proposal full(artikel edu)

45
1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROPOSAL PENYELIDIKAN Tajuk: MOTIVASI RENDAH PUNCA PELAJAR ORANG ASLI TERCICIR DALAM ALAM PERSEKOLAHAN Penyelidik: NAMA: LINO LEONCIO NO. MATRIK: D20061027088

Upload: muhammad-firdaus

Post on 13-Aug-2015

95 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Full(Artikel Edu)

1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PROPOSAL PENYELIDIKAN

Tajuk:

MOTIVASI RENDAH PUNCA PELAJAR ORANG ASLI TERCICIR

DALAM ALAM PERSEKOLAHAN

Penyelidik:

NAMA: LINO LEONCIO

NO. MATRIK: D20061027088

2009

Page 2: Proposal Full(Artikel Edu)

2

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Semasa awal pengenalan orang Inggeris terhadap masyarakat Orang Asli, mereka

menggelar masyarakat Orang Asli sebagai aborigines yang bererti masyarakat yang

mundur, tidak membangun dan primitif. Nama masyarakat ini dikenali sebagai “Orang

Asli” oleh kerajaan Malaysia bagi menjurus kepada kehidupan yang moden dan tidak

menyentuh sikap negatif masyarakat tersebut. Bancian penduduk yang dilakukan pada

tahun 1993, terdapat lebih kurang 95 529 0rang masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Dalam jumlah tersebut , hampir 70 peratus tinggal di kampung berhampiran dengan

masyarakat Melayu dan yang selebihnya tinggal di kawasan pedalaman (Jasman Ahmad

et. al.. 1997: 1)

Page 3: Proposal Full(Artikel Edu)

3

Menurut Iskandar (1976), pada tahun 1969 Orang Asli tinggal di pedalaman( Deep

Jungle) adalah kira-kira 60 peratus dan 40 peratus lagi tinggal di kampung yang agak

sukar di kunjungi kerana kebanyakan kampung tersebut memerlukan kenderaan khas

seperti jeep untuk dijejaki.

Masyarakat Orang Asli adalah golongan masyarakat peribumi yang ketinggalan

menikmati arus perdana memerlukan suatu pelan tindakan yang terancang bagi

merapatkan jurang perbezaan antara kaum yang ada di Malaysia dari segi ekonomi dan

keadaan sosial mereka. Iskandar (1976.:334) mencadangkan kepada kerajaan dan Jabatan

Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) agar memberi penekanan kepada tiga rancangan

perubahan sosial masyarakat Orang Asli iaitu: Pertama, meningkatkan tahap kesihatan

dan kesedaran tentang kesihatan di kalangan Orang Asli. Kedua, meningkatkan standard

pendidikan. Ketiga, memperbaiki keadaan ekonomi masyarakat Orang Asli.

Perubahan yang ingin penyelidik tekankan adalah berubah secara revolusi dalam

semua aspek dan tidak berubah secara hukum alam atau masa iaitu perubahan evolusi.

1.2 Penyataan Masalah

Pengenalan sistem persekolahan dalam komuniti Orang Asli merupakan satu daripada

kunci projek pemodenan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kemunduran

masyarakat Orang Asli sering dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah

(Mustafa, 2004). Pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli masih berada pada

tahap yang rendah dan terdapat hanya sebilangan kecil sahaja yang telah berjaya

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kebanyakan pelajar Orang hanya memiliki asas pendidikan di peringkat sekolah

rendah, dan tidak meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat

sekolah menengah dan universiti. Menurut JHEOA (2003), masih terdapat kira-kira 45.8

peratus kanak-kanak Orang Asli tidak bersekolah, dengan kadar keciciran bagi sekolah

rendah ialah 54.8 peratus iaitu gagal menamatkan pelajaran sehingga ke darjah enam.

Permasalahan yang dibincangkan ialah:

Page 4: Proposal Full(Artikel Edu)

4

1.2.1 Faktor-faktor keciciran pelajar dalam alam persekolahan

1.2.2 Motivasi rendah menjadi salah satu faktor pelajar Orang Asli tercicir dalam

pelajaran.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian yang hendak dicapai dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut:

i. Mencari faktor-faktor pelajar tercicir alam persekolahan atau pelajaran.

ii. Menentukan hubungan antara motivasi dengan masalah pelajar Orang Asli tercicir

dalam pelajaran.

1.4 Hipotesis Kajian

H0 :Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara motivasi pelajar dengan

masalah keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran.

H1 :Terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi rendah dalam

kalangan pelajar Orang Asli dengan masalah mereka tercicir dalam alam

persekolahan.

1.5 Kepentingan/ Justifikasi Kajian

Masyarakat Orang Asli masih jauh ketinggalan dari segi taraf hidup berbanding kaum

Melayu, Cina, India, Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti Kadazandusun serta Iban.

Walaupun masyarakat Orang Asli pada masa sekarang mempunyai banyak peluang yang

disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri dan keluarga namun keupayaan mereka

bertindak balas terhadap memiliki kehidupan yang lebih baik tidak diusahakan

sepenuhnya melalui pendidikan, pertanian, perikanan, pelancongan dan sebagainya.

Page 5: Proposal Full(Artikel Edu)

5

Pendidikan adalah jalan utama daripada keluar kehidupan yang serba kekurangan

dan bersaing dengan orang lain. Justeru masyarakat Orang Asli khusus kepada generasi

mudah harus sedar bahawa melalui penglibatan diri dalam dunia pendidikan akan dapat

mengubah kehidupan yang lebih sempurna.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mencari faktor-faktor keciciran pelajar Orang

Asli dalam pelajaran agar hasil kajian akan dapat digunakan oleh pihak berkaitan seperti

JHEOA untuk tindakan drastik atau suatu pelan tindakan dapat dilakukan bagi

menyelesaikan permasalahan ini. Melalui perancangan dan usaha yang ikhlas, komited,

berterusan dan bersepadu bersama-sama masyarakat Orang Asli sahaja akan dapat

mengurangkan masalah keciciran anak-anak Orang Asli dalam pelajaran.

Kajian akan tertumpu kepada faktor motivasi dalam diri yang menjadi penyebab

pelajar tercicir dalam pelajaran. Penyelidikan ini dilakukan supaya dapatan kajian dapat

digunakan oleh warga pendidik khususnya untuk berusaha memberi motivasi kepada

pelajar.

