promosi seni anyaman masyarakat iban yang … seni anyaman masyarakat iban... · borang pengesahan...

24
PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG DILAKSANAKAN OLEH MAJLIS KRAF SARAWAK (MKS) O'Shea Anak Tinggom Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2012

Upload: vongoc

Post on 21-Apr-2018

288 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG DILAKSANAKAN OLEH MAJLIS KRAF SARAWAK (MKS)

O'Shea Anak Tinggom

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2012

Page 2: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Punt Khidmat Makinmat Altademik UNIVERSPI'I MALAYSIA SAAWAK

P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

UNIMAS

IIIIIIIIIIIIIIIIII

1000273073 ` PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IRAN YANG DILAKSANAKAN OLEH

MAJLIS KRAF SARAWAK (MKS)

O'SHEA ANAK TINGGOM (22884)

Projek ini merupakan salah sätu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2012

Page 3: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL: KEBERKESANAN MAJLIS KRAF SARAWAK (MKS) MEMPROMOSIKAN SENI TENUNAN MASYARAKAT IRAN DALAM MELIBATKAN GOLONGAN BELIA

SESI PENGAJIAN: 2008 / 2009

Saya O'SHEA ANAK TINGGOM (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi 5. *sila tandakan 0

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

Tandatangan Penulis Tarikh: 19 'ý uN 7-0 11

Alamat Tetap: TIR UJAK PENGANSAH, 95800, ENGKILILI, SARAWAK

Tandatan

Ian Penyelia

Tarikh: c7 ý /` ý, Z

Catatan: * Teeis / Laporan dimakaudkan aebagai tesia bagi ljazah Doktor Falaafah. Sarjana dan Sarjana Muda ` Jika Teeis / Laporan ini SULIT atau TERHAD. sila lampirkan surat daripada pihak berkuaea I organieaai

berkenaan dengan menyatakan aekali sebab dan tempoh teaial laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

atau TERHAD

Page 4: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian penyelidikan dalam hasil penulisan ilmiah / tesis ini telah

digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada

universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

/uký - (O'SHEA ANAK TINGGOM)

No. Matrik: 22884

Page 5: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Projek bertajuk `Promosi Seni Anyaman Masyarakat Than Yang Dilaksanakan Oleh Majlis

Kraf Sarawak (MKS)' telah disediakan oleh O'shea Anak Tinggom dan telah diserahkan

kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda

Seni Gunaan dengan Kepujian PengurusanSeni.

Di terima untuk diperiksa oleh:

(Dr. NoriaAnakTugang)

Tarikh:

16

Page 6: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dapat juga saya menyiapkan tesis saya yang telah

diusahakan selama ini yang bertajuk "Promosi Seni Anyaman Masyarakat Than yang

Dilaksanakan Oleh Majlis Kraf Sarawak (MKS)". Tesis ini amat penting buat saya kerana

merupakan keperluan untuk bergraduat. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada penyelia saya iaitu Dr. Noria Anak Tugang kerana beliau telah banyak

memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Seterusnya setinggi-tinggi terima kasih

kepada informan yang telah memberikan kerjasama dan membantu dari segi memberkan

maklumat berkenaan dengan tajuk kajian ini. Selain itu, terima kasih juga kepada kedua-dua

ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tesis

ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya

bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-

sama berhempas pulas dalam menyiapkan kajian masing-masing. Bantuan kalian dari segi

informasi dan tempat untuk saya membuat rujukan mengenai cara membuat tesis amat saya

hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak

akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya

secara langsung atau secara tidak langsung sepanjang kajian ini saya dijalankan.

