendah kepada satu

tahap yang lebih baik atau dengan kata lain tahap yang lebih tinggi dari tahap asal.

Selanjutnya, prinsip yang ketiga hampir sama dengan prinsip sebelumnya iaitu

berkenaan tingkah laku. Tingkah laku yang berlaku selepas proses pembelajaran hendaklah

stabil dan kekal dalam diri individu tersebut.

Justeru, prinsip yang keempat pula menekankan tentang pembelajaran yang berlaku

mestilah secara berterusan agar dapat menghasilkan perubahan positif yang lebih sempurna.

Hal ini kerana proses pembelajaran biasanya akan terhenti apabila seseorang individu itu

kehilangan motivasi untuk terus belajar. Oleh itu, objektif pembelajaran serta strategi yang

teratur mampu memberikan motivasi yang berterusan kepada individu untuk bermotivasi.

Di samping itu, prinsip yang kelima menjelaskan tentang hasil pembelajaran mestilah

akibat daripada perolehan pengalaman dan latihan. Perubahan tingkah laku hendaklah

dibentuk daripada pemikiran dan penanggapan dan bukan terhasil daripada proses mental

atau pertumbuhan fizikal. Prinsip yang terakhir hampir sama dengan prinsip keempat

pembelajaran juga berlaku ke atas aktiviti sendiri iaitu ke atas usaha manusia sendiri

mengikut motif dan motivasi.Kedua-dua unsur ini akan menjamin prose pembelajaran yang

berlaku adalah berterusan. Motif pembelajaran menjadi penggerak dalaman contohnya

keinginan pelajar belajar adalah untuk kemajuan diri sendiri tanpa sebarang paksaan.

Motivasi pula merupakan penggerak luaran contohnya dorongan ibu bapa dan guru agar terus

belajar sehingga berjaya.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 13: rosniyati sofian j39188

44

13

Konklusinya, pembelajaran adalah keinginan seseorang individu untuk belajar serta

dibantu dengan dorongan yang dapat memotivasikan mereka dan strategi yang digunakan

guru yang mampu menarik minat mereka belajar. Gabungan kesemua komnbinasi ini secara

sepadu akan menghasilkan suatu pembelajaran yang sempurna dan menyeronokkan kepada

setiap individu.

2.3) Konsep Strategi

Menurut kamus dewan (1998) strategi di definisikan sebagai rancangan yang teratur

untuk mencapai matlamat dan kejayaan. Ini bermakna strategi adalah merangkumi semua

susunan dan aturan yang dilakukan yang akhirnya bermatlamat mencapai kejayaan atau

dengan kata lain mencapai objektif serta tujuan yang diinginkan. Strategi juga membawa

makna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara dengan baik dan teratur. Di dalam

bidang pendidikan ,konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta

kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.

Oleh itu, setiap pembelajaran yang berlaku dalam strategi pengajaran dan

pembelajaranmestilah merujuk kepada kaedah serta teknik mengajar berdasarkan keada suatu

pendekatan dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Maka konsep

strategi adalah besar dan tidak terhad kepada perancangan , penentuan dan teknik mengajar

sahaja.Di samping itu, strategi dalam proses pembelajaran dan pengajaran haruslah

merangkumi enam pertimbangan berikut iaitu berkenaan dengan aspek penentuan

pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. Pertimbangan ini penting bagi memastikan apa

yang diinginkan tercapai dalam masa yang di tetapkan.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 14: rosniyati sofian j39188

44

14

Kedua berkenaan dengan penentuan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan

pendekatan yang ditentukan.Pendekatan adalah cara atau langkah yang diambil bagi

memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan pula mestilah tersusun contohnya:

Daripada konkrit kepada abstrak

Daripada mudah kepada kompleks

Daripada keseluruhan kepada bahagian

Daripada umum kepada spesifik (deduktif)

Daripada spesifik kepada umum (induktif)

Daripada dekat kepada jauh

Daripada yang diketahui kepada belum diketahui

Seterusnya ,perkara ketiga yang perlu diambil kira dalam konsep strategi ialah

penyusunan kaedah dan teknik mengajar yang sistematik dengan mengikut prinsip dan teori

pembelajaran. Menurut Edward M.Anthony (1963) akedah mengandungi lima prosedur iaitu

mengenal pasti masalah, merancang penyelesaian, mengumpul maklumat, membuat tafsiran

dan membuat kesimpulan.

Di samping itu, pertimbangan keempat adalah pengagihan masa untuk setiap langkah

mengajar yang dirancang secara optimum.Langkah ini penting bagi memastikan peruntukan

masa untuk mencapai objektif adalah sistematik. Pertimbangan terakhir adalah berkenaan

pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai di pilih. Pertimbangan ini

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 15: rosniyati sofian j39188

44

15

adalah berpandukan kepada aspek seperti kemudahan, kebolehcapaian matlamat, kognitif

pelajar dan sebagainya.

Konklusinya, strategi dalam aspek pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung

kepada kepandaian seseorang itu dalam menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan

tujuan yang utama adalah untuk memastikan pencapaian yang optimum. Contoh strategi

dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti strategi penggabungjalinan kemahiran-

kemahiran, penyerapan nilai-nilai murni, integrasi fakta-fakta,penggabungjalinan kaedah

keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan penggabungjalinan kemahiran pelajaran

secara kelas bercantum.

3.0 Komponen strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Komponen penting dalam strategi pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada tujuh aspek

iaitu tujuan dan objektif pengajaran, guru atau pendidik, murid sebagai peserta, bahan

pelajaran, kaedah pengajaran, media pengajaran dan faktor pengurusan. Ketujuh-tujuh

komponen ini saling membantu dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan baik serta teratur.

Komponen yang pertama adalah tujuan dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Bagi komponen ini pendidik seharusnya terlebih dahalu tahu apakah objektif serta tujuan

utama yang ingin di capai dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu,

pendidik juga seharusnya menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dalam usaha

menyampaikan objektif tersebut. Hal ini kerana dengan menggunakan bahasa yang mudah

pelajar akan cepat bertindak balas dengan bahan yang diajar. Maka kedua-dua pihak akan

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 16: rosniyati sofian j39188

44

16

memperoleh manfaat daripada proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.Pelajar akan

mendapat ilmu dan guru atau pendidik pula berjaya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut.

Komponen yang kedua adalah guru atau dengan kata lain pendidik. Setiap guru

mempunyai perbezaan antara satu sama lain dalam aspek pengalaman, pengetahuan,

kemahiran, gaya mengajar dan sebagainya. Maka perbezaan yang wujud ini akan

menyebabkan strategi pengajaran pembelajaran yang digunakan juga turut berbeza mengikut

keselesaan mereka. Seterusnya, sebagai seorang pendidik mereka perlulah menguasai bahan

pelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.Bahan pengajaran juga haruslah teratur

serta sistematik agar pelajar mudah memahami.

Komponen yang ketiga adalah pelajar sebagai peserta dimana dalam komponen ini

penyertaan pelajar di dalam kelas amatlah dititikberatkan. Hal ini kerana penyertaan pelajar

secara aktif memberikan gambaran bahawa guru berjaya memotivasikan mereka untuk terus

belajar dengan baik.