1.6 Definisi Operasi

1.6.1 Motivasi

Menurut Saedah at. el.(1996), motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan

bagi mencapai sesuatu untuk berjaya. Dengan pengertian mudah, motivasi adalah

rancangan untuk berjaya atau rangsangan untuk mengelakkan diri daripada menemui

kegagalan. Dalam konteks sebagai seorang pelajar pula bermaksud pelajar yang

bermotivasi adalah pelajar yang sungguh-sungguh minat belajar dengan cara terlibat

secara aktif dengan aktiviti pendidikan.

1.6.2 Tercicir

Tercicir dalam kajian ini adalah bermaksud pelajar yang mendaftar di sekolah tetapi tidak

dapat menamatkan alam persekolahan mereka pada tempoh yang telah ditetapkan dalam

sistem pendidikan Malaysia.

Page 6: Proposal Full(Artikel Edu)

6

1.6.3 Orang Asli Di Malaysia

Dalam undang-undang Malaysia, Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974) dalam

Osman Ali, Zaleha Md. Isa (2005: 1) mendefinisikan Orang Asli seperti berikut:

Orang Asli adalah mana-mana orang yang bapanya bangsa Orang Asli

dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan

Orang Asli, termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki itu. Anak

angkat atau anak hasil perkahwinan dengan bukan Orang Asli, dikira

Orang Asli sekiranya anak tersebut mengikut cara hidup Orang Asli.

Kepercayaan agama tidak memutuskan hak Orang Asli selagi dia

mengikuti cara hidup Orang Asli

Terdapat tiga kategori utama Orang Asli iaitu Negritos, Senoi dan Proto-Malaya.

(Iskandar. 1976.: 6). Menurut Jasman Ahmad at. el. (1997: 1-2) Suku kaum masyarakat

Orang Asli yang pelbagai berbeza dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang

digunakan.

1.6.4 Sekolah

Definisi sekolah menurut Kamus Dewan (2003) ialah tempat untuk belajar dan mengajar,

tempat menerima serta memberi pelajaran. Sekolah bertujuan untuk menggalak dan

mempertingkatkan perubahan tingkah laku pelajar mengikut arah atau hala tuju yang

dikehendaki oleh masyarakat.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Daerah Batang Padang, Perak dan penyelidik telah memilih

sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah (SMK Sri Tapah). Sampel

yang digunakan oleh penyelidik adalah terhad kepada Orang Asli sahaja dan seramai 40

Page 7: Proposal Full(Artikel Edu)

7

orang pelajar yang akan dipilih oleh penyelidik secara rawak serta melibatkan pelbagai

peringkat umur.

Page 8: Proposal Full(Artikel Edu)

8

BAB II

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Sorotan literatur membincangkan kajian-kajian lepas yang dibuat oleh pengkaji atau

penyelidik mengenai faktor-faktor pelajar tercicir dalam pelajaran dan hubungan

signifikan motivasi rendah dengan masalah pelajar Orang Asli tercicir dalam pelajaran.

Pada bahagian ini, pengkaji cuba mengeluarkan seberapa banyak dapatan berkaitan

kajian-kajian terdahulu dan menganalisis dapatan-dapatan tersebut serta membuat

perbandingan bagi mendapatkan kekuatan dan kelemahan-kelemahannya. Pengkaji juga

cuba mencungkil pandangan dan pendapat penulis-penulis lain seperti ahli-ahli akademik

berkaitan dengan tajuk bagi memperkasakan lagi penyelidikan yang dibuat oleh

penyelidik. Sorotan penulis diharap dapat memberikan input yang bermanfaat kepada

pembaca dan pengkaji-pengkaji akan datang.

2.2 Motivasi Dalam Pendidikan

Konsep motivasi dikaitkan dengan tenaga seseorang yang disalurkan ke arah pencapaian

matlamat-matlamat tertentu. Terdapat dua jenis motivasi iaitu ‘motivasi intrinsik’

Page 9: Proposal Full(Artikel Edu)

9

bermaksud motivasi yang berpunca daripada diri seseorang dan ‘motivasi ekstrinsik’ yang

bermaksud motivasi yang berpunca daripada luaran (Saedah et. al. 1996).

Konsep motivasi ekstrinsik berkait rapat dengan pendapat tentang pengukuhan

yang diterima oleh pelajar. Pengukuhan ialah proses apabila stimulus atau peristiwa luar

yang disebabkan oleh suatu respons, menyebabkan respons itu meningkat. Pengukuhan

yang positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam

pembelajaran atau perubahan kelakuan yang positif. Terdapat dua jenis pengukuhan iaitu

pengukuhan utama dan pengukuhan sekunder. Pengukuhan utama merujuk kepada benda

atau peristiwa yang memberikan kesan langsung terhadap kelakuan seseorang dan tidak

bergantung untuk kuasa pengukuhan. Pengukuhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa

yang memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran dan pengukuhan lebih

kepada bersifat linguistik atau sosial.

Menurut Harter (1982) dalam Saedah et. al. (1996), motivasi intrinsik ialah

motivasi yang telah terbatin dan merupakan penggerak bagi melakukan perkara-perkara

untuk kepentingan sendiri atau ganjaran bagi diri sendiri. Deci (1975) dalam Saedah et.

al. (1996) menjelaskan bahawa motivasi intrinsik sebagai suatu keadaan psikologi yang

diakibatkan apabila individu menganggap diri berkebolehan dan dapat menentukan

sesuatu dengan sendiri. Harter telah mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi

intrinsik dalam pendidikan iaitu cabaran, insentif bekerja untuk memuaskan niat dan sifat

ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas tentang apa yang

hendak dilakukan dalam kelas dan kriteria dalaman untuk berjaya. Pelajar yang cenderung

ke arah motivasi intrinsik suka akan pekerjaan yang mencabar daripada kerja yang

senang.

Motivasi dalam pendidikan seperti aur dengan tebing yang saling bergantung satu

dengan yang lain. Manusia akan melakukan pelbagai cara untuk memenuhi tuntutan atau

kehendak dalam diri untuk memperoleh kejayaan. Berikut adalah beberapa teori yang

merungkaikan mengapa manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat.

