problem solving
TRANSCRIPT
SME 3023Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences
(Skillful Problem Solving)
NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI
NO. MATRIK : D20081032225
SEMESTER : 1 (2011/2012)
NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
Apakah masalah guru dan mengapakah masalah itu berlaku?
Standard Pengajaran Professional.
Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif atau jalan
penyelesaian walaupun sesusah mana sekalipun masalah yang dihadapi untuk memastikan
kemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yang bermula dari
pendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuk sektor
pekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21 yang dipenuhi cabaran dan
saingan kuat diantara mereka. Namun begitu, dalam guru ingin mencapai hasrat mereka untuk
mendidik anak bangsa, mereka mempunyai masalah di dalam aspek mencapai standard
pengajaran professional, iaitu akar tunjang bagi merealisasikan impian setiap guru iaitu
membuatkan anak didik mereka berjaya.
Permasalahan yang timbul dari kalangan guru bagi mencapai standard pengajaran yang
professional ialah, guru gagal mewujudkan suasana yang sesuai bagi populasi pelajar yang
berbeza. Masalah kegagalan guru mencapai standard ini ialah, kebanyakkan sekolah tidak
menyediakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai contoh guru pada zaman sekarang ini memerlukan
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membantu mereka mengajar
pelajaran mereka dengan mudah dan juga menjimatkan masa. Sekaligus pendidikan melalui
teknologi maklumat Malaysia adalah tercapai dan mengurangkan masalah pelajar ‘buta IT’.
Selain daripada masalah kemudahan ICT, guru juga turut mempunyai masalah dalam kemudahan
prasarana di sekolah.
Masalah lain yang timbul juga ialah kurangnya penglibatan ibu bapa atau penjaga pelajar
dalam melibatkan diri dengan aktiviti sekolah kerana sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak-
anak mereka. Sebagai contoh satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu hari
pelaporan rekod pelajar. Ibu bapa atau penjaga pelajar gagal menghadirkan diri, implikasinya
ialah kekangan yang dihadapi guru dalam menyampaikan rekod pelajaran pelajar, permasalahan
disiplin pelajar dan lain-lain lagi sehubungan itu menjadi impak besar kepada guru bagi
mencapai standard pengajaran yang professional.
Selain itu, masalah yang timbul dari guru juga ialah tidak dapat mencapai standard
pengajaran yang professional dari aspek guru tidak menguasai isi kandungan pelajaran dan
kurang berpengatahuan. Kekangan ini berlakunya kerana ramai mahasiswa-mahasiswi pada
masa kini menganggur selepas sahaja mereka menamatkan pelajaran mereka di universiti samada
mereka ini bergraduat izajah pendidikan atapun izajah sahaja. Oleh itu, ramai diantara mereka
memohon menjadi guru setelah sekian lama menganggur dan dari sebab itulah ramai guru tidak
menguasai pelajaran mereka bukan sahaja isi kandungan pelajar malah kurangnya kemahiran-
kemahiran lain seperti pedagogi, psikologi, falsafah pendidikan dan lain-lain lagi yang berkaitan
dengan profesion perguruan.
Masalah lain yang timbul ialah guru kurang mempunyai pengetahuan yang luas bagi
mengaitkan pengajaran mereka dengan aplikasi seharian ataupun sejarah. Masalah ini berlaku
kebanyakkan daripada guru yang bukan dari kursus pendidikan. Mereka ini tidak didedahkan
dengan sejarah mahupun aplikasi digunakan dalam kehidupan seharian dalam sesuatu subjek.
Seperti contoh subjek matematik, bagi guru yang bergraduat izajah pendidikan matematik,
mereka akan didedahkan dengan sejarah matematik dan juga aplikasi untuk setiap apa yang
mereka berlajar iaitu dengan mengambil subjek khas yang diwajibkan oleh pihak universiti
seperti contoh ‘History of Mathematics’ dan juga ‘Application of Statistic’. Untuk mencapai
standard pengajaran yang professional adalah tipis sekiranya ramai guru dihasilkan daripada
mahasiswa-mahasiswi yang bukan dari kursus pengajian pendidikan.
MASALAH : GURU GAGAL MENCAPAI STANDARD PENGAJARAN
PROFESSIONAL
Kelebihan Kelemahan Dapat mengeratkan hubungan diantara
ibu bapa atau penjaga pelajar dengan pihak sekolah terutama guru.
Mengurangkan masalah ponteng dan juga sosial pelajar.
