pertimbangan ketuhanan dalam kepemimpinan politik … · sebagai sistem perundangan arus perdana....

15
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21 st Century eISBN: 978-967-13705-0-6 647 PERTIMBANGAN KETUHANAN DALAM KEPEMIMPINAN POLITIK RABBANI MASYARAKAT MELAYU Dr. Hailan bin Salamun & Prof. Madya Dr. Asyraf bin Ab. Rahman Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu [email protected] [email protected] Abstrak Ilmu kepemimpinan telah berkembang pesat setelah Islam datang ke alam Melayu. Pengkajian tamadun Melayu kurang mendapat tempat dalam kalangan pendokong ilmuan melayu hingga menyebabkan kebanyakan disiplin ilmu yang berorientasikan ilmu moden diambil sepenuhnya daripada barat. Keadaan ini telah mewarnai pemikiran masyarakat melayu yang lebih selesa menggunakan teori dan model kepemimpinan daripada barat. Islam menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu zaman pra-kolonial. Namun teras kehidupan masyarakat Melayu mulai berubah pada zaman kolonial dan juga pasca-kolonial yang dipengaruhi asas epistemologi daripada barat. Semakin ramai rakyat Malaysia prihatin dengan perkembangan isu semasa yang melibatkan isu keadilan, isu moral, isu integriti dalam institusi-institusi kerajaan yang semuanya dikaitkan dengan amalan kepemimpinan yang adil dan bertanggungjawab. Dalam konteks kepemimpinan negara, pemimpin politik bertanggungjawab menjalankan amanah untuk mengurus hal ehwal pembangunan yang merangkumi kebaikan hidup di dunia dan juga akhirat. Kertas konsep ini bertujuan meneroka pertimbangan ketuhanan kepemimpinan politik bercirikan rabbani dalam masyarakat Melayu. Perbincangan akan menyentuh aspek ketuhanan yang dijadikan asas halatuju kepemimpinan politik PAS dan UMNO mewarnai lanskap politik tanahair. Kata Kunci: Kepemimpinan Rabbani, Pertimbangan Ketuhanan, Dakwah Ihsan, Politik Kerohanian, dan Penghayatan Hidup Islam. 1. Pendahuluan Ilmu yang berkembang dalam tamadun Melayu pada setiap zaman telah menyerap masuk ke seluruh kelompok masyarakat Melayu khususnya setelah Islam datang ke alam Melayu, dengan meninggalkan banyak amalan dan teori kepemimpinan (Shaharir, 2010). Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari dan Nur al-Din Raniri, menurut Shaharir (2010) merupakan beberapa karya yang memuatkan teori-teori kepemimpinan yang boleh diteladani hingga kini. Oleh kerana pengkajian tamadun Melayu kurang mendapat tempat dalam kalangan pendokong ilmuan melayu hingga menyebabkan kebanyakan disiplin ilmu yang berorientasikan ilmu moden diambil sepenuhnya daripada barat. Keadaan ini telah mewarnai pemikiran masyarakat melayu yang lebih selesa menggunakan teori dan model kepemimpinan daripada barat jika dibandingkan usaha untuk menggali khazanah ilmu yang berakar umbi daripada Tamadun melayu. Dalam konteks Malaysia yang meletakkan Islam sebagai teras kewujudan negara bangsa dilihat tidak begitu sesuai sekiranya tamadun barat dijadikan sandaran asas ilmu yang mewarnai pola kepemimpinan negara. Dalam hal ini, Shaharir (2010) menyatakan teori kepemimpinan yang dipelopori Barat berakar umbi daripada budaya kehidupan hariannya, tokoh-tokoh besarnya, dan juga dari tamadun lain yang disesuaikan dengan acuan kehidupan masyarakat barat. Malaysia yang akan maju menjelang 2020 berusaha menggunakan acuan sendiri, bersesuaian dengan budaya masyarakat malaysia yang berpegang dengan adat dan cara hidup beragama. Usaha membina model kepemimpinan

Upload: phungdat

Post on 09-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

647

PERTIMBANGAN KETUHANAN DALAM KEPEMIMPINAN POLITIK RABBANI MASYARAKAT MELAYU

Dr. Hailan bin Salamun & Prof. Madya Dr. Asyraf bin Ab. Rahman Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu

[email protected] [email protected]

Abstrak

Ilmu kepemimpinan telah berkembang pesat setelah Islam datang ke alam Melayu. Pengkajian tamadun Melayu kurang mendapat tempat dalam kalangan pendokong ilmuan melayu hingga menyebabkan kebanyakan disiplin ilmu yang berorientasikan ilmu moden diambil sepenuhnya daripada barat. Keadaan ini telah mewarnai pemikiran masyarakat melayu yang lebih selesa menggunakan teori dan model kepemimpinan daripada barat. Islam menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu zaman pra-kolonial. Namun teras kehidupan masyarakat Melayu mulai berubah pada zaman kolonial dan juga pasca-kolonial yang dipengaruhi asas epistemologi daripada barat. Semakin ramai rakyat Malaysia prihatin dengan perkembangan isu semasa yang melibatkan isu keadilan, isu moral, isu integriti dalam institusi-institusi kerajaan yang semuanya dikaitkan dengan amalan kepemimpinan yang adil dan bertanggungjawab. Dalam konteks kepemimpinan negara, pemimpin politik bertanggungjawab menjalankan amanah untuk mengurus hal ehwal pembangunan yang merangkumi kebaikan hidup di dunia dan juga akhirat. Kertas konsep ini bertujuan meneroka pertimbangan ketuhanan kepemimpinan politik bercirikan rabbani dalam masyarakat Melayu. Perbincangan akan menyentuh aspek ketuhanan yang dijadikan asas halatuju kepemimpinan politik PAS dan UMNO mewarnai lanskap politik tanahair. Kata Kunci: Kepemimpinan Rabbani, Pertimbangan Ketuhanan, Dakwah Ihsan, Politik Kerohanian, dan Penghayatan Hidup Islam. 1. Pendahuluan

Ilmu yang berkembang dalam tamadun Melayu pada setiap zaman telah menyerap masuk ke seluruh kelompok masyarakat Melayu khususnya setelah Islam datang ke alam Melayu, dengan meninggalkan banyak amalan dan teori kepemimpinan (Shaharir, 2010). Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari dan Nur al-Din Raniri, menurut Shaharir (2010) merupakan beberapa karya yang memuatkan teori-teori kepemimpinan yang boleh diteladani hingga kini. Oleh kerana pengkajian tamadun Melayu kurang mendapat tempat dalam kalangan pendokong ilmuan melayu hingga menyebabkan kebanyakan disiplin ilmu yang berorientasikan ilmu moden diambil sepenuhnya daripada barat. Keadaan ini telah mewarnai pemikiran masyarakat melayu yang lebih selesa menggunakan teori dan model kepemimpinan daripada barat jika dibandingkan usaha untuk menggali khazanah ilmu yang berakar umbi daripada Tamadun melayu. Dalam konteks Malaysia yang meletakkan Islam sebagai teras kewujudan negara bangsa dilihat tidak begitu sesuai sekiranya tamadun barat dijadikan sandaran asas ilmu yang mewarnai pola kepemimpinan negara. Dalam hal ini, Shaharir (2010) menyatakan teori kepemimpinan yang dipelopori Barat berakar umbi daripada budaya kehidupan hariannya, tokoh-tokoh besarnya, dan juga dari tamadun lain yang disesuaikan dengan acuan kehidupan masyarakat barat. Malaysia yang akan maju menjelang 2020 berusaha menggunakan acuan sendiri, bersesuaian dengan budaya masyarakat malaysia yang berpegang dengan adat dan cara hidup beragama. Usaha membina model kepemimpinan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

648

mengikut acuan budaya dan sejarah lebih bersesuaian bagi kesinambungan perkembangan tamadun Melayu. Aspek kepemimpinan yang memfokus kepada pembangunan ilmu dan bertunjangkan pengangkatan paradigma tauhid akan dapat membangunkan modal insan seimbang yang seiring dengan tuntutan agama

Pemimpin politik merupakan tunjang kepemimpinan negara yang seharusnya dapat menyerlahkan amalan kepemimpinan seiring dengan nilai agama yang menjadi teras kewujudan negara bangsa dan jatidiri masyarakat Malaysia. Pemimpin berperanan membimbing dan memimpin orang lain bersama menjayakan matlamat membangunkan masyarakat seiring dengan kemajuan tanpa mengkesampingkan nilai agama.