Page 10: Proposal Full(Artikel Edu)

10

2.2.1 Teori Attribution

Pelajar yang bermotivasi mempunyai matlamat dalam pelajaran mereka. Menurut teori

attribution yang telah dikemukakan oleh Bernard Weiner (1974) dalam Saedah et. al.

(1996) menyatakan bahawa pelajar akan memfokuskan pada aspek pencapaian melalui

empat faktor iaitu kebolehan, usaha, nasib dan kesukaran tugasan pembelajaran. Menurut

teori ini pelajar yang percaya bahawa kejayaan adalah disebabkan oleh kebolehan dalam

diri dan kegagalan pula disebabkan oleh kurang usaha ialah pelajar yang mempunyai

motivasi yang tinggi menurut teori attribution. Sebaliknya pelajar yang bergantung pada

nasib dan berpendapat kegagalan disebabkan oleh kelemahan kebolehan dala diri adalah

pelajar yang mempunyai motivasi pencapaian yang rendah.

Mengikut teori attribution , tiap-tiap individu mempunyai jangkaan kejayaan yang

cemerlang pada masa hadapan dan seterusnya terhadap kecekapan yang lebih tinggi dan

motivasi yang lebih kuat apabila pelajar kaitkan kejayaan dengan kebolehan serta usaha

yang dilakukan.

2.2.2 Teori Kognitif Sosial

Menurut Bandura (1986) dalam Saedah et. al. (1996) teori kognitif sosial memberikan

tumpuan kepada pujukan kata-kata yang positif dan menyentuh kelakuan guru yang dapat

memberikan rangsangan kepada pelajar untuk berusaha dalam pelajaran. Menurut

Bandura lagi, faktor yang paling kuat pengaruh terhadap perkembangan dan kebolehan

yang dipersepsikan sendiri, ialah pengalaman silam individu.

2.2.3 Teori Pembelajaran Sosial

Rotter (1975) dalam Saedah et. al. (1996) menjelaskan bahawa individu yang memahami

kaitan antara kelakuan dan akibat daripada kelakuan yang dilakukan adalah individu yang

mempunyai kecenderungan kawalan dalaman iaitu percaya bakat yang ada dalam diri.

Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kecenderungan kawalan

dalaman berkait rapat dengan pencapaian akademik, gred, usaha, perhatian kepada

tugasan, dan perasaan bangga selepas berjaya serta malu selepas menghadapi kegagalan

Page 11: Proposal Full(Artikel Edu)

11

( Stipek 1980; Gruen, Korte & Baum 1974; Gardon, Jones & Shorty 1977; Lefcourt 1976

& Weiner 1984 dalam Saedah et. al.1996)

Oleh itu, pelajar yang memiliki jenis motivasi teori pembelajaran sosial sentiasa

memajukan diri dalam pelajaran kerana mengetahui akibat pada masa hadapan sekiranya

tidak berjaya. Segala pengorbanan ibu bapa dan orang sekeliling yang menyokong akan

menjadi sia-sia sekiranya bakat yang ada dalam diri tidak dikembangkan sepenuhnya

untuk berjaya memperoleh pekerjaan atau suatu kehidupan yang lebih baik kelak.

2.2.4 Teori Kawalan Utama dan Sekunder

Mengikut Rathbaum Weisz & Snyder (1992) dalam Saedah et. al.(1996), kawalan utama

wujud apabila individu mencuba mengawal sesuatu keadaan dan berjaya melakukannya.

Dalam konteks pendidikan, pelajar yang memiliki teori kawalan utama dan sekunder akan

dapat mengawal diri dan percaya dapat membuat perubahan pada persekitaran supaya

sesuai dengan keperluan, minat dan kehendak dalam diri.

2.2.5 Teori Motivasi Maslow

Menurut teori motivasi Maslow, keperluan akan sesuatu peringkat dipenuhi, keperluan

pada peringkat yang lebih tinggi pula timbul berdasarkan analisis keperluan. Terdapat

lima peringkat yang keperluan Maslow seperti Rajah 1 ( Maslow 1954 dalam Saedah et.

al.1996: Kamaruddin 1996).

Pelajar perlu memenuhi keperluan peringkat asas bagi diri iaitu fisiologi sebelum

ke peringkat seterusnya. Tanpa keperluan pada peringkat bawa dipenuhi, motivasi pelajar

akan berkurangan dalam pelajaran. Keperluan yang tidak dipenuhi akan mengganggu

tumpuan pelajar dalam pelajaran seperti makanan dan pakaian.

Page 12: Proposal Full(Artikel Edu)

12

Sempurna Kendiri

Penghormatan Diri

Kasih Sayang

Keselamatan

Fisiologi

Rajah 1: Susunan Keperluan Maslow

2.3 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Tercicir Dalam Alam

Persekolahan

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar tercicir dalam alam persekolahan.

Antara faktor tersebut adalah seperti berikut;

2.3.1 Ibu bapa

Faktor ibu bapa juga menyumbang peningkatan statistik keciciran pelajar Orang Asli.

Terdapat ibu bapa Orang Asli yang berpandangan sinis terhadap peranan dunia

pendidikan dalam mengubah kehidupan mereka. Seperti mana yang dinyatakan oleh

Hasan Mat Nor (1998:78-79), ramai ibu bapa menjadi keberatan menerima pandangan

bahawa pelajaran boleh membantu Orang Asli memperbaiki keadaan mereka. Akibatnya

pelajaran kurang diberi perhatian serius dan ini menjejaskan sebarang usaha

menyelesaikan masalah keciciran tersebut tanpa penglibatan ibu bapa yang sungguh-

sungguh dan berterusan.

Terdapat pelbagai usaha kerajaan memberikan kemudahan dan kemudahan

bagi membangunkan pendidikan, namun masalah keciciran pelajar tidak mungkin

Page 13: Proposal Full(Artikel Edu)

13

berakhir jika tanpa penglibatan dan peranan ibu bapa dalam memberi dorongan, nasihat

serta semangat kepada anak mereka ( Berita Harian Online. 2007).

