psz 19:16 (pind. 1/97) - fp.utm.my · pendahuluan 1.1 pengenalan bola sepak boleh dianggap sebagai...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab atau tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KAJIAN TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN-
PEMAIN BOLA SEPAK PASUKAN JOHOR (PBNJ), BAWAH 18 TAHUN SEBELUM DAN SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN FIZIKAL BAGI MEREBUT PIALA MILO 2003
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya: SITI ROHAIZAT BINTI ABDUL WAHAB
( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 41 KG SG BADAK, TN. HJ ABDUL HAMID BIN RAHABAH 09700 KARANGAN, KULIM, NAMA PENYELIA KEDAH DARUL AMAN. Tarikh: 20 FEBRUARI 2004 Tarikh: 20 FEBRUARI 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : Tuan. Hj. Abdul Hamid bin Rahabah
Tarikh : 20 Februari 2004
KAJIAN TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN-PEMAIN BOLA
SEPAK PASUKAN JOHOR (PBNJ), SEBELUM DAN SELEPAS MENGIKUTI
PROGRAM LATIHAN FIZIKAL
SITI ROHAIZAT BINTI ABDUL WAHAB
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………….
Nama : Siti Rohaizat binti Abdul Wahab
Tarikh : 20 Februari 2004
iii
Dedikasi
“Alhamdulillah, kepadaMU ilahi kupanjatkan kesyukuran”
Buat ibu dan ayah yang disayangi dan sentiasa diingati
“ Segala jasa dan pengorbananmu selama ini amat kuhargai, hanya doa kepada yang
ESA yang mampu kuhadiahkan sebagai balasan untukmu berdua yang sangat kukasihi”
Kepada abang-abangku yang jauh di mata
“Segala nasihat dan ilmu yang diberikan terpahat didada, akan kusimpan agar dapat
dijadikan pedoman hidupku. Jutaan terima kasih kuucapkan kepada kalian berdua”
Untuk yang tersayang
Mohamad Noh bin Hj. Omar
“ Sokongan dan doronganmu menguatkan semangatku untuk terus berusaha dan
berjaya, tq very much sayang”
Dan buat kawan-kawanku sekalian,
“ Terima kasih atas segalanya. Tanpa kalian semua, siapalah aku di bumi UTM ini”
iv
PENGHARGAAN
Dengan rasa rendah diri penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada penyelia tesis, Tuan Haji Abd. Hamid bin Rahabah di atas segala
nasihat dan tunjuk ajar serta kerjasama yang telah beliau berikan dalam usaha
menyelesaikan penyelidikan ini.
Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ibubapa saya yang
banyak menyokong serta memberi dorongan kepada bagi menyelesaikan penyelidikan
yang dijalankan ini.
Penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada Persatuan Bola
Sepak Johor, pengurus pasukan, jurulatih serta pemain-pemain bola sepak bawah 18
tahun yang akan mewakili Johor bagi Kejohanan Piala Milo 2003 yang telah
memberikan kerjasama kepada saya dalam menjayakan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga kepada individu-individu yang telah terlibat sama ada secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Doa dan harapan saya
agar segala jasa dan bakti yang telah diberikan, Allah jua yang memberkatinya.
v
ABSTRAK
Kajian yang berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur dan melihat
kesan program latihan fizikal yang diberikan oleh jurulatih terhadap peningkatan
ketangkasan seseorang pemain bola sepak. Subjek terdiri daripada 20 orang pemain bola
sepak PBNJ di mana kesemua mereka adalah subjek lelaki dan berusia antara 16 tahun
hingga 18 tahun. Min umur bagi kesemua subjek tersebut ialah 17 tahun. Kesemua
subjek merupakan pemain bola sepak bawah 18 tahun yang mewakili negeri Johor ke
Kejohanan Piala Milo 2003. Ujian Larian Boomerang diberikan kepada subjek untuk
mengukur dan melihat tahap ketangkasan subjek. Subjek dikehendaki berlari mengikut
‘trek’ atau laluan yang telah ditetapkan di mana terdapat beberapa biji kon yang telah
ditetapkan kedudukannya yang berfungsi sebagai petunjuk landasan larian bagi ujian ini.