2. Politik dan Masyarakat Melayu

Identiti negara bangsa Malaysia adalah berteraskan Tamadun Melayu yang diwarisi sejak zaman kewujudan kerajaan Melayu Melaka. Menurut Azmi Aziz dan Mostafa Kamal Mokhtar (2011) terdapat tiga zaman yang mewarnai perjalanan sejarah alam Melayu; iaitu zaman prakolonial, kolonial dan pasca-kolonial. Islam menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu zaman pra-kolonial. Namun teras kehidupan masyarakat melayu mulai berubah pada zaman kolonial dan juga pasca-kolonial yang dipengaruhi asas epistemologi daripada barat. Ada desakan dalam kalangan rakyat yang mahu mengembalikan sistem perundangan Islam sebagai sistem perundangan arus perdana. Namun pihak berkuasa masih belum bersedia memenuhi tuntutan tersebut, biarpun pada ketika ini masyarakat Islam dilanda isu-isu sosial dan juga politik yang menuntut perlaksanaan undang-undang hudud.

Dalam konteks politik hari ini, etika kepemimpinan semakin menjadi topik yang hangat. Semakin ramai rakyat Malaysia prihatin dengan perkembangan isu semasa yang melibatkan isu keadilan, isu moral, isu integriti dalam institusi-institusi kerajaan yang semuanya dikaitkan dengan amalan kepemimpinan yang adil dan bertanggungjawab. Kajian Jamaie Hamil (2003) melihat kepemimpinan begitu penting dan mengaitkan entiti kepimpinan sebagai petunjuk utama kepada kewujudan sebuah sistem politik yang stabil. Fokus kajiannya tertumpu kepada pola kepimpinan pilitik melayu khususnya UMNO yang bermula dari kepimpinan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan juga Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagi Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) kewujudan kepemimpinan adalah bersifat ḍaruri kerana al-Quran, al-Hadis dan al-Ijma’, memberi petunjuk akan kewajipannya. Melihat kepada kepentingannya, fuqaha meletakkan syarat-syarat bagi membolehkan pemilihan Imam dapat dijayakan dengan berkesan. Pada asasnya peletakan syarat mempunyai kaitan dengan bidang kuasa. Semakin besar bidang kuasa bagi sesuatu jawatan, maka syarat-syarat yang lebih ketat dikenakan. Begitu jugalah sebaliknya. Dalam hal-hal tertentu, perhatian juga turut diberikan kepada keutamaan berdasarkan kepada perubahan situasi, zaman dan tempat (Mohamad Zaidi Abdul Rahman, 2009).

Jamaie (2003) menyatakan sesuatu sistem politik tidak akan berjaya dan boleh diterima umum sekiranya kepimpinan politik itu lemah, korup dan tidak mempunyai komitmen kuat terhadap kepentingan bangsanya. Laungan demi laungan memperjuangkan hak asasi manusia seringkali kedengaran. Sebahagian mereka menginginkan sebuah negara Malaysia baru yang adil, demokratik, progresif dan bersatu. Mereka inginkan kerajaan yang prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, darjat ataupun agama. Mereka inginkan kebebasan daripada gejala korupsi, penyelewengan dan kezaliman. Gerakan rakyat melalui beberapa siri perhimpunan seperti perhimpunan pertama BERSIH dianjurkan pada 10 Nov. 2007, BERSIh 2.0 dikenali sebagai "Walk for Democracy" pula pada 9 Julai 2011, BERSIH 3.0 adalah perhimpunan "Sit In" yang diadakan pada 28 April 2012, dan baru-baru ini pada 29 Ogos 2015 telah diadakan BERSIH 4.0 yang menuntut Pilihan raya bebas dan adil; Sebuah kerajaan yang telus; Hak untuk berdemonstrasi; Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen; dan Menyelamatkan ekonomi Negara (ASTRO AWANI, 29 Ogos). Himpunan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

649

Rakyat telah mengumpulkan puluhan ribu hingga mencecah angka lebih daripada seratus ribu manusia menuntut sistem pilihanraya yang bersih (Sinar Harian, 2013).

Usaha memartabatkan Tamadun Melayu berasaskan Islam sering menjadi isu yang hangat dan melahirkan ketegangan dalam kalangan pemimpin UMNO dan PAS. Perselisihan membentuk acuan untuk membangunkan negara timbul akibat dari kesamaran untuk memilih samada Islam yang mendepani atau Melayu yang menunjangi pentadbiran negara. Biarpun raja-raja Melayu tetap kekal sebagai ketua negara, namun pemimpin politik memainkan peranan mewujudkan acuan yang releven dengan Melayu dan Islam. Oleh yang demikian, isu melayu dan juga Islam sentiasa releven untuk diperjuangkan.

Ali Moh’d Jubran (2004) menyatakan kepemimpinan dalam Islam merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan apabila berhubungan dengan pengikut. Ia merupakan sebahagian daripada amalan ibadat iaitu memimpin manusia untuk menyembah Allah s.w.t. Kepemimpinan dalam Islam adalah dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengikut di dalam organisasi. Pemimpin yang memimpin komuniti masyarakat seharusnya dapat membimbing dan memandu pengikutnya melakukan amalan kebaikan di dunia dan untuk kepentingan akhirat.

Kepemimpinan daripada perspektif Islam dikaitkan dengan tanggungjawab untuk menjalankan amanah Allah s.w.t. bagi memimpin umat manusia dan memakmurkan alam ini dengan adil dalam rangka mendapatkan keredaan Allah s.w.t (Ali Moh’d Jubran, (2004); Haron Din, (1988); Al-Mawardi (1973); dan Ibn Khaldun (2006). Dalam konteks kepemimpinan negara, pemimpin politik bertanggungjawab menjalankan amanah untuk mengurus hal ehwal pembangunan yang merangkumi kebaikan hidup di dunia dan juga akhirat.