Menurut Atan Long (1982:311), Ibu bapa adalah merupakan teras bagi sesuatu

keluarga. Oleh itu peranan ibu bapa mendidik anak-anak mereka dalam pendidikan tidak

boleh dipertikaikan lagi. Teori ekologi mengukuhkan lagi peranan ibu bapa terhadap

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Teori ekologi telah dikemukakan oleh

Bronfenbrenner (1986) dan bronfenbrenner dan Cecil (1994) menekankan kepentingan

pengruh ibu bapa keatas pelbagai konteks pembangunan kanak-kanak. Teori ekologi yang

dikemukakan oleh Bronfenbrenner dan Cecil, persekitaran rumah merupakan persekitanan

yang paling dekat dengan anak dimana ia mengandungi nilai-nilai, pengewalan dan tradisi

yang memainkan peranan penting sebagai agen pembangunan dalam pembangunan anak-

anak.

2.3.2 Kemiskinan

Kemunduran Orang Asli kerap dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah

(Mustsffa dalam Khairul Hisyam dan Ibrahim, 2007). Menurut Hassan dalam Hasan

(1998), taraf hidup masyarakat Orang Asli kebanyakkannya masih rendah jika

dibandingkan dengan masyarakat lain di Malaysia. Unit perancangan ekonomi

mengesahkan bahawa keseluruhan masyarakat Orang Asli masih berada dalam kelompok

golongan termiskin iaitu menerima pendapatan kurang daripada RM175.00 sebulan

sekeluarga. Kemunduran dan kemiskinan di kalangan isi rumah di kalangan Orang Asli

masih tinggi seperti Jadual 1. Pada tahun, daripada keseluruhan 23155 isi rumah Orang

Asli, kira-kira 85.7 peratus diketogorikan sebagai miskin dan 56.6 peratus daripadanya

merupakan golongan termiskin. Permasalahan kemiskinan menyebabkan ramai ibu bapa

tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah.

Negeri Kadar kemiskinan

(%)

Purata pendapatan bulanan

(RM)

Page 14: Proposal Full(Artikel Edu)

14

Johor 81.2 352.00

Kelantan 98.7 175.00

Melaka 79.8 343.00

Negeri Sembilan 84.6 298.00

Pahang 92.3 242.00

Perak 81.4 310.00

Selangor 73.4 388.00

Terangganu 99.0 116.00

Jadual 1: Profil kemiskinan isi rumah Orang Asli Semenanjung Malaysia (JHEOA, 2003).

2.3.3 Sikap dan Keperibadian

Pengerusi Persatuan Orang Asli, Datuk Ishak Muhammad menyatakan punca yang

menyebabkan pelajar tidak meneruskan pengajian ke tingkatan 1 adalah disebabkan oleh

bosan dan malas (The Star 14.1.2006 dalam Nicholas. 2006). Sikap adalah menunjukkan

keperibadian seseorang dan segala kekurangan dari segi fizikal, material, dan kelemahan

diri tidak akan dijadikan alasan untuk berjaya mencapai sesuatu dalam hidup. Oleh yang

demikian kenyataan Berita Harian Online (2007) ada kebenarannya bahawa kemiskinan

tidak boleh dijadikan alasan sepenuhnya menyebabkan pelajar terutama di luar bandar

tercicir, sebaliknya sikap mereka perlu diubah.

Sikap merupakan sesuatu yang dipelajari, dan sikap menentukan bagaimana

individu berinteraksi terhadap situasi serta menentukan apa yang dicari oleh indivdu

dalam kehidupan (Slameto, 1995). Trindis mendifinisikan sikap seperti berikut:

”An attitude is an idea charged with emotion which predisposes a class of

action to a particular class of social situation”

Rumusan di atas menyatakan sikap mengandungi tiga kompunen, iaitu kognitif, efektif

dan tingkah laku. Sikap selalu berkenaan dengan sesuatu objek, dan sikap terhadap objek

ini disertai dengan perasaan positif dan negetif.

Sikap merujuk kepada pandangan kepada sesuatu pendapat, pandangan dan cara

berfikir segelintir masyarakat Orang Asli. Bagi Orang Asli pendidikan adalah tidak

Page 15: Proposal Full(Artikel Edu)

15

penting dan hanya lebih menekan cara hidup yang mudah iaitu sekadar untuk kelansungan

hidup tanpa memikirkan perancangan masa depan. Dawaan ini dilihat berasas walaupun

tidak mencerminkan keseluruhan masyarakat Orang Asli (Hasan Mat Nor dalam Khairul

Hisyam Kamarudin dan Ibrahim ngah, 2007). Perubahan sikap dan cara berfikir

masyarakat Orang Asli ialah cabaran terbesar yang dihapi oleh kerajaan dalam usaha

membangunkan Orang Asli. Sejak dulu lagi, pelbagai pihak melebalkan Orang Asli

sebagai masyarakat yang terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, rendah diri, pemalu

dan tidak menghayati budaya kerja yang produktif (JHEOA, 2003). Menurut Abdul Talib

et. al. (2003) masyarakat Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang permalu.

Kurangnya pendedahan dan bergaul dengan masyrakat luar menyebabkan masyarakat

Orang Asli merasa rendah diri.

2.3.4 Infrastruktur dan Topografi

Masyarakat Orang Asli didapati masih ketinggalan dari segi menikmati kemudahan dan

pembangunan infrastrutur (William-Hunt dalam Khairul Hisyam dan Ibrahim, 2007).

Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (2003) kemudahan asas pendidikan yang tidak

lengkap menjejaskan pretasi pelajar. Keciciran pelajar ini adalah tinggi iaitu 60%.

Bancian pada tahun 1998 daripada 18949 keluarga Orang Asli hanya 47 peratus keluarga

menikmati bekalan air dan 50.6 peratus menikmati kemudahan bekalan elektrik (JHEOA

dalam Khairul Hisyam dan Ibrahim, 2007). Masalah kekurangan pembangunan

infrastruktur bukan sahaja dialami oleh masyarkat Orang Asli di pedalaman, malah turut

dihadapi oleh masyarakat Orang Asli yang tinggal di pekan dan perkampungan

masyarakat melayu William-Hunt, 1998). Ketiadaan infrastrutur asas, misalnya jalan raya

dan jambatan, menyulitkan perhubungan masyarakat Orang Asli dengan dunia luar

(Khairul Hisyam Kamarudin & Ibrahim Ngah, 2007).

