program masyarakat

7
AKTIVITI 1: PENCARIAN DOKUMEN BERKENAAN DENGAN KHIDMAT MASYARAKAT YANG DIPILIH (T1A1) 1.0 PENGENALAN Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan pula. Amalan murni ini sudah mula tertanam dalam diri semua masyarakat di negara ini kerana sudah wujud pelbagai persatuan yang menjurus untuk membantu golongan yang sebegini di negara kita ini. Lantaran itu, memang ada banyak impak positif yang timbul dalam jiwa individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. 1.1 KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ORANG TUA PUSAT JAGAAN AL FIKRAH MALAYSIA Rumah warga tua adalah sebuah institusi kebajikan yang memberi penjagaan dan perlindungan penuh kepada warga tua yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung kehidupan sendiri oleh sebab tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan . 1.1 Tujuan dan matlamat 1. Untuk menempatkan penghuni-penghuni terdampar lelaki dan wanita miskin yang tiada tempat tinggal. Penghuni yang dicadangkan adalah seperti penghuni terdampar tanpa waris, warga emas, orang kurang upaya, mualaf/saudara baru dan bekas-bekas pesakit hospital.

Upload: afiqhazim

Post on 14-Jul-2016

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Rumah Kebajikan

TRANSCRIPT

Page 1: Program masyarakat

AKTIVITI 1:   PENCARIAN DOKUMEN BERKENAAN DENGAN KHIDMAT MASYARAKAT YANG DIPILIH   (T1A1)

1.0 PENGENALAN

Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan

masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan pula.

Amalan murni ini sudah mula tertanam dalam diri semua masyarakat di negara ini

kerana sudah wujud pelbagai persatuan yang menjurus untuk membantu golongan

yang sebegini di negara kita ini. Lantaran itu, memang ada banyak impak positif yang

timbul dalam jiwa individu yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini.

1.1 KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ORANG TUA PUSAT JAGAAN AL FIKRAH MALAYSIA

Rumah warga tua adalah sebuah institusi kebajikan yang memberi penjagaan

dan perlindungan penuh kepada warga tua yang tidak mempunyai pendapatan untuk

menampung kehidupan sendiri oleh sebab tidak berkemampuan dari segi fizikal dan

kewangan.

1.1 Tujuan dan matlamat

1. Untuk menempatkan penghuni-penghuni terdampar lelaki dan wanita miskin

yang tiada tempat tinggal. Penghuni yang dicadangkan adalah seperti penghuni

terdampar tanpa waris, warga emas, orang kurang upaya, mualaf/saudara baru

dan bekas-bekas pesakit hospital.

2. Untuk memenuhi keperluan sementara dan kekal penghuni miskin, tidak

berkemampuan serta tidak mempunyai saudara mara atau bermasalah sosial.

3. Pesakit yang menerima rawatan jangka panjang yang tidak memerlukan mereka

tinggal di dalam wad kerana ini akan mengakibatkan kepadatan wad dan akan

terdedah kepada risiko jangkitan penyakit. Sebaliknya pesakit-pesakit ini hanya

perlu mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital dan keadaan inilah

memerlukan tempat tinggal sementara sehingga mereka pulih sepenuhnya atau

boleh berdikari.

Page 2: Program masyarakat

4. Memberi peluang dan keselesaan kepada individu bermasalah penempatan dan

merasai mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat yang

perlukan pembelaan.

1.1.2 Kepentingan

1. Sebagai transit kepada kes-kes terdampar sehingga mana waris dapat dikesan

atau penempatan kekal yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan

Masyarakat atau Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan.

2. Menjalankan tanggungjawab sosial bagi membantu kerajaan menangani

masalah sosial khususnya dari segi keperluan penempatan.

1.1.3 Cabaran yang di hadapi 1. Perlu merancang program yang sesuai untuk mengambil hati warga emas yang

berada di rumah orang tua itu. Tahap pemikiran warga emas juga merupakan

satu cabaran kerana perbezaan umur seseorang serta emosi warga emas itu.

2. Memerlukan sumbangan dari pelbagai pihak untuk program ini agar dapat

membantu dan menampung kos bagi menjayakan progam khidmat masyarakat

ini.

1.1.4 Pesera/penerima program khidmat masyarakat

Syarat-syarat kelayakan bagi penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah :

1. Warga emas berumur 60 tahun ke atas.

2. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup.

3. Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk

memberi sumbangan.