Page 7: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

ftsat iC6ämat MaklumatAkudemtk UMVERSITI MALAYSIA SÄRAWAK

ISI KANDUNGAN

Halaman Halaman Ta'uk Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan Tandatangan Pen elia Pen har aan Jadual Isi Kandungan Abstrak Abstract Bab 1 Pendahuluan

1.1 Pen enalan 1-13 1.2 Permasalan Ka'ian 14 1.3 Soalan Ka'ian 15

1.4 Ob'ektif Ka'ian 16 1.5 Hi tesis Ka'ian 17 1.6 Skop Kajian

1.6.1 Lokasi Kajian 1.6.2 Limitasi Kajian

17-18 18 19

1.7 K entin an Kajian 20-21 Bab 2 Sorotan Kesusasteraan

2.1 Promosi 22-23 2.2 Seni Anyaman 23-27 2.3 Masyarakat Than 28-30 2.4 Rumusan 30

Bab 3 Metodologi Penyelidikan 3.1 Pengenalan 31 3.2 Data Sekunder

3.2.1 Kajian Ke ustakaan' 31-32

3.3 Data Primer 3.3.1 Kaedah Kajian Lapangan

3.3.1.1 Kaedah Pemerhatian 3.3.1.2 Kaedah Temubual / Temuramah

32 32-33 33-34

3.4 Instrumen Ka'ian 34 3.5 Rumusan 34

Page 8: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Bab 4 Analisa Data dan Dapatan Kajian 4.1 Analisa Data 35-42 4.2 Dapatan Kajian

4.2.1 Promosi 4.2.2 Keberkesanan Promosi

43 44

4.3 Rumusan 44 Bab 5 Kesimpulan dan Cadangan

5.1 Kesimpulan 45-46 5.2 Cadangan 47-48

Bibliografi 49-53 Lampiran 54-67

Page 9: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

ABSTRAK

Kajian adalah berkenaan dengan promosi seni kraftangan anyaman yang dijalankan oleh

sebuah badan berkanun iaitu Majlis Kraf Sarawak. Majlis Kraf Sarawak merupakan sebuah pusat

pengumpulan hasil-hasil kraftangan yang akan dijual kepada pelancong dan juga masyarakat

tempatan. Fokus kajian adalah seni anyaman masyarakat Than dan masyarakat Than merupakan

etnik yang terbesar di Sarawak. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti cara yang

digunakan oleh Majlis Kraf Sarawak dalam mempromosikan anyaman untuk menarik minat

masyarakat Iban, meneliti keberkesanan promosi yang telah dilaksanakan oleh Majlis Kraf

Sarawak dan mencadangkan promosi yang lebih berkesan untuk dilaksanakan oleh Majlis Kraf

Sarawak. Permasalahan kajian adalah masyarakat Than kurang prihatin dengan seni anyaman

Than, justeru itu, seni anyaman Than semakin pupus dan terdapat segelintir golongan belia

mewarisi ilmu seni anyaman kerana kurang berminat. Hipotesis kajian adalah sekiranya Majlis

Kraf Sarawak tidak menjalankan promosi seni anyaman dengan lebih berkesan masyarakat Than

akan kurang prihatin terhadap anyaman dan anyaman Than akan mengalami kepupusan.

Seterusnya, hipotesis kajian adalah sekiranya Majlis Kraf Sarawak melakukan penambahbaikan

promosi seni anyaman, masyarakat akan memberi tindak balas positif dan lebih menghargai seni

warisan seperti seni anyaman dan berusaha untuk mempelajari seni anyaman agar dapat

diperturunkan kepada generasi akan datang.

Page 10: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

ABSTRACT

The research is all about the promotion of the Iban's plait crafts that have been done by

an organization as known as Sarawak Craft Council. The Sarawak Craft Council was an

organization that play role as a centre of crafts that they sell the crafts to the tourist and also to

the local people. This research also focuses on the lban's plait as the Than was the biggest ethnic

in Sarawak. The objective of this research is to identify on how the Sarawak Craft Council

manage to promote the lban's plait to gain the Than society interest on the Iban's plait, to analyze

the promotion that have been done by the Sarawak Craft Council and to suggest more effective

promotional strategy that should be done by the Sarawak Craft Council. The issue about this

research is the Than peoples pay less attention on their own lban's plait crafts and the crafts are

getting extinct and there are also the young people of Than did not interested in the Iban's plait

crafts. The hypothesis of this research is if the Sarawak Craft Council did not promote the lban's

plait crafts in more effective ways, the Than people will pay less attention on it and the crafts will

be extinct. The hypothesis also are, if the Sarawak Craft Council improve the way of their

promotional strategy the Than society will give the positive feedback and they will appreciate

their own valuable heritage and manage to learn on how to do the plaiting so that they can teach

the next generation.

