pnp pembelajaran berasaskan masalah

Upload: khairulnizam-mohd-khairy

Post on 02-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    1/12

    PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISMEGURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KERANGKA KURSUS

    KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tahap 2 Sekolah

    Rendah (Kreativiti Dalam P&P)

    Topik Model Pembelajaran Berasaskan Masalah

    KodKursus MTSR3

    Masa 1 jam

    Personel Penceramah

    A. Objektif

    Pada akhir sesi ini, peserta dapat :

    1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model

    pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.

    2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaranmodel pembelajaran berasaskan masalah

    B. KandunganKursus

    Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan masalah,

    perkaitan proses kreatif terarah dengan model pengajaran dan pembelajaran

    contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    C. Kaedah

    Penerangan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

    D Bahan Pengajaran

    Nota,power-point, kad bentuk

    E Alatan

    LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

    F Penilaian

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    2/12

    1. Pembentangan

    2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

    G Rumusan/Refleksi

    Satu lagi strategi pembelajaran dan pengajaran yang bermakna boleh dipraktikkan

    dalam kalangan guru adalah model pembelajaran berasaskan masalah.

    Model Pembelajaran Berasaskan Masalah

    Dalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan

    sebenar kepada murid. Masalah yang dikemukakan bukan masalah rutin dan pelbagai

    jenis penyelesaian mungkin.

    Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model

    pembelajaran berasaskan masalah

    Model P &P Proses Kreatif Terarah

    Persediaan Imaginasi Perkembangan TindakanPembelajaranBerasaskanMasalah

    Mengenal

    pasti masalah

    Menjelaskan

    masalah

    Mencari

    alternatifpenyelesaian

    Mencari

    penyelesaian

    Melakukan

    operasi

    Menilai

    penyelesaianmasalah

    Membuat

    refleksipenyelesaianyang dibuat

    Peserta guru diingatkan lagi proses kreatif terarah dalam pembelajaran dan pengajaran,

    perlu diikuti langkah demi langkah, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi,

    perkembangan dan tindakan.

    Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model PembelajaranBerasaskan Masalah

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    3/12

    CONTOH 1 MATEMATIK TAHUN 4

    Bidang : Pecahan

    Tajuk : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi:

    Tambah, tolak dan darab

    Masa : 2 waktu (60 minit)

    Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :

    4.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pecahan.

    5.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dalam pecahan.

    8.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah, tolak dan

    operasi darab.

    Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

    (a) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan ruang dan pecahan.

    (b) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dalampecahan.

    (c) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah, tolak dandarab.

    Fasa Cadangan Aktiviti CadanganKomunikasi

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    4/12

    Persediaan

    Pemerhatiandan Analisis

    Mengenalpasti masalah

    Menjelaskan masalah

    Guru memperlihatkan power pointberkaitan pecahan segiempat tepat

    (4 squares).

    Soalan :

    Lihat gambar tersebut dan cubafikirkan cara manauntuk membahagikan

    gambarrajahtersebut.

    Boleh kamu jawabsemua soalan tadi?

    Adakah jawapankamu sama dengan

    jawapan guru tadi?

    Bagaimana rasanyakamu dapat

    menyelesaikanmasalah ini?

    Imaginasi

    Mencari penyelesaian

    Mencari alternatifpenyelesaian

    Guru menyatakan satu masalah.

    1. Ali sedang mengubahsuaikan dapur

    rumahnya. Oleh kerana lantai dapurnya

    tidak sekata, dia telah membeli jubin

    berbentuk segitiga sama sisi.

    Dia perlu mengisikan ruang dapurnya

    dengan jubin tersebut,

    Berapa jubin yang perlu Ali beli untuk

    menutup ruang dapurnya yang

    berbentuk seperti rajah dibawah?

    Apakah masalahnya? Sebut dantuliskan.

    Fikirkan bagaimanakamu nakmenyelesaikanmasalah itu.Rancang, Sebut dan

    tuliskan.

    (Soalan-soalan yangmungkin murid akantanya)

    Adakah jubin itusama ukuran?

    Boleh tak jubin itudisusun terbalik?

    Kalau2

    1ruang

    diletakkan jubin biru,berapakah bilangan

    jubin biru yang perluada?

    http://var/www/apps/conversion/tmp/scratch_5/FOUR_SQUARES.ppsmhttp://var/www/apps/conversion/tmp/scratch_5/FOUR_SQUARES.ppsm
  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    5/12

    Perkembangan

    Melakukan operasi

    Menilai penyelesaianmasalah

    Ali juga ingin meletakkan jubin putih danjubin biru yang sama bentuk di tempatletak kereta, anjung, ruang tamu danbilik tidur anaknya.

