ringgit ed13 draft4

12

Upload: others

Post on 21-Oct-2021

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed13 Draft4
Page 2: Ringgit Ed13 Draft4

2 •

SidangRedaksi

Kerajaan baru-baru ini telahmerasionalisasikan tarif elektrik. Secarapurata kenaikan tarif adalah sebanyak7.12%. Walaupun sektor perindustriandan perdagangan akan mengalamikenaikan purata 8.35%, penggunadomestik dengan penggunaan bulanantidak melebihi 200 kilowatt per jam(kWj) tidak akan mengalami sebarangkenaikan tarif. Pengguna domestik akanterus menikmati kadar subsidi iaitu 21.8sen/kWj. Seterusnya pengguna denganpenggunaan 300kWj sebulan dan kebawah tidak akan mengalami sebarangkenaikan tarif. Dengan itu, sejumlah75% pengguna domestik tidak akanmengalami kenaikan tarif.

Tambahan pula, rebat kepada penggunadomestik yang menggunakan elektriksehingga RM20 sebulan akandikekalkan sehingga akhir tahun 2011.

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Subsidi bagi golongan miskin ini perluditeruskan sebagai tanggungjawabkerajaan kepada masyarakat yangmiskin dan terpinggir.

Kenaikan tarif adalah sebahagian besardisebabkan kenaikan harga gas aslidan kos batu arang. Gas asli dan batuarang merupakan input utama kepadapembekalan bahan elektrik. Oleh itu,kenaikan kos input tersebut akanmemberi kesan langsung kepada kosbekalan elektrik.

Kali terakhir semakan tarif asas dibuatialah pada Jun 2006. Sejak beberapatahun kebelakangan ini, pelbagai kostermasuk kos infrastruktur dan kosmodal telah meningkat. Ini merupakansebahagian daripada faktor yangmenyebabkan kepada rasionalisasitarif elektrik.

Kesan Kenaikan TarifElektrik Kepada Pengguna

Page 3: Ringgit Ed13 Draft4

• 3

Apakah kesan ini kepada pengguna?

Pertama, walaupun 75% pengguna tidak akanmengalami kenaikan tarif secara langsung, namunpengguna akan mengalami kenaikan harga barangandan perkhidmatan. Apabila tarif elektrik naik, kospengeluaran juga akan meningkat. Sejauhmana kesankenaikan ini kepada kos barangan bergantung kepadakepentingan kos elektrik kepada pembuatan barangberkenaan. Jika kos elektrik merupakan komponenutama dalam kos pengeluaran, maka kesannya adalahbesar.

Apabila kos pengeluaran naik, besar kemungkinanharga jualan barangan tersebut juga akan meningkat.Maka, pengguna terpaksa membayar harga yang lebihtinggi untuk barangan tersebut.

Kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kesankenaikan tarif ini kepada pengguna pada parasminimum.

Dalam pada itu, pengguna juga harus mengambilpeluang ini untuk lebih memahami tentang tenaga danharga tenaga. Secara am, harga elektrik bagi penggunadomestik dan industri adalah rendah kerana ia diberikansubsidi oleh kerajaan. Oleh yang demikian, harga yangrendah ini tidak memberi inisiatif kepada industri danpengguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik.

Kempen yang dijalankan oleh FOMCA untukmenggalakkan pengguna Malaysia mengambiltindakan-tindakan tertentu untuk menjimatkan elektrikdan air tidak mencapai kejayaan yang diharapkan.Mungkin bagi pengguna, jika air adalah percuma (diSelangor) dan tarif elektrik adalah murah, mengapamereka harus mengurangkan penggunaannya.

Kini, sudah tiba masanya bagi pengguna mengubahsikap dan pendirian mereka. Lakukan penjimatandalam penggunaan elektrik bagi menjimatkan bilelektrik mereka. Penjimatan elektrik memberikanfaedah dari segi:

Wang – Dengan menjimatkan penggunaan elektrik,ia dapat mengurangkan bil elektrik. Sebagai contoh,jika enam juta rumah menggantikan 100W mentoltungsten (bulat) kepada lampu neon atau lampuflouresen kompak 20W, maka ia akan menyebabkanpenjimatan elektrik yang mencecah hampir 1.56 bilionkW/j, iaitu bersamaan dengan hampir RM615 jutasetahun.

Alam Sekitar – Penjanaan tenaga elektrik di Malaysiadihasilkan dengan gas, petroleum dan batu arang, iaitusumber yang tidak boleh diperbaharui (non-renewableresource ). Sumber-sumber ini menyebabkanberlakunya perubahan iklim dunia dan menghasilkansisa buangan yang berbahaya. Justeru, denganmengurangkan penggunaan tenaga elektrik, ia akan

mengurangkan pencemaran dan menyelamatkan alamsekitar.

10 langkah untuk menjimatkanelektrik:

1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik di rumah.Ini boleh dilakukan dengan memeriksapenggunaan peralatan elektrik yang menggunakanbanyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklahkonsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.