Hasildapatan ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan ( p < 0.05 ) di antara
ujian pra dan ujian pos.
vi
ABSTRACT
This experimental study was an attempt to measure and to see the effect of
program training for the football player’s agility. There were 20 male subjects involved
in this study. Their age ranges from 16 to 18 years and their mean age is 17 years old.
All the subjects in this study have been represented Johor in the FAM Youth Cup 2003.
Boomerang Agility Run Test has been used to measure and see the level agility among
the subject. All the subjects need to run on the test track and there were cones that have
been place to guide the subjects during the test. The result from this study showed that
there have a significant different (p<0.05) between the pre test and post test.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Isi Kandungan vii-x
Senarai Jadual xi-xii
Senarai Rajah xiii-xiv
Senarai Lampiran xv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 8
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.5.1 Pengkaji 10
viii
1.5.2 Jurulatih dan PBNJ 11
1.5.3 Atlit 11
1.6 Objektif Kajian 12
1.7 Limitasi Kajian 12
1.8 Hipotesis Kajian 13
1.9 Definisi Operasional 14
a) Ketangkasan 14
b) Program Latihan Fizikal 14
c) Ujian Ketangkasan 14
d) Pemain-pemain Bola Sepak 14
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kajian Yang Berkaitan 18
2.3 Rumusan 27
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Persampelan 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Lokasi Kajian 30
3.4.2 Alat Pengukuran Kajian 30
3.5 Prosedur Ujian 31
3.6 Pembolehubah Kajian 34
3.7 Kaedah Penganalisaan Data 35
ix
IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Penganalisaan Deskriptif 38
4.2.1 Analisis Biodata Subjek 38
4.2.2 Analisis Tahap Ketangkasan
Subjek 43
4.2.3 Paparan Skor Ketangkasan Bagi
Setiap Subjek 50
4.3 Penganalisaan Inferensi
4.3.1 Analisis Ujian-t 70
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Ringkasan Kajian 73
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi 77
5.3.1 Subjek 77
5.3.2 Cuaca 78
5.3.3 Padang 78
5.4 Cadangan 78
5.4.1 Persampelan 79
5.4.2 Kesugguhan Subjek Kajian Patut
Dikawal 79
5.4.3 Kelengkapan Diri Subjek 79
5.4.4 Program / Jadual Latihan 80
5.4.5 Ujian Diperbanyakkan 81
5.4.6 Kajian Dijalankan Secara Berterusan
Meliputi Ketiga-tiga Fasa 81
x
5.5 Kesimpulan 82
RUJUKAN 83-85
LAMPIRAN 86-101
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Norma Ujian Larian Boomerang 35
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut Umur 38
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut Berat
Badan 40
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 41
4.4 Perbandingan Skor Bagi Ketangkasan Subjek Di Antara
Ujian Pra dan Ujian Pos 43
4.5 Perbandingan Frekuensi Tahap Ketangkasan Subjek Dalam
Ujian Pra dan Ujian Pos 45
4.6 Pengkelasan Tahap Ketangkasan Subjek Berdasarkan Norma
Skor Bagi Ujian Larian Boomerang 48
4.7 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 01 50
4.8 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 02 51
4.9 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 03 52
4.10 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 04 53
4.11 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 05 54
4.12 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 06 55
4.13 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 07 56
4.14 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 08 57
xii
4.15 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 09 58
4.16 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 10 59
4.17 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 11 60
4.18 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 12 61
4.19 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 13 62
4.20 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 14 63
4.21 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 15 64
4.22 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 16 65
4.23 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 17 66
4.24 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 18 67
4.25 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 19 68
4.26 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 20 69
4.27 Analisis Ujian-t Ketangkasan Subjek Pada Ujian Pra dan Ujian
Pos 70
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Ujian Larian Boomerang (Gates and Sheffield) 33
4.1 Peratusan Subjek Mengikut Umur 39
4.2 Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 41
4.3 Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 42
4.4 Perbandingan Skor Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos 45
4.5 Perbandingan Peratusan Tahap Ketangkasan Subjek Dalam
