peta minda antologi spm (harga remaja & dirgahayu bahasaku
TRANSCRIPT
MAKSUD
Rangkap 1 : Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat
mendalam.
Rangkap 2 : Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua
sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.
Rangkap 3 : Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa
disisihkan dan tidak diperlukan lagi.
TEMA
Kekecewaan dalam hidup.
PERSOALAN
Persoalan menyembunyikan hati yang terluka
Persoalan menerima suratan takdir
Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama.
BENTUK
Mempunyai 3 rangkap
Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
Rima abcabc
Bentuk pantun terikat.
GAYA BAHASA
Unsur bunyi : Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) –pengulangan vokal ‘a’
Aliterasi : kail tersangkut di tepi batang – pengulangan konsonan ‘t’
Peribahasa : Ibarat kaca jatuh ke lantai
Ibarat melukut di tepi gantang
Sinkope : Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)
Repitisi : Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)
Unsur alam
Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh
NILAI
2. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan
suratan takdir.
3. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah
dengan kesedihan yang menimpa diri.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah pandai menyimpan perasaan
sedih dan kecewa agar tidak terperangkap
dalam kedukaan.
2. Kita hendaklah menerima ketentuan Yang
Maha Esa supaya kita sentiasa redha dengan
apa yang berlaku.
1. Kita mestilah menghargai sesuatu yang
baharu demi melupakan peristiwa hitam
pada silam.
Pantun Empat Kerat
MAKSUD
Rangkap 1-Bersifat sabar ialah tanda orang yang
beriman. n bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
Rangkap 2-Keturunan manusia berasal daripada
Nabi Adam.
Rangkap 3-Kelalaian manusia menyebabkan bumi
rosak binasa. diabaikan.
TEMA
Keagamaan
PERSOALAN
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar.
2. Persoalan keistimewaan sebagai
seorang manusia.
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa .
BENTUK
1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.
GAYA BAHASA
1. Unsur bunyi - Asonansi : kerana lalai rosak binasa
Aliterasi : bumi kandungan nenek moyangku 2. Sinkof - Bumi kandungan nenek
moyangku
3. Kata ganda - Anak ketam disangka lelabi
4. Unsur alam - Tumbuhan : kubis, papaya
Haiwan : ikan , ketam, lelabi
Alam : hutan, langit, bumi
NILAI
1. Nilai kesabaran.
2. Nilai kesyukuran
3. Nilai keimanan
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani
kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih
sebagai pemimpin.
3. Kita janganlah merosakkan budaya dan
bahasa Melayu.
Pantun Lapan Kerat
MAKSUD
•Rangkap 1: Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk
•Rangkap 2:Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.
•Rangkap 3:Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia.
•Rangkap 4:Kadang-kadang riaknya dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya.
•Rangkap 5:Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah fikirannya logik.
•Rangkap 6:Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian.
•Rangkap 7:Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah.
•Rangkap 8:Riak boleh mendatangkan bala.
TEMA
•Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.
PERSOALAN
•Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan.
• Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri.
•Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
•Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan tidak diterima oleh Allah.
BENTUK
• Rima akhir aaaa.
• Syair ini mengandungi lapan rangkap.
• Setiap rangkap mengandungi empat baris.
• Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris.
• Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris.
GAYA BAHASA
• Diksi (Bahasa Arab)
• Simile
• Asonansi
• Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal ’a’)
• Aliterasi –
• Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan ‘t)
• Inversi
NILAI DAN PENGAJARAN
• Nilai kesyukuran
• Nilai kesederhanaan
• Kita janganlah bersifat riak.
• Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar.
• Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.
Syair Makna Riak
MAKSUD
Rangkap 1:L aksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani untuk pergi mendapatkan panji-
panji atau perintah daripada Raja Senggora Rangkap 2: Mereka harus menerima hukuman.
Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan
Rangkap 3: Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang
ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.
Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera, sudah lama gering dan laksamana
tidak sanggup meninggalkan baginda.
Rangkap 5: Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.
TEMA
Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan
perintah raja.
PERSOALAN
1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.
2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah.
3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.
BENTUK
1. Rima akhir aaaa
2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga
belas suku kata setiap baris.
Rangkap 6: Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana
menyerahkan segala-galanya pada Allah.
Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara
walaupun laksamana terpaksa berkorban.
Rangkap 8: Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun
dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.