    Berdasarkan pelan lantai setiap ruangtersebut, cuba selesaikan masalah yangdiberi.

    Kumpulan 1 (Tempat letak kereta)

    2

    1ruang jubin biru

    .

    1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin

    putih yang perlu Ali beli?

    2. Sekiranya, satu jubin biru berharga

    RM 1.50 dan satu jubin putih berharga

    RM 1.00, berapa jumlah wang yang Ali

    perlu ada ?

    Kumpulan 2 (anjung)

    4

    2ruang jubin putih,

    4

    1jubin biru,

    ruang keliling dikosongkan

    1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin

    putih yang perlu Ali beli?

    2. Sekiranya, jubin biru berharga RM1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,

    berapa jumlah wang yang Ali perlu

    ada ?

    Murid dimintamenyelesaikannyadalam kumpulandenganmenggunakan

    kreativiti masing-masing.

    Guru memberibimbingan denganbeberapa soalan:

    1. Bagaimana kamunak bahagikan lantaitersebut mengikutbentuk segi tiga.

    2. Apakah langkahseterusnya.

    3. Bagaimana kamunak kira bilangan

    jubin dengan mudah?

    4.Perlukah kamutunjukkan jalan kerjakamu di kertasmahjong tersebut.

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    6/12

    Perkembangan

    Melakukan operasi

    Menilai penyelesaianmasalah

    Kumpulan 3 (ruang tamu)

    4

    3ruang jubin biru, selebihnya jubin

    putih

    .

    1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin

    putih yang perlu Ali beli?

    2. Sekiranya, jubin biru berharga RM

    1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,

    berapa jumlah wang yang Ali perlu

    ada ?

    Kumpulan 4 (Bilik tidur anaknya)

    ruang jubin putih, ruang jubin biru

    1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin

    putih yang perlu Ali beli?

    2. Sekiranya, jubin biru berharga RM

    1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,

    berapa jumlah wang yang Ali perlu

    ada ?

    Ketua Kumpulanbentangkan dapatan.

    Kumpulanmenceritakandapatan dan ulasanmereka.

    Bagaimana caramurid mendapat

    jawapan?

    Kita bolehmenyelesaikansesuatu masalahdengan banyak cara.

    Adakah cara lainyang boleh kitalakukan untukmendapat jawapan

    dengan lebih cepat?

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    7/12

    Tindakan

    Membuat refleksipenyelesaian yang dibuat.

    Murid mempersembahkan hasiltugasan.

    Murid diminta untuk membuat modelanjung, tempat letak kereta, ruang tamu

    dan bilik tidur anak Ali sebagai projek.

    Adakah cara yangkamu lakukan dapatmenyelesaikanmasalah yang diberi?

    Adakah kamu

    berpuas hati denganhasil kerja kamu?

    Pentaksiran

    Berdasarkan keupayaan muridmenjawab soalan latihan danmembentangkan jawapan mereka.

    Guru melihat bagaimana muridmenjawab soalan sambil membimbing.

    Nilai dan Sikap

    Bekerjasama semasa melakukan aktiviti

    dalam kumpulan.

    Sifat kepimpinan semasapembentangan.

    EMK - Keusahawanan

    Menghargai rakan-rakan.

    Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model PembelajaranBerasaskan Masalah

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    8/12

    CONTOH 2 MATEMATIK TAHUN 5

    Bidang : MASA DAN WAKTU

    Tajuk : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi.

    Masa : 2 waktu (60 minit)

    Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :

    Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang masa dan waktu untuk mencari

    tempoh masa.

    Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

    (d) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan masa dan waktu.

    (e) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan tempoh masa dalam minitdan saat.

    (f) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolakberkaitan masa dan waktu.

    Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

    Persediaan

    Mengenal pastimasalah

    Menjelaskanmasalah

    Guru bertanya: pukul berapa sekarang?

    Guru meminta seorang murid keluar kekantin dan balik ke kelas.

    Ali keluar ke kantin pukul 9.00 pagi danbalik ke kelas pukul 9.08 pagi.

    Berapa tempoh masa Ali ambil untuk kekantin dan balik ke kelas?