Ujian Pra dan Ujian Pos 47
4.6 Peratus Peningkatan Bagi Setiap Subjek 49
4.7 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 01 50
4.8 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 02 51
4.9 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 03 52
4.10 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 04 53
4.11 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 05 54
4.12 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 06 55
4.13 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 07 56
4.14 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 08 57
4.15 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 09 58
4.16 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 10 59
xiv
4.17 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 11 60
4.18 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 12 61
4.19 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 13 62
4.20 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 14 63
4.21 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 15 64
4.22 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 16 65
4.23 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 17 66
4.24 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 18 67
4.25 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 19 68
4.26 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 20 69
4.27 Lengkungan Normal Ujian-t Ketangkasan Subjek Bagi Ujian
Pra dan Ujian Pos 71
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Litar Ujian Larian Ketangkasan Boomerang 86
B Prosedur Ujian 87
C Rekod Kecergasan Diri Dan Borang Skor 88
D Jadual Bagi Program Latihan 90
E Skor Mentah Ketangkasan 93
F Analisis SPSS 94
G Jadual Nilai Kritikal 101
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bola sepak boleh dianggap sebagai sukan yang paling popular di dunia pada
masa kini. Walaupun demikian asal usul permainan ini masih kabur tentang negara atau
di manakah bermulanya permainan ini. Mengikut sejarah sukan ini, pada tahun 2000
S.M terdapat orang Mesir yang melibatkan diri dalam permainan menendang bola.
Begitu juga di negara-negara tamadun awal seperti China, Greek, dan Empayar Rome
ada catatan sejarah yang menceritakan tentang permainan di mana pemain-pemain
menyepak bola. Adalah dipercayai dari Rome permainan bola sepak diperkenalkan ke
England pada abad ke – 9. Sungguhpun demikian, perkembangan pesat permainan bola
sepak sebagai satu sukan hanya bermula pada abad ke – 19.
Persatuan Bola Sepak England yang ditubuhkan pada tahun 1863 merupakan
pertubuhan bola sepak yang pertama di dunia. Piala F.A yang diperkenalkan pada tahun
1871 untuk pemain amatur telah membuka pintunya kepada pemain professional pada
2
tahun 1885. Peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan ditetapkan pada tahun 1870.
Di peringkat antarabangsa badan induk bola sepak dunia iaitu Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa atau yang lebih dikenali sebagai FIFA ( Federation of International
Football Associations ) ditubuhkan di Paris pada tahun 1904. Pertandingan bola sepak
piala dunia yang berlangsung empat tahun sekali adalah pertandingan bola sepak yang
paling berprestij di peringkat antarabangsa. Uruguay telah menjadi tuan rumah
pertandingan piala dunia yang pertama pada tahun 1930.
Di Malaysia, permainan bola sepak telah dibawa masuk ke negara ini oleh askar
British pada abad ke – 19 ketika mereka datang bertugas. Kini, bola sepak adalah
permainan yabg paling popular di kalangan pelajar lelaki dan kaum belia di negara kita.
Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM ( Fooball Association of Malaysia ) yang
ditubuhkan pada tahun 1927 adalah badan bola sepak kebangsaan yang mengawal
perkembangan permainan bola sepak di seluruh Malaysia melalui persatuan bola sepak
di peringkat negeri. Pesta Bola Merdeka, Piala FAM, Piala Malaysia dan Liga Semi –
Pro adalah antara beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh FAM.
Dalam membangun dan meningkatkan mutu permainan bola sepak, pelbagai
langkah diambil dan dijalankan bagi meraih sesuatu kejayaan atau sasaran dalam sesuatu
pertandingan. Secara umumnya, setiap pemain bola sepak seharusnya mempunyai ciri-
ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain yang berjaya. Selain dari faktor
semulajadi, faktor utama yang penting iaitu faktor kecergasan fizikal perlu diambil kira
bagi membolehkan seseorang pemain bola sepak itu bermain dengan cemerlang dan
mendapat kepuasan bermain sepenuhnya. Bagi mencapai matlamat ini, seharusnya kita
memiliki pengetahuan dan pendekatan yang lebih efektif dan tersusun agar
pembangunan dan penyelidikan lebih berlandaskan kepada prinsip-prinsip sains sukan.