Rangkap 9: Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan
masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.
Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-
panji/perintah Raja Senggora.
GAYA BAHASA
1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)
Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.
2. Asonansi
Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)
3. Aliterasi
Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)
4. Kata ganda
Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.
NILAI
1. Nilai kesetiaan
2. Nilai amanah
3. Nilai cinta akan negara
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin
3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara 4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan
kebaikan kepada orang lain.
Syair Pemberontakan Patani
Gurindam Tonggak Dua Belas
MAKSUD Rangkap 1 Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan
membazirkan masa. Rangkap 2 Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih. Rangkap 3 Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira. Rangkap 4 Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu
dilakukan dengan bijaksana. Rangkap 5 Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan . Rangkap 6 Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan. Rangkap 7 Pemimpin yang baik menjadi ikutan. Rangkap 8 Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan
sempurna. Rangkap 9 Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Rangkap 10 Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang
situasi. Rangkap 11 Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi. Rangkap 12 Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.
TEMA Nilai-nilai murni dalam kehidupan Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai
murni yang perlu ada dalam diri seseorang. PERSOALAN 1. Persoalan menghargai masa penting dalam
kehidupan ( rangkap 1) 2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan (
rangkap 2) 3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7) 4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat
keputusan (rangkap 10) 5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)
BENTUK 1. Mempunyai 12 rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris Contohnya : Hendak pandai menghargai masa Jangan dinanti esok lusa 3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif: 4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata 5. Rima akhir aa Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.
GAYA BAHASA 1. Simpulan bahasa – baik hati (rangkap 6 baris 1) 2. Unsur Bunyi Asonansi – pengulangan vokal a Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1) Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1) 3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4
baris 2)
NILAI
1. Nilai kegigihan,
2. Nilai kebijaksanaan
3. Nilai kesederhanaan
4. Nilai kesabaran
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
2. Kita hendaklah menghargai masa
3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
4. Kita janganlah suka membazir.
5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai
kejayaan
Seloka Si Luncai
MAKSUD
Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh
ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak
bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang
dimiliki.
TEMA
Sikap negatif menyebabkan kerugian.
PERSOALAN
1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada..
BENTUK
1. Mempunyai satu rangkap sahaja.
2. Mempunyai 12 baris.
3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.
Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11)
Ada kuat tiada buat (4 perkataan – baris 10)
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan – baris 1)
GAYA BAHASA
1. Anafora
Contoh: Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilataih
2. Repitisi
Contoh: Biarkan...biarkan
3. Unsur bunyi
Contoh: Asonansi – Ada mata tiada kuasa
Aliterasi – Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya
NILAI
1. Nilai bertanggungjawab.
2. Nilai kebijaksanaan
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan
sebaik-baiknya.
2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah
tanpa menegur kesalahan itu.
Dirgahayu Bahasaku(Ahmad Sarju)
MAKSUD
Rangkap 1 : Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu.
Rangkap 2 : Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa
hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan
silaturahim.
Rangkap 3 : Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa.
Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.
Rangkap 4 : Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat.
Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar.
Rangkap 5 : Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh
masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan
demi kejayaan.
TEMA
Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing
dengan bahasa-bahasa yang lain.
PERSOALAN
1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.
2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa..
3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.
4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi..
BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
• Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
• Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab
• Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
• Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
• Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa
NADA
Patriotik
GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya :setia dan amanah
2. Diksi - Contohnya; warga yang berbudi
3. Aliterasi – Contohnya : hak bangsaku memilikimu
4. Asonansi – Contohnya : Sejarah bangsa
5. Sinkope - Contohnya: mu, ku, tak
6. Metafora - Contohnya : lautan bijaksana
7. Perlambangan - Contohnya ; pejuangku,
8. Personifikasi - Contohnya : bahasaku mencengkam
NILAI
1. Nilai bersopan santun.
2. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.
3. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu .
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
Kecek (Abdullah Awang)
MAKSUD
Rangkap 1
Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan
dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah
dan menggelapkan wang.
Rangkap 2
Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam
membesarkan anak-anak dan menyara keluarga.
Rangkap 3
Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut
dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh
orang lain .
Rangkap 4
Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan.
TEMA - Sikap amanah.
PERSOALAN
1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
2. Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah.