Fungsi PIBG terlaksana dan aktif. Keselesaan proses pembelajaran pelajar
terjamin. Menggalakkan kehadiran pelajar ke
sekolah.
Memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak.
Kerahan sumber tenaga manusia yang banyak.
Kelebihan Kelemahan Pengajaran guru lebih teratur dan
mudah difahami oleh pelajar. Guru lebih selesa mengajar subjek
mereka dengan penuh keyakinan. Penjelasan konsep oleh guru lebih
terperinci dan guru boleh mengaitkan pelajaran dengan aplikasi dalam kehidupan.
Guru mahir dengan subjek mereka sendiri.
Guru boleh meyakinkan pelajar dengan kemahiran yang ada.
Peruntukkan wang yang banyak. Proses melaksanakan cadangan yang
memakan masa yang lama.
Langkah 1 : Pihak sekolah hendaklah menyediakan persekitaran yang kondusif dan juga mengajurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan komuniti berhampiran sekolah.
Langkah 2 : Pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia membuat penetapan guru mengajar subjek mereka sendiri dan menyediakan kursus memantapkan isi kandungan pengajaran guru.
Langkah 1 Langkah 2 Pihak sekolah hendaklah
menyediakan persekitaran yang kondusif dan juga mengajurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan komuniti berhampiran sekolah.
Pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia membuat penetapan guru mengajar subjek mereka sendiri dan menyediakan kursus memantapkan isi kandungan pengajaran guru.
Langkah penyelesaian yang terbaik ialah Kerajaan Malaysia, terutama Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa guru hanya boleh mengajar subjek major dan minor mereka sendiri sahaja.
Ibu bapa atau penjaga pelajar hendaklah memberi komitmen yang positif dengan pihak sekolah.
Pihak sekolah terutama guru, perlulah berusaha keras bagi mencapai setiap standard pengajaran professional.
Penyelesaian yang terbaik.
SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
(KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH)
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH
D20081032204
PENSYARAH:
PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK: GURU GAGAL BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAH CARA
PEMBELAJARAN PELAJAR
1. Apakah masalah tersebut?
Masalah tersebut ialah guru gagal bertindak sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar.
Guru hanya masuk ke kelas untuk mengajar semata-mata. Mereka hanya masuk mengajar untuk
menghabiskan silibus tanpa memikirkan cara untuk memudahkan pelajar mereka menerima
sesuatu pengajaran yang diajar.
2. Mengapa wujudnya masalah itu?
Masalah tersebut berlaku kerana terdapat guru-guru tidak mengikut standard pengajaran
guru yang telah dirancangkan. Antaranya ialah guru tidak merancang pengajaran yang sesuai
sebelum memasuki kelas. Pengajaran yang tidak dirancang tidak mampu menarik minat pelajar
semasa proses pembelajaran. Selain itu, terdapat guru yang tidak membuat pemantauan semasa
proses pengajaran berlaku. Pemantauan semasa mengajar penting untuk perancangan pengajaran
kelas berikutnya. Jika pengajaran tersebut didapati tidak sesuai, guru perlulah mengubah
pengajaran mereka.
Selain itu, masalah ini wujud kerana terdapat guru yang tidak mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka. Kebanyakkan guru-guru ini hanya mengajar menggunakan kaedah chalk and
talk semata-mata. Kaedah ini akan membosankan pelajar dan mengurangkan minat pelajar untuk
belajar. Dengan ini, kepelbagaian kaedah pengajaran penting sebagai contoh penggunaan
pelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat
menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik ini dapat
memudahkan pengajaran guru.
Langkah 1 : Merancang Pengajaran Yang Sesuai Kepada Pelajar
KELEBIHANPengajaran lebih tersusun dan sistematik.
Pengajaran yang menarik dapat dihasilkan.
KELEMAHANGuru perlu meluangkan lebih masa untuk merancang pengajaran yang sesuai kepada pelajar.
MASALAH: GURU GAGAL BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAH CARA
PEMBELAJARAN PELAJAR
Langkah 2 : Menggunakan Pelbagai Kaedah Pengajaran
KELEBIHANMengelakkan sesuatu pengajaran tersebut menjadi bosan.
Meningkatkan kefahaman pelajar dengan kepelbagaian cara pembelajaran yang dilaksanakan.
KELEMAHANTidak semua kaedah dapat dilaksanakan seperti kaedah penggunaan komputer tidak dapat dilaksanakan oleh semua sekolah kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan komputer.