Aspek-aspek dan faktor-faktor genetik, biomekanik sukan, program latihan, aspek
psikologi serta motivasi perlu diberikan penekanan utama. Faktor-faktor ini memainkan
3
peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang pemain atau sesebuah
pasukan bola sepak itu sendiri.
Tahap ketangkasan yang baik amat diperlukan dalam permainan bola sepak. Ini
kerana setiap pemain harus peka terhadap pergerakan bola. Ia secara tidak langsung
mendorong mereka melakukan pergerakan kaki dan badan dengan cepat dan pantas
untuk mengejar bola tersebut. Pemain perlu berlari untuk mendapatkan bola yang diberi
oleh rakan sepasukan atau untuk mengejar pasukan lawan yang merampas bola yang
dibawa. Kadangkala setiap hantaran dan tendangan yang dilakukan oleh penjaga gol
adalah tidak menentu arahnya, ditambah pula di dalam keluasan padang yang agak
besar. Jadi pemain harus bersedia dari segi fizikal dalam konteks pergerakan tubuh
badannya. Bagi pemain yang mempunyai tahap ketangkasan yang tinggi sudah tentu
dapat menyelamatkan keadaan dengan memastikan bola yang dihantar oleh penjaga gol
tidak terlepas ke pihak lawan. Misalnya bagi pemain penyerang dan pemain pertahanan
perlu bertindak pantas terhadap rangsangan bola sama ada untuk mengawal,
menjaringkan gol ataupun semasa menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol.
Situasi yang melibatkan penguasaan tahap ketangkasan yang baik ialah bagi penjaga gol
apabila perlu merebahkan badannya untuk menepis bola yang dirembat oleh pemain
lawan dan kemudian bangun untuk menepis bola yang datang kembali jika tepisan
pertama tadi melantun semula ke arah pihak lawan. Keadaan ini menunjukkan
kepantasannya mengubah kedudukan dan arah pergerakannya dengan pantas dan licin.
Situasi yang sama juga mungkin berlaku terhadap pemain-pemain di posisi lain di mana
mereka perlu menggunakan tahap ketangkasan masing-masing untuk mengejar,
membawa dan mengawal bola. Jadi, sumbangan dan peranan pemain di semua posisi
amat penting bagi memastikan sesebuah pasukan itu berjaya.
Di dalam permainan bola sepak atau permainan berpasukan yang lain, semua
pemain harus berkerjasama dan bergabung tenaga untuk memperolehi kejayaan.
Kejayaan tidak akan dicapai sekiranya sesebuah pasukan itu hanya bergantung kepada
4
tenaga dan kebolehan individu-individu tertentu sahaja di dalam pasukan tersebut. Oleh
itu, setiap pemain perlu menguasai semua kemahiran dengan baik di samping
mempunyai tahap kecergasan fizikal yang lengkap seperti daya tahan kardiovaskular,
kekuatan, daya tahan otot, kelembutan, imbangan, masa tindak balas dan sebagainya.
Bagi pemain bola sepak yang dapat menguasai kemahiran-kemahirannya dengan baik
perlulah disertakan dengan tahap ketangkasan yang tinggi. Tanpa ketangkasan
pergerakannya, seseorang pemain itu tidak mungkin mempunyai peluang bagi menunjuk
atau menggunakan kemahiran yang dikuasainya itu. Justeru itu, jika seseorang pemain
bola sepak berhasrat untuk menjadi pemain yang mempunyai kemampuan untuk
bergerak khususnya untuk mengubah arah pergerakan tubuh badan dengan baik ke
pelbagai arah ketika bermain maka dia harus memberi penekanan terhadap ketangkasan
pergerakannya. Secara tidak langsung ia telah meningkatkan kemampuan seseorang
pemain itu dari segi kawalan dan penguasaan kawasan padang. Bagi membolehkan
seseorang pemain bertahan dengan prestasi permainan yang sama sepanjang tempoh
perlawanan, maka pemain-pemain memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi
yang memerlukan mereka mengikuti program latihan fizikal dengan betul dan
bersungguh-sungguh bermula dari awal lagi.
