philosophy of survival

30
BBD 44801 KELAB KEMBARA TUGASAN KUMPULAN IKHTIAR HIDUP NAMA NO MATRIX MUHAMAD SYAABAN BIN SAHIDIN : CB130085 TENGKU KHAIRUL ANUAR BIN TENGKU HALIM : CB130087 MOHAMAD ZULFIKRIE BIN MOHD ZAKI :CB130042 NAMA PENSYARAH MOHD HASIF BIN ABD HAMID

Upload: muhamad-syaaban-sahidin

Post on 23-Sep-2015

7 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PHILOSOPHY OF SURVIVA....

TRANSCRIPT

BBD 44801KELAB KEMBARATUGASAN KUMPULAN IKHTIAR HIDUPNAMANO MATRIX

MUHAMAD SYAABAN BIN SAHIDIN: CB130085

TENGKU KHAIRUL ANUAR BIN TENGKU HALIM: CB130087

MOHAMAD ZULFIKRIE BIN MOHD ZAKI:CB130042

NAMA PENSYARAH

MOHD HASIF BIN ABD HAMID

PHILOSOPHY OF SURVIVALSURVIVAL

S -Size Up the SituationU -Use All Your Senses, Undue Haste Makes WasteR -Remember Where You AreV -Vanquish Fear and PanicI -ImproviseV -Value LivingA -Act Like the NativesL -Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills

S - Size Up the SituationIanya lebih kepada betapa cepatnya kita boleh / dapat menyesuaikan diri didalam sesuatu keadaan. Asas yang paling penting adalah keselamatan / safety. Didalam hutan kita sering terdedah kepada 4 bentuk ancaman:1. Ancaman alam sekitar2. Ancaman binatang3. Ancama manusia4. Ancaman diri sendiriTetapi semua ini akan dapat diatasi sebaik mungkin jikalau kita dapat mengadaptasikandengan mengabungkan antara tiga faktor:1. Alam sekitar2. Kelengkapan dibawa3. Kekuatan fizikal & mental kitaSebaiknya cuba perhatian kepada sekeliling dan kelengkapan yang ada semasa masabertenang untuk dirancang tindakan yang akan diambil kerana silap keputusan akanmerugikan masa / tenaga serta menambah buruk keadaan.Kalau didalam sesuatu kumpulan kaedah perbincangan secara demokrasi boleh dibuattetapi keputusan majoriti dan ketua adalah ketentuan terakhir dalam membuat sesuatukeputusan / tindakan bagi menjamin keselamatan ahli. Faktor kehilangan masa / bekalan /kelengkapan boleh memburukkan lagi keadaan

U - Use All Your Senses, Undue Haste Makes WastePaling penting adalah tindakan / keputusan awal yang dibuat. Tindakan yang terburuburu tanpa memikir panjang boleh memburukkan lagi keadaan. Berfikir / rancangbagaimana sesuatu tindakan itu perlu diambil setelah proses adaptasi tu dilakukan. Semua bentuk kemungkinan perlu dikaji.

Arah / tujuan perlu dipastikan kerana kesilapan membuat keputusan menyebabkankesukaran akan bertambah bila bekalan makanan dan kelengkapan berkurang disamping tekanan emosi yang tinggi. Bersedia dengan segala perubahan bunyi / bau / suhu / dll perlu diperhatian dari semasa kesemasa dengan mengunakan deria anggota + firasat / naluri. Dan paling penting keselamatan.

R - Remember Where You AreMenentukan dan menangarkan kedudukan terkini kamu dari semasa ke semasaberdasarkan peta dan keadaan sekeliling. GPS dapat membantu mengenal pastikedudukan. Adalah perlu memaklumkan kedudukan kepada ahli lain dan arah yang bakal dituju. Sebaiknya jangan bergantung kepada ahli yang lain untuk mengenalpasti laluan yang ditempuhi dan diingati landmark / petanda bumi sebagai rujukan.Sebagai contoh: Petanda manusia: perkampungan, kebun, penempatan manusia Pertanda alam: air terjun, tebing batu, bukit, permatang, tanah runtuh Petanda tumbuhan: pokok balak, rumpun buluh dllMendapatkan maklumat sebelum perjalanan bermula serta mengenal pasti laluan dapat Membantu dalam menentukan keputusan yang bijak yang akan diambil ketika diperlukan. Sebaiknya kemaskini dan menyemak kedudukan sebelum tersesat.