Page 11: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

BAB 1:

PENDAHUZUAN

1.1 PENGENALAN

1.1.2 MAJLIS KRAF SARAWAK

Majlis Kraf Sarawak adalah sebuah organisasi yang separuh swasta dan

separuh kerajaan. Merupakan sebuah badan berkanun dan non profit organisation

dan Datuk Gramong Juna merupakan Chairman serta Secretary adalah Datuk Haji

Chaiti Bolhassan. Organisasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan terdiri

daripada 8 orang kakitangan. Majlis Kraf Sarawak berfungsi sebagai tempat

pengumpulan hasil seni kraftangan, membantu mempromosi dan mengkormesialkan

hasil kraftangan etnik di Sarawak iaitu Iban, Orang Ulu, dan lain-lain.

Selain itu, Majlis Kraf Sarawak (MKS) juga merupakan sebuah agensi yang

aktif dalam mengembangkan dan mempertingkatkan industri kraftangan Sarawak

dari perusahaan kecil-kecilan ke taraf yang lebih global. Pendedahan seperti ini dapat

membantu mengekalkan kemahiran artistik yang dimiliki oleh individu yang

berkemahiran agar tidak lenyap dan pupus dengan peredaran zaman.

1

Page 12: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Tambahan pula, promosi yang dijalankan oleh Majlis Kraf Sarawak (MKS)

secara tidak langsung dapat membantu dalam menambahkan sumber pendapatan dan

menaik taraf hidup penduduk kawasan pedalam yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Majlis Kraf Sarawak turut bertindak bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan

yang lain dalam pembangunan kraftangan di Sarawak.

Menurut Rahah Haji Hasan, Faridah Sahari dan Terry Lucas dalam penulisan

mereka iaitu Sustaining The Indigenous Craft Of Sarawak, Majlis Kraf Sarawak

ialah satu institusi penting bagi kaum bumiputera di Sarawak. Sejak 1975, objektif

utamanya ialah untuk mengesahkan kepentingan dalam memelihara pengeluaran kraf

daripada 25 kumpulan etnik yang terdiri daripada etnik-etnik tinggal di seluruh

Sarawak. Kraf-kraf yang dihasilkan menuttjukkan hasil daripada hutan tropika

. seperti rotan, buluh atau pandanus.

Menyedari tentang hal itu, untuk mengekalkan penghasilan kraf oleh

masyarakat pribumi, mereka bukan sahaja perlu bertanggungjawab dalam

meawariskan kemahiran kepada generasi akan datang malah bertanggungjawab

dalam menyediakan bahan mentah agar dapat memastikan pengeluaran kraf yang

asli.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Majlis Kraf Sarawak telah

mengadakan pelbagai program dan program yang utama adalah mengajar masyarakat

pribumi supaya menyediakan atau menghasilkan bahan-bahan mentah sendiri

berbanding dengan terlalu bergantung dengan bahan mentah dari hutan atau membeli

bahan mentah yang mahal dari luar kampung.

2

Page 13: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Sejak darf awal lagi, banyak jabatan kerajaan yang telah menyedari tentang

kepelbagaian budaya yang unik dan kaya di Sarawak. Seni tradisional dan kraftangan

telah mendapat sokongan dan promosi yang berterusan darf pelbagai badan bukan

kerajaan dan agensi-agensi kerajaan seperti Agricultural Department yang telah

membantu dalam mengendalikan pameran tahunan dan mendapat tajaan daripada

Sarawak Museum Department.

Kesedaran tentang pentingnya memelihara kesenian dan keindahan

kraftangan setiap kumpulan etnik di Sarawak menyebabkan pembentukan Sarawak

Arts Council pada tahun 1957. Objektif-objektif pembentukan adalah untuk

memastikan kelangsungan warisan di Sarawak untuk generasi pada masa akan

datang melalui galakkan dan promosi terhadap amalan dan penghargaan seni dan

hasil kraf dan mengkoordinasi aktiviti-aktiviti kakitangan organisasi.

Majlis Kraf Sarawak telah di bentuk sebagai sebuah organisasi yang

terancang di antara persatuan-persatuan sosial lain di Sarawak pada masa tersebut.