Program latihan fizikal yang perlu diikuti oleh pemain-pemain bola sepak
mestilah merangkumi semua aspek kecergasan seperti kekuatan, kuasa, daya tahan otot,
daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti, kordinasi dan ketangkasan khususnya.
Menyentuh mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas, ia sebenarnya dirangkumkan
sebagai kebolehan motor seseorang. Pernahkan anda melihat seorang peninju bergerak
dengan tangkas untuk mengelakkan daripada serangan lawan dan membalas tumbukan
dengan cepat serta ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang untuk mengacah lawan
dengan tumbukannya?. Pergerakannya yang tangkas dapat menyelamatkan diri sekaligus
menyerang lawan tanpa lawan sempat berfikir dan mengelak. Ataupun pernah melihat
pemain tennis bergerak ke kiri, kanan, depan dan belakang untuk menyelamatkan bola?
Dan pernahkah anda melihat situasi dalam aktiviti harian di mana seorang konduktur bas
bergerak ke hadapan, ke belakang, ke kiri serta ke kanan dengan cepat untuk memungut
5
wang sebelum penumpang turun dalam keadaan bas yang sedang bergerak? Apa yang
dapat dilihat secara kasar dari pertanyaan-pertanyaan di atas adalah keupayaan
pergerakan dalam pelbagai arah dengan cekap dan pantas. Bagi memperolehi pergerakan
tersebut, ia memerlukan latihan yang kerap, tersusun dan berterusan. Terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi atau membolehkan sesuatu pegerakan itu dapat dilakukan
dengan sempurna iaitu keseimbangan, kuasa, masa reaksi dan koordinasi otot. Selain itu,
faktor-faktor utama lain yang dikenalpasti ialah pengetahuan berkenaan dengan motor,
saiz badan, ketinggian, berat, daya, keseimbangan dan ketangkasan.
Fenomena ketangkasan ini adalah untuk bertindak terhadap rangsangan yang
diterima di samping penggunaan sistem tenaga anaerobic ATP ( Adenesine
Triphosphate). Ini bersesuaian dengan bentuk asal lakuan permainan ini iaitu ‘berhenti
dan pergi’ atau ‘stop & go’. Misalnya bagi pemain penyerang yang sepantas mungkin
membawa bola ke kawasan gol lawan sebaik sahaja mendapat umpanan dari pemain
pertahanan. Tindakan yang cepat dan pantas akan membuahkan hasil. Ataupun situasi
dimana pemain membuat tendangan sudut yang mengkehendaki pemain pasukannya
bersedia dan dengan pantas dan tangkas cuba melakukan percubaan gol pada sasaran
yang tepat. Situasi ini dapat memperlihatkan satu tindakan atau tingkahlaku yang normal
seseorang terhadap kebolehan sebahagian atau keseluruhan anggota badan bertindak
sebaik sahaja menerima rangsangan.
Seorang ahli sukan yang mempunyai tahap ketangkasan yang baik mestilah
berupaya mengubah kedudukan badan dengan cepat disamping mengawal pergerakan
dan mengekalkan keseimbangan badan. Oleh itu, bagi pemain bola sepak yang
mempunyai tahap ketangkasan yang baik mestilah dapat mengawal bola dan melakukan
hantaran atau tendangan tepat pada sasaran tidak kira di mana sasarannya berada sama
ada di depan, belakang, kanan dan di kirinya. Bagi pemain yang seringkali melakukan
tandukan pula, semestinya dapat mengekalkan keseimbangan badan ketika melompat
untuk melakukan tandukan dan ketika mendarat selepas melakukan tandukan tersebut.
