psz 19116 (pind. u97) universiti teknologi malaysia …€¦understand deeper the electrolysis...
TRANSCRIPT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.
JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBAIITUKAN
KOMPUTER BAGI TAJUK ELEKTROLISIS MATA PELAJARAN
KIMIA TINGKATAN 4.
SESIPENGAJIAN : 2003D004
saya CHOO CHONG POH
fiURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/SerjanalDekte+Salsa&h)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
l� Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Peryustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( V )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah kes€lamatan ataukep€ntingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yarg telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
EN. ABDUL RAZAK IDRISNama Penyelia
94700 SERIAN. SARAWAK
E
E@
Disahkan oleh
n0
Iari kh : _.............f, 1!!Q!f _
NO. 19, SERIAN BAZAAR,
PSZ 19116 (Pind. U97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau Tf,IutAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasiberkenaan dengan menyalakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
a T€sis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara pcnyelidikan, atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Lapuran Projek Sarjana Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah memb aca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan @imia)".
a ^ r r . I
Tandatangan , .........U1U.Nama Penyelia : En. ABDUL RAZAK IDRIS
rarikh , ul.a..flmk:.......
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BAGI TAJUK ELEKTROLISIS MATA PELAJARAN KIMIA
TINGKATAN 4
CHOO CHONG POH
LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH
SARJANA MUDA SAINS DAN KOMPUTER SERTA PENDIDIKAN (KIMIA)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAC 2004
iii
Untuk Ayah, Mak dan Ahli Keluarga yang Tersayang ......
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa
pihak yang telah membantu dalam menyiapkan serta menyempurnakan Projek Sarjana
Muda ini.
Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan
terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, En. Abdul Razak Idris atas
bimbingan, dorongan, galakan serta nasihat yang diberikan sejak awal projek ini
dirancang sehingga disempurnakan.
Penghargaan juga ditujukan kepada keluarga tercinta yang telah memberikan
semangat dan sokongan dari jauh. Tidak saya lupakan juga rakan-rakan seperjuangan di
Universiti Teknologi Malaysia atas sokongan, teguran yang bernas serta bantuan yang
tidak terbalas budinya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.
Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) merupakan satu alternatif yang
boleh digunakan untuk menggantikan kaedah pengajaran tradisional. Pelbagai kajian
yang dijalankan di dalam dan di luar negara telah membuktikan keberkesanan
menggunakan PBK sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Perisian PBK bertajuk
Elektrolisis dihasilkan bagi membantu pelajar lebih memahami kandungan tajuk ini.
Topik elektrolisis ini abstrak kerana pelajar tidak dapat melihat proses yang berlaku
dalam elektrolisis melalui mata kasar tetapi hanya melalui penerangan teks dan gambar
rajah sahaja dalam kelas biasa. Melalui perisian ini, animasi pergerakan ion dan berserta
eksperimen disertakan bagi memudahkan pelajar memahami apakah yang berlaku
semasa elektrolisis. Dengan perisian PBK ini, diharapkan dapat menarik minat dan
memudahkan pemahaman pelajar terhadap topik pelajaran yang susah dan abstrak.
Perisian PBK ini dibangunkan menggunakan Macromedia Authorware 6.5 sebagai
perisian utama. Perisian-perisian lain yang turut digunakan adalah seperti Adobe
Photoshop 7.0, Adobe Premier 6.5, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Macromedia Flash
5.0 dan Ulead Gif Animator 5.0.