2.3.5 Warga Pendidik (Guru)

Guru yang mengajar di pedalaman banyak menghadapi kesulitan hidup akibat daripada

kemudahan yang terhad dan kesukaran mendapatkan keperluan harian. Keadaan ini

melemahkan semangat kepada warga pendidik menabur bakti kepada pelajar di

pedalaman mengakibatkan guru akan lewat datang ke sekolah atau terpaksa keluar ke

Page 16: Proposal Full(Artikel Edu)

16

pekan atau pun bandar untuk mendapatkan bekalan harian. Kenyataan yang dikeluarkan

oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (2003) adalah seperti berikut;

”...guru tidak berminat dan bersemangat untuk mengajar di kawasan luar

bandar. Masalah ponteng bukan hanya berlaku kepada pelajar, malah ia

juga dilakukan oleh para pengajar yang tidak berdekasi. Akibatnya, pelajar

di kalangan masyarakat Orang Asli tidak mendapat pendidikan berkualiti

dan berlaku banyak keciciran.

2.4 Orang Asli Tercicir Dalam Alam Persekolahan

Dari segi pendidikan , pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Orang Asli,

walaupun statistik memperlihatkan peningkatan berbanding dengan pencapaian pada

masa lepas, namun pencapaian itu masih lagi di tahap yang kurang memuaskan. Hanya

segelintir pelajar sahaja yang berjaya meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi. Ramai yang tercicir sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun di peringkat

sekolah menengah. Menurut Statistik JHEOA, keciciran yang tinggi adalah di peringkat

sekolah rendah, terutamanya pada peringkat darjah tiga. Keciciran ini pula menyebabkan

Orang Asli tidak dapat dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan untuk membolehkan

mereka mendapatkan pekerjaan yang baik (Hasan Mat Nor. 1998: 76-85).

Pelbagai pendapat telah dikemukakan berkenaan keciciran dalam kalangan pelajar

orang asli, terutama di peringkat sekolah rendah. Ini dapat menjelaskan punca 2304

(44.6%) daripada 5168 pelajar orang asli yang belajar di sekolah rendah di negeri Pahang

daripada tahun 2000 sehingga 2004 tidak meneruskan pelajaran ke tingkatan 1 (The Star

14.1.2006 dalam Nicholas. 2006).

Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kanak-

kanak orang asli tidak mencapai kemajuan dalam pendidikan. ‘Masalah’ ini tidak dapat

diukur dan masalah ini telah memberi kesan kepada pencapaian orang asli dalam

pendidikan. (Nicholas. 2006). Menurut Nicholas (2006), terdapat lima faktor yang

kompleks mempengaruhi pelajar orang asli tercicir dalam pelajaran iaitu:

Page 17: Proposal Full(Artikel Edu)

17

i. Factors related to poverty

ii. Non-delivery of educational assistance

iii. Contrast in the Pedagogy and the Culture

iv. Gaps in attendance

v. Imperfections in the system

Faktor kemiskinan dalam kalangan masyarakat orang asli merupakan faktor jelas

yang menyebabkan kadar keciciran yang tinggi bagi kanak-kanak orang asli. Ibu bapa

memerlukan anggaran wang di antara RM 100.00 sehingga RM 150.00 untuk sesi

persekolahan bagi seorang anak. Dengan kebanyakan bilangan anak-anak dalam sebuah

keluarga memulakan sesi persekolahan pada masa yang sama, kadangkala seramai 4 atau

5 orang secara serentak, ibu bapa anak-anak Orang Asli terpaksa menyediakan jumlah

wang tabungan yang cukup untuk memulakan sesi persekolahan setiap tahun. Masalah

juga menjadi semakin serius disebabkan pada bulan November dan Disember adalah

bersamaan dengan musim hujan yang menyebabkan kedua-dua bulan tersebut merupakan

masa yang sukar untuk memperoleh sebarang pendapatan. Pengeluaran getah adalah

rendah manakala hasil hutan seperti mencari rotan adalah berbahaya dan tidak mendapat

permintaan yang tinggi pada waktu tersebut. Ini telah menyebabkan pada bulan Januari,

tidak semua masyarakat orang asli yang miskin mampu menyediakan wang yang cukup

untuk sesi persekolahan anak-anak mereka. (Nicholas. 2006).

Faktor kelewatan menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan telah

menyusahkan ibu bapa masyarakat Orang Asli mendaftarkan anak mereka. Keadaan ini

telah berlaku kerana masalah kerenah birokrasi dan ketidakecekapan kakitangan dalam

mengurus bantuan kepada pelajar Orang Asli. Tanpa penyediaan bantuan makanan dan

penginapan, kadar keciciran kanak-kanak orang asli yang akan berhenti sekolah akan

berlaku.

Jadual 2: Kadar Keciciran Pelajar Sekolah Rendah dari Darjah 1 hingga Darjah 6

Page 18: Proposal Full(Artikel Edu)

18

Pada Tahun 1976-2000

Tahun

Kemasukan

Bil. Yang

mendaftar di

darjah 1

Tahun

berjaya

menamatkan

darjah 6

Bil. Pelajar

yang berjaya

menamatkan

darjah 6

Bil. Pelajar

yang

tercicir

Kadar

Keciciran

(%)

1976 2,105 1981 630 1475 70.1

1977 2,151 1982 741 1410 65.6

1978 2,317 1983 705 1612 69.6

1979 3,102 1984 757 2345 75.6

1980 2,304 1985 654 1,650 71.6

1981 2,416 1986 783 1,633 67.6

1982 2,729 1987 944 1,785 65.4

1983 2,868 1988 1,000 1,868 65.1

1984 2,651 1989 1,052 1,599 60.3

1985 2,879 1990 1,124 1,755 60.9

1986 2,942 1991 1,031 1,911 64.9

1987 2,988 1992 1,217 1,771 59.2

1988 2,881 1993 1,255 1,626 56.4

1989 2,970 1994 1,466 1,404 48.9

1990 3,078 1995 1,699 1,379 44.8

1991 3,248 1996 1,678 1,569 48.3

1992 3,202 1997 1,825 1,377 43.0

1993 3,379 1998 2,264 1,115 33.0

1994 3,128 1999 2,574 427 15.1

1995 5,505 2000 3,144 2,361 42.9

Total 58,843 26,544 32,117 54.6

Sumber: Nicholas, Colin (2000

Selain itu, faktor perbezaan di antara pedagogi dan kebudayaan dengan cara guru

mengajar serta budaya masyarakat lain juga mempengaruhi masalah keciciran pelajar

Page 19: Proposal Full(Artikel Edu)

19

Orang Asli dalam alam persekolahan. Masyarakat Orang Asli mempunyai sistem

tradisional masyarakat yang mana mereka mempelajari proses dan kaedah pembelajaran

secara menyeluruh dan bersifat sejagat. Di mana kanak-kanak orang asli berhadapan

dengan masalah buli dan dipandang rendah disebabkan cara hidup dan kebudayaan

mereka. Kebanyakan kanak-kanak orang asli mempunyai kebolehan untuk bertahan,

namun terdapat juga kanak-kanak yang memilih untuk berhenti sekolah, (kebanyakan

berlaku pada awal tahun) kerana mahu mengelak daripada berhadapan dengan situasi

yang menimbulkan tekanan.

