refleksi program riadah dan rekreasi

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN PROJEK : REFLEKSI (GKK1043E) PROGRAM RIADAH DAN REKREASI PROGRAM : PPISMP NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI KELAS : P1SN AMBILAN : JUN 2015 NAMA PENSYARAH : EN. KHOO TIANG ONN

Upload: ahmad-fahmi

Post on 12-Apr-2017

604 views

Category:

Sports


4 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANGTUGASAN PROJEK : REFLEKSI (GKK1043E)

PROGRAM RIADAH DAN REKREASI

PROGRAM : PPISMP

NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI

KELAS : P1SN

AMBILAN : JUN 2015

NAMA PENSYARAH : EN. KHOO TIANG ONN

TARIKH HANTAR : 24 OGOS 2015

REFLEKSI

Saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan izin-Nya saya

telah diberikan ruang dan peluang untuk menyertai program riadah dan rekreasi dengan

jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada

pensyarah kami, En. Khoo Tiang Onn, Wong Boon Hao sebagai pengarah projek kami dan

juga Chan Jie Yi sebagai penolong pengarah. Mereka memberi komitmen sepenuhnya dan

sangat membantu kami dalam pelbagai aspek sepanjang proses pelaksanaan program

riadah dan rekreasi ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Pn.

Loh Siew Lee yang bersetuju untuk mengikut kami sebagai pengiring sepanjang program

riadah dan rekreasi ini.

Program riadah dan rekreasi adalah salah satu aktiviti yang mesti kami lakukan

dalam semester satu ini. Semasa program ini, kelas PPISMP Sains telah bergabung dengan

kelas PPISMP Sejarah dan kelas PPISMP Pengajian Melayu. Kami melakukan aktiviti riadah

ini bersama-sama. Kami membuat keputusan untuk menjalankan program ini di Taman

Bandaran Pulau Pinang. Pemilihan tempat ini adalah berdasarkan lokasinya yang strategik

dan kawasannya yang lapang memudahkan kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam

program ini. Kami melaksanakan aktiviti ini pada 18 Ogos 2015.

Kami menghadapi pelbagai cabaran ketika proses persediaan program riadah dan

rekreasi ini. Antara cabaran yang kami hadapi adalah ketika proses pelaksanaan kertas

kerja. Pada mulanya saya berasa sedikit bimbang kerana tidak mempunyai pengalaman

dalam menyediakan sebarang kertas kerja. Pelaksanaan kertas kerja kami mengambil masa

yang lama untuk diselesaikan. Kertas kerja yang disediakan oleh kami telah dibatalkan.

Namun, dengan bimbingan daripada pensyarah-pensyarah yang membetulkan kesilapan-

kesilapan kecil yang telah kami lakukan. Selepas tiga kali kertas kerja kami dibatalkan,

akhirnya kami mendapat persetujuan daripada pensyarah-pensyarah dan pengarah institut

kami.

Pada 18 Ogos 2015, kami bertolak dari kampus 1.00 petang. Sebelum itu, kami telah

makan makanan tengahari yang telah disediakan. Saya berasa sedikit khuatir adakah

semua aktiviti yang dinyatakan dalam kertas kerja dapat dilaksanakan kerana kekangan

masa. Namun, perkara ini hanya perkara kecil dan tidak mengganggu kelancaran program

tersebut.Sebaik sahaja tiba di sana, kami diberi sedikit taklimat mengenai tentatif program

ini. Selepas itu, kami dibahagikan kepada empat kumpulan.

Permainan pertama yang kami jalankan adalah permainan bahasa isyarat. Kami

dikehendaki untuk meneka perbuatan yang dilakukan oleh wakil kumpulan di hadapan.

Permainan ini memerlukan persefahaman antara ahli kumpulan dan wakil kumpulan yang

berada di hadapan. Wakil kumpulan yang berada di hadapan perlulah kreatif dalam

melakukan gaya yang dapat menerangkan perbuatan tersebut. Perkara yang saya perolehi

daripada permainan ini adalah saya boleh mengaplikasikan nilai kreatif tersebut sewaktu

mengajar murid-murid kelak kerana ini dapat menarik minat murid terhadap sesuatu subjek

itu.

Seterusnya, kami bergerak ke stesen berikutnya untuk permainan ‘sweet couple’.

Permainan ini juga memerlukan persefahaman antara ahli kumpulan dan pasangannya.

Kumpulan yang habis terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. Permainan ini

memerlukan fizikal yang sihat dan koordinasi yang tinggi kerana permainan ini memerlukan

kami berlari sambil membawa bola keranjang. Kami berbincang tentang strategi yang sesuai

untuk membawa bola keranjang tersebut. Kami bertukar-tukar pendapat dan bertoleransi

antara satu sama lain. Jika setiap ahli kumpulan tidak bertoleransi, maka sukarlah sesuatu

keputusan itu hendak dicapai.

Permainan bagi stesen ketiga adalah permainan ‘marbles in the dark’. Seorang wakil

kumpulan akan ditutup matanya dan ahli kumpulan yang lain perlu memberi panduan untuk

meletak guli tersebut ke dalam cawan yang betul. Permainan ini agak sukar dari segi

komunikasi kerana jarak yang dekat dengan kumpulan yang boleh membuatkan wakil

kumpulan keliru dengan arahan yang diberikan. Namun, kami berjaya mengatasi masalah

tersebut. Permainan terakhir yang kami sertai adalah permainan mencari bola tenis. Kami

dikehendaki mencari bola tenis yang disembunyikan dan membaling ke arah tin yang telah

disusun. Kelemahan yang saya dapati di dalam permainan ini adalah ketiadaan petunjuk

yang jelas bagi mencari bola tersebut. Hal ini sedikit menyukarkan kerana peserta-peserta

seolah-olah tiada hala tujuan dalam mencari bola tersebut.

Selepas permainan bola tenis, kami bersedia untuk permainan ‘Running Man’.

Taklimat yang kurang jelas diberikan oleh pengarah projek menyebabkan masa yang

diperuntukkan untuk permainan ini tamat. Kami berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat

melaksanakan permainan ‘Running Man’. Selepas itu, kami berkumpul untuk mendengar

sedikit pendapat dan teguran daripada pensyarah-pensyarah. Teguran yang membina

daripada pensyarah-pensyarah akan kami jadikan pengajaran agar dapat mengelolakan

program riadah dan rekreasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Pada akhir program ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya.

Pengalaman dan pengajaran yang dapat saya peroleh daripada program ini sedikit

sebanyak membantu untuk membina diri saya sebagai soerang guru kelak dan memudah

tugas untuk mendidik pelajar-pelajar.Akhir sekali, saya dapat memperbaiki kelemahan saya

dan mengetahui prosedur yang sebenar dalam mengelolakan sesuatu program.