Metodologi rabbani yang mengaitkan amalan kepemimpinan yang dapat melaksanakan tangguungjawab memakmurkan alam disamping berusaha mendapatkan keredhaan Allah adalah berasaskan kefahaman tentang peranan manusia hidup di dunia sebagai hamba Allah s.w.t. (al-Zariat: 56), dan juga manusia sebagai Khalifah (al-Baqoroh: 30) (Iehsan, 2003). Selain itu, kehidupan manusia di dunia juga adalah untuk menempuhi ujian yang disediakan oleh Allah s.w.t. berdasarkan surah al-Mulk ayat 2 (Haron Din, 1988). Manusia yang dapat melaksanakan tanggungjawab bersandarkan pertimbangan ketuhanan dan pertimbangan keinsanan (Hablun min Allah wa hablun min al-Nas) akan dapat mengawal kehidupannya menuju kebahagiaan hidup dunia dan akhirat (Faisal Othman, 1993). 3. Kepemimpinan Rabbani

Al-Zabidi (1306H) dan Ibn Manzoor (1990) memecahkan perkataan Rabbani kepada tiga pengertian, iaitu: (a) Manusia yang menyembah Allah. Perkataan Rab yang ditambah huruf ‘alif’ dan huruf ‘nun’ menggambarkan banyaknya ilmu ketuhanan yang dimiliki; (b) Manusia yang memiliki dan memahami ilmu ketuhanan, iaitu manusia yang memahami ilmu dan dianggap ‘alim’ serta mengajarkannya kepada orang lain yang dianggap sebagai seorang guru, dan (iii) Manusia yang berilmu dalam ilmu agama dan ilmu dunia iaitu orang yang berilmu, beramal dengan ilmunya dan mengajarkannya kepada orang lain dan dianggap orang yang paling tinggi ilmunya dalam kalangan orang yang berilmu.

Tafsir al-Baidhowi (1968) mengistilahkan Rabbani sebagai orang yang mempunyai ilmu yang sempurna dan diamalkannya. Al-Alusi (1987) pula mentafsirkan perkataan rabbani berdasarkan: (i) Pandangan Saidina Ali dan Ibn Abbas, rabbani diistilahkan sebagai orang yang benar-benar berilmu, (ii) Pandangan Qatadah, rabbani diertikan sebagai orang yang berilmu dan bijaksana, (iii) Pandangan Ibn Jubir, rabbani diistilahkan sebagai orang yang berilmu dan bertakwa, dan (iv) Pandangan Ibn Zaid, rabbani diistilahkan sebagai orang yang bijak mentadbir segala urusan manusia. Ramli Awang (1997) merumuskan manusia Rabbani adalah mereka yang meletakkan matlamat dan hala tuju kehidupannya adalah semata-mata

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

650

untuk mendapatkan keredhaan Allah, dan menjadikan al-Quran dan al-sunnah sebagai panduan hidupnya.

Iehsan (2003) mengertikan rabbani sebagai manusia yang berpegang dan beramal dengan ilmunya sebagaimana yang dikehendaki Allah s.w.t. dan mengharapkan keredhaanNya. Al-Qardawy (1997) menjelaskan Rabbani membawa maksud: (a) Meletakkan matlamat dan objektif kehidupannya adalah semata-mata mendapatkan keredhaan-Nya, (b) Segala kaedah dan sumber rujukannya adalah berasaskan wahyu.

Kepemimpinan Rabbani merujuk kepada kepemimpinan yang menitikberatkan perkongsian tanggungjawab dan pertanggungjawaban dengan menunjukkan amalan kepemimpinan yang didorong oleh pertimbangan moral untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Kepemimpinan rabbani mencakupi amalan pembinaan Ihsan, pembinaan keupayaan guru, pembinaan kejeleketan kumpulan, pembinaan budaya ilmu dan pengurusan program pengajaran (Hailan Salamun & Saeeda Shah, 2013). 4. Asas Pertimbangan Moral

Metodologi pendidikan Rabbani yang diutarakan Iehsan (2003) dikaitkan dengan hakikat kejadian manusia (Haron Din, 1988). Hakikat penciptaan hidup di dunia mendorong keinginan manusia mengenali Tuhan. Dorongan ini merupakan fitrah manusia yang secara semulajadi mempunyai hubungan dengan keinginan rasa berTuhan. Dorongan ini mempengaruhi moral manusia mengecapi hakikat makna sembilan puluh sembilan nama-nama Allah s.w.t. (Ary Ginanjar, 2005). Penciptaan manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi terlebih dahulu diikat perjanjian dengan Allah s.w.t. Ketika di alam roh, keturunan manusia yang berasal dari Nabi Adam a.s. sudah mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian (Al-Qurtubi, 1995; Wan Mohd. Nor, 2005). Sebagaimana firman Allah (al-A’raf, 172), maksudnya:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi...”

Hal ini diperkuat lagi oleh riwayat dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, bahawa Rasululah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka bapaknyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.” (Riwayat Bukhari, Kitab Janaiz / 1358, Muslim No. 2658, kitab al-Qadr)

Allah s.w.t. menciptakan manusia dan makhluk lain di alam ini bukanlah sia-sia. Allah

tidak membiarkan manusia hidup “keseorangan” tanpa pedoman. Allah s.w.t. menurunkan al-Quran sebagai kitab yang menjadi panduan manusia hidup di dunia. Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi ikutan semua manusia.

Kajian kepemimpinan sebelum ini banyak mengaitkan penggunaan akal dengan keupayaan memimpin. Namun keupayaan individu berbeza-beza mengendalikan sesuatu urusan. Pemimpin menggunakan pendekatan yang berlainan menangani masalah kepemimpinan. Dapatan kajian menunjukkan pemimpin yang cerdas ada kaitan dengan keupayaan memimpin tetapi lemah dalam pengurusan. Kecerdasan berbahasa contohnya mempunyai hubungan yang tinggi dengan keupayaan memimpin jika dibandingkan dengan kecerdasan lain. Dapatan kajian juga menunjukkan pemimpin yang lebih cerdas daripada orang yang dipimpin mempunyai hubungan yang positif dengan kepemimpinan berkesan (Fiedler & Garcia, 1987).

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

651

Manusia yang berkeperibadian baik dianggap manusia yang berakhlak tinggi. Istilah akhlak sering disamaertikan dengan perkataan moral dan juga ethic. Kanungo dan Mendonca (1996) mendefinisikan ethic sebagai perkara yang ada hubungan dengan moral iaitu berkaitan dengan rule of conduct (peraturan berkelakuan), dan semua perkara yang berkaitan dengan pengetahuan moral. Lennick dan Da Kiel (2008) mengertikan kecerdasan moral sebagai keupayaan mental untuk menentukan prinsip kemanusiaan sejagat yang diterjemahkan dalam peraturan organisasi. Ia diaplikasikan dalam mengembangkan nilai, matlamat dan tindakan seseorang individu. Nilai moral menjadi panduan awam kepada kebanyakan orang ketika menjalani aktiviti kehidupan secara normal. Ia biasanya dapat mewujudkan perkongsian nilai dalam kalangan pekerja di mana-mana institusi. Etika pula merupakan nilai yang dijadikan peraturan bagi menentukan amalan yang boleh dilakukan dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, ia diwujudkan bagi mengatur perjalanan aktiviti sesebuah institusi berada dalam kedudukan yang baik dan terkawal (Ciulla, 2004; Northouse, 2004).

Moral diertikan sebagai perkara yang dikaitkan dengan keperibadian (character) yang dapat membezakan antara betul dan salah. Robert (2002) mendefinisikan keperibadian sebagai setem atau tanda diri iaitu menggambarkan nilai atau prestasi kerja dan amalan seseorang. Setem yang menggambarkan manusia berkeperibadian baik ditandai dengan amalan nilai-nilai yang baik. Ia secara langsung menggambarkan seseorang yang beretika sama juga dengan bermoral, dan seseorang yang tidak beretika adalah tidak bermoral.