Nicholas juga telah menyatakan bahawa masalah kehadiran orang asli datang ke

sekolah juga menjadi penyumbang kepada keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran.

Pelajar Orang Asli lebih mengutamakan perayaan, menikmati musim buah berbanding

datang ke sekolah. Kekerapan pelajar tidak hadir ke sekolah menyebabkan mereka

ketinggalan dalam pelajaran berbanding pelajar yang lain.

2.5 Pelajar Orang Asli Mempunyai Motivasi Yang Rendah

Pelajar Orang Asli sangat mementingkan kebudayaan atau musim buah berbanding

datang ke sekolah untuk belajar. Menurut jenis motivasi yang dikemukakan oleh Harter

(1982) dalam Saedah et. al. (1996) menunjukkan bahawa pelajar Orang Asli mempunyai

motivasi jenis intrinsik yang rendah dalam usaha memperbaiki diri dalam pelajaran.

Pelajar Orang Asli yang bermotivasi akan sentiasa datang ke sekolah walaupun cuaca

tidak baik dan terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh berbanding ke sekolah.

Menurut teori motivasi Maslow (1954) dalam Saedah et. al. (1996) & Kamaruddin

(1996), manusia akan bermotivasi melakukan sesuatu sekiranya keperluan asas tercapai

dan diikuti keperluan yang lebih tinggi. Pelajar Orang Asli yang kebanyakan daripada

latar belakang keluarga miskin menyebabkan peningkatan masalah keciciran pelajar

Orang Asli dalam pelajaran masih tinggi berbanding kaum lain. Masalah tersebut

menunjukkan keperluan motivasi menurut teori Maslow tidak dapat dipenuhi oleh

keluarga terbabit sehinggakan pelajar Orang Asli tidak mempunyai semangat untuk

belajar (Nicholas. 2006).

Page 20: Proposal Full(Artikel Edu)

20

Semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pelajar Orang

Asli tidak berusaha bertanya kepada guru atau rakan yang lebih tahu jika tidak memahami

sesuatu pelajaran. Pelajar Orang Asli merasa malu dan mempersepsikan diri bahawa

keupayaan mereka tidak setanding dengan pelajar yang lain. Teori yang dicipta oleh

Bernard Weiner (1974) dalam Saedah et. al. (1996) nyata kebanyakan pelajar Orang Asli

tidak bermotivasi menurut berdasarkan teori attribution. Pelajar Orang Asli tidak

mengembangkan kebolehan, berusaha lebih dan kesukaran tugasan tidak menjadi

penghalang untuk berjaya dalam pelajaran. Pelajar Orang Asli sepatutnya memegang

prinsip bahawa kejayaan yang diperoleh kerana adanya usaha yang berterusan dan

kegagalan yang diperoleh adalah kerana bukat atas kelemahan tetapi usaha dan komitmen

kurang.

Page 21: Proposal Full(Artikel Edu)

21

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bahagian ini merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan prosedur dan kaedah-

kaedah yang dilaksanakan dalam kajian ini bagi menentukan sejauh mana hubungan

signifikan motivasi rendah dengan masalah pelajar Orang Asli tercicir dalam pelajaran.

3.2 Reka Bentuk/ Kaedah Kajian

Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama penyelidikan untuk

memperoleh data penyelidikan yang akan dijalankan. Soal selidik dipilih kerana

keberkesanan mendapatkan maklum balas daripada sampel secara berkesan, menjimatkan

masa dan memerlukan kos yang rendah. Menurut Lim (2007) soal selidik digunakan bagi

mengumpul maklumat berkenaan dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara

terus oleh penyelidik seperti sikap, kepercayaan, pandangan, pengalaman, nilai yang di

penggang, minat manusia dan sebagainya.

3.3 Pemboleh Ubah ( varibel atau Pradigma )

Page 22: Proposal Full(Artikel Edu)

rX2X3

X2

X3

y

PYe

X1

PX1Y

PX2Y

PX3Y

rX1X2

22

Rajah 3: Motivasi rendah punca faktor orang asli tercicir dalam alam persekolahan.

Keterangan:

X = Varibel tidak bersandar ialah motivasi

Y = Alam persekolahan

X1 = behaviour

X2 = attitude

X3 = kognitif

e = Variabel error (tingkalaku kesahan X1, X2 dan X3) motivasi, persekitaran,

kemiskinan, infrastruktur dan sikap.

PX1Y = ialah koefisien pengeruh behaviour (X1) kepada masalah keciciran pelajar (Y).

PX2Y = ialah Koefisien pengaruh attitude (X2) kepada masalah keciciran pelajar (Y).

PX3Y = ialah koefisien pengaruh kongnitif (X3) kepada masalah keciciran pelajar (Y).

rX1X2 = perhubungan X1 dan X2.

Page 23: Proposal Full(Artikel Edu)

23

rX2X3 = Perhubungan Y1 dan Y3.

3.4 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di Daerah Batang Padang, Perak dan penyelidik telah memilih

sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah (SMK Sri Tapah).

Pemilihan lokasi kajian ini dibuat berdasarkan populasi sekolah Menengah Kebangsaan

Tapah yang sebilangan besarnya terdiri daripada pelajar Orang Asli yang akan memenuhi

segala tuntutan, keperluan dan kehendak kajian. Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan

populasi yang akan memberi jawapan yang baik berdasarkan soalan kajian yang akan di

jawapan berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan.