vi
ABSTRACT
Computer Aided Instruction (CAI) is one of the alternative to traditional teaching
method. Many researches have proven the effectiveness of CAI as a learning and
teaching medium. A software entitled “Elektrolisis” was produced to help students to
enhance their understanding on this topic. Electrolysis is an abstract topic where students
could not visualize the process in electrolysis through bare eyes. Through this software,
animations of the moving ions and experiments were included to help students to
understand deeper the electrolysis process. It is hoped that this software is able to attract
the interest of students and help them to have a better understanding about this difficult
and abstract topic. This software was developed by using Macromedia Authorware 6.5
as main authoring tool. However, it is also supported by other software such as Adobe
Photoshop 7.0, Adobe Premier 6.5, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Macromedia Flash
5.0 and Ulead Gif Animator 5.0.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Projek 6
1.4 Kepentingan Projek 6
1.5 Skop Projek 7
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 8
1.7 Definisi Istilah 8
1.7.1 Multimedia 9
viii
1.7.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) 9
1.7.3 Perisian 9
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Definisi dan Pengertian Teknologi Pendidikan 10
2.2 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam PBK 13
2.2.1 Teori Behaviorisme 13
2.2.2 Teori Kognitivisme 15
2.2.3 Teori Konstruktivisme 16
2.2.4 Kekuatan dan Kelemahan Teori
Pembelajaran Yang Digunakan 18
2.3 Kelebihan-kelebihan Menggunakan PBK 19
2.3.1 Tahap Interaktif Yang Tinggi 19
2.3.2 Pengajaran Berdasarkan Kebolehan
Pelajar 19
2.3.3 Menarik dan Mengekalkan Minat
Pelajar Terhadap Pelajaran 20
2.3.4 Maklum Balas dan Penilaian Serta-merta 20
2.3.5 Pembelajaran Secara Individu 20
2.3.6 Komunikasi 21
2.3.7 Pembelajaran Yang Cepat 21
2.3.8 Pengajaran Berulang Kali 21
2.4 Kelemahan-kelemahan PBK 22
2.4.1 Mutu 22
2.4.2 Kos Yang Tinggi 22
ix
2.4.3 Keserasian dan Kemudahan Perisian
dan Perkakasan 23
2.4.4 Masalah Sosial 23
2.5 Elemen-elemen Multimedia Dalam PBK 24
2.6 Interaktiviti 25
2.6.1 Hipermedia 26
2.6.2 Hiperteks 26
2.7 Strategi Pengajaran Dalam PBK 26
2.7.1 Latih Tubi 27
2.7.2 Tutorial 27
2.7.3 Simulasi 28
2.7.4 Permainan 29
BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN
3.0 Pengenalan 30
3.1 Pemilihan Perkakasan dan Perisian 31
3.2 Prosedur Pembangunan Perisian 32
3.2.1 Penentuan Tajuk dan Skop Pembangunan 32
3.2.2 Objektif Pengajaran 32
3.2.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 33
3.2.3.1 Bahasa Pengaturcaraan 33
3.2.3.2 Bahasa Gubahan 34
3.3 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 35
3.4 Model Reka Bentuk Pembangunan Perisian 36
3.4.1 Model ADDIE 36
3.4.2 Model ARCS 37
3.5 Carta Alir Perisian 39
x
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.0 Pengenalan 40
4.1 Struktur Asas Perisian 41
4.1.1 Paparan Pengenalan 41
4.1.2 Paparan Menu Utama 42
4.1.3 Paparan Menu Isi Kandungan 42
4.1.4 Paparan Topik 43
4.1.5 Paparan Latihan 46
4.1.6 Paparan Aktiviti 47
4.1.7 Paparan Glosari 48
4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49
4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik
(e-JBU) 50
4.1.10 Paparan Maklumat 51
4.1.11 Paparan keluar 51
4.2 Butang Navigasi 52
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 53
5.1 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Perisian 53
5.1.1 Analisis 54
5.1.2 Kemahiran dan Kepakaran 54
5.1.3 Masa 55
5.1.4 Penilaian 56
5.2 Kelebihan Perisian 57
5.3 Kelemahan Perisian 58