Tindakan bermoral hendaklah menepati tiga faktor, iaitu: (i) Matlamat perbuatan, (ii) Kesan perbuatan, (iii) Keadaan berlakunya perbuatan. Perbuatan yang dianggap bermoral mestilah bersesuaian dengan memenuhi tiga syarat di atas. Isu yang sering diambil perhatian ialah apabila sesuatu tindakan itu hanya memenuhi satu syarat tanpa mengambil kira kepentingan syarat moral yang lain (Kanungo & Mendonca, 1996). Pemimpin yang boleh menyeimbangkan di antara kompeten dengan integriti adalah pemimpin yang dapat membangunkan organisasi (Bennis & Goldsmith, 1994).

Empat prinsip utama kejayaan sesebuah organisasi iaitu: (i) Integriti merupakan ciri utama kecerdasan moral manusia yang melakukan sesuatu perkara berasaskan kebaikan (ii) Kebertanggungjawaban iaitu seseorang yang berani bertanggungjawab terhadap tindakan dan kesan daripada tindakannya, (iii) Belas kasihan terhadap orang lain bukan sekadar menghormati orang lain, tetapi membina iklim yang mendorong orang lain bersikap belas kasihan, (iv) Pemaaf iaitu bertolak ansur apabila seseorang melakukan kesalahan kerana memahami ketidaksempurnaan seseorang.

Kanungo dan Mendonca (1996) menyatakan kajian kepemimpinan yang sebelum ini sering menyisihkan etika dan moral tidak berjaya melahirkan ramai pemimpin yang lebih bertanggungjawab. Fenomena yang menggambarkan amalan rasuah, aktiviti pelacuran, pencemaran alam adalah hasil daripada amalan kepemimpinan yang dianggap negatif. Tidak memadai jika kepemimpinan hanya menitikberatkan seorang yang cerdik, rajin, dan juga berkebolehan tetapi dalam masa yang sama seorang yang sombong, pendendam, tidak amanah, emosi dan sebagainya. Keadaan ini mendorong usaha yang lebih prihatin melahirkan kepemimpinan yang bermoral dan beretika.

Dalam konteks kajian ini, pertimbangan moral merupakan fikiran atau renungan mengenai baik buruk dan lain-lain perkara sebagai dasar sesuatu keputusan (Kamus Dewan, 2005). Kebolehan berfikir dan menaakul dengan kecerdasan intelek, kecerdasan emosi dan juga kecerdasan rohani berasaskan al-Quran dan al-Sunnah merupakan ciri penting dalam kepemimpinan rabbani. Asas pertimbangan moral seseorang akan mengambil kira pertimbangan pembangunan masyarakat mempengaruhi kecerdasan inteleknya, pertimbangan keinsanan mempengaruhi kecerdasan emosinya, dan pertimbangan ketuhanan mempengaruhi kecerdasan rohaninya. Asas pertimbangan moral, iaitu pertimbangan dalaman seseorang individu yang mencetuskan rasa tanggungjawab menyerlahkan amalan kepemimpinan rabbani setelah mengambil pertimbangan tertentu,

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

652

iaitu sama ada pertimbangan ketuhanan, keinsanan, atau pembangunan masyarakat berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. 5. Pertimbangan Ketuhanan

Zaharuddin Abd. Rahman (2009) menulis kehendak manusia kepada ketuhanan adalah fitrah, sama ada dibuktikan dengan kewujudan saraf God Spot atau tidak, ia telah wujud berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis antaranya :

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas)

fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Ar-Rum : 30)

Juga hadis Nabi Muhammad s.a.w: “Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka bapaknyalah yang

membuatnya menjadi Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.” (Riwayat Bukhari, Kitab Janaiz / 1358, Muslim No. 2658, kitab al-Qadr) Fitrah mempunyai pelbagai takrifan dikalangan ulama berdasarkan konteksnya,

namun dalam konteks ini ia ditakrifkan oleh para ulama sebagai :-

هي ما فطر هللا عليه الخلق من المعرفة به Ertinya: iaitu Fitrah yang disediakan oleh Allah kepada makhluknya untuk

mengenaliNya (tuhannya) (Lisan al-Arab, 5/56; Tafsir Al-Qurtubi, 24/23) Hidup di dunia dengan menginsafi diri sebagai hamba Allah s.w.t. kerana manusia sebenarnya hasil ciptaan Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t (al-Zariat, 51:56), maksudnya:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”

Al-Qurtubi (1995) mentafsirkan perkataan beribadat dengan erti mentawhidkan Allah s.w.t. Seterusnya beliau mengambil pandangan Ikrimah yang menjelaskan perkataan Ibadat sebagai perbuatan seseorang akan diberikan ganjaran pahala bagi yang mentaati perintah Allah s.w.t., sebaliknya akan diberi balasan bagi yang mengingkariNya.

Segala aktiviti dan rutin kehidupan manusia dianggap sebagai Ibadah apabila meletakkan tujuan setiap amalan yang berlandaskan syariat dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. Sidek Baba (2009) menjelaskan fahaman yang betul terhadap manusia, alam, ilmu dan hubungannya dengan Pencipta melahirkan manusia yang memiliki jiwa hamba.

Dalam hal ini, seseorang hendaklah membulatkan hati bersandarkan akidah (keyakinan) iaitu melakukan sesuatu semata-mata untuk mengesakan Allah s.w.t. (al-Zuhayli, 1991). Pertimbangan ketuhanan adalah dengan meletakkan ukuran baik dan buruk sesuatu perkara berasaskan pegangan beragama (akidah). Pertimbangan ketuhanan hendaklah disandarkan dengan aqidah iaitu fikiran atau renungan mengenai baik dan buruk sesuatu perkara berasaskan pegangan beragama bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah. Pertimbangan ketuhanan mempengaruhi asas pertimbangan moral yang menjana rasa

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

653

tanggungjawab pegangan beragama. Ia secara langsung menggambarkan ikatan hubungan di antara manusia dengan Tuhan, iaitu mengikut ajaran Islam bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah. Amalan kepemimpinan yang bersandarkan pertimbangan ketuhanan akan meletakan keutamaan fokus kepemimpinan ke arah dakwah Ihsan, politik kerohanian, dan juga penghayatan hidup Islam dalam kehidupan masyarakat dan juga negara.