Langkah 1 :
Merancang Pengajaran Yang Sesuai Kepada Pelajar
Langkah 2 :
Menggunakan Pelbagai Kaedah
Pengajaran
PENYELESAIAN
TERBAIK
Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini adalah dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
Guru diharapkan agar dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka supaya pengajaran yang dilaksanakan
tidak membosankan pelajar. Hal ini juga dapat
meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran.
Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran diharap dapat
membantu dan memudahkan pelajar dalam pembelajaran
mereka. Dengan ini, diharapkan juga pelajar dapat
meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam
pembelajaran.
SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
(KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH)
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD HUZAIRI BIN HUSIN
D20081032215
PENSYARAH:
PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
TAJUK : STANDARD GURU MALAYSIA (MEMENUHI AMALAN NILAI
PROFESIONALISME KEGURUAN)
1) Apakah masalah tersebut?
Masalah yang akan berlaku apabila guru-guru di Malaysia tidak memenuhi amalan nilai
profesionalisme keguruan ialah kualiti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat mencapai
standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Selain itu, standard atau
kelayakanan seseorang guru itu juga boleh dipertikaikan kerana tidak memenuhi syarat-syarat
profesionalisme keguruan.
Standard Guru Malaysia (SGM) telah diwujudkan atas beberapa sebab terutamanya untuk
kegunaan pelbagai pihak yang terlibat seperti guru, agensi dan institusi latihan perguruan,
pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. Rasional ialah guru akan mengetahui tahap
amalan nilai professionalism keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran (p&p) yang perlu dicapai oleh mereka tinggi bagi mereka menjadi guru
professional dengan berkesan.
2) Kenapa masalah ini berlaku?
Antara yang menjadi faktor utama masalah ini berlaku ialah kebanyakkan guru di
Malaysia tidak mencapai standard yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Standard Guru Malaysia (SGM). Dalam standard
ini, KPM telah menetapkan bahawa guru perlu memenuhi amalan nilai profesionalisme
keguruan. Terdapat tiga domain dalam amalan ini iaitu domain diri, domain profesion dan juga
domain sosial. Sebagai tenaga pengajar yang professional, semua guru perlu memenuhi criteria-
kriteria yang telah ditetapkan.
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
Selain itu, tiada pemantauan daripada pihak atasan juga merupakan salah satu faktor
wujudnya masalah ini. Kebanyakkan guru tidak mematuhi standard yang ditetapkan kerana
mereka tidak dipantau dan tiada tindakan tegas yang dikenakan kepada mereka jika mereka tidak
memenuhi standard yang ditetapkan. Berbanding di negara Amerika Syarikat, guru mereka akan
sentiasa dipantau dan akan ditamatkan kontrak jika tidak mencapai standard yang dikehendaki
oleh jabatan pelajaran negara tersebut.
3) Apakah langkah penyelesaian kepada masalah tersebut?
Pelbagai langkah yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat bagi mengatasi masalah
guru tidak mencapai standard yang ditetapkan. Pertamanya, pihak KPM perlu menganjurkankan
atau memberi kursus kepada semua guru berkaitan tentang SGM. Ini kerana ia penting bagi
menyampaikan hasrat KPM kepada semua guru agar mereka tahu tahap-tahap yang telah
ditetapkan. Di samping itu, SGM boleh menjadi tanda aras kualiti seseorang guru tersebut. KPM
juga boleh melakukan pemantauan bagi memastikan guru-guru di Malaysia mencapai standard
yang diinginkan oleh mereka. Dengan adanya pemantauan, kewujudan SGM akan menjadi lebih
berkesan.
Selain itu, pihak KPM perlu melakukan pemantauan berkala untuk memantau dan
mengenalpasti guru yang bermasalah dan tidak memenuhi amalan nilai profesionalisme
keguruan. KPM boleh mengenakan denda atau hukuman yang lebih tegas agar ia dapat memberi
pengajaran kepada guru-guru lain. Selain itu, dengan adanya pemantauan dari pihak KPM, guru-
guru akan cuba meningkatkan tahap kualiti yang ada pada diri masing-masing untuk
mengelakkan mereka dikenakan tindakan.
