rancangan pengajaran harian sn

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS : 3 K MATAPELAJARAN : DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI BILANGAN MURID : 30 ORANG MASA : 8.00 – 9.00 TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN TOPIK : 4.0 PENYERAPAN STANDARD KANDUNGAN 4.2 Sesetengah bahan boleh menyerap lebih banyak air daripada bahan yang lain STANDARD PEMBELAJARAN 4.2.1 Menjalankan eksperimen mengikut prosedur yang betul 4.2.2 Menyenaraikan pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas, pembolehubah dimalarkan. 4.2.3 Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dalam hasil keputusan eksperimen. ALAT BANTU MENGAJAR : Besin, air berwarna (merah), kertas A4, suratkhabar, kad manila, kain, tisu, plastic lut cahaya dan pembaris kayu

Upload: afiqhazim

Post on 12-Jan-2016

322 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

RPH Sains

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Sn

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS : 3 K

MATAPELAJARAN : DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

BILANGAN MURID : 30 ORANG

MASA : 8.00 – 9.00

TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

TOPIK : 4.0 PENYERAPAN

STANDARD KANDUNGAN 4.2 Sesetengah bahan boleh menyerap lebih banyak air

daripada bahan yang lain

STANDARD PEMBELAJARAN 4.2.1 Menjalankan eksperimen mengikut prosedur yang

betul

4.2.2 Menyenaraikan pembolehubah dimanipulasi,

pembolehubah bergerakbalas, pembolehubah

dimalarkan.

4.2.3 Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dalam

hasil keputusan eksperimen.

ALAT BANTU MENGAJAR : Besin, air berwarna (merah), kertas A4, suratkhabar, kad

manila, kain, tisu, plastic lut cahaya dan pembaris kayu

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid- murid telah mempelajari tentang bahan-bahan

mempunyai tahap penyerapan air yang berlainan.

KEMAHIRAN PROSES SAINS : Mengeksperimen, Meramal, Membuat Inferens,

Berkomunikasi, Pemerhatian.

NILAI : Berkerjasama, berani, rajin, tabah menceburi sesuatu yang

baru, jujur, tepat merekod keputusan.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Sn

Fasa/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pembelajaran Catatan/

Impak

Orentasi

(5minit)

Set Induksi

Sesetengah bahan

boleh menyerap

lebih banyak air

daripada bahan

yang lain

Orentasi idea

berdasarkan

pengetahuan sedia

ada murid

1. Guru menunjukkan bahan yang

digunakan untuk menjalankan

eksperimen (suratkhabar, kad

manila, tisu, beg plastik) di hadapan

murid satu demi satu..

2. Murid diminta menjawab sama ada

bahan yang ditunjukkan boleh

menyerap air atau tidak.

3. Guru mengemukakan soalan :

Bahan apakah yang paling cepat

menyerap air dan bahan apakah yang

paling lambat menyerap air.

4. Guru mengaitkan jawapan murid

dengan kandungan pembelajaran

hari ini.

Kaedah:

Brainstorming

Strategi

Berpusatkan murid

Teknik

Sumbangsaran

Kemahiran

Saintifik:

Memerhati

Mendefinisi secara

operasi

KBKK

Menjana idea

Membuat gambaran

Membanding beza

Pencetusan Penyampaian 1. Guru membentuk murid dalam Strategi:-

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Sn

Idea

(10 minit)

Kandungan

Aktiviti:

kumpulan kecil yang terdiri daripada

6 orang di dalam setiap kumpulan.

2. Setiap murid akan diedarkan sehelai

lembaran yang mengandungi

langkah-langkah menjalankan

eksperimen.

3. Murid berbincang di dalam

kumpulan tentang kesesuaian

langkah-langkah yang diberi untuk

menguji kadar penyerapan setiap

bahan yang telah ditunjukkan tadi.

4. Selepas 5 minit salah satu kumpulan

diminta menjelaskan langkah-

langkah yang sesuai untuk

menjalankan eksperimen tersebut.

5. Selepas itu, murid diminta

menentukan apakah pembolehubah

yang digunakan dalam eksperimen

tersebut.

6. Guru membimbing murid dalam

memastikan murid memilih langkah-

langkah yang sesuai.

Berpusatkan murid

Kaedah:

Memberi Arahan

Teknik:

Tunjukcara

Kemahiran

saintifik:

Berkomunikasi

Mengenalpasti dan

mengawal

pembolehubah

KBKK

Menjana Idea

Menghubungkait

Penstruktura

n Semula

Idea.

(20 minit)

Penyampaian

kandungan

pelajaran.

Menjalankan

eksperimen dan

1. Murid diminta mengagijkan tugasan

dalam kumpulan masing-masing

2. Murid mengambil bahan-bahan

yang diperlukan untuk eksperimen

daripada guru.