V - Vanquish Fear and PanicKetakutan dan panik adalah elemen utama yang dapat memusnahkan kebolehan berfikir dengan sebaiknya jikalau ianya tidak dikekang sepenuhnya. Tekanan emosi akan menyebabkan perasaan serta imiginasi yang tidak selamat yang berlebihan akan sentiasa bermain difikiran berbanding keadaan yang dialami. Kesannya akan menyebabkan tenaga digunakan tanpa disedari dan disamping kesan sampingan yang lain. Latihan dan persediaan diri akan membuatkan keyakinan dan tahap menghadapi dugaan berbeza diantara satu sama lain.

I - ImprovisePersekitaran kita telah menyebabkan kita terlalu bergantung kepada kemudahan dankecanggihan kelengkapan. Semua yang dikehendaki dapat diperolehi dengan senang dan ini telah mengurang kretiviti kita. Kebolehan pelbagaikan kelengkapan, bekalan bahan mentah dan sumber alam serta tumbuhan untuk disesuaikan dan dibolehgunakan pada ketika itu. Walau selengkap mana bekalan yang dibawa; bekalan akan berkurang dan habis digunakan sekiranya masa berlanjutan.

V - Value LivingKekuatan dalam manusia yang dilahirkan dengan keinginan untuk hidup yang tinggi pada asalnya telah bertukar menjadi kehidupan yang mudah dan selesa masa kini. Kemudahan dan keselesaan ini menyebabkan kita selesa dengannya. Kesukaran dan ketegangan dalam menghadapi cabaran hidup/mati adalah ketikanya semangat untuk hidup mengambil alih dan mendorong kekuatan dalam manusia sebenarnya menonjol.Pengalaman dan latihan yang pernah alami sebelum ini akan membuatkan keinginanuntuk hidup seseorang membantu dalam saat-saat kecemasan samada dari segi mental dan fizikal ke suatu tahap yang maksimum.

A - Act Like the NativesSebaiknya mengadaptasikan diri kepada persekitaran dengan memerhatikan pergerakkan semua kehidupan di kawasan tersebut bagi memudahkan kefahaman dan keserasian disuatu persekitaran yang baru. Haiwan juga memerlukan makan dan minuman dan dengan mengenal tingkahlaku akan memudahkan kita mencari sumber makan terdekat. Walau bagaimana pun ianya bukanlah satu pedoman yang semestinya diikuti.

L - Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic SkillsIktiar hidup adalah penting untuk diperlajari sebelum masalah timbul dan sudahterlambat. Persediaan diri amat penting dan sebaiknya setiap yang mengikuti aktivitihendaklah tahu asas dan cara iktiar hidup dapat dilakukan di kawasan-kawasan tertentu. Tanpanya harapan untuk hidup akan menjadi tipis. Kefahaman dan persediaan awal sebelum memasuki sesuatu kawasan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Segala kelengkapan dan perancangan perjalanan dikaji sebaik mungkin untuk mengelak kemungkinan suatu bencana terjadi. Dengan ini ianya dapat mengurangkan rasa ketakutan.

Definasi SurvivalSurvival diistilahkan sebagai ikhtiar kepada kelangsungan hidup. Survival adalahgabungan diantara seni dan sains.

Definasi Survival HutanSurvival hutan di istilahkan sebagai kelangsungan hidup dipersekitaran hutan. DiMalaysia, hutan dirujuk sebagai hutan dari jenis hutan hujan khatulistiwa.