Ahli-ahli Majlis Kraf Sarawak pada tahun 1957 adalah antaranya; The British

Council, The Sarawak Library, Radio Sarawak Sarawak Museum, Sarawak Music

Society, Kuching Art Club dan Kuching Dramatic Society. Sepanjang tahun-tahun

seterusnya, banyak organisasi kerajaan telah menjadi ahli kepada Majlis Kraf

Sarawak untuk menyumbang kepakaran mereka dalam bidang masing-masing.

3

Page 14: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Secara tidak langsung ahli dari organisasi bukan kerajaan telah bertukar ganti

kerana perubahan dari segi policies. Selepas penubuhan Majlis Kraf Sarawak pada

tahun 1957, Arts Council telah mendapat bahawa organisasi ini telah menghadapi

masalah kekurangan dana dan kesannya adalah tidak dapat menjalankan aktiviti yang

dapat memberikan pulangan. Berdasarkan laporan dalam Sarawak Gazette pada 28

Februari 1962, dengan sedihnya Majlis Kraf Sarawak telah dinyatakan sebagai;

"... never been able to pursue effectively one of the objects set out in its

constitution, namely the fostering of the arts and crafts of Sarawak"

Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 1962 satu dana yang berjumlah besar

telah diberikan kepada Majlis Kraf Sarawak untuk meneruskan operasi dan untuk

membina Sarawak Arts and Crafts Centre di Kuching. Ini telah menyebabkan Art

Council untuk membeli kraftangan secara terus daripada pengeluar-pengeluar

kraftangan dan membentuk satu strategi pemasaran untuk produk tersebut.

Tujuan mereka adalah untuk menggalakkan orang-orang yang berkemahiran

di kawasan luar Bandar untuk menyambung dan meningkatkan produktiviti melalui

perjanjian-perjanjian dengan Majlis Kraf Sarawak untuk membeli hasil seni secara

tetap.

Pada tahun 1966, Art Council telah disegarkan semula dan terdapat Term of

References yang baru untuk majlis telah di dirangka oleh Sarawak Museum

Department dengan tujuan-tujuan bare termasuklah pemeliharaan dan pengawetan,

mempromosi hasil seni kraftangan negeri Sarawak, memelihara keindahan warisan

dan meningkatkan pekerj a-pekeI a mahir kepada kehidupan yang lebih terj amin.

4

Page 15: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Nusat Khidmat Maklumat Akademik UNºVERSITI MALAYSIA SÄRAWAK

Anggota baru dalam majlis terdiri daripada golongan kerajaan yang akan

dapat membentuk suatu undang-undang tambahan bersifat siap sedia untuk

memastikan kejayaan penubuhan Art Council. Pelancaran rasmi Majlis Kraf Sarawak

adalah pada 1997, oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu, Pehin Sri Haji Abdul Taib

Mahmud. Majlis juga termasuk memperkenalkan logo barn mereka.

(; ambar 1.1

5

Page 16: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

1.1.3 PROMOSI

Menurut Dommermuth (1989), promosi adalah merupakan satu bentuk atau

cara komunikasi. yang bertujuan untuk golongan tertentu untuk menerima pendapat,

konsep dan produk. Selain itu, dalam proses mempromosi juga amat memerlukan

strategi yang efektif. Cara komunikasi yang berkesan dengan pengguna juga amat

penting dalam mempromosikan produk agar dapat memujuk para pengguna.

Manakala menurut Susan Ward, promosi adalah satu proses berkomunikasi

dengan orang awam dalam satu percubaan untuk mempengaruhi mereka kearah

membeli barangan atau perkhidmatan. Promosi berbeza dengan pengiklanan

(advertising), hal ini, kerana promosi adalah lebih luas. Manakala pengiklanan pula

hanya satu aktiviti tertentu yang digunakan untuk menggalakkan produk atau

sesebuah perkhidmatan.

Promosi juga merupakan satu istilah umum iaitu termasuklah semua cara-cara

yang digunakan untuk membuat produk atau perkhidmatan untuk tujuan

mendapatkan pembeli dan pelanggan. Secara umumnya, promosi adalah merujuk

kepada aktiviti yang dapat menggalakkan perniagaan, produk atau perkhidmatan.

