refleksi kendiri moral

2
Refleksi Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan, kaedah pertama yang digunakan ialah memerhati tayangan gambar situasi bergotong-royong yang ditunjukkan oleh saya, saya telah meminta murid mengenalpasti nilai yang terkandung dalam gambar tersebut. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam langkah perkembangan, kaedah soal- jawab telah dilaksanakan di mana, murid dan guru bersoal-jawab mengenai kepentingan kerjasama. Selain itu, dari segi kekuatan bahan bantu pengajaran yang saya hasilkan, saya dapati murid telah tertarik dengan gambar yang besar, jelas dan realistik ini. Melalui aktiviti tersebut, murid-murid telah dapat berkongsi pengalaman mereka yang berkaitan dengan nilai kerjasama berkenaan. Seterusnya, saya mengarah murid bergerak dan duduk dalam kumpulan yang telah diketahui oleh murid. Kemudian, setiap kumpulan perlu melakonkan aktiviti yang diarah berdasarkan kad arahan yang diserah oleh saya. Murid-murid kelihatan teruja dan gembira dengan mangadakan aktiviti lakonan ini. Ini secara tidak langsung murid telah mengetahui cara kerjasama dan kepentingannya. Terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang timbul berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah saya menghadapi masalah sebilangan murid di dalam kelas saya tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu. Ini menyukarkan untuk melaksanakan aktiviti kerana ada arahan berbentuk penulisan tidak dapat difahami kerana tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah murid yang tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu, saya telah mengagihkan kumpulan, di mana setiap ahli kumpulan diagihkan sama rata iaitu mempunyai murid yang tahu membaca dalam Bahasa Mealayu dan tidak tahu membaca dalam

Upload: brandon-taylor

Post on 16-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Refleksi Kendiri Moral

TRANSCRIPT

Refleksi Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan, kaedah pertama yang digunakan ialah memerhati tayangan gambar situasi bergotong-royong yang ditunjukkan oleh saya, saya telah meminta murid mengenalpasti nilai yang terkandung dalam gambar tersebut. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam langkah perkembangan, kaedah soal-jawab telah dilaksanakan di mana, murid dan guru bersoal-jawab mengenai kepentingan kerjasama. Selain itu, dari segi kekuatan bahan bantu pengajaran yang saya hasilkan, saya dapati murid telah tertarik dengan gambar yang besar, jelas dan realistik ini. Melalui aktiviti tersebut, murid-murid telah dapat berkongsi pengalaman mereka yang berkaitan dengan nilai kerjasama berkenaan. Seterusnya, saya mengarah murid bergerak dan duduk dalam kumpulan yang telah diketahui oleh murid. Kemudian, setiap kumpulan perlu melakonkan aktiviti yang diarah berdasarkan kad arahan yang diserah oleh saya. Murid-murid kelihatan teruja dan gembira dengan mangadakan aktiviti lakonan ini. Ini secara tidak langsung murid telah mengetahui cara kerjasama dan kepentingannya. Terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang timbul berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah saya menghadapi masalah sebilangan murid di dalam kelas saya tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu. Ini menyukarkan untuk melaksanakan aktiviti kerana ada arahan berbentuk penulisan tidak dapat difahami kerana tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah murid yang tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu, saya telah mengagihkan kumpulan, di mana setiap ahli kumpulan diagihkan sama rata iaitu mempunyai murid yang tahu membaca dalam Bahasa Mealayu dan tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu. Ini memudahkan aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar.Seterunya, terdapat kelemahan dari sesi pengajaran dan pembelajaran, di mana saya terlepas pandang terdapat sebilangan kecil murid tidak menumpukan perhatian mereka di dalam kelas ketika saya sedang mengajar. Ini menyebabkan mereka akan ketinggalan pelajaran berbanding dengan rakan yang lain. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya mengarahkan murid yang tidak menumpukan perhatian mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, duduk di barisan hadapan sekali supaya mudah untuk saya memantau pergerakan mereka ketika saya sedang mengajar. Walaupun saya telah lama berkecimpung di dalam bidang pendidikan ini, tidak bermakna saya mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam. Saya juga perlu memperbaharui ilmu-ilmu di dalam bidang pendidikan mengikut peredaran zaman supaya saya tidak ketinggalan. Dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapatlah saya gunakan dan membuat penambahbaikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah pada masa akan datang, serta secara tidak langsung juga dapat menarik minat murid dan memantapkan lagi kefahaman mereka.

Disediakan oleh: Lee Boon ChuanPPG PSV Ambilan Feb 2012