Langkah lain yang boleh diambil ialah dengan memberi ganjaran kepada guru yang
mencapai standard yang telah ditetapkan oleh KPM. Contohna seperti guru cemerlang. Pihak
KPM boleh memberi insentif kepada guru-guru yang telah dikenalpasti sebagai guru yang
berkualiti. Dengan adanya ganjaran, ia dapat memberi galakan kepada guru untuk memajukan
diri mereka seterusnya dapat meningkatkan kualiti penngajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
4) Apakah yang akan berlaku sekiranya anda menyelesaikan masalah menggunakan setiap
cara tersebut?
Dengan menyelesaikan masalah menggunakan cara-cara tersebut, standard amalan nilai
profesionalisme keguruan dapat diterapkan dan diamalkan oleh guru-guru di negara Malaysia
dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian dan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Ia juga dapat membantu bagi mencapai hasrat KPM untuk
melahirkhan guru yang berkualiti yangm memenuhi Standard Guru Malaysia (SGM)
5) Apakah cara penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut?
Cara penyelesaian terbaik ialah pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) melakukan pemantauan berkala bagi memastikan semua guru mencapai kualiti atau
standard yang telah ditetapkan. KPM boleh mengambil tindakan sewajarnya jika seseorang guru
itu tiodak memenuhi standard yang dikehendaki oleh KPM. Ini seterusnya dapat meningkatkan
kualiti semua guru di Malaysia dan seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam
pendidikan di Malaysia.
Langkah 1 : Pihak Berwajib Perlu Melakukan Pemantauan Berkala Terhadap Semua Guru di Malaysia
KELEBIHANDapat mengetahui standard guru-guru di Malaysia
Boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru yang bermasalah dan tidak mencapai standard yang ditetapkan.
Kualiti dan amalan profesionalisme keguruan akan meningkat.
KELEMAHANMembebankan pihak KPM yang terpaksa memantau bilangan guru yang ramai di Malaysia
Akan memberi tekanan kepada guru untuk meningkatkan prestasi dan amalan profesionalisme.
MASALAH : STANDARD GURU MALAYSIA (MEMENUHI AMALAN NILAI
PROFESIONALISME KEGURUAN)
Langkah 2 : Menganjurkan Kursus Atau Seminar Berkaitan Standard Guru Malaysia (SGM)
KELEBIHANDapat menyampaikan maklumat tentang Standard Guru Malaysia (SGM).
Guru akan mengetahui standard yang telah ditetapkan oleh KPM
Meningkatkan nilai tahap profesionalisme dalam diri seseorang guru itu.
KELEMAHANKPM terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk menganjurkan kursus dan seminar
Kurang berkesan kerana tiada tindakan yang diambil jika guru tidak mencapai standard yang ditetapkan.
PENYELESAIAN TERBAIK
Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini adalah pihak berwajib perlu melakukan pemantauann berkala terhadap semua guru di Malaysia. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diharapkan agar mengambil tindakan tegas kepada guru yang tidak mencapai standard-standard yang telah ditetapkan iaitu Standard Guru Malaysia (SGM)
Dengan wujudnya Standard Guru Malaysia (SGM), diharapkan ia dapat menjadi penanda aras kepada pelbagai pihak terutamanya guru,sekolah KPM dan institusi pendidikan yang terlibat dalam melahirkan guru. SGM akan dapat membantu melahirkan guru yang profesional dan berkualiti tinggi.
Langkah 1 :
Pihak Berwajib Perlu Melakukan Pemantauan Berkala Terhadap Semua
Guru di Malaysia
Langkah 2 :
Menganjurkan Kursus Atau Seminar Berkaitan Standard Guru Malaysia (SGM)
SME 3023:
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
Assignment:
SKILLFUL PROBLEM SOLVING
Name : Alif Zhafri Bin Mohamad zaki
Matriks No. : D20081032231
Program : Mathematics Education (AT 14)
Semester : I, Session 2011/2012
Lecturer : Prof. Dr. Marzita Puteh
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK : MASALAH GURU DALAM MENUNJUKKAN KEPIMPINAN TERHADAP
PELAJAR DI SEKOLAH
Apakah masalah tersebut?
Pada masa kini, institusi-institusi pendidikan terutamanya sekolah menghadapi masalah dalam
memenuhi kehendak guru-guru yang berkaliber tinggi. Hal ini menyebabkan, sesetengah mata
pelajaran dan sesetengah yang diajar oleh guru-guru yang tidak berkaliber ini menghadapi
masalah. Masalah ini bukanlah tertumpu kepada nasalah akademik namun iai merangkumi
pelbagai aspek yang perlu diberikan perhatian oleh setiap guru dan juga bakal guru.
