ppt kebudayaan sebagai alat perpaduan

12
KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN Pengenalan Perpaduan Melalui Asimilasi dan Pemisahan Budaya Penerapan Budaya Melalui Pendidikan Cadangan Perubahan Akta Pendidikan 1996 atau Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

Upload: wan-azrika-muhamad-zuki

Post on 28-Jun-2015

175 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

PengenalanPerpaduan Melalui Asimilasi dan Pemisahan BudayaPenerapan Budaya Melalui PendidikanCadangan Perubahan Akta Pendidikan 1996 atau Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

Page 2: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

PENGENALAN

Kebudayaan :• Merupakan satu keseluruhan kompleks yang

mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat (Taylor, 1871)

Page 3: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

• Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.

• Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Page 4: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

Perpaduan Melalui Asimilasi dan Pemisahan Budaya

• Kebudayaan dilihat mampu untuk menjadi satu peranti dalam usaha menggalakkan dan merancakkan perpaduan di Malaysia selaras dengaan objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berhasrat untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan.

• Dalam setiap masyarakat manusia, sememangnya terdapat polariti, apatah lagi dalam sebuah masyarakat majmuk. Polariti merupakan kewujudan dua buah pandangan, keadaan atau permintaan yang berlawanan antara satu sama lain.

Page 5: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

• Polariti yang diuruskan dengan baik memaksimumkan faedah kedua-dua ekstrem manakala kekurangan pula diminimumkan.

• Sebuah situasi optimum dan zon keterangkuman perlu dicari antara dua pendapat yang bertentangan untuk memperseimbangkan keperluan pilihan yang bertentangan.

Page 6: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

• Terdapat dua pendekatan berbeza terhadap konteks pelbagai budaya di Malaysia iaitu asimilasi dan pemisahan.

Page 8: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

Penerapan Budaya Melalui Pendidikan

• Penerapan yang lebih berkesan perlu bermula dari akar umbi melalui saluran yang betul dan tepat.

• Penerapan budaya ini dijangka akan berkesan melalui agenda pendidikan kebangsaan sekiranya terdapat struktur dan pengisian yang baik disusun di semua peringkat pendidikan.

Page 9: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

Cadangan Perubahan yang perlu dalam Akta Pendidikan 1996 atau Peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan) 1997

Page 10: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

• Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : dijadikan MP teras diwajibkan ke atas semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah

swasta tanpa sebarang pengecualian. ke dalam senarai matapelajaran wajib dalam peperiksaan awam seperti PMR

dan SPM.

Dalam Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Peraturan 3 bilangan (2) (a) perlu ubah dari segi jumlah matapelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 5 iaitu dengan menambahkan matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai satu matapelajaran teras di peringkat menengah.

Dengan adanya Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 (3) dan seksyen 74, maka penambahan syarat untuk menjadikan matapelajaran sivik sebagai matapelajaran teras dan satu subjek yang wajib dalam peperiksaan awam akan menjadi lebih mudah untuk dikuatkuasakan.

Walaubagaimanapun, sukatan pelajaran untuk subjek ini perlulah disusun dengan lebih baik merangkumi pelbagai aspek termasuklah aspek kebudayaan agar seluruh warga negara Malaysia dapat memahami dan dapat menerima serta memupuk rasa kesatuan dan penyatuan matlamat, sebagaimana yang dihasratkan dengan jelas dalam 1Malaysia.

Page 11: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

• Peraturan 4 dalam Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, perlu ditambah supaya lebih jelas dan terperinci :

Sukatan yang seragam perlu ditetapkan dalam bidang kokurikulum.

diwajibkan ke atas kesemua institusi pendidikan di Malaysia.

Pengecualian tidak boleh sama sekali diberikan kepada sekolah swasta sebagaimana sebelumnya berkaitan sukatan kurikulum mahupun kokurikulum kerana kita percaya bahawa untuk menghasilkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu, pihak kerajaan perlulah menetapkan keseragaman dalam sukatan kurikulum dan kokurikulum yang bermula sejak dipra-sekolah lagi.

Page 12: ppt KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

• Dalam menentukan sukatan atau bahan bagi kokurikulum :

Penerapan nilai-nilai budaya masyarakat majmuk Malaysia mestilah di letakkan sebagai agenda kerajaan yang wajib disebatikan ke dalam diri setiap pelajar melalui persatuan, sukan dan sebagainya kerana apa yang didapati ialah sehingga ke hari ini, penerapan nilai-nilai masih lagi tidak di ambil perhatian oleh masyarakat Malaysia secara polariti antara asimilasi dan pemisahan.

Masyarakat perlulah berfikir secara lebih global Menerima kenyataan bahawa Malaysia merupakan sebuah

negara majmuk berbilang kaum dan sewajarnyalah, penerapan nilai yang dibuat oleh setiap pendidik ke dalam diri setiap pelajar menyentuh tentang kemestian kerjasama yang melibatkan semua kaum yang ada di Malaysia.