6
Selain itu, permainan bola sepak secara kasarnya juga melibatkan aktiviti-aktiviti dan
kemahiran lain seperti menggelecek, voli dan menguis di mana kesemua kemahiran ini
melibatkan pelbagai lakuan motor yang berlandaskan kepada komponen kecergasan
fizikal. Aspek yang paling ketara melibatkan ketangkasan seseorang pemain khususnya
ketika bergerak di dalam padang sewaktu bermain. Ini kerana pergerakan bola adalah
pelbagai arah mengikut mengikut rangsangan luar iaitu hantaran, tendangan dan
tandukan dari pemain-pemain lain. Situasi ketangkasan ini dapat digambarkan dengan
jelas di dalam permainan sepak takraw ketika seorang perejam hendak membuat libasan.
Perejam perlu bergerak dari satu arah yang sesuai dengan ketepatan masa serta-merta
melompat dan seterusnya membuat libasan melepasi net. Di dalam aktiviti harian pula,
pergerakan ketangkasan jelas dilihat ketika seorang pemburu ingin melepaskan
tembakan ke sasaran yang bergerak. Di sini pemburu perlu bertindak setangkas yang
boleh supaya tidak terlepas item yang hendak ditembak.
Untuk memastikan setiap pemain memperolehi tahap ketangkasan yang baik,
pemain-pemain perlulah menguatkan daya tahan iaitu kecergasan fizikal masing-masing
dengan mengikuti program latihan fizikal yang disediakan oleh jurulatih dengan sebaik-
baiknya. Secara amnya, setiap pemain bolasepak perlu mempunyai tahap kecergasan
fizikal yang tinggi untuk mendapat keupayaan tenaga bagi menghasilkan prestasi yang
cemerlang, mengurangkan risiko kecederaan dan mempercepatkan kadar pemulihan (J.
Kenneth Doherty, 1963). Program latihan yang disediakan dan dirancang untuk pemain
perlulah benar-benar berkesan bagi meningkatkan kemahiran di samping tahap
kecergasan fizikal pemain-pemain. Seperti kata panel jurulatih MSSM iaitu proses
melahirkan atlit-atlit yang berpotensi di dalam bidang sukan tertentu memerlukan satu
program yang dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan terperinci dalam jangka
masa panjang. Mengikuti program latihan fizikal sangat penting kerana ia dapat
menyediakan keperluan tenaga di samping mengatasi segala kelemahan yang ada
dengan menguasai kemahiran atau ‘skill’ dalam permainan bola sepak ini. Kemahiran
berlari pantas, menggelecek dengan cekap, dan bergerak sambil menukar arah dengan
tepat dan pantas diberi keutamaan dalam program latihan di mana kebolehan yang ada
7
perlu dilatih hingga benar-benar mahir dan dapat benar-benar menguasai sesuatu
kemahiran.
Program latihan fizikal yang diikuti oleh pemain merangkumi semua aspek
kecergasan dan kemampuan motor. Latihan seharusnya dilakukan secara sistematik
dalam jangka masa yang lebih awal. Latihan memerlukan persediaan dari segi fizikal,
teknikal, intelektual, psikologikal dan persediaan moral atlit melalui proses yang
terancang.sekiranya latihan diberi secara sempurna, latihan akan memberi kesan yang
mendalam ke atas perubahan dalam tisu. Pemain yang mengikuti program latihan fizikal
dalam jangka masa yang awal sebelum pertandingan akan memperolehi tahap
kecergasan yang baik dan mencukupi bagi meningkatkan prestasi permainannya. Secara
tidak langsung ia dapat mempengaruhi peningkatan tahap ketangkasan seseorang di
mana semua komponen kecergasan fizikal diserapkan dalam latihan dan permainan.
Kesimpulannya dapat dilihat bahawa aspek ketangkasan sangat penting dalam
permainan bola sepak bagi memastikan sesebuah pasukan itu mencapai kepuasan
bermain seterusnya kejayaan dalam pertandingan. Untuk memperolehi tahap
ketangkasan yang baik, ia sangat berkait rapat dengan rancangan program latihan fizikal
yang disediakan. Tanpa program latihan fizikal yang berkuliti, seseorang pemain itu
tidak akan dapat memperolehi tahap ketangkasan yang baik. Oleh itu setiap pemain
perlulah mengikuti program latihan fizikal terlebih dahulu bagi memastikan tubuh
badannya mendapat keperluan secukupnya yang merupakan semua komponen
kecergasan fizikal baik dari segi kesihatan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan dan kelembutan atau dari segi kemahiran seperti ketangkasan, imbangan,
koordinasi, masa tindak balas dan kelajuan.