3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah
BENTUK
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangka
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abbcddba
- Rangkap 2 – abcdccedccb
- Rangkap 3 – abcccdebcfgc
- Rangkap 4 – abcbd
NADA
Sinis.
GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya ; di kampung
2. Diksi – mudah difahami Contohnya: seorang nelayan
3. Aliterasi Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya
4. Asonansi Contohnya :di dalam pagar sengsara
5. Metafora Contohnya : akaun kemiskinan
6. Perlambangan Contohnya ; akaun, musim berlumut.
NILAI
1. Nilai amanah dalam menjalankan tugas.
2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.
3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan.
4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab.
Bangkitlah
MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama
merdeka dan semakin maju.
Rangkap 2
Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak
tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka.
Rangkap 3
Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil
bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.
Rangkap 4
Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkis terus ketinggalan dan
hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.
Rangkap 5
Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha.
Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan
BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
• Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat.
• Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat.
• Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat.
• Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. • Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat.
NADA
Patriotik
GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya : bangkitlah
2. Diksi – Contohnya : Anak-anak yang sedang lena
3. Aliterasi – Contohnya : burung-burung berterbangan di udara
4. Asonansi – Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena
5. Sinkope - Contohnya; kau
6. Perlambangan - Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara
7. Personifikasi - Contohnya : burung-burung belum menjamah awan.
TEMA
Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar tidak menyesal.
PERSOALAN
1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.
2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.
3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.
4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka.
NILAI
1. Nilai kegigihan
2. Nilai kerjasama
3. Nilai kerajinan.
PENGAJARAN
1. Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka.
2. Kita perlulah merebut peluang yang ada.
3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju.
4. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit kemiskinan
Pasar Perasaan(T. Alias Taib)
MAKSUD
Rangkap 1
Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat.
Rangkap 2
Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal
fikiran.
Rangkap 3
Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Rangkap 4
Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual
Rangkap 5
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan.
Rangkap 6
Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih
dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.
Rangkap 7
Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa
makna.
TEMA
Perbincangan kosong di kedai kopi.
PERSOALAN
1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah 2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia
kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.
4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.
BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat 7 rangkap
• Rangkap 1 terdapat 3 baris ayat.
• Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat.
• Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat.
• Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat.
• Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat.
• Rangkap 6 terdapat 5 baris ayat.
• Rangkap 7 terdapat 2 baris ayat.
NADA - Sinis
GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya ; ini pasar perasaan
2. Diksi - Contohnya :bagai ranting kering
3. Aliterasi - Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli
4. Asonansi - Contohnya : kususuri sungai sibuk ini
5. Personifikasi - Contohnya : ini pasar tidak berakal
6. Metafora - Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia
7. Simile - Contohnya : bagai kayu buruk.
8. Epifora - Contohnya ; kumasuki pasar ini, kususuri sungai sibuk ini
NILAI
1. Nilai rasional
2. Nilai kerajinan.
3. Nilai kebijaksanaan.
4. Nilai kesabaran
5. Nilai keprihatinan
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.
2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta
3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.
Di Bawah Langit Yang Sama (Lim Swee Tin)
MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang
sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan.
Rangkap 2
Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington.
Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai
keisimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia.
Rangkap 3
Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan
berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.
Rangkap 4
Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara
tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-
sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam .
TEMA
Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada.
PERSOALAN
1. Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat.
2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
3. Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.
4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia.
BENTUK
1. Bebas
2. Terdapat 4 rangkap dalam sajak ini.
3. Rima akhir baris-baris ayat
• Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.
• Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca
• Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb
• Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb
NADA - Sinis
GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek - Contohnya : Di bawah langitnya
2. Diksi – mudah difahami dan puitis - Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.
3. Kata pinjaman bahasa Inggeris - Contohnya :i visa, pasport,
4. Aliterasi – perulangan konsonan’n’ - Contohnya : pohon-pohon hijau atau aneka warna
5. Asonansi – perulangan vokal ’i’ - Contohnya : berkongsi siang miliki malam
6. Sinkope - Contohnya : mu, ku
7. Perulangan - Contohnya Di bawah langit ini.
8. kata ganda - Contohnya : pohon-pohon, peta-peta
NILAI
1. Nilai menghargai keindahan alam.
2. Nilai hormat- menghormati
3. Nilai bertoleransi antara masyarakat.
4. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf
2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat.
4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.