Prinsip Survival- Prinsip diistilahkan sebagai asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatupemikiran, kajian, tindakan dll yang berakar dari survival.- Prinsip haruslah berlandaskan kepada hukum yang wajar diterima mengikutlokasi, keadaan dan suasana sesuatu persekitaran itu.Antara prinsip utama yang perlu dipraktikkan dalam konteks survival rimba di Malaysiaadalah:1. Taat kepada Tuhan dan tanggungjawab melaksanakan suruhan-Nya, setia padanegara, pemimpin, perlembagaan serta menjaga kedaulatan kanun undang-undangdisampin mengekalkan adap resam mengikut ciri budaya masing-masing.2. Tuhan mencipta dan menghubungkan manusia dan alam. Dan hubungan antaramanusia dan alam adalah seimbang. Oleh itu manusia perlu sensitif pada sebarangbentuk gangguan pada alam.3. Ilmu adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran menggunakanpengetahuan itu secara praktis manakala peranan bahan / gajet pulamenghubungkan antara pengetahuan dan kemahiran itu. Kepentinganpengetahuan, kemahiran dan bahan berada secara nisbah 3:2:14. Manusia perlu sentiasa bersedia menghadapi dan menyesuaikan diri terhadapsebarang bentuk masalah yang melibatkan survivaliti samada yang telah berlaku,bakal berlaku mahupun yang tidak dijangkakan berlaku. Proses aklimasi inimelibatkan penyesuaian fisiologi dan tingkahlaku terhadap perubahan sekitaran.5. Manusia perlu sentiasa berusaha menggunakan kelebihan alkiah dan rohaniahsecara praktis untuk membebaskan diri dari situasi kritikal survival terutama padakeadaan diri (mental, fizikal dsb), keadaan hidupan lain (haiwan, tumbuhan dsb)dan keadaan alam (cuaca, sekitaran dsb).HUKUM SURVIVAL1. Hukum adalah pengetahuan atau falsafah mengenai peraturan.2. Perkembangan pengetahuan survival dalam dunia moden menyaksikanpercambahan kepada pelbagai hukum survival. Bagaimanapun, untuk tujuanrekreasi penumpuan hanya diberikan pada terma hukum yang asas sahaja.

Hukum Survival Pertama- Asas survivabiliti (keterbolehan-survival) ialah kembali ke perkara/makna asas.- Contohnya jika tiada pemetik api untuk menyalakan api, pilihan seterusnya ialahmancis - kanta pembesar - kayu gesek dan pusing - batu - kilat

Hukum Survival Kedua- Keseimbangan dua elemen survivabiliti yang berbeza dipengaruhi oleh faktorperantaraan antara keduanya.

STRATEGI DAN TEKNIK SURVIVAL1. Strategi ialah ilmu tentang pendekatan cara-cara merancang dan melaksanakansecara teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) bagi mencapai matlamatatau kejayaan.2. Strategi survival ialah perancangan dalam melaksanakan sesuatu matlamat secarapraktis.3. Strategi survival mempunyai pendekatan yang amat meluas dan idea tentangteknik yang digunakan biasanya diperolehi secara pengamatan, imaginasi danpengalaman dengan melihat survivabiliti (keterbolehan-survival) unsur yang lain.4. Teknik survival ialah kaedah yang digunakan dalam merancang danmelaksanakan sesuatu strategi survival.

ETIKA SURVIVALEtika ialah prinsip-prinsip atau nilai-nilai akhlak atau moral yang menjadi peganganseseorang individu atau sesuatu kumpulan.Etika survival ialah kod-kod dan garis panduan kepada pematuhan prinsip-prinsipsurvival yang telah dirangkakan pada satu-satu masa.

SENI SURVIVAL1. Seni survival ialah ilmu kemahiran ikhtiar kepada kelangsungan hidup yang tidakdiukur melalui fakta-fakta saintifik tetapi didukung oleh faktor-faktor logik,retorika alam (seni bahasa alam) dan ritualik (unsur keagamaan)2. Kemahiran mempraktikkan ketajaman naluri dan akliah adalah salah satu diantaraberbagai cabang seni survival yang padat dan kompleks bagi membentuk nilaitambah pemikiran minda seorang survivor.3. Elemen seni ialah unsur-unsur alegori (perlambangan) yang digunakan dalammenyampaikan sesuatu maksud untuk diterjemahkan oleh naluri. Ia dibahagikankepada dua ruang bahagian iaitu;- Ruang zahir: alegori kepada unsur logik dan retorika alam- Ruang metafizik: terkandung dalam pemahaman ritualik4. Naluri ialah desakan hati untuk merasa, mengelak atau melaksanakan sesuatutindakan. Juga dikenali sebagai gerak pandu diri atau gerak rasa.5. Naluri adalah bahasa perhubungan tertentu sesama makhluk dan ianya salingberhubungan dengan fitrah (sifat) semulajadi elemen itu.