Seterusya adalah promosi yang ditakriflcan oleh Adina Genns adalah promosi

yang pada dasarnya adalah satu cara penyebaran perkataan tanpa pengiklanan.

Contohnya, dari hadiah Kemeja-T percuma ke pelancaran parties maka bermulalah

jualan tiket dan juga kempen, terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan sesuatu

aktiviti atau produk tanpa mengeluarkan modal seperti pengiklanan.

6

Page 17: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Tambah Adina Genns lagi promosi jualan adalah proses yang mendesak

pelanggan atau pengguna yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk. Promosi

jualan di reka bentuk untuk digunakan apabila taktik atau teknik jangka masa pendek

untuk peningkatan jualan.

1.1.4 SENI ANYAMAN

Menurut buku yang bertajuk Than Baskets yang ditulis oleh Jean-Francois

Blehaut masyarakat Than amat menyukai bakul anyaman yang mereka hasilkan.

Mereka amat mementingkan skills yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu

anyaman dan sentiasa ingin menghasilkan anyaman yang paling cantik.

Ngayau merupakan peperangan untuk mendapatkan antu palak dan dapat

menaik taraf dan status sosial seseorang lelaki than, manakala bagi wanita Than pula

kemahiran menenun atau dikenali sebagai kayau indu (women's war) dapat

menentukan taraf sosial seseorang wanita Than tersebut. Namun wanita yang

berkemahiran dalam anyaman turut mendapat perhatian dalam masyarakat Than dan

untuk status sosial walaupun tidak setanding dengan status orang yang pandai

menenun.

7

Page 18: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Sememangnya aktiviti menganyam dilakukan oleh kaum wanita Iban,

manakala lelaki Than pula lazimnya berperanan untuk mendapat material untuk

anyaman seperti Rotan, Danan, Senggang, Bemban dan juga Buluh, namun terdapat

juga segelintir kaum lelaki Than yang turut mempunyai kemahiran dalam anyaman.

Wanita Than akan belajar menganyam seawal umur 13 tahun iaitu sebagai

permulaan mereka akan menganyam anyaman yang mudah seperti Raga (Small

Pouches) dan Baka (Storage Baskets). Antara jenis anyaman adalah seperti tikar,

anyaman bakul dan juga barangan anyaman yang digunakan dalam kehidupan

seharian masyarakat Iban. Selain itu juga, Jean-Francois Blehaut juga menyatakan

beberapa fungsi anyaman bakul iaitu antaranya adalah untuk menggalas kayu api

(firewood) dan untuk membawa ikan yang telah ditangkap dari sungai serta buah-

buahan hutan.

Manakala dalam pertanian, anyaman bakul berfungsi untuk membawa benih

padi ke huma, digunakan juga oleh masyarakat Than dalam proses menyemai padi

iaitu anyaman bakul digunakan untuk menyimpan benih padi, anyaman bakul turut

digunakan semasa menuai padi dan akhirnya untuk membawa padi yang telah dituai

pulang ke rumah panjang semula. Di samping itu, menurut Jean-Francois Bleahaut

menyatakan bahawa terdapatnya perhubungan di antara peralatan dan ritual iaitu

Dara Lenyok (the feminine spirit of the finely patterned sowing basket) juga Apai

Membuas (incharge of the head baskets).

8

Page 19: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Terdapat pelbagai jenis tikar antaranya adalah tikar Lampit yang diperbuat

daripada rotan (wi) dan juga tali. Selain itu, terdapat juga tikar Bemban, tikar Bidai,

dan Perampan. Manakala anyaman bakul pula adalah Baduk, Sintong, Raga',

Kerising, Uyut, dan Lanji'. Seni anyaman yang menjadi kegunaan harian masyarakat

Than pula adalah Tanggi yang berfungsi sebagai topi dan dapat menjadi perlindungan

daripada cahaya matahari dan hujan.

Manakala Capan pula digunakan untuk Ngebau Padi iaitu proses untuk

memisahkan beras dengan kulit, dan juga Pemansai yang digunakan oleh orang Than

untuk menangkap ikan. Selain itu, anyaman yang dihasilkan oleh masyarakat Than

turut mempunyai fungsi lain iaitu untuk fungsi Ritual dan digunakan dalam upacara

Miring dan juga Ngiling Bidai iaitu dikenali sebagai majlis penutupan perayaan Hari

Gawai.

