puasa

25
PIM1034 PENGANTAR ILMU FIQH PUASA DISEDIAKAN OLEH: NUR QARDIRAH BINTI ISA NURUL JANNAH BINTI BOSINI DAYANG NUR S ALMA DHARMIL A BINTI AWANG S ALLE H PPISMP (JUN 2013)(P.A.) NAMA PENSYARAH: USTAZ MAHADI BIN HAJI KHALID

Upload: dnsdas

Post on 02-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PIM1034 PENGANTAR ILMU FIQH PUASA DISEDIAKAN OLEH: NUR QARDIRAH BINTI ISA NURUL JANNAH BINTI BOSINI DAYANG NUR SALMA DHARMILA BINTI AWANG SALLEH PPISMP (JUN 2013)(P.A.) NAMA PENSYARAH: USTAZ MAHADI BIN HAJI KHALID

PIM1034PENGANTAR ILMU FIQHPUASA

DISEDIAKAN OLEH:NUR QARDIRAH BINTI ISANURUL JANNAH BINTI BOSINIDAYANG NUR SALMA DHARMILA BINTI AWANG SALLEH

PPISMP (JUN 2013)(P.A.)

NAMA PENSYARAH: USTAZ MAHADI BIN HAJI KHALIDKonsep puasaRukun Islam ketigaDefinisi bahasa: menahan diri daripada lapar & dahaga istilah: menahan diri daripada melakukan perkara- perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari berserta dengan niat.Wajib Sebagai anak kunci untuk membuka pintu syurgaDalil kefarduanDalil Kefarduan:-

Maksud: [Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa] (Al-Baqarah [2]: 183)

Hikmah puasaMelatih diri supaya bersabar dalam menghadapi kepayahan dan kesusahanMenimbulkan perasaan belas kasihan terhadap fakir miskin yang sentiasa menderita kelaparan.Melatih sifat amanah.Menguji keimanan seseorang mukmin.Menghilangkan penyakit batin (sifat mazmumah).Merupakan amalan penguat minda kerana mengosongkan perut itu bererti menyucikannya setelah berbulan-bulan menerima makanan beraneka jenis.

4Jenis puasaPuasa WajibPuasa pada bulan Ramadhan atau qadha' kerananya.Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang berkata kepada isterinya dengan perkataan: "Belakang awak seperti belakang emak saya" dan seumpamanya.Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang membunuh orang.Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan.Puasa ganti Dam Haji Tamattu' bagi orang yang menunaikan fardhu haji.Puasa ganti daripada Dam Haji sahaja.Puasa sebab luput Nusuk (mengerjakan ibadah haji).Puasa ganti daripada mengeluarkan fidyahPuasa Kifarah kerana bersumpahPuasa sunatPuasa pada hari Isnin dan KhamisPuasa pada hari yang kesembilan bulan Dzulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan hajiPuasa pada hari 'Asyura' ( hari yang kesepuluh) bulan Muharram.Puasa pada hari 'Tasu'a' (hari yang kesembilan) bulan Muharram.Puasa pada hari-hari: 13, 14 dan 15 pada tiap-tiap bulan Islam melainkan pada 13 Dzulhijjah (dihukumkan haram).Puasa pada 28,29 dan 30 haribulan tiap-tiap bulan Islam.Puasa enam hari pada bulan Syawal(lebih afdhal kiranya dikerjakan dengan berturut-turut)Puasa hari yang kelima belas pada bulan Sya'aba (Nisfu Sya'ban)Puasa makruhPuasa orang yang mendapat sakit yang bersangatan.Puasa orang yang dalam perjalanan atau pelayaran.Puasa orang yang sangat tua.Puasa yang asalnya sunat dikerjakan oleh orang yang ada menanggung puasa qadha'.Puasa perempuan yang hamil.Puasa pada hari Jumaat.Puasa pada hari Sabtu yang tidak dihubungkan dengan hari yang lainnya.Puasa pada hari 'Arafah bagi orang yang mengerjakan haji.Puasa sepanjang-panjang tahun (sepanjang masa)Puasa haramPuasa pada Hari Raya Aidil Fitri (Raya Puasa).Puasa pada Hari Raya Aidil Adha (Raya Haji).Puasa pada hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah).Hari yang disyaki hari pertama bulan Ramadhan.Hari-hari selepas 15 haribulan Sya'ban, jika bukan puasa qadha' atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa pada hari yang sebelumnya atau bukan hari yang ia telah biasa mengerjakan puasa.Puasa sunat bagi perempuan tanpa izin suami.Syarat wajibSyarat sah

