ppgb dasar umum smkl

2
MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014 SMKL 1.7.1 DASAR UMUM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIBARAN DASAR UMUM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIBARAN 2014 1. Sebagai sebuah organisasi pendidikan, SMK Libaran akan sentiasa peka dan menyelaras institusi, sumber dan teknik untuk memenuhi hasrat dan cita-cita masyarakat yang terkandung dalam Rukun Negara, Dasar endidikan Kebangsaan !alsa"ah endidi Negara, #a$asan %&%& dan elan 'nduk embangunan endidikan. %. (ntuk memastikan , men)amin dan menyumbang kepada matlamat-matlamat pendidikan Negara , pencapaian #a$asan %&%& dan ', SMK Libaran mestilah sentiasa mempunyai satu sistem pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, beretika dan berintegri tinggi *. Dalam usaha untuk me$u)udkan satu iklim dan budaya ker)a yang mempertingk keberkesanan pengurusan dan prestasi sekolah, semua $arga SMK Libaran hendaklah sed dan memahami +isi, Misi dan Matlamat sekolah supaya tenaga dan kepakaran dapat dibi dan disalurkan dengan sepenuhnya dan sokongan ke arah pencapaian matlamat-matlamat itu dapat dilaksanakan secara berkesan. . Semua pentadbir sekolah iaitu, engetua, enolong-penolong Kanan, embantu Ketua-ketuaanitia dan Ketua-ketua(nit, adalah bertanggung)a$ab untuk merancang,mengelola,memimpin dan menga$al pelaksanaan semua program pengurusa pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum sekolah dengan betul dan berkesan,berdasar ob)ekti"-ob)ekti" yang )elas dan ber"okus ke arah pencapaian +isi, Misi d sekolah serta akur pada semua dokumen perintah dan arahan kera)aan. . Semua pentadbir sekolah )uga hendaklah berkeupayaan mengambil keputusan yang dinamik, berani, proakti" dan ino/ati" yang bersi"at luar pemikiran dalam kotak 0ou bo 2 3. Semua pentadbir, termasuk pengetua digalakkan mengamalkan stail kepimpinan gab )alinan demokratik mengikut situasi, serta bercorak 4people orientated4 de pela)ar dan sekolah 5. Semua pentadbir sekolah yang lain hendaklah mengambil keputusan secara demokrati yang berasaskan hasil perbincangan dan persetu)uan pihak pentadbir lain demi kebaik pela)ar dan sekolah 6. engetua dan pentadbir-pentadbir lain, hendaklah sentiasa mengamalkan sistem komuni yang terbuka dengan semua $arga sekolah untuk memastikan segala strategi dan progra dilaksanakan dengan penuh semangat kekitaan dan sepunya. 7. entadbir sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan sistem pengurusan yang berorienta pelanggan melalui pengekalan sistem-sistem proses mandapatkan maklum balas dar pelanggan dan daripada sekolah yang lain seperti pihak ibu bapa dan pen ela)aran Daerah 8eluran, e)abat ela)aran Daerah Sandakan, 9abatan ela)aran Nege Sabah, Kementerian ela)aran Malaysia dan pihak pembekal-pembekal sekolah.

Upload: bibie-bet

Post on 07-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dasar umum sekolah

TRANSCRIPT

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014 SMKL

1.7.1 DASAR UMUM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIBARAN

DASAR UMUM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIBARAN 20141. Sebagai sebuah organisasi pendidikan, SMK Libaran akan sentiasa peka dan menyelaraskan institusi, sumber dan teknik untuk memenuhi hasrat dan cita-cita masyarakat yang terkandung dalam Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

2. Untuk memastikan , menjamin dan menyumbang kepada matlamat-matlamat pendidikan Negara , pencapaian Wawasan 2020 dan PIPP, SMK Libaran mestilah sentiasa mempunyai satu sistem pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, beretika dan berintegriti tinggi

3. Dalam usaha untuk mewujudkan satu iklim dan budaya kerja yang mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dan prestasi sekolah, semua warga SMK Libaran hendaklah sedar dan memahami Visi, Misi dan Matlamat sekolah supaya tenaga dan kepakaran dapat dibina dan disalurkan dengan sepenuhnya dan sokongan ke arah pencapaian matlamat-matlamat itu dapat dilaksanakan secara berkesan.