xi
5.4 Kesimpulan 59
5.5 Cadangan 61
RUJUKAN 63
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kekuatan dan Kelemahan Teori-teori Pembelajaran 18
2.2 Elemen-elemen Multimedia dan Fungsinya 24
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Aliran Proses Pembangunan Berdasarkan Model
ADDIE 36
3.2 Carta Alir Pembinaan Perisian 39
4.1 Paparan Pengenalan 41
4.2 Paparan Menu Utama 42
4.3 Paparan Menu Isi Kandungan 43
4.4 Paparan Topik Elektrolit dan Bukan Elektrolit 44
4.5 Paparan Topik Elektrolisis Sebatian Lebur 45
4.6 Paparan Topik Elektrolisis Larutan Akueus 45
4.7 Paparan Latihan 46
4.8 Paparan Aktiviti 47
4.9 Paparan Glosari 48
4.10 Paparan Video Eksperimen 49
4.11 Paparan e-JBU 50
4.12 Paparan Maklumat 51
4.13 Paparan Keluar 52
4.14 Butang Navigasi 52
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dunia pendidikan merupakan keperluan semua individu dan ia tidak statik dalam
mana-mana konteks dan ketika kerana pendidikan tidak terpisah daripada
persekitarannya yang sentiasa membangun. Namun begitu, apa saja yang akan
memperbaiki peranan, tugas, keberkesanan dan kecekapan guru perlulah diterima
dengan baik asalkan pelanggan guru iaitu pelajar mendapat layanan perkhidmatan yang
lebih tinggi nilainya dan berkualiti.
Oleh itu, sejak kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957 sehingga kini,
kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dan pendekatan dari semasa ke semasa bagi
memantapkan lagi sistem pendidikan negara yang ada sekarang. Banyak perubahan telah
berlaku dalam sistem pendidikan negara berikutan hasil daripada beberapa laporan
pendidikan yang menjadi asas kepada dasar pendidikan negara iaitu dari Penyata Razak
1956 sehinggalah kepada Laporan Kabinet 1979.
Di antara usaha terbaru yang diambil oleh kerajaan dalam perkembangan
pendidikan di Malaysia sejak kebelakangan ini ialah perlaksanaan sekolah bestari.
Sekolah bestari sangat rapat kaitannya dengan aplikasi teknologi dalam pengurusan
sekolah dan juga dalam proses pengajaran serta pembelajaran. Pada akhir 1996, ia
2
meningkat menjadi salah satu daripada tujuh aplikasi di Koridor Raya Multimedia
(MSC) dengan harapan perwujudan sekolah bestari akan memberikannya “lompatan
saujana” kepada perkembangan pendidikan di negara ini.
Bermula pada sekitar 1960-an, penekanan dalam pendidikan telah diberikan
kepada pembelajaran secara penemuan dalam kebanyakan aktiviti bilik darjah dan kita
masih lagi mempraktikkannya sekarang. Kaedah pembelajaran sains juga telah banyak
mengalami perubahan sejak 1990-an di mana penggunaan komputer telah menjadi
semakin popular dengan pembangunan perkakasan komputer dan perisian yang lebih
canggih dengan harga yang mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan masyarakat.
Pada alaf baru ini, pendekatan konstruktivisme mempunyai potensi untuk menggalakkan
pendekatan yang berbeza dalam pengajaran di samping penggunaan teknologi di dalam
bilik darjah.
Perkembangan pendidikan dan kemajuan pendidikan kini semakin hari
bertambah jelas dipengaruhi oleh elemen-elemen seperti maklumat, teknologi, amalan
sektor korporat, komputer dan telekomunikasi. Penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran telah menyebabkan peranan guru tidak lagi sebagai
penyampai ilmu yang mutlak atau sumber ilmu yang tunggal. Guru hanyalah lebih
berfungsi sebagai fasilitator atau pembimbing yang mana banyak berbeza dengan
peranan guru sebelum ini yang sebagai sumber pengetahuan. Guru masa kini perlu
memanfaatkan kelebihan yang ada pada teknologi dalam proses pengajaran seiring
dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat.
