postmortem pat bi year 2

3
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN LAPORAN ANALISIS - TAHUN 2 Kekuatan Soalan 1. Bahagian A – aras kesukaran soalan yang agak mudah membantu 97.00% daripada murid untuk lulus bahagian ini. 2. Bahagian B – aras kesukaran soalan yang agak tinggi membantu menyebabkan murid menghadapi kesukaran menjawab soalan di bahagian ini. 3. Bahagian C – semua perkataan yang digunakan adalah mudah dan difahami murid-murid. 4. Bahagian D – aras kesukaran soalan di bahagian ini agak mudah dan hamper 99.00% daripada murid lulus menjawab soalan di bahagian ini. Kelemahan Soalan 1. Soalan di bahagian D agak mudah bagi murid-murid menjadikan ramai telah menjawab dengan baik. 2. Soalan 4 di bahagian C di mana melibatkan satu soalan di 2 bahagian muka surat (depan belakang) agak menyukarkan murid untuk menjawab soalan di bahagian ini. Kekuatan Murid 1. Bahagian A – murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik kerana mereka dapat menguasai punctuation marks (huruf besar dan huruf kecil) dengan baik. Kebanyakan murid cemerlang mendapat semua jawapan betul. 2. Murid-murid dapat memahami peraturan peperiksaan dengan baik kerana mereka mematuhi peraturan peperiksaan yang ditetapkan dengan tidak berbuat bising dan tidak meniru sepangjang proses peperiksaan dijalankan.

Upload: avyduff-ballack

Post on 30-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUNLAPORAN ANALISIS - TAHUN 2

Kekuatan Soalan1. Bahagian A aras kesukaran soalan yang agak mudah membantu 97.00% daripada murid untuk lulus bahagian ini.2. Bahagian B aras kesukaran soalan yang agak tinggi membantu menyebabkan murid menghadapi kesukaran menjawab soalan di bahagian ini.3. Bahagian C semua perkataan yang digunakan adalah mudah dan difahami murid-murid.4. Bahagian D aras kesukaran soalan di bahagian ini agak mudah dan hamper 99.00% daripada murid lulus menjawab soalan di bahagian ini.

Kelemahan Soalan1. Soalan di bahagian D agak mudah bagi murid-murid menjadikan ramai telah menjawab dengan baik. 2. Soalan 4 di bahagian C di mana melibatkan satu soalan di 2 bahagian muka surat (depan belakang) agak menyukarkan murid untuk menjawab soalan di bahagian ini.

Kekuatan Murid1. Bahagian A murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik kerana mereka dapat menguasai punctuation marks (huruf besar dan huruf kecil) dengan baik. Kebanyakan murid cemerlang mendapat semua jawapan betul. 2. Murid-murid dapat memahami peraturan peperiksaan dengan baik kerana mereka mematuhi peraturan peperiksaan yang ditetapkan dengan tidak berbuat bising dan tidak meniru sepangjang proses peperiksaan dijalankan.

Kelemahan Murid1. Pencapaian kualiti masih kurang memuaskan walau bilangan murid yang lulus telah meningkat.

2. Terdapat sebahagian murid tidak menjawab soalan mengikut teknik menjawab yang betul.

3. Kebanyakan murid di kelas belakang tidak menjawab soalan dengan lengkap. Mereka memilih menjawab soalan yang mudah manakala soalan yang sukar tidak diisi.

4. Murid-murid kurang berkeyakinan kerana mereka kurang memahami arahan soalan contohnya di Section B: Q.3 (g). Mereka tidak memahami kehendak soalan tersebut.

5. Kebanyakan murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang lemah tidak dapat menguasai penulisan dengan baik kerana wujudnya percampuran huruf kecil dan huruf besar di dalam ayat.

Cara-cara Mengatasi1. Kumpulan cemerlang (A) a. Memperbanyakkan soalan HOTS di dalam latihan di kelas.b. Meluaskan tatabahasa (vocabulary) mereka dengan membanyakkan latihan sinonim dan antonim .c. Latih tubih kemahiran tatabahasa.

2. Kumpulan sederhana (B/C)a. Mendedahkan murid dengan soalan yang beraras tinggi sebagai latih tubi di dalam kelas.b. Mengaktifkan pemikiran mereka dengan berfikiran terbuka (out of the box) semasa menjawab soalan.c. Latihan tubi kemahiran menulis.

3. Kumpulan gagal (D/E)a. Latihan penulisan di mana menekankan penggunaan huruf besar di pangkal huruf dan huruf kecil.b. Latihan tubi kemahiran asas menulis dan membina ayat-ayat ringkas.