3. Murid menjalankan eksperimen

Strategi:

Berpusatkan murid

Kaedah:

Eksperimen

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Sn

pemerhataian. mengikut langkah-langkah yang

telah dipilih

4. Guru memantau aktiviti murid

sepanjang tempoh eksperimen

dijalankan.

5. Murid merekodkan pemerhatian

mereka ke dalam jadual yang telah

disediakan.

6. Murid membuat perbandingan

bahan apa yang paling cepat

menyerap air dan bahan apa yang

paling lambat menyerap air,

berdasarkan rekod yang telah

dicatatkan.

7. Perbandingan dilakukan dengan

mengukur ketinggian paras air

berwarna merah yang diserap oleh

bahan-bahan tersebut.

8. Selepas 10 minit menjalankan

eksperimen setiap wakil kumpulan

membentangkan hasil pemerhatian

mereka.

Teknik :

Perbincangan

Kemahiran

Saintifik:

Memerhati

Mengukur

Menggunakan

nombor

ABM

Semua bahan-bahan

untuk eksperimen

Lembaran kerja

Kemahiran

Manipulatif

Menggunkan dan

mengendalikan

peralatan dan bahan

sains dengan betul

Aplikasi

Idea

(15 minit)

Aktiviti:

Membina peta

pemikiran

1. Murid membina peta pemikiran bagi

membuat perbandingan keupayaan

bahan menyerap air.

2. Murid menggunakan maklumat yang

telah direkod semasa membuat

eksperimen.

3. Selepas beberapa minit, guru

memanggil secara rawak beberapa

Strategi:

Berpusatkan murid

Kaedah:

Kumpulan

Teknik

Sumbangsaran

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Sn

kumpulan bagi menunjukkan hasil

peta pemikiran yang telah dibentuk.

4. Guru memilih peta yang terbaik dan

mengaitkan dengan hasil

pembelajaran.

5. Guru bertindak sebagai fasilitator.

KBKK

Menghubungkait

Kemahiran

Saintifik

Menjelaskan

Kesimpulan

Refleksi

(10 minit)

Kesimpulan

Aktiviti:-

Soal Jawab untuk

membuat

kesimpulan

berdasarkan hasil

pemerhatian dalam

eksperimen.

1. Guru meminta murid mengemaskan

meja eksperimen masing-masing.

2. Guru membimbing murid membuat

kesimpulan daripada hasil

pembentangan setiap kumpulan.

3. Membimbing murid mengaitkan

kesimpulan dengan kehidupan

seharian.

4. Contoh soalan : melalui hasil

penyiasatan yang murid lakukan tadi

apakah kepentingan mengetahui

keupayaan penyerapan air ke atas

sesuatu bahan di dalam kehidupan

seharian kita?

5. Memberi latihan bertulis.

Strategi

Berpusatkan murid

Kaedah

Penyoalan

Teknik

Analisis

KBKK

Membuat

kesimpulan

Kemahiran

Saintifik

Memerhati

Mendefinsi secara

operasi.

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Sn

REFLEKSI

Kekuatan:

a) Dalam proses pembelajaran dan pengajaran di kelas 3 Kreatif ini saya telah menggunkan

strategi yang lebih berpusatkan murid. Murid juga dibimbing dengan pelbagai kaedah dan

teknik sepanjang proses pembelajaran mereka.

b) Murid-murid telah memberi kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan sama ada

dari segi penyediaan bahan dan semasa menjalankan eksperimen. Kawalan disiplin

memuaskan.

c) Pembelajaran inkuiri dijalankan dengan lancar dan murid diberi peluang untuk

mengutarakan idea sendiri dalam memilih langkah-langkah yang sesuai bagi eksperimen,

membentangkan hasil pemerhatian dan perbincangan jawapan dalam kumpulan.ini dapat

membantu murid dalam aspek perkembangan afektif dan aspek sosial. Guru hanya

memainkan peranan sebagai pembimbing sahaja sepanjang proses pembelajaran dan

pengajaran dijalankan.

d) Meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam membina peta pemikiran dalam membuat

perbandingan.

Kelemahan

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Sn

a) Semasa aktiviti eksperimen ini dijalankan, secara tidak sedar murid-murid bercakap

dengan suara yang kuat. Ini akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di

kelas lain.

b) Pengurusan masa harus diambil perhatian kerana murid-murid tidak mempunyai masa

yang mencukupi untuk mengemaskan peralatan eksperimen mereka.

Penambahbaikan

a) Guru perlu sentiasa memberi peringatan kepada murid-murid supaya memperlahankan

suara mereka. Pertandingan akan diadakan pada eksperimen akan datang untuk memupuk

disiplin supaya tidak mengganggu kelas lain.

b) Memastikan murid bekerjasama semasa membersihkan alatan dan bahan sains dengan

efektif pada masa akan datang.