Motif yang digunakan dalam anyaman adalah bermotiflcan flora, fauna,

binatang atau serangga dan juga hantu Indai Guruk. Dalam masyarakat Than motif

yang sering digunakan adalah motif Anyaman Buah seperti Buah Mata Ulat, Buah

Mata Tinso, Buah Rama-Rama, Buah Lelambak, Buah Tabak / Bilun, Mata Empunak

Bekurung, Buah Siku Enseluai (Ikan), Buah Punggu, Buah Indai Guruk.

Terdapat pelbagai jenis bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan

anyaman, antara bahan-bahannya adalah seperti Buluh / Engkalat, Rotan (Wi), Dahan

Rumbia, Bemban, Bemban Air, Batu, Senggang, Danan, Tekalong dan Tali Gagat.

Manakala, peralatan yang digunakan adalah seperti Lunggak, Gunting, Kukut dan

Sukal.

9

Page 20: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

1.1.5 MASYARAKAT IRAN

Asal usul masyarakat Than menurut Traude Gavin (2004) adalah, "tempat asal

mereka tidak dapat ditentukan, tetapi ada bukti-bukti yang menunjukan bahawa

orang Than pernah tinggal di kawasan Hulu Kapuas dan Ketungau di Kalimantan

Barat, Indonesia sebelum berpindah ke Sarawak. Orang Than dipercayai telah datang

ke kawasan Sarawak pada awal tahun 1540".

Selain itu jugs, menurut Benedict Sandin (1967), "kaum Than bertumpu di

bahagian barat laut Kepulaun Borneo. Kebanyakan kaum Than kini tinggal di negeri

Sarawak dan terdapat juga sebilangan kaum Than di Kalimantan Barat, Indonesia,

iaitu disebuah kawasan di sekitar Sungai Kapuas".

Walaubagaimanapun, "kesan daripada corak pertanian pindah yang mereka

amalkan pada hari ini, didapati orang Than terdapat di kesemua kawasan bahagian

negeri Sarawak, terutamanya di bahagian Sri Aman, Samarahan, Betong, Sarikei,

Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Orang Than pada suatu ketika dahulu, lebih dikenali

dengan panggilan `Sea Dayak' dalam kalangan warga asing. Panggilan tersebut

adalah disebabkan mereka biasanya bergerak di kawasan laut sebagai lanun dan juga

sebagai pelayar yang handal. Orang Than dikategorikan ke dalam kumpulan Melayu

Proto, iaitu sama dengan orang Melayu Sumatera dan Semenanjung Malaysia"

(Derek Freeman, 1955: 6).

10

Page 21: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

"Pada zaman dahulu, rumah panjang masyarakat Than biasanya dibina di

tebing sungai kerana sungai merupakan perhubungan dan pengangkutan utama di

kawasan pedalamam terutamanya di negeri Sarawak. Pada masa kini, ramai juga di

antara mereka yang telah bekerja dan terus menetap di bandar-bandar seperti

Kuching dan Miri" (Jurnal Melayu (7) 2011: 303 - 316).

Menurut buku yang ditulis oleh Jean-Francois Blehaut yang bertajuk Than

Baskets (Sarawak Literary Society), masyarakat Than adalah masyarakat yang tinggal

di rumah panjang di Borneo dan dianggarkan seramai 500,000 orang tetapi melalui

hasil daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, masyarakat Than

adalah seramai 713,421 orang yang juga merupakan kaum yang terbesar di Sarawak.

Menurut buku ini juga masyarakat Than menjalankan aktiviti pertanian iaitu dengan

menanam padi bukit.

Masyarakat Than juga merupakan etnik yang tinggal di tepi sungai dan sungai

merupakan punca air yang menjadi kepentingan masyarakat Than, mereka turut

menjalankan aktiviti bercucuk tanam, manangkap dan menuba than, memburu dan

menjerat binatang serta memanfaatkan hasil hutan yang dapat dijadikan sebagai

sumber kehidupan. Sarawak sememangnya terkenal dengan hutan yang kaya dengan

tumbuh-tumbuhan seperti kayu-kayan, rotan, tumbuh-tumbuhan yang dapat

digunakan untuk menghasilkan kraftangan.