6. Kepemimpinan Politik Masyarakat Melayu

Ramai yang menyedari pergolakan politik dalam masyarakat Melayu bermula apabila tertubuhnya parti-parti serpihan daripada UMNO dan juga PAS. Selain daripada perpecahan UMNO, dan lahirnya Semangat46, setelah pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, tertubuhnya parti politik baru, iaitu PKR. Oleh kerana, PKR didokongi ahli-ahli dari pelbagai bangsa di Malaysia, kepemimpinan politik yang diterajui PKR tidak disentuh dalam kertas ini. Hingga hari ini, PAS dan UMNO merupakan dua buah parti politik yang dapat mengekalkan momentum pengaruh dalam kalangan orang-orang Melayu. Biarpun UMNO dilihat lebih besar pengaruhnya setelah memegang kuasa sejak merdeka hingga ke hari ini. Namun PAS tidak ketinggalan telah menempohi lebih 60 tahun menjadi parti pembangkang dan kerajaan di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan juga Kedah. Kedua-dua parti berasakan usaha memperjuangkan Islam merupakan nadi utama mengekalkan pengaruh politik dalam kalangan masyarakat Melayu. Biarpun UMNO menjuarai perjuangan untuk melindungi orang-orang Melayu, tetapi tidak dikesampingkan usaha menegak dan mengembangkan Islam di Malaysia. 7. Dakwah Ihsan

Ihsan diertikan sebagai kebaikan, kebajikan, perbuatan yang baik, dan kemurahan hati (Kamus Dewan, 2005). Ihsan dari sudut bahasa bermaksud perlakuan kebaikan, perbuatan kebajikan atau ikhlas dan benar-benar mendalam pengetahuan dalam sesuatu perkara (Ismail Abdullah Siputeh, 2006). Imam Nawawi mengertikan Ihsan dengan kewaspadaan dalam melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah s.w.t. kerana melihatNya, dan jika tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah melihat perbuatan setiap hambanya (al-Nawawi, 1966; Mustafa Abdul Rahman, 1988). Zakaria Stapa (2004) mengertikan Ihsan sebagai satu kaedah keyakinan dan menghadirkan rasa dan kesedaran bahawa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan seseorang manusia.

Nor’Azzah Kamri (2006) memecahkan Ihsan kepada tiga definisi yang saling berkaitan, iaitu: (i) Ihsan yang membawa maksud perbuatan yang betul, tingkah laku yang baik, ada nilai kebajikan dan ikhlas, (ii) Ihsan yang membawa maksud seseorang yang melakukan sesuatu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dan timbul perasaan takut melakukan sesuatu yang menyimpang dari ajaran Islam kerana merasa diri diperhatikan oleh Allah s.w.t., (iii) Ihsan yang membawa maksud melakukan sesuatu perkara dengan cara yang terbaik dengan berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan.

Muhammad Abdullah Diraz (1987) mengatakan secara garis besar matlamat dan tujuan hidup umat manusia dapat dikelompokkan menjadi tiga tahap. Pertama, mengetahui kebenaran (haq); tahap kedua memihak kepada kebenaran; dan tahap yang ketiga atau yang terakhir adalah berbuat ihsan secara individual mahupun jama’i (berkumpulan) yang dapat direalisasikan dalam pelaksanaan ibadah kepada Allah (ubudiyyah).

Dakwah Ihsan dalam politik merupakan usaha membina keperibadian muslim dan warga negara umumnya untuk melakukan perkara kebaikan. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan hanya semata-mata untuk meningkatkan hubungan manusia kepada Allah s.w.t. Sikap yang ditonjolkan dalam melaksanakan tanggungjawab adalah melakukannya dengan cara yang terbaik. al-Qasimi (2006) menyatakan memperlihatkan amal kebaikan tidak dilarang bersandarkan kepada peristiwa yang dialami oleh sahabat Ansar yang datang dengan membawa satu uncang wang untuk disedekahkan, lalu ramai orang yang menirunya

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

654

dengan memberikan sedekah masing-masing. Dengan syarat jejak langkah akan diikut dan sesuai bagi orang yang ada pengaruh dalam kalangan masyarakat.

Ismail Noor (2002) menganggap kepemimpinan baginda Rasulullah s.a.w. merupakan contoh kepemimpinan yang menekankan pembinaan keperibadian sesebuah masyarakat. Kepemimpinan Rasulullah s.a.w. bukan sahaja membawa elemen contoh teladan kepada pengikutnya, tetapi juga membawa elemen cekap dalam aspek pengurusan. Penambahbaikan yang dibawa dalam kepemimpinan Rasulullah s.a.w. sehingga berlakunya perubahan yang menyeluruh digarapkan melalui usaha mengembangkan: (i) Integriti individu pengikutnya, (ii) Peluasan hubungan sesama manusia, (iii) Kepemimpinan yang berefikasi, (iv) Kod etika, dan (v) Peningkatan moral melalui pengetahuan yang bersifat rohani.

Kepemimpinan politik di antara PAS dan UMNO telah mewarnai lanskap politik pada hari ini. Kepemimpinan UMNO seringkali dianjurkan untuk mendepani suara-suara yang mahukan Islam dijadikan teras kehidupan apabila dibincangkan pada setiap kali perhimpunan agung UMNO. Dalam isu yang melibatkan kalimah Allah contohnya, UMNO telah bertindak agar isu ini ditangani dengan baik dan ianya menguntungkan kepada umat Islam keseluruhannya. Biarpun, kepemimpinan UMNO belum bersedia membawa negara kepada satu tahap mewujudkan sebuah Negara Islam yang di dalamnya terlaksana hukum-hukum Islam ditegakkan dalam perundangan Negara. Namun, sejak akhir-akhir ini, kepemimpinan UMNO sering melontarkan idea-idea yang tidak bertentangan dengan Islam dan mengaitkan dengan dasar yang sesuai dengan pelaksanaan maqasid syariah.

Berbeza dengan kepemimpinan PAS yang lantang menyuarakan hasrat agar Negara ini mengorak langkah menjadi sebuah Negara Islam. Dalam setiap ceramah politik, mahupun dakwah yang dilakukan kepemimpinan PAS seringkali menegur langkah-langkah kerajaan yang tersasar dengan dasar Islam, disamping menganjurkan agar menjadikan Islam teras dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Usaha ini sedikit sebanyak menjadi tempias kepada institusi kerajaan seperti JAKIM, dan juga institusi pengajian tinggi, dan mana-mana NGO seperti ABIM, JIM, IKRAM, ISMA membincangkan struktur, ciri-ciri dan juga intipati yang sepatutnya ada dalam sebuah Negara Islam. Golongan professional dan juga orang kebanyakan tergerak hati untuk bersama-sama mengikuti apa jua diskusi, seminar, wacana yang membincangkan konsep negara Islam, sumbangan tokoh-tokoh Islam, dan juga isi pengajaran al-Quran berkaitan dengan politik, sosial dan ekonomi dalam masyarakat moden. Suara kepemimpinan PAS menjadi semakin kuat apabila bergabung dengan parti-parti pembangkang lain seperti Semangat 46, yang membentuk Barisan Alternatif, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat. Isu-isu seperti ketirisan dalam pengurusan, penyalahgunaan kuasa, rasuah telah membangkitkan kesedaran rakyat untuk menjadikan lanskap politik Negara berubah menjadi lebih berintegriti, telus dan adil. Gelombang ini telah mempengaruhi seluruh peringkat masyarakat daripada golongan muda, orang kebanyakan, golongan terpelajar dan juga professional menunjukkan rasa ketidakpuasan hati mereka melalui demonstrasi jalanan seperti BERSIH 2.O, BERSIH 3.0. dan juga BERSIH 4.0. Pada pilihanraya umum ke-12, PAS bersama PKR dan UMNO telah dapat menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan juga Selangor. Biarpun, penguasaan Pakatan Rakyat tidak berkekalan menguasai kerajaan negeri Perak selepas 9 bulan, dan juga Kedah apabila kalah pada pilihanraya umum ke-13 kepada UMNO. Usaha PAS dan juga gabungan parti pembangkang telah mencetuskan kesedaran rakyat agar pihak pemerintah menitikberatkan soal ketirisan, pembaziran, dan ketidakseimbangan mengurus pentadbiran Negara.