Arkitek Kota (SN Muhammad Hj Salleh)
MAKSUD
Rangkap
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka
merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.
Rangkap 2
Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan
pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut..
Rangkap 3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu
dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.
Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya
malah sarat dengan idea-idea yang bernas.
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota
TEMA
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.
PERSOALAN
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.
BENTUK
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abacdea
- Rangkap 2 – aabcdd
- Rangkap 3 – abcad
- Rangkap 4 – ab
NADA - Sinis
GAYA BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek = Contohnya : perasaan musim
2. Diksi = Contohnya : pemerhati tasik
3. Aliterasi = Contohnya : perenung di perpustakaan
4. Asonansi = Contohnya : fiil langit dan sabar bumi
5. Kata ganda = Contohnya : berbagai-bagai
6. Metafora = Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim
7. Perlambangan = Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar
NILAI
1. Nilai cintakan alam sekitar.
2. Nilai bertoleransi.
3. Nilai rasional dalam semua aspek.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman semasa merancang pembangunan.
2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang akan timbul akibat pembangunan kota.
Hikayat Langlang Buana
.
SINOPSIS
Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya
pergi ke taman untuk bersiram. Dia terjumpa dengan burung bayan yang bertukar menjadi Raja Indera
Bumaya. Kemudian mereka bercinta tetapi dihalang oleh ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Namun, Raja Indera Bumaya mampu mengalahkan angkatan tentera ayahanda Tuan Puteri Mandu Ratna Dewipelbagai pihak yang menghuni kota
tersebut..
TEMA
Percintaan anak raja
PERSOALAN
1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran.
2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang.
WATAK PERWATAKAN
1. Raja Indera Bumaya
Anak raja dari Negeri Lela Gambar. Bijaksana.
2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
Puteri Raja Bahrum Dewa
Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.Seorang yang cantik.
3. Raja Bahrum Dewa
Seorang raja yang tegas.
LATAR MASA
• Waktu malam.
• Waktu pagi .
LATAR TEMPAT
• Kolam tempat Tuan Puteri mandi
• Mahligai
• Luar kota.
LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat feudal.
• Masyarakat saling mengasihi.
• Masyarakat yang tidak bertolak ansur.
NILAI
1. Nilai keberanian
2. Kasih saying .
3. Nilai bekerjasama
4. Nilai kebijaksanaan
5. Nilai ketaatan
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan seperti Raja Indera Bumaya
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua seperti empat ribu jin
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana
Hikayat Siak
SINOPSIS
Kisah tentang pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang.
TEMA
Pengembaraan anak raja.
PERSOALAN
1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan.
2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya..
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Yang Dipertuan Raja Kecik.
• Keturunan Raja Johor
• Nama asalnya Tuan Bujang.
• Berkahwin dengan Tengku Kamariah
• Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
• Berani
LATAR
Latar Masyarakat
1. Golongan masyarakat feudal
2. Golongan masyarakat istana.
Latar Masa
1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci.
Latar Tempat
1. Rawas
2. Siak
3. Johor
GAYA BAHASA
1. Penggunaan bahasa Arab
Contoh:Allah Ta’ala,
2. Penggunaan bahasa istana
Contoh:Patik, baginda,hulubalang, titah
3. Penggunaan kata ganda
Contoh:Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing
NILAI
1. Nilai kegigihan
2. Nilai keberanian
3. Nilai ketaatan
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
2.Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal.
3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.
Dua Geliga Hikmat
SINOPSIS
Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera . Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya
banyak mayat yang bergelimpangan. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Apabila raksaksa ingin
menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas . Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi
kepada Inderaputera. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri.
Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Inderaputera berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri . Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala
hikmat kepada Inderaputera.
TEMA
Pengembaraan seorang anak raja
PERSOALAN
1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat.
2. Persoalan keberanian menghadapi musuh.
3. Persoalan berpegang kepada janji.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Inderaputera
• Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa
• Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi
• Bijaksana.
2. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
• Ayahandanya Maharaja Syah Tokan
• Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa
• Berpegang pada janji.
Latar Tempat
-Tasik
-Mahligai
-Balai Rangga Puspa Berahi
Latar Masa
-Waktu fajar
-Waktu malam
-Tengah malam
Latar masyarakat
- Masyarakat feudal.
-Masyarakat yang menepati janji.