Menurut Dick dan Carey (1978) proses pembelajaran akan lebih berhasil apabila

pelajar secara aktif melakukan latihan secara langsung dan relevan dengan tujuan

pembelajaran yang sudah ditetapkan. Di samping itu , guru juga perlu menyusun strategi

pengajaran dan pembelajaran berpandukan latar belakang pelajar yang berbeza-beza.

Komponen yang keempat adalah bahan pelajaran atau dikenali sebagai materi. Materi

secara umumnya merupakan gabungan meteri yang berbentuk pengetahuan. Menurut Kemp

(1977) materi pengetahuan adalah seperti fakta dan informasi terperinci,keterampilan

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 17: rosniyati sofian j39188

44

17

merangkumi langkah-langkah,prosedur,keadaan dan syarat-syarat tertentu dan akhir sekali

adalah sikap yang merangkumi pendapat,idea,saranan serta tanggapan. Walaubagaimanapun,

bahan pelajaran ini juga dapat dibahagikan antara materi formal dan materi informal.Materi

formal adalah seperti kandungan pelajaran dalam buku teks rasmi manakala meteri informal

adalah berbentuk bahan-bahan pelajaran yang bersumber dari sekolah.

Komponen yang kelima adalah kaedah pengajaran dimana pada hari ini dalam

kepesatan pembangunan memberikan guru banyak pilihan dalam kaedah pengajaran mereka.

Oleh itu,setiap guru perlulah membuat penilaian kaedah mana yang ingin digunakan dan

mereka juga haruslah menguasai kemahiran mengendalikan kaedah tersebut. Penggunaan

kaedah pengajaran yang baik dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan bertindak balas

dengan bahan pengajaran tersebut.

Komponen keenam adalah media pengajaran,kejayaan matlamat pengajaran dan

pembelajaran tidak semestinya bergantung kepada kecanggihan media yang digunakan.

Namun begitu, penggunaan media pengajaran yang sesuai akan memberikan manfaat kepada

semua pihak. Media boleh dikatakan sebagai semua bentuk dan saluran yang digunakan

untuk menyampaikan informasi. Oleh itu, media boleh berbentuk orang atau guru, alat-alat

elektronik, media cetak dan sebagainya. Media yang dipilih haruslah memenuhi ciri-ciri

seperti ketepatan dengan tujuan pembelajaran, keupayaan media tersebut menyampaikan isi

pelajaran dengan sempurna, kebolehcapaian terhadap media tersebut adalah

mudah,kebolehan guru mengendalikan media tersebut,peruntukan masa yang cukup dan

kesediaan pelajar menerima isi pelajaran yang disampaikan dengan menggunakan media

tersebut.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 18: rosniyati sofian j39188

44

18

Komponen yang terakhir adalah pengurusan yang merangkumi jadual pelajaran, keadaan

institusi dan ruang pembelajaran.Pengurusan yang baik dapat mengelakkan berlakunya

pembaziran masa di kelas serta masa dapat digunakan dengan sepenuhnya. Pengurusan yang

cekap juga membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk membina lauan

yang mudah dan menarik bagi memudahkan pemahaman dan seterusnya membolehkan

penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran secara berkesan. Dalam pengajaran dan

pembelajaran guru seringkali berhadapan dengan pelajar yang pelbagai dan berbeza-beza dari

segi kebolehan,minat, keupayaan, bakat dan kecenderungan. Maka keadaan yang berbeza-

beza ini amat menyukarkan guru bagi memastikan kesemuanya di penuhi. Namun demikian,

dengan adanya kepelbagaina dari segi pendekatan,kaedah dan teknik mengajar sedikit

sebanyak dapat membantu guru menangani masalah ini.

Contohnya, bagi pelajar yang tidak dapat melihat atau bermasalah dari segi

penglihatan guru boleh mengajar menggunakan audio visual dan deria sentuh. Bagi pelajar

yang bermasalah dari segi pemahaman secara lisan guru boleh mengajar menggunakan

bahan-bahan berbentuk visual bagi mengukuhkan pemahaman mereka dengan cepat kepada

bahan yang diajar. Guru harus dapat memilih dengan baik pendekatan, kaedah dan teknik-

teknik yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi merupakan salah

satu komponen utama yang terkandung dalam komponen perancangan pengajaran dan

pembelajaran.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 19: rosniyati sofian j39188

44

19

Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada tiga kategori utama

iaitu strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, dan strategi pemusatan bahan

pelajaran. Ketiga-tiga strategi ini guru akan memainkan peranan yang penting dalam mencari

kesinambungan antara pelajar. Strategi – strategi ini akan membantu untuk memotivasikan

pelajar yang berbeza-beza mengikut kecenderungan ,minat dan keupayaan mereka.

Matlamat utamanya masih sama bagi keempat-empat strategi ini iaitu mencapai

objektif yang diinginkan diakhir proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, proses

pengajaran dan pembelajaran juga haruslah mampu menarik minat pelajar untuk terus belajar

serta memotivasikan mereka.Kemahiran guru juga menjadi nilai tambah dalam melaksanakan

ketiga-tiga strategi ini.

3.1.1) Strategi Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Melalui strategi pemusatan guru ini juga guru akan bertindak mengawal semua yang berlaku

dalam kelas.Guru akan menentukan apakah bahan dan teknik yang diperlukan semasa

menyampaikan bahan pelajaran. Guru menjadi fokus utama dalam kelas pelajar-pelajar perlu

memberikan perhatian kepada setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas.Melalui konsep ini guru akan memainkan peranan yang aktif dan pelajar memainkan

peranan yang pasif. Hal ini kerana guru yang banyak memberikan penerangan dan pelajar

hanya duduk dan mendengar bahan yang disampaikan oleh guru.

Kaedah yang digunakan guru adalah seperti penerangan, demonstrasi, syarahan,

bercerita, pengajaran berbentuk kumpulan dan kemahiran guru itu sendiri. Penerangan yang

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 20: rosniyati sofian j39188

44

20

diberikan oleh guru adalah huraian kepada setiap bahan pelajaran yang disampaikan kepada

pelajar-pelajar. Manakala, demonstrasi adalah berkaitan dengan aplikasi atau guru

menunjukkan sesuatu yang hampir sama dengan yang sebenar bagi membantu pemahaman

pelajar. Contohnya, cara membaca puisi seperti syair,puisi,syarahan dan bercerita. Guru akan

membaca dengan nada yang betul bagi menunjukkan kepada pelajar gaya membaca yang

betul.Penggunaan kaedah berbentuk kumpulan pula guru akan membentuk kumpulan dalam

kalangan pelajar semasa di bilik darjah dan guru akan memberikan perhatian kepada pelajar

mengikut keupayaan mereka dalam kumpulan tersebut.

Komunikasi yang wujud dalam strategi pemusatan guru ini adalah komunikasi yang

berbentuk sehala.Komunikasi bentuk ini menjadikan pelajar sebagai pendengar dan guru

yang akan banyak bercakap dalam menyampaikan maklumat. Guru juga akan bersifat

autokratik kerana guru yang akan memberikan arahan dan mengawal suasana di kelas dan

pelajar pada kebiasaannya tidak berpeluang untuk menyumbangkan idea mereka.