3.5 Instrumen Kajian

Kajian dilakukan menggunakan soal selidik untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar Orang

Asli di Sekolah Menengah Sri Tapah. Soalan soal selidik dibina oleh penyelidik

berdasarkan objektif dan matlamat kajian yang dijalankan. Soal selidik mengandungi tiga

bahagian yang perlu dijawab oleh respondent.

Bahagian pertama soal selidik iaitu bahagian A merupakan latar belakang

responden yang perlu disiapkan untuk mengetahu endiditi responden secara umum untuk

kegunaan penyelidik. Bahagian B dan bahagian C menghendeki responden menjawab

soalan berdasarkan objektif yang diteteapkan oleh penyelidik. Item setiap soalan yang

dibina mengembil kira objektif penyelidikan berdasarkan kesedaran pelajar Orang Asli

terhadap kepentingan pendidikan.

3.6 Pengumpulan Data

Page 24: Proposal Full(Artikel Edu)

24

Pengumpulan data penyelidikan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah

melibatkan pelajar Orang Asli dengan menggunakan borang soal selidik untuk

memperolehi data dan maklumat penyelidikan yang dijalankan:

a) Bahagian A : Maklumat Diri Responden

b) Bahagian B : Respon pelajar terhadap pendidikan

c) Bahagian C : Melihat motivasi/kesedaran pelajar Orang Asli terhadap

pendidikan.

d) Bahagian D. Pandangan Respondent.

Jenis soalan yang digunakan dalam setiap bahagian soal selidik seperti berikut:

a) Bahagian A: Maklumat Diri Responden menggunakan soalan jenis jawapan

berbentuk isi tempat kosong dan jawapan berbentuk kategori.

b) Bahagian B: Soalan jenis jawapan berbentuk kategori. Iaitu respondent akan

memberi jawapan berdasarkan Ya atau Tidak. Tujuan membina soalan

berbentuk kategori adalah untuk menarik pelajar menjawab soalan yang dibina

oleh penyelidik bagi mendapat objektif penyekidikan yang tepat.

c) Bahagian C: Soalan yang dibina adalah jawapan yang dibina berbentuk Skala

Likert. Tujuan penggunaan berbentuk sekala likert melihat tahap kesedaran

pelajar terhadap pendidikan,

d) Bahagian D. Soalan yang dibina adalah berbentuk struktur iaitu soalan jenis

terbuka. Tujunya untuk memberi kebebasan kepada pelajar memberi

pandangan mereka.

RUJUKAN

Page 25: Proposal Full(Artikel Edu)

25

Anonimous. 2002. Kehidupan, Budaya dan Pantang Larang Orang Asli. Kuala Lumpur.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan: Edisi Ketiga. Kuala

Lumpur. Quantum Books.

Atan Long .1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carey. 1976. Orang Asli. The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur.

OUP.

Colin Nicholas. 2000. The Orang Asli And The Contest For Resources: Indigenous

Politics, Development and Identity In Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur.

International Work Group For Indigenous Affairs.

Denison, Shaila, Kon. 1994. Orang Asli And Development. Kuala Lumpur. Center for

Community Studies.

Hasan Mat Nor. 1996. Tanah Dan Masyarakat Orang Asli: Kajian Kes Di Empat Buah

Kampung Orang Asli Di Daerah Batang Padang Perak. Terbitan FSKK, UKM

Hasan Mat Nor. 1996. Masyarakat Orang Asli dan Agama Kristian: Satu Kajian

Terhadap Sejarah Perkembangan Agama Kristian Kepada Kehidupan

Masyarakat Semi di Perak. Final Report, Project 22/93. Bangi. Universiti

Kebangsaan Malysia.

Hasan Mat Nor. 1997. Kajian Keciciran Kalangan Pelajar Orang Asli Peingkat Sekolah

Rendah. Jabatan Antropologi dan Sosial. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasan Mat Nor. 1998. Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Bangi,

Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hood. M.S. 1975. Ethno Historical Perspectives and Sosial Change Among The Orang

Asli. Jurnal Antropologi dan Sosiologi 6.

Page 26: Proposal Full(Artikel Edu)

26

Hood Salleh. 1995. Dunia Peribumi dan Alam Sekitar Langkah Ke Hadapan. Shah Alam.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Iskandar Carey. 1976. Orang Asli: The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. Kuala

Lumpur. Oxford University Press.

Jasman Ahmad et.al.. 1997. Masyarakat Orang Asli. Cheras Kajang. Associated

Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

Jorgenssen, Dorthe Egebech.1997. Integration Of The Orang Asli In The Nature

Education And Research Centre, Endau-Rompin. Kuala Lumpur. Danced-MNS

Internship Report.

Kamaruddin Hj. Husin. 1996. Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Lim Chong Hin. 2007. Penyelidikan Pendidikan Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif.

Shah Alam, Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia.

Mustafa Omar, 2004. Dampak Ekonomi Daripada Rancangan Penempatan Semula

Komuniti Jakun di Mukim Bekok, Segamat, dan Johor. Kertas Prosiding Seminar

Hasil Penyelidikan Peringkat Kebangsaan. Unit of Research Devolepment &

Commercialzation (URDC, UiTM Johor. 21 Februari 2004.

Nicholas, Colin (2000). The Orang Asli and the Contest for Resources: Orang Asli

Politics, Development and Identity in Peninsular Malaysia. International Work

Group on Indigenous Affairs, Copenhagen/Center for Orang Asli Concerns.

Subang Jaya.

Nicholas, Colin. 1997. Becoming Orang Asli: Survival In The Face Of Modernity. Paper

presented at the conference on Tribal Communities in the Malaya World. IIAS-

Institut for Ethnologie/ISEAS/Engender. Singapore. 24-27 March.

Nik Abdul Rashid Majid. 1989. Orang Asli Di Ambang Tahun 2000. Suatu Perspektif

Pembangunan Bersepadu. Paper presented at Persidangan Pembangunan Orang

Asli. 10-11 November. Kuala Lumpur. JHEOA.

Page 27: Proposal Full(Artikel Edu)

27

Osman Ali, Zaleha Md. Isa. 2005. Kehidupan Dan Kesihatan Orang Asli Di Malaysia.

Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.

Paul, Dale. 2002. Motivation In Education. Edisi Ketiga. United States of America.