NILAI
1. Nilai keberanian
2. Nilai kebijaksanaan
3. Nilai menepati janji
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar.
2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi.
3. Kita hendaklah berpegang pada janji.
Hikayat Opu Daeng Menambun
SINOPSIS
Bab III
Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara.
Bab IV
Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan.
Bab V
Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman
Bab VI
Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yamtuan Raja Kedah.
Bab VII
Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka.
Bab VIII
Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan.
Bab IX
Khabar berita sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat.
TEMA
Kepahlawanan
Kepahlawan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan
akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu.
PERSOALAN
1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan
2. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.
3. Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Upu Daeng Menambun - dilantik menjadi raja di Mempawah
2. Daeng Perani - beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
3. Daeng Kemasi - dilantik menjadi raja di Sambas
4. Daeng Chelak - dilantik menjadi raja di Riau
5. Daeng Merewah - menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
Latar Masyarakat
Masyarakat feudal, Masyarakat Istana
Latar Tempat
Riau, Siak, Negeri Matan
Latar Masa
Tujuh hari tujuh malam, Hari Jumaat
GAYA BAHASA
Bahasa istana, Bahasa pinjaman bahasa Arab, Kata ganda
NILAI
1. Nilai keberanian
2. Nilai tolong-menolong
3. Nilai menepati janji.
4. Nilaii bekerjasama
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh .
2. Kita hendaklah bermusyawarah .
3. Kita hendaklah membantu orang lain
4. Kita hendaklah menepati janji.
Cerpen Pahlawan Buntung (S. Othman Kelantan)
SINOPSIS
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30
tahun. Mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman, orang kampung kembali
memulakan kehidupan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau
bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan
TEMA
Kesengsaraan hidup akibat peperangan
PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
2. Persoalan keberanian mempertahankan hak.
3. Persoalan kerjasama dalam menghadapi kesulitan.
4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang berjasa.
5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan
LATAR
Latar Masa
• 30 tahun lalu (situasi perang), Tahun 1941 – 1973, Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan, Semasa
zaman penjajahan Jepun
Latar Tempat
• Kampung Pulau Pak Amat, Kampung Tok Lukup, Sungai Gali, Kampung Dal, Jalan Bayam
Latar Masyarakat
• Masyarakat kampung , Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan, Masyarakat yang hormat menghormati
sesama jiran tetangga, Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan
WATAK UTAMA
Pak Hussain
• Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun.
• Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun.
Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
• Anak Pak Hasan
2. Fatimah
• Seorang yang penyayang.
GAYA BAHASA
1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora
Contoh : gebar kebingungan
3. Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang malas
NILAI
1. Nilai keberanian
2. Nilai kebijaksanaan
3. Nilai kasih sayang
4. Nilai patriotisme
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
Cerpen Pungut (Mohammed Latif Mohammed)
SINOPSIS
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24
tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak
angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga
Bibik yang berketurunan Cina.
TEMA
Kesabaran seorang ibu angkat menjaga anak yang cacat
PERSOALAN
1. Persoalan kepincangan masyarakat 2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab
3. Persoalan keikhlasan dalam menerima takdir
4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan.
Watak Utama
1. Mak Timah
• Ikhlas menjaga Pungut.
• Tabah dan sabar menghadapi dugaan.
Watak Sampingan
2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
• Cacat fizikal dan mental
• Anak angkat Mak Timah.
• Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).
3. Bibik
• Percaya kepada ramalan loktang.
Latar Masa
1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
2. 24 tahun selepas Pungut dewasa
Latar Tempat
1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah
2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat majmuk
2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh
3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya.
GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Contoh: digeleng-gelengkan
2. Bahasa pasar - Contoh: sueh, loktang
3. Sinkope - Contoh: nak, kau
4. Personifikasi - Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung
NILAI
1. Nilai kasih sayang
2. Nilai keikhlasan
3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya
4. Nilai setiakawan
PENGAJARAN
1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat
2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan
3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya
4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan
Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)
SINOPSIS
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya
bercanggah dengan pendapat isterinya. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang
mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola
yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.
TEMA
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti
PERSOALAN
1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah.
2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola.
3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar.
4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri.
WATAK UTAMA
Si Penjaga Panggung
• Bekerja sebagai penjaga panggung.
• Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.