Dalam bilik darjah masa kini, dengan adanya alat teknologi elektronik yang
canggih, maklumat-maklumat dalam pelbagai media boleh diperoleh dan pelajar boleh
cuba menjelajah sesuatu yang baru dengan lebih berkesan secara sendiri. Dengan
menggunakan komputer, pelbagai peralatan pendidikan yang baru, berteknologi tinggi
dan mencabar telah diperkenalkan dan ini membolehkan pembangunan dan perlaksanaan
strategi pembelajaran dan pengajaran yang baru yang menyokong perkembangan banyak
kemahiran sains seperti kemahiran menyelidik dan kemahiran berkomunikasi.
3
Perisian berbantukan komputer (PBK) boleh dikatakan merupakan salah satu
pilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini selaras dengan
perkembangan teknologi yang semakin pesat. Hasil yang diperoleh daripada kajian
menunjukkan bahawa pencapaian yang lebih baik diperoleh oleh pelajar dalam sains
apabila pendekatan yang berdasarkan komputer diperkenalkan dalam bilik darjah.
Sebagai contoh, Dori & Barnea (1997) dan Escalada & Zollman (1997)
melaporkan dalam kajian mereka terhadap keberkesanan pembelajaran dan sikap pelajar
dengan menggunakan video yang interaktif dalam kelas fizik. Pelajar memperoleh
keputusan yang lebih baik dan juga menunjukkan sikap yang positif terhadap proses
pembelajaran. Ini menunjukkan penggunaan video yang interaktif yang merupakan satu
aplikasi teknologi dalam pendidikan adalah berkesan dalam menjelaskan konsep fizik.
Cara pengajaran berasaskan teknologi seperti menggunakan perisian PBK
dengan rombakan sistem pendidikan dijangka akan menolong mempercepatkan
pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan juga menyediakan tenaga kerja yang
bersedia menghadapi abad ke-21 yang mencabar. Matlamat pendidikan ternyata tidak
boleh dipisahkan dengan matlamat-matlamat negara yang lebih luas dan menyeluruh
iaitu mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 melalui Wawasan 2020.
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam pembelajaran mata pelajaran sains, jika kita ingin mengetahui makna
perkataan seperti struktur atom, asid, bes, haba dan sebagainya, kita boleh mendapatkan
definisinya sama ada dalam kamus, daftar istilah atau buku rujukan. Walau
bagaimanapun, untuk memahami maksud istilah tersebut dengan jelas, kita perlu
mengetahui mengenainya lebih daripada definisi dengan mempunyai beberapa
maklumat awal yang berkaitan dengan isi kandungan dalam bentuk kerangka saintifik.
Ini bagi mengelakkan pelajar belajar secara hafalan.
4
Bentuk pembelajaran yang dijalankan pada kira-kira 50 tahun lalu memberi
tumpuan hanya kepada pengingatan fakta atau menggunakan formula-formula tertentu
sahaja, sedangkan pada masa sekarang tumpuan diberikan kepada penggunaan
pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah sebenar. Pemahaman konsep,
secara konseptual, sebagaimana yang difahami oleh ahli sains atau pakar adalah kayu
pengukur penting bagi kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran.
Segala kelebihan yang ada pada komputer yang semakin canggih sekarang
haruslah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Komputer boleh menjadi satu alat yang
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam suatu bilik darjah. Komputer
dengan elemen-elemen multimedia yang ada dapat mempersembahkan suatu pelajaran
dengan lebih menarik dengan cara persembahan yang interaktif.
Perisian berbantukan komputer (PBK) dilihat sebagai satu media yang dapat
menyampaikan suatu konsep yang abstrak dengan lebih berkesan berbanding gambar-
gambar statik yang ada dalam buku teks sahaja kerana dapat menunjukkan proses yang
berlaku berdasarkan kebolehannya membuat simulasi dan animasi Ini dapat membantu
pelajar yang lebih lemah menvisualkan apa yang diterangkan dan meningkatkan
kefahaman.