Seterusnya, interaksi antara guru dan pelajar juga adalah pasif justeru nilai-nilai

positif juga akan kurang dipupuk. Hal ini kerana guru lebih mementingkan pencapaian

objektif yang di inginkan dalam pengajaran mereka berbanding pemupukan nilai positif dan

perkembangan emosi pelajar. Pencapaian pelajar juga akan diuji berdasarkan kepada

keputusan yang dicapai dalam setiap ujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru. Teknik

penyampaian guru juga akan berpaksikan kepada penyampaian fakta –fakta dengan

menggunakan kaedah hafalan.Pelajar juga akan terdedah dengan kaedah pembacaan dan

hafalan berbanding dengan keupayaan pelajar untuk membuat interpretasi dan daya

kemahiran berfikir mereka.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 21: rosniyati sofian j39188

44

21

Di samping itu, strategi ini juga memberikan perhatian kepada keseluruhan kelas dan

pelajar akan diajar menggunakan satu kaedah yang sama tanpa mengira perbezaan dari segi

keupayaan dan minat mereka. Hal ini sekaligus memerlukan pelajar untuk meletakkan diri

mereka dalam keadaan yang dicipta oleh guru dikelas.

3.1.1.a) Ciri-ciri Pemusatan Guru

Terdapat sebanyak sepuluh ciri-ciri strategi pemusatan guru yang boleh

diklasifikasikan. Pertama melalui strategi ini guru akan memainkan peranan yang penting

dan pelajar bertindak sebagai penonton. Kedua, Komunikasi yang digunakan adalah

berbentuk sehala sahaja.Dimana pelajar tidak diberikan peluang untuk turut serta dalam

pengajaran guru di kelas.Ketiga, guru akan bersifat autokratik dan pelajar tidak berpeluang

menyumbangkan idea mereka.

Seterusnya, ciri yang keempat bagi strategi pemusatan guru ini adalah setiap

pengajaran dan pembelajaran yang berlaku mestilah mengutamakann pencapaian objektif

bagi pengajaran yang di inginkan. Kelima, dalam strategi ini juga penyebaran ilmu perlulah

diutamakan berbanding dengan penyuburan nilai murni serta perkembangan emosi. Ciri

keenam bagi strategi pemusatan guru, pencapaian murid akan diukur melalui ujian dan

peperiksaan yang dijalankan.

Selanjutnya, ciri lain adalah guru akan mengajar berdasarkan fakta-fakta dan secara

menghafal. Manakala pelajar pula haruslah mengingat dan menghafal fakta tersebut. Ciri

kelapan adalah interaksi antara pelajar dan guru yang berlaku mestilah bersifat pasif.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 22: rosniyati sofian j39188

44

22

Mementingkan pengelolaan kelas berbanding perbezaan murid merupakan ciri kesembilan.

Akhir sekali,guru perlulah kreatif dan berinisiatif.

3.1.1b) Kelebihan Pemusatan Guru

Terdapat beberapa kelebihan jika dilihat dari aspek yang positif strategi pemusatan

guru ini antaranya ialah guru dapat menguasai kelas. Apabila guru menguasai kelas lebih

mudah bagi guru menyampaikan maklumat dengan baik dan teratur. Tambahan pula guru

juga dapat membuat persediaan awal sebelum menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran di kelas. Melalui cara ini guru juga menguasai dengan baik bahan yang di

sampaikan di kelas.

Selain itu, guru dapat menghabiskan semua topik pengajaran terutamanya bagi bahan

pelajaran yang banyak. Melalui cara ini guru dapat mengajar dengan teratur dan dapat

menghabiskan semua sasaran kerja pada masa yang ditetapkan. Malahan, strategi

pemusatan guru ini juga amat baik bagi kaedah pengajaran yang bersifat kuliah atau yang

mengandungi bilangan pelajar yang besar. Guru juga dapat menguruskan kelas dengan baik

kerana pelajar perlu mematuhi arahan yang di beri guru dan strategi ini juga mudah untuk

dilaksanakan berbanding strategi yang lain.

3.1.1c) Kekurangan Pemusatan Guru

Kekurangan strategi pemusatan guru adalah menjadikan pelajar pasif kerana melalui

strategi ini hanya guru yang akan bertindak dengan aktif dalammenyampaikan bahan

pengajaran. Dari sudut lain pelajar hanya bertindak menjadi pendengar dan tidak boleh

memberikan idea. Selain itu, unsur paksaan juga seakan-akan berlaku kerana pelajar tidak

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 23: rosniyati sofian j39188

44

23

mempunyai pilihan dan mereka perlu patuh kepada arahan guru walaupun arahan tersebut

kadangkala bertentangan dengan minat,kecenderungan dan emosi mereka.

Disamping itu, strategi pemusatan guru juga menjadi seolah-olah penyekat kepada

hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan pelajar-

pelajar yang kritis dan kreatif pada masa hadapan. Hal ini kerana jika strategi ini digunakan

tanpa kesinambungan daripada strategi yang lain ianya akan menyebabkan berlakunya

konsep penerimaan tanpa pemahaman. Maka hasrat membentuk insan yang seimbang dari

segi rohani, jasmani dan emosi akan terbantut di tengah jalan.

Kelemahan lain yang wujud adalah tidak semua pelajar dapat memahami pengajaran

den pembelajaran yang disampaikan oleh guru.Mereka yang mempunyai daya kognitif yang

lemah akan ketinggalan dalam pelajaran manakala hanya mereka yang mempunyai daya

kognitif yang kuat akan menerima dengan baik. Oleh itu, masalah sebegini akan

menyebabkan semakin banyak pelajar yang tercicir dalam pelajaran kerana mereka sudah

tidak lagi bermotivasi untuk terus belajar.

Pencapaian pelajar dalam pelajaran juga akan sukar untuk dinilai kerana mereka

mengamalkan teknik membaca dan menghafal hanya untuk peperiksaan. Budaya sebegini

akan menyebabkan bahan yang diajar tidak kekal dalam otak pelajar untuk jangka masa

panjang kerana mereka hanya belajar untuk menghadapi peperiksaan. Seterusnya, strategi ini

juga lama kelamaan akan menyebabkan pelajar menjadi bosan akibat tiada variasi dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 24: rosniyati sofian j39188

44

24

3.1.2 Strategi Pemusatan Murid

Strategi ini agak bertentangan dengan strategi pemusatan guru kerana melalui strategi

ini murid memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.Murid-murid akan melibatkan diri dengan aktif di dalam kelas terutamanya

kativiti pembelajaran mereka. Guru pula akan bertindak sebagai pendorong dan pemimpin

dalam membimbing murid melaksanakan aktiviti dengan baik dan teratur. Kaedah yang

digunakan sama dengan strategi pemusatan guru iaitu kumpulan atau secara individu. Akan

tetapi perbezaannya pada strategi ini ialah pelajar itu sendiri yang menjalankan aktiviti di

dalam kelas.

Contohnya, guru akan memberikan tajuk dan menerangkan kepada pelajar berkaitan

tajuk tersebut. Setelah penerangan dijalankan pelajar akan duduk didalam kumpulan dan

membuat perbincangan tentang tajuk tersebut. Mereka akan bertukar-tukar pendapat dan

mereka akan menjana idea yang baru. Semua idea dan pendapat tersebut akan dibentangkan

di dalam kelas. Maka cara ini akan membantu pelajar menajdi lebih kreatif dan kritis.

Pelajar akan lebih banyak mengambil bahagian dan bekerja secara aktif di kelas.