2. Matikan suis dan tanggalkan plag apabilaperalatan elektrik tidak digunakan.

3. Matikan suis lampu, kipas dan hawa dinginapabila tiada sesiapa di dalam bilik.

4. Bertukar kepada lampu jenis fluoresen untukpencahayaan dalaman.

5. Peti sejuk – elakkan daripada membuka pintu petisejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk akankeluar setiap kali pintu dibuka.

6. Pendingin hawa – tetapkan suhu pendingin hawakepada 23 – 26 darjah C.

7. Beli pendingin hawa yang sesuai saiz bilik keranaia akan membantu mengelakkan pembazirantenaga.

8. Mesin basuh – Jika anda kerap menggunakanmesin basuh, dicadangkan membeli mesin basuhjenis muatan hadapan.

9. Komputer – Elakkan penggunaan “screen saver”dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

10. Seterika – setiap kali menggosok pakaian,hendaklah dalam jumlah yang banyak.

Sumber : FOMCA

Secara am, harga elektrikbagi pengguna domestikdan industri adalah rendahkerana ia diberikan subsidioleh kerajaan.

Page 4: Ringgit Ed13 Draft4

4 •

Kad caj ialah kad bayaran yang mempunyai hadperbelanjaan yang telah ditetapkan. Kad inimembolehkan pemegangnya membuat bayaran untuksebarang perkhidmatan ataupun barangan yang dibelidaripada kedai-kedai saudagar yang terlibat. Contoh-contoh kad caj di antaranya ialah American Expressdan Diners Club International.

Mengetahui Yuran dan Caj

a) Yuran Penyertaan Yuran yang mungkin dikenakan sekali sahaja oleh

pengeluar kad caj ialah yuran penyertaan, jugadikenali sebagai yuran kemasukan ataupun yurankeahlian. Yuran penyertaan ini mungkin berbezabagi pelbagai pengeluar kad caj. Untuk memikatpemohon baru, sesetengah pengeluar kad cajmungkin mengecualikan sahaja yuran penyertaanini.

b) Yuran Tahunan Ini ialah yuran tetap yang wajib dibayar setahun

sekali, walaupun anda tidak pernah menggunakankad caj tersebut. Yuran tahunan biasanya di dalamlingkungan RM80 hingga RM160 untuk pemegangkad utama dan di antara RM40 hingga RM125untuk pemegang kad tambahan. Walaubagaimanapun, pengeluar kad caj mungkinmemansuhkan yuran tahunan sebagai promosiuntuk menarik minat pemohon kad baru.

c) Caj Bayaran Lewat Anda akan dikenakan caj bayaran lewat jika anda

gagal untuk melunaskan bayaran sepenuhnyasebelum atau pada tarikh tamat tempoh atauhanya membayar sebahagian daripada baki belumjelas anda. Bergantung kepada pengeluar kad caj,caj bayaran lewat lazimnya adalah di antara 3.0%hingga 3.5% sebulan (atau 36% hingga 42%setahun) daripada jumlah baki belum jelas ataucaj minimum sebanyak RM15 hingga RM50,mengikut mana yang lebih tinggi.Sesetengah pengeluar kad caj mungkinmengenakan caj tambahan di samping caj bayaranlewat jika anda gagal untuk melunaskan baki andasepenuhnya pada bulan kedua dan seterusnya.Bagi kad caj yang berlandaskan prinsip Islam,anda akan dikenakan caj ganti rugi sehingga kesatu tahap maksimum yang dibenarkan, biasanyasebanyak RM70 sebulan.

d) Yuran Pendahuluan Wang Tunai Sesetengah pengeluar kad caj mungkin juga

menyediakan kemudahan pendahuluan wangtunai. Jika anda menggunakan kemudahan ini,anda akan dikenakan yuran pendahuluan wangtunai, lazimnya di antara 3% hingga 4% daripadajumlah pendahuluan wang tunai ataupun cajminimum sebanyak RM15 hingga RM30, mengikutmana yang lebih tinggi. Jumlah pendahuluan wangtunai perlu dibayar balik sepenuhnya sebelumtarikh tamat tempoh. Beberapa had mungkindikenakan seperti had maksimum pengeluaran.Bagi kad caj yang berlandaskan prinsip Islam,anda akan dikenakan yuran tetap untukpendahuluan wang tunai, lazimnya sebanyakRM15 untuk setiap urus niaga.

Kad CajDan Anda

Kad ini membolehkanpemegangnya

membuat bayaranuntuk sebarang

perkhidmatanataupun barangan

yang dibeli daripadakedai-kedai saudagar

yang terlibat.

Page 5: Ringgit Ed13 Draft4

• 5

Tip Memilih Kad Caj

Anda dinasihatkan agar membuat perbandingan yangsewajarnya dalam memilih kad caj yang bersesuaiandengan anda dengan mempertimbangkan faktor-faktorberikut:

Hadiah Promosi dan Tawaran Istimewa - Pengeluarkad caj mungkin menawarkan pelbagai hadiah promosiyang menarik untuk setiap permohonan yang berjayatermasuklah kamera, jam dan beg pakaian. Walaubagaimanapun, terdapat terma dan syarat yang terikatdengan tawaran ini. Oleh itu, berikan lebih perhatiansebelum mendaftar. Fahami tanggungjawab andasekiranya anda tidak memenuhi syarat sepanjangtempoh promosi.