Seni Survival HaiwanKita biasa mendengar perlakuan naluri haiwan yang kebanyakannya masihmenjadi misteri dikalangan ahli sains. Seekor burung imigran akan berada di laluanpenerbangan yang sama biarpun ia hanya melaluinya setahun sekali. Seekor ikan akanmemudiki laluan sungai yang sama untuk bertelur. Seekor penyu akan mendarat di pantaiyang sama untuk berpuluh tahun. Gajah menyedari kehadiran tsunami lalu lebih awalmelarikan diri. Dan deria gerak pandu diri ini sering dikaitkan dengan ketajaman nalurimereka yang amat sensitif.

Namun adakah naluri setiap jenis haiwan itu sama? Adakah naluri seekor harimaudi Banjaran Bintang sama dengan naluri harimau di Endau Rompin? Adakah nalurimonyet di hutan Perak sama dengan naluri monyet di hutan Pahang? Kalau adapun kajiandibuat, adakah secara menyeluruh atau hanya secara rambang? Jawapan dari pengalamanmengatakan bahawa ia hanya berkongsi fitrah (sifat) semulajadi tetapi berbeza dari segiketajaman naluri! Oleh itu ia akan berevolusi mengikut faktor geografi, populasi ekologidan keseimbangan biodiversiti yang berbeza untuk disesuaikan dikedua-dua tempat.Ambil contoh lagi, pada awal tahun 90an di hutan Pahang, kita mungkin pernahmenjumpai najis gajah yang bercampur bersama buah durian yang ditelan yang masihagak sempurna bentuknya. Tapi pada hari ini gajah telah menggunakan kemampuan akaldan nalurinya untuk berevolusi dengan cara kakinya menggelek dahulu durian itusehingga pecah kulitnya sebelum mengambil hanya ulas-ulas isi untuk dimakan. Dan jikadulu ia adalah antara haiwan navigator terbaik, maka tentulah kini menjadi lebih terbaikdari dulu. Dari mana timbulnya akal gerak pandu diri gajah ini jika bukan dengan naluri?Justeru, proses aklimasi ini akan melibatkan penyesuaian fisiologi dan tingkahlaku baruterhadap perubahan sekitarannya.

Kepandaian menjinakkan haiwan liar sering dikaitkan dengan kebolehan naluripenjinak menyeimbangkannya dengan naluri haiwan tersebut lantas mengawal fitrahsemulajadinya. Inilah yang menjadikan naluri haiwan tersebut amat tajam padapenjinaknya dan naluri penjinaknya mampu memahami maklumat yang ingindisampaikan naluri haiwan tersebut. Seperkara lagi, kebolehan haiwan membacaperubahan cuaca lebih awal sering pula dikaitkan dengan keupayaan naluri haiwantersebut menyeimbangkan dengan naluri alam yang disampaikan secara retorika alam(seni bahasa alam). Oleh itu, naluri adalah perantaraan logik antara manusia dan haiwanatau haiwan dan alam. Ini mematuhi Hukum Survival Kedua.

Seni Survival AlamAlam adalah bersifat syumul (universal). Membicarakan secara kompleksmemerlukan penerangan metafizika yang ritualik. Bagaimanapun, seni survival alamhutan hujan secara zahiriah membawa perkenalan kita kepada 4 unsur utama elemen alamsemulajadi iaitu tanah, air, haba dan udara sebagai hubungan terhampir. Membaca nalurialam bererti memahami logika dan retorika alam (seni bahasa alam). Penjelasannya jugapenuh berbau kompleks, tapi pengertiannya membolehkan kita memahami peranankeseimbangan tenaga dalaman bumi melalui hubungan naluri antaranya biarpun secaraalegori (perlambangan).

Untuk pemahaman awal, bayangkan bumi ini mempunyai survivabilitinyatersendiri. Maka keseimbangan tenaga endogenik dan eksogeniknya hasil aruhan 4 unsurutama - tanah, air, haba dan udara memainkan peranan yang penting dalam meneruskansurvival bumi. 4 unsur utama ini seakan berkomunikasi melalui hubungan naluri antarasatu sama lain lalu menghasilkan unsur zahir secara retorika alam. Kejadian kilat, banjir,hujan dan sebagainya dari segi seni survival adalah kesan retorika alam hasil hubungandan pertembungan naluri 4 unsur tadi.Untuk lebih mendalaminya, bayangkan pula jika 4 unsur tadi umpama unsur yangada di dalam tubuh manusia. Tanah sebagai darah, Air sebagai air tubuh, Haba sebagaihaba tubuh dan Udara sebagai udara untuk bernafas. Unsur-unsur ini perlu salingberhubungan antara satu sama lain demi meneruskan survival tubuh. Darah yang dicuciair kotor diginjal bukan sahaja menyebabkan penyebaran zat-zat penting tubuhterganggu, malah akan melemahkan fungsi jantung bernafas lantas takat haba di badanakan meningkat. Dan begitulah sebaliknya efek yang berlaku di tubuh apabila salah satukeseimbangan dari 4 unsur ini diganggu. Maka kesan-kesan sampingan tubuh sepertidemam panas, selesema, muntah, pening kepala inilah yang diistilahkan tadi sebagaikesan retorika alam hasil hubungan naluri 4 unsur tadi

