rasulullah sebagai uswatun hasanah (autosaved) (autosaved)

Download Rasulullah Sebagai Uswatun Hasanah (Autosaved) (Autosaved)

Post on 02-Jan-2016

116 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

qwe

TRANSCRIPT

RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH:KAJIAN DALAM SURAH AL QALAM AYAT 1 HINGGA 7

NURUL AISYAH FATEHA BT AHMAD

SYUKBAH QIRAATDARUL QURANJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIAKUALA KUBU BHARU2010

ABSTRAK

Tugas para Rasul ialah menyeru, menyedar dan membentuk manusia agar beriman kepada Allah Subhanahuwataala. atau, dengan kata lain, mengajak dan membentuk keperibadian manusia agar tunduk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwataala semata-mata.Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap umat masing-masing. Muhammad Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pula melaksanakannya terhadap seluruh manusia. Firman Allah Subhanahuwataala:Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru) : Sembahlah Allah (sahaja) , dan jauhilah taghut itu. Manakala di antara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakakan (rasul-rasul)(Surah An Nahl ayat 36)

Al-Quran telah mengarahkan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam supaya mendidik hati, fikiran, perasaan, tingkahlaku dan akhlak manusia ke paras yang lebih tinggi dan mulia. Seterusnya, membentuk ummah dan membina daulah. Itulah hakikat Rasul diutuskan. Itulah contoh yang terbesar.Hasilnya, dengan kurniaan Allah Subhanahuwataala jua, Rasulullah Sallallahualaihiwasallam telah berjaya mengubah corak hidup manusia yang serba pincang kepada corak hidup yang sempurna, aman, damai, bahagia dan bercahaya di bawah sistem yang ditanzilkan Allah Subhanahuwataala. Akhlak dan keperibadian Rasulullah Sallallahualaihiwasallam memainkan peranan utama dalam perlaksanaan tanggungjawabnya. Firman Allah Subhanahuwataala:"Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah dan Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya".(Surah Al Ahzab ayat : 21)Oleh demikian,penulis tertarik untuk mengkaji mengenai Rasulullah sebagai uswatun hasanah merangkumi pelbagai jenis kitab tafsir.Malah meliputi juga pelbagai akhlak mulia yang rasulullah tinggalkan untuk kita.Penulis berharap semoga kajian ilmiah ini member kesedaran serta manfaat kepada masyarakat supaya kita sama sama dapat mencontohi akhlak mulia baginda.BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sebagai mana yang kita tahu,Al Quran adalah merupakan sumber hukum pertama yang diturunkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Ia merupakan mukjizat agung bagi Rasulullah S.A.W.Segala isi isi yang terkandung di dalamnya mempunyai kaitan rapat dengan dengan Rasulullah S.A.W.Oleh yang demikian,apabila kita membaca,mentadabbur,dan menghayati ayat ayat di dalamnya kita akan merasa nikmat kemanisannya.Selain itu,kita akan turut cuba untuk mengenal peribadi rasulullah seperti yang terdapat di dalam Al Quran yang secara langsung melahirkan cinta kita kepadanya yang merupakan tuntutan ajaran agama yang harus disemai dalam diri setiap individu.

1.2 PENGERTIAN TAJUK

Hasil perbincangan penulis dengan penyelia,penulis telah membuat keputusan untuk memilih tajuk RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH : KAJIAN TERHADAP SURAH AL QALAM AYAT 1 HINGGA 7 sebagai tajuk kajian ilmiah ini.tajuk ini telah dipersetujui oleh unit akademik Darul Quran JAKIM.Oleh yang demikian,merujuk kepada tajuk ini penulis akan menghuraikan dengan lebih terperinci maksud tajuk ini.

Rasulullah bermaksud

Uswatun Hasanah bermaksud

1.3 LATAR BELAKANG MASALAH

Dewasa ini kebanyakan umat Islam lebih mementingkan duniawi berbanding ukhrawi.Hidup mereka tidak berlandaskan dua sumber Islam yang penting yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad iaitu al Quran dan al Sunnah.Ini menyebabkan mereka terpesong jauh dari konsep ajaran Islam sebenar.Malah,sekarang ramai juga anak muda memilih artis-artis hiburan sebagai idola hidup mereka tanpa mengenali Rasulullah yang sepatutnya mereka jadikan idola dan teladan baik dalam kehidupan.Justeru itu,penulis berasa terpanggil untuk mengkaji dan menghurai dengan lebih lanjut tentang masalah ini.Malahan penulis juga ingin mengupas skop sebenar umat Islam perlu mengikuti akhlak Rasulullah.Ini kerana dengan mengikuti contoh teladan dan akhlak baginda,kita akan memperoleh kemanisan iman.Penulis berharap mudah mudahan tajuk kajian ini member manfaat kepada pembaca dan masyarakat sejagat.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini dilakukan ialah :

a) Untuk mengkaji dan mengetahui kehidupan dan latar belakang Rasulullah bahawa baginda ialah contoh teladan dan akhlak yang baik yang wajib diikuti oleh umat Islam.

b) Memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa Rasulullah adalah pembimbing manusia kea rah kebenaran hidup.

c) Memahami dan mentadabbur ayat 1 hingga 7 surah Al Qalam dengan lebih mendalam

d) Memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa Rasulullah adalah contoh terbaik dalam kehidupan

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan kajian ini ialah :

a) Sebagai memenuhi pra syarat untuk melayakkan penulis memperoleh Sijil Diploma Tahfiz wal Qiraat Darul Quran ( JAKIM )

b) Sebagai panduan kepada pelajar Darul Quran, khususnya para pelajar tahfiz supaya menanam sikap cintakan Rasulullah dengan mengikuti sunnahnya.

c) Meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan mengikuti segala contoh telatan yang baik pada diri Rasulullah.

d) Membantu masyarakat supaya lebih mendekatkan diri dengan al Quran untuk mencapai tahap cinta Allah dan Rasulullah.