Pearson Education, Inc., Upper Saddle River.

Saedah Siraj et. al. 1996. Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan

Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Shiv Khera. 1999. Anda Boleh Berjaya(Terjemahaan). Malaysia. Prentice Hall (M) Sdn.

Bhd. Undang-undang Malaysia Akta 134. ( Akta Orang Asli 1954 disemak 1974).

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. 2003. Hak Asasi Orang Asal. Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

Tajul Ariffin Noordin. 1990. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Williams-Hunt. P.D.R. 1952. An Introduction To The Malayan Aborigines. Kuala

Lumpur. The Government Press.

Zawawi Ibrahim.1996. Kami Bukan Anti-Pembangunan ( Bicara Orang Asli Menuju

Wawasan 2020). Kuala Lumpur. Persatuan Sains Sosial Malaysia

Berita Harian Online. 2007. Miskin bukan alasan pelajar terus tercicir.

http://my.opera.com/SHAHAIKAL/blog/miskin-bukan-alasan-pelajar-terus-

tercicir ( akses 26 September 2009)

Nicholas. 2007. People First: Orang Asli After 50 Years Of Merdeka.

http://www.coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?

parentID=11400226426398&artID=11894390156451( akses 10 Ogos 2009).

LAMPIRAN A

Page 28: Proposal Full(Artikel Edu)

28

FALKULTI SENI DAN MUZIK

INIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJUNG MALIM, PERAK

TEL: 05-4505047

SOAL SELIDIK TINJAUAN MENGENAI MOTIVASI PELAJAR ORANG ASLI

DALAM PENDIDIKAN

Soal selidik hanya melibatkan Orang Asli. Semua maklumat adalah dirahsiakan.

Arahan:

1. Soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A mengandungi 10 soalan mengenai maklumat peribadi pelajar. Bahagian B mengandungi 10 soalan. Bahagian C mengandungi 15 soalan dan bahagian D mengandungi 1 soalan.

2. Tiada jawapan yang betul atau salah untuk soalan berkenaan. Semuanya bergantung kepada pendapat anda.

3. Semua soalan dalam soal selidik ini mesti dijawab.

4. Sila beri pandangan anda secara jujur terhadap setiap pernyataan diberi.

5. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

6. Semua maklumat yang diberikan adalah dirasiahkan.

Bahagian A. Maklumat peribadi pelajar.

Page 29: Proposal Full(Artikel Edu)

29

1. Jantina: Lelaki Perampuan

2. Umur: ………

3. Tingkatan: ……………

4. Suku kaum: ………………….

5. Agama: Islam Kristian

Hindu Buddha

Lain-lain………………

6. Bilangan adik beradik ……………

7. Bilangan adik beradik yang bersekolah ………………….

8. Pekerjaan Ibu Bapa;

Ibu :…………………….

Bapa: …………………..

9. Bilangan kakak/abang yang berjaya menamatkan pelajaran sehingga peringkat SPM. .

………

10. Bilangan kakak/abang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

…………

Bahagian B. Respont pelajar terhadap pendidikan

Sila tandakan (√) pada jawapan Ya atau Tidak yang dipilih

Page 30: Proposal Full(Artikel Edu)

30

Penyataan Ya Tidak

1. Melalui pendidikan dapat mengubah kehidupan seseorang kepada yang

lebih baik.

2 Pendidikan yang diterima dapat mengalakkan seseorang berfikiran

terbuka.

3. Ibu bapa yang mempunyai berpendidikan dapat mempengaruhi

pendidikan anak-anak.

4. Kemajuan sesebuah bangsa sering dikaitkan dengan penguasaan dalam

pendidikan.

5. Guru di sekolah selalu memberi dorongan pada saya untuk berjaya dalam

pendidikan.

6. Akademik yang baik akan menjamin saya memperoleh kerja selepas tamat

belajar.

7. Bantuan kerajaan akan menjadi sis-sia jika tidak belajar bersungguh-

sungguh.

8. Belajar adalah membosankan.

9. Pendidikan hanya berlaku di sekolah sahaja.

10. Anda belajar kerana ada matlamat yang jelas untuk dicapai.

Bahagian B. Melihat motivasi/kesedaran pelajar Orang Asli terhadap pendidikan.

Pada bahagian ini, sila tandakan (√) kepada jawapan yang dipilih.

Page 31: Proposal Full(Artikel Edu)

31

Rujukan:

1 - Sangat tidak setuju 4 – Setuju

2 – Tidak setuju 5 – Sangat setuju

3 – Kurang setuju

Bil. 1 2 3 4 5

1. Walaupun rumah saya tidak mempunyai bekalan elekterik,

ia tidak mehalang saya untuk belajar

2. Apabila berada di sekolah, saya akan belajar bersungguh-

sungguh.

3. Walaupun saya mengalami masalah kewangan ia tidak

melemahkan semangat untuk bekajar.

4. Saya mampu berjauhan dari keluarga untuk mendapatkan

pendidikan.

5. Saya mampu bersaing dengan bangsa lain untuk

memperolehi keputusan yang baik.

6. Saya tetap pergi ke sekolah walaupun cuaca yang tidak

mengizinkan ( seperti hujan).

7. Saya selalu pergi ke kelas tambahan yang diadakan oleh

guru.

8. Saya akan bertanya kepada guru dan rakan-rakan sekiranya

saya tidak memahami sesuatu pelajaran

9. Saya tidak penah puas dengan keputusan yang saya perolehi

dan cuba memperbaikinya.

10. Ibu bapa merupakan sumber kekuatan saya untuk belajar

bersungguh-sungguh

11. Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah/asrama

12. Saya mempunyai matlamat yang jelas untuk berjaya dalam

pendidikan

13. Ejekan daripada rakan tidak mematahkan semangat saya

Page 32: Proposal Full(Artikel Edu)

32

untuk belajar.

14. Saya sedar tujuan saya datang ke sekolah ialah untuk

memperolehi ilmu pengetahuan

15. Saya lebih suka membuat keputusan sendiri daripada

mengikut kawan-kawan.

Bahagian D: Pandangan responden

Apakah matlamat anda belajar?

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………

Page 33: Proposal Full(Artikel Edu)

33

____________________________SOALAN TAMAT____________________________

SEKIAN DAN TERIMA KASIH