11

Page 22: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Selain itu, orang Than khasnya kaum lelaki Pegi / Bejalai / Belelang atau

Bekuli ke tempat lain iaitu mencari rezeki di tempat lain dengan melakukan

pekerjaan dan kemudiannya mereka akan di bayar gaji berdasarkan kepada sesuatu

jenis pekerjaan itu (Noria Anak Tugang, 2011). Dalam kehidupan masyarakat Than

terdapat aktviti yang dilakukan oleh wanita Than iaitu menghasilkan anyaman dan

barangan yang siap dianyam adalah menjadi kegunaan harian seperti penggunaan

Baduk yang digunakan untuk membawa padi.

Segolongan besar masyarakat Than masih melibatkan diri di dalam kegiatan

pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Masyarakat Than pada zaman

dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (Berimba) atau

Berumpang Kampong bagi tujuan penanaman padi bukit dan paya. Aktiviti

penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk

mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak.

Bagi masyarakat Iban, sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia

merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi oleh masyarakat,

seorang yang dianggap pandai serta merupakan seorang yang rajin. Justeru itu,

masyarakat Than pernah dianggap sebagai salah satu mäsyarakat yang terkenal

dengan penanaman padi bukit. Selain itu juga, orang Than yang tinggal di rumah

panjang masih menjalankan aktiviti memburu binatang dan menjerat binatang serta

mendapatkan sumber-sumber hutan untuk tujuan mendapatkan bekalan makanan dan

juga untuk kegunaan perubatan.

12

Page 23: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

Pada hari ini, sebahagian orang Than mula menetap di bandar-bandar besar di

Sarawak, kebanyakan generasi baru masyarakat Than mempunyai pengetahuan yang

tinggi dan mempunyai kelayakan pendidikan serta ada juga yang berkerja di dalam

sektor awam mahupun sektor swasta.

SABAH , ýýýs BRUNE(/, r'N LiMb4ngý

(; `_ ý;

N

Bintulu

Mukah a Dalat KýMatu Daro

ý

uw-%+". 3ri Amali -.. ýý5

LIIZSARAWAK' 5. ý,

ý' .

- Kapft " Kanowit

Sibu "S+bu Rural N marx: onn b jllläu

.. ._

Ya\f'

Peta Negeri Sarawak 1.1

13

Page 24: PROMOSI SENI ANYAMAN MASYARAKAT IBAN YANG … seni anyaman masyarakat Iban... · Borang Pengesahan Status Laporan Pengesahan dan ... of crafts that they sell the crafts to ... one

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Seni anyaman masyarakat Than sememangnya telah wujud sejak lama dahulu

lagi dan keunikan seni anyaman Than amatlah tinggi nilainya. Wanita Than yang

berkemahiran dalam menganyam boleh dikategorikan sebagai golongan yang

dihormati walaupun statusnya tidaklah setaraf dengan wanita Than yang pandai

menenun. Pada zaman dahulu kanak-kanak akan belajar menganyam pada usia

seawal tiga belas tahun dan mereka akan menganyam anyaman yang mudah dan

ringkas seperti anyaman Raga ' dan Baka'.

Dalam kajian ini, permasalahan kajian adalah masyarakat Than kurang

prihatin dengan seni anyaman Iban. Oleh yang sedemikian seni anyaman masyarakat

Than semakin pupus dan terdapat segelintir golongan belia yang tidak mewarisi ilmu

seni anyaman kerana disebabkan oleh rasa kurang minat pada diri golongan belia

tersebut. Terdapat juga masyarakat Than yang tidak peka dengan promosi yang

dijalankan Majlis Kraf Sarawak (MKS).

Pengkaji akan menghuraikan permasalahan kajian yang sedang melanda seni

anyaman masyarakat Iban. Selain itu, untuk permasalahan ini pengkaji akan

mengkaitkan ia dengan promosi yang dijalankan oleh Majlis Kraf Sarawak dan

memberi cadangan agar petmasalahan kajian iaitu masyarakat Than kurang prihatin

dengan seni anyaman Than dapat diatasi dan seni warisan dari nenek moyang dapat

dikekalkan.

14