• Keliru dengan pendirian diri terhadap idola
Watak Sampingan
1. Si Hero
• Suka menyindir.
• Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya.
2. Isteri Penjaga Panggung
• Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib.
Latar Masa
1. Waktu malam
2. Waktu pementasan sandiwara
Latar Tempat
1. Panggung sandiwara
2. Rumah penjaga panggung
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan
2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan
3. Masyarakat yang sukakan hiburan
GAYA BAHASA
1. Kata ganda = Contoh: putera-puteri
2. Metafora = Contoh: kawah lupa diri
3. Simpulan Bahasa = Contoh: merendah diri
4. Hiperbola = Contoh: suaranya bak halilintar
5. Personifikasi = Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku
6. Falsafah = Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak
NILAI
1. Nilai kejujuran
2. Nilai kesabaran
3. Nilai ketabahan
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan
2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. 3. Seorang
isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak.
Pe nangguhan (Wijaya Mala)
SINOPSIS
Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami
serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan
mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.
TEMA
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui
PERSOALAN
1. Persoalan kesengsaraan hidup janda
2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa.
3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain.
4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan
Watak Utama
Kapten Mamat
• Bekerja sebagai kapten kapal.
• Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum.
Watak Sampingan
1. Masnah
• Hidup susah selepas kematian suami.
• Simpati kepada nasib orang lain.
• Percaya kepada perubatan bomoh.
3. Bahar
• Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap
LATAR
Latar Masa
1. Tengah hari
Latar Tempat
Rumah Kapten Mamat., Anjung rumah Kapten Mamat., Kapal
Latar Masyarakat
Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran
GAYA BAHASA
1. Kata ganda .
Contoh: :tulang-tulang.
2. Simpulan bahasa
Contoh : tulang belakang, mengikat perut.
3. Penggulangan kata
Contoh ; yang malang, yang melinang air mata
4. Personifikasi
Contoh : badannya dihembus angin.
5. Simile
Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam
NILAI
1. Nilai simpati.
2. Nilai kasih sayang
3. Nilai berani
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai,
2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.
3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian
Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira)
SINOPSIS
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya. Harapannya agar kawasan hutan
kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-
masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya . Akhirnya
Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di
hutan simpan miliknya.
TEMA
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan.
PERSOALAN
1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam.
2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam.
3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak.
4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.
WATAK UTAMA
Pak Tua
• Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
• Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.
• Kesal atas pencerobohan hutan.
Watak Sampingan
1. Mak Tua - Isteri Pak Tua.
2. Ajam - Anak sulung Pak Tua
3. Bakar - Anak kedua Pak Tua.
4. Melati - Anak ketiga Pak Tua.
5. Budi - Anak bongsu Pak Tua.
Latar Masa
30 tahun yang lalu, Malam Jumaat
Latar Tempat
Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua, Sungai tempat Mak Tua mencari ikan, Sungai
Kinabatangan, Sabah
Latar Masyarakat
Masyarakat penyayang , Masyarakat beriman, Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan
kehidupan baru, Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan
penempatan
GAYA BAHASA
1. Kata ganda - pohon-pohon
2. Metafora - hutan dara, busana hijau
3. Hiperbola - jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan…
4. Personifikasi - bunyi mengaum keras mendengung,
5. Repetisi - Dia menangis kini. Dia menangis setelah…
6. Paradoks - kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran
NILAI
1. Nilai tanggungjawab.
2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga.
3. Nilai kegigihan.
4. Nilai kerajinan.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab.
2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik..
3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang gigih bekerja.
4. Kita hendaklah membaiki taraf hidup.
-Cerpen Tanggar Amanat
(Amaruszati Noor Rahim)
SINOPSIS
Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya
mengajaknya pulang ke Malaysia. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi
dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan
yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam
pulang ke Malaysia.
TEMA
Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.
PERSOALAN
1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang.
2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara.
3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar.
Watak Utama
1. Hawa
• Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
• Seorang yang penyayang.
• Seorang yang setia dengan hubungan keluarga.
• Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
• Isteri kepada Adam
Watak Sampingan
1. Adam - Suami Hawa, Seorang yang penyabar.
2. Janin - Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.
LATAR
Latar Masa
Lapan tahun menunggu zuriat., Generasi kelapan Ahmad Abdullah.