Kesedaran UMNO menggabungkan parti-parti berlatarbelakang kemajmukan masyarakat dilihat memberi keuntungan untuk memperoleh pengaruh lebih besar. Berdasarkan rekod pencapaian pilihanraya sejak tahun 1956, UMNO tidak pernah kalah dan berterusan menguasai politik hingga akhirnya dapat mengetuai sebuah kerajaan selepas pilihanraya umum. Berbeza dengan PAS yang berjuang bersendirian setiap kali menghadapi pilihanraya. Namun pendekatan PAS mulai berubah, apabila mula bergabung dengan parti-

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

655

parti pembangkang lain seperti Semangat 46 pada tahun 1990, dengan Pakatan Rakyat pada tahun 1999 hingga tahun 2013. Hasil daripada gabungan beberapa parti pembangkang, PAS telah dapat menguasai kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1990, kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1994 tetapi kalah pada tahun 1999, kerajaan negeri Kedah pada tahun 2008, tetapi kalah pada tahun 2013.

Ada segelintir dalam kalangan kepemimpinan PAS melihat pengaruh PAS dalam hubungan dengan parti-parti pembangkang yang terdiri daripada pelbagai kaum dikhuatiri menurun, apabila PAS memutuskan hubungan dengan rakan parti pembangkang lain, iaitu DAP. Keputusan yang mendadak ini, tidak disepakati dalam kalangan pimpinan lama PAS, dan sebahagian pendokong dan penyokong PAS yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti ABIM dan juga IKRAM. Keadaan ini membawa kepada tertubuhnya Gerakan Harapan Baru yang mempersoalkan halatuju PAS semakin ‘lari’ dari tujuan asal untuk membawa parti ke arah lebih ‘inkslusif’’. Sebahagian kepimpinan lama atau G-18 menganggap PAS yang sebelum ini mendakwa boleh menerima ‘siapa sahaja’ dengan moto ‘PAS for All’ telah berundur ke belakang apabila segala tindakan yang diambil oleh PAS lebih bersifat ‘ekslusif’. Sehubungan dengan itu, Gerakan Harapan Baru, diandaikan dapat mengenengahkan usaha menegakkan nilai-nilai Islam yang bersifat universal dan dilabelkan untuk memenuhi konsep ‘rahmatan Lil Alamin’. Sehingga hari ini, PAS dilihat akan berjuang dalam lanskap politik secara bersendirian tanpa iringan rakan Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan kemungkinan GHB. PAS dirasakan mampu berjuang untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO, dan juga Pakatan Rakyat (PR).

Dalam keadaan lanskap politik yang sentiasa berubah, pemimpin politik berfungsi untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat yang berbilang kaum bagi menangani isu semasa yang menuntut kepada ketelusan, integriti dan juga keadilan yang dikehendaki oleh masyarakat kini. Perubahan yang berlaku dalam proses penambahbaikan hidup masyarakat bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin politik dan keberkesanan kepemimpinannya. 8. Politik Kerohanian

PAS merupakan sebuah parti politik melayu yang menawarkan pakej kehidupan bermasyarakat dan bernegara sesuai dengan kehendak Islam bersandarkan kepada al-Quran dan al-Hadis sebagaimana telah dinyatakan dalam perlembagaan PAS bahawa “ Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”. Walau bagaimanapun, Usaha UMNO untuk menjaga agama kadang-kadang dipandang sinis kerana tidak bersungguh untuk mendepani usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan utama.

Ilhaamie Abdul Ghani dan Wan Suryati Wan Ishak (2006) menulis bahawa usaha membina keperibadian ahli kumpulan atau jamaah seharusnya melalui proses perubahan seiring dengan paradigma tawhid. Pemimpin politik yang meletakan asas tawhid disarankan dapat mengambil kira beberapa faktor yang boleh melahirkan suasana yang membantu meningkatkan kerohanian warga masyarakat; iaitu dengan melihat: (i) Persekitaran fizikal semula jadi, (ii) Persekitaran fizikal yang dibina manusia iaitu kawasan yang dibina dengan pelbagai infrastruktur moden, (iii) Persekitaran sosial atau hubungan sesama manusia, dan (iv) Alat-alat ciptaan manusia. Apa jua perubahan yang dilakukan adalah untuk meningkatkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Proses yang berlaku adalah dalam rangka untuk (i) Penyucian nafsu (tazkiyah al-nafs), (ii) Menyuburkan sifat-sifat terpuji (mahmudah), dan (iii) Mengikis sifat-sifat terkeji (mazmumah).

Ada kecenderungan sarjana Muslim semasa mula menerima ijtihad tidak sekadar bersumberkan kepada penganalisaan teks dan qiyās sahaja, tetapi boleh digali berasaskan objektif disebalik segala Syariat Islam iaitu maṣlaḥah. Menekankan usaha kepada memenuhi tuntutan objektif umum syariah, disamping mengawasi perkara-perkara mafsadah dalam

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

656

mengatur keperluan kehidupan manusia (Mohammad Hashim Kamali, 2012), dianggap sebagai sebahagian tanggungjawab kepemimpinan politik Islam. Imam Juwainy misalnya menjelaskan objektif terbesar institusi Imamah adalah untuk mengkompromi berbagai-bagai pandangan, mengatur keperluan manusia yang berbagai ragam atas suatu peraturan, membentuk kehidupan yang mempunyai sistem (Mohamad Zaidi Abdul Rahman, 2009)

Tindak tanduk pemerintah terhadap rakyatnya hendaklah didasarkan kepada maṣlaḥah. Kaedah pengambilan maqasid syariah begitu penting dalam memberi garis panduan kepada pemerintah atau kepemimpinan dalam urusan membentuk sebarang polisi ke atas rakyatnya. Malahan kaedah-kaedah lain yang menjadi asas pertimbangan membuat polisi atas nama Siyāsah Syariyyah turut menekankan keperluan mengambil kira aspek berkaitan dengan maṣlaḥah. Ini termasuklah penggunaan sumber hukum Islam yang tidak disepakati seperti Istihsan, Sad al-Dharai, Istislah, Uruf dan lain-lain dalam ijtihad siasi (Mohamad Zaidi Abdul Rahman, 2009).

Fadillah Mansor (2006) menyatakan sesuatu pekerjaan (termasuk politik) dikira sebagai sebahagian daripada ibadah yang dapat memotivasikan umat Islam bekerja dengan cara yang terbaik. Selain mendapat rezeki, seseorang itu akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t. Konsep bekerja yang berkait rapat dengan iman dan amal soleh. Kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dapat meningkatkan iman dan takwa seseorang. Ia secara langsung menggambarkan pemimpin politik memikul amanah memupuk politik kerohanian yang membawa nilai kebaikan sebagai sebahagian rutin tugas hariannya di dalam masyarakat.

Sidek Baba (2007) mengaitkan usaha meningkatkan rohani dalam kalangan warga masyarakat dengan: (i) Menyedari diri mereka sebagai hamba Allah, (ii) Berperanan sebagai khalifah, (iii) Menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu, (iv) Menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh teladan, dan (v) menggunakan rahmat dan nikmat yang dianugerahkan untuk diurus.