Perancangan guru pula perlulah sentiasa menitik beratkan kerjasama, kebebasan bekerja,

mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan, berpasangan dan sebagainya. Di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pula, lebih banyak masa kan diperuntukkan kepada antiviti

pembelajaran murid.

Guru akan memantau dan membantu dari masa ke masa perkembangan pelajar dan

membantu mereka menjanakan idea. Di samping itu, kaedah-kaedah yang digunakan adalah

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 25: rosniyati sofian j39188

44

25

seperti kumpulan, inkuiri dan penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah,

bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Melalui strategi pemusatan murid

komunikasi yang berlaku adalah berbentuk dua hala keran ada interaksi antara guru dan

murid. Potensi dalam diri pelajar juga dapat dikembangkan. Malahan dari segi emosi dan

kecenderungan mereka juga turut diambil kira. Oleh itu,pelajar akan menjadi aktif dalam

aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Mereka akan bertindak balas kepada setiap rangsangan

yang diberikan guru. Guru turut mengamalkan sifat kepimpinan demokratik yang lebih mesra

kepada pelajar. Hasilnye,nilai-nilai murni dalam diri pelajar dapat dibentuk secara langsung

semasa proses interaksi berlaku. Pemahaman pelajar juga akan kekal lama kerana mereka

tidak mengamalkan konsep menghafal dan membaca sahaja tetapi lebih kepada konsep

memahami.

Selain itu, strategi ini juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara melahirkan

insan yang seimbang dari segi intelek,mental,rohani,emosi dan jasmani. Hal ini kerana

pelajar dapat dididik dengan nilai-nilai murni serta sahsiah yang murni semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku.

3.1.2a) Ciri-ciri Pemusatan Murid

Terdapat sebanyak sepuluh ciri-ciri pemusatan murid iaitu pertama murid

memainkan peranan yang aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua,

komunikasi yang berlaku mestilah komunikasi yang bersifat dua hala. Komunikasi bentuk ini

akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan guru bagi meningkatkan kefahaman

mereka kepada bahan pengajaran. Seterusnya, ciri ketiga adalah gaya kepimpinan guru

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 26: rosniyati sofian j39188

44

26

adalah bersifat demokratik kerana semua pelajar dibenarkan turut serta dalam perbincangan

dan memberikan pendapat mereka.

Seterusnya, ciri kelima adalah perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi

pelajar mestilah menyeluruh dan seimbang. Keenam ujian berbentuk formatif ditekankan

kerana keputusan ujian akan digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan murid. Ciri

Ketujuh berkaitan dengan objektif pencapaian pelajar secara menyeluruh amat diutamakan

berbanding objektif pengajaran yang ingin dicapai. Ciri kelapan adalah penyampaian guru

ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami fakta-fakta yang

disampaikan sekaligus mereka boleh membuat kesimpulan.

Selanjutnya, ciri kelapan adalah berkait dengan interaksi iaitu peluang interaksi di

antara murid adalah besar dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong menolong,

bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk. Pengelolaan kaedah berkumpulan, minat

dan perbezaan pelajar perlu diberikan perhatian merupakan ciri yang kesembilan bagi strategi

pemusatan pelajar ini. Ahkirnya, strategi ini akan berjaya menjana sifat yang kreatif dan

berinisiatif dalam diri pelajar dengan adanya kaedah dan teknik-teknik yang bervariasi

seperti teknik simulasi, main peranan, sumbang aran, kumpulan kecil dan sebagainya.

3.1.2.b) Kelebihan Pemusatan Murid

Kelebihan strategi pemusatan pelajar berbanding strategi yang lain adalah melalui

strategi ini guru dapat mendorong pelajar untuk menjana pemikiranyang kritis dan kreatif.

Hal ini kerana adanya kebebasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

oleh guru di kelas.

Selain itu, pelajar juga akan menjadi lebih berani dalam memberikan pendapat dan

mengemukakan cadangan serta idea mereka. Berbanding strategi pemusatan guru yang

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 27: rosniyati sofian j39188

44

27

mengamalkan corak kepimpinan autokratik kerana strategi pemusatan murid ini

menggunakan kepmpinan yang bersifat demokratik. Kepimpinan demokratik membolehkan

pelajar menjadi lebih aktif dan bermotivasi di kelas.

Tambahan pula, melalui strategi ini pelajar dapat bersama-sama memberikan idea

atau dengan kata lain menyumbangkan buah fikiran mereka dalam menyelesaikan masalah

bersama. Pelajar turut diajar untuk menilai setiap pendapat yang ada dalamkumpulan mereka

dan ini sekaligus mendidik mereka untuk lebih matang kerana ianya memerlikan

pertimbangan yang adil serta saksama antara ahli di dalam kumpulan.

Kebaikan lain pengaplikasian strategi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di kelas adalah dapat melatih pelajar bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dengan

menggunakan pelbagai kaedah. Selanjutnya, interaksi antara pelajar juga akan berlaku

dengan baik dan sempurna kerana mereka telah dilatih semenjak dari awal lagi untuk

berbincang dan saling memberikan pendapat secara bertolak ansur dan konstruktif.Hasil

perbincangan mereka akanmenghasilkan satu keputusan yang lebih baik. Nilai-nilai murni

juga secara tidak langsung akan dibina dalam diri pelajar seperti menghormati dan bertolak

ansur. Hal ini kerana mereka telah dididik untuk mendengar pendapat orang lain sekalipun

berbeza dengan pendapat mereka secara individu tetapi mereka dapat bertoleransi antara satu

sama lain.

3.1.2c) Kekurangan Pemusatan Murid

Terdapat beberapa kelemahan dalam melaksanakan strategi pemusatan murid kerana

pelaksanaan strategi ini hanya dapat diguna pakai bagi kelompok yang pelajar yang kecil.

Berbanding dengan strategi pemusatan guru yang boleh diaplikasikan kepada kelompok

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 28: rosniyati sofian j39188

44

28

pelajar yang besar. Hal ini kerana strategi ini lebih berpusatkan pelajar dan guru bertindak

sebagai pemantau kepada setiap aktiviti yang dilaksanakan di kelas.

Selain itu, strategi ini juga menggalakkan pelajar memberikan pendapat mereka

secara bebas. Pendapat yang berbagai-bagai dan terlalu banyak kadangkala akan

mengelirukan pelajar serta wujudnya masalah pendapat yang tidak berkaitan sama sekali

dengan topik pengajaran pada ketika itu. Kelemahan seperti guru memerlukan masa yang

panjang dalam mengaplikasikan strategi ini di kelas kerana guru perlu berinteraksi dengan

pelajar secara aktif dan menggalakkan mereka untuk turt serta dalam perbincangan di kelas.

Hal ini akan menyebabkan objektif utama proses pengajaran akan tersasar kerana

guru perlu megikut keupayaan dan minat pelajar. Kelemahan lain yang wujud dalam strategi

pemusatan murid ini adalah berlakunya kelompok yang menguasai perbincangan dan

adakelompok pelajar yang tersisih. Masalah ini wujud kerana sebahagian pelajar memiliki

sikap rendah diri sehingga menyebabkan mereka malu untuk turut serta dan hanya menjadi

ahli kumpulan yang pasif dalam perbincangan.

