refleksi penanda arasan

Upload: khairul-azman

Post on 11-Oct-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

B.I.G

TRANSCRIPT

REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARASAHMAD ARHAM BIN OMARPada 4 Mei 2011, saya telah mengikuti lawatan penanda aras yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Lawatan ini telah disertai oleh sebanyak tiga kumpulan kuliah yang berbeza iaitu daripada kumpulan PISMP 5.01 (Pengajian Islam), PISMP 5.03 (Pengajian Sosial) dan PISMP 5.06 (Pendidikan Pemulihan). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memenuhi tuntutan pengajian semester lima bagi program Bina Insan Guru (BIG). Manakala, pemilihan Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara sebagai lokasi lawatan adalah kerana sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang tergolong dalam Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).Sepanjang mengikuti lawatan penanda aras ini, saya dapati terdapat pelbagai kebaikan dan kelebihan yang dapat dikongsi khususnya dari segi kecemerlangan dan kejayaan sekolah tersebut. Pelbagai tanggapan yang telah didengar tentang kecemerlangan sekolah ini dari segi akademik dan juga dari kokurikulum sebelum lawatan penanda aras ini diadakan. Setelah diberikan taklimat oleh Guru Besar, iaitu Puan Zarina, tanggapan yang bermain difikiran saya telah berjaya beliau buktikan. Pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh sekolah tersebut antaranya ialah kejayaan diperingkat nasional dan juga di peringkat antarabangsa. Kejayaan yang paling mengharumkan nama sekolah tersebut ialah kejayaan dari segi percapaian dalam bidang akademik. Menurut Puan Zarina, bahasa komunikasi yang digunakan oleh murid da warga sekolah tersebut adalah menggunakan bahasa komunikasi.Setiap kejayaan bermula daripada usaha yang gigih. Menurut Puan Zarina, terdapat beberapa amalan dan budaya yang diamalkan disekolah tersebut yang dijadikan sebagai resipi kejayaan dalam sesuatu bidang yang dimasuki. Antaranya ialah perjumpaan atau usrah yang dijalankan dikalangan guru pada setiap hari rabu. Perjumpaan ini penting bagi membincangkan pelbagai masalah yang timbul dalam sesuatu tugasan yang dijalankan oleh guru dan langkah untuk mengatasinya. Pada perjumpaan ini juga, guru-guru berpeluang bertanya khabar dan berkongsi maklumat terbaru khususnya mengenai dunia pendidikan. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah Berjaya menaikkan tahap kecemerlangan sekolah. Antaranya ialah, mewujudkan hari kerjaya, kem-kem motivasi, bengkel menjawab soalan dan sebagainya. Kesemua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah mendapat sokongan penuh daripada murid-murid, ibu bapa dan juga badan-badan korporat. Sokongan yang diterima adalah disebabkan oleh kesungguhan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Menurut Guru Besar itu lagi, resipi utama kejayaan yang diraih oleh pihak sekolah adalah disebabkan oleh sokongan yang diberikan oleh pihak ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Peranan yang diberikan oleh pihak PIBG sangat membantu program yang dijalankan oleh pihak sekolah terutamanya dari segi kewangan, bantuan peralatan sekolah dan lain-lain lagi.Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya perhatikan sepanjang mengikuti lawatan ini. Kelemahan yang palin besar yang dapat saya perhatikan adalah dari segi pengurusan di pihak Jabatan Hal Ehwal (HEP). Pihak HEP bagaikan meletakkan kelemahan pengurusan mereka kepada pihak pelajar. Perkara yang paling ketara ialah semasa pegawai HEP mengumumkan program lawatan ini perlu dijalankan pada masa yang singkat. Sepatutnya, pihak HEP perlu menghebahkan tentang program yang akan dijalankan seawall yang mungkin bagi memastikan perjalanan serta pengurusan program BIG berjalan lancar. Sebagaimana yang kita sedia maklum, program BIG dijalankan sepanjang semester pengajian berjalan, namun, masalah-masalah sama tetap berlaku dan berulang. Sebagai langkah mengatasi masalah di atas, disini saya ingin menyatakan beberapa cadangan yang boleh diperbincang dan diperhalusi oleh pelbagai pihak. Memandangkan kelemahan dan kesilapan yang sama berulang semasa menguruskan program BIG ini, saya mencadangkan pengurusan program BIG ini tukar daripada diuruskan oleh pihak HEP kepada pengurusan pihak yang lain. Pihak-pihak yang saya maksudkan adalah pihak yang berkemampuan untuk menguruskan pelatih guru seperti unit kokurikulum. Secara kesimpulannya, lawatan ini telah berjaya mencapai objektif yang diinginkan. Secara tidak langsung, lawatan ini telah Berjaya membuka minda bakal-bakal guru untuk menempuh alam sebagai seorang guru. Pelbagai cabaran yang mendatang perlu dihadapi oleh guru sebaiknya seterusnya mencapai matlamat yang diinginkan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).