Yuran dan Caj - Terdapat pengeluar kad caj yangmungkin menghapuskan yuran penyertaan dan yurantahunan bagi tahun pertama, tetapi mengenakan cajbayaran lewat yang lebih tinggi. Oleh itu, bandingkanyuran dan caj untuk membuat keputusan yang betul.

Tempoh Tanpa Faedah - Pengeluar kad cajmenawarkan tempoh tanpa faedah bermula dari tarikhurus niaga direkodkan atau tarikh penyata, sehinggatarikh tamat tempoh berakhir. Anda harus memilih kadcaj yang menawarkan tempoh tanpa faedah yang lebihpanjang untuk melunaskan baki belum jelas anda tanpamenanggung caj tambahan.

Liabiliti Terhad - Pengeluar kad caj mungkinmengehadkan liabiliti anda sehingga kepada tahapjumlah maksimum bagi urus niaga tanpa kebenaranakibat kehilangan atau kecurian kad caj. Anda mungkinbertanggungjawab sepenuhnya ke atas semuakerugian, atau ke satu tahap maksimum, selagi andatidak memaklumkan pengeluar kad caj mengenaikehilangan kad tersebut. Sesetengah pengeluar kadcaj mungkin tidak mengehadkan liabiliti anda untukurus niaga tanpa kebenaran. Oleh itu anda haruslahmemilih kad caj yang mempunyai peruntukan liabilititerhad.

Khidmat Pelanggan - Anda juga mungkin inginmengambil kira tahap khidmat pelanggan yangdisediakan oleh pengeluar kad caj sebelummengemukakan sesuatu permohonan kepada institusi

berkenaan.

Mengelakkan Penipuan Kad Caj

Seperti mana kad bayaran lain, penggunaan kad cajmelibatkan risiko. Sebagai pemegang kad caj, andaboleh mengambil beberapa langkah untukmeminimumkan risiko menjadi mangsa penipuan.Berikut adalah beberapa langkah yang anda bolehambil untuk melindungi diri anda daripada gejalapenipuan kad caj:• Tandatangani kad caj anda sebaik sahaja ia

diterima.• Jangan pinjamkan kad caj anda kepada

sesiapapun.• Jangan berikan maklumat kad caj anda kepada

pihak yang tidak dikenali.• Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan

nombor PIN tersebut di belakang kad,menyimpannya di dalam dompet ataumendedahkannya kepada orang lain.

• Pastikan kad caj yang telah luput dipotong duaapabila anda menerima kad baru.

• Perhatikan kad caj anda ketika membuat urusniaga dan dapatkannya semula dengan secepatmungkin.

• Jangan menandatangani slip pembayaran yangkosong.

• Periksa maklumat pada slip sebelummenandatangani atau mengesahkan sebarangtransaksi.

• Semak semua butir yang terdapat pada slippembayaran sebelum menandatangani ataumengesahkan setiap urus niaga.

• Apabila menempah atau membuat pembelianmelalui telefon, jangan berikan butir-butir kad cajanda seperti nombor kad dan tarikh luput kecualianda membuat urus niaga dengan pihak yanganda kenali.

• Simpan semua slip pembayaran anda danbandingkan dengan penyata bulanan kad caj andasebaik sahaja ia diterima.

• Maklumkan pengeluar kad caj anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan ataukemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaranberkaitan kad caj atau nombor PIN anda dengandiikuti oleh laporan bertulis.

• Musnahkan semua slip pembayaran sebelumanda membuangnya.

• Simpan kad caj anda di tempat yang sama didalam dompet supaya jika ia hilang atau dicuri,anda akan menyedarinya dengan serta-merta.

• Simpan nombor telefon pengeluar kad caj andasupaya anda dapat menghubunginya denganserta-merta untuk melaporkan sebarangkehilangan / kecurian kad, urus niaga tanpakebenaran atau pendedahan nombor PIN kepadapihak ketiga.

Sumber : bankinginfo

Page 6: Ringgit Ed13 Draft4

6 •

Perkhidmatan Kaunter Bergerak BNMLINK

Pegawai-pegawai BNMLINK akan mengadakanperkhidmatan kaunter bergerak di lokasi-lokasiberikut pada bulan Julai 2011 untuk membantusebarang permasalahan kewangan, pinjaman,perbankan atau insurans anda:

1. Maybank cawangan Ipoh, Perak*Tarikh : Khamis, 28 Julai 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

2. CIMB Bank cawangan Ipoh, Perak*Tarikh : Jumaat, 29 Julai 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

* Sekiranya terdapat pertukaran lokasi, tarikh dan masa, silarujuk pengumuman yang akan dibuat dalam pelbagai mediatermasuk surat khabar, radio, risalah ringkas serta sepandukdi kawasan sekitar daerah anda.

Pengguna dan isi rumah pada hari ini berhadapandengan masalah isu kenaikan kos harga makanan,kenaikan harga petrol dan perkhidmatan-perkhidmatanyang lain. Bagi memastikan kenaikan kos ini tidakmemberikan tekanan kepada kehidupan, andahendaklah menguruskan kewangan dengan baik.