Ahmad Sufyan Che Abdullah (2006) menegaskan bahawa pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mampu memberi contoh yang baik kepada orang yang dipimpin. Kepemimpinan melalui teladan amat penting untuk mendidik pengikut supaya lebih taat setia terhadap kepemimpinannya. Pemimpin boleh menunjukkan contoh dengan mengamalkan nilai-nilai yang baik ketika melaksanakan pekerjaan dan juga berhubungan dengan orang awam. Usaha meningkatkan rohani dalam masyarakat begitu relevan dalam kalangan pemimpin politik yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sandaran hidup kepada seluruh umat manusia. 9. Penghayatan Hidup Islam

Masyarakat Melayu yang cenderung menghayati Islam dalam kehidupan mereka mudah tertarik dengan mana-mana organisasi atau kumpulan yang bersedia memberikan pencerahan tentang kehidupan Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Kecenderungan ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah individu yang terlibat dalam mana-mana organisasi yang bercirikan Islam atau gerakan Islam seperti ABIM, JIM, IKRAM, ISMA, TABLIGH, PAS dan sebagainya. Kecenderungan ini diteruskan apabila mereka berhadapan dengan pemilihan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya yang boleh menawarkan pakej atau sistem hidup yang seiring dan sejalan dengan pemahaman hidup beragama. Kebanyakan mereka lebih berminat agar kepemimpinan politik melayu menjadikan Islam sebagai cara hidup dan dijadikan dasar dalam kehidupan bernegara.

Perjuangan PAS mengembalikan nilai-nilai Islam mewarnai perjuangan politik telah dibuktikan apabila PAS sanggup memutuskan hubungan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat iaitu parti DAP. Bagi PAS mana-mana perjuangan yang menolak usaha menegakkan hukum Allah dianggap bertentangan dengan dasar parti. Kesan daripada tindakan ini, menyebabkan PAS berhadapan dengan krisis kepimpinan yang membawa kepada lahirnya

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

657

sebuah Gerakan Harapan Baru untuk membawa perjuangan Islam yang lebih mesra dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

‘Pembangunan’ merupakan subjek utama yang ditawarkan kepada setiap pengundi apabila tiba musim pilihanraya. Para pengundi dapat membezakan dengan jelas di antara parti politik PAS dengan UMNO yang menawarkan bentuk kehidupan yang akan dinikmati seluruh pengundi sama ada ‘peningkatan hidup melalui pembangunan’ ataupun ‘kehidupan dalam sebuah Negara Islam’. Oleh kerana UMNO telah memegang tampuk kuasa yang dapat memerintah kerajaan Malaysia sejak merdeka, pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya dapat dinikmati bersama. Namun, pembangunan yang ada kadang-kadang tidak dapat dikongsi secara menyeluruh, di antara kaum Melayu, India, Cina dan juga kaum Bumiputra. Malahan, kemajuan yang melimpah tidak dapat dirasai secara adil pada setiap negeri-negeri yang ada di Negara ini. Masih ada lagi orang-orang Melayu yang hidup di bawah paras kemiskinan dan merupakan golongan majoriti jika dibandingkan dengan kaum lain. Perbezaan yang ketara dari aspek pembangunan sosio-ekonomi menyebabkan parti-parti pembangkang melihat ia berpunca daripada kegagalan pemimpin-pemimpin politik yang menguasai kerajaan atau pemerintah dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan juga seangkatan parti-parti dalam Barisan Nasional.

Pendekatan pembangunan yang dapat memenuhi maqasid syariah dapat menangani usaha pembangunan yang telah dilaksanakan. Terdapat empat langkah pendekatan Maqāṣid al-Sharīah bagi memastikan keputusan yang diputuskan oleh pihak berwajib mempunyai nilai Maqāṣid sebenar, iaitu; i- Mengambil kira tentang Maqāṣid dalam memahami hukum. ii- Melakukan kompromi di antara Prinsip Umum dan Dalil Khusus. iii- Menarik Kebaikan dan Menolak keburukan. Ia boleh beroperasi tanpa nas khas seperti dalam Maṣlaḥah Mursalah dan juga Istiḥsān.

Menurut Muhammad Syukri Salleh (2012) falsafah pembangunan neoklasikal menjadi teras pembangunan Negara menjadi punca berlakunya fenomena ketidak seimbangan perkembangan sosio-ekonomi hari ini. Neoklasikal diertikan sebagai kaedah pembangunan yang bersifat sentrik-ethno-Barat, yang menuntut pemusnahan masyarakat dan budaya tradisi serta menjadikan peningkatan pengeluaran, pendapatan, kuasa beli dan kepenggunaan sebagai petunjuk pembangunan. Kesan pembangunan yang bersifat sentrik-ethno-Barat telah mengubah pemikiran dan budaya umat Islam yang berlumba-lumba mengejar kebendaan jika dibandingkan usaha untuk menghayati ajaran Islam dalam kehidupan. Selain itu, lunturnya pegangan umat Islam untuk mengekalkan budaya dan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman. Apa yang membimbangkan ialah petunjuk pembangunan yang digunapakai sedikit sebanyak telah berjaya mengikis semangat dan keyakinan umat Islam untuk menghayati kehidupan bersandarkan al-Quran dan sunnah, serta tidak lagi mengutamakan budaya dan tradisi kehidupan masyarakat Melayu.

Parti pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS menganggap bahawa ketidaktelusan pemimpin-pemimpin politik menjalankan amanah mengurus pembangunan Negara menyebabkan berlakunya penyelewengan, pembaziran, dan juga lahirnya budaya kronisme. PAS melihat isu utama adalah kerana pihak UMNO tidak menjalankan pemerintahan mengikut cara Islam dengan mengabaikan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Manakala PKR dan DAP melihat sikap pemimpin-pemimpin politik kerajaan yang berlumba-lumba mengejar kekayaan menyebabkan berlakunya ketirisan hingga ada dalam kalangan mereka terlibat dengan budaya politik wang dan juga rasuah.

KESIMPULAN

Secara umumnya kepemimpinan politik PAS dan UMNO berusaha mengambil pertimbangan ketuhanan untuk menjadikan masyarakat Melayu dapat menghayati carahidup Islam. Kepemimpinan PAS sebagai sebuah parti mengambil peluang menggunakan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

658

landasan politik sebagai pembangkang memberi kesedaran kepada masyarakat Islam dan juga pemimpin-pemimpin politik lain menjadikan dasar Islam dijadikan teras untuk mentadbir urus Negara. Desakan politik, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang menuntut agar Islam dijadikan teras kehidupan sedikit sebanyak dapat melunakkan kepemimpinan politik UMNO yang menguasai pemerintahan Negara mengorak langkah menterjemahkan kehidupan Islam bernegara melalui usaha mewujudkan dasar-dasar kerajaan berlandaskan maqasid syariah.