Oleh itu, secara seni survival, bayangkan keadaan alam sekarang dengan air yangsemakin kotor, dengan tanah yang semakin tenggelam dipenuhi bendasing, dengan habayang semakin meningkat kesan penipisan ozon dan pencemaran toksik di udara. Jikabumi ini sekali lagi diibarat seperti tubuh, maka pastinya entah berapa banyak simptompenyakit yang hinggap setiap hari. Dan ini adalah jawapan kepada beberapa fenomenacuaca luar biasa akhir-akhir ini yang memeningkan saintis barat bila bumi hanya dikajisecara geo fizikal berasaskan pemahaman sains sempit yang tidak mengendahkan logikaseni naluri alam secara retorik.

Konsep saling berhubungan naluri antara haiwan dan alam telah wujud sejaksekian lama. Banyak maklumat alam yang telah digunakan oleh haiwan demi menjaminsurvivabiliti nya. Seni retorika naluri alam perlulah dipelajari, diamati, difikirkan olehmanusia samada melalui pengalaman atau kajian secara akliah mahupun rohaniah.Memanupulasikan hubungan naluri haiwan dan alam juga antara pendekatan wajar yangperlu diperhatikan oleh para survivor. Penggunaan konsep survival 4 unsur alam jugawajar di kembangkan dan di perhalusi kerana strategi nalurinya saling berhubungan danmampu mencetuskan idea dalam meninggikan tahap survivabiliti dalam kehidupansebenar seorang survivor.

KONSEP SURVIVALSeni 4 Unsur AlamKonsep survival 4 unsur alam ialah satu daripada berbagai strategi dan teknik fikirmenggunakan falsafah survival yang berlandaskan prinsip dan hukum survival yangdilaksanakan mengikut etika.IdeaSeni 4 Unsur Alam ialah idea menggunakan seni retorika alam dalammencetuskan idea untuk kegunaannya pada manusia. Melalui pemahaman danpengamatan pada seni 4 unsur alam berhubungan, seorang survivor boleh meningkatkantahap survivabilitinya melalui adaptasinya sebagai idea dalam sesuatu percaturan. Ianyajuga mampu meluaskan tahap imaginasi seorang survivor didalam memperincikansesuatu tindakan. Kekuatan yang mampu diaruhkan bergantung pada sejauh manaketajaman naluri survivor itu sendiri.

4 unsur alam di dalam skop unsur di bumi adalah tanah, air, haba dan udara. Adajuga yang mengaitkan bahawa haba sebagai api, namun jika di ungkai sifat api ia jugabersifat haba dan mempunyai banyak kegunaan di dalam survivabiliti bumi. Begitu jugadengan udara yang sering diistilahkan sebagai angin. Angin juga adalah tindakan udarayang berubah-ubah yang memangkinkan sebarang perubahan cuaca lantas mempengaruhisurvivabiliti bumi. Jadi ia juga mengalegorikan satu kesamaan klasifikasi.Dari sudut falsafah survival, bumi mempunyai kekuatan untuk menstabilkan tahapkeseimbangan dinamik untuk menjamin survivabilitinya. Dalam menstabilkankeseimbangan, ia perlu memanipulasi (perihal menggunakan sesuatu untuk mengerjakansesuatu yang lain). 4 unsur ini untuk mengekalkan sifat sempurna yang dianugerahkanPencipta. Sama seperti tindakan 4 unsur ditubuh: darah, air, haba dan udara mencetuskanantibodi untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang seimbang untuk meneruskansurvivabiliti kehidupan.