Antara aspek penting dalam pengurusan kewanganialah membuat bajet bulanan. Bajet membantu andamengenal pasti aliran tunai sebenar perbelanjaan padaakhir bulan. Salah satu kaedah dalam menyediakan bajetialah melalui sistem sampul. Untuk itu, anda memerlukanbeberapa keping sampul, salinan bajet dan pensil untukmelakukan aktiviti ini.

Langkah 1 : Pengguna diminta menyediakan bajet.Anda harus mengenal pasti jumlah pendapatan atausumber yang akan diterima pada bulan tersebut danjumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkahpenyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasikewangan anda.

Langkah 2 : Bahagikan perbelanjaan kepada beberapakategoriTeliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategoriseperti makanan, penggunaan petrol, pakaian, peralatanrumah, hiburan dan sebagainya. Wujudkan sampul suratdengan menulis kategori-kategori yang dinyatakan dalambajet pada setiap sampul surat.

Langkah 3 : Isikan sampul dengan bajet yang telahdiperuntukkan.Isikan sampul dengan wang yang telah diperuntukkandalam bajet mengikut kategori.

Langkah 4 : Belanjakan wangGunakan wang yang diperuntukkan mengikut kategorisampul surat. Contohnya, sekiranya pembelian untukmakanan, gunakan wang daripada sampul kategorimakanan sehinggalah wang tersebut habis mengikutperuntukan. Pada ketika ini, perbelanjaan bagi kategoriyang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkanuntuk penyediaan bajet bulan hadapan.

Langkah 5: Letakkan mana-mana wang lebihan untuksimpananSekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampulpada hujung bulan, jadikan ia sebagai tambahansimpanan anda atau gunakan untuk tambahan bayarankepada liabiliti atau hutang.

Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulanhadapan.Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul.Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakanbajet anda.

Dalam anda mengikuti langkah-langkah di atas,sedikit tip ingin dikongsikan bersama agar impian danhasrat anda benar-benar menjadi kenyataan.

Antara tip-tipnya ialah:-a) Alihkan peruntukan kategori-kategori anda pada

bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebutbersesuaian dengan bajet sebenar.

b) Sekiranya anda tidak membuat pembelian secaratunai, ambil masa beberapa bulan untukmenyesuaikan bajet anda dalam sistem sampul ini.Jangan terus mengalah sekiranya anda tidak dapatmematuhi bajet. Anda harus gigih berusaha padabulan seterusnya.

c) Sekiranya anda tidak dapat mematuhi sistemsampul secara bulanan, mulakan secara mingguanatau dwi mingguan. Ia bermatlamatkan untukmewujudkan suatu sistem yang berkesan untukanda.

d) Adakah saranan membawa wang tunai inimenyebabkan anda rasa takut atau sukar? Andaboleh gunakan kad debit dan masih bolehmenggunakan sistem sampul surat. Hanya tolakkansetiap pembelian anda dan catatkan di belakangsampul surat dan hentikan pembelian sekiranyabaki sampul surat menunjukkan “0”.

Sumber: Konsumerkini

Sediakan Bajet DenganSistem Sampul

Page 7: Ringgit Ed13 Draft4

• 7

Lazimnya pelabur yang bijak menyimpan wang yangsecukupnya untuk keperluan kecemasan danselebihnya dilaburkan untuk memaksimumkanpulangan. Untuk menentukan pelaburan mana yangsesuai dengan anda, maka anda perlu menilai jumlahwang yang mampu anda laburkan berdasarkankeadaan semasa kehidupan anda.

Pilih Pelaburan yang Betul

• Matlamat dan keperluan andaPelaburan anda bergantung kepada matlamatanda, sama ada untuk membeli rumah,menyediakan pembiayaan untuk pendidikan anakanda atau keperluan anuiti persaraan.

• Umur anda ketika melaburIni akan menentukan berapa banyak risiko yanganda boleh ambil. Contohnya, jika anda masihmuda, anda boleh membuat pelaburan yangsecara relatifnya lebih berisiko tinggi.

• Pendapatan anda ketika melaburJika anda berpendapatan lebih tinggi, maka andaakan mempunyai wang yang lebih untukdilaburkan.Tahap kekayaan juga mempengaruhijenis pelaburan yang anda boleh lakukan.

• Pekerjaan andaContohnya, jika terdapat pelan persaraan dalampekerjaan anda, maka anda mungkin tidak perlupelan persaraan lain.

Masa YangSesuaiUntukMembuatPelaburan

• Aset andaJenis aset yang anda milik memberi kesanterhadap tahap risiko yang anda hadapi. Simpanandan deposit tetap mempunyai risiko yang palingminimum dan bon serta ekuiti mempunyai risikoyang lebih tinggi.

• Jangka masaBilakah anda mahu menjual aset anda? Andaperlu memastikan tempoh matang aset yang andapilih.

• KecairanKeperluan anda terhadap wang pada masahadapan. Sekiranya anda perlu menggunakanwang dalam masa 2-3 bulan terdekat, andamungkin perlu menyimpan wang anda di dalamdeposit bank yang lebih mudah dicairkanberbanding dengan bon dan unit amanah.

