ringkasan eksekutif kesan penambahan zirkonia ke atas kestabilan fasa hidroksiapatit dalam...

Download Ringkasan Eksekutif KESAN PENAMBAHAN ZIRKONIA KE ATAS KESTABILAN FASA HIDROKSIAPATIT DALAM NANOKOMPOSIT HIDROKSIAPATIT/ ZIRKONIA

If you can't read please download the document

Upload: mustaqim

Post on 16-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kajian ini adalah berkenaan kesan penambahan zirkonia ke atas kestabilan fasa hidroksiapatit dalam nanokomposit hidroksiapatit (HA)/ zirkonia. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan nanokomposit HA/ yttria terdop zirkonia (YSZ) yang berkerintangan tinggi terhadap penguraian HA dan juga mempunyai kekuatan mekanik yang tinggi. Selain itu sifat fizikal dan mekanik nanokomposit HA/YSZ yang terhasil dicirikan melalui ujian belauan sinar X (XRD), ujian kekerasan mikro, dan menggunakan mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM). Serbuk HA dan YSZ3 dicampurkan bersama dan dimasukkan ke dalam mesin pengisar bola basah. Setelah proses pengisaran tersebut selesai, campuran dikeringkan di dalam ketuhar. Campuran yang terhasil kemudiannya dihancurkan sehingga menjadi serbuk dengan menggunakan lesung dan alu. Setelah selesai, serbuk yang terhasil ditapis. Serbuk HA/YSZ yang telah terhasil dimasukkan ke dalam acuan berbentuk silinder bagi menghasilkan sampel berbentuk cakera. Serbuk tersebut dikenakan tekanan ekapaksi sebanyak 50 MPa sebelum dikenakan tekanan isostasi sejuk pada tekanan 200MPa selama 1 minit. Setelah proses penekanan isostasi sejuk selesai, sampel disinter pada suhu 1100°C, 1150°C, dan 1200°C secara konvensional pada kadar pemanasan 20°C/min tanpa tekanan di dalam relau dengan masa rendaman selama 2 jam. Sampel diukur ketumpatannya menggunakan kaedah rendaman air. Kemudian ujian mikrokekerasan dijalankan ke atas sampel. Mesin XRD digunakan untuk mengesan pembentukan fasa di dalam setiap sampel yang telah disinter. FESEM pula digunakan untuk meneliti mikrostruktur sampel seperti saiz butiran, dan keporosan. Keputusan menunjukkan keporosan yang tinggi mengakibatkan kekerasan yang rendah. Selain itu, hanya fasa HA dapat dikesan dalam ujian XRD, berkemungkinan kerana komposisi YSZ3 terlalu kecil. Pada akhir kajian, satu sampel yang tidak menunjukkan tanda penguraian dan perubahan fasa telah dihasilkan. Selain itu, dapat diketahui bahawa pada komposisi YSZ3 yang kecil, suhu pensinteran memainkan peranan yang lebih penting dalam menentukan kekuatan mekanik sampel.