Maka apakah antibodi bumi ini? Kita singkap peranan antibodi semulajadibadan. Antibodi diistilahkan sebagai elemen semulajadi yang terbentuk untukmenghalang tindakan yang memudaratkan tubuh. Antibodi semulajadi tubuh adalahberkaitan dengan 4 unsur yang dinyatakan di atas. Maka,wajarlah jika disebut, bumimemanipulasikan 4 unsur alam sebagai satu tindakan antibodi semulajadi bumi untukmenghalang tindakan yang memudaratkan keseimbangannya. Di dalam menzahirkanantibodinya, tiap unsur tadi akan berhubungan untuk melahirkan tindakan semulajadiseni naluri alam secara retorik. Proses pengamatan dan pemahaman seni mengkaji naluriunsur ini berhubungan boleh melahirkan idea melalui adaptasinya terhadap survivalkehidupan.

SUMBER MAKANAN DAN TENAGAUntuk menjalankan aktitviti keperluan kepada tenaga dan stamina merupakan faktor penting bagi mendapatkan keseronokkan yang maksima. Tenaga yang diperolehi dibekalkan melalui pemakanan yang diambil setiap hari disamping keperluan rehat yang cukup. Mencari makanan & sumber air adalah salah satu strategi dalam survival. Ianya menjadi keperluan asas untuk terus kekal hidup. Makanan amat diperlukan untuk membekalkan karbohaidrat pada badan yang menukarkan kepada tenaga.Trail SnackKita perlu sentiasa makan semasa trekking untuk mengembalikan tenaga yang telah digunakan. Makanan yang kaya dengan gula seperti coklat mempunyai kalori yang tinggi tinggi dan dapat membekalkan tenaga segera kepada badan kita. Antara makanan yang kebiasaannya boleh dibawa semasa trekking adalah coklat seperti Kit Kat, Snikers dan Cloud 9. Letakkan makanan tersebut ditempat yang senang dicapai, contohnya poket. Kita juga perlu sentiasa minum air tapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Hanya seteguk dua untuk mengelakkan badan dehydration. Survival Mencari Makan Dalam HutanBiasanya hutan mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan tapi kena pilihlah yang selamat dimakan, dari akar hinggalah ke pucuk tumbuh-tumbuhan sesetengahnya boleh dimakan. Begitu juga dengan haiwan, dalam keadaan darurat semuanya boleh dimakan kecualilah yang beracun. Kalau musim buah-buahan hutan, banyak jenis buah yang boleh dimakan. Untuk memastikan buah-buah tersebut selamat dimakan, cuba cari kesan-kesan samada buah tersebut telah dimakan oleh haiwan lain, jika ada mungkin buah itu selamat dimakan. Cara yang paling mudah untuk memastikan sama ada buah atau tumbuhtumbuhan itu selamat dimakan adalah dengan tiga langkah berikut iaitu hidu, sapu dan kunyah. Hidu sebahagian dari tumbuh-tumbuhan tersebut jika berbau keras atau busuk elakkan dari memakannya kerana ianya mungkin beracun. Sekiranya ianya tidak berbau keras atau busuk, ambil sedikit air atau getah dari bahagian tumbuh-tumbuhan tersebut yang dihancurkan dan gosok pada bahagian lengan, tunggu selama 10-15 minit. Jika terasa panas atau gatal-gatal jauhi tumbuh-tumbuhan ini kerana dikhuatiri mengandungi racun dan berbahaya jika dimakan. Daun beracun kebanyakkannya merubah warna air bila di rebus. Kalau dilumatkan pula, boleh menyebabkan nasi putih berubah warna (nasi menjadi kuning biasanya). Kunyah tumbuh-tumbuhan tersebut selama 5-10 minit, jika terasa gatal atau panas dalam mulut ataupun berasa loya, tumbuh-tumbuhan tersebut hendaklah diluahkan kerana kemungkinan beracun.

Sumber Makanan Dan Tenaga

Kita juga boleh memakan cendawan hutan. Kebanyakan cendawan pada pokok boleh dimakan dan tidak berbahaya. Cendawan yang tumbuh di tanah juga boleh dimakan tetapi ada antaranya sangat berbahaya dan beracun. Elakkan cendawan yang berwarna garang, berkilat, rapuh dan keras kerana biasanya beracun. Selain dari tumbuh-tumbuhan haiwan dan serangga juga boleh dimakan. Serangga seperti anai-anai, semut, belalang, cengkerik dan ulat kayu boleh dimakan tetapi elakkan memakan serangga berbisa seperti lebah, tebuan dan lipan. Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung, telur reptelia yang lain boleh dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan makan bahagian najisnya.