Malaysia sendiri mempunyai badan yang mana menitikberatkan soal standard keguruan
ini sebagai sesuatu yang penting dalam memenuhi keprluan masa kini. Standar Guru Malaysia
(SGM). Penubuhan badan ini bertujuan menjaga kualiti guru di Malaysia agar pendidikan
berkualiti dapat diterapkan sejajar dengan matlamat pendidikan kebangsaan.
Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan, guru-guru perlu mempunyai daya
kepimpinan yang baik terhadapa pelajar. Berdasarkan aspek kepimpinan ini, guru-guru perlu
memenuhi beberapa kriteria yang menjadi bahan ataupun subjek kepada penguhan kualiti
terhadap standard pengajaran yang profesional.
Mengapakah wujud masalah tersebut?
Sedar ataupun tidak, negara kita mengalami novasi dan perubahan yang pesat dalam bidang
teknologi. Anak-anak muda kini lebih terdedah kepada isu-isu persekitaran yang cenderong ke
arah penggunaan alatan elektronik dan jugak melayari internet tanpa batas menyebabkan mereka
lebih terkehadapan berbanding peajar-pelajar pada 10 tahun yang lepas. Isu ini menyebabkan
keupayaan guru diragui oleh pelajar pada masa kini kerana mereka memiliki kemahiran dalam
menggunakan alatan yang canggih ini dengan baik berbanding dengan guru mereka.
Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif untuk
memastikan kemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yang
bermula dari pendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuk
sektor pekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21.
Masalah ini wujud kerana sebilangan besar guru tidak mampu menjadi pemimpin kepada
pelajar mereka dengan baik. Hal ini menyebabkan keadaan kelas yang tidak terkawal,
persekitaran sekolah yang tidak teratur, kewibawaan guru akan dipertikaikan oleh masyarakat
setempat mahupun pelajar mereka sendiri.
Apakah langkah yang perlu di ambil bagi menangani masalah tersebut?
Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001), Kementerian Pelajaran
Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga
ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam
penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.
Ini bermakna, guru-guru yang berwawasan akan mencari alternatif untuk berinteraksi dan
membuat proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih dinamik dan menarik kepada
pelajar-pelajar mereka. Pada masa kini, terdapat pelbagai medium komunikasi yang boleh
dibentuk daripada gabungan berbagai-bagai sumber data yang boleh digunakan untuk mengatur,
merancang, dan menetapkan matlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan proses
pembelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui, guru menggunakan pelbagai jenis penilaian data
sepanjang tahun untuk menilai kemajuan pelajar. Maka, perubahan dan kelemahan terhadap cara
pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan serta diperbaharui.
Rajah di bawah ini menunujukkan kepimpinan yang perlu guru patuhi bagi mastikan
piawaian guru adalah mengikut tahap yang ditetapkan.
LANGKAH YANG PERLU DILAKSANAKAN BAGI MENCAPAI TAHAP
KEPIMPINAN YANG SESUAI BAGI GURU
Apakah kesan daripada langkah yang diambil ini?
Setiap guru memerlukan ruang dan peluang dalam membentuk pribadi guru yang baik. Pelabagai
ruang dan peluang ini diperlukan bagi digunakan untuk memperbaiki diri dan masalah seseorang
guru. Dengan memenuhi langkah yang diberikan ini, duru mampu mencapai tahap kepimpinan
yang baik.
Guru Menunjukkan Kepimpinan
Guru pemimpin di dalam kelas mereka
Guru menunjukkan kepimpinan di
sekolah
Guru menerajui profesion keguruan
Guru pembela kepada sekolah dan
pelajar
Guru memaparkan tahap etika yang
tinggi
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Maka, ini bermakna guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Pelan-pelan yang dirangka serta dipercayai boleh meningkatkan prestasi pembelajaran
pelajar harus dipelbagaikan. Guru akan mampu meluangkan masa untuk berbincang mengenai
cara dan strategi bagi pengurusan rancangan pembaikan sekolah.
Di samping itu, guru-guru berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan profession
perguruan. Mereka mampu bekerjasama dengan rakan-rakan di kalangan guru untuk menjadi
mentor dan guru-guru sokongan untuk meningkatkan keberkesanan bagi profesion perguruan.