4. Semua pentadbir sekolah iaitu, Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Pembantu Tadbir, Ketua-ketua Panitia dan Ketua-ketua Unit, adalah bertanggungjawab untuk merancang,mengelola,memimpin dan mengawal pelaksanaan semua program pengurusan pentadbiran, kurikulum dan kokurikulum sekolah dengan betul dan berkesan,berdasarkan objektif-objektif yang jelas dan berfokus ke arah pencapaian Visi, Misi dan Matlamat sekolah serta akur pada semua dokumen perintah dan arahan kerajaan.

5. Semua pentadbir sekolah juga hendaklah berkeupayaan mengambil keputusan yang dinamik, berani, proaktif dan inovatif yang bersifat luar pemikiran dalam kotak (out of the box)

6. Semua pentadbir, termasuk pengetua digalakkan mengamalkan stail kepimpinan gabung jalinan demokratik mengikut situasi, serta bercorak `people orientated` demi kebaikan pelajar dan sekolah

7. Semua pentadbir sekolah yang lain hendaklah mengambil keputusan secara demokratik yang berasaskan hasil perbincangan dan persetujuan pihak pentadbir lain demi kebaikan pelajar dan sekolah

8. Pengetua dan pentadbir-pentadbir lain, hendaklah sentiasa mengamalkan sistem komunikasi yang terbuka dengan semua warga sekolah untuk memastikan segala strategi dan program dilaksanakan dengan penuh semangat kekitaan dan sepunya.

9. Pentadbir sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan sistem pengurusan yang berorientasi pelanggan melalui pengekalan sistem-sistem proses mandapatkan maklum balas daripada pelanggan dan daripada sekolah yang lain seperti pihak ibu bapa dan penjaga, Pejabat Pelajaran Daerah Beluran, Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak pembekal-pembekal sekolah.

10. Pengetua dan pentadbir-pentadbir, hendaklah memastikan segala perkara yang perlu diambil tindakan segera ( contoh menghadiri mesyuarat atau kursus / menjawab surat/ memberi laporan-laporan atau maklumat kepada pihak-pihak tertentu, laporan kewangan bulanan, penghantaran fail rancangan harian dll ), wajib diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya dengan segera tanpa terlalu bertolak ansur atau berbudi bicara, untuk mengelakkan kelewatan atau kecuaian yang boleh menjejaskan fungsi sekolah.

11. Semua pentadbir sekolah juga bertanggungjawab untuk menggalakkan serta membina sifat-sifat kepimpinan dan kemahiran mengurus dikalangan kakitangan mengajar dan bukan mengajar, berdasarkan konsep memperkasakan setiap warga sekolah tanpa mengambil kira isu-isu jantina, keturunan, umur, kekananan ataupun perhubungan persaudaraan kepada mana-mana pihak.

12. Semua kakitangan sekolah digalakkan mempunyai sikap ingin meningkatkan pengetahuan profesion melalui pembacaan luas, menghadiri kursus, menjalankan kajian tindakan ataupun melalui anugerah pensijilan akademik atau ikhtisas.

13. Pihak pentadbir dan guru-guru perlu sentiasa mengutamakan dan mengawal pengendalian core business sekolah iaitu, mendidik pelajar-pelajar dengan mengawal dan mengekalkan

Mutu proses pengajaran dan pembelajaran yang tinggi

Budaya pengajaran dan pembelajaran yang berfokus pada pelajar

Budaya pengurusan masa yang optimum tanpa pembaziran dan kelewatan

Keakuran kepada skop yang dinyatakan dalam

Sukatan Pelajaran Pendidikan Malaysia

Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian

14. Semua kakitangan sekolah hendaklah mewujudkan gaya pemikiran secara kritikal dan kreatif serta proaktif,inovatif dan luar pemikiran dalam kotak (out of the box) dalam segala aktiviti sekolah

15. Semua pentadbir perlu mengiktirafkan usaha-usaha yang produktif, kreatif dan luar biasa yang dihasilkan oleh mana-mana kakitangan atau pelajar sekolah

16. Semua pentadbir harus juga memberi perhatian dan pertimbangan kepada keberlainan minat, kecenderungan dan kemahiran individu masing-masing dalam usaha memimpin atau mengendalikan unit masing-masing

17. Pihak pentadbir perlu sentiasa memimpin ,mendorong, menilai dan memperbaiki mutu kerja dan prestasi guru dan kakitangan lain untuk menjayakan hasrat utama sekolah iaitu, membina `modal insan` Negara demi kebaikan dan kemakmuran masa depan.

PAGE