Survival Mencari Sumber Air Air yang digunakan untuk minum perlulah diambil dari air yang mengalir. Sekiranya terdesak, air lopak pun boleh digunakan tapi kita perlu memerhati keadaan sekeliling lopak / takungan air tersebut dahulu, tengok kalu ada bangkai atau serangga. Kehadiran bangkai mungkin tanda air tu beracun, kalau ada serangga atau berudu air tu tak beracun dan boleh diminum. Kemudian seelok-eloknya guna penuras atau penapis untuk kumpul air tersebut. Seterusnya air yang dituras/tapis tu kena masak hingga mendidih, biarkan mendidih sekurang-kurangnya 3 minit. Kalau ada iodin tablet, tambahkan dalam air tersebut untuk bunuh bakteria. Air yang bertakung boleh menyebabkan beberapa penyakit atau keracunan seperti cirit birit. Kebanyakan akar kayu (lianas) mempunyai kandungan air yang banyak. Air dari akar kayu yang boleh di minum biasanya tiada warna,cair dan tidak berbau. Potong akar tersebut menyerong dan pisahkannya terus dari bahagian akar yang lain, air yang menitis dari akar yang dipotong itu bolehlah di minum. Antara jenis akar yang boleh di minum ialah mempelas dan lundang. Selain dari akar, rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak. Buluh juga menyimpan air dalam ruasnya, potonglah bahagian pangkal pokok di mana bahagian ini banyak mengandungi air. Tetapi awas miang buluh dari memasuki air. Periuk kera juga ada menyimpan air di dalam periuknya, pilih periuk yang belum terbuka kerana airnya lebih bersih. Lumut juga boleh diperah dan dikumpul airnya untuk diminum.

Teknik mendapatkan air minum / bersih apabila terdesak. Ianya boleh dibahagikankepada beberapa cara iaitu:1. Air tadahan - guna fly2. Air resapan - kain lembap3. Air tapisan - air paya4. Air takungan - selepas hujanCara Hidupkan Api

CARA HIDUPKAN API1st step- Menggunakan ketukan batu dengan besi (biasanya untuk demo kita gunakan batujalan yang besar dengan besi parang).- Ketukan dan halakan percikan api keluar (untuk pastikan percikan api itu wujuddan cukup banyak.- Umpan api yang paling mudah menyala ialah jenis lumut pokok palma. Lumut tudiperolehi dengan mengikis di pangkal pelepah pokok palma (contoh jenis pokokpalma ialah pokok kelapa).- Pastikan ia kering dan jumlah yang banyak agar percikan api yang menyambar akanmudah hidup.- Ketukkan batu itu dan halakan percikan api itu pada lumut tadi, sedikit terkena iaakan menyala. Ambil lumut itu dalam jumlah yang banyak, tiup perlahan agar baraapi yang terhasil akan membesar.2nd step- Kita perlukan kayu kecil-kecil halus yang kering yang diikat segenggam, sebanyakdua genggam.- Kayu yang dicadangkan ialah akar pokok julung-julung.- Pegang kayu yang diikat segenggam tadi di tangan kiri dan satu lagi di tangankanan, ambil bara dari lumut 1st step tadi dan letakkan di tengah-tengah, temukankanan dan kiri dan tiup perlahan-lahan, bara tadi akan menyala.3rd step- Pindahkan api tadi ke unggun yang telah disiapkan dalam susunan seperti gambardibawah.

Cara lain Umpan api yang betul. (kalau guna daun, pastikan daun yang jenis terbakar dan bukan yang jenis berbara)

Susunan kayu api yang sesuai. Selalunya susunan jenis kon yang digunakan. Cara susunan adalah dengan meletakkan umpan dibawah sekali, dan di susun pula dengan ranting-ranting, pastu yang besar sikit, besar lagi sikit etc.. so, teori dia adalah, umpan bakar ranting, ranting bakar ranting yang besar sikit, ranting yang besar sikit bakar ranting yang lagi besar, ranting yang lagi besar, bakar dahan yang paling kecil, Cara Hidupkan Api dahan yang paling kecil bakar dahan sederhana besar, etc...