Selain itu, masalah seperti pencapaian akademik yang lemah juga akan wujud kerana

sesetengah pelajar mungkin asing dengan konsep ini. Mereka akan gagal memahami is

kandungan pelajaran yang disampaikan berbanding dengan pelajar yang mempunyai daya

kognitif yang tinggi.Golongan ini boleh berfikir dan memahami dengan lebih cepat sekaligus

memberikan idea serta pendapat yang logik.

3.1.3 Strategi Pemusatan Sumber/Bahan

Strategi pemusatan bahan agak berbeza daripada dua strategi yang sebelumnya iaitu

strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan murid. Hal ini kerana strategi pemusatan

bahan menekankan pemilihan penggunaan bahan mengajar yang dapat membantu pengajaran

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 29: rosniyati sofian j39188

44

29

serta pembelajaran guru di kelas. Peranan serta penggunaan bahan-bahan pengajaran dalam

suatu sesi pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi membantu guru menyampaikan

maklumat secara berkesan.

Bahan yang dipilih mestilah dapat memberikan makna kepada pelajar dan pelajar

juga boleh menggunakannya untuk menjalankan pembelajaran secara kendiri. Penggunaan

sepenuhnya bahan tersebut adalah untuk menyalurkan pengetahuan dan menggerakkan

aktiviti untuk menguasai sesuatu kemahiran atau dengan kata lain dapat memberikan

pemahaman yang baik kepada pelajar.

Kebiasaannya penggunaan strategi ini akan melibatkan beberapa bentuk pembelajaran

kendiri.

Contohnya, modul pengajaran terancang, pengajaran yang berbentuk audio dan

tutorial, makmal bahasa, pembelajaran yang berbantukan computer dan sebagainya.

Tambahan pula, bahan pelajaran yang digunakan oleh guru dibahagikan kepada dua

kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan

yang berbentuk carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, pita perakam, video,

televisyen dan projektor. Seterusnya, bahan pembelajaran pula adalah seperti buku teks,

bahan bercetak, radas, alat-alat ujikaji dan komputer yang kebiasaannya digunakan oleh

murid.

Melalui penggunaan strategi ini guru dapat menyampaikan maklumat dengan lebih

tersusun dan teratur serta lebih menarik dan berkesan. Bagi pelajar pula mereka dapat

memahami pelajaran dengan lebih bermakna selain dapat menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran secara individu tanpa perlu bergantung dengan guru.Strategi ini mengajar

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 30: rosniyati sofian j39188

44

30

pelajar untuk bertindak secara matang dan berdikari secara tidak langsung dapat membina

keyakinan dalam diri pelajar.

Namun demikian,sesetengah daripada strategi pemusatan bahan bergantung dengan

pemusatan guru seperti pengajaran berbentuk demonstrasi.Kaedah demonstrasi melibatkan

penggunaan alat bantu mengajar seperti transperensi dan projektor,komputer dan laptop

maka guru akan bertindak mengawal penggunaan bahan ini. Selain itu,sesetengah strategi

pemusatan bahan pula adalah berkait dengan strategi pemusatan

murid.Contohnya,penggunaan kaedah inkuiri dan penemuan,kaedah penyelesaian masalah

dan kaedah projek yang perlu melibatkan penggunaan bahan yang lain.

Konklusinya,kaedah pemusatan bahan ini tidak boleh hanya bergantung kepada bahan

semata-mata.Malahan memerlukan kombinasi strategi pemusatan guru dan strategi

pemusatan pelajar juga dalam melaksanakan strategi ini. Oleh itu , secara tidak langsung

dapat dikatakan bahawa strategi pemusatan bahan juga adalah komnbinasi kepada dua

strategi lain iaitu strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan murid.

3.1.3a) Ciri-ciri Pemusatan Sumber/Bahan

Terdapat sebanyak tujuh ciri-ciri berkaitan dengan strategi pemusatan bahan iaitu

bahan pelajaran memainkan peranan penting dalam mencapai objektif pengajaran. Guru dan

murid akan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai

objektif pengajaran yang diinginkan.Kedua adalah jenis komunikasi yang akan berlaku iaitu

komunikasi antara guru dengan bahan pengajaran dan murid dengan bahan pengajaran. Ciri

yang ketiga adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah

mengutamankan kecekapan dan kemahiran guru untuk menggunakan bahan pengajaran

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 31: rosniyati sofian j39188

44

31

dalam usaha mencapai objektif yag ditetapkan. Dalam aspek ini memperlihatkan

pergantungan kepada bahan pelajaran untuk mencapai objektif.

Selanjutnya, ciri keempat adalah menekankan perkembangan kognitif, jasmani, sosial

dan emosi pelajar. Hal ini kerana penggunaan alat bantu mengajar haruslah dapat membantu

pelajar memahami konsep abstrak dengan lebih jelas. Manakala melalui penggunaan bahan

pembelajaran pula pelajar dapat membina kemahiran mereka terhadap penggunaan bahan

yang canggih. Kelima, pengajaran guru haruslah bertumpu kepada pengajaran yang

bermakna, menarik serta berkesan. Keenam, interaksi antara guru dan murid adalah banyak

maka secara tidak langsung dapat membentuk sifat-sifat sosial yang positif dalam diri

pelajar.

Di samping itu, ciri ketujuh adalah pemusatan bahan yang menekankan pengalaman

secara langsung. Oleh itu, pelajar dapat mengaitkan ilmu yang bersifat abstrak dengan situasi

yang konkrit.

3.1.3b) Kelebihan Pemusatan Sumber/Bahan

Terdapat beberapa kelebihan berdasarkan strategi pemusatan bahan atau sumber.

Salah satunya adala berkaitan dengan tumpuan dan perhatian. Malalui strategi ini tumpuan

serta perhatian pelajar dapat dipusatkan. Dimana, guru boleh mendekati pelajar dengan lebih

mudah kerana pengaplikasian pemusatan bahan membolehkan guru menyediakan dengan

lebih awal bahan yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kelebihan kedua strategi pemusatan bahan ini adalah proses pembelajaran

akan lebih tertumpu kepada bahan atau meteri yang dipelajari. Materi ini merangkumi semua

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 32: rosniyati sofian j39188

44

32

bahan pengajaran termasuklah yang berteknologi atau sebaliknya tetapi masih berada dalam

lingkungan bahan pelajaran.

Seterusnya, kelebihan lain strategi berdasarkan pemusatan bahan ini adalah melalui

penggunaan bahan yang diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlaku akan meninggalkan kesan yang positif terhadap pelajar. Mereka akan melalui satu

pengalaman yang baru dan pengalaman tersebut akan melekat dalam diri pelajar apabila

apabila penggunaanny secara berterusan. Maka pelajar juga akan sekaligus terdedah kepada

kemajuan dalam bidang teknologi.

Kelebihan terakhir yang dapat dilihat daripada penggunaan bahan adalah guru dapat

mendidik pelajar untk memahami dengan jelas tentang sesuatu prose yang berlaku dalam

pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula,pelajar dapat mempraaktikkan penggunaan

pemusatan bahan ini dengan sendiri kerana mereka juga turut bertindak balas semasa proses

tersebut berlaku. Penjelasan juga dengan mudah dapat dibuat oleh guru kepada pelajar

terutamanya tentang sebab dan kesan atau kaedah inkuiri dan penemuan.