Rukun, sunat & makruh puasaMemasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja walaupun sedikitMuntah dengan sengajaBersetubuh dengan sengajaPerkara yang membatalkan puasaMengeluarkan mani dengan sengajaGilaPitam sepanjang hariBerbukaMurtadDatang haid/nifasOrang yang sakit yang memudaratkan dirinyaOrang yang sangat lapar & sangat dahagaOrang yang musafir sejauh 2 marhalah/lebihOrang tua & orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuhOrang yang harus berbuka puasaPerempuan yang mengandung & menyusukan anakPerempuan yang haid & nifasOrang yang mabuk, yang pitam sepanjang hari & orang yang gilaQada & fidyah puasaQada definisi: Menggantikan puasa yang ditinggalkan pada hari lain wajib:a) orang yang berbuka kerana sakit, wajib qada setelah sembuhb) orang yang berbuka kerana gila, wajib qada setelah sembuhc) orang yang berbuka kerana tersangat lapard) orang yang berbuka kerana musafir, wajib qada setelah habis musafire) orang perempuan yang berbuka kerana haid atau nifas, wajib qada setelah bersucif) perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan dirinya

15Fidyah definisi: Denda kerana meninggalkan puasa, iaitu secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. wajib: a) orang tua yang uzurb) orang sakit yang tiada harapan sembuhc) orang yang sentiasa bekerja berat sehingga memudaratkan diri jika berpuasaOrang yang wajib qada serta fidyah:-a) perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak yang dikandung atau disusukannya.b) Orang yang melewatkan qada puasa sehingga melewati Ramadan yang berikutnya.

Solat sunat terawihTadarus Lailatul QadarNuzul al-QuranPahala berlipat kali gandaPintu syurga terbuka

Penghayatan bulan ramadhanBersedekah Memperbanyakkan amalan sunat Zikir dan tasbihPaling asas adalah mujahadah untuk melawan nafsu.

Isu semasa berkaitan puasaSoalan 1: Boleh atau tidak wanita hamil dan menyusu berpuasa di bulan Ramadhan dan adakah wajib membayar Fidyah, dan tidak wajib qadha puasa?Jawapan 1: (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Qs. Al-Baqarah [2]: 184).

Menurut Mazhab Maliki:Wanita hamil dan ibu menyusu, jika melaksanakan puasa dikhuatirkan akan sakit atau bertambah sakit, apakah yang dikhawatirkan itu dirinya, atau anaknya, atau dirinya saja, atau anaknya saja. Bagi wanita hamil mereka boleh berbuka dan wajib melaksanakan qada, tidak wajib membayar fidyah bagi wanita hamil, berbeza dengan ibu menyusu, ia wajib membayar fidyah. Jika puasa tersebut dikhuwatirkan menyebabkan kematian atau mudharat yang sangat parah bagi dirinya atau anaknya, maka wanita hamil dan ibu menyusui wajib tidak berpuasa.Menurut Mazhab Hanafi:Jika wanita hamil dan ibu menyusu bimbang akan mudharat, maka boleh berbuka, apakah kebimbangan tersebut terhadap diri dan anak, atau diri saja, atau anak saja. Wajib melaksanakan qada ketika mampu, tanpa wajib membayar fidyah.Menurut Mazhab Hanbali:Wanita hamil dan ibu menyusu boleh berbuka, jika bimbangkan mudharat terhadap diri dan anak, atau diri saja. Dalam keadaan seperti ini mereka wajib melaksanakan qada tanpa membayar fidyah. Jika yang dibimbangkan itu anaknya saja, maka wajib melaksanakan puasa qada dan membayar fidyah.Menurut Mazhab Syafii:Wanita hamil dan ibu menyusu, jika bimbang mudharat terhadap diri dan anak, atau diri saja, mereka wajib berbuka dan mereka wajib melaksanakan qadha. Jika yang dibimbangkan anaknya saja, maka wajib melaksanakan qada dan membayar fidyah.Soalan 2: Adakah perempuan yang uzur dibenarkan untuk makan dan minum ketika orang lain sedang berpuasa?Jawapan 2: Dibenarkan sekiranya ia memudaratkan tetapi dengan syarat, makan dan minum bukan di khalayak ramai kerana bulan Ramadhan haruslah dihormati.

Soalan 3: Ada juga orang yang sakit gigi dalam bulan Ramadhan. Maklumlah sakit gigi kadang-kadang menusuk-nusuk. Bolehkah dicabut gigi ketika berpuasa?Jawapan 3: Mencabut gigi tidak membatalkan puasa. Tetapi, kena berhati-hati agar tidak menelan darah atau ubat. Menelan darah atau ubat atau terkena air ketika itu boleh membatalkan puasa. Seeloknya, ditangguhkan dan dilakukan pada waktu malam.Sekian, Terima kasih!