• Kesediaan menghadapi risikoNilai toleransi anda terhadap risiko. Sejauh manaanda boleh menghadapi ketidaktentuan pasaran?

Strategi Peringkat Hidup

Strategi peringkat hidup merupakan strategi yang lazimdigunakan dalam perancangan kewangan untukpelaburan. Pendekatan ini adalah berdasarkan kepadatempoh tertentu yang dilalui pelabur dalam hidupnya.Jadual di bawah memperjelaskan strategi berbezayang boleh dilaksanakan seorang pelabur padaperingkat berbeza dalam hidupnya.

Page 8: Ringgit Ed13 Draft4

8 •

• Mengumpulkandana kecemasan

• Mula melabur• Tentukan matlamat

kewangan jangkapendek

• Bila dan bagaimanauntuk mulamenyimpan

• Simpanan perlu cairuntuk memenuhikeperluan jangkapendek

• Membentukperancangan

• Mula melabursecara tetap untukkeperluan jangkapendek danpersaraan

• Pelaburanberorientasikanpertumbuhan jangkapanjang

Lindungi Pelaburan Anda

Sekiranya anda ingin membuat sebarang pelaburan,perkara utama yang perlu anda lakukan ialahmemahami sepenuhnya tentang pelaburan yang akandibuat serta risiko yang terlibat. Apabila andaberurusan dengan penasihat kewangan, pastikanmereka benar-benar berkelayakan sertaberpengalaman dan tidak terlibat dengan sebarangpenipuan kewangan. Jangan terburu-buru dalammembuat sebarang keputusan dan pilihan berkaitanpelaburan tanpa perancangan yang teliti terlebihdahulu.

Berikut ialah amalan yang boleh anda guna pakai untuk

membantu anda mengurangkan risiko yang dihadapi:• Jangan meminjam untuk melabur.• Jangan melabur hanya untuk mendapatkan

pulangan yang tinggi dan cepat (contohnya skimcepat kaya).

• Jangan melabur dalam pelaburan berisiko tinggikecuali anda sudah bersedia.

• Jangan melabur berdasarkan ‘hot tips’ dan khabarangin.

• Dapatkan maklumat daripada sumber yangdipercayai, seperti laporan syarikat, media,kursus dan seminar.

Sumber : bankinginfo

• Menambahsimpanan

• Menetapkan strategisimpanan yangmantap

• Memberi perhatiankepada matlamatkewangan jangkapendek, sederhanapanjang.

• Komitmen keluarga(gadai janji,perbelanjaanpendidikan anak-anak)

• Mengurus pelaburan

• Mempelbagaikanpelaburan

• Bahagian yang lebihbesar untukpelaburanpertumbuhan/ekuiti

• Memaksimumkanpelaburan

• Matlamat cenderunguntuk beralih kepadajangka sederhana

• Merancang untukpersaraan

• Mengurus pelaburanyang ada untukmendapatkanpulanganmaksimum

• Memastikankepelbagaian tetapimenilai semulapengagihan asetdenganmengurangkanperatusan pelaburanberisiko tinggi

• Melabur untukmenjana pulanganyang cukup untukperbelanjaan hidup

• Memberi perhatiankepada matlamatjangka pendek dansederhana

• Mempunyaipendapatanmencukupi untukpersaraan

• Pulangan terhadappelaburan yangcukup untukmengekalkanstandard kehidupanseperti sebelumpersaraan.

• Terus melabur tetapimengubahgabunganpengagihan asetkepada aset yanglebih konservatif

Tahun-tahun Awal(Sehingga awal 30-an)

Tahun-tahun Pertengahan(30-an hingga akhir 40-an)

Menjelang Persaraan(lewat 40an sehingga

persaraan)

Setelah Persaraan(60+)

Tahap permulaan Mengumpul danmelabur

Kukuhkan untuk masahadapan

Pendapatan dan jaminansara hidup

MATLAMAT : Peringkat jangka hayat pelaburan anda

MATLAMAT : Pertimbangan anda

MATLAMAT : Strategi pelaburan anda

Page 9: Ringgit Ed13 Draft4

• 9

Bagi membantu anda mengurangkan bebananmembayar ansuran pinjaman perumahan, KWSP telahmemperkenalkan Pengeluaran Ansuran BulananPinjaman Perumahan. Pengeluaran ini membenarkananda mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untukmembayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yangbayaran dibuat terus ke akaun peribadi bank andasetiap bulan.

Siapa boleh memohon pengeluaran ini?Di bawah pengeluaran ini, ahli yang belum mencapaiumur 55 tahun dengan baki simpanan minimumsebanyak RM600 dalam Akaun 2 boleh mengeluarkansimpanan untuk membuat bayaran bulanan pinjamanperumahan mereka.

Apakah syarat-syarat pengeluaran ini?Syarat-syarat pengeluaran ini adalah seperti berikut:• Ahli mesti seorang pembeli atau pembina dan

peminjam serta pemilik ke atas sebuah rumahkediaman atau rumah kedai dengan unitkediaman.

• Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahandaripada institusi kewangan diiktiraf.

• Rumah tersebut telah dicagarkan dan pinjamantelah dikeluarkan sepenuhnya (full disbursement)oleh pemberi pinjaman atau sekurang-kurangnya95% daripada jumlah pinjaman telah dilepaskandengan rumah tersebut telah dicagarkan kepadapemberi pinjaman.

• Pengeluaran boleh dibuat untuk mana-manarumah di Malaysia tertakluk kepada sebuahrumah bagi setiap ahli. Pengeluaran seterusnyasekiranya masih ada baki pinjaman, hanya bolehdibuat untuk rumah yang sama.

Bagaimana memohon pengeluaran ini?Untuk permohonan kali pertama, anda diperlukanmengisi Borang KWSP 9P(AHL) serta mengemukakandokumen sokongan asal dan salinan yang disahkaniaitu Kad Pengenalan, buku/penyata akaun bank yangmasih aktif, surat pengesahan baki pinjaman, SuratPerjanjian Jual Beli/Bina Rumah, surat kelulusanpinjaman dan Borang Gadaian dan Suratan Hakmilikatau Surat Ikatan Serahhak.

Bagaimana dengan permohonan pengeluaranseterusnya?Untuk pengeluaran seterusnya, anda hanya perlumelengkapkan Borang KWSP 9P (AHL) danmengemukakannya bersama-sama surat pengesahanbaki pinjaman perumahan terkini serta dokumen asaldan salinan Kad Pengenalan serta buku/penyata akaunbank yang masih aktif.

Berapakah jumlah minimum dan maksimumyang boleh dikeluarkan?Jumlah minimum pengeluaran bulanan ialah RM100untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan. Manakalaamaun maksimum bayaran bulanan tidak melebihijumlah ansuran bulanan dan tertakluk kepada bakisimpanan dalam Akaun 2.

Bolehkah saya memohon pengeluaran ini jikasaya mempunyai pinjaman perumahantertunggak?Ya, ahli yang mempunyai hutang tertunggak (NPL)dibenarkan memohon pengeluaran ini. Bagaimanapun,bayaran bulanan akan dibuat menerusi cek jurubankdi atas nama institusi pemberi pinjaman sehinggatunggakan diselesaikan.

Bolehkah saya memohon pengeluaran pra-persaraan lain dari Akaun 2 saya?Simpanan dalam Akaun 2 yang telah diperuntukkanbagi pengeluaran ini tidak boleh digunakan untukpengeluaran lain. Bagaimanapun, baki amaun dalamAkaun 2 masih boleh digunakan bagi memohonpengeluaran pra-persaraan lain seperti pendidikan,kesihatan dan umur 50 tahun.

Bagaimana saya boleh membatalkanpengeluaran ansuran bulanan pinjamanperumahan?Anda boleh membatalkan permohonan bayaranbulanan setelah satu tahun dari tarikh pengeluarandengan mengisi Borang Pembatalan Pengeluaran.

Bolehkah saya memohon pengeluaran baruselepas pembatalan ini?Anda boleh memohon pengeluaran baru untukmenstruktur amaun atau tempoh masa bayaranbulanan mengikut baki di dalam Akaun 2 dengan syaratia tidak melebihi baki pinjaman perumahan.

Apa akan terjadi kepada bayaranpengeluaran bulanan jika pengeluaranpenuh seperti Pengeluaran Hilang Upaya,Kematian dan Meninggalkan Negaradibuat?Bayaran pengeluaran bulanan akan dihentikan denganserta-merta jika anda membuat pengeluaran penuhtersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran ansuranbulanan pinjaman perumahan, sila lawati pejabatKWSP terdekat, hubungi pusat panggilan KWSP di03-8922 6000, atau layari www.kwsp.gov.my

Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Pengeluaran AnsuranBulanan PinjamanPerumahan Melalui KWSP

Page 10: Ringgit Ed13 Draft4

10 •

Pembiayaan DaganganSelain daripada pembiayaan modal kerja, institusi kewangan juga menyediakan pembiayaan kepada PKS yangterlibat dalam perdagangan domestik dan antarabangsa. Sebahagian daripada kemudahan pembiayaan daganganyang biasa ditawarkan oleh institusi kewangan adalah seperti yang berikut:

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)Produk Pembiayaan untuk Perniagaan Anda II– Bahagian Kedua (sambungan keluaran April 2011)

PEMBIAYAANPERDAGANGAN

KEGUNAAN CIRI-CIRI FAEDAH

SURATKREDIT (LC)ATAU KREDITBERDOKUMEN(DC)

RESITAMANAH(TR)

Surat aku janji bertulis oleh institusikewangan untuk membayar kepada penjualsejumlah wang yang dipersetujui tertaklukkepada syarat-syarat berikut:· Atas pengemukaan dokumen seperti

yang ditetapkan di dalam syarat-syaratLC

· Dalam jangka masa yang ditetapkan· Di tempat yang ditetapkan

• Dapat memastikan bayaran dibuat kepadabenefisiari

• Mampu memperolehi harga belian baranganpada harga yang rendah dan jangka masabayaran balik yang panjang kerana LCmencerminkan kepastian bayaran daripadaperspektif penjual

• Dokumen yang dikemukakan akan diperiksaoleh pakar pembiayaan perdagangan

• Tidak perlu selalu berkomunikasi denganpenjual asing memandangkan keseluruhantransaksi dijalankan melalui, dan diuruskan

Bagi mengimport atau membeli barangan, bahanmentah ataupun peralatan dari pasaran tempatan.