Kategori Penghuni Yang Tidak Diterima :

1. Penagih Dadah/Arak/Gam

2. Penghidap HIV/AIDS

3. Gangguan Kesihatan Mental

4. Menghidap penyakit berjangkit seperti Tibi dan seumpamanya.

Page 3: Program masyarakat

1.1.5 Sumber-sumber yang diperolehi

1. Memohon sumbangan dari badan-badan korporat dan individu korporat

2. Sumbangan derma dari masyarakat umum rnelalui tong derma, sedekah dan

infak.

3. Bantuan peralatan- Kemudahan prasarana yang lengkap untuk golongan warga

emas yang memerlukan bantuan peralatan untuk menguruskan diri.

1.1.6 Kaedah dan pendekatan yang digunakan

1. Menyediakan kemudahan tempat tinggal dan prasarana yang lengkap untuk kegunaan

warga tua.

2. Menyediakan aktiviti yang berfaedah untukmengisi masa lapang seperti aktiviti rohani,

berkebun, beriadah dan lain-lain.

3. Mengadakan hari terbuka kepada orang awam untuk beramah mesra dan berkunjung

untuk menghiburkan warga tua.

4. Menjual hasil kraftangan yang dibuat oleh warga tua untuk mendapatkan pendapatan

sampingan kepada mereka.

2.0 KHIDMAT MASYARAKAT RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR IMAN

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Rumah Anak Yatim NUR IMAN diasaskan oleh Ustaz Badrul Huzaini bin Mohd

Yusof pada 20 Disember 2010 dengan bantuan sahabat-sahabat yang komited

terhadap kerja-kerja kebajikan. Diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan

Miskin Nur lman, sebuah NGO yang berdaftar. NUR IMAN berusaha sedaya upaya

untuk menyediakan alternatif belajar bagi pelajar-pelajar anak yatim dan miskin yang

tidak cemerlang belajar akademik mengikuti pembelajaran aliran agama (pondok) agar

kehidupan mereka terisi dengan aktiviti yang boleh membina insan yang bertaqwa,

InsyaAllah. Bagi pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran akademik, NUR IMAN

berusaha membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi

membentuk generasi anak yatim yang cemerlang akademik dan cemerlang

penghayatan agarna.

Page 4: Program masyarakat

2.2.1 Tujuan dan matlamat

a) Membantu anak yatim dan miskin yang tidak berkemampuan dengan

menyediakan tempat tinggal, bantuan persekolahan dan keperluan yang lain.

b) Membina sahsiah anak-anak yatim dan miskin supaya melahirkan keperibadian

mulia dan unggul serta taat kepada perintah Allah.

c) Berusaha melahirkan para Huffaz yang terdiri dari anak yatim dan miskin.

2.2.2 Kepentingan

1. Mengumpul dana bagi Tabung NUR IMAN bertujuan menguruskan perbelanjaan

serta bantuan kepada anak-anak yatim dan miskin.

2. Menguruskan bantuan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada anak yatim

dan miskin.

3. Menggembeling mereka yang bersimpati terhadap anak yatim dan miskin supaya

dapat memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan idea untuk membela

golongan tersebut.

2.2.3 Cabaran yang di hadapi

1. Mempunyai latar belakang murid yang berbeza-beza dari segi sosioekonomi

mahupun sosiobudaya.

2. Mereka mudah merasa terpinggir, kurang sokongan dan mengalami perubahan

pada peribadi mereka.

2.2.4 Peserta program khidmat masyarakatSyarat kelayakan untuk masuk ke Rumah Anak Yatim Nur Iman:

i. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah

ii. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa.

iii. Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti.

iv. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta

Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.

v. Kanak-kanak yang diambil dari ”Program Anak Pelihara” yang

dikendalikan oleh JKM.

Page 5: Program masyarakat

2.2.5 Sumber-sumber yang diperolehi

1. Memohon sumbangan daripada Majlis Agama Islam

2. Menjual Sijil Waqaf Pembangunan NUR IMAN (RM20.00) sekeping

3. Memohon sumbangan dari badan-badan korporat dan individu korporat

4. Rayuan Ramadhan

5. Sumbangan derma dari masyarakat umum rnelalui tong derma, sedekah dan

infak

2.2.6 Kaedah dan pendekatan yang digunakan

.1. Menyediakan kemudahan tempat tinggal dan prasarana yang lengkap untuk kegunaan

anak- anak yatim.

2. Mendaftarkan mereka bersekolah apabila mencapai umur layak persekolahan.

3. Menyediakan pengangkutan untuk keperluan pergi dan balik.

4. Menyediakan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti rohani dan riadah.

5. Mengadakan motivasi dan ceramah untuk memberi semangat dan perangsang kepada

mereka.