Susunan juga mestilah tidak menghalang laluan angin, kerana susunan kayu api yang padat, membuatkan oksigen kurang. Susunan yang tidak mula dari kecil ke besar pula menyukarkan umpan membakar kayu-kayu. Bila dah ready, barulah nyalakan umpan dengan sebatang mancis. Pastikan arah angin dahulu, supaya angin tak memadamkan api mancis. First, unggun ada pelbagai jenis unggun, tapi paling basic ni, dinamakan "tepee" atau kon. Tepee ni cara susunan dia macam kon, dan di susun macam "star". tepee pun ada pelbagai jenis dan sesuai untuk nyalaan memanaskan badan, dan memasak. Pasal umpan pula, ia boleh jadi apa-apa jenis umpan pun, asalkan senang terbakar. Pakai hujung jayu yang dicabangkan halus-halus pun boleh. Selalunya, ditempat kita nak buat unggun tu, kita check dulu daun-daun yang ada. Ada jenis daun kering yang susah nak menyala ada juga yang senang. Yang susah selalunya akan terbakar sekejap je, pastu padam dan berbara. Sebaiknya, test la dulu jenis-jenis daun tertentu mana yang sesuai, mana yang tak. Cara letak daun atau umpan pun perlu betul, sebab ada orang dia pakai suratkhabar, tapi surat khabar tu dilipat-lipat, ini menyukarkan api nak dapat oksigen. Kalau pakai umpan kertas surat khabar, seeloknya di komotkan sahaja kertas tu then susun ranting paling chome stail kon.

Umpan Rumpun buluh adalah tempat paling senang jumpa dalam hutan tropika daun & ranting dibawah perdu sangat senang membakar disamping tak basah dihujan sebab rimbun buluh tu sendiri. Buluh reput dan kering adalah benda yang senang membakar dan buluh yang baru tumbang dan mati boleh dijadi bunga sebagai sumbu. Buluh tersebut hendaklah dibuang kulit luar yang licin. Susah nak membakar / ditakik agar bukaan terdedah pada api lebih tertumpu. Ricik kayu adalah teknik yang best tapi sebaiknya kayu mati hendaklah kayu yang tidak diatas tanah tetapi masih tergantung sebab kayu yang kat atas tanah tu dah terserap dengan kelembapan daripada tanah.

KesimpulanIni adalah satu daripada beberapa aplikasi Seni 4 Unsur Alam. Ianya mempunyaibanyak ilmu falsafah survival dari berbagai cabang-cabang seni yang boleh diaplikasikan oleh seorang survivor. Seorang survivor yang baik bukan sahaja mampu mengadaptasi seni ini malah mampu membuka cabang-cabang ini untuk menajamkan lagi nalurinya dalam hubungannya dengan alam. Diantara aplikasi yang lain termasuklah:- melahirkan idea pada hubungan manusia-haiwan- melahirkan idea pada hubungan manusia-alamSebarang kejadian elemen-elemen alam ini mempunyai kesamaan dengantingkah-laku dan peradaban manusia di dalam kehidupan. Mempelajari dan mengamatikejadian-kejadian alam lantas mengaplikasikan terhadap sistem survival diri dalamkehidupan memerlukan keupayaan kemahiran yang tinggi. Melaluinya, sebarangkesilapan yang disebabkan oleh faktor emosi atau ketidak-cekapan pemikiran akan dapat di minimakan. Bagaimanapun kemahiran ini memerlukan latihan dan bantuanpengalaman dari individu yang cekap untuk mentafsir dengan tepat. Elemen alam bolehmencetuskan idea untuk mereka strategi survival di dalam kehidupan.Seni 4 unsur alam adalah satu dari berbagai konsep yang ada di dalam senisurvival manusia berasaskan seni ruang zahir-alegori kepada unsur logik dan retorik didalam falsafah survival. Manakala aplikasi melahirkan idea pada hubungan sesamamanusia di dalam Seni 4 unsur alam adalah satu dari beberapa aplikasi seni 4 unsur alam.Maknanya, ilmu di dalam seni tampak falsafah survival adalah luas. Apatah lagi untukdiukur ilmu survival di dalam seni metafizika (unsur ketuhanan) dalam pemahamanritualik. Oleh itu manusia sebagai khalifah di mukabumi ini perlu menyedari kekerdilandiri sebagai perbandingan kepada kurniaan ilmu oleh Pencipta itu sendiri.