pua kumbu

18
PUA KUMBU

Upload: ainnur-asrar

Post on 05-Jul-2015

348 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUA KUMBU

PUA KUMBU

Page 2: PUA KUMBU

PENGENALAN… Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai

tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak.

Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'.

Pua Kumbu : salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak.

Page 3: PUA KUMBU

Pua Kumbu diperbuat daripada benang-benang yang dicelup secara individu menggunakan alat penenun tradisional.

Corak menarik pada kain ini diilhamkan dalam mimpi tukang tenun dan dipengaruhi kepercayaan animis yang purba.

Corak-corak yang diilhamkan : gabungan antara yang azali dengan yang mistik.

Setiap tenunan mencerminkan peribadi penenun itu sendiri.

Page 4: PUA KUMBU

Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua.

Reka corak yang biasanya digunakan ialah

anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm.

Reka corak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.

Page 5: PUA KUMBU

PUA KUMBU

Page 6: PUA KUMBU

MOTIF…

Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun.

Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka.

Page 7: PUA KUMBU

MOTIF ENGKERAMBA… Gambaran figura roh yang dikenali sebagai

engkaramba ditenun dengan teknik ikat.

Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang.

Motif ini juga menjadi azimat untuk melindungi seseorang daripada ancaman luar dan ia dipercayai dapat menguntungkan dalam hasil tuaian.

Page 8: PUA KUMBU

Motif engkaramba sebenarnya mewakili dewa-dewi daripada mitos dan legenda yang terdapat di kalangan orang Iban.

Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja.

Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat.

Page 9: PUA KUMBU

MOTIF FAUNA… Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk

menjaga tempat berhuma (tanaman padi) - kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka.

Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk - kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu.

Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia.

Page 10: PUA KUMBU

Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai : roh perempuan sering menjelma sebagai katak - Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi.

Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak - dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian.

Burung : pembawa alamat baik - kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan.

Motif rusa : mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu.

Page 11: PUA KUMBU

MOTIF FLORA… Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan

sebagai motif tenunan kain pua.

Tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-bungaan.

Antara motif yang ditenun : motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.

Page 12: PUA KUMBU

MOTIF-MOTIF PUA KUMBU

Page 13: PUA KUMBU

PROSES PEMBUATAN…

Dua cara yang digunakan untuk menenun pua iaitu:

a) cara ikat

b) cara pilih.

Page 14: PUA KUMBU

CARA IKAT… Benang kapas yang hendak

ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut.

Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki.

Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru kehitaman dan merah bata.

Page 15: PUA KUMBU

Apabila proses mewarna sudah selesai, benang-benang kapas itu dikeringkan.

Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka.

Kemudian benang itu ditenun. - Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan benang bagi menghasilkan corak.

Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.

Page 16: PUA KUMBU

CARA PILIH… Benang kapas yang hendak ditenun dicelup

ke dalam pewarna.

Kemudian benang-benang itu dikeringkan.

Setelah kering, benang-benang itu ditenun.

Selain daripada benang-benang yang diwarnakan, benang kosong iaitu benang yang tidak bewarna juga digunakan.

Page 17: PUA KUMBU

Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain - terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul

Page 18: PUA KUMBU

PENGGUNAAN…

Pada zaman dahulu pua kumbu digunakan di dalam adat istana sahaja.

Sekarang penggunaannya telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lain.