PBK yang interaktif dengan capaian yang tidak linear boleh menarik perhatian
pelajar untuk terus menjelajah setiap isi pelajaran yang ada. Pelajar dapat menggunakan
PBK untuk rujukan pada bila-bila masa dengan berulang kali. Pelbagai elemen
multimedia yang turut dimuatkan dalam sesuatu perisian mampu melengkapkan dan
meningkatkan mutu sesuatu perisian dan menambahkan minat pelajar untuk terus
belajar.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Daripada kajian yang dibuat oleh Michael J. Sanger dan Thomas J. Greenbowe
(1997), kajian mereka mendapati ramai pelajar mempunyai salah konsep dalam tajuk
elektrolisis. Menurut kajian tersebut, di antara kekeliruan yang sering dihadapi oleh
pelajar adalah:
i) Pelajar tidak dapat menentukan arah pergerakan elektron dalam sel.
ii) Pelajar sering gagal mengenal pasti cas pada anod dan katod serta
elektrod manakah yang membebaskan elektron atau menarik elektron.
iii) Pelajar sering menganggap kation dan anion bergerak sehingga kepekatan
antara mereka sama.
iv) Pelajar sering menganggap tiada tindak balas kimia berlaku jika elektrod
yang lengai digunakan.
Konsep yang terdapat dalam sains seperti kimia adalah abstrak. Antara masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari kimia ialah agak sukar untuk
memahami proses yang berlaku dalam tindak balas kimia. Proses kimia yang berlaku
agak sukar untuk diterangkan tetapi dengan bantuan simulasi dan animasi menggunakan
komputer, kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan akan lebih
bertambah. Pelajar akan lebih mudah untuk membayangkan apa yang diterangkan
dengan ada bahan sokongan yang menampakkan proses yang berlaku.
Berdasarkan kepada kelebihan-kelebihan yang terdapat pada komputer dalam
menyampaikan suatu isi pelajaran. Maka, suatu perisian berbantukan komputer (PBK)
bagi tajuk Elektrolisis mata pelajaran Kimia tingkatan 4 akan dihasilkan bagi membantu
pelajar lebih memahami tajuk elektrolisis di mana daripada kajian-kajian yang telah
6
dirujuk telah menunjukkan pelajar agak sukar untuk menguasai tajuk ini dan sering
mempunyai salah konsep.
1.3 Objektif Projek
Objektif pembinaan perisian PBK ini ialah untuk :
i) Membina satu perisian PBK yang dapat meningkatkan pemahaman
pelajar terhadap topik Elektrolisis agar mereka dapat menguasai topik ini
dengan baik dan mengurangkan salah konsep pelajar pada tahap yang
minimum.
1.4 Kepentingan Projek
Dalam era globalisasi, bidang pendidikan negara kita turut perlu diberi nafas
baru dan diperkemas dari semasa ke semasa agar mampu mengikut rentak kemajuan
dunia sekarang. Oleh yang demikian, kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran harus berubah sesuai perkembangan semasa. PBK iaitu
perisian berbantukan komputer mampu menjadi satu titik tolak perubahan dalam sistem
pendidikan negara.
Pendekatan yang digunakan dalam kaedah pengajaran berbantukan komputer
memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menjelajah ilmu dan maklumat
mengikut minat pelajar itu sendiri. Setiap pelajar akan dapat menentukan proses
pembelajaran berdasarkan kemampuan mereka sendiri pada bila-bila masa. Mereka turut
dapat menggunakan perisian PBK secara berulang kali untuk membuat ulang kaji dan
rujukan.
7
Proses pengajaran dan pembelajaran melalui perisian dilihat lebih berkesan
dengan memasukkan unsur-unsur seperti audio, grafik, animasi dan video. Konsep yang
abstrak dalam kimia dapat ditunjukkan apabila unsur-unsur tersebut digabungkan untuk
memberikan satu penjelasan yang lebih konkrit dengan membawakan satu keadaan yang
menyerupai keadaan sebenar.
Perisian berbantukan komputer yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk
membantu membina kefahaman pelajar terhadap tajuk elektrolisis. Proses elektrolisis
adalah proses yang abstrak di mana melibatkan pergerakan elektron dan juga ion-ion.