Memberi kemudahan kredit dengan bersandarkanbil yang dikeluarkan di bawah LC institusikewangan itu sendiri. Oleh itu, pelanggan tidakperlu membuat bayaran serta-merta ke atas LC.

Satu kemudahan pembiayaan yangmembolehkan pelanggan menerima hantaranpembelian tempatan atau luar negarasebelum pembayaran bil tampak dibuat.

• Membolehkan pelanggan membayar penjualdengan serta-merta

• Membolehkan pelanggan menerima hantaranbarangan tanpa perlu membuat pembayaranserta-merta

• Memudahkan aliran tunai

PENERIMAANJURUBANK(BA)

Pembiayaan perdagangan bona fide sepertieksport, import ataupun transaksi perdagangandalam negeri.

• Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkanoleh pelanggan mengikut perintah yangperlu dibayar pada tarikh tertentu padamasa hadapan dan diterima olehinstitusi kewangan bagi tujuanpembiayaan perdagangan bona fide

• Jumlah pembiayaan minimum ialahRM50,000 di dalam gandaan RM1,000[Pengumpulan (“bunching”) dibenarkan]

• Menyediakan aliran tunai sebelum hasil jualanbarangan secara hutang dapat dipungut ataupunmembiayai pembelian bahan mentah untukpengeluaran

• Sentiasa boleh dijual mengikut kadar pasaransemasa sekiranya pelanggan memerlukanpembiayaan segera

• Menyediakan pembiayaan dua-hala keranapembiayaan BA adalah terpakai untuk jualandan belian

PEMBELIANBILPERTUKARAN(PBP)

Sebagai satu kaedah pembiayaanmodal kerja bagi pengeksport.

Kemudahan yang disediakan oleh institusikewangan untuk pengeksport, yang manainstitusi kewangan membeli bil keluar untukpungutan dan perolehannya dikreditkan kedalam akaun pelanggan dengan serta-merta.

• Boleh memperolehi dana dengan serta-mertasebaik sahaja dokumen-dokumen yangdiperlukan telah dikemukakan

• Boleh memperbaiki aliran tunai perniagaanmemandangkan PKS boleh memperoleh danadaripada institusi kewangan dengan serta-merta

KONTRAKTUKARANASING(KTA)

Umumnya untuk perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:• Kerap mengimport dan mengeksport dalam

mata wang asing• Melibatkan jumlah yang besar• Mempunyai kedudukan kredit yang diterima

oleh institusi kewangan

Pembelian dan penjualan tukaran asingsecara lani ataupun hadapan yangberkaitan dengan perolehan asing ataupunpembayaran yang perlu dibuat apabilatampak ataupun pada satu tarikh hadapanyang boleh ditentukan.

• Pelanggan boleh menetapkan sendiri kadartukaran bagi tujuan pengekosan/perlindungannilai

• Tidak lagi terdedah kepada risiko turun naiktukaran terutamanya dalam pasaran ataukeadaan mudah ubah

PEMBIAYAANKREDITEKSPORT(PKE)

Lazim digunakan oleh pengeksport yang memenuhikriteria berikut:i. Mengeksport produk yang mempunyai nilai

ditambah sekurang kurangnya 20% danmenggunakan sekurang kurangnya 30% bahanmentah/bahan input tempatan (kekurangan 2%adalah dibenarkan) dan tidak berada dalamsenarai negatif Bank Negara Malaysia

ii. Pengeksport langsung hendaklah mengeksportsekurang-kurangnya RM3 juta barangan layaksetahun bagi tahun kewangan terakhir dan RM3juta bagi 12 bulan sebelumnya

Untuk produk pertanian, amaun minimumnya adalahsebanyak RM1 juta bagi tahun kewangan terakhirdan 12 bulan sebelumnya

• Ditadbir oleh EXIM Bank• Terdapat 2 jenis kemudahan:

i. Prahantaran:Amaun pembiayaan dikira denganmenggunakan 2 cara:(a) Mengikut Pesanan -

80% daripada nilai pesananeksport atau kontrak jualandibundarkan kepada ributerhampir.

(b) Sijil Prestasi (SP) -Amaun yang layakdinyatakan di dalam SP.

ii. Pasca hantaran:Amaun pembiayaan sehingga100% daripada bil eksportdibundarkan kepada ribu terhampir

Sumber yang murah untuk pembiayaan eksport.