Guru juga mampu menberikan pembelaan terhadap pelajar dan sekolah dengan
mewujudkan perubahan positif dalam dasar dan amalan yang mempengaruhi pembelajaran
pelajar. Mereka mengambil bahagian dalam pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan
pendidikan pelajar
Akhirnya, guru mampu menunjukkan prinsip-prinsip etika termasuk kejujuran, integriti,
layanan yang adil, dan menghormati orang lain. Dalam hal ini, setiap guru perlu mematuhi
ataupun menjaga Kod Etika dan Piawaian Etika Profesional. Tahap etika yang tinggi bukanlah
semata-mata penampilan diri, namun ia merangkumi aspek sahsiah diri, disiplin serta perilaku di
luar dari sekolah yang membawa kepada ‘role model’ kepada pelajar.
Apakah cara yang terbaik bagi menangani masalah ini?
Berdasarkan rajah diatas ini, perkara yang paling penting bagi mengatasi permasalahan ini
adalah dengan mematuhi standard yang ditetapkan bagi seseorang guru dalam menangani
masalah dalam menunjukkan kepimpinan dalam kalangan pelajar dan persekitaran sekolah.
Guru perlu menggunakan idea bagi menggabungkan kesemua aspek yang di berikan
dalam langkah penyelesaian masalah dengan memastikan langkah tersebut memberikan kesan
kepada aspe-aspek yang dibincang.
Profesional
Teaching
Standards
Memartabatkan profession keguruanmenjaga reputasi seorang guru
mengawal kelas dengan kepimpinan yang baikmengajar dan mendidik pelajar dengan baik
memenuhi piawaian yang disarankan oleh KPMmenjaga piawaian supaya sentiasa ditingkatkan
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
35900 TANJONG MALIM, PERAK.
FAKULTI:
PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
SME3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
OLEH:
MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH
D20091034807
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT10)
SEMESTER 1
SESI 2011/2012
PENSYARAH:
PROF. MARZITA PUTEH
Apa masalah yang dihadapi?
Penerapan standard kedua iaitu pengetahuan dan kefahaman yang memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.
Mengapa masalah ini terjadi?
Guru kurang menguasai pedagogi subjek
Guru kurang menguasai pedagogi isi kandungan
Kefahaman guru mengenai sesuatu subjek itu cetek
Kegagalan guru melaksanakan falsafah pendidikan negara
Kegagalan guru melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan
Guru tidak berani mencuba untuk mengajar dengan menggunakan ICT.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil serta kesannya sekiranya dilaksanakan?
Langkah Pro Kontra
Meningkatkan kualiti graduat universiti dengan cara penilaian yang lebih tegas dan ketat.
Kualiti graduat dan guru meningkat.
Jumlah graduat yang benar-benar berkualiti berkurangan serta kurangnya sumber manusia dalam sektor pendidikan.
Mencedok sistem pendidikan luar negara iaitu setiap tahun guru akan dinilai dan dipastikan setiap guru itu memenuhi standard-standard yang terkini seiring dengan masa.
Kualiti guru mneningkat dan kaedah pengajaran dan pembelajaran beredar seiring dengan peredaran zaman.
Ini menjadikan profesion keguruan ini tidak stabil dan menjadikan profesion ini kurang daya tarikannya. Sumber manusia untuk bidang perkhidmatan pendidikan ini semakin berkurangan.
Mengadakan kursus-kursus dan kem bagi membantu guru ini menyediakan diri untuk menyampaikan pendidikan seiring dengan teknologi semasa dan kurikulum semasa.
Guru diberikan peluang untuk mempertingkatkan kemahiran diri seiring dengan masakini.
Kekangan dari segi masa kerana mungkin kursus ini diadakan sewaktu hari persekolahan. Kursus ini juga didapati kurang berkesan.
Memperketatkan lagi syarat Memastikan golongan yang Jumlah pelajar yang akan
kemasukan ke dalam program ijazah sarjana muda pendidikan.
mempunyai minat ini menjadi guru dan memastikan mahasiswa yang dipilih itu berkualiti pencapaian dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiahnya.
memohon masuk program ini akan berkurangan serta kurangnya sumber manusia dalam sektor pendidikan.
Langkah penyelesaian yang terbaik ialah;
Meningkatkan kualiti graduat universiti dengan cara penilaian yang lebih tegas dan ketat. Penilaian haruslah dibuat bukan sekadarkan keputusan peperikasaan sahaja kerana kebanyakan para pelajar ini belajar hanya untuk peperiksaan semata-mata. Dengan ini, kualiti mahasiswa dan mahasiswi meningkat dan para guru yang dilahirkan benar-benar mantap dan berkualiti.