    Sekarang jammenunjukkan pukul

    berapa?

    Kalau Ali berlari ke kantinadakah dia akanmengambil masa yanglebih singkat?

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    9/12

    Imaginasi

    Mencari

    penyelesaian

    Mencari alternatifpenyelesaian

    Guru menampalkan kertas mahjongyang telah tertulis masalah berikut:

    Maria dan kakaknya Louisa keluarrumah pada masa yang sama dan

    mengayuh basikal mereka ke sekolahyang jauhnya 9 kilometer.

    Maria kayuh basikal pada kadar 3kilometer dalam 10 minit.

    Berapa lama Maria ambil untuk sampaike sekolah?Jawapan:

    ________________________minit

    Louisa mengayuh basikal pada kadar 1

    kilometer dalam 3 minit.

    Berapa lama Louisa ambil untuk sampaike sekolah?Jawapan:

    __________________________minit

    Siapa sampai dulu ke sekolah?Jawapan: ________________________

    Perhatikan masalah yangcikgu tampal.

    Cuba cari :Apakah masalahnya?

    Apa yang perludilakukan?

    Bagaimana caranyauntuk menyelesaikanmasalah tersebut?

    Apakah operasimatematik yang perludigunakan?

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    10/12

    Perkembangan

    Melakukan

    operasi

    Menilaipenyelesaianmasalah

    Guru memberi berlainan situasi danmeminta murid menyelesaikannyadalam kumpulan dengan menggunakankreativiti masing-masing.

    Kumpulan 1

    Pada setiap pagi Encik Bakar akanbersenam dengan berjalan dan pulangke tempat dia mula berjalan pada pukul7.00 pagi.Sekiranya tempoh berjalan Encik Bakarmengambil masa 1 jam dan 30 minit,pada pukul berapa Encik Bakar mulaberjalan.

    Kumpulan 2Waktu untuk tayangan filem di

    senaraikan di bawah:

    Masa Tayangan bermula

    Pertama 2:00 p.m.

    Kedua 3:30 p.m.

    Ketiga 5:00 p.m.

    Keempat ?

    Kalau corak masa ini bersambung, pukulberapa masa tayangan untuk tayanganke empat?

    Kumpulan 3

    Malik mengambil masa 4 minit untukmencuci satu tingkap. Dia ingin tahuberapa minit yang akan digunakan untukmencuci 8 tingkap.

    Kumpulan 4

    Yacob suka pergi ke muzium dan bolehmenghabiskan masa selama 2 jam disana. Dia akan mengambil masa 45minit untuk melihat lukisan dan 50 minituntuk melihat ukiran pasu. Berapa minitlagi yang tinggal untuk dia melihatpameran barangan purba?

    Apakah masalah nya?Sebut dan tuliskan.

    Fikirkan bagaimana

    kamu nak menyelesaikanmasalah itu.

    Rancang, Sebut dantuliskan.

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    11/12

    Tindakan

    Membuat refleksipenyelesaianyang dibuat.

    Kumpulan 5

    Latif menulis nota untuk ibunya. Diamengambil masa 68 saat untuk mencaripen, 42 saat untuk mencari kertas dan

    41 saat untuk menulis nota nya. Adakahmasa yang diambil oleh Latif untukmenulis nota tersebut melebihi 3 minit?Tunjukkan cara kamu mendapat

    jawapannya.

    Murid mempersembahkan hasil tugasan.

    Murid membuat penilaian danperbandingan di antara kumpulan :

    Murid menilai kerja kumpulan lain danmemberi markah.

    Bagaimana cara muridmendapat jawapan?

    Kita boleh menyelesaikansesuatu masalah denganbanyak cara.

    Adakah cara lain yangboleh kita lakukan untukmendapat jawapandengan lebih cepat?

    Adakah cara yang kamulakukan dapatmenyelesaikan masalah

    yang diberi?

    Adakah kamu berpuashati dengan hasil kerjakamu?

    Pentaksiran

    Berdasarkan keupayaan muridmenjawab soalan di lembaran kerja 2

    Guru melihat bagaimana muridmenjawab soalan sambil membimbing.

    Nilai dan Sikap

    Bekerjasama semasa melakukan aktivitidalam kumpulan.

    Sifat kepimpinan semasapembentangan.

    Keselamatan di jalan raya.

    Menghargai rakan-rakan.

  • 7/27/2019 PnP Pembelajaran Berasaskan Masalah

    12/12