3.1.3 c) Kekurangan Pemusatan Sumber/Bahan

Terdapat beberapa kelemahan dalam strategi pemusatan bahan seperti bahan yang

dibekalkan tidak mancukupi. Keadaan ini menyebabkan tidak semua pelajar merasa untuk

menjalankan eksperimen dalam satu-satu masa pengajaran. Maka guru perlu mengambil

masa yang lebih lama bagi memberikan peluang kepada semua pelajar untuk menggunakan

peralatan tersebut secara bergilir-gilir.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 33: rosniyati sofian j39188

44

33

Selain itu, kadangkala wujud masalah apabila eksperimen yang dijalankan memakan

masa yang lama. Peruntukan masa untuk guru bagi sesebuah kelas yang diajar adalah terhad

maka eksperimen yang mengambil masa yang lama akan menyebabkan pengajaran bagi

topik lain turut terganggu dan terpaksa diajakkan masa pengajarannya bagi memberi laluan

kepada eksperimen tersebut.

Oleh itu, strategi pemusatan bahan ini lebih sesuai jika digunakan untuk

mengetengahkan bidang ilmu kepada kepesatan teknologi berbanding penggunaannya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dengan matlamat untuk mencapai objektif yang

diinginkan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

(Kaedah dan Teknik)

Pemusatan Guru Pemusatan Bahan Pemusatan Murid

Menerang

Ekspositori

Demonstrasi

Syarahan

Pengajaran

kumpulan/Berpasukan

Audio-Visual

Penggunaan

Komputer

Penggunaan Bahan

Bercetak

Pengajaran-

Pembelajaran Kesepaduan

Projek

Inkuiri-Penemuan

Perbincangan

Penyoalan

Penyelesaian Masalah

Simulasi

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 34: rosniyati sofian j39188

44

34

Pengajaran Mikro

Bercerita

Keseluruhan Kelas

Modul

Penggunaan Buku

Teks dan Buku Rujukan

Main Peranan

Sumbangsaran

Berkumpulan

Pembelajaran melalui

pengalaman

Klasifikasi strategi pengajaran-pembelajaran dan kaedah-kaedah yang berkaitan

3.2 Sifat-sifat strategi pengajaran yang baik

Strategi pengajaran merupakan salah satu daripada cabang ilmu yang terdapat dalam bidang

pedagogi. Namun begitu, menurut pakar dan penyelidik dalam bidang pedagogi tiada

satupun strategi pendekatan mahupun teknik yang boleh dianggap baik dan amat sesuai

diaplikasikan sepenuhnya dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, kesemua konsep tersebut

memerlukan guru-guru menguasai dengan sepenuhnya serta dapat memahami konsep

tersebut dengan sepenuhnya. Bukan itu sahaja, malahan keberkesanannya juga bergantung

kepada kebijaksanaan dan keupayaan guru yang menggunakannya. Oleh itu,menurut

Kamarudin Bin Hj Husin di dalam bukunya “Pedagogi untuk Asas Pendidikan” (2003) telah

menggariskan sebanyak 11 ciri-ciri bagaimana untuk menjadikan strategi tersebut menarik.

Di antaranya adalah :

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 35: rosniyati sofian j39188

44

35

a) Menarik perhatian dan menimbulkan minat

Strategi yang dipilih mestilah berupaya menarik perhatian pelajar kepada proses pengajaran

dan pembelajaran tersebut.Hal ini kerana menurut beliau apabila sesuatu strategi yang dipilih

berjaya menarik perhatian pelajar maka akan sekaligus berjaya untuk menimbulkan minat

mereka untuk memberi tumpuan kepada bahan pelajaran yang diajar.

strategi menarik pelajar memberikan menimbulkan minat

perhatian untuk belajar

b) Penyalur ilmu pengetahuan

Strategi pengajaran yang baik mestilah mampu menyalurkan ilmu pengetahuan

kepada pelajar dengan berkesan.Strategi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran oleh guru hendaklah berjaya memberikan input kepada pelajar. Hal ini kerana

matlamat serta objektif pengajaran adalah memberikan ilmu pengetahuan yang baru serta

mengukuhkan ilmu pengetahuan yang sedia ada.

c) Merangsang pembelajaran

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku hendaklah merangsang

pembelajaran seseorang individu untuk terus belajar. Hal ini kerana sesuatu strategi yang

dibina haruslah dapat memotivasikan pelajar sekaligus melalui motivasi yang terbina palajar

akan berminat untuk terus belajar.

d) Memudahkan pembelajaran

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 36: rosniyati sofian j39188

44

36

Strategi yang dipilih mestilah tidak membebankan guru dan pelajar dalam proses

pelaksanaan serta penggunaannya di kelas. Tambahan pula,masa yang diperuntukkan untuk

sesebuah kelas adalah terhad maka masa tersbut perlu digunakan dengan efektif dan

cekap.Oleh itu,strategi yang dipilih seharusnya dapat membantu dalam proses memudahkan

pengajaran dan pembelajaran.

e) Mempelbagaikan aktiviti

Pemilihan strategi yang digunakan perlulah dapat mempelbagaikan aktiviti di

kelas.Hal ini kerana penggunaan yang aktiviti yang sama akan menimbulkan rasa bosan

pelajar apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang. Malahan keadaan ini akan

mengganggu motivasi pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berjalan di

sekolah.

f) Menguatkan ingatan

Penggunaan strategi yang sesuai secara tidak langsung dapat membantu untuk

meningkatkan kesan ingatan jangka panjang kepada pelajar. Hal ini kerana tujuan

pengaplikasian strategi adalah untuk memastikan secara sedikit sebanyak minat pelajar dapat

dipenuhi oleh guru. Strategi yang digunakan secara tidak langsung akan membantu pelajar

untuk mengingati sesuatu pelajaran dengan mudah kerana mereka diajar dengan

menggunakan peta minda atau konsep yang sesuai.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 37: rosniyati sofian j39188

44

37

g) Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni akan wujud apabila adanya satu

proses komunikasi yang baik anatar guru dan pelajar. Melalui proses komunikasi ini pelajar

akan merasai diri mereka dihargai dan pendapat mereka diberikan perhatian oleh guru. Oleh

itu, pelajar akan belajar dalam keadaan yang menghiburkan dan menggembirakan maka akan

terbentuklah satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni.

h) Meningkatkan keyakinan pelajar

Strategi pembelajaran yang efektif apabila digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran berupaya mengahapuskan kebimbangan pelajar,rasa rendah diri, kurang

keyakinan dan sebagainya. Hal ini kerana setiap pelajar di berikan peluang untuk turut serta

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di kelas.

i) Mewujudkan interaksi berkesan

Interaksi yang berkesan antara guru dan pelajar akan terbina apabila satu set

komunikasi yang telus digunakan dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Selain

itu,kedua-dua pihak juga akan merasa selesa kerana saling memahami dan dapat memenuhi

kehendak masing-masing namun dalam masa yang sama juga mampu mencapai objektif

yang diharapkan.

j) Membantu pelajar membina konsep dan idea

Pelajar dapat mencerna idea yang sedia ada dan membina konsep-konspe baru dengan

mudah apabila strategi yang digunakan sesuai. Pelajar akan menjadikan proses pengajaran

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 38: rosniyati sofian j39188

44

38

dan pembelajaran dikelas sebagai satu contoh dalam membina konsep serta mencerna idea

yang baru.

k) Mendidik pelajar berfikir secara kristis dan kreatif

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa strategi yang baik sekaligus membina

daya pemikiran yang sihat dalam kalangan pelajar. Seterusnya, pemikiran yang sihat akan

membawa kepada sebuah corak pemikiran yang kritis serta kreatif sekaligus menambah

kematangan pelajar dengan cepat.