Pada kebiasaannya, pelajar hanya diberi penerangan menggunakan persamaan tindak
balas kimia pada kedua-dua elektrod sahaja.
Pelajar dapat membina satu konsep yang lebih konkrit dalam tajuk ini dengan
kebolehan simulasi dan animasi di samping bantuan menerusi penerangan menerusi teks
dan gambar rajah. Kebanyakan pelajar tidak suka kepada suatu pelajaran yang susah dan
minat mereka akan semakin pudar jika keadaan sedemikian berterusan. Menerusi PBK,
diharapkan pelajar akan lebih berminat terhadap topik ini dengan cara pembelajaran
yang lebih menyeronokkan berbanding pengajaran tradisional dalam bilik darjah.
1.5 Skop Projek
Skop projek bagi perisian berbantukan komputer (PBK) ini adalah tertumpu
kepada subtajuk dalam Elektrokimia mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 iaitu
elektrolisis. Perisian ini direka untuk kegunaan pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata
pelajaran Kimia dan juga untuk pelajar yang mengulang kaji bagi peperiksaan SPM.
Di antara subtajuk yang terdapat dalam elektrolisis ini termasuklah elektrolisis
sebatian lebur, elektrolisis larutan akueus dan proses elektrolisis dalam industri. Perisian
8
ini akan memuatkan nota-nota, gambar rajah yang berkaitan, animasi, latih tubi, glosari
yang membolehkan pelajar berinteraksi langsung dengan komputer.
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk bagi PBK yang dibangunkan ialah Elektrolisis bagi Sebatian Lebur dan
Larutan Akueus. Daripada rujukan yang diperoleh melalui kajian-kajian mengenai salah
konsep pelajar dalam mata pelajaran kimia, didapati pelajar agak sukar untuk memahami
apakah yang berlaku dalam proses elektrolisis tersebut.
Pelajar tidak dapat nampak elektron dan proses yang berlaku semasa elektrolisis.
Agak sukar untuk pelajar mengimaginasikan apa yang diterangkan menerusi buku teks
tanpa menampakkan proses yang berlaku. Persamaan kimia yang disertakan tidak cukup
untuk menerangkan tindak balas kimia yang berlaku dalam proses elektrolisis tersebut.
Ini menerangkan kenapa pelajar lebih sukar untuk menguasai topik ini.
Dengan PBK yang mengandungi pelbagai elemen-elemen multimedia, proses
elektrolisis dapat ditunjukkan dengan animasi yang dihasilkan. Diharap dengan
penggunaan PBK dalam tajuk ini akan meningkatkan minat terhadap tajuk elektrolisis
dan seterusnya dapat memahami dan menguasai tajuk yang dikatakan susah ini.
1.7 Definisi Istilah
Berikut disenaraikan beberapa definisi istilah bagi istilah yang digunakan dalam
projek ini.
9
1.7.1 Multimedia
Multimedia adalah satu kumpulan sistem komunikasi interaktif yang dipandu
oleh komputer untuk mereka, menyimpan, menghantar dan menapis naskhah teks,
animasi, video dan rangkaian maklumat.
Secara amnya, definisi yang mudah bagi multimedia ialah proses komunikasi
interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video
dan animasi.
1.7.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Menurut Chamber (1983), PBK didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran
dengan bantuan komputer dalam penyampaian isi pelajaran dalam bentuk permainan,
latih tubi dan tutorial. Oleh yang demikian, PBK adalah suatu program yang direka
bentuk untuk memberi pengajaran yang konsisten tidak kira tempoh masa serta
kekerapan menggunakannya.
1.7.3 Perisian
Perisian adalah terdiri daripada atur cara komputer iaitu jujukan suruhan
terperinci yang direka bentuk untuk mengarah komputer melaksanakan fungsi-fungsi
tertentu. Ia membolehkan komputer menginput, menyimpan, membuat keputusan,
mengolah secara aritmetrik dan output data dalam jujukan yang betul.