8
1.2 Latar belakang masalah
Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling digemari oleh semua lapisan
masyarakat di dalam mahupun luar negeri sejak berzaman lagi. Semua penggemar sukan
ini sentiasa memberi sokongan dan mengharapkan pasukan-pasukan kesayangan mereka
mendapat kejayaan di dalam setiap kejohanan. Tidak wajar sekiranya pemain-pemain
bagi pasukan tersebut menghampakan hati peminat sukan ini. Jadi, untuk mencapai
kejayaan pemain-pemain perlulah mempunyai tahap ketangkasan yang baik disamping
menguasai semua kemahiran yang ada.
Seseorang pemain yang tidak mempunyai ketangkasan dalam pergerakkannya
ketika di dalam padang akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bola sama ada
untuk menjaringkan gol atau menyelamatkan bola daripada dijaring oleh pihak lawan.
Semua pemain di semua posisi perlu mempunyai ketangkasan untuk bergerak dan
menukar arah kedudukan badan dengan cepat dan tepat sama ada ketika mengejar,
membawa dan menendang bola. Kemungkinan besar aspek ini akan menjadi punca
utama kekalahan pasukan itu sekiranya ia tidak diberikan penekanan utama dalam
melatih pemain-pemainnya.Oleh itu ketangkasan pergerakan setiap pemain perlu
diberi perhatian yang serius bagi mencapai keputusan cemerlang dalam permainan
bola sepak .
Masalah ini harus ditinjau dari peringkat awal agar ketidakmampuan untuk
mencapai tahap yang lebih cemerlang di kalangan atlit dapat dikenalpasti dan diatasi.
Untuk mendapatkan tahap ketangkasan yang baik bergantung kepada jenis program
latihan yang diberikan. Kajian yang dijalankan ini bertepatan dengan permasalahan
setiap pemain kerana setiap pemain mempunyai tahap ketangkasan yang berbeza selepas
menjalani program latihan yang sama. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor baka
atau bentuk fisiologi badan seseorang yang berbeza antara satu sama lain.
9
Kajian dijalankan untuk melihat ketangkasan pemain bola sepak PBNJ bawah 18
tahun sebelum dan selepas menjalani program latihan selama 6 minggu bagi merebut
Piala Milo 2003. Melalui kajian ini juga boleh membuktikan keberkesanan program
latihan yang diberikan oleh jurulatih dari segi kecergasan fizikal khasnya dan aspek
ketangkasan khususnya
1.3 Pernyataan Masalah
Kebelakangan ini sering diperkatakan tentang prestasi pemain dalam sukan
dan permainan di negara ini. Pencapaian keputusan juga tidak menunjukkan tahap
yang membanggakan terutama dalam permainan berpasukan khasnya dalam sukan
bola sepak.
Jika diteliti cara permainannya, sukan ini mengambil masa selama 90 minit dan
pada situasi-situasi tertentu akan dibawa sehingga masa tambahan untuk menghabiskan
sesuatu perlawanan. Oleh itu, daya tahan untuk mengekalkan tahap ketangkasan setiap
pemain hendaklah sentiasa dikekalkan dari awal hingga akhir perlawanan agar pasukan
itu tidak kecundang. Penyelidik menjalankan kajian ini untuk mengkaji sejauh mana
tahap ketangkasan yang dimiliki oleh pemain-pemain bola sepak PBNJ bawah 18 tahun
setelah menjalani latihan fizikal dengan menggunakan kaedah Ujian Larian Boomerang.
Ujian yang dijalankan ke atas pemain-pemain ini dapat mengukur ketangkasan larian
dan menukar arah dengan tepat.