4.0) Contoh Pelaksanaan / Aplikasi dalam bilik darjah

BIL. STRATEGI KAEDAH AKTIVITI YANG BERJALAN

1 Strategi Pemusatan

Guru

-Demonstrasi i. Contoh pengaplikasian kemahiran asas dan teori

ii. Murid memberikan perhatian kepada guru

iii. Guru menunjukkan konsep kepada murid

iv. Murid mendengar dan memberikan perhatian

kepada pengajaran yang berlangsung.

v. Murid menyoal dalam sesi interaksi

2 Strategi Pemusatan

Murid

-Sumbangsaran i. Guru memberikan fokus kepada teknik

pemudahcaraan

ii. Guru menyediakan soalan bermasalah dan murid

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 39: rosniyati sofian j39188

44

39

akan menyelesaikan

iii. Murid diberikan pilihan penyelesaian yang sesuai

iv. Guru membantu semasa proses pelaksanaan

v. Murid menetapkan keutamaan menggunakan

bahan daripada guru

vi. Murid digalakkan untuk menetapkan pilihan

dalam penyelesaian masalah dengan bantuan daripada

guru

3 Strategi Pemusatan

Bahan

-Penggunaan Bahan

Cetak

i. Guru memilih bahan yang sesuai dengan

pengajaran yang akan dilakukan

ii. Bahan yang dipilih mestilah berupaya menarik

serat memotivasikan pelajar untuk belajar

iii. Guru menggaplikasikan bahan tersebut di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

iv. Guru menunjukkan demonstrasi menggunakan

bahan yang dipilih.

v. Pelajar meniru dan mengulangi demonstrasi guru

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 40: rosniyati sofian j39188

44

40

vi. Pelajar menguasai dan menggunakan dengan

sendiri untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

5.0) Rumusan

Kesimpulannya, terdapat tiga klasifikasi strategi dalam bidang pendidikan iaitu

strategi pemusatan guru, strategi pemusatan bahan dan strategi pemusatan bahan. Namun

demikian, walaupun terdapat klasifikasi dalam strategi tersebut konsep penggabungjalinan

dalam pengaplikasiannya adalah merupakan satu faktor yang amat penting dan peuntuk

diberikan perhatian. Selain itu, untuk mencapai satu strategi yang berkesan untuk pelajar

dalam proses pengajaran serta pembelajaran guru memainkan peranan yang penting. Hal ini

kerana guru yang akan memilih strategi bagaimana yang akan mereka gunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Sebelum melakukan proses pemilihan strategi yang sesuai guru perlulah memastikan

kehendak serta keperluan murid yang diajar kerana dengan cara ini sedikit sebanyak dapat

membantu memotivasikan minat mereka kepada pelajaran yang diajar. Tambahan pula, jika

mata pelajaran tersebut lebih banyak menggunakan fakta-fakta. Menurut kajian daripada

banyak pengkaji di dunia penggunaan bahan pengajaran yang berwarna-warni dapat

mengukuhkan ingatan pelajar kepada pelajaran tersebut. Oleh itu, guru perlu memilih metod

atau dengan kata lain kaedah yang paling tepat digunakan serta dapat memaksimumkan

pemahaman murid. Dalam pemilihan tersebut banyak perkara perlu diberikan perhatian oleh

guru.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 41: rosniyati sofian j39188

44

41

Seterusnya, kecerdasan, kematangan, perbezaan antara pelajar dengan pelajar juga

memainkan peranan penting dalam pemilihan strategi. Guru perlu menilai aspek-aspek ini

terlebih dahulu kerana dengan adanya penilaian dalam kesemua aspek ini keputusan memilih

strategi yang tepat dapat dibuat sama ada memilih strategi pemusatan guru, pelajar mahupun

bahan yang lebih sesuai. Kecerdasan dan kematangan pelajar membantu guru mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna kerana pelajar yang baik dari kedua-

dua aspek ini mempunyai tahap intelek yang tinggi untuk diasah seterusnya menjadi insan

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah mereka.

Di samping itu, sebagai guru amat penting untuk mengambil berat suasana dan situasi

yang umum disekitar mereka. Situasi yang dimaksudkan adalah seperti keadaan kelas, situasi

sekeliling dan kesesuaian suasana untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang

harmoni dan menyeronokkan bagi pelajar. Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran

yang ada kesemuanya menekankan berkaitan dengan penjagaan emosi pelajar, motivasi

belajar serta keseimbangan nilai murni dalam diri mereka. Maka suasana yang baik di kelas

juga dapat membantu ke arah ini.

Bagi strategi pemusatan bahan contohnya, guru perlu memastikan kebolehcapaian

bahan tersebut adalah mudah jika bahan tersebut tidak tersedia di sekolah. Hal ini kerana

kemudahan –kemudahan yang ada di setiap tempat adalah berbeza-beza di sebabkan oleh

banyak faktor yang lain. Sebagai seorang guru yang kreatif mereka perlulah mempelbagaikan

bahan yang sedia ada dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka

menarik.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 42: rosniyati sofian j39188

44

42

Selanjutnya, aspek kemahiran guru juga adalah penting dalam pemilihan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Kemahiran dapat menentukan bagaimana tahap

dan kemampuan guru tersebut dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan

sempurna. Kemahiran yang sedia ada merupakan satu bonus tambahan kepada guru tersebut.

Kemahiran dari segi keupayaan menarik minat pelajar kepada pelajaran serta keupayaan

menyampaikan isi kandungan pelajaran secara efektif kepada pelajar merupakan satu bakat

yang diperlukan daripada semua guru.

Akhirnya, dalam proses pemilihan strategi guru perlu memahami apakah sifat dan

bentuk pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar dikelas. Sifat dan bentuk

pengajaran tersebut dapat membantu guru untuk memilih kaedah dan metod yang paling

sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Oleh itu, pemilihan

strategi tidak hanya menitik beratkan sebahagian aspek sahaja malahan memerlukan

seseorang guru itu untuk menimbangkan aspek yang lain juga.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 43: rosniyati sofian j39188

44

43

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa melayu

Tingkatan : 2 Grace (Pelajar amat lemah)

Bilangan Pelajar : 25 Orang

Tajuk : Penulisan pendahuluan karangan bertajuk "1 Malaysia"

Tarikh : 17 November 2015

Masa : 1 Jam 20 minit

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;

i) Mendedahkan kepada pelajar berkenaan jenis-jenis pendahuluan

karangan Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

yang sebenar.

ii) Menerangkan ciri-ciri pendahuluan yang sesuai mengikut jenis

karangan yang diberikan.

iii) Memberikan peribahasa yang sesuai yang boleh di gunakan

mengikut situasi karangan yang di buat.

iv) Mendedahkan pelajar kepada jenis penanda wacana yang boleh

digunakan dalam proses penulisan pendahuluan karangan.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 44: rosniyati sofian j39188

44

44

Hasil Pembelajaran :

1.1 Pelajar mengetahui jenis-jenis karangan beserta dengan contoh penulisan

pendahuluan yang disediakan guru.