1.6 SKOP KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini,penulis telah member pengkhususan terhadap topic kajian agar tidak terkeluar atau menyimpang dari persoalan utama.Skop kajian yang dibuat ialah mengenai Rasulullah sebagai uswatun hasanah kajian terhadap ayat 1 hingga 7 surah al Qalam.Kajian ini banyak berdasarkan tafsir al Quran,majalah,dan buku-buku ilmiah yang berkaitan.

1.7 SOROTAN LITERASI

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Dalam usaha menyempurnakan kertas kerja ini,penulis telah menggunakan dua bentuk method utama,iaitu method pengumpulan data dan method penganalisa data.

1.8.1 Metod Pengumpulan Data

Dalam usaha menyiapkan kajian yang berkualiti,pemilihan terhadap sesuatu metod atau kaedah yang akan digunakan untuk mengumpul data hendaklah dengan teliti .Hal ini adalah amat penting bagi mendapatkan maklumat penelitian dan penilaian terhadap fakta yang diperoleh dengan sebaik mungkin dalam menghasilkan sebuah kajian yang berkualiti.Oleh itu,penulis akan menggunakan metod di bawah dalam rangka penyelidikan ini:

a) Metod Penyelidikan Perpustakaan : Rujukan dilakukan terhadap bahan-bahan ilmiah berdasarkan buku,majalah dan lain-lain yang terdapat di Perpustakaan Darul Quran,JAKIM.

b) Metod Penyelidikan melalui Internet : Kaedah ini merujuk kepada perolehan maklumat menerusi pembacaan di laman web di internet.

c) Metod Historis ( persejarahan ) : Metod ini adalah proses untuk menentukan adanya pendapat yang tepat mengenai kejadian atau prosedur ilmiah dari proses sejarah sebagai dasar untuk memahami sesuatu yang berlaku.Oleh itu,penulis akan cuba mendapatkan maklumat tentang sejarah dan kisah-kisah berkaitan tajuk ini dari kitab-kitab yang berkaitan.

d) Metod Observasi : Metod ini penting sebagai sumber rujukan penulis.Ia melibatkan rangsangan , pengamatan, dan pemikiran mendalam penulis bagi menghasilkan perbandingan, penilaian dan kebenaran.1.8.2 Metod Analisa Data

Kaedah ini digunakan dengan mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan uswatun hasanah Rasulullah di dalam majalah-majalah tertentu dan bahan-bahan lain yang boleh dijadikan sumber ryjukan . Selain itu,penulis menggunakan beberapa metod lain.Seperti :

a) Metod Induktif : Metod ini adalah salah satu cara membuat satu kesimpulan dan bukti-bukti yang yang bersifat khusus untuk mencari kesimpulan yang bersifat umum.Metod ini digunakan untuk menghuraikan pengenalan secara umum.

b) Metod Deduktif : Metod ini pula digunakan sebagai satu cara membuat kesimpulan daripada bukti-bukti yang bersifat umum untuk mencari kesimpulan yang bersifat khusus.Metod ini digunakan untuk menghuraikan data-data dengan lebih terperinci.

c) Metod Komperatif : Metod ini pula adalah satu cara membuat kesimpulan dengan cara melakukan perbandingan terhadap segala fakta yang diperoleh.

1.9 SISTEMATIKA PENULISAN

Penulis membahagikan kajian ilmiah ini kepada bab khusus dalam mengupas tajuk ini.

Dalam bab pertama,penulis akan membicarakan tentang pendahuluan bagi tajuk yang meliputi pengertian,latar belakang masalah kajian,skop kajian,kepentingan kajian dan sebagainya.

Manakala dalam bab kedua,penulis akan membincangkan mengenai pengenalan riwayat hidup Rasululla s.a.w, nasab ketutunannya,kelahiran baginda,dan lain-lain lagi.

Seterusnya dalam bab yang ketiga,penulis akan menghuraikan tentang konsep uswatun hasanah Rasulullah dan selainnya.

Dalam bab keempat pula,penulis akan mengetengahkan tentang kajian ayat al Quran,latar belakang surah dan kaitan ayat tersebut terhadap uswatun hasanah Rasulullah s.a.w

Manakala dalam bab kelima,penulis akan menyimpulkan kesimpulan bagi keseluruhan bab-bab yang dikaji supaya pembaca lebih memahami kajian ini.

BAB 2 : RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W

2.1 PENGENALAN

KELAHIRAN Rasulullah adalah umpama cahaya b

Recommended

View more >