Biarpun, PAS telah bergabung dengan PKR dan juga DAP yang tidak menjadikan Islam sebagai teras perjuangan politik, tetapi kepemimpinan PAS dengan tegas mahukan hukum-hukum Islam ditegakkan di bumi Kelantan iaitu negeri di bawah penguasaan kepemimpinan PAS. Ketegasan kepemimpinan PAS ini telah mengakibatkan putusnya hubungan dengan DAP yang akhirnya meruntuhkan ‘ikatan’ pakatan Rakyat. Keputusan ini juga tidak disenangi oleh sebahagian kepemimpinan PAS yang dilabelkan sebagai G-18 hingga mereka kalah untuk mengekalkan kedudukan menjadi sebahagian anggota jawatankuasa Pas Pusat dalam muktamar PAS kali ke-61. Rentetan itu, mereka bersama para penyokongnya telah membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru bagi mengekalkan ikatan gabungan parti pembangkang, iaitu di antara PKR, DAP dan juga GHB. Yang dikenal sebagai Pakatan Rakyat 2.0. Gerakan Harapan Baru telah meneroka halatuju politik yang berlandaskan perjuangan untuk membela rakyat di atas kerangka ‘Rahmatan Lil Alamin’. Rujukan Ahmad Sufyan Che Abdullah. (2006). Kepemimpinan Islam dalam tuntutan era globalisasi. Dalam Aspek pengurusan Islam disunting oleh Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadullah Mansor. Kuala Lumur: Penerbit Universiti Malaya. Al-Alusi, Alamah abi al-Fadl Syihabudin as-Sayid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi. (1987). Tafsir ruh al-maani. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Baidhowi, Nasruddin Abi Said Abdullah bin Umar bin Muhamad Syirazi al-Baidhowi. (1968). Tafsir Baidhowi. Beirut: Daril Jil Al-Mawardi, Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Baghdadi. (1973). Al

ahkam al-sultaniyyah wa al-wilayat al-diniyyah. Al-Kaherah, Mesir: Maktabah wa Muttabiah Mustafa al-Bab

Al-Nawawi. (1966). Matan al-arba’in al-nawawiyah. Terjemahan oleh:Mustafa Abdul Rahman, Pulau Pinang: Maktabah al-Rawi. Al-Qaradawy, Yusuf. (1997). Introduction to Islam. Egypt: Islamic Inc. Publishing & Distribution Al-Qasimi ad-Dimasqi, Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin. (2006). Intipati Ihya’ Ulumuddin pengajaran bagi orang-orang mukmin Imam al-Ghazali. Terjemahan panel penterjemah dan disemak oleh Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz. Kuala Lumpur: Darul Fajr. Cet. Pertama Al-Qurtubi. Abi Abdullah Muhammad Ibn Ahmad al-Ansori. (1995). Al-jami’ li ahkami al-Quran, Beirut: Dar al-Fikr Al-Zabidi, Al-Imam Lugowi as-Sayid Muhamad Murtadho az-Zabidi. (1306) hijrah. Tafsir Tajul Urus. Mesir: Matba’ al-Hairiyyah

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

659

Al-Zuhayli, Wahbah. (1997). Al-fiqh al-Islamiyyah wa adillatuhu, Jilid 8. Damsiq: Dar al-Fikr. Ali Moh’d Jubran Saleh (2004). Principal leadership and creavity: A study of Islamic schools

principals in Jordan. PhD thesis, Faculty of Education, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ary Ginanjar Agustian. (2005). ESQ emotional spiritual quotient the ESQ way 165 1Ihsan 6

rukun Iman dan 5 rukun Islam rahasia sukses membangun kecerdasan emosi dan spiritual. Indonesia: Penerbit Arga.

Bennis, W. & Goldsmith, J. (1994). Learning to lead. A workbook on becoming a leader. Massachusetts: Addison-Wesley Publishing Company Ciulla, J.B. (2004). Ethics and leadership effectiveness Dalam Antonakis, J., Cianciolo, A.T. & Sternberg, R.J. The Nature of Leadership. Thousand Oaks, California: Sage Publications. Fadillah Mansor (2006). Kualiti kerja dalam organisasi: Tinjauan dari perspektif pengurusan Islam. Dalam Aspek pengurusan Islam. Disunting oleh Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Fiedler, F. E. (1967). A theory of leadership effectiveness. New York: Mc Graw-Hill. Faisal Othman. (1993). Pendidikan Islam: Konsep dan realiti. Dalam Ismail Ab. Rahman (Penyt.) Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hailan Salamun & Saeeda Shah. (2013). An Islamic Perspective on Educational Leadership. Al-Shajarah. Vol. 18. No.1. ms103-129 Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan. Ibn Manzoor, Abi Al-Fadl Muhammad Bin Mukram Al-Afriqin Al-Misr. (1990) Lisan al-Arab. Beirut: Dar al-sadr. Ibn Khaldun. (2006). Mukaddimah. Kuala Lumpur. Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka. Iehsan M. Hasen. (2003). Al-manhaj al-rabbani fi bina’ wa tarbiat al-mujtama’ al-insani wa

athar al-taqaddum al-ilmi fih. Disertasi Doktor Falsafah Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ilhaamie Abdul Ghani Azmi & Wan Suryati Wan Ishak. (2006). Personaliti insan dari perspektif pengurusan konvensional dan Islam. Dalam Aspek pengurusan Islam disunting oleh Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ismail Abdullah Siputeh. (2006). Insan dari aspek etimologi dan perspektif Islam. Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Ismail Noor. (2002). Prophet Muhammad’s leadership the paragon of excellence altruistic

management. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Jamaie Hj. Hamil. (2003) Kepimpinan Politik: Pola Kepimpinan Politik UMNO. Akademia.

(62).m.s 17-39

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

660

Kanungo, R.N. & Mendonca, M. (1996). Ethical dimensions of leadership. Thousand Oaks London: SAGE Publications Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Arab Melayu Dewan. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lennick, D. & Kiel, F. (2008). Moral intelligence. New Jersey: Wharton School Publishing. Muhammad Abdullah Diraz. (1987). Dustur al-akhlaq fi al-Quran. Kuwait: Dar al-Buhus al-islamiyyah Mustafa Abdul Rahman. (1988) Hadis empat puluh. Kuala Lumpur: Pustaka Fajar. Muhammad Syukri Salleh. (2012) Dilema Ummah di Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Zaidi Abdul Rahman. (2009). Maqāṣid Al-Sharīcah Dalam Pentadbiran Negara: Satu Tinjauan Sejarah Islam. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Wacana Maqasid al-Syariah Dalam Pentadbiran Negara, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Mohammad Hashim Kamali. (2012). Maqasid Al-Shariah, Ijtihad and Civilizational Renewal. London: The International Institute of Islamic Thought. Nor ‘Azzah Kamri. (2006). Pengurusan sumber manusia menurut perspektif Islam: falsafah dan etika pelaksanaan. Dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor, Aspek pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Northouse, P.G. (2004). Leadership theory and practice. Thousand Oaks London: Sage Publications. Shaharir Mohamad Zain (2010) Pembinaan semula teori kepemimpinan dan kepengurusan

rumpun melayu. Kuala Terengganu: Penerbit UMT. Sidek Baba. (2009). Tajdid membangun pendidik. Milenia Muslim. Tahun 7, Bil. 82. hlm. 28-29. Sidek Baba. (2007) Kualiti ihsan dan insan dalam kepemimpinan pendidikan dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan ke -14. Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia. 25-27 Jun 2007. Taufik Pasiak. (2008). Revolusi IQ, EQ, SQ. Bandung: PTS Millennia. Wan Mohd Nor Wan Daud. (2005). Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed M. Naquib

Al-Attas satu huraian konsep asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Zaharuddin Abd. Rahman (2009) Ulasan, komentar & cadangan berkenaan kursus latihan ESQ 165. Dimuat turun pada 2 Jun, 2009 daripada http://www.zaharuddin.net Zakaria Stapa. (2004). Peranan dan sumbangan pendekatan Tasawuf dalam menghadapi cabaran era globalisasi dan faham pasca moden. Dalam Mohd. Fauzi Hamat, Pemikiran

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

661

Islam dan cabaran semasa Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. ASTRO AWANI. (Ogos, 2015). Bersih 4: Empat perkara anda perlu tahu. dimuat turun daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bersih-4-empat-perkara-anda-perlu-tahu-70955