1.2 Pelajar dapat menulis beberapa ayat pendahuluan mengikut kehendak soalan dalam

peperiksaan

1.3 Pelajar yang tidak memahami sekurang-kurangnya dapat menulis sekurang-

kurangnya pendahuluan dengan mengenal pasti jenis karangan melalui teknik hafalan.

1.4 Pelajar boleh menulis pendahuluan dan huraian dengan teratur berpandukan kepada

panduan yang di berikan

Kemahiran Berbahasa : Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,

kemahiran menulis

Ilmu : Bahasa Melayu, jenis-jenis pendahuluan karangan

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

i) Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif

dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

ii) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 45: rosniyati sofian j39188

44

45

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi didedahkan kepada pelajar supaya mereka

dapat menggunakan komputer untuk tujuanmenyempurnakan tugasan serta dapat berdiri

seiring arus kemodenan kini.

iii) Kemahiran Belajar Cara Belajar

Di dedahkan kepada pelajar supaya mereka peka dengan teknik pembelajaran yang berkesan.

Penguasaan kemahiran ini membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak

untuk menghadapi dunia yang kian berubah dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

iv) Pengetahuan Sedia Ada

Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai jenis-jenis

pendahuluan karangan dengan menggunakan ayat mudah.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

i) Power point

ii) Buku latihan

iii) Alat tulis

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 46: rosniyati sofian j39188

44

46

MODUL PENGAJARAN

Mata pelajaran : Bahasa melayu

Tingkatan : 2 Grace (Pelajar amat lemah)

Bilangan Pelajar : 25 Orang

Tajuk : PENGENALAN ASPEK KOMSAS (set pembelajaran berasaskan ICT)

Tarikh : 17 November 2015

Masa : 40 minit(satu sesi/P&P)

120 minit (seminggu/ulangkaji)

Objektif :

I. Mendedahkan kepada pelajar jenis-jenis aspek komsas

II. Menunjukkan contoh berserta huraian bagi setiap aspek komsas

III. Menerangkan kepada pelajar aspek-aspek yang hampir sama dengan jelas

IV. Memberikan latihan yang mudah bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar

Hasil Pembelajaran :

I. Pelajar dapat menguasai sekurang-kurangnya beberapa aspek komsas yang mudah

II. Pelajar boleh menggunakan bahan yang dibekalkan untuk ulang kaji masa hadapan

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 47: rosniyati sofian j39188

44

47

III. Penyusunan bahan yang terancang dijangka dapat membantu pelajar memahami

dengan sistematik

IV. Pelajar dapat memahami penggunaan dan maksud setiap aspek komsas

V. Pelajar sekurang-kurangnya dapat menghuraikan 5 attau lebih aspek komsas yang

mudah yang biasa digunakan

MATLAMAT PROGRAM :

I. Melahirkan golongan pelajar yang mampu menguasai aspek komsas yang mudah

II. Membantu memberikan pemahaman yang jelas tentang aspek komsas

III. Menunjukkan kepentingan aspek komsas dalam pengkajian novel dan komsas

IV. Membantu pelajar lemah untuk mengulangkaji sendiri dengan menggunakan teknik

hyperlink

V. Memberikan bimbingan melalui penggunaan ICT yang boleh digunakan berulang kali

Kemahiran Berbahasa

Kemahiran berfikir : membezakan setiap aspek komsas

Kemahiran bernilai tambah : penggunaan alat ICT

Kemahiran berbahasa : menggunakan ayat-ayat gramatis yang mudahKemahiran

Bernilai Tambah (KBT)

i) Kemahiran Berfikir

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 48: rosniyati sofian j39188

44

48

Kemahiran berfikir melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan

kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

ii) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi didedahkan kepada pelajar supaya

mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuanmenyempurnakan tugasan serta dapat

berdiri seiring arus kemodenan kini.

iii) Kemahiran Belajar Cara Belajar

Di dedahkan kepada pelajar supaya mereka peka dengan teknik pembelajaran yang

berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan, cekap

bertindak untuk menghadapi dunia yang kian berubah dan mengamalkan pembelajaran

seumur hidup.

iv) Pengetahuan Sedia Ada

Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai jenis-jenis

pendahuluan karangan dengan menggunakan ayat mudah.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

i) Power point

ii) Buku latihan

iii) Alat tulis

iv) Buku Teks komsas

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 49: rosniyati sofian j39188

44

49

6.0)Rujukan dan Lampiran

http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Ran_Ped.htm

www.classnetwork.net/foundations/.../nota4pf2216AAPP_8Sept.doc

http://www.amaljaya.com/guru/Powerpoint/Strategi%20Pengajaran.pdf

http://www.docstoc.com/search/strategi%20pengajaran%20dan%20pembelajaran

http://muhammad-win-afgani.blogspot.com/2009/02/komponen-strategi-pembelajaran.html

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

http://www.slideboom.com/presentations/93887/Strategi-dan-Pendekatan-P%26P

http://pgsrpsv.webs.com/panduan_edu3103.pdf

http://www.scribd.com/doc/11499426/Pembelajaran-Berasaskan-Projek

http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/ teaching.Html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/ciri-ciri-strategi-pemusatan-guru.html

Ramlee Mustapha, Lilia Halim, Tajul Ariffin Nordin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Mohd

Arif Ismail. 2002. Pendidikan & Pembangunan Manusia. Fakulti Pendidikan:UKM.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung

Malim: Quantun Books.

Mok Soon Sang. 2006. Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 50: rosniyati sofian j39188

44

50

Ihsan Othman. Kriteria guru mengikut falsafah pendidikan.

Robiah Saidin (2005). Pembangunan Sains dan Teknologi : Kesan Pendidikan dan Latihan

di kalangan Belia Malaysia.

Sandra F. Rief (2007). Bagaimana Mendekati dan Mendidik kanak-Kanak ADD/AHDD

(Terj). Kuala Lumpur. ITNB.

Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian Pengajaran dan Pembangunan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur. DBP.

Abdul Rasid Jamian. 2010. Perancangan Kurikulum dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.

Serdang: UPM.

Ramlee Mustapha, Lilia Halim, Tajul Ariffin Nordin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Mohd

Arif Ismail. 2002. Pendidikan & Pembangunan Manusia. Fakulti Pendidikan:UKM.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung

Malim: Quantun Books.

Prof. Madya Dr. Bustaman Kamri. 2007. Pendekatan dan Kurikulum dalam Pendidikan Awal

Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc Sdn. Bhd.

Isahak Alishah Ahmad. 2003. Panduan Pengajian Bertemakan Pra Sekolah. Kajang: Aras

Mega (M) Sdn. Bhd..

Amir Hasan Dawi 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantun

Books.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2003. Pedagogi untuk Asas Pendidikan.

Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN

Page 51: rosniyati sofian j39188

44

51

Prof. Abdullah Hassan. 2005. Linguistik Am. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu. Batu Caves: PTS Professional Publishing.

Kamus Dewan Edisi ke-4. 2007 Kuala Lumpur : DBP

Mok Soon Sang. 2010. Psikologi Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2010. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2008. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.

Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

ROSNIYATI BINTI SOFIAN