Page 11: Ringgit Ed13 Draft4

• 11

Sumber : bankinginfo

Bil MASUK /KELUAR KEGUNAAN CIRI-CIRI FAEDAH

BIL MASUK/KELUARUNTUKPENGUTIPAN(OBC/IBC)

Membantu pelanggan membuatpembayaran bagi transaksiperdagangan

• Dokumen-dokumen disalurkan melaluiinstitusi kewangan mengikut arahan khusus

• Institusi kewangan mengendalikan dokumenberdasarkan arahan yang diterima (daripadapelanggan atau cawangan lain atau institusikewangan) untuk:i. Mendapatkan penerimaan dan/atau

pembayaranii. Menghantar dokumen komersil

bersandarkan penerimaan dan/ataubersandarkan pembayaran

iii. Menghantar dokumen atas terma dansyarat-syarat lain

• Pembeli:i. Satu kaedah pembayaran yang selamat

memandangkan pembayaran boleh ditangguhkan olehpembeli sehingga barangan sampai atau ditangguhkansekiranya rancangan untuk menangguh pembayarandipersetujui

ii. Pelanggan akan mempunyai masa untuk memeriksadokumen sebelum membuat pembayaran/penerimaan

• Penjual:i. Dokumen bernilai, iaitu dokumen hak milik tidak

dilepaskan kepada pembeli (pesuruh bayar) sehinggapembayaran atau penerimaan telah disempurnakan

ii. Sebaik sahaja bil diterima oleh pembeli (pesuruhbayar), penjual (penyuruh bayar) boleh mendapatkanremedi undang-undang sekiranya tiada pembayaranditerima pada tarikh matang

Perkhidmatan Perdagangan

Untuk membantu pelanggan dalam transaksi perdagangan, institusi kewangan juga memberikan khidmatpembayaran. Bil masuk/keluar untuk khidmat pengutipan dinyatakan seperti yang berikut:

Jaminan

Di samping pembiayaan untuk perniagaan, anda mungkin memerlukan kemudahan jaminan bagi pelbagai tujuan.Pada asasnya, kemudahan jaminan ini adalah aku janji institusi kewangan bagi pihak anda (pihak ketiga) yangdibuat berasaskan undang-undang. Aku janji ini menjamin pembayaran sejumlah wang yang telah ditetapkanjumlahnya kepada benefisiari, seandainya perniagaan anda gagal menjelaskan hutangnya atau tidak melakukansesuatu obligasi undangundang. Ini adalah tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya semua syarat yang ditetapkandi dalam jaminan berkenaan. Terdapat beberapa jenis jaminan yang boleh diaturkan oleh institusi kewanganbergantung kepada keperluan-keperluan spesifik peminjam. Institusi kewangan mungkin mengambil kira beberapafaktor sebelum sesuatu jaminan dikeluarkan, seperti saiz, tempoh dan tarikh luput serta kedudukan kreditpelanggan terlibat. Berikut adalah jenis-jenis jaminan yang biasa diperolehi:

JAMINAN KEGUNAAN CIRI-CIRI FAEDAH

JAMINANBANK (BG)

• Menyediakan jaminan bagikepentingan pihak ketigauntuk prestasi kerja,pembayaran, dll.

• Umumnya, jenisperniagaan yangmemerlukan BG adalahkontraktor, sepertikontraktor binaan danpembekal. Bagi sektorkorporat, BG dikeluarkanuntuk terbitan sekuritihutang swasta

• Jenis jaminan:i. Jaminan Tender atau Bon Bidaii. Jaminan Prestasiiii. Jaminan Pembayaran Pendahuluaniv. Jaminan Waranti Penyelenggaraanv. Jaminan Bendunganvi. Jaminan Sekuriti

• Komisen akan dikenakan berdasarkanamaun dan tempoh jaminan

• Tempoh maksimum jaminan adalahberpandukan kepada peraturan PersatuanBank-Bank dalam Malaysia, iaitu jaminantidak boleh dikeluarkan untuk tempohmelebihi 1 tahun kecuali kontrak kerajaan.Manakala tempoh luput jaminan mestilahtidak melebihi 12 bulan selepas tarikh luputtempoh kontrak asal

• Menunjukkan kebolehan pelanggan/ pemohon untukmelakukan kerja seperti yang ditetapkan dalam kontrak

• Boleh mendapatkan terma perdagangan yang lebih baikdaripada benefisiari jika BG disertakan

• Tiada keperluan mengumpul wang tunai untuk memenuhikeperluan deposit. Dana boleh digunakan untuk pengurusanmodal kerja

• Memberi pelanggan akses kepada dana terutama sekaliapabila BG dikeluarkan untuk tujuan pembayaranpendahuluan atau pelepasan dana tertahan di bawahkontrak

JAMINANPERKAPALAN(JP)

Untuk mempercepatkanpenyerahan barangan yangsampai sebelum dokumenpengangkutan asal diterima

• Jaminan atau aku janji yang dikeluarkan olehinstitusi kewangan kepada ejen perkapalanuntuk menyerahkan barangan tanpamemerlukan dokumen pengangkutan asal

• JP biasanya dikeluarkan apabila baranganpada asalnya diimport di bawah LC dan perlubersandarkan kemudahan TR/BA

Membantu memastikan pengeluaran ataupun kontrak dapatdilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan

Page 12: Ringgit Ed13 Draft4

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]