Latar tempat
Yellowstone, Devils Tower., Canyon Village.
Latar Masyarakat
Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, Masyarakat yang memperjuangkan
warisan keluarga, Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan, Masyarakat yang percaya
kepada kekuasaan Tuhan
GAYA BAHASA
1. Kata ganda - tiba-tiba.
2. Metafora - perut bumi.
3. Hiperbola - kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.
4. Simile - lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.
5. Personifikasi - kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.
6. Kata pinjaman - Bahasa Arab (Kun Fayakun).
NILAI
1. Nilai kasih sayang,
2. Nilai kesabararan.
3. Nilai ketabahan.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga.
2. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan.
3. Kita mestilah tabah.
Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
(Suriani Mohd Yusof)
SINOPSIS
Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus
turun ke laut. Sikapnya ditegur oleh Pak Man. Salmah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah. Sikap
anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat
dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap.
TEMA
Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa)
PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami
2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
3. Persoalan simpati atas nasib malang
4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
5. Persoalan sikap sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Jimah
• Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
• Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab.
• Sabar dengan dugaan dengan berdoa.
LATAR
Latar masa
Siang, Pagi, Senja
Latar tempat
Tepi pantai, Rumah Jimah., Anak tangga rumah Jimah
Latar masyarakat
Masyarakat penyayang , Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, Masyarakat yang berpendidikan,
misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing., Masyarakat yang mementingkan kerjaya
, Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua
GAYA BAHASA
1. Diksi
• Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)
2. Falsafah
• Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga
3. Simile
• .. air matanya itu macam anak air mengalir
4. Metafora
• Ombak susu, gigi ombak
5. Repetisi
• Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah
NILAI
1. Nilai kasih sayang kepada suami.
2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami.
3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih
4. Nilai nasihat-menasihati
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya.
2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita.
3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita.
4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki
Drama 1400
(Nordin Hassan)
SINOPSIS
Dollah yang capik disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya
Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun
Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah
mendoakan keselamatannya.
TEMA
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah.
PERSOALAN
1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan buruk
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada yang kurang berilmu
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Dollah
• Capik, miskin dan dihina masyarakat
• Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan
2. Intan Siti Rahimah
• Isteri Dollah
3. Abu Lahab
• Broker tanah
• Menipu orang kampung
4. Pak Sudin
• Pekerja Dollah
Latar masa
Lewat petang, Minggu depan, Petang
Latar tempat
Kampung Kuala dan Kampung Kenanga, Sungai Nenek, Surau, Di rumah pawang
Latar masyarakat
Masyarakat yang mementingkan harta benda, Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa, Masyarakat yang beriman dan taat pada
perintah Tuhan, Masyarakat yang mementingkan diri, Masyarakat yang saling membantu.
GAYA BAHASA
1. Simpulan Bahasa - Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
2. Repetisi - Mereka, merekalah…
3. Personifikasi - Kambing-kambing tersenyum
4. Kata Pinjaman - Order, secret,you, I
NILAI
1. Nilai kesabaran
2. Nilai tolong-menolong
3. Nilai menghargai barangan tempatan
4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
5. Nilai ketaatan
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal.
2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.
4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah.
Drama Dato’Onn (Othman Hj Zainudin)
.
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut
kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya
TEMA
Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan.
PERSOALAN
1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat.
2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat.
3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin.
4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Dato’ Onn b Jaafar
• seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
• Menteri Besar
• Pengasas kemerdekaan
Watak Sampingan
2. Halimah
• isteri Dato Onn
LATAR
Latar Masa
1. 1927, 21 Ogos 1945, 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union, 1947, 31 Ogos1957
Latar Tempat
1. Singapura Dato Onn, Bukit Pasir, Muar, Kuala Lumpur, Istana Johor, Hotel Majestic, Bandar Hilir
Latar Masyarakat
Masyarakat golongan bangsawan, Masyarakat Melayu, Masyarakat penjajah, Masyarakat yang
inginkan kemerdekaan .
GAYA BAHASA
1. Diksi
Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club
Kata pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah
2. Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
NILAI
1. Nilai taat kepada ibu bapa
2. Nilai bertanggungjawab
3. Nilai bersatu padu
4. Nilai kesetiaan
PENGAJARAN
1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air
3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
4. Kita perlu pandai memilih maklumat